51103183 panduan penulisan esei kertas kerja laporan untuk pendidikan geografi upsi

Upload: muhammad-ilyas-bin-izhar

Post on 07-Jul-2018

257 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/18/2019 51103183 Panduan Penulisan Esei Kertas Kerja Laporan Untuk Pendidikan Geografi UPSI

    1/37

    PANDUAN PENULISAN ESEI, KERTAS KERJA, LAPORAN DAN LATIHAN ILMIAH PROGRAM GEOGRAFI.

    UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

    DITERBITKAN OLEH : PROGRAM GEOGRAFI, FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS TANJONG MALIM, PERAK.

  • 8/18/2019 51103183 Panduan Penulisan Esei Kertas Kerja Laporan Untuk Pendidikan Geografi UPSI

    2/37

    PANDUAN PENULISAN KERTAS KERJA / TUGASAN / LATIHAN ILMIAH PROGRAM GEOGRAFI, UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

    1.

    PENDAHULUAN Penulisan tugasan, kertas kerja dan latihan ilmiah ialah satu keperluan penting bagi pelajarpelajar di universiti. Kebiasaannya pelajar perlu menyiapkan sebarang tugasan yang melibatkan sama ada laporan praktikal, kertas kerja dan kertas ilmiah bagi melengkapi kandungan kursus yang ditawarkan oleh pihak program/fakulti. Bagi pelajar tahun akhir pula diwajibkan menyiapkan satu penulisan ilmiah sebelum dianugerahkan ijazah. Matlamat utama latihan ilmiah adalah untuk menggalakkan dan melatih pelajar untuk menjalankan penyelidikan sendiri dalam bidang keilmuan yang diminati. Di samping itu, latihan ilmiah juga bertujuan untuk memberi kefahaman dan latihan kepada pelajar untuk menjalankan penyelidikan dengan baik, tersusun dan terperinci. Latihan penulisan ini juga diharap akan dapat membimbing pelajar menggunakan bahasa yang lebih gramatis, kritis, mantap dantepat serta melatih para pelajar cara yang terbaik dalam menyampaikan idea secara sistematik dan sainstifik. Dengan adanya panduan penulisan ini diharap segalakertas kerja / latihan ilmiah dan tugasan yang dijalankan oleh Program Geografiakan menjadi lebih seragam, kemas dan bersifat akademik. Peraturan yang ditetapkan dalam kertas panduan ini hendaklah dipatuhi sebagai sebahagian daripada syarat yang telah ditetapkan oleh pihak program.

  • 8/18/2019 51103183 Panduan Penulisan Esei Kertas Kerja Laporan Untuk Pendidikan Geografi UPSI

    3/37

    2.· ·

    KEPENTINGAN KAJIAN/PENYELIDIKANUntuk memberitahu khalayak tentang dapatan terbaharu yang diperolehi daripada penyelidikan. Untuk menyakinkan khalayak tentang pentingnya dapatan baru terutamaapabila wujudnya dapatan dahulu yang berkontroversi dan tidak tepat.

    ·

    Untuk kepentingan menganalisis. Menganalisis dengan jelas, terperinci dan tepattentang sesuatu isu, komen, dapatan/rumusan baru serta cadangan-cadangan yang berkaitan perlu dilakukan berdasarkan kajian/penyelidikan.

    3.· · · · ·

    OBJEKTIF KAJIAN / PENYELIDIKANMenyelesaikan masalah Menentukan kesahihan teori Mencari titik persamaan atau masalah Menentukan dan menyemak dapatan penyelidikan yang lalu Mengenalpasti isu-isu / masalah

  • 8/18/2019 51103183 Panduan Penulisan Esei Kertas Kerja Laporan Untuk Pendidikan Geografi UPSI

    4/37

    FORMAT PENULISANSemua pelajar yang mengikuti Program Geografi UPSI diwajibkan menggunakan penulisan yang telah ditetapkan untuk penulisan kertas kerja, esei, kertas ilmiah, laporan projek, laporan kerja lapangan dan tugasan.

    1.·

    KERTASJenis dan Warna Kertas Jenis kertas yang perlu digunakan untuk penulisan ilmiah, kertas kerja dan tugasan mestilah kertas simili / fotostat yang berwarna putihdan baik mutunya. Pelajar hanya dibenarkan menggunakan kertas berwarna pada kulit hadapan sahaja. Saiz Kertas Ukuran kertas putih yang digunakan seperti yang diakui oleh standard antarabangsa iaitu International Standard Organisation ± A4 (210 mm x 297 mm) Berat Kertas Berat kertas mestilah sekurang-kurangnya 70 gram hingga 100 gram.

    ·

    ·

    2.·

    BENTUK PENAIPANJenis Huruf dan Fonts Pelajar perlu menggunakan satu jenis huruf sahaja bagi keseluruhan teks. Jenis huruf yang dibenarkan ialah Times New Roman dengan saiz 12dan ditaip dengan menggunakan komputer. Bagi penulisan untuk jadual dan rajah, saiz font yang lebih kecil boleh digunakan. Huruf timbul (bold) boleh digunakan untuk tajuk dan subtajuk. Nota kaki dan teks dalam jadual hendaklah ditaiop tidak lebih daripada saiz 8.

  • 8/18/2019 51103183 Panduan Penulisan Esei Kertas Kerja Laporan Untuk Pendidikan Geografi UPSI

    5/37

    ·

    Selang BarisSelang baris teks hendaklah 2 langkau bagi keseluruhan teks kecuali bagi petikan, rajah dan jadual. Manakala satu (1) langkau dibenarkan untuk : - Pengakuan - Penghargaan - Abstrak - Senarai Kandungan - Tajuk - Senarai Jadual - Rajah - Foto - Kependekan - Tajuk Rajah - Tajuk Jadual - Rujukan

    ·

    PerengganTeks hendaklah ditaip dari santak kiri ke kanan (justify). Perenggan pertama bagi setiap tajuk dan sub tajuk dimulakan dari santak kiri. Bagi perenggan baru hendaklah dimulakan dengan ketukan yang kelima @ gunakan TAB dari jidar kiri. Perenggan baru hendaklah haruslah mempunyai jarak 4 langkau (2 x 2) di bawah ayat terakhir perenggan sebelumnya (Rujuk contoh perenggan)

  • 8/18/2019 51103183 Panduan Penulisan Esei Kertas Kerja Laporan Untuk Pendidikan Geografi UPSI

    6/37

    Contoh Perenggan 1.0 PENGENALANMasalah perumahan di Malaysia bertambah buruk akibat daripada pembangunan khususnya di bandar-bandar besar seperti Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Johor Bharu. Masalah ini semakin Ketara pada awal 1990'an daripada pertambahan penduduk.

    Kadar pertambahan penduduk di kawasan bandar sekarang ialah 4.1 peratus setahun. Kadar ini dijangka akan meningkat kepada 5.1 peratus dalam tahun 1985.

  • 8/18/2019 51103183 Panduan Penulisan Esei Kertas Kerja Laporan Untuk Pendidikan Geografi UPSI

    7/37

    ·

    Penaipan Tajuk

    Semua tajuk dan sub tajuk (kecuali sub kepada sub tajuk) ditaip dengan HURUF BESAR tebal (bold).

    Contoh;BAB II KAWASAN KAJIAN 2.1 2.2 2.2.1 PENGENALAN METODOLOGI KAJIAN Pemerhatian (sub (2.2.1) kepada sub tajuk (2.2)

  • 8/18/2019 51103183 Panduan Penulisan Esei Kertas Kerja Laporan Untuk Pendidikan Geografi UPSI

    8/37

    ·

    Keterangan Pada KulitKulit hadapan dan Tulang Belakang latihan ilmiah ditaip dengan HURUF BESAR berwarna emas berukuran saiz 24 dan mengikut susunan (Contoh Lampiran A dan B)

    FORMAT PENULISAN

    ·1.

    Nombor HalamanNombor halaman hendaklah diletakkan di sebelah kanan pada sudut atas iaitu 1.5 cm dari birai atas dan 2.5 cm dari birai kanan. Nombor haruslah menggunakan jenis huruf dan saiz yang sama dengan teks.

    2.

    Nombor halaman hendaklah menggunakan angka : 1,2,3 ¼ Halaman pertama (untuk latihan ilmiah) bagi bab dianggap sebagai halaman ª1º tetapi nombornya tidak perlu ditaip. Bagi nombor-nombor pertama setiap permulaan bab tidak perlu ditulis nombor tetapi diambil kira bagi menomborkan halaman berikutnya.Nombor halaman untuk pengakuan sehingga bermula teks mestilah dinomborkan dengan angka kecil Roman secara berturut-turut seperti i, ii, iii dan seterusnya. Seti

    ap bab haruslah ditulis dengan HURUF BESAR dan dibold seperti BAB I, BAB II, BAB III, BAB IV dan seterusnya. Setiap rajah/jadual hendaklah diletakkan nombor halaman.

    3.

    4.

    5.

  • 8/18/2019 51103183 Panduan Penulisan Esei Kertas Kerja Laporan Untuk Pendidikan Geografi UPSI

    9/37

    ·

    Ukuran TepiApabila menaip latihan ilmiah dan kertas kerja, kosongkan halaman sebelah kiri sekurangkurangnya 3.8 cm untuk memudahkan penjilidan dilakukan. Manakala bagi tepi kanan jarakkan 2.5 cm, jarak dari bawah 2.5 cm dan dari atas 3.0 cm. Bagi Latihan Ilmiah untuk halaman pertama bab baru ukuran minimum seperti berikut: Jarakdari tepi kiri Jarak dari tepi kanan Jarak dari atas Jarak dari bawah = 3.8 cm = 2.5 cm = 6.0 cm = 2.5 cm

  • 8/18/2019 51103183 Panduan Penulisan Esei Kertas Kerja Laporan Untuk Pendidikan Geografi UPSI

    10/37

    SUSUNAN DAN KANDUNGANSetiap latihan ilmiah/tugasan hendaklah mengikut susunan tertib seperti berikut:

    · · · · · · · · · · · · ·

    Judul Pengakuan (Rujuk lampiran C) Penghargaan (Rujuk lampiran D) Abstrak (Rujuk lampiran E1) Abstrak (Rujuk lampiran E2) Senarai Kandungan (Rujuk lampiran F) Senarai Jadual (Rujuk lampiran G) Senarai Rajah (Rujuk lampiran H) Senarai Foto (Rujuk lampiran I) Senarai Kependekan (Rujuk lampiran J) Teks Senarai Rujukan Lampiran-lampiran

  • 8/18/2019 51103183 Panduan Penulisan Esei Kertas Kerja Laporan Untuk Pendidikan Geografi UPSI

    11/37

    1.

    Judul Judul haruslah ditaip mengikut piramid terbalik. Sebaik-baiknya sebuah judul kajian tidak melebihi 15 patah perkataan. Penaipan judul haruslah dimulakan daripada tengah (center) muka surat.

    2.

    Pengakuan Pengakuan daripada pelajar haruslah disertakan bagi membuktikan bahawa penulisan latihan ilmiah adalah penulisan asli daripada pelajar dan bukannya plagiat (peniruan/penciplakan) daripada kajian-kajian orang lain. Pelajar haruslah menandatangani pengakuan tersebut beserta dengan tarikh pengakuan dibuat. Pelajar yang didapati plagiat akan DIGAGALKAN kursus/latihan ilmiah tersebut.

    3.

    PenghargaanPenghargaan haruslah diberikan kepada individu dan organisasi yang terlibat dalam penulisan ilmiah. Pelajar tidak digalakkan menulis penghargaan terlalu panjang dan dibenarkan hanya satu halaman sahaja. Perkataan PENGHARGAAN hendaklah ditaip ditengah-tengah 3.0 cm dari birai atas.

    4.

    Abstrak Panjang abstrak hendaklah di antara 200 hingga 250 patah perkataan. Abstrak hendaklah dimulakan 3.0 cm dari birai atas. Abstrak seharusnya mengandungi tujuan kajian, kaedah kajian yang digunakn, hasil kajian yang diperoleh dan penemuan baru daripada kajian.

  • 8/18/2019 51103183 Panduan Penulisan Esei Kertas Kerja Laporan Untuk Pendidikan Geografi UPSI

    12/37

    5.

    Menomborkan Jadual dan Rajah Jadual perlu dinomborkan mengikut bilangan dalam bab beserta dengan halamannya sekali. Sebagai contoh Jadual 2.3 ialah angka 2 merujuk kepada bab dua (2) manakala angka 3 merujuk kepada jadual tiga (3). Tajuk jadual haruslah sepenuhnya sebagaimana yang terdapat di dalam teks. Jadual 2.3 Bilangan Bandar Tradisional Mengikut Kelas, 1980

    Kelas Bandar Bandar Besar Bandar Sederhana Bandar Kecil Jumlah Sumber : KatimanRostam 1983

    Definisi 10,000 dan lebih 25,000 ± 10,000 10,000 ± 25,000 -

    Bilangan 10 14 32 56

  • 8/18/2019 51103183 Panduan Penulisan Esei Kertas Kerja Laporan Untuk Pendidikan Geografi UPSI

    13/37

    ·

    Peta, graf dan carta dianggap sebagai rajah hendaklah dinomborkan berdasarkan bilangan rajah dalam bab tersebut. Contohnya rajah di bawah menunjukkan rajah tujuh (7) dalam BAB 1. Tajuk rajah hendaklah ditulis di bahagian bawah rajah beserta dengan sumbernya ditaip dengan huruf kecil. CONTOH Aspek Penting Penjagaan Alam Sekitar

    Kebersihan

    Pencemaran

    Recycle

    Rajah 1.7 : Aspek-aspek penting dalam penjagaan alam sekitar. Sumber : Ngui Kuan Sang (1993)

  • 8/18/2019 51103183 Panduan Penulisan Esei Kertas Kerja Laporan Untuk Pendidikan Geografi UPSI

    14/37

    6.

    Senarai Foto Senarai foto disarankan tidak ditulis mengikut bab kerana biasanyagambar foto yang digunakan dalam latihan ilmiah adalah sedikit @ kecil bilangannya. Foto boleh dinomborkan secara terus menerus sepanjang teks dengan menggunakan huruf Roman seperti : Foto I, Foto II, Foto III dan seterusnya. Senarai foto hendaklah ditaip di tengah-tengah halaman. Hanya dua foto sahaja dibenarkan dalam satu halaman.

    7.

    Rujukan (Citation) dalam Teks. Program Geografi UPSI menggunakan sistem Pengarang Tarikh yang harus digunakan secara berterusan dalam teks. Sebarang rujukan yang dilakukan mestilah dinyatakan pengarang dan tarikh (tahun) lebih sempurna lagi jika dinyatakan halaman. Nama pengarang Melayu dan Cina boleh ditulis lengkap atau disingkatkan kepada nama diri untuk pengarang Melayu dan nama keluarga bagipengarang Cina. Setiap penulisan rujukan hendaklah tidak ada koma (,) selepas nama pengarang. Contoh : 1. Mazdi Marzuki 1999 ¼ dirujuk sebagai Mazdi Marzuki (1999) atau Mazdi (1999) 2. Lee Ah Kim 1999 ¼ dirujuk sebagai Lee (1999) atau Lee Ah Kim (1999)

  • 8/18/2019 51103183 Panduan Penulisan Esei Kertas Kerja Laporan Untuk Pendidikan Geografi UPSI

    15/37

    a.

    Bagi Pengarang Tunggal Nama pengarang tunggal dalam penerbitan hendaklah ditulis dalam teks seperti berikut :

    a. b. c.

    David Slater (1978) menyarankan ¼ ¼seperti yang dikaji oleh Mohamad Suhaily Yusri (1998) ¼78 peratus pengguna Transit Aliran Ringan ialah mereka yang tidak memiliki kenderaan sendiri (Mazdi Marzuki 1998: 56)-rujukan yang dinyatakan halaman.

    b.

    Bagi Pengarang Bersama Jika terdapat dua orang pengarang, kedua-dua pengarang perlu dinyatakan di dalam teks setiap kali melakukan rujukan. a. b. Abdul Jalil Ishak dan Mohamad Suhaily (1999) telah mentakrifkan ¼ ¼ merupakan pencemaran yang paling banyak di Cameron Highlands (Abdul Jalil Ishak & Mohamad Suhaily Yusri 1999:45)-rujukan yang dinyatakan halaman.

  • 8/18/2019 51103183 Panduan Penulisan Esei Kertas Kerja Laporan Untuk Pendidikan Geografi UPSI

    16/37

    Bagi rujukan yang mempunyai pengarang tiga orang atau lebih, nama pengarang pertama sahaja ditaip dan diikuti dengan ªet.alº dan tahun atau ªet.al tahun: halamanº a. b Mazdi et.al (2000) membuktikan¼. ¼ masyarakat asli di Cameron Highlands kini tidak ªseasliº dulu lagi (Mohamad Suhaily Yusri et.al 2000:30)- rujukan yang dinyatakan halaman.

    * Namun begitu, apabila penulisan senarai rujukan, semua nama pengarang berkenaan hendaklah ditulis sepenuhnya.b. Tanpa Pengarang dan Tanpa Tarikh Rujukan tanpa pengarang boleh ditulis seperti berikut: a. b. c. ¼ melebihi piawai yang ditetapkan (Jabatan Alam Sekitar 1998:50). Kementerian Pertahanan Malaysia (1995) ¼ Kementerian Kesihatan Malaysia (t.th) ± bagi rujukan tiada tarikh.

  • 8/18/2019 51103183 Panduan Penulisan Esei Kertas Kerja Laporan Untuk Pendidikan Geografi UPSI

    17/37

    c.

    Multi Rujukan Dua rujukan atau lebih boleh ditulis bersama dan dipisahkan oleh semicolon : a. ¼ seperti yang dikaji oleh pengkaji lain (Suhaily 1988; Abdul JalilIshak 1999 dan Asmah 1991) Untuk pengarang yang sama tetapi pelbagai tahun boleh dipisahkan dengan tanda koma. Contohnya : (Katiman Rostam et.al. 1991, 1992, 1997).

    b.

    Rujukan bagi pengarang yang sama dan penerbitan yang banyak dalam satu tahun, boleh dinomborkan sebagai a, b, c dan seterusnya. a. ¼ seperti kajian oleh pengkajilain (Jamaluddin Md.Jahi 1991a, 1991b, 1991c)

  • 8/18/2019 51103183 Panduan Penulisan Esei Kertas Kerja Laporan Untuk Pendidikan Geografi UPSI

    18/37

    8.

    Cara Menulis Senarai Rujukan Senarai rujukan mestilah ditulis mengikut format berikut : Nama Pengarang (semua) noktah. Tahun penerbitan mesti dalam kurungan (1999). Noktah. Judul buku (condong/italic). Noktah. Penyunting, Penyusun, penterjemah (jika ada). Noktah. Tempat terbit. Titik bertindih (jika terdapat lebih dari satu, ambil yang pertama sahaja). Penerbit. Noktah.

    Contoh : Jamaluddin M.J & Ismail Ahmad. (1990). Pengantar geografi fizikal. Kuala Lumpur: Tropical Press. *Bagi tajuk, huruf pertama sahaja dibesarkan hurufnyaKECUALI nama khas. Contoh: Sham Sani. (1979). Aspect of air pollution climatogyin tropical city : a case of Kuala Lumpur-Petaling Jaya, Malaysia. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia Press. Senarai rujukan mestilah disusun mengikut abjaddan bagi pengarang yang sama mestilah disusun berdasarkan tahun yang terawal. Senarai rujukan boleh ditulis ªsingle spacingº. Perkataan RUJUKAN mestilah ditaip di tengah-tengah 3.0 cm dari birai atas dengan HURUF BESAR DIHITAMKAN (bold).

  • 8/18/2019 51103183 Panduan Penulisan Esei Kertas Kerja Laporan Untuk Pendidikan Geografi UPSI

    19/37

    a.

    Pengarang Tunggal

    Beinfield, E. C. (1958). The moral basic of a backward society. New York: Free Press. b. Pengarang Bersama (semua nama pengarang perlu ditulis, tidak memadai dengan et.al sahaja).

    Jamaluddin Mohd Jahi & Ismail Ahmad. (1990). Pengantar geografi fizikal. Kuala Lumpur: Tropical Press. c. Karya mengikut judul.

    Al-Quran al-Karim. Beck, S.D.(1962). The simplicity of science. Harmondsworth: Penguin Books. d. Karya Susunan (pnys), Suntingan (pnyt), Selenggaraan (pngr) dan Terjemahan (terj.)

    Bagi rujukan yang disusun oleh pengarang mestilah rujukannya ditulis seperti: Farid M.Onn (pnys).(1982). Dinamisme dalam pengajaran penyelidikan dan pentadbiran universiti. Kumpulan Kertas Kerja 2. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

  • 8/18/2019 51103183 Panduan Penulisan Esei Kertas Kerja Laporan Untuk Pendidikan Geografi UPSI

    20/37

    Bagi rujukan yang disunting oleh pengarang mestilah rujukannya ditulis seperti:Zakri A. Hamid, Ismail Sahid & Mohd Nor Embi (pnyt).(1990). Prioriti penyelidikan untuk kemajuan sains dan teknologi. Kumpulan Kertas Kerja 16. Bangi: PenerbitUniversiti Kebangsaan Malaysia. Bagi rujukan yang diselenggarakan oleh pengarang mestilah rujukannya ditulis seperti: Sulaiman Masri & Zainal Abidin Bakar (pngr). (1989). Kertas kerja seminar penggunaan istilah sains. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka. Bagi rujukan yang diterjemah oleh pengarang mestilah rujukannya ditulis seperti: Battle J.A & Shannon, R.L. (1978). Gagasan baru ilmu pendidikan. Terj. Abu Osman& Sahid Ali. Jakarta: Penerbit Mutiara. e. Dokumen Kerajaan, Laporan dan Akta.

    Bagi dokumen kerajaan hendaklah ditulis seperti berikut: Malaysia. (1974). Aktakualiti alam sekeliling. Akta 127. Malaysia. (1991). Rancangan Malaysia Keenam (1990-1995). Kuala Lumpur: Jabatan Percetakan Negara.

  • 8/18/2019 51103183 Panduan Penulisan Esei Kertas Kerja Laporan Untuk Pendidikan Geografi UPSI

    21/37

    f.

    Makalah/Artikel dalam Majalah/Akhbar, Berita dalam Akhbar.

    Bagi makalah dan berita dalam akhbar dan majalah hendaklah ditulis seperti berikut: Nama pengarang. Tahun dalam kurungan. Tajuk artikel/berita. Majalah/Akhbar (italic/condong), tarikh: Halaman.

    Ismail Hamid. (1990). Sastera kitab. Dewan Bahasa, Mei:79-83.Maizura Ismail. (2001). Pembesaran anak sungai atasi banjir. Berita Harian, 9 Jun:17. Jika berita atau artikel tersebut tanpa pengarang. Rujukan hendaklah ditulis seperti berikut: Tajuk artikel/berita. Tahun dalam kurungan. Majalah/akhbar,tarikh : halaman. Contoh: Mata pencarian 200 nelayan terjejas. (2001). Utusan Malaysia, 14 Jun:13. Bagi rujukan umum dalam akhbar perlu ditulis seperti berikut: Berita Minggu. (2001). 15 Jun. Utusan Malaysia. (2001). 3 & 7 Mei.

  • 8/18/2019 51103183 Panduan Penulisan Esei Kertas Kerja Laporan Untuk Pendidikan Geografi UPSI

    22/37

    g.

    Bahan tidak terbit.

    Bahan-bahan yang tidak terbit kebiasaannya adalah tesis-tesis pelajar. Tesis pelajar yang dijadikan bahan rujukan haruslah ditulis seperti berikut: Nama pengarang. Tahun dalam kurungan. Tajuk Tesis (tidak di italickan). Program/Jabatan. Institut Pengajian Tinggi (tidak diterbitkan). Contoh: Mazdi Marzuki. (1999). Keberkesanan Transit Aliran Ringan dalam menangani kesesakan lalulintas di Bandat raya Kuala Lumpur. Projek Sarjana. Jabatan Geografi. Universiti Kebangsaan Malaysia (tidak diterbitkan). h. Jurnal, Prosiding, Bab dalam Buku dan Monograf.

    Penulisan jurnal hendaklah seperti berikut: Nama pengarang. Tahun dalam kurungan. Tajuk. Nama Jurnal dan No. siri: halaman. Contoh: Mohamad Suhaily Yusri Che Ngah. (2001). Peranan UPSI dalam memartabatkan disiplin Geografi. Fassa (vol 1): 42-48

  • 8/18/2019 51103183 Panduan Penulisan Esei Kertas Kerja Laporan Untuk Pendidikan Geografi UPSI

    23/37

    Penulisan prosiding hendaklah seperti berikut: Abdul Rahim Md Nor & Mazdi marzuki. (2000). Pengangkutan awam dan pelestarian hidup di bandar :Menilai kemampuanLRT. Prosiding Seminar Kebangsaan Alam, Manusia dan Pembangunan di Malaysia, hlm. 251-268. Penulisan bab dalam buku. Nama pengarang. Tahun dalam kurungan. Tajuk bab dalam buku (tidak diitalickan). Dlm. Nama penyunting/penyelenggaraan buku.Tajuk buku (diitalickan). Halaman. Tempat Terbit: Penerbit. Contoh: Abdul SamadHadi. (1998). Mobiliti penduduk dan aliran kekayaan. Dlm. Chamcuri Siwar dan Mohd. Haflah Piei (editor). Isu, konsep dan kemiskinan. Hlm. 101-127. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. i. Bahan Rujukan Elektronik.

    Rujukan elektronik merujuk kepada bahan-bahan yang diterbitkan secara elektronik CD-ROM, internet (laman sesawang), pengkalan data sesawang, jurnal elektronik dan mel elektronik. Penulisan bahan rujukan elektronik seperti berikut:

  • 8/18/2019 51103183 Panduan Penulisan Esei Kertas Kerja Laporan Untuk Pendidikan Geografi UPSI

    24/37

    Nama pengarang. Tahun dalam kurungan. Tajuk Makalah, Nama Jurnal/buku (condong/italic) Nombor jilid Nombor keluaran (dalam kurungan) titik bertindih Halaman keseluruhan makalah (noktah). Jenis media (dalam kurungan). Tapak/jejak/fail/alamat sesawang. Tarikh akses (dalam kurungan). Noktah. Contoh : Clark, J.K. (1999). Humidity sensor. Journal of Physics 2 (2): 9-13. (atas talian) http://www.cit.edu/phys/sensor.html (30 Mei 2001). j. Rujukan untuk peta.

    Rujukan yang dilakukan pada peta perlu ditaip seperti berikut: Nama Pengarang (tahun). Tajuk peta (italic). Helaian. Skala peta. Tempat Terbit dan Penerbit. Contoh. Jones C.R. (1996). Pulau Langkawi. Helaian 15. Skala 1: 63,360. Kuala Lumpur. Jabatan Penyiasatan Kajibumi Malaysia.

    Bagi peta yang tiada pengarang ditaip seperti berikut:Tajuk peta (condong/italic) (tahun). Tempat terbit:Nama penerbit. Empayar Islam. (1981). Peta. Kuala Lumpur: Anthonian Book Store.

  • 8/18/2019 51103183 Panduan Penulisan Esei Kertas Kerja Laporan Untuk Pendidikan Geografi UPSI

    25/37

    k.

    Temu bual.

    Nama orang yang ditemu bual. (Tahun). Tajuk temu bual. Tarikh. Mohamad Suhaily Yusri Che Ngah. (2001). Sejarah penubuhan Jabatan Geografi di UPSI. Tanjong Malim. Temu bual, 9 April. Menulis Lampiran. Lampiran-lampiran boleh ditaip langkau dua baris (double spacing). Lampiran hendaklah dinyatakan sebagai Lampiran A, B dan seterusnya. Taipkan perkataan LAMPIRAN dan tajuk di tengahtengah (HURUF BESAR DIHITAMKAN) 3.0 cm dari birai atas. (Rujuk lampiran F).

  • 8/18/2019 51103183 Panduan Penulisan Esei Kertas Kerja Laporan Untuk Pendidikan Geografi UPSI

    26/37

    LAMPIRAN A CONTOH KETERANGAN PADA KULIT HADAPANBirai

    6.0 cm

    PENGARUH TEKNOLOGI MAKLUMAT TERHADAP SISTEM PENTADBIRAN PUTRAJAYA SEBAGAI SATU SISTEM BANDAR PINTAR

    NOOR LAILANI NAWAWI

    UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

    6.0 CM

    Birai

  • 8/18/2019 51103183 Panduan Penulisan Esei Kertas Kerja Laporan Untuk Pendidikan Geografi UPSI

    27/37

    LAMPIRAN B Contoh Tajuk Latihan IlmiahTepi kertas

    6.0 cm

    KEBERKESANAN TRANSIT ALIRAN DALAM MENANGANI KESESAKAN LALULINTAS DI BANDAR RAYAKUALA LUMPUR

    MAZDI BIN MARZUKI LATIHAN ILMIAH YANG DIKEMUKAKAN KEPADA UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS BAGI MEMENUHI SEBAHAGIAN DARIPADA SYARAT- SYARAT IJAZAH SARJANAMUDAKEPUJIAN PENDIDIKAN DALAM BIDANG GEOGRAFI PROGRAM GEOGRAFI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS TANJONG MALIM 2000

    4.0 cm

    Tajuk hendaklah ditulis dalam bentuk piramid terbalik. Halaman ini tidak perlu dinomborkan tetapi dikira sebagai halaman (I)

  • 8/18/2019 51103183 Panduan Penulisan Esei Kertas Kerja Laporan Untuk Pendidikan Geografi UPSI

    28/37

    LAMPIRAN D CONTOH PENGHARGAAN PENGHARGAAN Terlebih dahulu dipanjangkan kesyukuran kepada Ilahi atas limpahan rahmat-Nya dan hidayah-Nya, segala usaha yang dijalankan telah terhasil dengan jaya walaupun dalam situasi yang serba kekurangan. Jutaan terima kasih untuk penyelia Tuan Haji Abdul Jalil Ishak yang telah banyakberkorban masa memberi teguran, nasihat dan tunjuk ajar yang berguna sehingga kajian ini dapat dihasilkan dengan sebaiknya. Ucapan terima kasih juga dihulurkanbuat Encik Mohamad Suhaily Yusri Che Ngah sebagai pembaca kedua yang telah banyak memberi komen yang membina terhadap latihan ilmiah ini. Buat ayahanda, bonda dan keluarga terima kasih yang tidak terhingga atas pengorbanan, doa, restu dan semangat yang diberikan sepanjang tempoh pengajian ini. Sekalung penghargaan ditujukan kepada pensyarah-pensyarah Program Geografi yang telah banyak mencurahkankhazanah ilmu selama tempoh pengajian ini. Ribuan terima kasih kepada Bahagian Perpustakaan UPSI atas segala bantuan yang diberikan. Ribuan terima kasih ditujukan untuk agensi-agensi kerajaan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur kerana membenarkan penulis menggunakan bahan-bahan dan data untuk tujuan penyelidikan ini. Kepada semua jasa kalian akan tetap dikenang. Tanpa kalian mungkin kajian ini tidaksempurna ini. Hanya Tuhan yang mampu membalasnya. Terima kasih. MOHD IHSAN HAIDZIR 23, Kg. Ketoyong 35900 Tanjong Malim Perak. 05-4552936

  • 8/18/2019 51103183 Panduan Penulisan Esei Kertas Kerja Laporan Untuk Pendidikan Geografi UPSI

    29/37

    LAMPIRAN C Contoh Halaman Pengakuan

    PENGAKUAN Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

    1 Ogos 2000

    AHMAD ALI 3455

    Pengakuan ditaip di tengah-tengah halaman.

  • 8/18/2019 51103183 Panduan Penulisan Esei Kertas Kerja Laporan Untuk Pendidikan Geografi UPSI

    30/37

    LAMPIRAN E1 CONTOH ABSTRAK Pengenalan Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) bertujuan untuk menangani kesesakan lalulintas di ruang Bandar raya Kuala Lumpur di samping bagi meningkatkan lagi perkhidmatan pengangkutan awam. Projek penyelidikanini cuba meninjau keberkesanan sistem ini dalam menangani kesesakan lalu lintasdi Bandar raya Kuala Lumpur. Kajian ini meliputi tiga laluan iaitu laluan STAR Fasa I (Ampang ke Sentul Timur), STAR fasa II (Chan Sow Lin ke Sri Petaling) danPUTRA (Pasar Seni ke Kelana Jaya). Kaedah data primer yang telah digunakan adalah pemerhatian dan catatan serta kaji selidik. Pemerhatian dan catatan telah dilakukan di enam buah stesen (dua stesen setiap laluan) yang direkod selama 10 jam30 minit yang berterusan dari 7.30 pagi sehingga 6.00 petang. Hasilnya Menunjukkan, peratus pengguna perempuan mengatasi pengguna lelaki di semua stesen kecuali di stesen Pasar Seni dan Abdullah Hukum (kedua-duanya di bawah kendalian PUTRA). Pengguna dewasa pula mendominasi penggunaan LRT di semua stesen. Kebanyakan pengguna LRT ialah mereka yang berpendidikan SPM dan STPM dan mereka yang berpendapatan kurang daripada RM 1,000. Keputusan juga menunjukkan hampir 65 peratus pengguna LRT merupakan penggunapengguna yang rutin menggunakan pengangkutan awam seperti bas mini.

  • 8/18/2019 51103183 Panduan Penulisan Esei Kertas Kerja Laporan Untuk Pendidikan Geografi UPSI

    31/37

    LAMPIRAN E2 CONTOH ABSTRACT THE EFFECTIVENESS OF LIGHT RAPID TRANSIT (LRT) IN OVERCOMING THE TRAFFIC CONGESTION IN THE KUALA LUMPUR CITY. ABSTRACT

    Light Rapid Transit (LRT) aims to overcome traffic congestion in the Kuala Lumpur. It is also aimed at Improving the citys public transportation services. Thisresearch project attempted to investigate the Effectiveness of the LRT system. This research focussed on three main LRT system namely STAR Phase I (From Ampangto Sentul Timur), STAR Phase II (From Chan Sow Lin to Sri Petaling) and PUTRA (From Central Market to Kelana Jaya). Two primary method of data collection were used, first through observation plus notetaking and secondly through questionaire. The observation was done from 7.30 am until 6.00 pm continuously at six stations (two stations for each passageway). The result showed that the percentage ofwomen using LRT was higher than men for all roads expect at Central Market and Abdullah Hukum stations. It was also noted that men and women, aged between 15 until 55, dominated the services. Most of the LRT users were those with SPM and STPM educational level and their income were less than RM 1,000. The result also showed that almost 65 percent of the users were those who had no means of personal transportation and totally depended on public transportation. Almost 90 percent of the LRT users used public transport such as buses before changing to LRT.

  • 8/18/2019 51103183 Panduan Penulisan Esei Kertas Kerja Laporan Untuk Pendidikan Geografi UPSI

    32/37

    LAMPIRAN F CONTOH KANDUNGAN KANDUNGAN Halaman ii iii iv v vi

    PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT KANDUNGAN BAB I 1.1 1.2 BAB II RUJUKAN LAMPIRAN A B Borang kaji selidik Bentuk-bentuk perumahan di Perak PENGENALAN Pengenalan Sejarah Permulaan Pengangkutan di Malaysia KAWASAN KAJIAN

    1 5

    120

  • 8/18/2019 51103183 Panduan Penulisan Esei Kertas Kerja Laporan Untuk Pendidikan Geografi UPSI

    33/37

    LAMPIRAN G CONTOH SENARAI JADUAL SENARAI JADUAL No. Jadual Halaman

    2.1

    Keluasan gunatanah semasa Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Lumpur pada tahun 1995.Keluasan gunatanah semasa Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada tahun 1998. Peratus sungai-sungai yang tercemar di Kuala Lumpur. Taraf pendapatan responden Peratus pemilikan kenderaan pengguna LRT

    32

    2.2

    35

    2.3 3.1 3.2

    40 50 55

  • 8/18/2019 51103183 Panduan Penulisan Esei Kertas Kerja Laporan Untuk Pendidikan Geografi UPSI

    34/37

    LAMPIRAN H CONTOH SENARAI RAJAH SENARAI RAJAH No. Rajah 1.1 2.1 Aliran trafik yang optimun Pembesaran struktur Bandar raya Kuala Lumpur dari tahun 1895 ± 1974. Pola gunatanah di Kuala Lumpur Peta stesen-stesen kajian Peta laluan bagi perkhidmatan STAR-LRT Halaman 11 32

    2.3 2.4 3.1

    36 40 42

  • 8/18/2019 51103183 Panduan Penulisan Esei Kertas Kerja Laporan Untuk Pendidikan Geografi UPSI

    35/37

    LAMPIRAN I CONTOH SENARAI FOTOGRAF SENARAI FOTOGRAF No. Fotograf 3.1 3.2 3.3 Reka bentuk perumahan di Kuala Lumpur Reka bentuk rumah Melaka Reka bentuk rumah Perak Halaman 55 55 70

  • 8/18/2019 51103183 Panduan Penulisan Esei Kertas Kerja Laporan Untuk Pendidikan Geografi UPSI

    36/37

    LAMPIRAN J CONTOH SENARAI KEPENDEKAN SENARAI SINGKATAN DBKL JAS LRT STAR PUTRA Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Jabatan Alam Sekitar Transit Aliran Ringan @ Light Rapid Transit Sistem Transit Aliran Ringan Projek Usahasama Transit Ringan Automatik

  • 8/18/2019 51103183 Panduan Penulisan Esei Kertas Kerja Laporan Untuk Pendidikan Geografi UPSI

    37/37