tajuk 8 pke program 1.pptx

Download Tajuk 8 PKE Program 1.pptx

Post on 17-Jan-2016

21 views

Category:

Documents

0 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

PROGRAM PENGGUNA JALAN RAYA SELAMAT (PENGGUNAAN KENDERAAN TIDAK BERMOTOR)

PENGGUNAAN KENDERAAN TIDAK BERMOTORPEJALAN KAKIPENUNGGANG BASIKALFOKUS KESELAMATAN UTAMA

SEBAGAI PEJALAN KAKI

Darjah penglihatan-Keadaan cuaca tertentu dan pencahayaan dapat memberi kesan terhadap pejalan kaki-Menilai kebolehpantulan sesuatu benda atau pakaian dan alat tambahan kepada beg dan kasut yang dapat meningkatkan darjah penglihatan pejalan kaki

SEBAGAI PENUNGGANG BASIKALMemahami bahawa menunggang basikal di jalan raya di bawah umur 10 tahun adalah berbahaya

Pemakaian topi keledar dapat melindungi penunggang apabila berlakunya nahas

Memakai dan mengetatkan topi kaledar dengan betul

Sentiasa melakukan penyelenggaraan mudah ke atas basikal dan topi kaledarMenunjukkan cara untuk bertanggungjawab terhadap keselamatan diri sendiri apabila menunggang basikalMenunjukkan kebolehan untuk mengimbas ketika berada di jalan raya untuk menilai dan menguruskan kebarangkalian risiko yang bakal di hadapi

Pakaian boleh meningkatkan darjah penglihatan penunggang basikal dalam keadaan cuaca dan masa yang berbezaMenunjukkan kebolehan menunggang dengan yakin di jalan raya

Penggunaan kenderaan bermotorPengenalanKenderaan bermotormerupakankenderaanYang digerakkan oleh kuasaenjinataumotor.Kenderaan bermotor boleh dilesenkan untuk digunakan di atasjalan rayaawam. Undang-undang lalu lintas adalah undang-undang yang wajib dipatuhi semua pengguna jalan raya; kebanyakannya berhubung kait khusus kepada kenderaan bermotor.

Antara jenis kenderaan bermotor ialah:

Kereta(dirujuk sebagaimotokardalam istilah perundangan)Lori(ada kalanya dipanggiltrak;)BasMotosikalMotosikal berenjin

Carta Alir Proses Mendapatkan Lesen

KeretaSyarat kelayakan Lesen Kereta (D):Pemohon mestilah berumur 17 tahun

Lori

Syarat Kelayakan Lesen Lori (E):Pemohon mesti berumur 21 tahun Bagi permohonan Lesen Kelas E, pemohon mesti memegang lesen kelas CDL kelas D bagi tempoh setahun ( cth: lesen pertama jenis CDL kelas B2 & kemudian tambah kelas D. Pemegang lesen ini akan terus memperolehi lesen CDL kelas B2,D dan mesti tunggu setahun matang D sebelum memohon kelas E) baharulah di benarkan memohon lesen Lori.

Bas,teksi

Syarat Kelayakan Lesen Bas atau teksi Public Service License (PSV):Pemohon mesti berumur 21 tahun.Perlu mempunyai lesen E dahulu.

MotosikalSyarat Kelayakan Lesen Motosikal B2 & B:Pemohon mesti sudah berumur 16 tahun dan keatas.

Punca-punca kemalangan jalan raya

kebanyakan pemandu tidak mempunyai lesen memandu dan sesetengah pemandu menggunakan lesen memandu yang palsu. Apabila tidak memiliki lesen yang sah, maka pemandu tersebut sudah semestinya tidak cekap dan tidak biasa memandu kenderaan.

kebanyakan kes kemalangan jalan raya juga berpunca daripada kecuaian pemandu kenderaan itu sendiri. Ramai pemandu yang memandu dalam keadaan mengantuk.

Kemalangan juga boleh berlaku apabila pemandu dalam keadaan mabuk. Kemampuan pemandu untuk mengawal kenderaan mereka akan menjadi berkurangan apabila mereka mabuk.

Sebelum memandu kenderaan, pemandu tidak memeriksa kenderaan.

Pemandu tidak mematuhi peraturan lalulintas.

Penerangan1. Berdisiplin di jalan raya. Selalu beretika di jalan raya, bersabar dan hargai hak-hak sesama pengguna jalan termasuk pejalan kaki (pedestarian).

2. Selalu berada di sebelah kiri jalan, kecuali ingin memotong.

3. Jarak kenderaan hendaklah 10 meter di belakang kenderaan di hadapan berdasarkan keadaan lalu lintas, hindari reaksi secara tiba-tiba, contohnya kenderaan hadapan mebelok secara tiba tiba.

4. Selalu mengawasi pergerakan lalu lintas sama ada di depan, belakang, kanan dan kiri anda.

5. Jangan melawan arus jalan.

6. Selalu patuhi peraturan lalu lintas.

7. Ketika anda ingin melakukan pusingan U, anda hendaklah berhenti di bahu jalan sebelah kiri, setelah keadaan lalu lintas tenang, baru anda melakukan pusingan U dengan berhati hati.

8. Selalu awasi lorong yang anda guna, hindarkan daripada pecahan kaca, gelas, paku dan benda-benda yang merbahaya yang boleh membocorkan tayar kenderaan anda.

9. Apabila terjadi sesuatu kepada anda, mestilah berada dalam keadaan tenang dan perlahan - lahan mencari tempat selamat untuk memeriksa keadaan.

10. Sentiasa fokus ketika memandu.

11. Satu hal yang harus diperhatikan bahawa kenderaan dibelakang anda tidak akan tahu apabila anda berhenti secara mendadak, jadi dalam keadaan jalan yang padat dan penuh, berhati-hatilah dan ambil lorong kiri.

Contoh Peraturan Lalu Lintas

Simpang kananPandu dengan berhati hatiBeri isyarat sebelum membelok ke kananRapatkan kenderaan di sebelah kanan garisan putihBerhati hati dengan kenderaan yang akan keluar daripada simpang

Lampu isyarat di hadapanPandu kenderaan dengan berhati hatiPatuhi lampu isyaratMerah BerhentiKuning Bersedia untuk berhentiHijau Teruskan perjalanan

Halangan di hadapanPerlahankan kenderaanBersedia untuk mengambil tindakan yang sesuai dengan halangan

Tanah runtuhBerhati hati apabila melalui kawasan iniPastikan keadaan jalan selamat sebelum meneruskan perjalanan

Liku kananPerlahankan kenderaanBerhati hati dengan keadaan selekoh di hadapan

Agensi agensi yang terlibat dalam keselamatan di jalan raya

Polis Diraja Malaysia ( Bah. Trafik )Jabatan Keselamatan Jalan Raya ( JKJR )BombaHospital ( Ambulans )Jabatan Pertahanan Awam ( JPAM )Pihak Pengurusan Lebuh Raya (LEKAS,KESAS,NKVE,PLUS )JPAM bantu pengguna jalan raya OPERASI JPJ UNTUK BERI KESEDARAN PENGGUNA JALAN RAYA [ 10 Nov 2014] - Shortcut.lnk

RujukanJurnal1. Jurnal Keselamatan Jalan raya : Di manakah kita? Mohd Khan bin Jamal Khan. Dicapai pada 8 Ogos 2014 jam 10. 00 Pagi.2.Jurnal komunikasi jilid 5 , 1999 ms. 139 152, Mohd, Yusof Hj. Abdullah, Kempen keselamatan Jalan Raya : keperluan kepada pendekatan 3E. Dicapai pada 8 Ogos 2014 jam 10. 00 Pagi.Buku Buku Panduan Kod Keselamatan Pengangkutan Pelajar IPT. Kod amalan keselamatan, kesihatan, Persekitaran untuk sektor pengangkutan, Kuala Lumpur, Institut Penyelidikan Keselamatan Malaysia ( MIROS ), 2007.

Internet http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/keselamatan/7024-langkah-langkah-keselamatan-dijalan-raya.html Langkah - langkah Keselamatan di Jalan raya, Jabatan Penerangan Malaysia..

http://panduanpercuma.info/petua-tips/1271/8-langkah-keselamatan-jalan-raya/#axzz3A6CU7jnv Keselamatan Jalan Raya. Dicapai pada 9 Ogos 2014 jam 9. 20 Malam.

Sekian terima kasih