penulisan esei 2

16
(II) Pengurusan pentadbiran dan pengurusan bengkel Kemahiran Hidup yang perlu dilaksanakan di sekolah rendah. Bengkel Kemahiran Hidup adalah tempat dimana kelas amali dan teori pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup mengambil tempat. Di dalam setiap bengkel terdapat peraturan- peraturan tertentu yang perlu diikuti oleh setiap pelajar dan guru agar proses pembelajaran dapat berjalan dengan lancar dan menepati sasaran pendidikan. Justeru pengurusan yang baik dan sistematik memastikan proses pembelajaran dan pengajaran mata pelajaran kemahiran hidup terlaksana dengan sempurna dan melahirkan pelajar yang celik teknologi dan berkemahiran. Dengan pengurusan yang baik ini kita boleh mempertingkatkan lagi mutu keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Ia juga dapat mewujudkan keadaan harmoni, selesa serta membangkitkan semangat kerjasama di kalangan guru-guru dan pelajar sekolah. Pengurusan pentadbiran adalah agak berbeza dari apa yang dikatakan sebagai pengurusan. Pengurusan melaksanakan tugas-tugas atasan seperti membuat perancangan, menyusun atur, mengelola, mengarah, memimpin, mengawal sumber- sumber dan mendapatkan kerjasama daripada setiap individu di dalam sesuah organisasi. Manakala pentadbiran pula membantu pengurusan melaksanakan apa yang telah dirancang, disusun atur, dikelola, diarah, dipimpin dan dikawal supaya menjadi kenyataan. Ia adalah satu proses pengendalian sesebuah organisasi, secara menyeluruh dalam usaha mencapai matlamat. Pengurusan dimaksudkan sebagai perihal kerja jika kita penjelasan diberi dalam Kamus Dewan Edisi ke-3. Brech

Upload: kalai-shan

Post on 30-Sep-2015

261 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

reka bentuk teknologi

TRANSCRIPT

(II) Pengurusan pentadbiran dan pengurusan bengkel Kemahiran Hidup yang perlu dilaksanakan di sekolah rendah.

Bengkel Kemahiran Hidup adalah tempat dimana kelas amali dan teori pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup mengambil tempat. Di dalam setiap bengkel terdapat peraturan-peraturan tertentu yang perlu diikuti oleh setiap pelajar dan guru agar proses pembelajaran dapat berjalan dengan lancar dan menepati sasaran pendidikan. Justeru pengurusan yang baik dan sistematik memastikan proses pembelajaran dan pengajaran mata pelajaran kemahiran hidup terlaksana dengan sempurna dan melahirkan pelajar yang celik teknologi dan berkemahiran. Dengan pengurusan yang baik ini kita boleh mempertingkatkan lagi mutu keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Ia juga dapat mewujudkan keadaan harmoni, selesa serta membangkitkan semangat kerjasama di kalangan guru-guru dan pelajar sekolah. Pengurusan pentadbiran adalah agak berbeza dari apa yang dikatakan sebagai pengurusan. Pengurusan melaksanakan tugas-tugas atasan seperti membuat perancangan, menyusun atur, mengelola, mengarah, memimpin, mengawal sumber-sumber dan mendapatkan kerjasama daripada setiap individu di dalam sesuah organisasi. Manakala pentadbiran pula membantu pengurusan melaksanakan apa yang telah dirancang, disusun atur, dikelola, diarah, dipimpin dan dikawal supaya menjadi kenyataan. Ia adalah satu proses pengendalian sesebuah organisasi, secara menyeluruh dalam usaha mencapai matlamat. Pengurusan dimaksudkan sebagai perihal kerja jika kita penjelasan diberi dalam Kamus Dewan Edisi ke-3. Brech (1957) berkata bahawa pengurusan merupakan proses sosial yang merangkumi perancangan, kawalan, penyelarasan dan dorongan. Ia juga merupakan usaha koperatif bagi mencapai objektif objektif dan matlamat yang telah ditentukan. Antara tujuan pengurusan bengkel adalah seperti berikut mengelakkan pembaziran masa dan tenaga serta menjimatkan wang, mewujudkan keselamatan bengkel, alatan dan bahan, mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, sekaligus mewujudkan suasana bengkel yang kondusif, menghasilkan produk yang lebih berkualiti, mengelakkan daripada berlakunya kemalangan, mengurangkan kos pengeluaran dan pembaziran, menjimatkan masa bekerja dan boleh dijadikan kebanggaan guru kerana menarik untuk dipandang Pengurusan pentadbiran dan pengurusan bengkel adalah sangat penting bagi mewujudkan satu tempat belajar yang lebih selesa, sentiasa bersih dan berada dalam suasana yang harmonis di bengkel sepanjang masa tanpa ada sebarang masalah yang boleh menggangu proses pengajaran dan pembelajaran serta dapat meningkatkan prestasi pelajar. Bagi mencapai objektif pangajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan di dalam bengkel. Memastikan keadaan bengkel sentiasa bersih, kemas dan selamat sepanjang masa. Pengagihan kerja harus dilaksanakan bagi memastikan semua membuat kerja mereka masing masing, keselamatan, kebersihan, mencapai matlamat yang dirancangkan dan system pentadbiran bengkel berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Bagi pentadbiran pula, bengkel kamahiran hidup harus ditadbir oleh barisan pentadbiran tertentu. Kita boleh agihkan pentadbiran tersebut kepada tiga bahagian iaitu Struktur Organisasi, Panitia dan Pengurusan pelajar. Berikut adalah struktur organisasi bengkel kemahiran hidup.

Strs Struktur organisasi bengkel kemahiran hidup

Dari segi proses pengurusan pula, terdapat empat fungsi pengurusan iaitu perancangan, penyusunan, pengarahan dan juga pengawalan. Perancangan bermaksud pihak pentadbir harus merancang sebarang aktiviti sebelum dimulakan. Dalam sesi ini, tujuan dan objektif harus dipersoalkan. Tanpa tujuan yang sahih, sesuatu aktiviti adalah hanya akan membazirkan wang, masa dan tenaga orang lain. Apabila tujuan yang dibentangkan adalah jelas, kita harus mencari strategi bagi mencapai objektif tujuan tersebut. Jika semuanya diperjelaskan, maka pihak pentadbiran harus mula mengatur aktiviti seperti mana dirancangkan.

Seterusnya adalah penyusunan. Langkah ini melibatkan kerja menstruktur organisasi iaitu proses pengambilan kakitangan.Pembahagian kerja akan ditunjukkan daripada strukutur organisasi mengikuti aktiviti pemasaran, kewangan dan sebagainya. Pengarahan merupakan penjamin aktiviti organisasi berjalan dengan lancer dan teratur dengan sempurna. Kepimpinan dan system komunikasi harus diberi perhatian dalam langkah ini. Langkah keempat iaitu pengawalan. Langakah inilah akan menentukan bahawa prestasi organisasi dicapai ataupun sebaliknya mengikuti perancangan. Prinsip umum dalam sesebuah organisasi dan pengurusan harus mengandungi 14 perkara seperti terdapat dalam pengajian oleh Henri Fayol.

14 prinsip umum dalam pengurusanPengurusan dan pentadbiran bengkel harus diambil berat terutamanya jika berada didalam bengkel kemahiran hidup yang dilengkapi dengan mesin-mesin serta alatan tangan yang berisiko berlakunya kemalangan. Justeru itu, pengurusan dan pentadbiran bengkel ini tidak boleh dipandang ringan agar objektif pembelajaran tercapai. Prinsip-prinsip pengurusan dan pentadbiran bengkel perlu diketahui oleh guru.Terdapat beberapa fasa yang perlu dilalui didalam proses mengurus dan mengendalikan bengkel. Antaranya kawalan guru, keselamatan bengkel dan peralatan, pencahayaan yang baik, keperluan psikologi, persekitaran yang selamat dan efisien.

Kawalan guru merupakan guru mampu mengendali ataupun mengawal bengkel dengan sebaik mungkin. Guru guru kemahiran hidup seharusnya mempunyai penglihatan yang baik serta dapat mendengar bunyi bunyi dengan lebih jelas. Misalnya, guru harus mengecam bunyi bunyi yang dikeluarkan dari mesin mesin yang tidak dimatikan. Seterusnya adalah keselamatn kepada bengkel dan peralatan. Plan ataupun reka bentuk bengkel kemahiran hidup haruslah mengurangkan kehilangan dan kerosakan alat alat. Bengkel yang efisien akan meningkatkan produktiviti dengan mengurangkan pembaziran tenaga dan masa pengguna bengkel kemahiran hidup. Persekitaran yang selamat juga adalah aspek

yang penting dalam pengurusan bengkel. Keselamatan dalam bengkel adalah sangat penting bagi guru dan murid murid. Sebarang kecederaan yang berlaku kepada murid murid semasa berada dalam bengkel akan membawa masalah yang cukup serius. Oleh itu, gurulah sentiasa harus memastikan keadaan murid murid berada dalam tahap yang selamat.Lebih lebih lagi, persekitaran bengkel seharusnya mendorong untuk pembentukan sikap yang baik dalam diri murid murid. Pencahayaan yang baik akan membawa kebaikan dimana murid murid dan guru boleh menjalankan aktiviti dibawa situasi yang terang, pencahayaan yang mencukupi dan sebagainya.

Pengurusan kewangan dan pengendalian bahan merupakan salah satu aspek penting dalam sesebuah pengurusan bengkel di sekolah. Sumber-sumber kewangan perlu di catat dan setiap perolehan atau belian juga perlu di kemaskini bagi memastikan aliran keluar masuk kewangan tidak mengalami sebarang keraguan. Antara aspek yang dipertimbangkan dalam pengurusan kewangan adalah seperti berikut:

Bagi meningkatkan lagi taraf dan kemudahan bengkel, pihak pentadbir boleh mendapati bantuan kewangan dari pelbagai sumber. Antaranya ialah, ibu bapa para murid, kerajaan dan orang awam ataupun badan awam. Bauranntuan kewangan dari ibu bapa akan didapati melalui biasiswa kecil, yuran peperiksaan yang dibayar untuk anak anaknya oleh kerajaan. Dari kerajaan pula, yuran pengajian yang ditanggung oleh kerajaan akan diguna untuk menaik taraf bengkel.Orang awam seperti badan awam akan menyumbang ataupun menderma wang kepada sekolah bagi mengatasi krisis kewangan dan sekolah. Peruntukan ini perlu menjadi garis panduan kepada guru dan pentadbir untuk digunakan sebaik yang mungkin bagi membolehkan setiap pelajar mendapat kemudahan yang sepenuhnya bagi menjalankan aktiviti pembelajaran di sekolah.

Seterusnya, kita akan lihat pada peraturan keselamatan bengkel adalah merupakan satu faktor penting yang perlu diamalkan oleh setiap pelajar dalam kerja amali di bengkel kemahiran hidup. Setiap aktiviti yang dijalankan melibatkan penggunaan peralatan dan mesin yang berbahaya. Sebarang kecuaian boleh mengakibatkan kemalangan atau kecederaan yang serius. Peraturan peraturan keselamatan bengkel perlu diamalkan bagi mengelakkan kemalangan yang tidak diingini berlaku.Keselamatan dan kesihatan pekerja sentiasa terdedah kepada pelbagai bentuk kemalangan dan perlu dijaga agar majikan tidak kehilangan pekerja yang menjadi aset syarikat seperti mana dinyatakan oleh Ibrahim Syed dalam Raja Afindi Raja Adam (1998).

Guru harus melatih pelajar menggunakan alatan tangan untuk menghasilkan projek-projek tertentu, maka suasana tempat yang sesuai perlu untuk pelajar melaksanakan tugasan tersebut dengan lebih berkesan. Tanpa mengetahui cara penggunaan alat alat tersebut, maka keederaan mampu berlaku. Kemudahan peralatan yang lengkap dan teratur untuk digunakan atau keadaan persekitaran tempat tersebut seharusnya menjadi penyumbang kepada penghasilan projek yang baik. Oleh itu, pelajar seharusnya menggunakan kemudahan yang ada di dalam bengkel dengan menjaga keselamatan dirI dan juga orang lain. Kesedaran terhadap keselamatan perlu ditanamkan kepada setiap pelajar supaya sikap mementingkan keselamatan ini dapat di amalkan semasa membuat kerja amali di sekolah dan seterusnya diamalkan setelah memasuki ke alam pekerjaan.

Keselamatan ditakrifkan sebagai satu keadaan bebas daripada kecederaan, ketakutan, kesakitan atau kehilangan yang mana ia memerlukan tindakan yang sewajarnya daripada semua pihak. Kebanyakan kemalangan adalah disebabkan oleh kecuaian manusia sendiri dan jarang sekali berlaku dengan sendirinya. Walaupun beberapa usaha telah dibuat, namun kemalangan bengkel masih lagi berlaku terutamanya ketika menjalankan kerja-kerja amali di bengkel. Kemalangan yang terjadi biasanya boleh mengakibatkan luka, kecacatan anggota dan kehilangan nyawa.

Hal ini akan menjadikan sekolah pada mulanya untuk menimba ilmu tetapi tidak terjamin daripada aspek keselamatannya. Untuk memastikan sekolah adalah institusi yang selamat bagi para pelajar menimba ilmu dan kemahiran, satu kajian mestilah dilakukan untuk mengetahui amalan pelajar dalam mengamalkan keselamatan di bengkel.

Pengurusan bengkel juga boleh dapat dibahagi kepada ruang bengkel, susun atur, keselamatan, organisasi stor dan sistem penyimpanan stok.

Keluasan sesuatu bengkel ditentukan oleh jenis kerja yang dilakukan dalamnya. Saiza yang sepatutunya adalah 20M x 25M. Sebuah bengkel yang sempurna seharusnya menampung sekurang kurangnya 20 orang murid, Lantai mestilah dari bahan tahan lasak, mudah dibersihkan dan tidak menampung habuk dan tidak licin. Tingkap yang besar untuk membenarkan cahaya masuk sebanuk mungkin serta pengedaran udara yang bebas. Pintu mempunyai daun pintu yang besar bagi memudahkan jalan keluar semasa kecemasan. Meja kerja yang tahan lasak Bekalan asas seperti elektrik, soket kuasa dan bekalan air harus disediakan dalam bengkel.Bilik stor juga diperlukan bagi menyimpan bahan bahan dan alat-alat tangan.Susunan bengkel perlu disimpan dengan kemas, rapi dan lengkap supaya kerja-kerja dapat dilakukan dengan sempurna dan mengelakkan daripada berlakunya kemalangan dan kerosakkan harta benda. Rak-rak dan panel alatan yang kelengkapan mudah digunakan. Rak-rak simpanan bahan binaan projek harus menempatkan dengan baik. Susunaan atur bengkel haruslah memudahkan kerja-kerja penyelenggaraan dilakukan.Aspek keselamatan yang diberi kepentingan adalah menyediakan bahan perlindungan dan pakaian kerja bagi melindungi badan. Selain itu, alat pemadam api perlu sentiasa dipastikan masih berfungsi. Guru harus menyemak keadaan alat pemadam api dari masa ke masa supaya dapat digunakan dengan segera apabila diperlukan. Peti pertolongan cemas dan tempat rawatan adalah mesti dalam sesebuah bengkel. Di samping itu, bengkel hendaklah dipaparkan nombor telefon panggilan kecemasan seperti Bomba, Ambulan, Polis dan lain-lain untuk digunakan masa kecemasan.Kemalangan dapat dielakkan atau dikurangkan jika pelajar sentiasa mematuhi langkah-langkah keselamatan. Kesedaran mengutamakan keselamatan bukan hanya pada diri sendiri sahaja tetapi juga terhadap rakan-rakan yang sama-sama bekerja, terhadap persekitaran dan keselamatan harta benda. Kesedaran mengutamakan keselamatan akan hanya timbul sekiranya pelajar itu sendiri mengambil berat untuk mengetahui dan memahami akan kegunaan alatan kelengkapan yang ada di dalam bengkel. Guru guru kemahiran hidup harus menggunakan pelbagai teknik bagi mengajar murid dan menarik perhatian mereka.Teknik merupakan taktik yang digunakan untuk mencapai objektif pembelajaran yang segera maksimum pada waktu pengajaran dan pembelajaran bagi sesuatu bahagian. Menurut Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam bukunya Pengajian Melayu III : Komunikasi Bahasa, teknik boleh didefinisikan sebagai pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif. Teknik digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah untuk menarik perhatian murid supaya minat belajar dan tidak jemu ketika sesi guru mengajar. Pelbagai teknik boleh digunakan pada masa subjek kemahiran hidup seperti teknik main peranan ,improvisasi, permainan bahasa, bercerita, simulasi,sumbangsaran dan sebaginya. Guru kemahiran hidup harus bijak memilih teknik ketika belajar mengikut aras pencapaian murid , umur, minat dan kebolehan murid. Bahan yang digunakan juga penting agar bersesuaian dengan teknik yang diajar dengan menggunakan pelbagai bahan konkrit. Ia juga boleh diklasifikasikan kepada kategori yang mementingkan isi kandungan ataupun proses.Misalnya, jika guru mengajar mengenai alatan tangan, maka guru boleh mengguna benda sebenar untuk mengajar. Dengan ini, murid murid akan lebih memahami pelajaran hari itu. Berikutnya antara teknik teknik yang boleh digunakan oleh guru kemahiran hidup semasa sesi pengajaran & pembelajaran.

Teknik-teknik pengajaran adalah kemahiran atau perkara-perkara khusus yang terdapat dalam sesuatu kaedah. Jika seseorang guru itu tidak dapat menguasai teknik-teknik yang ada pada sesuatu kaedah maka kemungkinan besar matlamat kaedah itu akan tidak berhasil.Misalnya katakanlah seorang ingin menggunakan kaedah bercerita untuk mengajar sesuatu tajuk pelajaran. Teknik-teknik bercerita yang dimaksudkan ialah kawalan nada suara, penggunaan alatan yang berkenaan, kemahiran mengekalkan minat murid, gerrakan tangan "facial expression", serta kedudukan murid-murid semasa aktiviti bercerita itu berlangsung.Satu lagi contoh kaedah mengajar ialah kaedah soalan. Jika kita ingin mengajar dengan kaedah soalanmaka kita pelu menggunakan teknik-teknik menyoal yang baik seperti soalan-soalan yang ditanya haruslah jelas dan tepat, pelajar-pelajar diberi masa untuk memikirkan jawapan soalan sebelum sesiapa dipanggil untuk menjawab, layanan yang munasabah bagi semua tindak balas daripada murid, suara haruslah jelas, mempelbagaikan soalan-soalan yang ditanya dan sebagainya.Jadi jika guru kemahiran hidup hendak mengajar seseorang berenang kita haruslah memilih kaedah-kaedah yang sesuai. Kaedah seperti perbincangan serta syarahan sudah tertentu tidak berkesan. Kaedah pengajaran seperti demostrasi adalah lebih sesuai. Meskipun demikian, untuk memastikan bahawa demostrasi itu berjaya kita mesti menguasai teknik-teknik demostrasi.Sebagai kesimpulan, bila kita sebut teknik pengajaran, sebagai guru kita harus mengetahui teknik dan stretegi pengajaran yang efektif kepada murid agar subjek kemahiran hidup dapat memberi ilmu kepada mereka.