penulisan dialog

3

Click here to load reader

Upload: rosfariza

Post on 19-Jul-2015

356 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Penulisan dialog

1

DIALOG 1. Ketika sedang menunggu kenderaan bapa anda di pekarangan sekolah, anda dan rakan

anda telah berbual–bual tentang cara–cara menangani masalah buli di sekolah.

Tulis dialog anda selengkapnya. Panjang karangan mestilah tidak kurang daripada 80 patah perkataan. KERANGKA

� Ucap selamat � Menyentuh isu buli � Mengetatkan peraturan sekolah

- murid–murid yang terlibat dalam kes buli dikenakan hukuman berat - menghubungi / memanggil ibu bapa untuk berbincang - dirotan / digantung persekolahan / dibuang sekolah sebagai pengajaran.

� Memberi motivasi kepada murid–murid yang bermasalah / berpotensi membuli � Memberi kaunseling � Menempatkan pengawal keselamatan di sekolah

- Membantu pihak sekolah menangani masalah buli - Menimbulkan rasa hormat dan takut dalam kalangan murid

� Membanyakkan aktiviti kokurikulum

- Aktiviti berkumpulan - Pertandingan kuiz, sukan, gotong–royong

� Penutup perbualan

Page 2: Penulisan dialog

2

2. Seorang tokoh tersohor di kampung anda telah menerima Anugerah Usahawan Terbilang

peringkat negeri. Anda dikehendaki menemu ramah beliau untuk mengisi ruang kerjaya dalam majalah sekolah.

Tulis temu ramah tersebut selengkapnya. Panjang karangan anda mestilah tidak kurang

daripada 80 patah perkataan.

KERANGKA

� Ucap selamat � Bertanyakan khabar � Ucapan tahniah atas kejayaan � Menyatakan tujuan temu ramah � Penglibatan awal

- Membantu bapa saudara mengusahakan projek ternakan ayam daging selepas tamat pengajian di Universiti Putra Malaysia

- Banyak memperoleh pengalaman

� Bapa saudara kemudiannya mengusahakan projek ternakan ikan air tawar - diberi kepercayaan mengambil alih projek tersebut - berazam untuk berjaya

� Menghadapi masalah pada peringkat awal

- susah mendapatkan benih ikan - sukar memasarkan ikan air tawar - mendapat khidmat nasihat dan bantuan Jabatan Pertanian sehingga berjaya

mengatasi masalah

� Memasarkan ikan kepada peniaga pasar borong, pasar tani, pengusaha restoran, dieksport ke negara–negara Asia dan Eropah

- mendapat keuntungan - dapat meluaskan perniagaan - merupakan antara pengeksport utama ikan air tawar ke luar negara

Page 3: Penulisan dialog

3

3. Anda sekeluarga tidak dapat pulang bercuti di kampung. Anda disuruh oleh ayah untuk

menelefon datuk anda di kampung memaklumkan perkara itu. Tulis perbualan antara anda dengan datuk itu. Panjang karangan anda mestilah tidak kurang

daripada 80 patah perkataan. KERANGKA

� Ucapan selamat dan bertanya khabar � Meminta maaf dan menyatakan alasan

- ayah sibuk dengan kerja - ibu juga sibuk, tidak dapat cuti - anda ada kelas bimbingan - terpaksa mengulang kaji kerana minggu ujian

� Menyatakan rasa rindu kerana sudah lama tidak berjumpa

- kali terakhir pulang pada bulan Januari

� Bertanya tentang musim buah–buahan � Mencadangkan datuk dan nenek menjual buah–buahan

- tidak membazir - boleh menambahkan pendapatan

� Akan pulang jika ayah dapat cuti � Menyampaikan salam ayah dan ibu kepada mereka