pengaruh oriental is dalam penulisan akademik

52
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA PPPN 3362 SIKAP ORIENTALIS TERHADAP AL-QURAN DAN AL-SUNNAH TUGASAN KUMPULAN: PENGARUH ORIENTALIS DALAM PENULISAN AKADEMIK PENSYARAH : DR. LATIFAH ABDUL MAJID DISEDIAKAN OLEH : SAMIAH BINTI JUNUS (A111334) NURULNADIA BT MOHAMED KHASIM (A111476) JAMILAH BT RASHID (A111561)

Upload: puteracho

Post on 30-Jun-2015

441 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

pengaruh orientalis

TRANSCRIPT

Page 1: Pengaruh Oriental Is Dalam Penulisan Akademik

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

PPPN 3362

SIKAP ORIENTALIS TERHADAP AL-QURAN

DAN AL-SUNNAH

TUGASAN KUMPULAN:

PENGARUH ORIENTALIS DALAM PENULISAN AKADEMIK

PENSYARAH:

DR. LATIFAH ABDUL MAJID

DISEDIAKAN OLEH:

SAMIAH BINTI JUNUS (A111334)

NURULNADIA BT MOHAMED KHASIM (A111476)

JAMILAH BT RASHID (A111561)

NOOR HASFANIE BINTI PAUZI (A112392)

FAKULTI PENDIDIKAN

Page 2: Pengaruh Oriental Is Dalam Penulisan Akademik

KANDUNGAN

Perkara Halaman

1.0 Pendahuluan 3

2.0 Gerakan Orientalis dalam Bidang Penulisan 4

3.0 Pendokong-pendokong Orientalis secara Umum 5

8-9 4.0 Sikap Dan Agenda Orientalis Melalui Penulisan

4.1 Memejamkan mata terhadap fakta kebenaran

4.2 Melakukan serangan secara tidak langsung.

4.3 Merujuk Sumber-sumber Kristian.

4.4 Memecah-belahkan Umat

4.5 Menimbulkan kejijikan pembaca kepada budaya hidup orang Islam

4.6 Mengelirukan Pembaca Antara Makna Literal Atau Hakikat

Dengan Metafora.

5.0 Pengaruh Orientalis Dalam Penulisan Mengikut Kategori 10-14 Kumpulan Orientalis

6.0 Hasil Karya-karya Penulisan Orientalis 15-18

5.1 Karya-karya Orientalis yang Penting

5.2 Karya-karya Orientalis yang Boleh Dibaca

5.3 Ensiklopedia dan Majalah-majalah Orientalis

7.0 Pengaruh Orientalis dalam Penulisan Akedemik 19-28

7.1 Pengaruh Negatif

7.2 Pengaruh Positif

8.0 Penterjemahan Kitab-kitab Turath Islamiyyah Oleh Pihak Orientalis 29-31

9.0 Kesan Penulisan Orientalis 32-33

10 Kesimpulan 34

Rujukan 35

2

Page 3: Pengaruh Oriental Is Dalam Penulisan Akademik

1.0 PENDAHULUAN

Orientalisme merupakan gerakan yang didokong oleh para sarjana Barat yang terdiri daripada

orang-orang Yahudi dan Kristian. Ia juga boleh dimaksudkan sebagai satu fahaman yang

dihubung kaitkan kepada suatu aliran pemikiran atau pembelajaran mengenai kehidupan bangsa-

bangsa Timur umumnya dan mengenai tamadun Islam serta bangsa Arab khususnya.

Adapun bermulanya gerakan ini adalah daripada kesan pertembungan pemikiran, politik,

aqidah, atau ideologi yang menyelubungi zaman pasca modenisme ini. Justeru, perasaan hasad

dan dengki daripada masyarakat Barat selepas mereka tewas di dalam peperangan Salib (The

Crusade War) dan kemajuan Islam yang telah menguasai dunia pada ketika itu menjadikan ianya

sebagai faktor terpenting di dalam perkembangan gerakan ini.Sebagaimana sabda Rasulullah

s.a.w yang bermaksud:

“ Akan timbul di akhir zaman nanti golongan yang digelar Rofidoh, mereka menolak Islam

(pada hakikatnya) tetapi mereka mendakwa mereka orang Islam.Perangilah mereka kerana

merekalah sebenarnya golongan musyrikin.”

Oleh yang demikian, demi menutup kelemahan tersebut, mereka mula menjalankan

kajian tentang tamadun Timur atau tamadun Islam secara khusus untuk dijadikan platform

menuju alaf baru. Bukan itu sahaja, malah ianya bertujuan untuk mencari kelemahan Islam dan

berusaha untuk menyelewengkan Islam ajaran Islam. Hasil dari kajian yang dibuat, mereka telah

membina tamadun moden sebagaimana yang dapat kita saksikan pada hari ini. Kemodenan yang

dicapai semata-mata bertujuan untuk merendahkan martabat Islam di mata dunia.

3

Page 4: Pengaruh Oriental Is Dalam Penulisan Akademik

2.0 GERAKAN ORIENTALIS DALAM BIDANG PENULISAN

Kelahiran gerakan orientalisme adalah berkait rapat dengan gerakan untuk penyebaran agama

kristian dan juga penjajahan, maka strategi gerakan dan usaha awal mereka adalah diatur untuk

mencapai matlamat bersama. Apa yang diatur oleh pihak pengembang kristian adalah mendapat

dokongan berbentuk akademik dari golongan orientalis. Pendakwah kristian telah menggunakan

pelbagai cara dalam menjayakan misi mereka terhadap bangsa Timur. Antaranya ialah dengan

mengeksploitasi semua bidang keperluan manusia untuk tujuannya, termasuklah melalui bidang

pendidikan dengan menubuhkan institusi pendidikan di semua peringkat dengan kurikulum dan

pengisian yang sesuai dengan agama kristian, mengeksploitasi pelajar-pelajar yang dihantar ke

barat untuk mengubah pendirian dan pemikiran mereka terhadap ajaran Islam yang sedia ada

dalam diri mereka agar menerima pandangan, pemikiran yang sesuai dengan anutan mereka.

Selain dari bidang pendidikan, bidang-bidang lain seperti perubatan, media dan

kewartawanan, penerbitan majalah dan sebaran digunakan untuk maksud tersebut. Selain

daripada gerak kerja yang dilaksanakan melalui kegiatan missionari ini, orientalis juga

menjalankan kegiatan mereka dalam bidang akademik yang meliputi pelbagai bidang khususnya

dalam aspek penulisan. Al-Sayid Mustafa al Siba’y telah mengemukakan 5 aktiviti yang

dijalankan oleh orientalis iaitu:

i. Meliputi pengajian di Universiti.

ii. Pengumpulan manuskrip dan membut katalog.

iii. Penyuntingan dan penerbitan.

iv. Penterjemahan dari bahasa Arab ke Bahasa Eropah.

v. Penulisan dalam berbagai-bagai bidang ilmu Islam.

Matlamat orang barat termasuk golongan orientalis sejak awal lagi adalah merupakan

serampang dua mata iaitu :

i. Untuk menyekat masyarakat barat atau kristian daripada terpengaruh dengan ajaran Islam

dan menerima Islam sebagai anutan mereka . Dalam hal ini mereka menumpukan kerja-

4

Page 5: Pengaruh Oriental Is Dalam Penulisan Akademik

kerja yang dilihat boleh memburukkan wajah Islam serta menutup semua keindahan dan

keistimewaannya agar dapat meyakinkan kaum kristian bahawa Islam adalah tidak sesuai

untuk mereka.

ii. Menumpukan kajian mereka tentang umat Islam dan mereka mula menimbulkan dan

membuat pelbagai dakwaan dan pembohongan terhadap akidah dan syariah Islam juga

sumber-sumber Islam . Tujuan mereka adalah bagi melemahkan pegangan umat Islam

terhadap agama serta menimbulkan perpecahan dikalangan umat Islam . Disamping itu ia

disertai dengan usaha yang kuat dan bersungguh-sungguh ke arah menjadikan mereka

sebagai penganut kristian.

iii. Menjadi konco atau pengikut kepada penjajah dan berusaha bagi membuka jalan dan

memudahkan pihak penjajah menundukkan negara-negara umat Islam agar menerima

pemikiran mereka yang akhirnya mereka akan turut mendewa-dewakan nilai-nilai barat ,

dan pada waktu yang sama mengurangkan pegangan mereka kepada nilai dan ajaran

Islam .

Oleh itu, bagi mencapai matlamat yang ditentukan, golongan orientalis mula mengambil

peluang melalui bidang penulisan buku dan penerbitan. Malah, ianya menjadi satu kegiatan dan

strategi yang sangat luas digunakan oleh mereka. Penulisan dan penerbitan buku-buku dan apa

yang dikatakan sebagai hasil kajian dan penyelidikan mereka meliputi pelbagai aspek yang

berkaitan dengan Islam yang diterbitkan dalam pelbagai bentuk dan judul. Ianya menyentuh

tentang agama Islam secara menyeluruh atau Rasulullah atau tentang al-Quran dan sebagainya.

Kebanyakan dalam penulisannya, mereka dengan sengaja memutar belitkan fakta dan hakikat

kebenaran yang ada, sama ada dengan mengubah maksud atau menafikan hakikat yang sebenar

dan sebagainya.

Kalangan orientalis sangat giat dan produktif dalam usaha mereka ini. Mereka secara

berkumpulan menerbitkan beberapa buku berkaitan Islam yang telah disusun hasil penulisan

yang begitu besar yang kemudiannya pegangan dan rujukan oleh para pelajar Islam . Antaranya

ialah Ensiklopedia Islam, yang mana pada mulanya dicetak dalam bahasa Inggeris dan

diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa. Ia kemudian telah mula diterjemahkan ke dalam

Bahasa Arab pada tahun 1956. Penerbitan pertama dalam edisi Bahasa Arab mengandungi 13

5

Page 6: Pengaruh Oriental Is Dalam Penulisan Akademik

Jilid. Banyak perkara dan fakta yang tidak tepat tentang Islam terkandung dalam buku ini. Oleh

kerana sistem kandungan yang begitu baik maka para penulis Islam telah berusaha untuk

meneliti dan memperbetulkan semula fakta-fakta dan kandungan yang tidak tepat di dalamnya.

Selain itu terdapat juga buku-buku lain yang dihasilkan seperi buku yang berjudul Shorter

Encyclopaedia of Islam. Encyclopaedia of Religion And Ethics, Encyclopaedia of Sosial

Sciences dan banyak lagi.

Demikian juga dengan buku Mu’jam Mufahras untuk hadis yang telah disusun oleh

Wensink dan rakan-rakannya. Walau pun tujuan asalnya adalah untuk meneliti mencari hadis-

hadis dan bagi meneliti aspek-aspek kelemahan yang boleh dipergunakan bagi menentang Islam,

tetapi susunannya telah dapat digunakan oleh para pelajar Islam dalam penyelidikan dan

pengajian mereka.

Selain itu, terdapat juga pertubuhan kesatuan dan penerbitan majalah. Antara kegiatan

yang dilaksanakan oleh orientalis dalam usaha mereka ialah menerbitkan majalah untuk menjadi

tatapan dan bahan bacaan masyarakat. Dalam Majalah ini dimuatkan pemikiran atau yang

disebut sebagai hasil kajian mereka tentang sesuatu permasalahan yang mahu disampaikan

kepada pembaca.

Penerbitan majalah dilakukan oleh kesatuan orientalis . Kesatuan ini telah ditubuhkan di

pelbagai negeri mengumpulkan tenaga orientalis. Antaranya ialah Kesatuan orientalis Asia yang

ditubuhkan di Paris pada tahuan 1822, Kesatuan Diraja Asia yang ditubuhkan di Britan dan

Ireland pada tahun 1942 dan di German pada 1845 . Majalah yang mengandungi hasil kajian

penyelidikan mereka tentang Islam ini diterbit dan diedarkan oleh kesatuan atau pertubuhan ini

dalam jumlah yang besar sebagaimana dihuraikan pada bab yang seterusnya.

Lebih jauh dari itu para orientalis juga telah merebut peluang menggunakan akhbar-

akhbar tempatan di negari-negeri umat Islam yang dibeli oleh mereka dan dikekalkan

penerbitannya dengan pengisian dari pihak mereka. Di mesir misalnya mereka berjaya

menggunakan akhbar-akhbar tertentu bagi menyetakan pandangan dan pendapat agama kristian

secara lebih bebas dan meluas berbanding dengan negeri-negeri lain.

6

Page 7: Pengaruh Oriental Is Dalam Penulisan Akademik

3.0 PENDOKONG-PENDOKONG ORIENTALIS SECARA UMUM

Merujuk kepada nama-nama dibawah ini adalah sebahagian daripada golongan orientalis yang

menganuti fahaman Orietalisme. Walaupun nama-nama yang dinyatakan di bawah ini terdapat di

antaranya nama-nama Orientalis yang sederhana pemikirannya, namun perlu diketahui oleh kita

semua sebagai langkah berhati-hati atau berwaspada di dalam pembacaan kita. Berikut adalah

senarai nama-nama pendokong Orientalis:

1. Toha Husin

2. Zurjy Zedan

3. Lewois Awadh

4. Aziz ‘Atiah Surial

5. George Hurai

6. Albert Hurani

7. Chares ‘Isawi

8. Najih Faris

9. Edward Jurji

10. Manahim Mansur

11. George Nuqqas

12. Nasr Abu Zaid

13.Ahmad Khan

14. Rody Burt

15. Hanoto (Perancis)

16. Chiro Tanaka Chiro (Jepun)

17. Hamer Burgstel

18. Dostel

19. Prof. Peace

7

Page 8: Pengaruh Oriental Is Dalam Penulisan Akademik

20 Cristian Snouck Hourgronje

21 Emil Ritsic

4.0 SIKAP DAN AGENDA ORIENTALIS MELALUI PENULISAN

4.1 Memejamkan mata terhadap fakta kebenaran

Adakalanya para ilmuan terkenal dan penulis ternama dalam konteks pengajian yang serius

menulis kajian perbandingan mengenai bangsa dan agama sengaja memicingkan mata mengenai

pandangan Islam dalam konteks tertentu.Mereka hanya menulis sekadar sekelumit dan itupun

aspek yang tidak penting untuk menunjukkan betapa Islam sebagai agama yang tersisih dan tidak

perlu disorot. Umpamanya S.K Northobs dalam kajiannya yang bertajuk 'Kajian Mencari

Persefahaman Dunia' yang mengandungi 496 halaman hanya menyentuh mengenai Arab dan

orang Islam sekitar 12 halaman sahaja. Walhal mereka merupakan kumpulan ketujuh yang

terbesar menjadi penghuni dunia ini. Begitu juga Betrand Rusell dalam bukunya Sejarah

Falsafah Arab.

4.2 Melakukan serangan secara tidak langsung.

Kadangkala Orientalis menulis mengenai Muhammad salallahualaihi wasalam dan misinya

terbagi di bawah tajuk lain.Namun dalam membicarakan tajuk tertentu mereka sempat

memesongkan pembaca secara halus. Agnatius Kratsykoysky, Orientalis Russia menulis dalam

bukunya Sejarah Geografi Sastera Arab "Bahawa Al Quran ialah himpunan ilmu pengetahuan

yang diperolehi oleh Muhammad melalui pendengaran. Ia merupakan contoh umum dalam usaha

orientalis ini.

4.3 Merujuk Sumber-sumber Kristian.

Adakalanya Orientalis menulis sejarah nabi dan tajuk-tajuk yang menyentuh Islam. Tetapi

mereka merujuk sumber-sumber Kristian dan bukan sumber turath yang dikaji oleh Ulama'

Islam. Ini menyebabkan pembaca menjadi keliru dan salah faham. Dalam menulis sesuatu,

mereka cuba menimbulkan kejijikan pembaca kepada budaya hidup orang Islam masa kini dan

masa lampau. Umpamanya dalam penulisan sejarah dan perjalanan, mereka menggambarkan

corak hidup umat Islam sebagai ketinggalan zaman, adat dan tradisi mereka begitu mundur.

Acapkali pula mereka menggambarkan tokoh-tokoh Islam, Rasulullah salallahualaihi wasalam

8

Page 9: Pengaruh Oriental Is Dalam Penulisan Akademik

terutamanya secara dusta untuk memperkecil kehebatan dan kewibawaannya dan Islam itu

sendiri.

4.4 Memecah-belahkan Umat

Sehubungan dengan itu, ada juga di kalangan Orientalis menulis untuk memecah-belahkan umat

melalui penampilan aliran-aliran pemikiran Barat yang bersimpang siur atau mereka menangani

konsep-konsep Islam yang dahulunya dapat menyatupadukan umat Islam agar tidak lagi

berfungsi.Mereka tahu bahawa umat yang berpecah belah dari segi pemikiran bukan sahaja tidak

mungkin dapat bersatu padu dari sudut politik dan Ekonomi bahkan juga dari sudut ketenteraan.

Inilah faktor yang memudahkan penjajah menguasai dunia Islam pada masa dahulu. Menurut

Ahmad Ghorab, seorang penulis yang mengkaji peranan Orientalis bagi menghancurkan Islam,

'Distortation' yang dilakukan oleh golongan Orientalis mempunyai dua objektif yang khusus

iaitu:

i. Untuk menimbulkan kebencian terhadap Islam di dalam minda dan pemikiran golongan

bukan Islam

ii. Untuk melemahkan umat Islam dengan menimbulkan keraguan mengenai aqidah ,tradisi

kenabian serta sejarah Islam yang mengakibatkan umat Islam menolak kesyumulan

Islam.

4.5 Menimbulkan kejijikan pembaca kepada budaya hidup orang Islam

Dalam menulis sesuatu, mereka cuba menimbulkan kejijikan pembaca kepada budaya hidup

orang Islam masa kini dan masa lampau. Umpamanya dalam penulisan sejarah dan perjalanan,

mereka menggambarkan corak hidup umat Islam sebagai ketinggalan zaman, adat dan tradisi

mereka begitu mundur. Acapkali pula mereka menggambarkan tokoh-tokoh Islam, Rasulullah

salallahualaihi wasalam terutamanya secara dusta untuk memperkecil kehebatan dan

kewibawaannya dan Islam itu sendiri.

4.6 Mengelirukan Pembaca Antara Makna Literal Atau Hakikat Dengan Metafora.

Bahasa Arab memang mengandungi maksud hakikat dan majaz atau metafora. Ada yang bersifat

baku dan ada pula Amiyyah .Orientalis dalam menghuraikan maksud nas Al Quran atau hadith

sengaja memutar balikkan perkara ini.

9

Page 10: Pengaruh Oriental Is Dalam Penulisan Akademik

5.0 PENGARUH ORIENTALIS DALAM PENULISAN MENGIKUT KATEGORI KUMPULAN ORIENTALIS

Kategori Pertama; Kategori Kumpulan Orientalis yang berminat untuk mengkaji ilmu Islam

dan berpegang teguh dengan prinsip keilmuan. Kebanyakan daripada golongan ini telah

memeluk agama Islam. Di antaranya ialah:

1. Hardrian Roland

Beliau merupakan professor bahasa-bahasa Timur di Universiti Utrecht, Belanda. Meninggal

dunia pada tahun 1718 M. Beliau telah menulis sebuah buku berjudul Muhammadanisme di

dalam bahasa Latin sebanyak dua jilid pada 1705 M. Namun, buku tersebut telah mendapat

tentangan yang hebat dari pihak gereja di Eropah dan . Seterusnya buku itu telah dikategorikan

sebagai buku yang diharamkan.

2. Z. Honke

Beliau telah menulis sebuah buku berjudul Matahari Arab Bersinar di Barat. Buku ini amat

masyhur kerana mempunyai fakta-fakta ilmiah berkaitan Islam. Z. Honke dianggap tidak berat

sebelah kerana buku-bukunya yang objektif yang memperkenalkan pengaruh peradaban Arab

terhadap Barat.

3. Gustac Le Bon

Terkenal sebagai seorang orientalis dan ahli falsafah materialisme. Beliau tidak percaya kepada

agama. Pada umumnya kajian dan buku-bukunya menyentuh tentang peradaban Islam. Beliau

telah membuat kajian dan menulis beberapa buah kitab berkaitan Islam. Namun semua kajian

dan karyanya ini tidak mendapat sambutan masyarakat Barat.

4. Johann J. Reiske

Merupakan seorang orientalis Jerman pertama yang patut dikenang. Ia dituduh murtad (atheis)

karena sikapnya yang adil terhadap Islam. Ia hidup menderita dan mati pada tahun 1774 M

10

Page 11: Pengaruh Oriental Is Dalam Penulisan Akademik

karena sakit paru-paru. Ia sangat berjasa dalam memperkenalkan dan mengembangkan pengajian

Bahasa Arab di Jerman.

5. Silvestre de Sacy

Seorang orientalis yang memberi tumpuan kepada sastera dan nahu Arab. Ia mengelak dari

terlibat dalam pengkajian tentang agama Islam. Ia juga sangat berjasa dalam menjadikan Paris

sebagai pusat pengkajian Islam. Salah seorang yang pernah berurusan dengan beliau ialah Syaikh

Rifa'ah Thanthawi. Beliau meninggal dunia pada tahun 1838 M

6. Thomas Arnold

Berasal dari England, dilahirkan pada tahun 1864 M dan meninggal dunia pada tahu 1930 M .

Bukunya yang berjudul ‘Preaching in Islam’ telah diterjemahkan ke dalam bahasa Turki, Urdu

dan Arab.

7. Jack Burke, Anne Marie Simmel , Thomas Garlyle, Renier Ginaut, Dr. Granier dan Gocthe

adalah orientalis-orientalis yang tergolong sederhana.

Kategori Kedua; Kategori kumpulan yang membuat kajian tentang Islam atas nama ilmu tetapi

mereka cuba membuat pembohongan di dalam kajian mereka. Di antara mereka yang tergolong

di dalam golongan ini adalah seperti berikut:

1. Gold Ziher (1850-1920 M)

Orientalis berketurunan Yahudi ini telah menulis pelbagai judul buku berkaitan Islam dengan

tujuan untuk memburukkan imej Islam pada kaca mata orang-orang Barat. Beliau yang mendapat

pengiktirafan daripada universiti-universiti di Eropah telah digelar sebagai pelopor di dalam

bidang Islamic Studies. Ketokohan dan juga kefanatikannya tidak dapat dipertikaikan.

2. G. Von Grunbaum

Merupakan seorang Yahudi berbangsa Jerman yang pernah belajar di universiti-universiti

Amerika. Beliau telah menulis sebuah buku yang berjudul Upacara-upacara Agama Muhammad

11

Page 12: Pengaruh Oriental Is Dalam Penulisan Akademik

yang diterbitkan pada tahun 1951 M. Manakala bukunya yang berjudul Beberapa Pengajian

Tentang Sejarah Kebudayaan Islam telah diterbitkan pada tahun 1854.

3. Arent Jan Wensinck (A.J. Wensinck ) (1882-1939)

Merupakan orientalis yang sangat memnusuhi Islam. Beliau telah menulis sebuah buku berjudul

Aqidah Islam yang diterbitkan pada tahun 1932. Adapun penulisan buku ini mengandungi fakta-

fakta yang dusta dan kecaman terhadap Islam.

4. Louis Massignon (L. Massignon ) (1883-1962).

Seorang pendakwah Kristian berbangsa Perancis, pernah menjadi penasihat kepada Department

Koloni Jajahan Perancis bagi Afrika Selatan. Bukunya yang terkenal ialah Hallaj, Sufi yang

Syahid dalam Islam yang diterbitkan pada tahun 1922 M.

5. D.B. Mac Donald

Merupakan seorang Orietalis dan pendakwah Kristian yang berbangsa Amerika yang terkenal

dengan fanatik. Beliau telah menulis dua buah buku yang masyhur. Buku tersebut adalah

berjudul Perkembangan Ilmu Kalam, Fiqh dan Teori Undang-Undang Negara yang diterbitkan

pada tahun 1930 M dan Sikap Agama Terhadap Kehidupan Menurut Islam yang diterbitkan pada

tahun 1908 M.

6. R.A. Nicholson

Beliau merupakan seorang Orientalis berbangsa Inggeris yang menolak aspek kerohanian Islam.

Beliau yang mendakwa Islam itu agama meterialistik. Antara bukunya yang terkenal seperti

Sufi-sufi dalam Islam (1910 M) dan Sejarah Kesusateraan Arab (1930 M).

7. Barron Carra De Vaux

Seorang Orientalis berbangsa Perancis yang sangat fanatik dan termasuk salah seorang tokoh

penting Sidang Pengarang Ensiklopedia Islam. Beliau amat memusuhi Islam.

12

Page 13: Pengaruh Oriental Is Dalam Penulisan Akademik

8. D.S. Margoliouth (1885-1940 M)

Merupakan orientalis berbangsa Inggeris yang sangat fanatik yang juga merupakan guru kepada

Thaha Husain dan Ahmad Amin, bapa orientalis Mesir. Antara buku-buku yang ditulis beliau

berkaitan Islam adalah seperti berikut:

i. Perkembangan Baru Dalam Islam yang diterbitkan pada tahun 1943.

ii. Muhammad Menjelang Kelahiran Islam yang diterbitkan pada tahun 1943.

iii. Universiti Islam yang diterbitkan pada tahun 1912.

8. J.Maynard

Orientalis Amerika yang sangat fanatik ini termasuk salah seorang Pengarang Majalah ‘Islamic

Studies’.

9. Samuel Marinus (S.M Zwemer) (1867-1952)

Orientalis dan pendawah Kristian, merupakan pengasas majalah ‘Islamic World’ di Amerika. Di

antara bukunya yang bernada fitnah ialah ‘Islam Memasung Aqidah’, terbit tahun 1908 M dan

‘Al-Islam’ yang merupakan kumpulan makalah yang disampaikan dalam Persidangan

Kristianisasi II pada tahun 1911 M di Lucknow, India.

10. Kenneth Cragg (K.Cragg)

Orientalis Amerika yang sangat fanatik ini menulis buku ‘Da'wah dan Menara Azan’ yang

diterbitkan pada tahun 1956 M.

11. M. Green

Merupakan setiausaha kepada Sidang Pengarang Majalah Timur Tengah.

13

Page 14: Pengaruh Oriental Is Dalam Penulisan Akademik

12. Arthur John Arberry (A.J. Arberry ) (1905-1969)

Adalah orientalis Inggeris yang sangat fanatik memusuhi Islam. Bukunya terkenal antara lain

ialah berjudul Islam Dewasa Ini yang diterbitkan pada tahun 1943 M dan Tasawwuf yang

diterbitkan pada tahun 1950 M.

13. H.A.R. Gibb (1895-1965 M)

Orientalis berbangsa Inggeris penulis buku ‘Mohammedanism’, diterbitkan dalam tahun 1947 M

dan ‘Aliran-aliran Moden dalam Islam’ yang diterbitkan juga dalam tahun 1947 M.

14. Henry Lammens (1872-1937M)

Orientalis fanatik yang menulis buku Al-Islam dan Tha’if. Dia juga salah seorang sidang

pengarang Ensiklopedia Islam. Beliau berbangsa Perancis dikategori sebagai tersangat fanatik.

Mendakwa Nabi tidak menyukai perpaduan. Telah banyak mengubah fakta sejarah Islam seperti

mengubah tarikh lahir Nabi SAW serta membuat gambaran jahat terhadap Fatimah az-Zahra.

15. Joseph Schacht (J. Schacht ) (1902-1969).

Beliau terkenal sebagai orientalis Jerman yang sangat fanatik memusuhi Islam. Penulis buku

Usul Fiqh Islam.

16. Blacherc

Beliau pernah bekerja untuk Kementerian Luar Negara Perancis sebagai staf untuk urusan Arab

dan umat Islam.

17. Alfred Guillaume (1888-1966).

Merupakan orientalis Inggeris yang sangat fanatik memusuhi Islam dan merupakan penulis buku

Al-Islam. Guillaume telah menterjemah Kitab Sirah oleh Ibnu Ishaq ke bahasa Inggeris yang

terbit pertama kali pada tahun 1955.

14

Page 15: Pengaruh Oriental Is Dalam Penulisan Akademik

6.0 HASIL KARYA-KARYA PENULISAN ORIENTALIS

6.1 Karya-karya Orientalis yang Penting

Pelbagai jenis buku telah dihasilkan oleh orientalis termasuklah buku-buku yang berkaitan

sejarah, aqidah, syariah, falsafah, tasawuf, bahasa Arab, sastera Arab, penterjemahan al-Quran

dan Hadith. Kebanyakan buku-buku ini mencela agama Islam dan dipenuhi dengan unsur-unsur

penipuan. Bermula awal kurun ke-19M sehingga pertengahan kurun ke-20M, mereka telah

menghasilkan lebih daripada 60, 000 buah buku berkenaan Islam. Antara buku-buku hasil karya

penulisan golongan orientalis ini adalah seperti berikut:

1. Mu’jam Mufahras li Alfazi al-Hadith merupakan sebuah kamus untuk mencari lafaz-lafaz

hadits. Mu’jam ini mencakupi Kitab Sunan Sittah, kumpulan hadith yang terhimpun dalam kitab

yang enam, ditambah dengan Musnad Darimi, Muwattha' Imam Malik dan Musnad Ahmad bin

Hanbal. Mu’jam ini terdiri daripada tujuh jilid dan yang dicetak sejak tahun 1936 M sampai

sekarang.

2. Ensiklopedia Islam, cetakan pertama terbit dalam bahasa Inggeris, Perancis dan Jerman, antara

tahun 1913-1938 M. Sedangkan cetakan berikutnya diterbitkan dalam bahasa Inggeris dan

Perancis saja, 1945-1977 M.

3. Sejarah Kesusateraan Arab. Karangan Cari Brockelmen (meninggal dunia pada tahun 1956).

4. Al-Islam-Karangan Alfred Guillaume.

5. Usul Fiqh al-Islam-Karanan J. Schacht

6. Sufi-sufi Islam & Sejarah Kesusateraan Arab-dikarangoleh R.A Nicholson

7. Muhammedanisme- Karangan H.A.R. Gibb.

8. Tasawuf & Islam Dewasa Ini-Karangan A.J. Arberry.

9.Orientalisme-Karangan Edward Said. Diterbitkan pada tahun 1978.

15

Page 16: Pengaruh Oriental Is Dalam Penulisan Akademik

10. Peta Dunia Islam dari tahun 1500 hingga kurun ke-20M-Karangan Francis Ruison dan Peter

Brown

11. Asas Bahasa Arab-KaranganArbanius. Diterbitkan di London pada tahun 1613.

12. Afrika al-Youm-Karangan Grov Henzh. Dicetak di John Hobking,Poltimur Amerika

Syarikat.

13. Al-Wehdah wa Attanawu’ fi Hadharah al-Islamiah-Karangan Gustav Von Grounipum.

Dicetak di Universiti Chicago

14. Al-Murotibun fi Senegal-Karangan Moris De Lavos. Diterbitkan di Paris pada tahun 1916.

15. Fataha al-Arab li Ifrikia-Karangan Henry Fornil. Dicetak di Paris pada tahun 1875

16. Tarikh Gharb Ifrikia-Karangan Fedzh. Dicetak di Universiti Cambridge pada tahun 1955.

17. Tarikh Nigeria-Karangan Sir Ane Prince. Dicetak di London pada tahun 1995

18. Qabail Nigeria Syimaliah- Karangan Mick.Dicetak di London pada tahun 1925.

19. Islam fi Sudan & Islam fi Habsyah-Kaangan Spancer Trimingham. Dicetak di London pada

tahun 1949 dan 1952.

20. Al-Mahdiah-Karangan Theobold. Diterbitkan di London pada tahun 1856.

21. Al-Muwatinun Ula fi Syarq Ifrikia- KaranganRichard Birton.Diterbitkan di London pada

tahun 1856.

22. Dalil Syarqi Ifrikia- Karangan Gordon Brown. Diterbitkan di London pada tahun1955.

23. Tarikh Euthopia-Karangan Pengh. Diterbitkan di London pada tahun 1936.

24. Attawatur Assiasi wal Ijtima’ie wad Dinni fi Syarq Ausot-Karangan S. Morison. Diterbitkan

pada tahun 1954M.

25.Mustasyriqah Amerikiah Muasorah-Karangan Magerit Ronald.

26. Arkanul Islam & Muhammad Rasulullah-Karangan Paru Matsu Duram.

16

Page 17: Pengaruh Oriental Is Dalam Penulisan Akademik

6.2 Karya-karya Orientalis yang Boleh Dibaca

Menurut Syeikh Abul Hasan Ali An-Nadawi, karya-karya ini adalah diiktiraf

sebagai mempunyai kualiti ilmu yang baik dan amat sedikit kelihatan sentimen

dengki dan benci terhadap Islam. Sebagai contoh adalah seperti berikut:

1. Prof T. W Arnold The Preaching of Islam

2. Stanley Lane Poole Saladin (Salahuddin Al-Ayyubi)

3. Stanley Lane Poole Moors in Spain

4. Dr Aloys Sprenger Pendahuluan kitab Al-Isobah fi tamyiz as-sahobah karangan Al- Hafiz Ibnu Hajar

5. Edward William Lane Mu’jam Arabic-English Lexicon

6. A.J Weinsink Mu’jam Al-Mufhiras ‘Am Bagi Hadith Nabi (Dari Sunan yang 6 Musnad Ad-Darimi , Muwatto’ Malik dan Musnad Ahmad diterjemah ke Arab oleh Mohd Fuad Abd Baqi & kata pengantar Syeikh Mohd Rashid Ridha

7. B Strenge Land of the Eastern Caliphate

17

Page 18: Pengaruh Oriental Is Dalam Penulisan Akademik

6.3 Ensiklopedia dan Majalah-majalah Orientalis

Kebanyakan ensiklopedia yang dihasilkan berkaitan dengan sejarah, geografi, dan tamadun Islam

telah diselewengkan. Contoh ensiklopedia hasil karya penulisan orientalis termasuklah:

1. Islamic Encylopedia; diterbitkan pada tahun 1913-138 di dalam Bahasa Inggeris, Perancis

dan Jerman. Pada tahun 1945-1977, ensklopedia ini dicetak buat kali kedua di dalam Bahasa

Inggeris dan Perancis.

2. Britannica Encyclopedia; membincangkan tentang kitab suci al-Quran.

Dari sudut lain karya mereka juga dengan menerbitkan majalah dan mempunyai banyak

kilang-kilang penerbitan. Lebih dari 300 majalah yang beraneka ragam dan dalam berbagai

bahasa diterbitkan, antara lain ;

1. The Muslim World, diasaskan oleh Samuel Zwemer (meninggal tahun 1952 M) di England .

Dalam tahun 1911 M ia menjadi Ketua Gerakan Kristianisasi di Timur Tengah.

2. Mir Islama terbit di Petersburg, Rusia pada tahun 1912 M. Tapi majalah ini tidak berumur

panjang.

3. Sumber Air Timur, diterbitkan di Wina, 1809-1818 M.

4. Islam, terbit di Paris, pada tahun 1895 M. Kemudian dalam tahun 1906 M ditukar nama

kepada ‘Islamic World’. Majalah ini diterbitkan oleh Missi Ilmiah Perancis di Morocco. Akhir

sekali, namanya ditukar menjadi majalah Islamic Studies.

5. Di German diterbitkan majalah « Derlslam » atau Islam . Ia diterbitkan pada tahun 1910 M.

6. Majalah Islam diterbitkan oleh guru-guru bantuan Perancis yang dihantar ke Moroco pada

tahun 1895. Ia kemudian digantikan dengan majalah ‘Dunia Islam’ pada tahun 1906 M yang

kemudiannya ditukarkan judulnya kepada majalah ‘Kajian Islam’.

18

Page 19: Pengaruh Oriental Is Dalam Penulisan Akademik

7.0 PENGARUH ORIENTALIS DALAM PENULISAN AKADEMIK

Pengaruh penulisan akademik yang dihasilkan dalam kalangan golongan orientalis dilihat

daripada dua kategori iaitu kategori pertama satu kumpulan yang membuat kajian tentang Islam

atas nama ilmu tetapi mereka cuba membuat pembohongan di dalam kajian mereka. Manakala

kategori yang kedua pula merupakan satu kumpulan orientalis yang berminat untuk mengkaji

ilmu Islam dan berpegang teguh dengan prinsip keilmuan. Berdasarkan kedua-dua kategori

pengaruh ini, dapat dirumuskan bahawa pengaruh penulisan akademik yang dihasilkan oleh

golongan orientalis boleh membawa kepada pengaruh positif mahupun negatif.

7.1 Pengaruh Negatif

Antara penulisan buku yang mempunyai pengaruh negatif adalah buku berjudul “Dilema

Umat Islam Antara Hadith dan Quran” adalah karangan Kassim Ahmad yang merupakan

seorang penulis yang tidak asing lagi kerana beliau dianggap seorang anti hadis oleh para ulama’

di Malaysia. Buku tersebut telah dikeluarkan oleh Forum Iqra’ Berhad pada tahun 2002 ( cetakan

pertama ), di Pulau Pinang. Buku tersebut sebenarnya telah diharamkan pengeluaran dan

penyebarannya oleh Majlis Fatwa Pulau Pinang. Mereka mengharamkannya kerana

percanggahan yang terdapat dalam buku tersebut dan dikhuatiri ia akan menyelewengkan akidah

dan fahaman umat islam di Malaysia khasnya. Antara kandungan keterangan yang terdapat

dalam buku tersebut yang didapati bercanggah adalah seperti berikut:

1. Fahaman bahawa hadith yang mentafsir al-Quran adalah meragukan. Ini menyebabkan pentafsiran ayat al-Quran menjadi kabur.

2. Menolak hadith yang mengiktiraf golongan para ulama’ sebagai pewaris para Nabi.

3. Mempertikai hukuman bunuh terhadap golongan murtad, manakala hukuman rejam

sampai mati dikatakan berasal dari ajaran kitab Taurat.

4. Kesalahan dalam mentafsir serta menghuraikan ayat-ayat al-Quran

5. Salah di dalam memahami serta menghuraikan maksud sebenar sesuatu hadith.

6. Mendakwa kisah Nabi Isa a.s diangkat ke langit serta penurunan di akhir zaman adalah

berasal daripada ajaran kitab Injil.

19

Page 20: Pengaruh Oriental Is Dalam Penulisan Akademik

7. Mendakwa bahawa pensyariatan solat lima waktu sehari semalam di malam Isra’ Mikraj

bersalahan dengan ajaran al-Quran dan fakta sejarah.

Justeru, dapatlah dilihat secara kasar intipati daripada penulisan Kassim Ahmad dalam

buku ini di mana wujudnya percanggahan yang memungkinkan fahaman dan akidah umat Islam

terpesong sekaligus mempengaruhi pemikiran individu yang kurang ilmu pengetahuan tentang

Islam ataupun mereka yang jahil tentang Islam.

Pengaruh negatif melalui penulisan akademik oleh orientalis dapat juga dilihat melalui

hasil karya sebuah buku bertajuk Fadjar Islam yang ditulis oleh Prof. Ahmad Amin yang mana

bagi cetakan pertama adalah pada tahun 1933 dan cetakan kedua pada tahun 1968. Buku ini

mengandungi 3 perbahasan utama iaitu kehidupan spiritual bangsa Arab pada abad 1 H,

perbahasan kedua mengenai kehidupan politik bangsa Arab dan yang ketiga keterlibatan mereka

di bidang sastera. Secara ringkasnya Fadjar Islam merupakan sebuah buku yang mengupas

perkembangan pemikiran di kalangan bangsa Arab sejak masa Nabi s.a.w sampai akhir masa

Umawi.

Adapun buku ini majoriti kandungan kitab ini adalah Bab Hadith

Nabi, berkenaan kononnya Abu Hurairah r.a lemah dalam riwayat Hadith, Imam

Abu Hanifah tidak punyai Hadith, Menuduh Ibn Mubarak lalai, pertikai

keadilan Sahabat Nabi, keraguan pada Imam Bukhari., pernyataan yang silap tentang sikap

Saidina Ali tentang dalam isu perlantikan khalifah selepas wafatnya Nabi Muhammad, Bab

Maslahat bertembung Nusus dan sebagainya.

Selain itu, Biro Unesco PBB telah mengeluarkan sebuah buku bertajuk The History of

Mankind Cultural and Scientific di mana buku ini telah diterjemahkan ke dalam semua bahasa di

dunia. Di dalamnya mengandungi gambaran yang buruk tentang mu’amalah yang ada pad agama

Islam dan bangsa Arab. Kononnya mu’amalah yang ada pada Islam dan bangsa Arab itu sudah

ketinggalan zaman.

20

Page 21: Pengaruh Oriental Is Dalam Penulisan Akademik

Nasr Abu Zaid di dalam bukunya, Nas Dirasah fi Ulum al-Quran menyatakan nas al-

Quran itu nas tarikhi (sejarah) atau hasil karya thaqafah yang terikat dengan suasana dan fatrah

(tempoh) tertentu. Mafhum (kefahaman) daripada pendapat beliau menunjukkan bahawa al-

Quran itu adalah hasil karya manusia dan bukan nas Ilahi yang diturunkan.Makaia perlu dikaj

dan diubah mengikut peredaran zaman.

Selain itu, Hery Gibb dalam bukunya pula iaitu Al-Mazhab Al-Muhammadi berpendapat

bahawa Islam itu timbul hasil dari revolusi yang dibuat oleh Muhammad ketika zaman jahiliyah

dan al-Quran itu adalah hasil karya Muhammad. Beliau berhujah bahawa pada ketika itu terdapat

segolongan manusia yang berpegang kepada ajaran al-Hanif.Maka kelompok inilah yang tidak

begitu senang dengan pasca jahiliah lalu membuat revolusi agama yang dipimpin oelh

Muhammad.

Agnatius Kratsykoysky pula yang merupakan seorang orientalis Russia menulis di dalam

bukunya, Sejarah Geografi Sastera Arab bahawa Al-Quran ialah himpunan ilmu pengetahuan

yang diperoleh oleh Muhammad S.A.W melalui pendengaran.

William Zweimer telah mengarang beberapa buah buku yang mendapat reputasi hangat

pada Muktamar Kaherah pada tahun 1906. Di antara buku karangannya termasuklah As-Syarqu

Al-Adna Wal Syarqu Al-Aqsa, Ikwatuna Al-Muslimat,Alam Al-Islami,Dinul Islam,

Syaa’iruddiniah Al-Islamiah, Al-Islam Wan Nasraniah fi al-Hindi wa al Syarqi al Aqsa dan

Islam fis Shin (China). Beliau juga bertanggungjawab menulis makalah-makalah yang bertujuan

untuk menghasut bagi menimbulkan pebalahan kaum. Karya penulisannya yang menjijikkan

adalah Nahdatul Misriah dan Misri lil Misriyyin yang cuba menghasut orang-orang Mesir supaya

bangun menentang Kerajaan Turki Uthmaniyah.

Selain itu, karya Sir Hamilton Alexander Rossken Gibb iaitu Islam Dalam Lintasan

Sejarah menerangkan tentang sejarah Islam yang bermula daripada perluasan wilayah Islam

sehingga kedudukan Islam dalam dunia moden. Karya asli buku ini adalah berjudul

Mohammedanism yang mana ianya telah diterjemahkan oleh AbuSalamah daripada bahasa

pengantar Inggeris kepada bahasa Indonesia. Buku ini diterbitkan oleh Bhratara Karya Aksara di

Jakarta pada tahun 1983. Buku ini mempunyai 153 halaman termasuk rujukan.

21

Page 22: Pengaruh Oriental Is Dalam Penulisan Akademik

Secara kesimpulannya buku ini amat mengelirukan pembaca kerana penulis

mencampuradukkan antara ajaran dan kefahaman Islam dengan ajaran dan kefahaman Kristen.

Malah, pada sesetengah perkara, penulis mendakwa dengan tegas sesuatu yang bercanggah

dengan agama Islam seperti Rasulullah (saw) menggunakan kekuatan militer semasa

menyampaikan dakwah baginda dan mendakwa bahawa perjuagan yang dilakukan oleh baginda

selama tiga belas tahun di Mekah dan Madinah adalah sia-sia. Pembacaan karya sebegini

sememangnya memberi pengaruh dan kesan negatif kepada para pembaca dalam menilai dan

memahami nilai Islam yang sebenarnya lebih-lebih lagi bagi golongan yang berpengetahuan

cetek tentang agama.

Pengaruh negatif melalui penulisan Orientalis yang seterusnya adalah Ide-Ide

Orientalisme yang sangat berbahaya iaitu George Sale dalam kata pengantar terjemahan Al-

Qurannya menyatakan bahwa Al-Quran adalah produk dan karangan Muhammad. Richard Bell

menganggap Muhammad yang menyusun Al-Quran yang mana baginda telah mengambil sumber

Yahudi khususnya Perjanjian Lama dan sumber Nasrani. Reinhart Dozy menganggap bahwa Al-

Quran mengandungi selera sangat buruk di dalamnya dan hanya terdapat sdikit sahaja berkaitan

perkara baru. Selain gaya bahasanya yangg tidak menarik, kalimah-kalimahnya juga terlalu

panjang dan membosankan.

22

Page 23: Pengaruh Oriental Is Dalam Penulisan Akademik

7.2 Pengaruh Positif

Adapun penulisan orientalis yang mengandungi unsur pengaruh positif kepada pembaca

termasuklah hasil penulisan yang dilakukan oleh seorang Orientalis yang dikenali sebagai

William Montgomery Watt yang merupakan seorang penulis barat tentang Islam. Beliau pernah

mendapatkan gelaran "Emiritus Professor," gelaran penghormatan tertinggi bagi seorang

ilmuwan. Gelaran ini diberikan kepadanya oleh Universiti Edinburgh. Sehubungan dengan itu,

beliau juga banyak menulis tentang kajian non Islam, misalnya tentang Kristian, Hindu, Buddha,

dan agama-agama besar lainnya di dunia, termasuk di dalamnya adalah agama Yahudi. Kajian-

kajian yang dilakukan meliputi berbagai aspek, baik aspek ajaran maupun aspek masyarakat

beragama sesuai dengan landasan pemikiran fenomenal dalam kehidupan keagamaan yang

dipeluknya.

Beliau turut menumpukan bidang penulisannya berkaitan dengan biografi Nabi

Muhammad. Antara karyanya yang begitu masyhur di Eropah adalah buku bertajuk ‘Muhammad

di Makkah (1953)’, ‘Muhammad di Madinah (1956)’, ‘Muhammad adalah Nabi dan Pemimpin’,

‘Falsafah Islam dan Akidah’, ‘Ideologi Politik Islam’, ‘Pengaruh Islam di Eropah pada Kurun

Pertengahan’, ‘Fundamentalis Islam dan Peristiwa’, ‘Hubungan Islam dan Kristian’ dan

sebagainya. Karyanya yang terakhir adalah buku berjudul, ‘Sejarah Islam di Sepanyol’ (1996),

‘Hakikat Agama Pada Kurun Kita’ (1996), ‘Peringkat Pembentukan Pemikiran Islam’ (1998),

‘Ringkasan Sejarah Islam’ (1999)  dan sebagainya

Titik Temu Islam & Kristian - Persepsi dan Salah Persepsi merupakan salah sebuah buku

yang dikarang oleh William Montgomery Watt dan telah diterjemahkan ke dalam versi Indonesia

oleh Zaimuddin. Buku ini cuba mengkaji persoalan-persoalan yang berkembang bagi setiap

pemeluk agama, yang satu dengan yang lainnya tentu mempunyai perbezaan. Menurut Watt,

memperdebatkan kedua agama Islam dan Kristian itu memerlukan pengetahuan yang lebih

tepat. Juga diperlukan penghormatan yang lebih positif dan kreatif terhadap agama lain. Jalan

yang hendak ditempuhnya adalah bagaimana pemeluk agama yang satu dapat menghormati

pemeluk agama yang lain, bagaimana menghormati agama satu dengan agama yang lain, dan

bagaimana antara berbagai pemeluk agama itu memampukan dirinya untuk dapat melihat agama

lain sebagai partner bukan sebagai lawan yang harus dimusuhi dalam kehidupan semesta.

23

Page 24: Pengaruh Oriental Is Dalam Penulisan Akademik

Selain itu, antara buku lain yang ditulis oleh Orientalis dengan menyokong dan

mengagumi budaya dan agama Islam sekaligus memberi pengaruh positif kepada pembaca

adalah berjudul ”The Simple Guide to Islam” dan telah diterjemahkan dalam versi Indonesia dan

diberi tajuk ”Cara Mudah Memahami Islam” . Penulis buku ini adalah Danielle Robinson yang

merupakan seorang yang giat mengkaji tentang kebudayaan Islam. Beliau dilahirkan pada tahun

1972 di bahagian utara Perancis iaitu Toulouse dan telah membesar di sana. Beliau telah

mendirikan rumah tangga dengan Neal Robinson yang merupakan seorang yang pakar dalam

kajian berkaitan Islam. Beliau juga merupakan honorary visiting fellow di Universiti Bradford

dan begitu giat membuat kajian berkaitan Islam Perancis dan mengkaji secara khusus

representasi wanita Islam. Beliau juga banyak memuji ajaran-ajaran dalam agama Islam yang

mana ajaran tersebut diabaikan dalam agama Kristian seperti soal akhlak dan muamalat.

Adapun dari sudut intipati buku ini, pengarang memperkenalkan secara ringkas tentang

agama Islam. Ia dikelaskan pada beberapa bab. Bab pertama dimulai dengan pengenalan

terhadap nabi Muhammad sebagai rasul yang bertanggungjawab menyebarkan risalah Islam.

Kemudian diterangkan juga perkembangan Islam bermula daripada zaman Rasulullah

sehinggalah kepada zaman kejatuhan Islam. Apabila dilihat kepada penulisnya merupakan

seorang berbangsa Perancis tetapi amat memahami Islam. Beliau banyak membuat perbandingan

dengan agama Kristian dalam segenap aspek dan agama Islam dianggap lebih baik. Beliau

banyak menyokong dan amat mengkagumi Islam dan beliau akan mengemukakan hujah untuk

menolak dakwaan segelintir masyarakat yang memburukkan agama Islam. Sesungguhnya

gambaran Islam yang dihasilkan melalui penulisan beliau adalah gambaran yang baik tentang

Islam. Karya beliau tidak menampakkan penentanngan yang maksimum terhadap Islam. Orang

yang membaca buku ini akan mendapat gambaran sebenar tentang Islam.

Seterusnya adalah penulisan buku berjudul “Asal-Usul Manusia Menurut Bibel Al-Quran

Sains” merupakan sebuah kitab karangan Dr.Maurice Bucaille. Dalam buku ini, penulis turut

mengemukakan idea daripada beberapa karyawan lain untuk mengukuhkan pandangan beliau.

Beliau juga ada membuat perbandingan antara agama Islam dengan agama Kristian. Ulasan yang

dibuat benar-benar ringkas dan padat serta ia dapat memberi gambaran yang jelas tentang asal-

usul kejadian manusia menurut kaca mata Islam.

24

Page 25: Pengaruh Oriental Is Dalam Penulisan Akademik

Dr.Maurice Bucaille merupakan seorang sarjana berbangsa Perancis yang telah

menghabiskan sebahagian besar masanya dengan melakukan kajian perbandingan kitab-kitab

suci al-Quran, Injil dan Taurat sebagai sumber ramalan ilmu sains dan ilmu pengetahuan moden

lain. Dr. Bucaille telah terpilih untuk merawat mummy Mereptah (Firaun) di Arab Saudi. Di sana,

beliau telah ditunjukkan beberapa ayat al-Quran yang di antara lain menerangkan bahawa jasad

Firaun akan kekal sebagai petunjuk (sign) kepada manusia untuk generasi akan datang. Beliau

merasa takjub apabila mendapati al-Quran telah menyatakan dengan tepat tentang jasad Firaun

sejak dari zaman Nabi Musa. Beliau kemudiannya mempelajari bahasa Arab untuk mendalami

al-Quran. Ketika itu beliau berusia 50 tahun. Hasilnya, beliau mendapati bahawa penyataan al-

Quran tentang fenomena semula jadi hanya boleh difahami melalui pengetahuan sains moden.

Kitab “Asal-Usul Manusia Menurut Bibel Al-Quran Sains” merupakan sebuah kitab

karangan Dr.Maurice Bucaille yang mana menceritakan mengenai asal-usul keturunan manusia.

Manusia, yang meragui asal-usul spesiesnya, pada mulanya percaya sepenuhnya terhadap

renungan dan kepercayaan karut yang diwarisi dari generasi, dan sumber-sumber renungan ini

lenyap ditelan zaman. Pada peringkat sekunder dan sebelum ilmu sains bertapak untuk

menyelesaikan persoalan tentang keraguan ini, pembelajaran agama dan berbagai-bagai sistem

falsafah telah membawa unsur-unsur renungan dan kepercayaan. Kitab ini menjelaskan tentang

perlunya kita memberi penegasan terhadap pengaruh ajaran Kitab Suci oleh tiga agama

monoteistik tentang pemikiran manusia. Selama berabad-abad, sumber idea berasal daripada

tanggapan manusia sendiri. Wahyu yang diturunkan oleh Tuhan pada asalnya disampaikan

dengan mulut, setelah itu barulah disampaikan di dalam bentuk tulisan. Namun manusia hanya

berupaya meneka tarikh yang manusia sedar terhadap wahyu pertama itu., Nabi Nohlah

merupakan orang yang pertama mengemukakan berkenaan cara wahyu disampaikan kepada

manusia untuk perhatian kaumnya. Kitab Injil telah membuat rujukan terhadap fakta ini. Al-

Quran juga ada menyatakan bahawa idea tentang asal usul manusia dibuat oleh Nabi Noh a.s.

Agama Kristian secara umumnya mengambil idea Ciptaan dan mengulangi ajaran Injil

tentang asal usul manusia tanpa huraian yang lebih lanjut. Ini berbeza dengan kandungan Old

Testament (Wasiat Lama). Namun demikian, terdapat kekecualian pada salasilah Nabi Isa a.s.

terutamanya yang mengatakan bahawa Baginda berasal daripada manusia yang pertama yang

didahului oleh 76 generasi. Namun, pernyataan tersebut tidak dapat dipertahankan pada hari ini.

25

Page 26: Pengaruh Oriental Is Dalam Penulisan Akademik

Perkembangan ajaran al-Quran banyak mendedahkan manusia terhadap data tentang diri mereka,

semua ciptaan Tuhan, iaitu penciptaan dan organisasi benda-benda tak bernyawa serta benda-

benda bernyawa.

Buku seterusnya pula yang dikarang oleh Orientalis yang adalah bertajuk “Pergolakan

Agama di Sumatra Barat : Sebuah Sumbangan Bibliografi”. Penulis buku ini adalah B.J.O

Schrieke yang diterjemahkan oleh Soegarda Poerbakawatja dan pengantar Dr. Taufik Abdullah.

Buku ini adalah hasil terbitan Bhratara Jakarta cetakan pada tahun 1973. B.J.O Schrieke telah

memulakan kariernya di Hindia Belanda sebagai ahli bahasa yang baru sahaja menyelesaikan

penulisannya dalam judul “Het Boek Van Bonang” dan bekerja sebagai tenaga ahli dari Pejabat

Urusan Bumiputra. Merujuk kepada isi kandungan buku yang ditulis beliau ini, tulisan ini

menceritakan tentang kekalutan yang terjadi ketika umat yang sedang dihidangkan dengan

alternatif baru dalam penghayatan agama dan kegelisahan di saat tradisi yang telah lama dipupuk

kini dianggap terlarang atau terkebelakang dari sudut pandangan dunia maju.

Secara ringkasnya mengikut pembahagian bab, buku ini membentangkan tiga peringkat

perkembangan agama khususnya di Sumatra Barat , kedinamikan dalam agama serta pergolakan

yang telah berlaku. Pada permulaan bab, tulisan adalah berkisar apa yang berlaku pada kurun

pertama abad ke 19, seterusnya pada kurun kedua abad ke 19 dan terakhir adalah pada

Permulaan abad ke 20 Modernisme. Adapun jika dilihat dari segi kekuatan yang terdapat pada

buku ini adalah dari aspek kupasan tajuk. Isu yang telah diketengahkan adalah mengikut kurun

perkembangan agama. Penyusunan isunya pula mengikut masa yang telah ditetapkan dan

kandunganya sarat dengan fakta dan sejarah yang disertakan juga nota kaki dan senarai rujukan

dilampiran terakhir untuk keterangan yang lebih lanjut. Buku ini sangat berguna kepada

golongan pencinta agama dan sejarah kemunculannya.

Manakala William E. Phipps, dalam karangannya yang berjudul ‘Muhammad and Jesus :

A comparison of the Prophets and Their Teachings’ telah berhasil menolak prasangka budaya

yang sering menghalangi perbandingan yang terbuka dan jujur atas Muhammad dan Isa.

Berdasarkan sepuluh bab yang dibincangkan yang dimulai dengan penyelidikan biografi yang

menyeluruh mengenai masa-masa awal kehidupan warga Makkah dan Nazareth, Profesor Phipps

26

Page 27: Pengaruh Oriental Is Dalam Penulisan Akademik

kemudian menampilkan penilaian matang tentang sumbangan mereka sebagai negarawan dan

pesuruh Allah.

Sehubungan dengan itu juga, aliran pemikiran baru di dalam memahami Islam yang

sebenar semakin jelas dengan percubaan yang dilakukan oleh Hadrian Relond (1718 Masihi),

merupakan seorang profesor bahasa Timur di Universiti Utarashat, Belanda. Antara penulisan

bukunya adalah bertajuk ”al-Diyanah al-Muhammadiah”(Agama Muhammad) yang ditulis di

dalam bahasa Latin mengenai Islam dan telah diterbitkan pada tahun 1705 Masihi dalam dua

juzuk. Juzuk pertama menerangka ”aqidah Islam berdasarkan sumber bahasa Arab dan Latin,

manakala juzuk kedua memperbetulkan fahaman orang Barat yang sedia ada terhadap Islam.

Tetapi pada akhirnya kitab itu menimbulkan pelbagai reaksi dan tentangan terhadap

pengarangnya. Akhirnya,buku tulisan Relond itu telah diharamkan oleh gereja Khatolik, namun

demikian ia telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris Perancis, Jerman, Belanda dan

Sepanyol. Dalam pendahuluan kitab beliau telah menyatakan tentang apa yang diterima oleh satu

agama daripada musuhnya sama ada kerana tidak faham atau berniat buruk. Maka, Islam

merupakan mangsa dari pihak musuh begitu juga dengan agama lain.

Selain itu, seorang ahli falsah Barat, Pierre Bayle berasakagum terhadap Islam dan beliau

telah membentangkan sejarah kehidupan Nabi Muhammad s.a.w di dlaam kamus yang bertajuk

”Tarikh dan Kritik dan diterbitkan buat kali pertama di Rotterdam pada tahun 1697. Di samping

itu, seorang Orientalis bernama Simon Dokley (1678) -1770 Masihi) telah menulis sebuah kitab

bertajuk ”Tarikh al-Sarasinah” (orang Islam Arab) yang membincangkan Islam secara relatif dan

mengakui keagungan agama Islam melebihi daripda Barat.

Pada kurun kelapan belas muncul seorang orientalis berbangsa Jerman iaitu J.J Reiske

(1716-1774 Masihi) yang pakar dalam ahasa Arab. Beliau merupakan orang Jerman yang

pertama berusaha untuk mengadakan tempat pengajian bahasa Arab di Jerman. Beliau juga

mendapat tentangtan yang hebat daripada pihak gereja Kristian akibat sikap positifnya terhadap

Islam. Di dalam bukunya yang berbahasa Latin, beliau telah menolak anggapan yang

menyatakan bahawa Nabi sebagai pembohong atau menyesatkan, dan Islam sebagia agama

khurafat yang melucukan sebagaimana yang berlaku pada masa itu.

27

Page 28: Pengaruh Oriental Is Dalam Penulisan Akademik

Buku berikutnya yang berpengaruh positif terhadap pembaca adalah berjudul

‘Reinterpretasi Gender: Wanita dalam al-Quran, Hadis dan Tafsir’. Buku ini diterjemahkan

daripada buku berbahasa Inggeris: Women in the Quran, Traditions, and Interpretation karya

Barbara Freyer Stowasser. Buku ini adalah terbitan Oxford University Press, New York, 1994.

Penterjemah buku ini ialah H.M. Mochtar Zoerni. Buku terjemahan ini diterbitkan oleh Pustaka

Hidayah daripada Anggota Ikatan Penerbit Indonesia (IKAPI). Buku ini terbahagi kepada dua

bahagian besar iaitu Bahagian I iaitu ‘Perempuan-perempuan dalam Sejarah Suci’ dan Bahagian

II iaitu ‘Isteri-isteri Nabi’. Kedua-dua bahagian ini pula dirangkumi kepada beberapa bab yang

tertentu. Adapun berdasarkan intipati buku ini, dapat disimpulkan, di mana ianya menjelaskan

setiap watak wanita yang diceritakan dengan menurut al-Quran, tafsir al-Quran dan tafsir Islam.

Ini menjadikan perbahasan di dalam buku ini lebih terperinci.

Seterusya adalah buku bertajuk“ Ilmu Perbandingan Agama ” ( The Comparative Study

of Religions ) merupakan judul yang dipilih semula oleh Joachim Wach untuk Kuliah Borrows

yang disampaikan di India pada musin gugur 1952. Ia menyedari bahawa istilah-istilah seperti

Science of Religions ( Ilmu Agama ) atau History of Religions ( Sejarah Agama ) dapat

menyesatkan para pendengar bangsa India, sementara dia tidak menyukai implikasi-implikasi

ungkapan yang popular seperti Comparative Religions (Perbandingan Agama). Maka, Wach

memilih istilah yang lebih jelas, dan terperinci serta sesuai iaitu The Comparative Study of

Religions. Sedikit latar belakang beliau yang mana Joachim Wach adalah putera pertama antara

Felix dan Katherine Wach. Joachim Wach dilahirkan pada 25 Januari 1898 di Chemnitz, Saxony.

Ayahnya adalah putera dari Adolf Wach dan Lily Mendelssohn Bartholdy Wach. Lily pula

adalah puteri termuda seorang komposer, Felix Mendelssohn Bartholdy. Joachim Wach adalah

keturunan dari keluarga Meldelssohn Bartholdy baik dari sebelah ibunya atau ayahnya.

Katherine ibunya meninggal dunia pada musim panas pada tahun 1956, adalah cucu perempuan

Paul Meldelssohn, saudara lelaki Felix.

28

Page 29: Pengaruh Oriental Is Dalam Penulisan Akademik

8.0 PENTERJEMAHAN KITAB-KITAB TURATH ISLAMIYYAH OLEH PIHAK

ORIENTALIS

Selain itu, pengaruh orentalis dalam penulisan akademik dapat juga dilihat dari segi usaha

golongan oentalis melakukan penterjemahan al-Quran ke dalam bahasa mereka dan juga

menterjemahkan kitab-kitab hasil karya para ulama terdahulu. Adapun pada kurun ke 12M,

mereka telah berjaya menterjemahkan al-Quran dan selepas itu menterjemahkan kitab-kitab

turath Islamiyah. Berikut adalah contoh-contoh kitab yang diterjemahkan oleh golongan

orientalis:

Pertama; Astronomi dan Geografi

1. Terjemahan kitab Surotul A’rd karangan Mohd b. Jabir al-Butani oleh Lolofil.

2. Terjemahan kitab Zibdah Kasfu Al-Mamalik karangan Zohiri oeh Rofis

3. Terjemahan kitab Al-Idrisi fi Al-Geografia bi Khoroitihi fi Juzain oleh Guier (1836 1840).

4. Terjemahan kitab Wasfu Misr karangan Omar bin Mohd Al-Kindioleh Oustroib.

5. Terjemahan kitab ”Sifatul Jaziratil Andalus fil ’Usur al-Wusto min Kitab al-Raudul

Mu’attoroh’ oleh Levi Profnisan.

6. Terjemahan kitab Al-Buldan karangan Al-Ya’qubi oleh Juston Fitt

7. Terjemahan kitab Turfah fi Khutut as-Syam wa Wasfu Abniatuha oleh Sufier

8. Terjemahan kitab Nizomul Jawahiri karangan Said Al-Bitriq oleh Bocock

9. Terjemahan kitab Al-Jadawil Al-Falakiah minal Zaihi Al-Hatimi oleh Brusfal (1847)

10.Terjemahan kitab Al-Zaij Al-Hakimi oleh Baron (1879).

29

Page 30: Pengaruh Oriental Is Dalam Penulisan Akademik

Kedua; Sejarah

1. Terjemahan kitab Tarikh Saitorotul Arab ’ala Asbania karangan Nuwairi oleh Jusper Remiro

(1868-1925).

2. Terjemahan kitab Tarikh Baitul Muqaddas Wal Khalil karangan Mujiruddin oleh Sufier.

3. Terjemahan kitab Tobaqot al-Umam karangan Soid Al-Andalusi oleh Rojis Louis Flaser.

4. Terjemahan kitab Mukhtasar Addual karangan Ibnu Al-Amid, diterjemahkan ke bahasa Latin

oleh Bocock.

5. Terjemahan kitab Bulughul Murom fi Tarikh Daulah Bahram diterjemahkan ke dalam Bahasa

Perancis oleh Cutermir

6. Terjemahan kitab Tarikh Bani Rayan Muluk Tilmisan oleh Father Parjis

7. Terjemahan kitab Silatus Silah oleh Levi Profinsal

8.Terjemahan kitab Kamilun Al-Tawarikh karanagan Ibnu Asir oleh Faniyan

Ketiga; Sains dan Kedoktoran

1. Terjemahan kitab Al-Atibba Al-Mazkurun fiIbnu Abi Usoibiah oleh Defzy Mary dan Sun

Finaty

2. terjemahan kitab Yabhasu fis Sa’at al-Maiyah wa ala Majasti karangan Abi Wafa’ Buzajani

oleh Baron De Vo.

3. Terjemahan kitab An-Nahl oleh Partolombo dan Lazinio

4.Terjemahan kitab Kasfu Al-Asrar karangan Ibnu Ghanim al-Muqadasi oleh De Sacy.

5. Terjemahan kitab Mir’at al-Kimia oleh Roger Bacon pada tahun 1251.

6. Terjemahan kitab Risalah al-Falahah karangan Ibnu Al-A’wam oleh Marcel

7. Terjemahan kitab Kamilus Sinaa’tain fi Tarbiah Al-Khail oleh Juper

8. Terjemahan kitab Al-Asyrobah karangan Ibnu Kutiah oleh Key.

30

Page 31: Pengaruh Oriental Is Dalam Penulisan Akademik

Keempat; Lagenda

Orang Inggeris dan Perancis telah menterjemahkan kitab Alfun Lailah wa Lailah dan dikenali

sebagai Layali Al-Arabia”. Pada kurun ke-19M, kitab ini telah dicetak sebanyak 300 naskah

untuk dijadikan bahan kajian. Hasil daripada kajian tersebut, seorang Orientalis berbangsa

Perancis yang bernama Code Ray Demomiyin telah menghasilkan sebuah buku berjudul Miah

Lailah wa Lailah. Buku ini telah dipasarkan di Perancis pada tahun 1911 dan ditokok tambah

berdasarkan lagenda Hindu dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Arab, India dan Parsi.

Kelima; Matematik

1. Terjemahan kitab Makhtutot Arriyadiyin al-Islamiyin oleh Cruise Germany

2. Terjemahan kitab Arriyadiyun al-Muslimun oleh Cruise Germany pada tahun 1936.

Keenam; Falsafah

1. Terjemahan kitab Risalah Haiyun Ibnu Yakzon oleh Edward Bocock (1604-1691)

2. Terjemahan kitab Thalata Rasail Falasafiah karangan Jabir bin Hayyan

3. Terjemahan kitab Makalah al-Birui f Sir Sahmi as Sa’adah wal Ghaib oleh David Negery,

Edward Canady dan Fuad Hadad.

Antara rasionalnya mengapakah kita perlu hindari hasil terjemahan mereka ini adaah

berdasarkan beberapa perkara iaitu:

1. Berkemungkinan besar mereka telah megubah kehendak asal kitab tersebut

2. Darjah amanah mereka dipertikai dalam menjaga nas asal sesebuah kitab

3. Walaupun amanah, ia bukan nas asal kitab tersebut

4. Sengaja membuat kesalahan dalam penterjemahan.

31

Page 32: Pengaruh Oriental Is Dalam Penulisan Akademik

9.0 KESAN PENULISAN ORENTALIS

9.1 Akidah

Akidah di sisi Islam berdiri di atas asas bukti dan dalil, bukannya di atas asas taqlid atau patuh

kepada pembesar atau golongan beragama. Bahkan Islam menetapkan bahawa akal adalah asas

bagi naqal (dalil syarak) dan sekiranya akal ditolak, maka tidak akan dapat mensabitkan naqal

dan wahyu. Haluan sifat ilmiah dan logik di dalam Islam adalah satu perkara yang jelas lagi

sabit. Dari sudut akidah, bagaimana golongan orientalis menggunakan cara penulisan dalam

merosakkan akidah ummat Islam. Hal ini dapat dilihat bila mana pihak orientalis berani

mengatakan, al-Qur'an bukan kitab suci lagi, sudah ketinggalan zaman, bahkan ada intelektual

Muslim yang juga mengatakan demikian. Sebagai bukti kejayaan mereka merusakkan akidah

ummat Islam sebagaimana telah dinyatakan oleh seorang Profesor Dr. HM Roem Rowi MA.

Melalui pengalaman beliau sendiri ketika mengajar program pasca Sarjana di kampusnya. Beliau

dapati mahasiswa berasa yakin bahawa al-Qur’an bukan lagi kitab suci dengan memaparkan dua

alasan. Pertama al-Qur’an tidak sistematik dan kedua; banyak sekali pengulangan dalam al-

Quran misalnya tentang Nabi Adam dan Iblis dalam surah al-Baqarah.

9.2 Pemikiran

Dari sudut lain, falsafah dan pemikiran yang dibawakan oleh Islam telah dikelirukan oleh

golongan orientalis. Mereka meracuni pemikiran manusia dengan menyatakan bahawa Islam

hanya perlu ditunjukkan kepada masyarakat dunia atas prinsip keganasan, tidak toleransi serta

anti kepada pembangunan dan materialisme. Sehubungan dengan itu juga, mereka sengaja

memburukkan Islam, menghina warisannya dan cuba membandingkan di antara Barat Kristian

dengan Timur Islam dari sudut kemajuan. Natijahnya bangunlah sebahagian masyarakat Islam

yang telah dipengaruhi pemikiran mereka mengajak ummah untuk mengikut telunjuk Barat dari

apa yang telah mereka capai, sama ada berupa tamadun perindustrian, ilmu tabie mahupun

sistem kemasyarakatan. Bahkan sebilangan masyarakat Islam yang terlalu ekstrim dengan Barat

pula berpendapat bahawa ini tidak akan tercapai melainkan dengan mendekatkan Islam dengan

Kristian atau menerima pemodenan dengan gelombang pembaratan yang datang.

32

Page 33: Pengaruh Oriental Is Dalam Penulisan Akademik

9.3 Dakwah Islamiyyah

Penulisan yang menyeleweng yang dibuat oleh pihak orientalis ini sangat bahaya dan memberi

kesan negatif kepada jalan dakwah Islamiah. Misalnya, para pendakwah Islam merasa sukar

untuk memulihkan kembali tohmahan yang telah dibuat oleh mereka. Tujuan utama mereka

berbuat demikian adalah untuk memberi gambaran yang salah berhubung dengan Islam di

kalangan masyarakat bukan Islam dan umat Islam yang kurang pengetahuannya tentang Islam

seterusnya menggagalkan proses dakwah tersebut. Oleh yang demikian menjadi kewajipan kita

sebagai orang yang berilmu untuk menyampaikan perkara yang sebenar.

Perkara ini jelas dapat dilihat sebagaimana firman Allah di dalam Surah Ali Imran ayat

110 yang bermaksud:

“ Kamu adalah sebaik-sebaik umat yang dilahirkan untuk kepentingan manusia, menyuuh

mengerjakan yang benar (baik) dan melarang yang jahat serta beriman kepada Allah.”

(Ali Imran: 110)

Rasulullah s.a.w juga bersabda yang bermaksud:

“ Orang yang berdiam diri terhadap kebenaran adalah syaitan yang bisu.”

Imam Ahmad bin Hambal pernah berkata:

“ Apabila orang alim berdiam diri dan orang jahil terus di dalam kejahilannya, maka bilakah

akan nyatanya kebenaran.”

33

Page 34: Pengaruh Oriental Is Dalam Penulisan Akademik

KESIMPULAN

Berdasarkan perbincangan sebelum ini, dapatlah disimpulkan golongan orientalis berpengaruh

besar terhadap masyarakat melalui penulisan akademik. Karya-karya yang dihasilkan oleh

orientalis berjaya menukar persepsi orang Timur daripada apa yang mereka pelajari sebelum ini.

Fakta yang dikemukakan adalah berdasarkan kajian mereka berkaitan ketimuran yang mana

sebilangan orang Timur sendiri tidak mengetahuinya. Namun bukan semua karya orientalis

bertujuan untuk mencari kelemahan orang Timur sekaligus menjatuhkan orang Timur walaupun

tidak dinafikan sebahagian daripada mereka mempunyai tujuan yang tidak baik. Justeru individu

tertentu, seharusnya mestilah lebih berhati-hati dalam memilih bahan untuk dijadikan rujukan

dan dapat membezakan antara hasil karya yang positif ataupun negatif. Hal ini sekaligus dapat

membantu mereka mengenalpasti sama ada penulis orientalis tersebut tergolong di dalam

golongan yang bersifat objektif ataupun bersifat fanatik yang bertujuan untuk menjatuhkan dan

memburukkan agama Islam.

Oleh itu, diseru kepada umat Islam agar mengambil sikap kewaspadaan intelektual

terhadap fakta-fakta, hujah-hujah dan rumusan-rumusan yang diutarakan oleh pihak orientalis

melalui ilmu Islam yang sebenar dan memiliki kerohanian yang mantap. Namun begitu, pada

sudut pandangan yang lain, para orientalis cukup berjasa dalam menggali buku-buku warisan

Islam dan disebarkannya setelah ditahqiq dan disistematikkan. Banyak di antara mereka yang

memiliki kaedah-kaedah ilmiah yang sangat berguna dalam menjalankan kajian. Sebagian

mereka ada juga yang memiliki kesabaran, ketekunan dan ketelitian dalam mentahqiq,

menyaring dan menganalisai bahan-bahan dan masalah-masalah. Seorang Muslim hendaknya

bersikap kritis dalam menelaah karya-karya mereka, serta berhati-hati terhadap hal-hal yang

sesat dan menyimpang. Seorang Muslim hendaklah membuang yang salah atau membongkar

kesalahannya kemudian dilakukan penolakan. "Hikmah adalah barang hilang milik kaum

muslimin. Di mana saja ia ditemukan, kaum muslimin berhak memilikinya."

34

Page 35: Pengaruh Oriental Is Dalam Penulisan Akademik

RUJUKAN

Atas Talian:

http://www.pmram.org/index.php?view=article&catid=7%3Ailmiah&id=422%3Ahubungan-

orientalis-dan-kristianisasi&format=pdf&option=com_content

Atas Talian: http://swaramuslim.net/ebook/more.php?id=2544_0_11_0_M

Atas Talian: http://blog.re.or.id/orientalisme.htm

Atas Talian: http://hayanmahdi.multiply.com/reviews/item/4

Atas Talian: http://www.ukhwah.com/print.php?sid=852

Nik Azran Muhamed & Mohd Mahadi. 2009. Gerakan Orientalisme dan Kristianisasi. Hijjaz

Records Publishing. Petaling Jaya.

35