penulisan

40
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT 1.0 Pengenalan ………. 2 2.0 Definisi Penulisan ………. 3 3.0 Konsep Penulisan ………. 3 4.0 Fungsi dan Tujuan Kemahiran Menulis ………. 4 5.0 Jenis-jenis Kemahiran Menulis ………. 8 6.0 Peringkat-peringkat Kemahiran Menulis ………. 9 7.0 Teori, Kaedah dan Pendekatan Kemahiran Menulis ………. 12 8.0 Temu bual : Dua Orang Guru Berpengalaman Mata Pelajaran Bahasa Melayu SK LKTP Belitong, Kluang : Model Pengajaran Kemahiran Penulisan ……… 21 9.0 Kesimpulan ……… 26 Rujukan ………. 27 1

Upload: dadymama-lin

Post on 06-Sep-2015

243 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

penulisan

TRANSCRIPT

ISI KANDUNGANMUKA SURAT

1.0 Pengenalan. 22.0 Definisi Penulisan. 33.0 Konsep Penulisan. 34.0 Fungsi dan Tujuan Kemahiran Menulis. 45.0 Jenis-jenis Kemahiran Menulis. 86.0 Peringkat-peringkat Kemahiran Menulis. 97.0 Teori, Kaedah dan Pendekatan Kemahiran Menulis. 128.0 Temu bual : Dua Orang Guru Berpengalaman Mata PelajaranBahasa Melayu SK LKTP Belitong, Kluang : Model PengajaranKemahiran Penulisan 219.0 Kesimpulan 26Rujukan. 27

1.0 PengenalanMenulis adalah proses merakam atau menghasilkan bahan yang berbentuk idea, pendapat, pengalaman, perasaan, maklumat dalam bentuk tulisan. Ia dilakukan untuk membolehkan kita berhubung dengan orang lain atau dengan diri sendiri. Tulisan adalah bahasa yang bertulis dengan lambang-lambang bunyi. Jika tulisan itu dibunyikan semula ia dikatakan bahasa. Menulis adalah proses memberikan simbol-simbol grafik kepada lambang-lambang bahasa dengan menyusun perkataan, rangkai kata, ayat dan seterusnya unit-unit yang lebih panjang mengikut peraturan-peraturan tertentu. Ia akan mewujudkan satu wacana yang dapat menzahirkan satu pelahiran idea yang jelas dan tersusun.Walshe, R.D.(1981) pula menyebut:Writing is the process of selecting, combining, arranging and developing ideas in effective sentences, paragraphs, and often, longer units of discourse.Menulis merupakan proses penghasilan pertuturan simbol-simbol grafik yang disusun berdasarkan sistem yang membentuk perkataan yang seterusnya disusun menjadi ayat-ayat. Ayat-ayat yang disusun itu ada kalanya panjang dan ada kalanya pendek berdasarkan beberapa urutan bermakna yang membentuk teks, nota, draf dan bahan-bahan bercetak. Menulis adalah satu proses untuk menyampaikan buah fikiran, idea atau pendapat dengan tepat dan berkesan kepada khalayak atau pembaca dengan menggunakan bentuk grafik. Ia adalah penglahiran perasaan, fikiran dan idea yang disusun hingga melambangkan bunyi bahasa yang dapat dibaca dan difahami maksudnya.Don Bryne (1979:1) menyatakan bahawa menggunakan simbol-simbol grafik semasa menulis, iaitu penggunaan huruf-huruf atau gabungan huruf-huruf yang berkaitan dengan lambang-lambang bunyi yang kita ucapkan semasa kita bercakap,When we write, we use graphic symbols, that is letter or combination of letters which relate to the sounds we make when we speak.

2.0 Definisi MenulisSecara umumnya, menulis merupakan perlakuan menggunakan pen, pensel atau sebarang alat tulis bagi menulis atau menaip sebarang idea mahupun pernyataan. Namun begitu, definisi ini begitu umum dan bersifat mekanikal.Definisi menulis menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (muka surat 1729), ialah mencatat kata-kata dengan huruf dan memakai pena seperti kalam,kapur , pensel dan lain-lain. Di samping itu, menulis juga bermaksud melahirkan perasaan (fikiran dan lain-lain) dengan catatan yang memakai huruf, membuat surat atau mengarang.Menurut Paul Jennings pula dalam The Reading Bug, Menulis adalah keperluan peribadi bukan kerana tugas di dalamnya tetapi ada kesenangan dan ada manfaat untuk kehidupan sehari-hari. Ada nilai yang tak ternilai dalam kegiatan ini.Sebenarnya, menulis bermaksud kegiatan simbol-simbol grafik yang disusun atur berdasarkan pertuturan yang membentuk perkataan seterusnya disusun menjadi ayat-ayat. Tulisan pula merupakan bahasa yang bertulis dengan lambang-lambang bunyi di samping sebagai alat untuk melahirkan fikiran dan perasaan.3.0 Konsep Menulis.Konsep menulis secara khusus dikaitkan dengan proses penyaluran ilmu, idea atau maklumat secara bersistem yang mengambil kira aspek tujuan menulis, penggunaan bahasa, audiens dan gaya penulisan supaya dapat menggambarkan keadaan, alam dan kehidupan secara lebih menyeluruh.Oleh yang demikian, kemahiran menulis bukan suatu yang bersifat tetap tetapi mampu membantu ke arah pemahaman pemikiran terhadap proses penulisan terutama dalam suasana pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah contohnya keupayaan murid menulis perkataan dan ayat serta mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan.Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, peranan tulisan sangat penting kerana tulisan bertindak sebagai alat bagi menurunkan segala isi pelajaran dan mempamerkan buah fikiran seseorang. Tulisan berhubung rapat dengan membaca di mana kedua-duanya mementingkan teknik dan akal. Membaca tidak mungkin ada kalau tidak ada tulisan begitu juga sebaliknya.Di sekolah-sekolah, pelajaran menulis dan membaca bukanlah sesuatu yang terpisah sifatnya malah seharusnya dijalankan serentak atau dalam masa selari. Walaupun pada dasarnya membaca seharusnya mendahului tulisan tetapi kadangkala kanak- kanak telah pandai menulis ketika masuk sekolah. Ini tidaklah merisaukan kerana sewaktu mereka menulis mereka juga membaca.4.0 Fungsi-fungsi dan Tujuan Kemahiran Menulis.Matlamat Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia adalah untuk membolehkan pelajar yang tamat pengajian mencapai tahap penguasaan yang dijangkakan dalam kemahiran-kemahiran asas termasuklah penulisan. Gerak kerja dalam bidang penulisan, dirancang dan dijalankan dalam bilik darjah untuk membolehkan pelajar melahirkan fikiran, perasaan dan membolehkan mereka membina kemahiran mengumpul, memilih dan menyusun idea-idea, hujah-hujah, dan bahan-bahan yang berkaitan dengan tajuk karangan. Pelajar juga dapat melahirkan maksud, pendapat, hujah, pengalaman dan perasaan dengan jelas dan berkesan dalam tulisan. Kemahiran menulis juga bertujuan untuk membolehkan pelajar menguasai teknik mengarang pelbagai bentuk karangan dan menggunakannya untuk pelbagai tujuan. Pelajar yang menguasai kemahiran menulis akan dapat mengembangkan daya cipta pemikiran dan keyakinan diri untuk menulis berbagai-bagal karangan dengan struktur yang betul dan menarik. Matlamat pendidikan bahasa di peringkat sekolah bertujuan untuk mem bimbing pelajar-pelajar menguasai kecekapan berbahasa untuk berkomunikasi dengan berkesan bagi melahirkan fikiran dan perasaan tentang ilmu pengetahuan melalui lisan dan penulisan. Sukatan Pelajaran bahasa Malaysia bagi peringkat sekolah menetapkan supaya pelajar-pelajar dapat menghasilkan pelbagai jenis penulisan dengan tepat dan jelas tentang ilmu pengetahuan dan kegiatan harian. Beberapa fungsi kemahiran menulis yang perlu dicapai antaranya: 1. Mendirikan asas menulis yang kukuh bagi membolehkan kanak-kanak menulis dengan baik, cekap dan pantas. 2. Membolehkan kanak-kanak mengeja perkataan dengan pantas dan menyusun ayat-ayat dengan betul dan boleh difahami oleh pembaca. 3. Membolehkan kanak-kanak mengulang kaji pelajarannya dengan cara membaca tulisan-tulisannya yang tercatat atau membaca buku-buku luar untuk menambah lagi dalamperbendaharaankata, perkembangan bahasa dan tulisan.4. Menyediakankanak-kanakuntukmenghadapipeperiksaan. Kebolehan menulis di kalangan kanak-kanak timbul daripada keinginan mereka hendak isi bacaannya.5. Menyuburkan minat sukamenulis atau mengarang. Banyakorang mempunyaibakat atau kebolehan menulis tetapi tidak mempunyai minat untukmelahirkannya.6. Menambahdan meluaskan pengetahuandalamperbendaharaankata,perkembangan bahasa dan tulisan.7. Menyediakankanak-kanakuntukmenghadapipeperiksaan.Ann Raimes (1983 : 3) telah mengemukakan tiga fungsi kemahiran menulis melalui bukunya Techniques In Teaching Writing, iaitu :1. Merangsang dan memahirkan tatabahasa, idea, perbendaharaan kata dan perasaan.2. Memberi peluang kepada pelajar untuk menerokai bidang bahasa.3. Memperluaskan pengatahuan, melahirkan idea, dan mnggunakan seluruh anggota mekanis (mata, tangan, akal dan lain-lain) untuk merangsang pembelajaran.Walau bagaimanapun, fungsi kemahiran menulis akan lebih jelas peranannya, apabila fungsi itu dilihat melalui tujuan yang berikut :1. Tujuan Serta-mertaa. Membina asas menulis yang kukuh untuk membolehkan kanak-kanak menulis dengan baik, cekap dan pantas.b. Membolehkan kanak-kanak mengeja perkataan-perkataan dengan pantas dan menyusun ayat-ayat dengan betul dan boleh difahami oleh pembaca.c. Membolehkan kanak-kanak mengulangi pelajarannya dengan cara membaca tulisan-tulisan yang tercatat atau membaca buku-buku luar untuk menambahkan isi bacaannya.d. Membolehkan kanak-kanak melahirkan fikiran dan perasaan dengan sempurna dalam bentuk tulisan.e. Menyuburkan minat suka menulis atau mengarang dalam kalangan kanak-kanak.f. Menambah dan meluaskan pengetahuan kanak-kanak dalam perbendaharaan kata, perkembangan bahasa dan tulisan.g. Menyediakan kanak-kanak unuk menghadapi peperiksaan.2. Tujuan Lanjut Kemahiran Menulisa. Meluaskan pengetahuan pengalaman, perhubungan, dan matlamat menerusi penulisan.b. Memberikan kepuasan jiwa dalam pemikiran, pengalaman, dan perasaan.c. Menyediakan mereka dengan pengetahuan supaya dapat memenuhi kehendak dan hasrat masyarakat moden, khususnya bagi kepentingan sendiri dan orang ramai umumnya.Menurut Down Bryne (1979) pula, kemahiran menulis amat penting untuk dipelajari kerana beberapa tujuan lain iaitu :a. Terdapat perbezaan kecenderungan individu atau pelajar yang menguasai kemahiran belajar.b. Bagi memenuhi keperluan psikologi pelajar.c. Dapat menyediakan pelbagai aktiviti dalam bilik darjah dan ia dapat mengelakkan rasa jemu dan bosan pelajar.d. Aktiviti secara formal dan tidak formal dapat dijalankan secara serentak dalam bilik darjah.Namun, terdapat beberapa tujuan menulis secara yang diterangkan secara umum iaitu :a. Memberi Respons.Menulis bertujuan untuk memberikan reaksi terhadap suatu perkara dengan menggunakan bahasa sebagai perantara. Apabila menulis, penulis sering berasakan dirinya dalam situasi terasing seperti perlakuan penulis dengan helaian kertas yang digunakan semasa menulis. Keadaan tersebut menggambarkan penulis melakukan tingkah laku sosial bagi memberikan respons kepada orang lain atau memaparkan persekitaran dan pengalaman yang dilaluinya.Hal ini disebabkan oleh aktiviti menulis sering dilaksanakan dalam situasi dan konteks yang spesifik contohnya penulis menggambarkan keindahan alam atau perwatakan manusia.Di samping itu, penulisan adalah proses menyampaikan buah fikiran, idea, atau pendapat dengan tepat dan berkesan kepada khalayak atau pembaca dengan menggunakan bentu grafik. Bentuk grafik tersebut disusun sehingga melambangkan bunyi bahasa yang dapat dibaca dan difahami maksudnya .b. Komunikasi.Proses komunikasi sememangnya memerlukan hubungan dua hala antara penulis dengan pembaca. Dalam hal ini, penulis akan menulis berita, memo, iklan atau kenyataan untuk dikongsikan bersama pembaca dengan berharap agar pembaca dapat memahami mesej yang disampaikan. Mesej tersebut dapat menimbulkan pelbagai reaksi.Komunikasi sehala yang wujud dapat membantu melahirkan idea konstruktif dalam kalangan penulis. Keadaan ini akan menimbulkan suasana perlunya saling memahami antara kedua belah pihak iaitu penulis dan pembaca, selepas masing-masing mentafsirkan tulisan yang ditulis dan dibaca dengan rasional.c. Ekspresi Kendiri.Penulisan berbentuk naratif mahupun bukan naratif sebenarnya memberi peluang kepada penulis menyatakan idea, harapan, falsafah hidup atau gambaran imaginasi dalaman yang dapat memberikannya kepuasan serta menimbulkan pelbagai bentuk reaksi daripada pembaca.Dari segi pernyataan personaliti, penulisan yang dihasilkan oleh pelajar sering dapat ditafsirkan oleh guru bagi menggambarkan personalti pelajarnya.d. Sifat Sejagat.Dalam penulisan, sifat umum dapat dilihat melalui prosedur penulisan tersebut manakala kesejagatan pula daripada segi bahan yang ditulis. Sifat umum dalam penulisan juga digambarkan dari segi kepentingan menggunakan bahasa yang baik untuk memudahkan pembaca memahami mesej yang disampaikan.Dalam penulisan berita umpamanya, mempunyai mesej yang sama yang dapat ditulis dalam gaya yang berlainan. Penulisan berbentuk fiksyen juga begitu, pengolahan cerita biasanya mempunyai sifat yang sejagat sama ada penghuraian plot, perkembangan watak mahupun peleraian konflik.

e. Mengikut Peraturan.Peraturan yang telah ditetapkan dalam proses menulis adalah bertujuan untuk mengawal penulis supaya dapat menyampaikan mesej dengan lebih tepat dan memberi makna kepada pembaca.Selain itu, peraturan juga dapat menjamin penulisan tidak bersifat bebas sehingga boleh mengakibatkan salah faham terhadap maklumat yang disalurkan melalui tulisan. Keberkesanan peraturan tersebut jelas terdapat dalam penulisan berformat serta penulisan kreatif. Peraturan dan prosedur penulisan adalah penting supaya hasil tulisan itu dapat dipertanggungjawabkan.f. Proses Pembelajaran.Dalam konteks pendidikan, kemahiran menulis juga amat penting bagi pelajar untuk dikuasai menerusi pembelajaran secara formal. Kemahiran tersebut memerlukan penulisnya menguasai kaedah yang begitu berkesan supaya penyampaian maklumat dapat disampaikan tanpa sebarang halangan komunikasi.Oleh yang demikian, proses memberikan kefahaman kepada pembaca menjadi lebih baik apabila penulis menunjukkan penguasaan yang mendalam dalam bidang penulisan secara lebih sistematik.

5.0 Jenis-jenis Kemahiran Menulis.Terdapat dua jenis kemahiran yang perlu dikuasai dalam menyampaikan pengajaran kemahiran menulis iaitu kemahiran menulis secara mekanis dan kemahiran menulis untuk pelahiran (mental).a. Kemahiran Menulis Secara MekanisKemahiran menulis secara mekanis merupakan kemahiran menulis secara peringkat awal yang perlu dikuasai agar para pelajar dapat menghasilkan tulisan yang kemas dan mudah dibaca.Aktiviti-aktiviti tulisan seperti membuat corak, menekap dan membentuk huruf adalah penting untuk memberi latihan dan pengalaman asas agar pelajar-pelajar dapat menguasai kemahiran selanjutnya seperti menulis suku kata, rangkai kata dan sebagainya.Kebolehan menulis dalam kalangan kanak-kanak timbul daripada keinginan mereka untuk menyatakan sesuatu melalui perantaraan tulisan. Sebelum mereka dapat berbuat demikian dengan cara yang dapat difahami oleh orang lain, mereka perlu menguasai mekanik tulisan itu dahulu. Keinginan tersebut haruslah digunakan sebagai pemangkin semangat untuk belajar menulis.Kematangan urat saraf dan urat daging adalah diperlukan bagi mengawal jari dan tangan, seterusnya kematangan tersebut perlu untuk penyelarasan antara mata dan tangan. Contengan merupakan asas bagi kebolehan menulis kerana semasa kanak-kanak mempelajari fungsi lambang huruf (tulisan) sebagai mewakili bunyi suara (bahasa), mereka dapat membezakan bentuk-bentuk huruf yang digunakan dalam bacaan. Kemudian, daripada latihan contengan tersebut mereka dapat meniru huruf yang dilihat dalam bacaan mereka.Aktiviti-aktiviti mekanikal yang perlu ditekankan supaya lebih mahir dalam kemahiran menulis adalah seperti :a. Latihan pergerakan tangan, otot, jari dan membentuk garisan-garisan, bulatan, segi-segi dan sebagainya.b. Tunjukkan cara pergerakan tangan, tulis di awangan, pasir, papan tulis dan sebagainya.c. Bermain dengan benda-benda seperti plastisin dan susun blok mainan serta melatih menulis unsur-unsur huruf dan perkataan.d. Melatih atau tunjukkan cara membentuk huruf, menulis perkataan dan ayat.e. Mengawasi tulisan murid tentang bentuk, saiz, jarak, kekemasan dan lain-lain.f. Melatih menulis cepat, jelas dan senang dibaca.g. Melatih menulis cantik dan kemas.

b. Kemahiran Menulis Secara Mentalis (Pelahiran).Kemahiran menulis untuk pelahiran selalunya dikuasai oleh murid-murid setelah mereka mendapat kemahiran mekanis. Kemahiran ini banyak melibatkan mental. Aktiviti-aktiviti yang patut dijalankan untuk mendapatkan kemahiran menulis untuk pelahiran adalah seperti berikut :a) Latihan pernyataan fikiran atau pendapat.b) Latihan pernyataan perasaan.c) Latihan pernyataan kehendak.d) Latihan mengeluarkan pendapat-pendapat yang tulen dan asli lahir dari pemikiran sendiri.

6.0 Peringkat-peringkat Kemahiran Menulis.Kemahiran menulis sememangnya perlu diajar kepada kanak-kanak mengikut peringkat-peringkat tertentu supaya proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih efektif iaitu :1. Peringkat Pra menulis (Persediaan)Peringkat pra menulis ialah tempoh masa murid-murid disediakan dengan aktiviti-aktiviti menulis sebelum mereka dapat menulis huruf-huruf dengan kemas dan betul. Ketika tempoh ini, latihan otot-otot, tangan, dan jari serta koordinasi tangan dan mata diber pendedahan kepada murid-murid sejak dari awal lagi.Berdasarkan kajian Wilma dan Davidebbitt (1978), konsep peringkat pra menulis adalah berdasarkan aspek berikut :i. Melampiaskan otak isi atau idea sesuatu tajuk.ii. Perbincangan.iii. Membuat pembacaan dan rujukan.iv. Membuat rangka dasar.v. Mencari pendekatan yang sesuai.Bagi membolehkan murid-murid menguasai kemahiran membentuk lambang-lambang yang kemas dan jelas, pelajaran tulisan yang dirancangkan mestilah sistematik, bertitik-tolak daripada aktiviti-aktiviti pra menulis yang berbentuk bebas.Latihan-latihan pra menulis menitikberatkan perkara-perkara berikut :a) Melakukan latihan-latihan pergerakan tangan.b) Menguasai gerak tangan yang bebas supaya boleh menulis dengan selesa dan sempurna.c) Melakukan latihan-latihan pergerakan mata.d) Melakukan latihan-latihan koordinasi tangan dan mata.Aktiviti-aktiviti Latihan Pra menulis :a. Latihan mengikut garisan-garisan rajah atau gambar dari kiri ke kanan. Ini adalah latihan menulis dari kiri ke kanan.b. Latihan mewarnakan dari kiri ke kanan atau dari kanan ke kiri.c. c.Latihan membentuk bulatan di udara, meja, lantai, atas pasir dan rumput tanpa menggunakan alat tulis. (bulatan besar bulatan kecil).d. Latihan-latihan gerak jari dengan mempermain-mainkan jari, menekan-nekankan jari, menggoyangkan tangan, meramas-ramas jari dan sebagainya.e. Latihan-latihan membentuk garisan lurus.f. Latihan membentuk corak-corak campuran bulatan dan garisan lurus. Dilakukan secara bebasg. Latihan melukis gambar-gambar yang mengandungi garisan-garisan lurus dan bulat.2. Peringkat Asas Menulis (Mekanis).Selepas murid-murid menjalankan latihan pramenulis, faham dan tahu memegang pensel serta boleh duduk dengan cara yang betul, seterusnya mereka boleh dilatih membentuk lambang-lambang tulisan. Peringkat ini dijalankan secara serentak dengan pengajaran bacaan murid-murid. Mereka diperkenalkan dengan lambang-lambang huruf yang bersesuaian dengan gambar dan seterusnya menulis ayat pendek. Semasa menulis, pelajar digalakkan menyebut huruf dan membaca perkataan tersebut.Pada peringkat awal, dicadangkan agar murid-murid membentuk huruf di atas kertas kosong yang tidak mempunyai sebarang garisan. Setelah didapati memuaskan, barulah mereka dilatih membentuk huruf pada halaman yang bergaris. Apabila murid mula membentuk huruf-huruf pada kertas bergaris, kawalan tulisan perlu dilakukan yang harus bermula daripada garisan yang lebar hingga kepada lembaran satu garis.7.0 Teori , Kaedah dan Pendekatan Kemahiran PenulisanKaedah pengajaran kemahiran menulis adalah terdiri daripada beberapa langkah atau kegiatan yang mempunyai urutan yang tertentu. Pengajaran yang dimaksudkan ialah segala aktiviti seseorang untuk menghasilkan perubahan tingkah laku yang agak kekal dalam diri seseorang yang lain. Lantaran itu, kaedah-kaedah pengajaran adalah seperti cerita, perbincangan, bermain, latih tubi, main peranan, menyelesaikan masalah, brain storming, perbahasan, kuiz, lakonan, projek, soalan atau Socratik dan lain-lain lagi.Menurut Mangantar Simanjuntak (1982), kaedah ialah satu rencana (prosedur) yang menyeluruh untuk mengajar sesuatu bahan bahasa, yang secara keseluruhannya mestilah didasarkan kepada pendekatan yang digunakan.Parera (1986), mendefinisikan kaedah sebagai satu rancangan menyeluruh untuk menyampaikan secara teratur bahan-bahan bahasa, tidak ada bahagian-bahagiannya yang saling bertentangan dan semuanya berdasarkan pendekatan.Selain itu, kaedah juga boleh didefinisikan sebagai satu rancangan tentang apa yang akan dilaksanakan sesuai dengan situasi bagi mencapai sesuatu objektif pengajaran (Ishak Ramly, 2006).Edward M. Anthony (1963), mengatakan bahawa kaedah ialah cara atau peraturan membuat sesuatu. Beliau juga mendefinisikan kaedah sebagai satu siri tindakan guru yang sistematik dengan tujuan mencapai objektif pengajaran spesifik dalam jangka masa pendek. Selain itu, beliau berpendapat bahawa kaedah ialah satu ikhtiar keseluruhan dikehendaki dalam satu prosedur yang tersusun berlandaskan kepada sesuatu pendekatan yang dipilih. Teknik-teknik pengajaran adalah kemahiran atau perkara-perkara khusus yang terdapat dalam sesuatu kaedah. Teknik ialah kaedah mencipta sesuatu hasil seni seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya (Kamus Dewan Edisi ketiga). Edward M. Anthony (1963), mendefinisikan teknik sebagai satu muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan oleh guru untuk mencapai hasil segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu. Beliau juga mengatakan bahawa teknik ialah kemahiran guru yang digunakan untuk pengelolaan dan pelaksanaan kaedah mengajar dalam sesuatu aktivitipengajaran dan pembelajaran.Pendekatan biasanya dimaksudkan dengan arah atau hala yang kita ambil untuk menuju sesuatu sasaran. Dalam pengertian yang lebih luas pendekatan juga diertikan sebagi "to come near to in any sense" atau jalan yang diambil untuk melakukan sesuatu. Pendekatan-pendekatan yang dipilih biasanya berasaskan teori-teori atau generalisasi yang tertentu.Sebagai contoh, pendekatan-pendekatan memasak ikan yang kita boleh gunakan ialah seperti pendekatan Timur atau pendekatan Barat. Bagi pendekatan Barat, kita dapati keutamaan ditegaskan pada nilai kalori, nilai makanan dari segi zat makanan dan ciri-ciri makanan seimbang. Bagi pendekatan Timur pula, keutamaan adalah diberi kepada rasa seperti rupa makanan tetapi tidak begitu mementingkan nilai kalori atau ciri-ciri makanan seimbangan. Pendekatan Barat ini adalah amat berkaitan dengan perkembangan sains dan teknologi pemakanan yang mempunyai prinsip-prinsip makanan serta hubungannya dengan kesihatan.Suatu lagi contoh tentang pendekatan melakukan sesuatu ialah pendekatan seseorang dalam belajar bermain tenis. Dia boleh menggunakan pendekatan profesional atau pendekatan konvensional (tradisional atau acquired) atau biasa. Bagi pendekatan profesional, semua kaedah bermain dipelajari berdasarkan prinsip-prinsip sains yang sangat bersistematik. Manakala bagi pendekatan konvensional, kaedah-kaedah bermain dipelajari berdasarkan pengalaman, perbincangan informal serta dengan pemerhatian.Pendekatan pengajaran merupakan haluan atau aspek yang digunakan untuk mendekati atau memulakan proses pengajaran sesuatu isi pelajaran, sesuatu mata pelajaran atau beberapa mata pelajaran atau sesuatu kemahiran. Parera (1986), mengatakan bahawa pendekatan merupakan satu latar belakang falsafah atau pandangan mengenai idea utama yang hendak dibahaskan dan merupakan satu aksioma (pernyataan yang diterima umum dan menjadi asas kepada sesuatu huraian). Kamarudin Hj. Husin (1988), mendefinisikan pendekatan sebagai satu kumpulan andaian yang saling berkait tentang hakikat bahasa, hakikat pengajaran bahasa dan hakikat pembelajaran bahasa. Selain itu, pendekatan juga dikatakan sebagai cara atau langkah-langkah bagi memulakan dan melaksanakan sesuatu tugas seperti menyelesaikan masalah, Kamus Dewan (1988). Edward M. Anthony (1963), berpendapat bahawa pendekatan ialah satu set andaian yang saling berkait dengan proses pengajaran dan pembelajaran serta mempunyai unsur aksiomatik.Pendekatan-pendekatan wujud berdasarkan aspek-aspek pengajaran yang kita ingin utamakan atau memberi perhatian yang lebih utama. Sebab itu, ada kalanya pendekatan menyerupai klasifikasi pengajaran di mana jenis-jenis pendekatan wujud berdasarkan kriteria-kriteria yang kita gunakan untuk meneliti proses pengajaran. Pendekatan-pendekatan pengajaran boleh digolongkan mengikut cara pengelolaan murid, cara-cara fakta disampaikan, keaktifan pengajaran atau pelajar, pengajaran bahasa dan pengajaran mata pelajaran lain.Pendekatan pengajaran yang berasaskan pengelolaan murid adalah seperti pendekatan individu, pendekatan pasangan, pendekatan kumpulan, pendekatan kelas, pendekatan kelas bercantum dan sebagainya. Pendekatan yang dimaksudkan di sini tidak menyentuh tentang kaedah yang boleh digunakan dalam pengajaran. Guru adalah bebas memilih kaedah yang difikirkan wajar bagi setiap pendekatan tersebut.Berdasarkan kriteria bagaimana isi pelajaran disampaikan maka terdapatlah pendekatan induktif, pendekatan deduktif, pendekatan eklektik, pendekatan dari segi isi mudah ke isi susah dan pendekatan dari isi maujud ke isi abstrak.Pendekatan yang memberi tumpuan kepada pengajar disebut sebagai pendekatan memusatkan guru manakala pengajaran yang mementingkan murid disebut sebagai pendekatan memusatkan murid. Kaedah-kaedah yang seiring dengan pendekatan yang memusatkan guru adalah seperti kaedah syarahan dan kaedah demonstrasi manakala kaedah-kaedah pengajaran yang selari dengan pendekatan pengajaran yang memusatkan murid adalah seperti kaedah menyelesaikan masalah, kaedah bermain dan kaedah perbincangan kumpulan.Terdapat juga pendekatan-pendekatan yang digunakan untuk mengajar beberapa mata pelajaran mengikut tema-tema pelajaran. Contohnya pengajaran dalam Alam dan Manusia menggunakan pendekatan interdisiplin atau pendekatan bersepadu. Ini adalah kerana beberapa mata pelajaran seperti Sejarah, Geografi dan Kesihatan digabungkan menjadi suatu mata pelajaran yang baru. Pendekatan ini adalah sama dengan pengajaran Sains Panduan di mana Biologi, Fizik serta Kimia digabungkan dan diajar mengikut tema-tema tertentu.Akhirnya, dalam pengajaran bahasa terdapat pendekatan-pendekatan seperti pendekatan komunikasi, pendekatan situasi, pendekatan psiko-linguistik, pendekatan terjemahan dan pendekatan nahu. Pendekatan-pendekatan ini timbul berasaskan teori-teori pembelajaran yang berbentuk mentalis atau behavioris. Contohnya jika kita mengikut teori mentalis atau kognitif maka pendekatan yang digunakan adalah seperti pendekatan terjemahan dan pendekatan nahu. Bagi teori behavioris atau S-R maka pendekatan pengajaran yang digunakan adalah pendekatan komunikasi dan situasi.Oleh itu, yang boleh dibuat ialah pendekatan merupakan sesuatu yang agak umum dan ia se olah-olahnya menunjukkan sesuatu haluan tetapi tidak menerangkan bagaimana caranya untuk menuju haluan itu. Cara-cara yang digunakan untuk menuju arah yang ditetapkan oleh sesuatu pendekatan pengajaran adalah kaedah-kaedah pengajaran. Secara keseluruhannya, pendekatan adalah bersifat aksiomatik dan menggambarkan hakikat bahasa dan proses belajar bahasa yang dijadikan landasan untuk menyusun kaedah mengajar. Kaedah pula adalah bersifat prosedur dan teknik merupakan perlaksanaan kaedah dalam kelas.

Pendekatan Pengajaran Penulisana. Pendekatan pengajaran Penulisan RaimesTerdapat pelbagai pendekatan, kaedah, danteknik yang dapat diaplikasikan dalam pengajaran aspek-aspek bahasa termasuk pengajaran penulisan wacana. Tidak ada satu pendekatan, kaedah dan teknik yang paling sesuai digunakan di dalam bilik darjah, melainkan masing-masing perlu disesuaikan dengan topik penulisan yang hendak diajar. Ini bergantung kepada kebijaksanaan guru kerana yang penting ialah pelajar dapat turut serta dan aktif dalam aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan di dalam bilik darjah. Pengajaran dan pembelajaran mestilah berpusatkan pelajar. Guru hendaklah bertindak sebagai pemudah cara.

Raimes mengemukakan empat pendekatan pengajaran penulisan wacana iaitu Pendekatan Terkawal, Pendekatan Bebas, Pendekatan Pola-Perenggan, dan Pendekatan Komunikatif ( dalam Juriah Long dan rakan-rakan, 1990:214) i. Pendekatan TerkawalMelalui pendekatan ini, guru dapat memandu danmengawal pelajar daripada melakukan kesalahan. Pada peringkat awal, guru mengawal secara menyeluruh. Namun begitu, pelajar masih diberikan kebebasan untuk memilih perbendaharaan kata atau struktur ayat mereka sendiri. Sebagai contoh, bentuk-bentuk kawalan yang diberikan oleh guru adalah dengan menyediakan sebuah penulisan yang menghendaki pelajar mengisi tempat-tempat kosong dengan perkataan yang sesuai; guru memberikan senarai frasa yang berkaitan dengan sesuatu topik dan pelajar perlu membina ayat untuk melengkapkan frasa; guru mengambil satu petikan yang menggambarkan sesuatu kejadian atau peristiwa kemudian pelajar disuruh menggambarkan semula keseluruhan pengalaman berdasarkan kejadian itu.

ii. Pendekatan BebasPendekatan ini memberikebebasan kepada pelajar untuk menyuarakan pendapat mereka tentang sesuatu topik penulisan. Walau bagaimanapun, pendekatan ini hanya sesuai digunakan bagi pelajar yang sudah dapat menguasai bahasa dengan baik. Misalnya dalam pengajaran penulisan wacana yang ada hubung kait dengan masalah penggunaan dadah dalam kalangan remaja, guru boleh keratan-keratan akhbar untuk ditunjukkan kepada pelajar dan menyuruh mereka memberikan pendapat melalui aktiviti sumbang saran. Melalui cara ini pelajar akan lebih berminat, aktif dan dapat meningkatkan motivasi dan keyakinan.

iii. Pendekatan KomunikatifDell Hymes yang merupakan pengasas pendekatan ini antara lain menyatakan bahawa kecekapan komunikatif merupakan penguasaan bahasa secara naluri yang dimiliki oleh seseorang pelajar, iaitu keupayaan pelajar mengguna dan memahami bahasa secara wajar dalam proses berkomunikasi dan berinteraksi dengan individu lain dan jalinannya dengan konteks sosial. Pendekatan ini menegaskan tentang seseorang yang sudah mempunyai pengetahuan tentang struktur bahasa dan kebolehan membina ayat-ayat yang gramatis. Ini tidak bermakna dia sudah dapat berkomunikasi dengan baik dan berkesan memandangkan kecekapan berbahasa dan berkomunikasi itu juga menitikberatkan unsur-unsur lain yang boleh mempengaruhinya, seperti aspek-aspek sosiolinguistik dan psikolinguistik. Sebagai contoh, penulisan tentang kemajuan teknologi perubatan mestilah memasukkan kata atau frasa yang ada hubung kait dengan teknologi tersebut, iaitu laras bahasa perubatan. Oleh itu, pendekatan ini membolehkan pelajar menggunakan bahasa yang sesuai untuk tujuan berkomunikasi termasuk dalam penulisan. Dengan menggunakan pendekatan ini, dapat dikatakan bahawa pelajar menulis adalah untuk dibaca oleh orang lain atau masyarakat. Justeru, guru perlu memastikan dan menggalakkan pelajar menulis sama seperti dalam situasi kehidupan seharian mereka. Dalam hal ini, guru harus menyatakan kepada pelajar bahawa penulisan yang dihasilkan adalah untuk dinikmati oleh pembaca termasuk penulisan pelajar lain di dalam bilik darjah.

iv. Pendekatan Pola-PerengganPendekatan ini mengutamakan ciri-ciri pembentukan perenggan yang baik. Ini dapat melatih pelajar supaya berkeupayaan untuk memberikan pendapat dalam perenggan dengan kemas dan teratur. Selain itu,pendekatan ini juga dapat membantu pelajar mengetahui cara-cara meringkaskan penulisan dengan baik. Antara latihan yang dapat diaplikasikan seperti latihan mengkaji contoh-contoh perenggan yang baik, menyusun ayat-ayat yang disediakan guru dalam satu perenggan yang kemas, pelajar mengenal pasti, memilih dan meninggalkan isi-isi untuk dimasukkan dalam satu perenggan dan pelajar mencari isi penting dan isi bantu dalam sesuatu perenggan.

b. Kesesuaian Pendekatan Pengajaran Penulisan RaimesKaedah dan teknik pengajaran dalam bilik darjah amat penting untuk memastikan pelajar dapat memahami dan mengaplikasi hasil daripada pengajaran yang dilaksanakan. Penulisan wacana sekolah menengah juga mempunyai banyak kaedah pengajaran yang boleh digunakan bagi memastikan pelajar dapat menulis dengan baik. Namun, pendapat mengatakan bahawa tidak ada satu pun pendekatan, kaedah, atau teknik yang paling sesuai digunakan dalam bilik darjah kecuali setiap pendekatan, kaedah dan teknik tersebut disesuaikan dengan tajuk penulisan yang hendak diajar. Raimes telah mengemukakan empat pendekatan pengajaran penulisan wacana iaitu Pendekatan Terkawal, Pendekatan Bebas, Pendekatan Komunikatif dan Pendekatan Pola-Perenggan. Terdapat dua pendekatan yang menarik perhatian saya iaitu Pendekatan Terkawal dan Pendekatan Bebas. Saya juga bersetuju dengan pendapat di atas yang mengatakan bahawa tidak ada satu pun pendekatan, kaedah dan teknik yang paling sesuai digunakan dalam bilik darjah kerana setiap guru mempunyai pendekatan yang berbeza untuk menyampaikan sesuatu pelajaran. Selain itu, faktor pelajar juga mendorong guru untuk menggunakan pendekatan yang berlainan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan kata lain, murid yang berbeza memerlukan pendekatan yang berbeza. Berdasarkan Pendekatan Terkawal yang diperkenalkan oleh Raimes, para pelajar melakukan aktiviti mengikut panduan yang diberikan oleh guru. Pada pendapat saya, pendekatan ini sesuai untuk diaplikasikan kepada pelajar-pelajar yang lemah atau masih belum menguasai sesuatu kemahiran dengan baik. Ini kerana aktiviti pengajaran dan pembelajaran berdasarkan pendekatan ini adalah lebih mudah dan akan dapat dilakukan oleh murid-murid yang lemah. Sebagai contoh, murid-murid hanya perlu mengisi tempat kosong dengan perkataan yang diberi untuk melengkapkan sebuah karangan.Sekiranya murid-murid telah menguasai sesuatu kemahiran dengan lebih baik, kelonggaran akan diberikan kepada murid-murid tersebut untuk melakukan aktiviti yang lebih mencabar. Ini bermakna murid-murid tersebut mempunyai sedikit kebebasan untuk menjalankan aktiviti mengikut daya pemikiran atau kemampuan mereka tetapi masih dikawal oleh guru. Sebagai contoh, jika pada peringkat awal murid-murid hanya mengisi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai untuk melengkapkan karangan, pada peringkat ini murid-murid akan melengkapkan ayat dengan menggunakan frasa yang diberi. Ini menunjukkan bahawa pada peringkat ini latihan yang diberi adalah lebih mencabar berbanding dengan peringkat awal. Jelas kepada kita bahawa Pendekatan Terkawal memulakan proses pengajaran daripada mudah kepada perkara yang lebih susah atau daripada konkrit kepada abstrak. Pendekatan ini memang sesuai untuk murid-murid yang lemah seterusnya dapat memberi motivasi kepada mereka untuk terus belajar kerana aktiviti yang dijalankan adalah bersesuaian dengan kebolehan mereka. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang agak sukar dan tidak sesuai dengan kebolehan murid-murid akan mematahkan semangat mereka untuk terus belajar. Oleh itu, guru perlu memainkan peranan untuk memberi bimbingan kepada para pelajar sama ada secara kelas, kumpulan atau individu agar mereka tidak mudah berasa jemu atau memudahkan mereka untuk menyiapkan sesuatu tugasan. Dengan menggunakan Pendekatan Terkawal, para pelajar akan diberi panduan dan bimbingan sepenuhnya. Jadi, mereka akan dapat belajar tentang sesuatu perkara dengan menggunakan bahan-bahan yang diberi oleh guru sebagai contoh untuk melaksanakan tugasan yang baru. Misalnya, jika guru memberi lembaran kerja yang mengandungi format surat rasmi untuk dilengkapkan oleh murid-murid, mereka akan dapat menjadikan format surat rasmi tersebut sebagai contoh untuk menulis surat rasmi yang lain dengan tajuk yang berbeza. Jadi, mereka akan dapat mempelajari sesuatu perkara berdasarkan contoh yang diberi tanpa melakukan banyak kesalahan. Berdasarkan pengalaman, para pelajar yang lemah biasanya tidak mampu untuk berfikir secara mendalam tentang sesuatu perkara dan tidak dapat mengemukakan pendapat atau idea yang berkaitan dengan sesuatu tajuk tanpa bantuan atau bimbingan daripada guru. Mereka juga agak malas untuk berfikir. Kadangkala mereka akan mengemukakan pendapat atau pandangan yang tidak logik atau tidak berkaitan dengan topik yang dibincangkan. Oleh itu, guru perlu memainkan peranan untuk menggalakkan para pelajar mengemukakan pendapat dengan memberi gambaran tentang sesuatu perkara atau tajuk yang dibincangkan. Dengan ini, mereka akan berasa lebih yakin untuk memberikan pendapat dan sudah pasti pendapat atau idea yang dikemukakan tidak akan terpesong. Berdasarkan keterangan di atas, jelaslah kepada kita bahawa Pendekatan Terkawal yang diperkenalkan oleh Raimes ini sesuai diaplikasikan kepada pelajar-pelajar yang lemah. Ini kerana mereka agak pasif dan masih belum menguasai sesuatu kemahiran dengan baik. Dengan adanya bimbingan dan latihan yang berterusan, murid-murid pasti akan dapat menguasai sesuatu kemahiran itu sedikit demi sedikit. Pendekatan ini tentu sekali tidak sesuai untuk diaplikasikan kepada pelajar-pelajar yang cemerlang kerana mereka lebih aktif, berfikiran terbuka dan mampu mengemukakan pendapat mereka berdasarkan sesuatu tajuk yang dibincangkan. Jadi, pendekatan ini tidak sesuai untuk mereka kerana akan membataskan pemikiran mereka dan membuatkan mereka berasa terkongkong. Pendekatan yang lebih sesuai perlu digunakan untuk murid-murid yang aktif. Satu lagi pendekatan pengajaran penulisan Raimes yang saya pilih ialah Pendekatan Bebas. Pendekatan Bebas sesuai digunakan untuk mengajar murid-murid yang aktif dan telah menguasai kemahiran bahasa dengan baik. Melalui pendekatan ini, murid-murid diberi kebebasan untuk mengemukakan idea atau pendapat tentang isu-isu atau tajuk yang dibincangkan. Pendekatan ini dapat meningkatkan daya imaginasi dan pemikiran pelajar agar mereka berfikir dengan lebih kreatif dan kritis. Pelajar juga akan dapat menggunakan pengetahuan sedia ada mereka untuk mengemukakan pendapat yang bernas atau menyelesaikan masalah yang dikemukakan. Ini akan mendorong murid-murid supaya rajin membaca dan mencari maklumat untuk menambahkan pengetahuan mereka. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk Pendekatan Terkawal dan Pendekatan Bebas adalah berbeza. Antara aktiviti yang sesuai untuk Pendekatan Bebas ialah perbincangan dan sumbang saran. Melalui aktiviti tersebut murid-murid bebas memberi pendapat dan pandangan mereka berdasarkan pengetahuan sedia ada. Mereka juga dapat bergerak aktif semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Sebagai contoh, guru mengemukakan soalan atau isu yang perlu dibincangkan. Kemudian, murid-murid membentuk kumpulan dan berbincang tentang perkara tersebut. Selepas itu, wakil kumpulan akan membentangkan hasil perbincangan mereka. Aktiviti sebegini akan memberi peluang kepada murid-murid untuk bergerak aktif dan menghilangkan rasa bosan semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. Kesimpulannya, tidak ada pendekatan, kaedah atau teknik yang terbaik untuk diaplikasikan di dalam bilik darjah. Ini kerana setiap pelajar adalah berbeza. Jadi, guru perlu lebih kreatif untuk menyampaikan ilmu kepada para pelajar dengan menggunakan pendekatan, kaedah dan teknik yang difikirkan sesuai berdasarkan ilmu yang hendak disampaikan agar murid-murid dapat menerima ilmu tersebut dengan baik. Sebagai contoh, guru perlu menggunakan pendekatan, kaedah dan teknik yang berbeza untuk mengajar murid-murid yang pandai dan murid-murid yang lemah. Sekiranya guru menggunakan kaedah perbincangan atau sumbang saran untuk mengajar murid-murid yang lemah, sudah pasti aktiviti pengajaran dan pembelajaran tersebut tidak berkesan. Begitu juga jika guru menggunakan Pendekatan Terkawal untuk mengajar murid-murid yang pandai, sudah pasti murid-murid akan berasa bosan dan mengongkong kemahiran berfikir murid-murid. Oleh itu, guru perlu bijak memilih dan menentukan pendekatan, kaedah dan teknik yang sesuai untuk mengajar murid-murid agar pengajarannya menarik dan berkesan.

8.0 Model Pengajaran Penulisan Hasil Temu bual Dua Orang Guru Bahasa Melayu Berpengalaman di SK LKTP Belitong, Kluang.

a. Model Pengajaran Penulisan Kaedah Bergambar dan CartaPenggunaan kaedah ini bermaksud penulisan yang dihasilkan adalah dengan berasaskan gambar yang dilihat dan ditunjukkan. Kebiasaannya, gambar bersiri akan digunakan sebagai bahan bantu mengajar dan peristiwa yang terdapat dalam gambar-gambar itu akan dijadikan bahan penulisan. Namun begitu, kaedah ini juga dapat dilaksanakan menerusi teknik penyampaian dengan menggunakan slaid. Teknik slaid lebih menarik dan dapat menimbulkan minat pelajar kerana menyeronokkan, ditambah lagi dengan iringan irama muzik yang bersesuaian, umpamanya pertunjukan slaid tentang kemeriahan sambutan Hari Kebangsaan. Namun, teknik slaid memerlukan peralatan yang tertentu. Jika menggunakan teknik ini, pelajar mesti mempunyai daya ingatan yang kuat untuk mengingati gambar-gambarslaid yang telah ditonton. Dalam menggunakan kaedah bergambar, terdapat beberapa langkah yang perlu diikuti dalam menyampaikan pengajaran, iaitu: i. Gambar yang digunakan mestilah sesuai sebagai bahan bantu mengajar dan tahap peringkat pelajar, disamping tidak mengenepikan aspek kualiti gambar;ii. Guru mengarahkan pelajar meneliti gambar yang disediakan dan memikirkan perkara-perkara yang dapat diperkatakan mengenainya; iii. Pelajar disuruh mencatat idea atau isi penting yang hendak diperkatakan berdasarkan gambar yang dilihat;

iv. Aktiviti sumbang saran dapat dijalankan, iaitu pelajar diberikan peluang menyuarakan pendapat dan idea mereka secara lisan dan kemudian guru menulisnya pada papan tulis, sambil menyemak kegramatisan ayat-ayat yang diutarakan.v. Guru mengadakan sesi perbincangan dengan pelajar tentang isi-isi yang diberikan dan membuat rumusan tentang penyusunan isi-isi penting.vi. Pelajar menulis dengan berlandaskan perbincangan yang telah dilakukan.

Sementara itu, teknik carta aliran bermaksud guru mengedarkan atau menunjukkan sebuah carta aliran berdasarkan proses-proses penghasilan sesuatu bahan atau produk. Teknik carta aliran agak bersistematik mengikut kronologi peristiwa. Teknik ini ada persamaan dengan teknik gambar bersiri, bahawasanya setiap proses itu digantikan dengan frasa-frasa yang menceritakan secara ringkas apa-apa yang berlaku pada setiap peringkat yang dipaparkan dalam carta. Prosedur-prosedur atau peringkat-peringkat itu boleh ditunjukkan dengan menggunakan penanda anak panah atau berbentuk paparan carta. Contohnya, carta aliran yang memperlihatkan proses membuat produk makanan.

b. Cara Melaksanakan Model Pengajaran Penulisan Kaedah Bergambar Dan Carta Pengajaran penulisan kaedah bergambar dan carta hampir sama. Oleh itu, saya menggunakan satu model pengajaran sahaja untuk pengajaran penulisan kaedah bergambar dan carta. Berikut ialah model pengajaran penulisan kaedah bergambar dan carta yang saya cadangkan.

Tajuk: Penternak AyamBahan Bantu Mengajar : Gambar Bersiri Langkah-langkah Pengajaran

Langkah 1Guru mengedarkan gambar kepada murid-murid. Guru meminta murid-murid supaya meneliti aktiviti, peristiwa atau perkara-perkara penting yang dapat diperkatakan atau diceritakan berdasarkan gambar yang diberi. Guru boleh menetapkan jumlah aktiviti atau peristiwa yang dikehendaki bagi setiap gambar. Contohnya, guru ingin murid murid menyenaraikan dua aktiviti atau peristiwa penting bagi setiap gambar. Selain itu, guru juga boleh memberi kebebasan kepada murid-murid untuk mencari sebanyak mungkin aktiviti atau peristiwa daripada setiap gambar tersebut.

Langkah 2Murid-murid diminta mencatat perkara-perkara penting, aktiviti atau peristiwa berdasarkan gambar yang diberi. Aktiviti ini boleh dilakukan secara individu atau kumpulan. Jika aktiviti ini dijalankan secara individu, guru hendaklah memainkan peranan supaya aktiviti pengajaran dan pembelajaran menjadi aktif. Sebagai contoh, guru perlu bersoal jawab dengan murid jika tidak ada pelajar yang ingin memberi pendapat secara suka rela. Bagi pelajar-pelajar yang lemah, guru hendaklah membimbing mereka agar mereka dapat menyatakan idea dengan lebih yakin.

Sekiranya guru ingin menjalankan aktiviti ini secara kumpulan, guru hendaklah mengarahkan para pelajar supaya berada dalam kumpulan masing-masing sebelum aktiviti ini dajalankan. Setiap kumpulan perlu melantik seorang ketua dan seorang pencatat. Guru hendaklah mengarahkan murid-murid supaya berbincang dalam keadaan yang terkawal. Murid-murid perlu diingatkan supaya mengambil bahagian dalam sesi perbincangan. Setiap pelajar diwajibkan mengemukakan pendapat berdasarkan perkara yang dibincangkan. Guru juga boleh menerapkan nilai murni kepada murid-murid semasa aktiviti kumpulan dijalankan. Contohnya, nilai bekerjasama dan bertolak ansur. Semasa aktiviti kumpulan dijalankan, guru perlu memainkan peranan sebagai fasilitator dengan memantau setiap kumpulan dan memberi bimbingan kepada kumpulan yang menghadapi masalah. Seelok-eloknya, setiap kumpulan dibekalkan dengan peralatan yang diperlukan untuk sesi pembentangan hasil kerja. Untuk peringatan, guru juga perlu menyatakan masa yang diperuntukkan untuk sesi perbincangan supaya murid-murid tidak terleka.

Langkah 3Setelah selesai sesi perbincangan, setiap kumpulan dikehendaki menghantar wakil kumpulan untuk membentangkan hasil perbincangan kumpulan masing-masing. Semasa sesi pembentangan, seorang lagi ahli kumpulan dikehendaki mencatat idea atau isi penting yang dibentangkan oleh pembentang kumpulannya pada papan tulis. Murid-murid atau ahlikumpulan yang lain diminta mendengar pembentangan itu dengan teliti dan mencatat idea atau isi penting yang dibentangkan oleh kumpulan lain. Apabila setiap kumpulan selesai membentangkan hasil perbincangan mereka, kumpulan lain diberi peluang untuk memberi komen tentang idea atau isi penting yang dikemukakan oleh kumpulan tersebut. Kumpulan lain juga perlu peka terhadap idea atau isi penting yang yang telah dikemukakan oleh kumpulan terdahulu agar tidak berlaku pertindihan idea. Idea atau isi penting yang sama tidak perlu dibentangkan oleh kumpulan berikutnya. Selepas itu, murid-murid diminta membaca idea-idea yang tercatat pada papan tulis hasil perbincangan semua kumpulan. Guru juga boleh memilih murid-murid secara rawak untuk membina ayat secara lisan dengan menggunakan idea yang telah diperoleh. Kemudian, guru mengadakan perbincangan dengan para pelajar tentang isi-isi yang diberikan dan membuat rumusan tentang penyusunan isi-isi penting semasa menulis karangan. Di samping itu, guru juga boleh berbincang tentang sistem bahasa yang dirasakan perlu ada dalam karangan tersebut. Contohnya, penggunaan penanda wacana, penggunaan imbuhan, kata tugas dan lain-lain.

Langkah 4Selepas itu, murid-murid diminta menulis karangan dengan menggunakan idea atau isi-isi penting yang telah dibincangkan atau dibentangkan oleh setiap kumpulan. Aktiviti ini boleh dilakukan secara individu atau kumpulan. Jika aktiviti ini dilakukan secara kumpulan, seorang ahli kumpulan perlu menulis karangan manakala ahli yang lain membantu membina ayat-ayat yang gramatis. Guru pula memainkan peranan sebagai fasilitator. Semasa aktiviti ini dijalankan, guru perlu sentiasa mengingatkan para pelajar tentang kesalahan umum yang sering dilakukan oleh kebanyakan pelajar semasa menulis.Setelah selesai menulis, murid perlu menyemak untuk memastikan sama ada terdapat tulisan yang kurang jelas, kesalahan ejaan, tanda baca, penggunaan imbuhan, struktur ayat yang salah dan aspek tatabahasa yang lain.

Langkah 5Seterusnya, beberapa kumpulan akan dipilih untuk membacakan karangan masing-masing. Semasa wakil kumpulan membaca karangan, murid-murid lain diminta mendengar dengan teliti dan memberi komen terhadap kesalahan yang terdapat dalam karangan tersebut, contohnya kesalahan dari segi struktur ayat, penggunaan imbuhan dan sebagainya. Guru juga hendaklah membetulkan kesalahan yang dilakukan oleh setiap kumpulan pada masa itu juga. Setiap kumpulan diminta membuat pembetulan terhadap kesalahan yang telah dilakukan sebelum menghantar karangan mereka kepada guru.

Langkah 6Guru menyemak karangan tersebut dengan teliti dan membetulkan setiap kesalahan yang dilakukan oleh murid-murid. Selepas itu, karangan tersebut akan dipulangkan kepada murid-murid dan setiap ahli kumpulan dikehendaki menulis semula karangan tersebut dalam buku masing-masing. Setiap kumpulan juga diminta menyediakan satu salinan karangan yang telah dibaiki untuk ditampal di dalam kelas atau dijilid untuk dijadikan sebuah buku sebagai rujukan murid-murid.

9.0 KesimpulanTugasan ini memberi penekanan kepada pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran khususnya dalam aspek pengajaran penulisan. Setelah melaksanakan tugasan ini, saya lebih memahami tentang pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran yang sepatutnya diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Pengetahuan guru-guru tentang pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran sangat penting untuk membolehkannya melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah dengan lebih menarik dan berkesan. Semua guru sepatutnya mengenal pasti tahap pencapaian pelajar mereka untuk memudahkan mereka merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta pendekatan, kaedah dan teknik yang sesuai untuk digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Sesungguhnya, pengetahuan tentang pendekatan, kaedah dan teknik serta pengaplikasiannya oleh guru-guru di dalam bilik darjah akan memberikan kesan yang positif kepada para pelajar seterusnya akan dapat meningkatkan pencapaian mereka dalam bidang akademik. Kesimpulannya, guru-guru perlu menggunakan pendekatan, kaedah dan teknik yang sesuai untuk melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran demi kebaikan dan kejayaan para pelajar.

Rujukan

Juriah Long, Raminah Hj. Sabran & Sofiah Hamid. (1990). Pendekatan Mengajar Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.Kamarudin Hj. Husin. (1988). Pedagogi Bahasa. Petaling Jaya: Longman Malaysia Sdn. Bhd.Raminah Hj. Sabran. (1993). Kecekapan berkomunikasi dalam bahasa Malaysia Kuala Lumpur: Fajar Bakti. Raminah Sabran & Rahim Syam. (1985). Kaedah pengajaran bahasa Malaysia. Petaling Jaya : Fajar Bakti. Kementerian Pendidikan Malaysia [KPM]. (2001). Sukatan pelajaran kurikulum bersepadu sekolah menengah bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Zainol Ismail. (2003). Fokus Unggul/ UPSR Penulisan. Johor Bahru: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.Eaglewood Cliff, N.S. : Merill. Sulaiman Masri (1990). Penulisan dalam Bahasa Melayu . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.1