penubuhan kerajaan melayu baru di malaysia (final)

Upload: muhamad-hashir-mat-zain

Post on 04-Jun-2018

222 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/13/2019 Penubuhan Kerajaan Melayu Baru Di Malaysia (Final)

    1/11

    1

    UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

    35900 TANJONG MALIM

    PERAK DARUL RIDZUAN

    TAJUK : KURUN KE-18 MEMPERLIHATKAN PENUBUHAN KERAJAAN MELAYU

    BARU DI MALAYSIA. BINCANGKAN.

    NAMA : MUHAMAD HASHIR BIN MAT ZAIN

    NO MATRIK : D20112052063

    KOD KURSUS : HSM 3013

    NAMA KURSUS : MALAYSIA: MELAKA HINGGA NEGERI-NEGERI

    MELAYU BARU.

    NAMA PENSYARAH : DR. HARYATI BINTI HASAN

  • 8/13/2019 Penubuhan Kerajaan Melayu Baru Di Malaysia (Final)

    2/11

    2

    1.0 Pendahuluan

    Pada kurun ke 18, terdapat kemunculan beberapa buah kerajaan Melayu baru di

    Malaysia. Negeri-negeri tersebut ialah Negeri Sembilan, Selangor, Kelantan dan

    Terengganu. Keluarga yang mengasaskan kerajaan ini pula adalah keluarga baru dan

    mereka bukan berasal dari negeri-negeri tersebut. Terengganu berasal dari Johor,

    Selangor dari Bugis, Negeri Sembilan dari Pagar Ruyung dan Kelantan dari Patani. Di

    sini memperlihatkan bahawa sebelum penubuhan kerajaan baru ini sudah pun ada

    pemerintah di negeri-negeri berkenaan. Kewujudan keadaan yang demikian rupa

    menambahkan menariknya soal ini diberi perhatian kerana ia sekurang-kurangnya dapat

    menjelaskan tentang bagaimana keluarga tersebut mengasaskan kerajaan, mengambil alih

    teraju pemerintahan sebelumnya, mendapat pengiktirafan dan pengesahan sebagai

    pemerintah yang sah di atas takhta kerajaan.

    2.0 NEGERI SEMBILAN

    Pada akhir kurun ke-17 Masihi, orang di Sungai Ujong, Johol, Naning dan Jelebu

    telah bersetuju untuk menjemput seorang raja dari Minangkabau untuk dijadikan

    pemerintah di Negeri Sembilan (pada masa itu negeri itu belum dinamakan Negeri

    Sembilan).1 Pada ketika itu, seorang raja dari Minangkabau iaitu Raja Kasah telah

    dihantar ke Negeri Sembilan dan dijadikan sebagai pemerintah. Namun begitu, Raja

    Kasah telah dihalau pulang ke Minangkabau kerana tidak berjaya mengatur dan

    memajukan adat pepatih iaitu adat orang Minangkabau seperti yang dikehendaki oleh

    Datuk undang yang menjemputnya. Selepas kepulangan Raja Kasah ke Minangkabau,

    1Haji Buyong Adil, (1981). Sejarah Negeri Sembilan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm:

    43.

  • 8/13/2019 Penubuhan Kerajaan Melayu Baru Di Malaysia (Final)

    3/11

    3

    Negeri Sembilan telah menerima kehadiran Raja baru yang juga berasal dari Minagkabau

    iaitu Raja Adil. Nasib yang diterima oleh Raja Adil juga sama seperti yang terjadi kepada

    Raja Kasah iaitu Raja Adil turut dihalau kembali ke Minangkabau kerana alasan yang

    sama iaitu tidak berjaya mengatur dan memajukan adat pepatih. Kedatangan Raja Kasah

    dan Raja Adil yang berasal dari Minangkabau telah membuktikan bahawa sejak dahulu

    lagi Negeri Sembilan telah mula menerima kehadiran pemimpin yang bukan berasal dari

    anak watan Negeri Sembilan.

    Sultan Johor telah mengurniakan kepada Raja Melewar sebuah cap mohor dan

    Raja Melewar telah diberikan kuasa sepenuhnya untuk memerintah Negeri Sembilan.

    2

    Perjalanan Raja Melewar dari Johor diteruskan dengan melalui Naning dan akhirnya

    sampai di Rembau, Negeri Sembilan. Raja Melewar telah ditabalkan sebagai Yamtuan

    Negeri Sembilan di Penanjis iaitu salah satu tempat di Rembau pada tahun 1773.3

    Angkatan perang yang diketuai oleh Raja Melewar yang telah dibantu Penghulu

    Naam telah melancarkan serangan pertama ke atas Raja Khatib di sebuah tempat yang

    bernama Kampung Bukit. Peperangan yang dilancarkan di Kampung Bukit tidak

    berpihak kepada angkatan Raja Melewar, angkatan baginda telah mengalami kekalahan

    dan angkatan Melewar telah berundur ke suatu petempatan yang bernama Sepri4. Setelah

    mengalami kekalahan pada serangan pertama, angkatan Raja Melewar telah melancarkan

    serangan kedua melawan pihak Raja Khatib di Seri Menanti. Pertempuran kedua ini telah

    membawa kejayaan bagi pihak Raja Melewar. Selepas berjaya mengalahkan Raja Khatib,

    Raja Melewar terus bersemayam di Seri Menanti sebagai Yamtuan Seri Menanti. Daerah

    2Ibid, hlm: 45.3Ibid, hlm: 45.4Haji Buyong Adil, (1981). Sejarah Negeri Sembilan.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm:

    46.

  • 8/13/2019 Penubuhan Kerajaan Melayu Baru Di Malaysia (Final)

    4/11

    4

    Seri Menanti juga telah dinamakan sebagai Tanah Mengandung yang membawa

    maksud tanah yang dipunyai sendiri oleh Yamtuan Seri Menanti.5Sejak itulah sembilan

    buah luak telah disatukan atau digabungkan dan di sebut Negeri Sembilan. Luak tersebut

    terdiri daripada luak Sungai Ujong, Jelebu, Johol, Rembau, Jelai(Inas), Kelang, Naning,

    Segamat, dan Pasir Besar dan Ulu Pahang (Kenaboi). Pertabalan Raja Melewar di

    Penanjis pada tahun 1773 dan pelantikannya sebagai Yamtuan Negeri Sembilan yang

    pertama telah membuktikan bahawa pengasas kerajaan Negeri Sembilan bukannya

    berasal dari anak watan sebaliknya berasal dari Minagkabau dan telah dijemput untuk

    menjadi Raja di Negeri Sembilan oleh penduduk Negeri Sembilan.

    3.0 SELANGOR

    Sejarah Selangor pada awalnya telah terungkai pada kurun ke 15 dan awal kurun

    ke 16, iaitu semasa pemerintahan Melaka. Nama kerajaan Selangor diambil sempena

    nama sungai utamanya iaitu Sungai Selangor. Negeri Selangor masih dibawah

    pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka apabila Sultan Alauddin Riayat Shah iaitu

    putera almarhum Sultan Mahmud Shah, memerintah di negeri Johor. Seperti yang

    diketahui setelah Melaka kalah dengan portugis pada 1511, Sultan Mahmud Shah telah

    berundur ke Johor dan apabila kemangkatan baginda kerajaan Johor diperintah oleh

    anakandanya iaitu Sultan Alauddin Riayat Shah. Semasa kurun ke 17, walaupun Selangor

    masih dibawah taklukan kerajaan Johor, namun didapati ramai orang-orang Bugis yang

    datang dari Sulawesi telah mendiami kawasan Kelang dan Kuala Selangor. Ini dapat

    dibuktikan dalam buku karangan R.J Wilkinson yang menulis tentang orang Bugis yang

    mula mendiami di Selangor. Mengikut catatan beliau itu, orang Bugis yang pertama

    5Ibid, hlm: 46.

  • 8/13/2019 Penubuhan Kerajaan Melayu Baru Di Malaysia (Final)

    5/11

    5

    mendiami negeri Selangor ialah Daing Lakani. Dalam buku pendaftaran (Drag Register)

    6harian orang Belanda juga ada menyebut tentang kedatangan orang Bugis ke Selangor.

    Pada masa itu, Selangor menjadi tempat kekuatan orang-orang Bugis di barat Nusantara.

    Pada masa Yamtuan Muda II (Daing Chelak) mula memegang jawatannya di

    Riau, seorang orang besar Bugis bernama Daing Matekko (disebut juga Daing Matkah)

    yang berbaik dengan Raja kechil Siak yang telah membuat kacau di Selangor. Akhirnya

    Daing Matekko kalah lalu lari balik mendapatkan Raja Kechil Siak. Sejak itu Daing

    Chelak selalu berulang-alik dari Riau ke Selangor. Pada 19 Mei 1745 Daing Chelak

    Yamtuan Muda Riau II mangkat dan jawatan itu diganti oleh Daing kemboja(anak Daing

    perani) menjadi Yamtuan Muda Riau III tetapi kerana perselisih faham Daing Kemboja

    membawa diri ke Linggi walaupun ditegah oleh Sultan Sulaiman dan beliau (Daing

    Chelak) telah meninggalkan beberapa orang puteri dan putera dan antaranya ialah Raja

    Lumu dan Raja Haji. Raja Haji ditempatkan di Riau dan Raja Lumu di hantar ke

    Selangor.

    Pada 1756, semasa Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah memerintah Riau, Raja

    Lumu didapati telah memerintah Selangor dengan gelaran Sultan Salehuddin atau

    Tuanku Raja Selangor atau Raja Selangor7. Pertabalan beliau di Selangor sebagai

    Yang diPertuan Sultan lebih kukuh apabila Sultan Perak yang ke-16(Sultan Mahmud

    Shah) melantik Tuanku Raja Selangor dengan bunyian nobat dan diberi cop mohor pada

    1770 dengan gelaran yang sama iaitu Sultan Salehuddin seperti yang diberikan oleh

    Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah pada tahun 1756 dahulu. Dalam Tuhfat Al-Nafis

    mengatakan bahawa Raja Lumu mendapatkan pengiktiran dari sultan Perak adalah untuk

    6Haji Buyong Adil, (1971). Sejarah Selangor, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm: 6.7Haji Buyong Adil, (1971). Sejarah Selangor, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm: viii

  • 8/13/2019 Penubuhan Kerajaan Melayu Baru Di Malaysia (Final)

    6/11

    6

    mengukuhkan kedudukan baginda serta anak cucunya sebagai raja pemerintah (Yang

    Dipertuan Sultan) yang sebenar di Selangor dan bukan lagi dibawah jajahan taklukan

    Kerajaan Johor Riau.8 Berdasarkan bukti jelas menunujukkan pengasas Selangor

    merupakan bukan anak watan dimana Raja Lumu merupakan keturunan Bugis yang

    dihantar ke Selangor untuk memerintah Selangor setelah kematian Daing Chelak iaitu

    ayahandanya.

    4.0 KELANTAN

    Pada kurun ke-18, Jembal pada masa itu di bawah pemerintahan Raja Omar. Raja

    Omar bersahabat baik dengan kerabat diraja Patani iaitu Dato Pengkalan Tua. Raja Nai

    Phaya diangkat menjadi Raja Jering dan memilih Tuan Sulong untuk diangkat menjadi

    Raja Patani yang bertempat di Kota Gerisik.9Kemudiannya, Dato Pangkalan Tua telah

    menghantar 2 orang puteranya ke Kelantan iaitu Tuan sulong dan Tuan Besar. Hasil

    perkahwinan Tuan Sulong dengan Che Biru, mereka mendapat dua orang putera iaitu

    Long Muhammad dan Long Pandak.10 Manakala perkahwinan antara Tuan Besar dan

    Raja Pah dikurniakan anak yang bernama Long Sulaiman. Selepas kemangkatan Raja

    Omar, takhta kerajaan Jembal telah diserahkan kepada menantunya iaitu Long Bahar

    pada tahun 1721 M.

    Selepas kemangkatan Tuan Besar teraju pemerintahannya diteruskan oleh

    puteranya yang berada di Pattani iaitu Long Sulaiman pada tahun 1733 M. Long

    Sulaiman mempunyai dua orang puteri, Tuan Dewi dan Tuan Kembang, dan seorang

    8Haji Buyong Adil, (1971). Sejarah Selangor, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm: 20.9Rogayah A. Hamid dan Mariyam Salim (ed), (2006). Kesultanan Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

    dan Pustaka, hlm: 81.10Nik Mahmud bin Nik Ismail, (1934).Ringkasan Cetera Kelantan, Kota Bharu: The Al-Asasiyah Press

    Co, hlm: 19.

  • 8/13/2019 Penubuhan Kerajaan Melayu Baru Di Malaysia (Final)

    7/11

    7

    putera iaitu Long Yunus. Semasa Long Sulaiman menjadi raja Jembal, telah wujud

    masalah konflik dalaman bangsawan iaitu menantunya Long Deraman yang ingin

    mendapatkan kuasa. Long Sulaiman tidak lama berada di atas takhta kerajaan kerana

    baginda mangkat pada 1756 M akibat ditikam oleh Long Deraman.11

    Kemangkatan Long

    Sulaiman tidak digantikan oleh puteranya, Long Yunus sebaliknya Long Deraman telah

    melantik Long Pandak iaitu saudara iparnya memerintah Kelantan yang berpusat di Kota

    kubang Labu kemudian baginda pun berangkat pulang ke Legeh.12

    Pada 1726 M ketika waktu malam, pihak Long Yunus yang terdiri daripada Long

    Ghaffar, Penghulu Adas dan Mandur Mis telah menyerang Kota Kubang Labu. Hal ini

    terjadi apabila Long Ghaffar menyerang dari Pengkalan Lisir-Kutan, Long Yunus dari

    Pengkalan Gong Chepa- Pasir Pekan dan Penghulu Adas dan Mandur Mis. Dalam

    peperangan ini, Long Muhammad telah terkorban kerana telah ditikam oleh Long

    Ghafar.13

    Long Draman di bawa ke Kelantan dan akhirnya mangkat.

    Kemuncak daripada peperangan ini menyaksikan kejayaan Long Yunus

    meyingkirkan pengaruh Legih di Kelantan, lalu mengisytiharkan dirinya menjadi Yang

    Dipertuan Kelantan di Kota Kubang Labu pada tahun 1765M.14

    Long Ghafar, sahabat

    setia yang banyak membantu Long Yunus di lantik menjadi Mangkubumi merangkap

    Panglima Perang bergelar Tengku Sri Maharaja Perdana Menteri.

    11Rogayah A. Hamid dan Mariyam Salim (ed), (2006).Kesultanan Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka,

    hlm: 159.12Saad Shukri bin Haji Muda, (1971).Detik- Detik Sejarah Kelantan, hlm: 54.13Haji Buyong Adil, (1982). Sejarah Terengganu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm: 36.14Abdul Razak Mahmud, (2005).Ikhtisar Sejarah Kelantan, Kota Bharu: Pustaka Aman Press Sdn. Bhd,

    hlm: 24.

  • 8/13/2019 Penubuhan Kerajaan Melayu Baru Di Malaysia (Final)

    8/11

    8

    Kesimpulan yang dapat dibuat di sini adalah jelas menunjukkan bahawa pada

    kurun ke-18 pemerintahan di negeri Kelantan adalah diasaskan oleh kerajaan dan

    salasilah raja yang berasal dari negeri luar dan bukannya anak watan negeri tersebut.

    5.0 TERENGGANU

    Kesultanan Terengganu yang wujud pada hari ini diasaskan oleh Tun Zainal

    Abidin ibn Tun Habib Abdul Majid, putera Bendahara Padang Saujana Johor pada kurun

    ke-18. Dalam buku Tuhfat al-Nafis karangan Raja Ali Haji, menyebutkan mengenai

    pertabalan Tun Zainal Abidin di atas takhta kerajaan Terengganu dilakukan oleh Daeng

    Menampuk atau Raja Tua yang mendapat titah daripada Sultan Sulaiman Badrul Alam

    Syah.15

    Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah ialah putera Sultan Abdul Jalil Riayat Syah

    IV Johor.

    Dalam sumber lain pula terdapat keterangan yang menyatakan Tun Zainal Abidin

    ditabalkan di atas takhta kerajaan Terengganu oleh Phra Nang Chao Yang, Raja Patani.16

    Menurut Tuhfat al-Nafis, Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah dan Yamtuan Muda Johor

    iaitu Daeng Marewah telah mengarahkan Daeng Menampuk ke Terengganu menabalkan

    Tun Zainal Abidin di atas takhta kerajaan Terengganu. Selepas upacara ini Daeng

    Menampuk pulang ke Riau.17

    Manakala dalam sumber Terengganu iaitu Sejarah Terengganu,Terengganu Dari

    Bentuk Sejarah dan Sejarah Terengganu mengemukakan kisah yang sama seperti

    Hikayat Johor serta Pahang tentang bagaimana dan kedatangan Tun Zainal Abidin ke

    15Raja Ali Haji, (1965). Tuhfat al-Nafis, Singapura: Malaysia Publication Ltd, hlm: 70.16Haji Muhammad Saleh bin Haji Awang, (1978). Terengganu Dari Bentuk Sejarah, Kuala Lumpur:

    Utusan Publication, hlm: 32-33.17Raja Ali Haji, (1965). Tuhfat al-Nafis, Singapura: Malaysia Publication Ltd, hlm: 70.

  • 8/13/2019 Penubuhan Kerajaan Melayu Baru Di Malaysia (Final)

    9/11

    9

    Patani.Selain daripada menceritakan mengenai Tun Zainal Abidin ke patani kerana

    dihalau oleh Wan Abdullah, anak Paduka Raja setelah Paduka Raja dibunuh di

    Terengganu.Dalam kedua-dua sumber ini juga menyatakan mengenai Sultan Abdul Jalil

    datang ke Patani dan berkahwin dengan Phra Nang Chao Yang.18

    Mengenai Paduka Raja Wan Abdul Rahman pula, di dalam buku Sejarah Johor

    ada menyatakan mengenai Paduka Raja Tun Abdul Jamil.19

    Walaupaun nama bebeza

    tetapi dipercayai kedua-dua nama ini adalah orang yang sama.Ini kerana kedua-dua orang

    ini memakai gelaran Paduka Raja serta telah disingkir dari Johor dan dibunuh di

    Terengganu. Oleh yang demikian tidak syak lagi bahawa kedua-dua nama ini adalah

    orang yang sama. Wan Abdul Rahman mendapat gelaran Laksamana di masa

    pemerintahan Sultan Abdul Jalil III dan memegang jawatan Paduka Raja pada masa

    pemerintahan Sultan Ibrahim Syah (1677-1685) dan disingkirkan pada masa

    pemerintahan Sultan Mahmud II (1685-1699). Pada tahun 1688, Tun Habib Abdul Majid

    masih menjadi Bendahara Johor.20

    Pada tahun 1697, setelah mengetahui berita kematian Bendahara Tun Habib

    Abdul Majid, maka Tun Zainal Abidin pulang ke Johor untuk melawat jenazah ayahnya.

    Pada masa kematian Bendahara Tun Habib Abdul Majid, Patani diperintah oleh Mas

    Kelantan.

    Setelah itu,baginda pun kembali ke Patani dan memberitahu kepada Raja Patani

    bahawa baginda telah dianugerahkan negeri Terengganu. Oleh yang demikian,Raja

    Patani iaitu Raja Emas Jayam (1707-1719) merestui Tun Zainal Abidin ke Terengganu

    bersama dengan lapan puluh keluarga dan ditabalkan menjadi Sultan terengganu di

    18Haji Buyong Adil, (1982). Sejarah Terengganu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm: 13.19Haji Buyong Adil, (1971).Sejarah Johor, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm: 82.20Ibid,hlm: 159-160.

  • 8/13/2019 Penubuhan Kerajaan Melayu Baru Di Malaysia (Final)

    10/11

    10

    Tanjung Baru, Kuala Berang.21

    Berdasarkan pemerintahan Raja Emas Jayam ini

    bermakna pertabalan Tun Zainal Abidin di atas taktha kerajaan Terengganu di sekitar

    tahun 1707-1719. Oleh yang demikian, ini membuktikan bahawa kesultanan Terengganu

    yang pertama pada kurun ke-18 diasaskan oleh keturunan Bendahara Johor dan baginda

    bukannya dalam kalangan anak watan negeri Terengganu.

    6.0 Kesimpulan

    Secara kesimpulannya, pengasas kepada keempat-empat buah negeri tersebut,

    iaitu Negeri Sembilan, Kelantan, Selangor dan Terengganu sememangnya bukan anak-

    anak watan negeri-negeri itu sendiri. Berdasarkan bukti-bukti yang dikemukakan,

    ternyata pengasas kerajaan adalah dari Bugis, Minangkabau, Siam dan Johor masing-

    masing. Kekacauan dan huru-hara serta perebutan kuasa menjadi punca peralihan kuasa

    dan tampuk pemerintahan negeri-negeri tersebut. Perkahwinan juga menjadi faktor asal-

    usul pengasas kerajaan-kerajaan ini. Walaupun pengasas negeri-negeri tersebut bukanlah

    anak watan, kemunculan kerajaan-kerajaan ini akhirnya menjadi antara negeri-negeri

    yang maju sehingga ke hari ini.

    21Haji Muhammad Saleh bin Haji Awang, (1978). Terengganu Dari Bentuk Sejarah, Kuala Lumpur:

    Utusan Publications & Distributors, hlm: 103.

  • 8/13/2019 Penubuhan Kerajaan Melayu Baru Di Malaysia (Final)

    11/11

    11

    BIBLIOGRAFI

    Abdul Razak Mahmud, (2005).Ikhtisar Sejarah Kelantan, Kota Bharu: Pustaka Aman,

    Press Sdn. Bhd.

    Haji Buyong Adil, (1971).Sejarah Johor, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Haji Buyong Adil, (1981). Sejarah Negeri Sembilan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

    Pustaka.

    Haji Buyong Adil, (1971). Sejarah Selangor, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Haji Buyong Adil, (1982). Sejarah Terengganu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

    Pustaka.

    Haji Muhammad Saleh bin Haji Awang, (1978). Terengganu Dari Bentuk Sejarah, Kuala

    Lumpur: Utusan Publication.

    Nik Mahmud bin Nik Ismail, (1934).Ringkasan Cetera Kelantan, Kota Bharu: The Al-

    Asasiyah Press Co.

    Raja Ali Haji, (1965). Tuhfat al-Nafis, Singapura: Malaysia Publication Ltd.

    Rogayah A. Hamid dan Mariyam Salim (ed), (2006).Kesultanan Melayu, Kuala Lumpur:

    Dewan Bahasa dan Pustaka.