surat penubuhan kelabpersatuanub

Upload: reduan-md-isa

Post on 06-Jan-2016

325 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

RUJ

TRANSCRIPT

1

CARTA ORGANISASI JAWATANKUASA KOKURIKULUM

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI UDANGKLANG,SELANGOR

PENGERUSI

PENGETUA

TIMBALAN PENGERUSI

GPK KOKURIKULUM

NAIB PENGERUSI 1

NAIB PENGERUSI 2

GPK HAL EHWAL MURID

PENYELIA PETANG

SETIAUSAHA

KOKURIKULUM

PENYELARAS PENYELARAS PENYELARAS SETIAUSAHA

PASUKAN KELAB KELAB SUKAN

PAKAIAN PERSATUAN SUKAN/

SERAGAM

PERMAINAN

GURU

GURU

GURU GURU GURU

PENASIHAT

PENASIHAT PENASIHAT KETUA SUKAN

RUMAH PERMAINAN

GURU

RUMAH

SUKAN

PELAJAR

JAWATANKUASA KOKURIKULUM

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI UDANGKLANG, SELANGOR

20101. PENGERUSI

:GURU BESAR

TUAN HJ AZKIAH B HAJI NOR2. TIMBALAN PENGERUSI

:GPK KOKUIRKULUM

PUAN NG JOO LEE3. NAIB PENGERUSI 1

:GPK HAL EHWAL MURID

PUAN SITI SUBAIDAH

4. NAIB PENGERUSI 2

:PENYELIA PETANG

PUAN LEE SUAN KEE5. SETIAUSAHA KOKURIKULUM:EN REDUAN B MD ISA6. SETIAUSAHA SUKAN

:EN SYAHRUL EFFENDY B AHMAD FUZI

(SUKAN TAHUNAN,FAIL,SURAT MENYURAT,L.O)

7. PEN.SETIAUSAHA SUKAN 1

:EN MOHD ZAKI B MOHD IBRAHIM

(SUKAN TAHUNAN,TEKNIKAL-MERENTAS

DESA,PERTANDINGAN PERMAINAN)

8. PEN.SETIAUSAHA SUKAN 2

:EN NORHANIZAM B HASSAN

( SUKAN TAHUNAN TAHAP 1DOKUMENTASI)

9. KUARTER MASTER

:EN YUSAIDI B YAAKOB

(PENGURUSAN SETOR)

6. PENYELARAS KOKURIKULUM

6.1 PENYELARAS PASUKAN PAKAIAN SERAGAM

EN. MOHD SHAIFUDIN B. ABDULLAH6.2 PENYELARAS KELAB/PERSATUAN

EN. THIRUCHELVAN A/L R.PERIASAMY6.3 PENYELARAS SUKAN/PERMAINAN

EN. NOR HELMEE B. SHAHARUDIN7. AHLI

GURU-GURU PENASIHAT KELAB/PERSATUAN/PASUKAN PAKAIAN

SERAGAM/RUMAH SUKAN & PERMAINAN

1. KONSEP

1.1 Aktiviti aktiviti kokukurikulum adalah sebahagian daripada kurikulum sekolah,dan setiap

murid harus melibatkan diri. Aktiviti-aktiviti ini boleh dijalankan di dalam dan di luar bilik darjah mengikut kesesuaian aktiviti. Dengan andaian bahawa murid-murid tidak mendapat pengalaman tertentu di bilik darjah, maka aktiviti kokurikulum dapat menyediakan pelbagai pengetahuan dan pengalaman untuk perkembangan mental, bakat,jasmani, rohani dan pembentukan nilai-nilai estetika serta sosial yang positif.

1.2 Sebagai satu bidang pendidikan,penglibatan semua murid dan anggota masyarakat adalah perlu,berasaskan kepada anggapan bahawa:

1.2.1.Semua murid harus mempunyai keseimbangan antara perkembangan

mental(akademik) dengan perkembangan sahsiah yang bersepadu(sosial,jasmani

dan rohani);

1.2.2.Semua murid mempunyai minat dan bakat yang boleh dikembangkan;

1.2.3.Semua murid boleh dididik,dan boleh pula mendidik diri sendiri dan rakan sebaya;

1.2.4.Sekolah bertanggungjawab melahirkan murid-murid untuk keperluan masyarakat

dan negara;

1.2.5.Masyarakat turut bertanggungjawab memainkan peranan mendidik murid-murid.

Penyertaan aktif semua pelajar

Ke arah kecemerlangan

Aktiviti sepanjang tahun

Pelajar berbuat,guru membimbing

Perkhemahan untuk semua

Penyertaan aktif semua pelajarSetiap pelajar wajib menyertai aktiviti ini berdasarkan

Satu aktiviti sukan

Satu aktiviti persatuan/kelab

Satu aktiviti Pasukan Pakaian Seragam

Penyertaan secara aktif yang berbentuk latihan bagi mendapat pengalaman.

Ke arah kecemerlangan

Setiap pelajar mempunyai potensi, minat dan bakat yang boleh dimajukan ke arah kecemerlangan optimum individu secara saintifik dan sistematik.

Aktiviti sepanjang tahun

Semua perancangan aktiviti hendaklah dilaksanakan sepanjang tahun.

Pelajar berbuat,guru membimbing

Semua pelajar boleh dididik dan berbuat dengan bimbingan guru.

Perkhemahan untuk semua

Pelaksanaan kokurikulum di sekolah adalah untuk mengembangkan potensi dan minat individu ke arah melahirkan insan seimbang dan harmonis berlandaskan FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN bagi membantu mewujudkan sekolah tanpa kegagalan.

2.MATLAMAT

2.1. Menyemai kesedaran murid-murid terhadap agama dan kepercayaan kepada Tuhan;

2.2. Untuk menseimbangkan antara emosi,jasmani,intelek dan rohani pelajar;

2.3 Mengukuhkan perhubungan dan pergaulan di kalangan murid dalam sekolah dan di

antara sekolah;

2.4Mewujudkan hubungan dua hala antara pihak sekolah dengan masyarakat.

2.5 Membina dan meningkatkan minat dan bakat murid-murid dalam aktiviti yang diceburi;

2.6 Membina dan meningkat disiplin pelajar ;

2.7 Meningkatkan suasana sekolah yang lebih menarik dan menggembirakan.

2.8 Mewujudkan sekolah berwatak.

3.STRATEGI

Untuk mencapai matlamat tersebut, berikut adalah beberapa strategi pelaksanaannya

3.1 Memberi wajaran yang sesuai kepada aktiviti kokurikulum supaya kurikulum dan kokurikulum boleh saling melengkapi dalam proses pendidikan di sekolah;

3.2 Menambah bilangan pasukan pakaian seragam,persatuan/kelab,kelab sukan dan permainan serta mempelbagaikan aktiviti tersebut, dengan tujuan memberi peluang kepada semua murid melibatkan diri dengan aktif secara individu atau kumpulan.

3.3 Melibatkan murid daripada semua kaum dalam semua aktiviti kokurikulum, yang sesuai, untuk tujuan pemupukan perpaduan;

3.4 Melibatkan murid dan pihak sekolah dalam aktiviti khidmat masyarakat;

3.5 Melibatkan Jawatankuasa Bimbingan Pelajar (JPBS), Persatuan IbuBapa Guru-Guru(PIBG), guru-guru dan murid-murid dalam perancangan dan pelaksanaan aktiviti kokurikulum;

3.6 Merancang dengan teliti aktiviti kokurikulum bagi mencapai matlamat yang dikehendaki.

3.7 Merekod dan menilai kemajuan aktiviti kokurikulum yang dijalankan;

3.8 Menyelia dan menilai aktiviti secara sistematik dan berterusan;

3.9 Menganjur dan mengelola pertandingan pertandingan yang melibatkan semua murid;

3.10 Memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada semua pihak dari semasa ke semasa4. GARIS PANDUAN KEGIATAN KOKUKURIKULUM4.1 Setiap pelajar mesti menyertai satu daripada setiap kumpulan berikut

Persatuan akademik atau bukan akademik

Pasukan Pakaian Seragam

Kelab Permainan

4.2 Penganjuran kegiatan kokurikulum selain aktiviti mingguan biasa boleh dijalankan

atas kebenaran Pengetua secara bertulis dalam bentuk kertas kerja bertaip,disemak oleh

guru penasihat dan disahkan oleh Penolong Kanan Kokurikulum.

4.3 Setiap Kelab/Persatuan/Pasukan mesti menjalankan projek penyayang.

(Keceriaan Sekolah)

4.4 Kehadiran: aktiviti kokurikulum dijalankan selama 180 minit seminggu untuk sekolah

menengah (tertakluk kepada takwim sekolah)

Guru:

Guru Penasihat mesti hadir pada setiap aktiviti Persatuan/Kelab/Pasukan Pakaian Seragam

Guru Penasihat dikehendaki menandatangani dan mengisi butiran Buku Laporan Kokurikulum di pejabat sebelum menjalankan aktiviti dan Buku Log Persatuan selepas aktiviti.

Pelajar:

Kehadiran pelajar mesti dicatat dengan tandatangan pelajar dalam Buku LogKelab/Persatuan.

Pelajar yang tidak hadir mesti diambil tindakan segera dan diberi amaran.

Jika tidak hadir dua kali berturut-turut atau tiga kali secara tidak berturut-turut, surat makluman ketidakhadiran hendaklah dihantar kepada ibubapa/penjaga.

Jika namanya telah dipotong,guru tingkatan hendaklah dimaklumkan5. FAIL-FAIL KELAB/PERSATUAN,PASUKAN PAKAIAN SERAGAM,KELAB SUKAN/PERMAINAN

5.1 Setiap Kelab/Persatuan/Pasukan mesti mempunyai Buku Log yang mengandungi

Senarai Ahli Jawatan Kuasa

Perlembagaan

Laporan mesyuarat

Laporan aktiviti

Rancangan/kurikulum kelab/Persatuan/Pasukan

Takwim

Senarai nama ahli

Kehadiran ahli

Penilaian Kokurikulum

Penyata kewangan

Rekod penggunaan alat

Format Buku Log disediakan oleh pihak sekolah

Buku Log hendaklah disimpan di sekolah oleh guru-guru penasihat dan perlu diserahkan kepada penyelaras kelab bila diperlukan.

5.2 Kandungan Fail 1 dan 2 Kelab/Persatuan/Pasukan Pakaian Seragam.

Guru penasihat setiap Kelab/Persatuan/Pasukan Pakaian Seragam perlu mempunyai 2 fail untuk menyimpan dokumentasi. Kandungan yang perlu ada dalam fail fail tersebut boleh dirujuk pada Lampiran 3.

6. PENDAFTARAN

Semua Kelab/Persatuan/Pasukan mesti didaftarkan supaya tidak dianggap bergerak secara haram dan tidak diiktiraf.

6.1 Penubuhan kelab/persatuan/pasukan.

6.1.1 Mesyuarat penaja.

6.1.2 Memohon kelulusan penubuhan dari Guru Pemimpin kepada Pendaftar Sekolah

(Pengetua)Kelab/Persatuan, Kelab Permaianan dari Pengetua kepada Guru

Pemimpin/Penasihat.(Rujuk Lampiran 5)6.1.3 Surat kelulusan Penubuhan Pasukan Pakaian Seragam,Kelab/Persatuan,Kelab

Sukan/Permainan dari Pengetua kepada Guru Pemimpin/Penasihat.

(Rujuk Lampiran 7 )6.1.4 Tanggungjawab Guru Pemimpin/Penasihat.(Rujuk Lampiran 4)6.1.4 Surat penurunan kuasa daripada Pemimpin melalui Pengetua kepada Ahli Jawatankuasa.(Rujuk Lampiran 8 )6.1.5 Tanggungjawab Ahli Jawatankuasa (Rujuk Lampiran 6).6.1.6 Surat permohonan menubuhkan Pasukan Pakaian Seragam kepada agensi-agensi Kerajaan dan badan bukan kerajaan iaitu badan induk.(Rujuk Lampiran 9)6.2 Penubuhan Pasukan Pakaian Seragam

6.2.1 Semua pergerakan Pasukan Pakaian Seragam di sekolah mestilah mendapat

kebenaran daripada Jabatan Pendidikan Negeri.

Semua pergerakan Pasukan Pakaian Seragam tertakluk kepada The Education Ordinance,1952(No 63 of 1952)Under Section 1992.

6.3 Penubuhan dan Pengurusan Kelab Seni mempertahankan Diri.

6.3.1 Rujuk Surat Pekeliling Pendaftaran Bil.2 /1997 pada Lampiran A

6.3 Pelaksanaan

6.3.1 Perkara-perkara yang perlu ada dalam Takwim

a. Pendaftaran

b. Mesyuarat Jawatankuasa setiap Pasukan Pakaian Seragam/Kelab/Persatuan,Kelab sukan/Permainan.

c. Mesyuarat Agung.

d. Mesyuarat Jawatankuasa kali 1,2

e. Rancangan aktiviti.

f. Hari Kokurikulum Sekolah

g. Penilaian.

h. Pelaporan.

6.3.2 Contoh Bentuk Format Kurikulum dan takwim.(Rujuk Lampiran 10)6.3.3 Surat permohonan mengutip derma untuk Pasukan Pakaian Seragam,Kelab/Persatuan,Kelab Sukan/Permainan.(Rujuk Lampiran 11)6.3.4 Surat kelulusan mengutip derma dari Pengetua.(Rujuk Lampiran 12)6.3.5 Surat pemberitahuan sekolah kepada ibubapa/penjaga berkaitan penglibatan murid dalam kokurikulum.(Rujuk Lampiran 13)6.3.6 Surat pemberitahuan kepada ibubapa/penjaga ketidakhadiran murid dalam aktiviti kokurikulum.(Rujuk Lampiran 14)7. Mesyuarat Agung

Setiap kelab/persatuan/Pasukan Pakaian Seragam perlu mengadakan mesyuarat agung pada awal tahun.

8. Mesyuarat Jawatankuasa

Jawatankuasa hendaklah mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya tiga kali setahun.

9. Perlembagaan

Setiap kelab/persatuan/Pasukan Pakaian Seragam perlu mempunyai perlembagaan yang disahkan oleh Pengetua dan dikepilkan dalam buku Log/Fail 3

Butiran perlembagaan boleh dirujuk pada lampiran 1510. Tenaga Pengajar Dari Luar(Silat,Tae Kwan Do,Chik Kwan Do,Karate Do)

Panduan untuk mendapatkan perkhidmatan kejurulatihan untuk Kelab Seni Mempertahankan Diri boleh dirujuk pada lampiran 1611. Yuran/Kewangan

Setiap Kelab/Persatuan/Pasukan Pakaian Seragam dikehendaki membuat permohonan kepada Pengetua untuk mengutip yuran kepada ahli.

Yuran Kelab/Persatuan/Pasukan Pakaian Seragam hendaklah ditetapkan dalam perlembagaan/mesyuarat agung.

Aktiviti yang melibatkan pengutipan wang atau jualan perlulah mendapat kebenaran daripada Pengetua dengan menyediakan kertas kerja bertaip dan disemak oleh Guru Penasihat dan disahkan oleh Penolong Kanan Kokurikulum.

Semua pendapatan dan perbelanjaan kelab/Persatuan/Pasukan Pakaian Seragam hendaklah direkod. Semua perbelanjaan hendaklah disertakan resit. Penyata Kewangan hendaklah disahkan oleh Guru Penasihat.

Jika jumlah wang Kelab/Persatuan/Pasukan Pakaian Seragam melebihi RM50.00 ,wang tersebut hendaklah disimpan oleh Guru Penasihat.

12.Aktiviti dan Pelaksanaan

Aktiviti yang dibuat perlulah dirancang oleh guru-guru penasihat dengan ahli jawatankuasa.

Perancangan aktiviti mesti dibuat dalam bentuk kurikulum tahunan,penggal dan bulanan. Semuanya mesti dimaklumkan kepada semua ahli.

Aktiviti terbahagi kepada

Aktiviti dalaman

Aktiviti Luar

12.1 Aktiviti Dalaman

Dijalankan di dalam kawasan sekolah. Sekiranya penganjuran aktiviti melibatkan semua pelajar dan waktu persekolahan,kebenaran daripada Pengetua perlu diperolehi.

Aktiviti perkhemahan yang dibuat di dalam atau di luar kawasan sekolah perlu mendapat kebenaran PPD melalui Pengetua

Aktiviti yang melibatkan pelajar bermalam di sekolah perlu mendapat kebenaran daripada ibu bapa pelajar.

Aktiviti yang memerlukan pelajar keluar semasa proses pengajaran perlu dimaklumkan kepada guru kelas secara bertulis.

12.2 Aktiviti Luar

Semua aktiviti yang melibatkan sekolah lain atau agensi luar hendaklah mendapat kelulusan daripada Pengetua.

Surat menyurat dengan pihak luar hendaklah ditaip dan dibuat tiga salinan hendaklah ditanda tangani oleh Pengetua. Guru-Guru Penasihat perlu menyemak surat tersebut sebelum diserahkan kepada Pengetua iaitu

Salinan 1 pihak luar

Salinan 2 Fail Sekolah

Salinan 3 fail 2 Kelab/Persatuan/Pasukan Pakaian Seragam

Surat yang keluar hendaklah mempunyai Rujukan, Bilangan surat(Rujuk surat keluar Penolong Kanan Kokurikulum) dan nombor fail Kelab/Persatuan Pasukan Pakaian Seragam.

Pelajar yang mewakili sekolah dalam aktiviti anjuran sekolah lain,PPD, JPS,KPM hendaklah mendapat kebenaran daripada ibubapa/penjaga.

Nama-nama pelajar tersebut perlu dimaklumkan kepada guru tingkatan secara bertulis sehari sebelaum aktiviti dijalankan

13. Aktiviti Lawatan/Melancung

Setiap lawatan hendaklah dimaklumkan kepada Penolong Kanan Hal Ehwal Murid sebelum mendapat tandatangan Pengetua

Senarai semak untuk aktiviti lawatan

Guru pengiring : 1 orang guru untuk 20 orang pelajar

Kebenaran Pengetua : Guru Penasihat perlu melengkapkan borang kebenaran dan senarai semak seperti lampiran 17 Kebenaran ibu bapa/penjaga- Rujuk Lampiran 18 Borang permohonan membuat lawatan perlu diisi 3 salinan dan tambah 2 salinan bagi setiap negeri yang dilalui 5 minggu sebelum lawatan. Borang permohonan hendaklah dihantar ke PPD 5 minggu sebelum lawatan. Borang yang telah diluluskan ini hendaklah dibawa semasa lawatan.

Satu salinan kelulusan daripada PPD hendaklah diserahkan kepada pemandu bas untuk mendapat permit daripada JPJ.

Urusan-urusan lain seperti penginapan,insuran,pungutan bayaran hendaklah dibuat semasa menunggu kelulusan dariapa PPD.

Disiplin dan Keselamatan Pelajar

Guru pengiring bertanggungjawab atas pengawalan disiplin dan keselamatan pelajar. Guru perlu mempastikan pelajar berdisiplin dan sentiasa menjaga nama baik sekolah.

15. Penggredan/Penilaian Kokurikulum15.1 Semua pelajar akan dinilai dalam aktiviti kokurikulum. Sila rujuk Lampiran 19 dan 20

dan Buku Penilaian Kokurikulum Pelajar (Biru).

16. Pensijilan

Semua Ahli Jawatankuasa layak diberi Penghargaan Kokurikulum.

16.1 Pelajar tingkatan lima dan enam atas akan diberi Sijil Penilaian Kokurikulum.

Penilaian berdasarkan pencapaian terbaik yang pernah diperolehi dalam kegiatan

kokurikulum sepanjang tahun persekolahan mereka di sekolah. Justeru penilaian di

tingkatan yang lain juga diambilkira.

Contoh :Pelajar A

TingkatanGred Keseluruhan

1B

IIC

IIIB

IVA

VB

Berdasarkan prestasi kegiatan kokurikulum Pelajar A menunjukkan penilaian terbaik yang diperolehi adalah semasa Tingkatan IV (Gred A).Berdasarkan keputusan ini pihak sekolah diminta mengisi borang penilaian berdasarkan keputusan penilaian terbaik dalam aktiviti kokurikulum sepanjang tahun persekolahannya.

16.2 Bagi pelajar-pelajar tingkatan IV Atas,penilaian dibuat berdasarkan keputusan terbaik semasa berada dua tahun di tingkatan enam. Sungguhpun begirtu pelajar-pelajar ini boleh menggunakan keputusan yang diperolehi semasa di Tingkatan V sekiranya keputusan itu didapati lebih baik.

16.3 Sijil Penghargaan untuk ahli Jawatankuasa dan pencapaian .

Sijil Kehadiran untuk pelajar yang menyertai aktiviti seperti kursus atau perkhemahan

17. Pakaian Pelajar Semasa Menghadiri aktiviti Kokurikulum

Berpakaian seragam sekolah atau berbaju T sekolah untuk aktiviti Kelab/Persatuan

Berpakaian Pasukan Seragam untuk aktiviti Pasukan Pakaian Seragam

Berbaju T sekolah/ T Putih Kosong berlencana sekolah/ T sukan dan berseluar panjang track sekolah gelap (Biru tua atau Hitam) untuk kegiatan sukan.

18.Papan Kenyataan.

Setiap Kelab/Persatuan/Pasukan perlu mengemaskini dan menceriakan papan kenyataan sepanjang tahun.

Kunci papan Kenyataan perlu diserahkan kepada penyelaras pada hujung tahun.

19.Penggunaan Kemudahan dan Peralatan

19.1 Peralatan sukan hanya Guru Penasihat yang boleh berurusan dengan Guru Kuarter Master. Setiap Kelab/Persatuan/Pasukan bertanggungjawab menjaga dan menjamin keselamatan kemudahan dan peralatan yang digunakan.Penggunaan alatan bagi Kelab/Persatuan/Pasukan yang mempunyai alatan hendaklah direkodkan dalam Buku Log

/Fail 3

19.2 Penggunaan Bilik Darjah/Kelas penggunaan bilik darjah untuk kegitan kokurikulum

hendaklah mendapat kelulusan guru kelas berkenaan (rujuk Lampiran 21)Pendaftaran Pasukan Pakaian Seragam

1.Puteri Islam

1.1 Mendapatkan borang pendaftaran daripada Pesuruhjaya Daerah.

1.2 Mengisi dan melangkapkan Borang Penubuhan PPI.

1.3 Mengisi dan melengkap Borang Nama Ahli.

1.4 Mengisi dan melengkapkan Borang Keahlian.

1.5 Menghantar borang dan yuran pendaftaran.

1.5.1 Satu set kepada PPI Malaysia

1.5.2 Satu set AJK Perhubungan Negeri

1.5.3 Satu set kepada AJK Perhubungan Daerah.

1.6 Menerima kad keahlian dari PPI Malaysia dan mengedarkannya kepada ahli-ahli

2.Pandu Puteri/Renjer Puteri

2.1 Mendapatkan borang pendaftaran daripada Pesuruhjaya Daerah

2.2 Mengisi dan melengkapkan Borang Pendaftar

2.3 Mengisi dan melengkapkan Borang Nama Ahli.

a. Mengisi dan melengkapkan Borang Keahlian

b. Menghantar borang dan yuran pendaftaran kepada Pesuruhjaya Daerah.

2.6 Menghantar kad keahlian dari Pesuruhjaya Daerah dan mengedarkannya kepada ahli-

ahli.

3.Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia.

3.1 Mendapatkan Borang Pendaftaran daripada Setiausaha Daerah.

3.2 Mengisi dan melengkapkan Borang Pendaftaran.

3.3 Mengisi dan melengkapkan Borang Nama Ahli

3.4 Mengisi dan melengkapkan Borang Keahlian.

3.5 Menghantar Borang dan yuran pendaftaran kepada Setiausaha Daerah.

3.6 Menerima kad keahlian dari Setiausaha Daerah dan mengedarkannya kepada ahli-ahli.

4.St.John Ambulan Malaysia.

4.1 Mendapatkan borang pendaftaran (SJAM/G/I) daripada Pemerintah Kawasan.

4.2 Mengisi dan melengkapkan Borang Pendaftaran.

4.3 Mengisi dan melengkapkan Borang Nama Ahli.

4.4 Mengisi dan melangkapkan Borang Keahlian.

4.5 Menghantar borang dan yuran pendaftaran kepada Pemerintah Kawasan.

4.6 Menerima kad keahlian dari Pemerintah Kawasan dan mengedarkannya kepada ahli-

ahli.

5. Kadet Bomba

5.1 Memohon kepada Bahagian Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia melalui

Pengarah Pendidikan Negeri (bersama kertas kerja)

5.2 Menubuhkan pasukan setelah kelulusan diterima dari Kementerian Pendidikan.

5.3 Mengisi dan lengkap maklumat diri pelajar dan dihantar kepada pihak yang

mengendalikan latihan.

6. Kelab Seni Mempertahankan Diri.

7.1 Mendapat kelulusan daripada Pendaftar Sekolah/Negeri

7.2 Menyenaraikan jurulatih(matlamat diri/tauliah/latar belakang)kepada Pendaftar.

7.3 Mendaftarkan ahli dan menentukan yuran dan elaun kepada jurulatih (Pendaftaran perlu

diperbaharui setiap tahunSENARAI SEMAK PENGURUSAN KOKURIKULUM SEKOLAH

UNIT BERUNIFORM

BILLANGKAHPROSESTINDAKAN

1Mesyuarat Jawatankuasa

Kokurikulum1.1 Menentukan jenis badan

berunifrom

1.1 Menyediakan draf perlembagaanPengetua/GPK Kokurikulum/Guru Penasihat

2Pendaftaran keahlian di sekolah2.1 Mengedarkan borang di sekolah

Borang keahlian

Borang kebenaran ibubapa/penjaga

Borang insuran

2.1 Memproses borang dan menentukan jumlah

2.2 Kelulusan pendaftaran Guru Penasihat

GPK Kokurikulum

Pengetua

3Pendaftaran kepada Badan Induk masing-masing kecuali Kadet ,Bomba,Polis, PKBM3.1 Mendapatkan borang daripada badan induk

3.2 Melengkapkan borang

Penaung

Guru penasihat

Keahlian

Yuran pendaftaranGuru Penasihat

4Mesyuarat ahli-ahli Unit Beruniform4.1 Menerangkan perlembagaan

4.2 Melantik Jawatankuasa

4.3 Merancang aktiviti tahunanGuru Penasihat/Ahli Jawatankuasa

5Mesyuarat ahli Jawatankuasa5.1 Merancang aktiviti

tahunan/penggal/

mingguan

5.2 Merancang belanjawan

5.3 Merancang aktiviti

memperoleh sumber

kewangan

5.4 Merancang perolehan

tenaga kepakaran luar

Guru Penasihat/Ahli Jawatankuasa

6Pelaksanaan /Rekod/Pemantauan6.1 Melaksana/merekod dan memantau aktiviti yang telah dirancang

Guru Penasihat

7Penilaian/Pelaporan/Post Mortem

Penilaian sumatif dan formatifGuru Penasihat

8Dokumentasi8.1 Mendokumentasikan semua program aktiviti yang telah dijalankan sepanjang tahun

Guru Penasihat

Lampiran 3

PENGURUSAN FAIL

KELAB/PERSATUAN/PASUKAN PAKAIAN SERAGAM

SENARAI SEMAK

BILPERKARAFAILDISEMAK

1Surat permohonan menubuhkan Kelab/Persatuan/Pasukan Pakaian Seragam dari Guru Penasihat disertakan bersama

1.1 Draf perlembagaan

1.2 Draf aktiviti asas

1.3 Senarai Jawatankuasa penaja2

2Surat kelulusan penubuhan kelab daripada Pengetua selaku Penolong Pendaftar Sekolah.Ada pernyataankelulusan perlantikan untuk setahun2

3Surat perlantikan sebagai Guru Pemimpin/Penasihat.

Ada pernyataan penurunan kuasa pengelolaan dan penyeliaan. Sekiranya berpindah pada pertengahan tahun perlu mengemukakan surat perletakan jawatan.2

4Minit Mesyuarat Agung2

5Perlembagaan yang telah disahkan oleh Pengetua1,3

6Senarai Ahli Jawatankuasa yang telah disahkan oleh Pengetua1,3

7Rancangan aktiviti asas yang telah disahkan oleh Pengetua1,3

8Jadual aktiviti tahunan yang telah disahkan oleh Pengetua1,3

9Senarai keahlian yang disahkan oleh oleh Guru Penasihat 1,3

10Surat permohonan mengutip derma keahlian daripada Guru Penasihat kepada Pengetua2

11Surat kelulusan mengutip derma dari Pengetua2

12Penyata kewangan

Anggaran perbelanjaan3

1

13Surat permohonan menjadi ahli gabungan oleh Guru Penasihat/Pemimpin kepada Pengetua2

14Surat kelulusan untuk untuk menjadi ahli gabungan daripada Pengetua2

15Surat permohonan untuk menjadi ahli gabungan oleh

Guru Penasihat2

16Surat penerimaan menjadi ahli gabungan oleh badan induk2

17Minit-minit mesyuarat yang diadakan dan kehadiran ahli1,3

18Surat-surat pekeliling yang berkaitan dari

18.1 Kementerian Pendidikan Malaysia

18.2 Jabatan Pendidikan Selangor

18.3 Pejabat Pendidikan Daerah

18.4 Sekolah2

19Dokumen pencapaian cemerlang ahli-ahli1

20Laporan setiap aktiviti3

21Laporan tahunan1

22Daftar nilai setiap ahli3

23Surat penyerahan kembali kuasa dan perlantikan sebagai guru pemimpin dari guru pemimpin kepada Pengetua2

24Stok dan inventori untuk Kelab Permainan dan Pasukan Pakaian Seragam3

Buku

25Sampel-sampel sijil/ surat penghargaan/salinan1

Lampiran 5

Guru Penasihat

_______________________________________

Sekolah Kebangsaan Sungai UdangJalan Yadi,

41250 Klang

Rujukan kami:Bil ( )dlm SKSU 02//

Tarikh:

Guru BesarSekolah Kebangsaan Sungai Udang

Jalan Yadi,

41250 KlangTuan,

PERMOHONAN MENUBUHKAN KELAB/PERSATUAN/PASUKAN PAKAIAN SERAGAM

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa perkara di atas adalah dirujuk.

2.Bersama-sama ini disertakan:

2.1 Draf perlembagaan

2.2 Draf aktiviti asas

2.3 Senarai nama Jawatankuasa Penaja

3.Kerjasama daripada pihak puan meluluskan permohonan ini amat dihargai dan diucapkan terima kasih.

Sekian.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,

( )

Guru Penasihat Kelab/Persatuan/Pasukan Pakaian Seragam..

Sekolah Kebangsaan Sungai Udang

Jalan Yadi,

41250 Klang

s.k:1. Fail Kelab/Persatuan/Pasukan Pakaian Seragam

2. Fail Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI UDANG,

Jalan Yadi,

41250 Klang,

Selangor Darul Ehsan. Telefon/Faks : 03-33715071 ___ _____ ___ ________

Rujukan kami : Bil ( ) dlm SKSU 02/07/01

Tarikh:

Guru Penasihat

________________________________________

Sekolah Kebangsaan Sungai Udang

Jalan Yadi,

41250 KlangTuan/Puan

KELULUSAN PENUBUHAN KELAB/PERSATUAN/PASUKAN PAKAIAN SERAGAM

Merujuk surat Tuan/Puan bertarikh..dinyatakan dengan kuasa yang diberikan kepada saya oleh Seksyen 130 Akta Pendidikan 1996 seperti yang termaktub dalam Peraturan (4) Warta Kerajaan bertarikh 21 hb. Mei 1998 P.U (A) 196 sukacita dimaklumkan permohonan tuan untuk menubuhkan Kelab/Persatuan/Pasukan Pakaian Seragam.Sekolah Kebangsaan Sungai Udang Klang, Selangor adalah diluluskan berkuatkuasa mulai 1hb.Januari 2010.

2.Semoga tuan/puan dapat melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi.

Sekian,terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,

.

EN AHMAD MURAD B M THANIGuru BesarSekolah Kebangsaan Sungai Udang

Jalan Yadi,

41250 Klang

Merangkap PENOLONG PENDAFTAR PERSATUAN SEKOLAH

S.K

1. Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah

2. GPK Kokurikulum

3. Fail Kelab/Persatuan/Pasukan Pakaian ..

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI UDANG,

Jalan Yadi,

41250 Klang,

Selangor Darul Ehsan. Telefon/Faks : 03-33715071 ___ _____ ___ ________

Rujukan kami:Bil ( )dlm.SMKPM 02/07/01

Tarikh:

Guru Penasihat

..

Sekolah Kebangsaan Sungai Udang

Jalan Yadi,

41250 Klang.

Tuan/Puan

PERLANTIKAN SEBAGAI GURU PENASIHAT/PEMIMPIN KELAB/PERSATUAN/PASUKAN PAKAIAN SERAGAM

Berhubung dengan perkara di atas,dimaklumkan dengan kuasa yang diberikan kepada saya oleh Seksyen 130 Akta Pendidikan 1996 seperti termaktub dalam Peraturan (4) Warta Kerajaan bertarikh 21 hb.Mei 1998 P.U (A) 196, bahawa tuan/puan telah dilantik sebagai Guru Penasihat/Pemimpin Kelab..Persatuan..Pasukan Pakaian SeragamBerkuatkuasa mulai 1 Januari 2010 hingga 31 Disember 2010.2.Bersama-sama ini disertakan senarai tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh tuan/puan.

3.Semoga dengan perlantikan ini tuan dapat menjalankan tanggungjawab untuk meninggikan prestasi perkhidmatan pendidikan dan Kelab/Persatuan/Pasukan Pakaian Seragam.

Sekian,terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,

EN AHMAD MURAD B M THANI

Guru Besar

Sekolah Kebangsaan Sungai Udang

Jalan Yadi,

41250 Klang

Merangkap PENOLONG PENDAFTAR KELAB/PERSATUAN/PASUKAN PAKAIAN SERAGAM

S.K

1. Fail Peribadi

2. Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah

3. Fail Kelab/Persatuan/Pasukan Pakaian Seragam

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI UDANG,

Jalan Yadi,

41250 Klang,

Selangor Darul Ehsan. Telefon/Faks : 03-33715071 ___ _____ ___ ________

Rujukan kami:Bil ( ) dlm SMKPM 02/../.

Tarikh:

Melalui dan salinan

Guru BesarSekolah Kebangsaan Sungai Udang

Jalan Yadi,

41250 Klang

Selangor

Saudari

SURAT PENURUNAN KUASA KEPADA JAWATANKUASABerhubung dengan perkara yang tersebut di atas,dinyatakan bahawa dengan kuasa yang diberikan kepada saya oleh Seksyen 130 Akta Pendidikan 1996 seperti termaktub dalam Peraturan (4) Warta Kerajaan bertarikh 21 hb.Mei 1998 P.U (A) 196 saudari telah dilantik sebagai..Kelab/Persatuan/Pasukan Pakaian Seragam.mulai 1hb Januari 2010 hingga 31 Disember 20102. Bersama-sama ini disertakan Senarai Tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh saudari.

3.Semoga dengan perlantikan ini saudari dapat menjalankan tanggungjawab untuk meninggikan prestasi Kelab/Persatuan/Pasukan Pakaian Seragam.

Sekian,terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah

..

( )

Guru Penasihat

Kelab/Persatuan/Pasukan Pakaian Seragam

Sekolah Kebangsaan Sungai Udang

Jalan Yadi,

41250 Klang ,SELANGOR

s.k 1.Fail Kelab/Persatuan/Pasukan Pakaian Seragam

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI UDANG,

Jalan Yadi,

41250 Klang,

Selangor Darul Ehsan. Telefon/Faks : 03-33715071 ___ _____ ___ ________

Guru Penasihat,

Persatuan/Kelab/Pasukan Pakaian Seragam

____________________________________

Sekolah Kebangsaan Sungai Udang

Jalan Yadi,

41250 Klang

Selangor Darul Ehsan.

Rujukan kami : Bil( ) dlm SMKPM 02/08/..

Tarikh:

Guru BesarSekolah Kebangsaan Sungai Udang

Jalan Yadi,

41250 Klang

Puan,

PERMOHONAN MENJADI AHLI GABUNGAN BADAN INDUK

Dengan segala hormatnya saya selaku Guru Penasihat memohon kebenaran puan menjadikan Persatuan/Kelab/Pasukan Pakaian Seragam___________________________________ahli gabungan kepada badan induk yang beralamat seperti berikut:

2. Saya harap permohonan saya diluluskan. Atas segala kerjasama puan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah

..

(Guru Penasihat)

Pasukan Pakaian Seragam

Sekolah Kebangsaan Sungai Udang

Jalan Yadi,

41250 Klang

.SELANGOR

s.k1. Fail Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum

2. Fail Pasukan Pakaian Seragam

Lampiran 10

CONTOH KURIKULUM DAN TAKWIM KELAB/PERSATUAN/PASUKAN PAKAIAN SERAGAM

BULANMINGGU/TARIKHAKTIVITICATATAN/TINDAKAN

Januari

Februari

Mac

April

Mei

Jun

Julai

Ogos

September

Oktober

Minggu 2

Minggu 4

Minggu 2

Minggu 4

Minggu 2

Minggu 4

Minggu 2

Minggu 4

Minggu 2

Minggu 4

Minggu 2

Minggu 4

Minggu 2

Minggu 4

Minggu 2

Minggu 4

Minggu 2

Minggu 4

Pendaftaran ahli

Mesyuarat Agung-Perlantikan Ahli Jawatankuasa

Suaikenal antara ahli

Tanggungjawab ahli

Dasar Pandu Puteri

Peraturan dan undang-undang

Latihan kawad

Simpulan dan ikatan

Istiadat perlantikan

Membaca peta

Pengembaraan

Kawad Kaki

Pengurusan

Perkhemahan Perdana

Pertolongan cemas

Pemakaian lencana

Majlis Jamuan Perpisahan untuk ahli tingkatn 5

Kemahiran berpandu puteri

Kawad kaki

Penilaian kokurikulum

GPK KoKu

Setiausaha Koku

Guru Penasihat

Guru penasihat

Lampiran 11

Sekolah Kebangsaan Sungai Udang

Jalan Yadi,

41250 Klang

Selangor

Rujukan kami: Bil ( ) dlm SMKPM 02/./.

Tarikh:

Guru BesarSekolah Kebangsaan Sungai Udang

Jalan Yadi,

41250 Klang

Tuan,PERMOHONAN MENGUTIP DERMA KELAB/PERSATUAN/PASUKAN PAKAIAN SERAGAMDengan hormatnya dimaklumkan bahawa sayaberdasarkan Peraturan(4) dalam Warta Kerajaan bertarikh 21hb.Mei 1998 P.U (A) 196 yang berkait dengan Seksyen 130 ,Akta Pendidikan 1996 dengan ini memohon untuk memungut derma Kelab/Persatuan/Pasukan Pakaian Seragam Sekolah Menengah Kebangsaan (Perempuan)Methodist, Klang mulai

1hb. Januari .

2.Bersama-sama ini disertakan keputusan mesyuarat jawatankuasa mengenai jumlah pungutan derma yang dipohon untuk dikutip daripada setiap ahli.

2.1 Kutipan setiap dua minggu ialah RM atau

2.2 Kutipan setiap bulan ialah RM atau

Kutipan setahun ialah RM

3.Kerjasama daripada pihak puan meluluskan permohonan ini amat dihargai dan diucapkan terima kasih.

Sekian.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,

.

( )

Guru Penasihat

Kelab/Persatuan/Pasukan Pakaian Seragam.

Sekolah Kebangsaan Sungai Udang

Jalan Yadi,

41250 Klang

S.K 1.Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah

2.Fail Kelab/Persatuan/Pasukan Pakaian Seragam

Lampiran 12

Rujukan kami :Bil ( ) dlm SMKPM 02/07/01

Tarikh:

Guru Penasihat

-----------------------------------------------------------

Sekolah Kebangsaan Sungai Udang

Jalan Yadi,

41250 Klang

Selangor

Tuan/Puan

KELULUSAN MEMUNGUT DERMA KELAB/PERSATUAN/PASUKAN PAKAIAN SERAGAMMerujuk surat tuan dinyatakan bahawa dengan kuasa yang diberikan kepada saya oleh Seksyen 130 Akta Pendidikan 1996 seperti yang termaktub dalam Peraturan (4) Warta Kerajaan bertarikh 21hb.Mei 1998 P.U(A) 196 sukacita dimaklumkan permohonan tuan/puan untuk mengutip derma Kelab/Persatuan/Pasukan Pakaian Seragam Sekolah Menengah Kebangsaan (Perempuan),Klang adalah DILULUSKAN berkuatkuasa mulai 1hb.Januari

2.Semoga tuan/puan dapat melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi.

Sekian,terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,

TUAN HAJI AZKIAH B HAJI NORGuru Besar

Sekolah Kebangsaan Sungai Udang

Jalan Yadi,

41250 Klang

S.K

1. Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah

2. Fail Kelab/Persatuan/Pakaian Seragam.

3. Fail Guru Penasihat

Lampiran 14

Rujukan kami: Bil ( ) dlm.SMKPM 02/07/01

Tarikh:

__________________________________

__________________________________

__________________________________

Tuan/Puan,

KETIDAKHADIRAN AHLI KELAB/PERSATUAN/PASUKAN PAKAIAN SERAGAM

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa anak tuan/puan,

Pelajar Tahunseorang ahli biasa/AJK telah tidak hadir semasa latihan/perjumpaan pada setiap hari Rabu jamhingga. Seperti mana tarikh-tarikh berikut:

Tarikh:

i.___________________________________

ii.___________________________________

iii.___________________________________

2. Sehubungan dengan itu,pihak pengurusan sekolah memohon kerjasama pihak tuan untuk

mempastikan bahawa ketidakhadiran anak tuan pada tarikh tersebut adalah dalam pengetahuan tuan.

Pihak kami sangat berbangga jika pihak tuan dapat berjumpa Guru Penasihat untuk mendapat

makluman selanjutnya.

3.Semoga tuan dapat memberikan sokongan demi meningkatkan lagi penglibatan anak tuan dalam

kegiatan kokurikulum dengan penuh dedikasi.

Sekian,terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah

TUAN HAJI AZKIAH B HAJI NORGuru Besar

Sekolah Kebangsaan Sungai Udang

Jalan Yadi,

41250 Klang

s.k1. Fail Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum

2. Fail Kelab/Persatuan/Pasukan Pakaian Seragam.

Lampiran 15

CONTOH PERLEMBAGAAN PERSATUAN/KELAB/PASUKAN PAKAIAN SERAGAM

PERLEMBAGAAN PERSATUAN/KELAB.

1.Matlamat

2.Objektif

3.Keahlian

Dibuka kepada semua murid sekolah ini

Permohonan menjadi ahli adalah dengan cara mengisi borang yang dsediakan

..

4.Guru Penasihat

4.1 Guru Penasihat adalah terdiri daripada sekolah ini.

4.2 Guru penasihat mempunyai kuasa mutlak merancang,melaksana atau membatalkan

sesuatu aktiviti apabila difikirkan perlu.

5.Ahli Jawatankuasa

5.1 Dilantik semasa Mesyuarat Agung

5.2 Ahli yang hadir dan ahli yang tidak hadir tetapi menulis surat layak dicalonkan sebagai AJK

5.3 Pemilihan AJK secara undian

5.4 AJK Kecil boleh dilantik oleh Guru Penasihat tanpa mengadakan mesyuarat.

5.5 AJK yang hendak meletakan jawatan hendaklah menghantar surat perletakan awatan kepada Guru Penasihat.

5.6 AJK Persatuan hendaklah terdiri:

PENGERUSI

NAIB PENGERUSI

SETIAUSHA

PENOLONG SETIAUSAHA

BENDAHARI

5.7 Guru Penasihat boleh menambah bilangan AJK jika difikirkan perlu

6. Derma

6.1 Sumber utama kewangan persatuan/kelab adalah melalui derma yang ditetapkan

6.2 Persatuan/Kelab juga boleh memperolehi kewangan melalui aktiviti.

6.3 Ahli yang menyertai aktiviti yang memakan belanja yang besar boleh dikenakan derma khas bagi membiayai projek tersebut.

7.Kehadiran/Penyertaan

7.1 Ahli persatuan/kelab dikehendaki menghadiri sekurang-kurangnya 70% daripada aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh persatuan/kelab sepanjang tahun

7.2 Kegagalan berbuat demikian boleh dikenakan tindakan disiplin dan kehilangan hak-hak keahlian persatuan/kelab

8.Aktiviti

8.1 Dijalankan sebagaimana yang dirancang dalam mesyuarat agung atau mesyuarat ahli jawatankuasa.

8.2 Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat guru penasihat dan diumumkan kepada pengetahuan ahli.

9.Peraturan-peraturan

9.1 Peraturan sekolah adalah peraturan asas persatuan/kelab

9.2 Peraturan khas yang ditetapkan oleh persatuan/kelab hendaklah dipatuhi oleh semua ahli

9.3 Ahli-ahli yang melanggar peraturan persatuan/kelab akan dikenakan tindakan tatatertib.

9.4

10.Tindakan Disiplin

10.1 Diambil ke atas ahli yang melanggar perlembagaan persatuan/kelab dan tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan

10.2 Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut

10.2.1 Amaran lisan

10.2.2 Amaran bertulis

10.2.3 Menggantung keahlian

10.2.4 Pecat keahlian

10.3 Ahli yang dikenakan tindakan disiplin,akan hilang semua hak ahli persatuan/kelab.

10.4 Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh membuat rayuan kepada guru penasihat persatuan/kelab secara bertulis dan keputusan Guru Penasihat adalah muktamad

11.Pindaan perlembagaan

11.1 Mana-mana bahagian dari perlembagaan persatuan /kelab ini sah sehingga dipinda

11.2 Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli,guru penasihat,murid,ahli jawatankuasa atau pentadbir dengan bertulis.

11.3 Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh guru penasihat dan ahli jawatankuasa akan membincangkan cadangan tersebut dan meluluskannya sekiranya perlu.

11.4 Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamirkan dan disahkan oleh Pengetua.

12. Hal-hal lain

12.1 Setiap hali perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti persatuan/kelab

masing- masing

12.2 Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikuti aktiviti-aktiviti persatuan/kelab dengan

penuh minat.

Kelulusan Penolong Pendaftar Persatuan/Kelab

..

Tarikh:

Guru BesarSekolah Kebangsaan Sungai Udang

Jalan Yadi,

41250 Klang

Lampiran 16

SURAT PERSEFAHAMAN

TENAGA PAKAR DARI LUAR SEKOLAH

Surat persefahaman ini dibuat pada haribulan_________bulan___________tahun________

Diantara_________________________________________________selaku guru penasihat

Kelab/Persatuan________________________SK Sungai Udang, Klang mewakili pihak

sekolah dan Pengetua yang selepas ini disebut sebagai pihak yang pertama

Dengan

(nama)__________________________________no.k/p_____________________________

beralamat di_____________________________________________________________yang

selepas ini disebut sebagai pihak yang kedua:

dengan ini telah bersetuju:

3. Pihak pertama bersetuju membenarkan pihak kedua melatih ahli persatuan/kelabnya.

4. Pihak kedua akan melatih ahli persatuan/kelab pada hari-hari berikut_____________________selama ____jam setiap sesi latihan dari jam _____________hingga jam___________kecuali pada hari cuti sekolah dan cuti am.

5. Pihak pertama bersetuju membayar mengikut kadar RM______________(Ringgit Malaysia______________________________________________________)sejam untuk semua ahli yang akan dijelaskan kepada pihak kedua pada hujung bulan sebelum tamat bulan berkenaan.

6. Segala urusan persatuan/kelab adalah tanggungjawab pihak pertama, oleh yang demikian pihak kedua hendaklah mematuhi segala peraturan yang berkaitan yang telah ditetapkan oleh pihak pertama.(sekolah dan Pengetua); walaubagaimanapun sewaktu latihan dijalankan disiplin ahli adalah tanggungjawab pihak kedua.

Kedua pihak dengan ini menurunkan tandatangan kepada surat persefahaman ini pada tarikh yang tersebut di atas.

___________________________

_______________________

Guru Penasihat:

Jurulatih

Nama penuh:

Nama penuh:

No k/p:

No k/p:

Dengan disaksikan oleh

___________________________

_______________________

Nama penuh:

Nama penuh:

No.k/p:

No.k/p:

Cop Jawatan:

Cop Jawatan:

Tarikh:

Kebenaran ibubapa

Saya____________________________________________ibubapa / penjaga kepada pelajar

______________________________________________dari Tahun. di Sekolah Kebangsaan Sungai Udang,Klang membenarkan/tidak membenarkan anak/anak jagaan saya mengikuti rombongan/aktiviti sekolah. Maklumat aktiviti adalah seperti berikut:

Aktiviti:________________________________________________________

Tarikh:________________________________________________________

Masa:________________________________________________________

Tempat:______________________________________________________

Anjuran:______________________________________________________

2. Sesungguhnya saya faham bahawa pihak tuan dan badan pengelola memberi segala penerangan dan akan mengambil langkah keselamatan dan pengawasan; walaubagaimanpun saya mengaku tidak akan mendakwa mana-mana pihak sekiranya berlaku kemalangan/kecederaan terhadap anak/jagaan saya sewaktu di dalam perjalanan dan di dalam kegiatan tersebut.

3. Saya juga memberi kebenaran kepada pengelola kegiatan ini atau wakilnya memberi apa-apa pertolongan cemas atau pertolongan perubatan kepada anak/jagaan saya jika perlu demi kesejahteraannya.

Terima Kasih

Saksi

..

(Tandayangan ibubapa/penjaga)

(Tandatangan saksi

Nama penuh:_______________________

Nama saksi:__________________

Lampiran 20

PENILAIAN KOKURIKULUM

1.Aspek-aspek yang dinilai

1.1 Kehadiran

1.2 Pencapaian

1.3 Penglibatan

1.4 Jawatan yang disandang

1Aspek yang dinilai

1.4Jawatan disandang

ASPEK PENILAIAN% MARKAHJAWATAN% MARKAH

KEHADIRAN50%PENGERUSI/NAIB PENGERUSI10%

PENCAPAIAN20%SETIAUSAHA10%

PENGLIBATAN20%BENDAHARI7%

JAWATAN DISANDANG10%JAWATANKUASA5%

JUMLAH100%AHLI BIASA3%

1.2 Aspek Pencapaian

PERINGKAT

MARKAH

PERTANDINGANJOHANNAIB JOHANKETIGA

SEKOLAH321

ZON/DAERAH

/BAHAGIAN543

NEGERI1086

KEBANGSAAN151311

ANTARABANGSA201816

1.3 Penglibatan

PERINGKAT PENGLIBATANMARKAH

SEKOLAH3

ZON/DAERAH/BAHAGIAN5

NEGERI10

KEBANGSAAN15

ANTARABANGSA20

Lampiran 17

S K SUNGAI UDANG,KLANG

BORANG KEBENARAN

LAWATAN/ROMBONGAN DALAM/LUAR NEGERI

BAHAGIAN A

Tempat-tempat dilawati: _____________________________________

_____________________________________

Dikendalikan oleh Kelab/Persatuan/Pasukan: _____________________________________

Guru-guru yang mengiringi pelajar-pelajar:

1._______________________________________

2________________________________________

3________________________________________

4________________________________________

Tarikh lawatan

:_________________________________________

Jumlah pelajar yang terlibat: _________________________________________

Jenis kenderaan :

_________________________________________

Butir-butir penginapan i.Tempuh:____________________________________________

ii. Tempat(alamat penuh):_______________________________

____________________________________________________

____________________________________________________

No.tel/fax:____________________________________________

________________________

Tandatangan Guru Penasihat

(NAMA:)

DILULUSKAN/TIDAK DILULUSKAN

________________________

Tarikh:_________________

TANDATANGAN PK HEM

BORANG LAWATAN

PERATURAN-PERATURAN (PELANCONGAN) SEKOLAH 1957

Borang-borang untuk perkara di atas hendaklah dibuat dalam 3 salinan,ditambah 2 salinan lagi bagi tiap-tiap negeri yang hendak dilawati atau dilalui dan disampaikan ke Pejabat Pendidikan Negeri ,5 minggu sebelum tarikh pelancongan .

1.Nama Sekolah:_____________________________________________________________

2.Nama Guru:________________________________________________________________

3.Nama Guru yang mengadakan pelancongan:______________________________________

4.Tujuan melancong:___________________________________________________________

5.Nama guru-guru yang membantu:

1.___________________________________________NO .K/P:_____________________

2.___________________________________________NO.K/P:______________________

3.___________________________________________NO.K/P:______________________

6.Jenis kenaikan:____________________________________________

7.Tempat-tempat yang dilawati

1. 3

2. 4

Nama tempat TarikhNama dan alamat penuh tempat bermalam

1.

2

3DariHingga

(Tandatangan Pengetua dan cop sekolah)

8.Punca pendapatan wang

1.________________________________________________________________

2_________________________________________________________________

9. Nama dan keterangan orang-orang yang diberi kuasa untuk membelanjakan wang

BILNAMAJAWATANKAD PENGENALANUMURALAMAT PENUH

1

2

3

4

5

Lampiran 4

TANGGUNGJAWAB GURU PEMIMPIN/PENASIHAT

1. Memastikan Mesyuarat Agung diadakan bagi tujuan melantik Ahli Jawatankuasa.

2. Memastikan ada perlembagaan dan peraturan

3. Memastikan aktiviti selaras dengan objektif sekolah

4. Memastikan Jawatankuasa menjalankan tugas seperti terkandung dalam perlembagaan

5. Merancang aktiviti tahunan dengan kerjasama pelajar

6. Memastikan aktiviti berjalan mengikut jadual yang ditetapkan.

7. Merancang strategi untuk peningkatan kecemerlangan Pasukan Pakaian Seragam,Kelab/Persatuan dan Kelab sukan/Permainan

8. Memastikan pengurusan kewangan dan harta benda/peralatan diurus dengan baik

9. Memastikan Minit Mesyuarat dan Laporan Aktiviti disedia dan difailkan

10. Mendaftarkan Pasukan Pakaian Seragam,Kelab/Persatuan dan Kelab Sukan/Permainan kepada Pengetua atau Badan Induk.

11. Bertanggungjawab memberi bimbingan dan tunjuk ajar serta galakan kepada ahli-ahli.

12. Mengurus penyertaan ahli-ahli dalam kegiatan di peringkat sekolah/zon/daerah/negeri

dan kebangsaan dengan baik.

13. Mengiringi ahli dalam lawatan atau projek yang dijalankan.

14. Bertanggungjawab mencatat penglibatan dan pencapaian ahli.

15. Menandatangani Buku Kehadiran Ahli

16. Menghadiri perjumpaan atau mesyuarat ayang berkaitan dengan unit yang diwakili.

17. Menentukan Papan Kenyataan digunakan sepenuhnya.

18. Memastikan tidak ada unsur subversif tersebar di kalangan ahli.

19. Mencadangkan nama ahli yang layak menerima Sijil Penghargaan kepada Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah.

20. Bekerjasama dengan pihak sekolah dalam menjayakan sesuatu program

21. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua/guru Besar dari semasa ke semasa

Lampiran 13

1. Surat ini mesti ditandatangani oleh ibubapa/penjaga

2. Surat ini mesti diserahkan kepada Guru KelasSURAT KEBENARAN IBU BAPA

(Kelab /Persatuan / Sukan/Permainan /Pasukan Pakaian Seragam )Dengan ini saya..membenarkan anak saya

.Tahunmenyertai Kelab /Persatuan / Sukan/Permainan /Pasukan Pakaian Seragam pada hari setiap Rabu 4.30 hingga 6.00 petang.

Saya akan memastikan anak saya menghadiri mesyuarat/aktiviti mengikut jadual yang ditetapkan.

Tandatangan

Tarikh:..

..

( )

-------------------------------------------------------------KERAT DI SINI----------------------------------------------

1. Surat ini mesti ditandatangani oleh ibubapa/penjaga

2. Surat ini mesti diserahkan kepada Guru Kelas

SURAT KEBENARAN IBU BAPA

(Kelab /Persatuan / Sukan/Permainan /Pasukan Pakaian Seragam )Dengan ini saya..membenarkan anak saya

.Tahunmenyertai Kelab /Persatuan / Sukan/Permainan /Pasukan Pakaian Seragam pada hari setiap Rabu 4.30 hingga 6.00 petang.

Saya akan memastikan anak saya menghadiri mesyuarat/aktiviti mengikut jadual yang ditetapkan.

Tandatangan

Tarikh:..

..

( )

-------------------------------------------------------------KERAT DI SINI----------------------------------------------

1. Surat ini mesti ditandatangani oleh ibubapa/penjaga

2. Surat ini mesti diserahkan kepada Guru Kelas

SURAT KEBENARAN IBU BAPA

(Kelab /Persatuan / Sukan/Permainan /Pasukan Pakaian Seragam )Dengan ini saya..membenarkan anak saya

.Tahunmenyertai Kelab /Persatuan / Sukan/Permainan /Pasukan Pakaian Seragam pada hari setiap Rabu 4.30 hingga 6.00 petang.

Saya akan memastikan anak saya menghadiri mesyuarat/aktiviti mengikut jadual yang ditetapkan.

Tandatangan

Tarikh:..

..

( )

EMBED PBrush

EMBED PBrush

EMBED PBrush

EMBED PBrush

PAGE