sejarah penubuhan wilayah persekutuan

58
TAHUKAH ANDA? Sejarah Penubuhan Wilayah Persekutuan Hari Wilayah Persekutuan disambut pada setiap 1 Februari setiap tahun sempena memperingati penubuhan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Pada tahun ini genap 39 tahun bagi Bandaraya Kuala Lumpur, 29 tahun Wilayah Persekutuan Labuan dan 12 tahun Wilayah Persekutuan Putrajaya. Berkongsi mengenai sejarah penubuhan ketiga-tiga Wilayah Persekutuan ini, Kuala Lumpur ditubuhkan sebagai Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 1974, lalu menjadi ibu negara Malaysia. Pentadbiran Kuala Lumpur diletakkan di bawah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Kuala Lumpur merupakan pusat perundangan dan menempatkan Bangunan Parlimen. Pada 16 April 1984, Labuan yang dulunya sebahagian daripada pentadbiran Sabah di bawa masuk ke dalam Wilayah Persekutuan dan diletakkan di bawah pentadbiran Perbadanan Labuan. Putrajaya ditubuhkan sebagai Wilayah Persekutuan ketiga dan diletakkan di bawah pentadbiran Perbadanan Putrajaya. Putrajaya kemudiannya menjadi pusat pentadbiran yang baru bagi Malaysia. Tema yang dipilih pada tahun ini ialah 'Perpaduan Teras Kesejahteraan Wilayah Persekutuan'. Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Wilayah Persekutuan Tahun 2013 kepada semua warga kerja Kraftangan Malaysia khususnya dan semua warga Wilayah Persekutuan amnya... Wilayah Persekutuan

Upload: hasdey-harimin

Post on 30-Nov-2015

198 views

Category:

Documents


22 download

DESCRIPTION

sejarah wp

TRANSCRIPT

Page 1: Sejarah Penubuhan Wilayah Persekutuan

TAHUKAH ANDA?

Sejarah Penubuhan Wilayah Persekutuan

Hari Wilayah Persekutuan disambut pada setiap 1 Februari setiap tahun sempena memperingati penubuhan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Pada tahun ini genap 39 tahun bagi Bandaraya Kuala Lumpur, 29 tahun Wilayah Persekutuan Labuan dan 12 tahun Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Berkongsi mengenai sejarah penubuhan ketiga-tiga Wilayah Persekutuan ini, Kuala Lumpur ditubuhkan sebagai Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 1974, lalu menjadi ibu negara Malaysia. Pentadbiran Kuala Lumpur diletakkan di bawah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Kuala Lumpur merupakan pusat perundangan dan menempatkan Bangunan Parlimen. Pada 16 April 1984, Labuan yang dulunya sebahagian daripada pentadbiran Sabah di bawa masuk ke dalam Wilayah Persekutuan dan diletakkan di bawah pentadbiran Perbadanan Labuan. Putrajaya ditubuhkan sebagai Wilayah Persekutuan ketiga dan diletakkan di bawah pentadbiran Perbadanan Putrajaya. Putrajaya kemudiannya menjadi pusat pentadbiran yang baru bagi Malaysia.

Tema yang dipilih pada tahun ini ialah 'Perpaduan Teras Kesejahteraan Wilayah Persekutuan'. Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Wilayah Persekutuan Tahun 2013 kepada semua warga kerja Kraftangan Malaysia khususnya dan semua warga Wilayah Persekutuan amnya...Wilayah Persekutuan

Page 2: Sejarah Penubuhan Wilayah Persekutuan

Daripaa

Wikipedia,

ensiklopedia

bebas.

Wilayah

Persekutuan (Jawi: ڤرسكوتوان ialah wilayah yang ditadbir secara langsung oleh (واليه

kerajaan Persekutuan Malaysia dan ditadbir di bawah perundangan Kementerian Wilayah

Persekutuan. Tidak seperti negeri-negeri lain bagi Malaysia, Wilayah Persekutuan tidak

diperintah oleh kerajaan negeri, sebaliknya terletak di bawah pentadbiran Persekutuan dan

diperintah oleh Yang di-Pertuan Agong. Terdapat tiga bahagian dalam Wilayah Persekutuan,

iaitu Kuala Lumpur, Labuandan Putrajaya. Daripada ketiga-tiga bahagian ini, Kuala Lumpur

merupakan ibu kota Persekutuan, Labuan merupakan Pusat Perniagaan dan Kewangan

Antarabangsa (IBFC) manakala Putrajaya merupakan pusat pentadbiran Persekutuan.

Sejarah

Wilayah Persekutuanڤرسكوتوان واليه

Bendera Wilayah Persekutuan

Negara Malaysia

WilayahKuala LumpurPutrajayaLabuan

PentadbirMenteri Wilayah PersekutuanDatuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin

Page 3: Sejarah Penubuhan Wilayah Persekutuan

Kuala Lumpur ditubuhkan sebagai Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 1974,

lalu menjadi ibu negara Malaysia. Pentadbiran Kuala Lumpur diletakkan di

bawah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Kuala Lumpur merupakan

pusat perundangandan menempatkan Bangunan Parlimen. Pada 16 April 1984, Labuan

yang dahulunya sebahagian daripada pentadbiran Sabah dibawa masuk kedalam

Wilayah Persekutuan dan diletakkan di bawah pentadbiran Perbadanan Labuan.

Pada 1 Februari 2001, Putrajaya ditubuhkan sebagai Wilayah Persekutuan ketiga

dan diletakkan di bawah pentadbiran Perbadanan Putrajaya. Putrajaya kemudiannya

menjadi pusat pentadbiran yang baru bagi Malaysia.

Pembentukan Kabinet baru pada 27 Mac 2004 oleh Perdana Menteri Malaysia,

Datuk Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi telah membawa kepada

penubuhan Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP). Tugas kementerian ini ialah

memberi tumpuan khusus terhadap kemajuan Wilayah Persekutuan.

Semasa Sukan Malaysia di Kedah pada tahun 2006, Kuala Lumpur, Labuan dan

Putrajaya telah disatukan ke dalam kontinjen tunggal Wilayah Persekutuan.

Page 4: Sejarah Penubuhan Wilayah Persekutuan

Bendra Wilayah Persekutuan memiliki bendera rasminya yang sendiri. Bendera ini telah

mula digunakan pada 23 Mei 2006. Sungguhpun begitu, bendera-bendera milik setiap

wilayah masih dipakai guna.

Bendera Kuala Lumpur

 

Bendera Putrajaya

 

Page 5: Sejarah Penubuhan Wilayah Persekutuan

Bendera Labuan

Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Malaysia adalah

kementerian di bawah kerajaan Malaysia yang bertanggungjawab menyelia Wilayah

Persekutuan. Menterinya yang terkini adalah Senator Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal

Abidin.

[]Sejarah Penubuhan

KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN diwujudkan pada tahun 1979 untuk menjalankan

tugas dan fungsi sebagaimana yang dinyatakan dalam Akta Fungsi-Fungsi Menteri 1969.

Pada masa itu, KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN juga berfungsi sebagai

penyelaras perancangan dan pembangunan Kuala Lumpur dan kawasan Lembah Klang

selaras dengan penubuhan satu Majlis Perancangan Wilayah Lembah Klang dan

Jawatankuasa Kerja Perancangan Wilayah Lembah Klang.

Pada tahun 1981, KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN telah diturunkan statusnya

menjadi satu bahagian di bawah pentadbiran Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang beroperasi

sebagai Unit Perancangan Lembah Klang. Untuk menampung strategi pembangunan Wilayah

Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan pula, pada tahun 1984 telah diwujudkan Bahagian

Kemajuan Wilayah Persekutuan dan Perancangan Lembah Klang untuk melaksanakan dasar

pembangunan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan.

Pengumuman penyusunan semula kabinet pada 27 Mac 2004 oleh Perdana Menteri Malaysia,

Tun Abdullah Bin Hj. Ahmad Badawi, menyaksikan penubuhan Kementerian Wilayah

Persekutuan. Tan Sri Mohd Isa Bin Dato' Hj Abdul Samad telah dilantik sebagai Menteri

Wilayah Persekutuanyang pertama.

Penyusunan semula Kabinet pada 27 Mac 2004 telah menyaksikan Kementerian Wilayah

Persekutuan ditubuhkan semula untuk memberi tumpuan khusus terhadap kemajuan Wilayah

Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya) di samping bertanggungjawab untuk

menyelaras Perancangan Lembah Klang seperti yang tersebut dalam Akta Fungsi-Fungsi

Menteri 1969 (pindaan terkini).

Transformasi Bahagian Kemajuan Wilayah Persekutuan dan Perancangan Lembah Kelang

yang merupakan salah sebuah Jabatan Perdana Menteri menjadi sebuah Kementerian pada

27 Mac 2004 menekankan kepentingan dan keutamaan yang diberikan kepada perancangan

dan pembangunan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya; meliputi perancangan Lembah

Kelang sebagai sebahagian daripada usaha negara untuk memajukan kawasan tersebut.

Penubuhan KWP bertujuan:-

Page 6: Sejarah Penubuhan Wilayah Persekutuan

Melaksanakan tugas-tugas perancangan dan pembangunan Wilayah Persekutuan Kuala

Lumpur, Putrajaya dan Labuan serta Lembah Klang dan Hal Ehwal Kepulauan.

Bertanggungjawab untuk mengawal selia :

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur .

Perbadanan Putrajaya.

Perbadanan Labuan.

Pada 23 Oktober 2009, ketika pembentangan Bajet 2010, Y.A.B. Perdana Menteri telah

mengumumkan bahawa fungsi dan tanggungjawab Kementerian Wilayah Persekutuan

diperkukuh dan diperluaskan untuk membasmi kemiskinan bandar seluruh negara dan

melaksanakan program kesejahteraan bandar. Sehubungan itu, pada 13 November 2009,

Kementerian Wilayah Persekutuan dengan rasminya dikenali sebagai KEMENTERIAN

WILAYAH PERSEKUTUAN DAN KESEJAHTERAAN BANDAR.

[]Fungsi

Mengubal, merancang dan melaksanakan dasar-dasar pembangunan fizikal dan insan

berteraskan nilai dan budaya Malaysia dengan fokus kepada :

Wilayah Persekutuan menjadi bandaraya bertaraf dunia.

Wilayah Persekutuan Putrajaya menjadi pusat pentadbiran kerajaan persekutuan yang

utama.

Wilayah Persekutuan Labuan menjadi pusat kewangan luar pesisiran antarabangsa,

pulau pelancongan bebas cukai antarabangsa dan pusat pendidikan yang terkemuka.

Pusat perancangan bagi pembangunan Wilayah Lembah Klang yang terancang dan

terkawal.

Hal Ehwal Kepulauan Luar Pesisir.

[]Visi

Wilayah Persekutuan Maju dan Sejahtera

[]Wilayah Persekutuan

Wilayah Persekutuan terdiri daripada Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah

Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya dan kepulauan Pesisir.

[]Maju

Maju dari segi ekonomi, politik dan sosial, rohani, psikologi dan budaya.

Page 7: Sejarah Penubuhan Wilayah Persekutuan

[]Sejahtera

Sejahtera dalam aspek bandaraya yang berkualiti dan efisien yang mempunyai

infrastruktur yang terancang dan berkualiti.

Sejahtera dalam aspek sistem pengangkutan awam yang tepat, cepat dan selamat

sejahtera dari segi keselamatan awam yang terjamin, kemudahan rekreasi dan tempat

hiburan untuk memenuhi pelbagai keperluan masyarakat.

Sejahtera dalam aspek keharmonian integrasi antara kaum dan penyertaan masyarakat

untuk membentuk komuniti yang berhemah, berbudi bahasa dan berbudaya tinggi.

Sejahtera dalam aspek pencapaian masyarakat yang berilmu, bermoral, beretika dan

bersikap toleransi.

Sejahtera dari segi pencapaian ekonomi, dan peluang pekerjaan untuk masyarakat.

Sejahtera dari segi nilai kebersihan, keselesaaan dan penjagaan alam sekitar.

[]Misi

Menerajui perancangan, pengurusan dan penyelarasan pembangunan insan, masyarakat,

ekonomi dan persekitaran bagi merealisasikan Wilayah Persekutuan maju dan sejahtera

serta membantu dalam perancangan Lembah Klang.

[]Nilai-Nilai Teras

Mesra Amanah Jelas Unggul

[]Moto

BERSAMA MENJAYAKAN WILAYAH PERSEKUTUAN"

[]Alamat Surat Menyurat

KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN DAN KESEJAHTERAAN BANDAR, Aras G-7,

Blok 2, Menara Seri Wilayah, Presint 2, 62100 Putrajaya.

Page 8: Sejarah Penubuhan Wilayah Persekutuan
Page 9: Sejarah Penubuhan Wilayah Persekutuan
Page 10: Sejarah Penubuhan Wilayah Persekutuan
Page 11: Sejarah Penubuhan Wilayah Persekutuan
Page 12: Sejarah Penubuhan Wilayah Persekutuan
Page 13: Sejarah Penubuhan Wilayah Persekutuan

Lagu Wilayah Persekutuan

Inilah Wilayah Bumi Yang Bertuah 

Maju Membangun Dijulang Megah 

Aman Sentosa Disepanjang Masa 

Teguh Disemai Sentiasa  

Membara Semangat Setiap Warganya 

Cergas Mindanya Semangat Waja 

Pada Wilayah Ditumpah Setia 

Hormat Hormati Penuh Mesra  

Bersatulah 

Berbaktilah 

Semua Warga Wilayah  

Sayangilah 

Lindungilah 

Sepenuh Jiwa Raga  

Kita Jaga Keharmonian Semua 

Maju Sejahtera 

Wilayah Persekutuan 

Page 14: Sejarah Penubuhan Wilayah Persekutuan
Page 16: Sejarah Penubuhan Wilayah Persekutuan

Luas

- Jumlah 35.1 batu persegi (91 km²)

Penduduk (2010)

- Jumlah 86,908 [1]

- Kepadatan 2,473.4/batu persegi (955/km²)

Zon waktu MST (UTC+8)

Min waktu suria UTC+06:46:40

Laman sesawang: www.pl.gov.my

Wilayah Persekutuan Labuan merupakan Wilayah Persekutuan kedua Malaysia. Ia

merangkumi keseluruhan pulau Labuan yang mempunyai keluasan 98 km2. Pulau Labuan

terletak sekitar 10 km dari pantai Sabah, 2 1/2 jam penerbangan dari Kuala Lumpur, dan lima

minit perjalanan bot ke Pulau Papan. Pulau Labuan telah diisytiharkan sebagai pusat

kewangan luar pantai (offshore financial centre) pada 1990 dan pelabuhan bebas cukai sejak

1956. Labuan mempunyai pelabuhan yang dalam dan besar, yang merupakan punca asal

namanya pelabuhan atau "Labuhan".

Pulau Labuan juga mempunyai air yang jernih dan pantai berpasir sepanjang persisiran pantai,

menjadikannya destinasi perlancongan yang baik. Pulau Labuan juga mempunyai perairan

yang baik untuk aktiviti menyelam dan mempunyai empat destinasi penyelaman skuba.

Sejarah

Rencana utama: Sejarah Labuan

Pulau Labuan asalnya merupakan sebahagian dari Kesultanan Brunei. Pada 1846, ia

diserahkan kepada British oleh Sultan Brunei Sultan Omar Ali Saifuddin II setelah British

menggunakan pulau tidak berpenghuni itu sebagai tapak operasi menentang lanun. Pada

1848 Labuan telah diistiharkan sebagai Tanah Jajahan Mahkota British. Kemudian pada

1890, ia digabungkan dengan Borneo Utara. Namun begitu pada 1 Januari 1906 Labuan

telah diserahkan kembali kepada British dan menjadi sebahagian daripada Negeri-negeri

Selat pada 30 Oktober 1906 bersama-sama Singapura, Melaka dan Pulau Pinang. Ketika

era pentadbiran British di Pulau Labuan, Victoria adalah merupakan nama lama

bagi Bandar Labuanyang merupakan pusat pemerintahan dan sosio ekonomi penduduk

pekan.

Pada Disember 1941 hingga Jun 1945, Labuan telah diperintah oleh Jepun. Labuan telah

ditukar namanya menjadi Pulau Maida (前田島 [Maeda-shima])sempena nama Komander

Page 17: Sejarah Penubuhan Wilayah Persekutuan

tentera Jepun di Borneo Marquis Toshinari Maeda. Selepas pengunduran Jepun dan

pentadbiran tentera British tamat, Labuan digabungkan ke dalam Borneo Utara pada 1946.

Seterusnya pada 1963 ia bersama-sama Sabah bergabung ke dalam Malaysia.

Labuan dahulunya merupakan kawasan terpinggir dari arus pembangunan. Setelah

diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 1984, kawasan penempatan

bagi kaum Kedayan ini mula menjadi antara destinasi utama kepada pelabur asing untuk

berurusniaga terutama sekali setelah Labuan diiktiraf sebagai Pusat Kewangan Pesisir

Antarabangsa atau IOFC pada Oktober 1990 (kini dikenali sebagai Pusat Perniagaan dan

Kewangan Antarabangsa atau LOFSA).

Peninggalan sejarah zaman silam di Labuan menjadi tarikan pelancong seperti Taman

Damai (tempat Jepun menyerah kalah kepada British), kubur askar asing yang terkorban

semasa berperang dengan tentera Jepun di Tanjung Taras dan Taman Burung Eksotik.

Selain peninggalan sejarah zaman silam, Labuan juga terkenal dengan aktiviti sukan laut

peringkat antarabangsa seperti pertandingan memancing laut dalam, jet ski dan kayak

mengelilingi Pulau Labuan.

Labuan yang dahulunya didiami oleh nelayan, mula menjadi tumpuan para pelajar dari

dalam dan luar labuan berikutan pembukaan Universiti Malaysia Sabah Kampus

Antarabangsa Labuan dan Kolej Matrikulasi Labuan.

[sunting]Politik

Rencana utama: Politik Labuan

Labuan merupakan salah sebuah Wilayah Persekutuan Malaysia. Pulau ini ditadbir

oleh Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Wilayah Persekutuan dan

Kesejahteraan Bandar. Perbadanan Labuan yang diketuai oleh seorang Pengerusi

adalah pihak berkuasa tempatan yang bertanggungjawab terhadap pembangunan dan

pentadbiran Labuan. Labuan mempunyai seorang perwakilan di Dewan Negara dan

seorang di Dewan Rakyat. Ahli Dewan Negara bagi Labuan adalah YB Senator Datuk

Yunus Kurus manakala wakil Labuan di Dewan Rakyat adalah YB Datuk Yusof Mahal.

Secara lazimnya, ahli Dewan Rakyat bagi Labuan akan dilantik sebagai Pengerusi

Perbadanan Labuan. Kampung-kampung di Labuan pula di tadbir oleh seramai 27

orang Ketua Kampung yang dilantik oleh Perbadanan Labuan. Secara tradisi, hampir

semua ketua-ketua kampung adalah berketurunan Kadayan-Brunei kecuali Ketua

Kampung Sungai Keling yang berketurunan Cina.

Berikut senarai para pentadbir di Labuan:

Gabenor

27 Nov 1847 - Nov 1852 James Brooke (b. 1803 - d. 1868)

1852 - 1856 Spenser St. John (b. 1825 - d. 1910)

Page 18: Sejarah Penubuhan Wilayah Persekutuan

Leftenan Gabenor (pemangku tugas Gabenor)

1848 - 1850 William Napier

1850 - 1856 John Scott (b. 1814 - d. 1898)

Gabenor

1856 - 1861 George Warren Edwards

1861 - 1866 Jeremiah Thomas Fitzgerald Callaghan (b. c.1830 - d. 1881)

1866 - 1867 Hugh Low (b. 1824 - d. 1905)

1867 - 1871 John Pope Hennessy (b. 1834 - d. 1891)

1871 - 1875 Henry Ernest Gascoyne Bulwer (b. 1836 - d. 1914)

9 Aug 1875 - 1879 Herbert Taylor Ussher (b. 1836 - d. 1880)

1879 - 1881 Charles Cameron Lees (b. 1837 - d. 1898)

1881 - 1888 Peter Leys

1888 - 1890 Arthur Shirley Hamilton

1890 - 1906 Gabenor Borneo Utara

1906 - 1946 Gabenor Negeri-negeri Selat

Timbalan Gabenor

1906 - 1946 Residen British di Brunei

Residen British

1907 - 19.. M.S.H. McArthur

Feb 1917 - 1918 Geoffrey Edmund Cator (b. 1884 - d. 1973)

1918 - 1934 ....

1934 - 1936 A.D. York (b. 1907)

1936 - 1940 ....

1940 - 3 Jan 1942 A.H.P. Humphrey (b. 1911)

Komander Jepun

3 Jan 1942 - Mar 1945 ....

Mar 1945 - 10 Jun 1945 Hichiro Okuyama

British Residents

1945 - 16 Sep 1963 ....

Pengerusi Perbadanan Labuan

2001 - 2003 Dato' Othman Mohd Rijal (b. 1945)

2003 - 2008 Dato' Suhaili Abdul Rahman (b. 1961)

2008 - 2011 Datuk Ahmad Phesal Talib

2011 - Sekarang Datuk Yusof Mahal

Geografi

Rencana utama: Geografi Labuan

Page 19: Sejarah Penubuhan Wilayah Persekutuan

Wilayah Persekutuan Labuan terletak kira-kira 8km dari persisir pantai

pulau Borneo bahagian pantai barat. Pulau Labuan adalah pulau terbesar,

manakala ianya mempunyai lima lagi pulau kecil yang lain di sekitarnya iaitu Pulau

Papan, Pulau Burong, Pulau Kuraman, Pulau Rusukan Kecildan Pulau Rusukan

Besar.

Kampung

Rencana utama: Kampung di Labuan

Wilayah Persekutuan Labuan terbahagi kepada 28 kampung :-

Batu Arang

Batu Manikar

Layang-Layangan

Lubok Temiang

Rancha-Rancha

Nagalang

Sungai Lada

Kerupang

Lajau

Tanjung Kubong

Pantai

Membedai

Tanjung Aru

Tanjung Aru Nelayan

Durian Tunjung

Sungai Pagar

Sungai Miri

Gersik Saguking

Ganggarak

Bukit Kuda

Bukit Kalam

Sungai Bedaun

Kiamsam

Bebuloh

Pohon Batu

Patau-patau

Sungai Kaling

Kilan

Merinding

Page 20: Sejarah Penubuhan Wilayah Persekutuan

Ekonomi

Rencana utama: Ekonomi Labuan

Senarai hitam syurga cukai OECD

Pada April 2009, atas permintaan Kumpulan 20 negara kaya dan

membangun, Organisasi Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD)

telah menyenaraihitamkan Labuan sebagai satu dari "syurga bagi rahsia

perbankan". Selain Malaysia, OECD juga

menyenaraihitamkan Filipina, Costa Rica dan Uruguay. Empat negara ini

dinamakan sebagai negara yang paling bawah kerana menolak untuk

menerima peraturan baru keterbukaan kewangan seperti bertukar-tukar

maklumat mengenai cukai. Namun OECD mengeluarkan Pusat Kewangan

Luar Pesisir Labuan dalam senarai hitam syurga cukai yang tidak

bekerjasama atau komitmennya untuk bekerjasama dalam memerangi

penyalahgunaan pematuhan dalam piawai percukaian cuma beberapa hari

kemudian.[2]

Demografi

Rencana utama: Demografi Labuan

Komposisi etnik di Labuan pada 2000 ialah Melayu (60,549 or 77.92%),

Cina (12,019 or 15.47%), India (989 or 1.28%), lain lain (4,143 or

5.33%).

Budaya

Rencana utama: Kebudayaan Labuan

Majoriti penduduk Labuan adalah berketurunan Kadayan-Brunei.

Mereka beragama Islam dan bertutur dalam bahasa Melayu dialek

Kadayan-Brunei atau lebih dikenali sebagai dialek Labuan. Dialek

Labuan mempunyai beberapa perbezaan berbanding Bahasa Melayu

standard. Berikut adalah antara perkataan yang sering digunakan

dalam perbualan seharian:

Awu=ya

ani=ini

atu=itu

kita=awak (digunakan untuk merujuk kepada orang yang lebih tua

atau dihormati)

batah=lama

tah=lah

mun=kalau

Page 21: Sejarah Penubuhan Wilayah Persekutuan

basar=besar

damit=kecil

aing=air

karang=nanti

bisai=cantik

ia=dia

mulih=pulang

mengatil=mengacau

antah=entah

nda=tidak

mun=kalau

Antara makanan tradisi masyarakat Labuan pula ialah ambuyat,

kelupis dan makanan karing.

Darjah Kebesaran

Mulai tahun 2008, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah

berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran,Bintang dan Pingat

Persekutuan (Wilayah Persekutuan) sempena Hari Wilayah

Persekutuan. Darjah Kebesaran Yang Mulia Mahkota Wilayah ini

mempunyai 7 pangkat iaitu:

Seri Utama Mahkota Wilayah (SUMW)  yang membawa gelaran

Datuk Seri Utama

Seri Mahkota Wilayah (SMW)  yang membawa gelaran Datuk Seri

Panglima Mahkota Wilayah (PMW)  yang membawa gelaran

Datuk

Johan Mahkota Wilayah (JMW)

Kesatria Mahkota Wilayah (KMW)

Ahli Mahkota Wilayah (AMW)

Pingat Pangkuan Mahkota Wilayah (PPMW)

Page 22: Sejarah Penubuhan Wilayah Persekutuan

Kuala LumpurDaripada Wikipedia,

ensiklopedia bebas.

Kuala Lumpur (Tulisan

Jawi: لومڤور singkatan: KL) atau ,كواال

nama penuhnya Wilayah

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpurلومڤور كواال ڤرسكوتوان واليه

Dari kiri atas ikut pusingan jam: Menara Berkembar Petronas, Jalan Petaling, Masjid 

Jamek dan kuala sungai Gombak/Klang, Tugu Negara, Masjid Negara, latar langit KL. 

Tengah: Menara Kuala Lumpur

Bendera

Mohor

Nama gelaran: K.L.

Moto: Maju dan Makmur

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpurلومڤور كواال ڤرسكوتوان واليه

Lokasi di Malaysia

Koordinat: 3°8 U′      101°42 T′   

Negara Malaysia

Negeri Wilayah Persekutuan

Ditubuhkan 1857

Page 23: Sejarah Penubuhan Wilayah Persekutuan

Persekutuan Kuala Lumpur, ialah ibu negara dan bandar terbesar di Malaysia. Kawasan

Wilayah Persekutuan ini yang meliputi tanah seluas 244 km2 (94 batu²), diduduki 1.63 juta

orang mengikut banci tahun 2010.[2] Kuala Lumpur tergolong dalam sebuah kawasan

metropolitan besar yang turut meliputi sebahagian besar negeri Selangor, iaitu Lembah Klang,

sebuah kelompokan bandar yang diduduki 7.2 juta orang[3], dan juga kawasan metropolitan

yang paling pesat membangun di negara dari segi bilangan penduduk dan ekonomi.[4]

Kuala Lumpur merupakan tempat letaknya Parlimen Malaysia, dan juga pernah menjadi lokasi

cabang eksekutif dan kehakiman kerajaan persekutuan yang kini bertapak di Putrajaya sejak

tahun 1999.[5] Namun begitu, terdapat beberapa cawangan kehakiman yang kekal di ibu kota

ini. Kediaman rasmi Yang di-Pertuan Agong, iaitu Istana Negara, juga terletak di Kuala

Lumpur. Bandar raya ini juga merupakan pusat kebudayaan dan ekonomi Malaysia kerana

kedudukannya selaku ibu negara dan bandar raya primat.[6] Kuala Lumpur ditarafkan

sebagai bandaraya dunia alfa, dan juga satu-satunya bandar raya global di Malaysia, menurut

Globalization and World Cities Study Group and Network (GaWC).[7]

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ialah salah satu daripada tiga buah Wilayah Persekutuan

Malaysia, dan juga sebuah enklaf dalam negeri Selangor, di pantai barat tengah Semenanjung

Malaysia.[8]

Semenjak 1990-an, bandar raya ini menjadi tuan rumah kepada berbilang acara sukan, politik

dan kebudayaan, termasuk Sukan Komanwel 1998 dan Kejohanan Dunia Formula Satu.[9] Selain itu, di Kuala Lumpur terdirinya menara berkembar tertinggi di dunia, iaitu Menara

Berkembar Petronas.[10]

Kuala Lumpur dihubungkan dengan dunia luar oleh dua buah lapangan terbang,

iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang dan Lapangan

Terbang Sultan Abdul Aziz Shah yang kini hanya berkhidmat untuk penerbangan dalam

negara.

Sejarah

Rencana utama: Sejarah Kuala Lumpur

Sejarah moden Kuala Lumpur bermula pada 1850-an, ketika ketua Melayu Klang, Raja

Abdullah,[11] mengupah buruh Cina untuk membuka lombong timah yang baru dan lebih

besar.[12] Mereka tiba di kuala Sungai Gombak danSungai Klang untuk membuka lombong

di Ampang.[12] Sungai Gombak pernah dikenali sebagai Sungai Lumpur, maka nama asal

untuk bandar ini ialah "Pengkalan Lumpur", lama-kelamaan diberi nama Kuala Lumpur.

Tidak lama kemudian, lombong timah dibuka di Pudu dan Batu.

Lombong-lombong ini berkembang menjadi kawasan perdagangan yang semakin diterima

sebagai bandar sempadan. Banyak sekali kemelut yang dialami Kuala Lumpur yang masih

muda itu, terutamanya Perang Saudara Selangor, di samping diserang wabak penyakit,

kejadian kebakaran dan banjir.[12] Sekitar 1870-an, Kapitan Cina Kuala Lumpur, Yap Ah

Page 24: Sejarah Penubuhan Wilayah Persekutuan

Loy menjadi pemimpin yang bertanggungjawab memastikan ketahanan diikuti

pertumbuhan sistematik bandar ini. Beliau mula membangunkan Kuala Lumpur dari

sebuah tempat kecil yang tidak dikenali menjadi bandar perlombongan yang giat sekali

ekonominya.[13] Pada tahun 1880, ibu negeri Selangor berpindah dari Klang ke Kuala

Lumpur yang jauh lebih strategik.[14]

Pembinaan semula

Kapitan Yap Ah Loy pengasas dan pemacu kota Kuala Lumpur moden.[15]

Pada tahun 1881, berlakunya malapetaka kebakaran besar disusuli banjir besar,

memusnahkan struktur kayu atap bangunan-bangunan Kuala Lumpur. Residen British di

Selangor, Frank Swettenham, bertindak dengan mewajibkan semua bangunan dibina

daripada batu-bata dan jubin sahaja.[14]

Kapitan Yap Ah Loy telah membeli hartanah di sebuah tanah pinggiran kota dan

menyarankan penghasilan batu-bata untuk pembinaan semula kota Kuala Lumpur. Tempat

tersebut kini dikenaliBrickfields. Kesannya, bangunan-bangunan atap daun nipah telah

digantikan batu-bata. Kebanyakan bangunan batu-bata baru menyerupai rumah kedai di

China Selatan, dengan ciri-ciri "kaki lima" dan juga hasil kemahiran pertukangan kayu

Cina, maka menyerlahkan seni bina eklektik rumah kedai tersendiri yang biasa terdapat di

rantau ini. Pengangkutan ke bandar ini dipermudahkan lagi dengan landasan keretapi.

Selepas itu, Kapitan Yap Ah Loy telah membelanja wang sejumlah $20,000 untuk

membina jalan raya. Jalan-jalan tersebut merangkumi Jalan Ampang (Ampang

Road), Jalan Pudu (Pudoh Road), Jalan Petaling (Petaling Street) yang kini merupakan

arteri utama kota KL. Sekolah pertama Kuala Lumpur juga diasaskan sekitar masa ini oleh

Kapitan Yap Ah Loy. Sebagai Kapitan Cina, kuasa dikurniakannya setaraf pembesar

Melayu, beliau menggubal pelbagai undang-undang dan peraturan dan menyusun semula

struktur penempatan.

Di samping itu, perkilangan tepung ubi dibangunkannya di Jalan Petaling. Sultan

Selangor Sultan Abdul Samad mempunyai kepentingan dalam projek tersebut. Beliau juga

Page 25: Sejarah Penubuhan Wilayah Persekutuan

telah menegakkan keamanan dan ketenteraman kota dengan bantuan hanya 6 orang

polis. Kapitan telah membina penjara besar yang mampu memuatkan 60 tahanan pada

suatu masa. [16]Beliau juga menggalakkan Orang Melayu berusaha padi di sekitar kota

untuk menampung pembangunan kota. Dengan inilah, asas yang kukuh telah disediakan

untuk pembangunan pesat Kuala Lumpur berikutnya. Berikutan kepesatan pembangunan

pada 1890-an, maka wujudnya sebuah Lembaga Kebersihan (Sanitary Board). Pada tahun

1896, kejayaan Yap Ah Loy membangun kota menyebabkan Kuala Lumpur dipilih sebagai

ibu negara Negeri-Negeri Melayu Bersekutu yang baru. Kuala Lumpur turut dinamakan ibu

negara Persekutuan Malaysia yang berdaulat. [17]

Perang Dunia Kedua

Tentera Jepun membersihkan jalanan Kuala Lumpur ketika Perang Dunia II.

Pelbagai komuniti berlainan keturunan mencari tempat tinggal di merata Kuala Lumpur.

Kaum Cina menetap di sekitar pusat perdagangan Medan Pasar (Market Square) di timur

Sungai Klang, ke arah Pekan Cina (Jalan Petaling). Kaum Melayu, Chettiar India, dan India

Muslim pula menetap di sepanjang Java Street (kini Jalan Tun Perak). Padang yang kini

dikenali sebagai Dataran Merdeka, merupakan pusat pejabat pentadbiran British.[12]

Ketika Perang Dunia Kedua, Kuala Lumpur ditawan oleh tentera Jepun pada 11 Januari

1942 dan menguasainya bersama seluruh Tanah Melayu sehingga 15 Oktober 1945,

apabila panglima besar Tentera Kawasan Ketujuh Jepun di Singapura dan Tanah

Melayu, Seishirō Itagaki, menyerah kalah kepada pentadbir British selepas pengeboman

atom Hiroshima dan Nagasaki.[18] Kuala Lumpur meredah zaman peperangan, kejatuhan

nilai getah dan timah dan zaman darurat ketika Tanah Melayu berdepan dengan

pemberontakan komunis.[14] Pada tahun 1957, Persekutuan Tanah Melayu merdeka dari

pemerintahan British.[19] Kuala Lumpur kekal sebagai ibu negara selepas pembentukan

Malaysia pada 16 September 1963.

Peristiwa Mei 13 dan selepasnya

Tanggal 13 Mei 1969 menyaksikan salah satu rusuhan kaum di Malaysia yang meletus

antara kaum Melayu dan Cina di Kuala Lumpur.[20]. Rusuhan ini menyebabkan 196 orang

Page 26: Sejarah Penubuhan Wilayah Persekutuan

terkorban,[20] lantas menyebabkan pembaharuan besar dalam dasar ekonomi negara untuk

keadilan sosial yang menyeluruh.

Kuala Lumpur mencapai status bandar raya pada tahun 1972,[21] menjadikannya

petempatan pertama di Malaysia yang dikurniakan status itu sejak mencapai

kemerdekaan. Pada 1 Februari 1974, Kuala Lumpur menjadi Wilayah Persekutuan,[22]lalu

menyerahkan status ibu negeri Selangor kepada Shah Alam pada tahun 1978.[23]

Pada 14 Mei 1990, Kuala Lumpur menyambut 100 tahun kerajaan tempatannya dengan

memperkenalkan lagu dan bendera Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Pada tahun 1998, sebuah pergerakan politik yang dikenali sebagai Reformasi bergiat di

bandaraya ini,[24] berikutan pemecatan bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk

Seri Anwar Ibrahim, di samping mencetuskan berkali-kali perarakan bantahan sehingga

tahun 1999, yang mana para penyokong Anwar menyesakkan jalan-jalan untuk menggesa

pembaharuan dalam pentadbiran kerajaan, antara lainnya.[24]

Pada 1 Februari 2001, Putrajaya diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan dan juga

pusat kerajaan persekutuan Malaysia.[25] Fungsi-fungsi pentadbiran dan kehakiman

kerajaan beralih dari Kuala Lumpur ke Putrajaya. Namun begitu, Kuala Lumpur masih

mengekalkan fungsi perundangan,[26] dan juga kekal sebagai kediaman rasmi Yang di-

Pertuan Agong.[27]

Kerajaan

Kerajaan tempatan

Tugas pentadbiran bandar raya dipikul oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL),

sebuah agensi di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan Malaysia.[28] DBKL

bertanggungjawab terhadap kesihatan dan kebersihan awam, pelupusan dan pengurusan

sampah dan bahan buangan, perancangan bandar, perlindungan alam sekitar dan

kawalan pembinaan, pembangunan sosial dan ekonomi dan penyelenggaraan prasarana

bandar secara amnya. Kuasa eksekutif dipegang oleh Datuk Bandar yang dilantik untuk

penggal tiga tahun oleh Kementerian Wilayah Persekutuan. Sistem perlantikan datuk

bandar ini diamalkan sejak pilihan raya kerajaan setempat digantung pada tahun 1970.[29]

Semenjak Kuala Lumpur menjadi sebuah Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 1974,

bandaraya ini pernah dipimpin oleh sembilan orang Datuk Bandar.[30] Datuk Bandar Kuala

Lumpur kini ialah Tan Sri Ahmad Fuad Ismail yang dilantik pada tahun 2008.[31]

Politik negara

Kuala Lumpur ialah tempat terletaknya Parlimen Malaysia yang terdiri daripada Dewan

Rakyat dan Dewan Negara. Bandaraya ini diwakili di Dewan Rakyat oleh sebelas orang

Ahli Parlimen,[32] yang diundi untuk penggal lima tahun. Setelah sekian lama cenderung

dikuasai oleh Barisan Nasional, segalanya berubah dengan pilihan raya 8 Mac 2008 yang

menyaksikan parti pembangkang menguasai kerusi-kerusi parlimen untuk Kuala Lumpur,

Page 27: Sejarah Penubuhan Wilayah Persekutuan

iaitu Parti Tindakan Demokratik (5 kerusi), Parti Keadilan Rakyat (4 kerusi), dan Parti Islam

Se-Malaysia (1 kerusi); cuma tinggal satu kerusi Dewan Rakyat yang diduduki oleh BN

iaitu Zulhasnan Rafique yang mewakili Setiawangsa.

Geografi

Rencana utama: Geografi Kuala Lumpur

Medan pejalan kaki Pasar Seni, Kuala Lumpur.

Geografi Kuala Lumpur dicirikan oleh lembah besar yang dikenali sebagai Lembah

Klang yang bersempadan dengan Banjaran Titiwangsa di timur, beberapa banjaran

kecil di utara dan selatan, dan Selat Melaka di barat. Kuala Lumpur memetik namanya

daripada kuala yang menemukan Sungai Klang dan Sungai Gombak di tengah-tengah

ibu kota itu.[33]

Kuala Lumpur yang terletak di tengah-tengah negeri Selangor, pernah tertakluk di

bawah pemerintahan kerajaan negeri Selangor, sehingga dipisahkan pada tahun 1974

untuk menjadi Wilayah Persekutuan pertama yang ditadbir secara terus oleh Kerajaan

Persekutuan Malaysia. Lokasinya di pantai barat Semenanjung Malaysia yang lebih

luas tanah ratanya berbanding pantai timur, menyumbang kepada pembangunan yang

lebih pesat berbanding bandar-bandar lain di Malaysia.

Pentadbiran bandar raya Kuala Lumpur meliputi kawasan seluas 243.65 km2 (94.07

batu²), dengan ketinggian tanah purata 21.95 m (72.0 ka).

Page 28: Sejarah Penubuhan Wilayah Persekutuan

Kepong

Mukim Batu

Wangsa Maju

Segambut

Setiawangsa

Bukit Bintang

Titiwangsa

Lembah Pantai

Seputeh

Cheras

Bandar Tun Razak

Iklim dan cuaca

Terlindung oleh Banjaran Titiwangsa di timur dan pulau Sumatera, Indonesia di barat, Kuala Lumpur

beriklim hutan hujan tropika (Pengelasan iklim Köppen Af) yang panas dan cerah dengan curahan hujan yang

lebat sepanjang tahun, terutamanya ketika musim monsun timur laut dari bulan Oktober hingga Mac. Suhunya

agak malar iaitu maksimumnya sekitar 31 and 33 °C (88 and 91 °F) tetapi tidak pernah melampaui 37 °C

(99 °F), sementara minimumnya sekitar 22 and 23.5 °C (72 and 74 °F) dan tidak pernah kurang daripada

19 °C (66 °F). Kuala Lumpur lazimnya menerima curahan hujan sebanyak 2,266 mm (89.2 in) setiap tahun;

bulan Jun dan Julai agak kering, namun demikian curahan hujan biasanya melebihi 125 mm (5 in) sebulan.

Ekonomi

Rencana utama: Ekonomi Kuala Lumpur

Page 29: Sejarah Penubuhan Wilayah Persekutuan

Medan Pasar.

Kuala Lumpur dan kawasan-kawasan bandar di sekelilingnya membentuk rantau yang paling berindustri

dan paling pesat pembangunan ekonominya di Malaysia.[4] Walaupun pentadbiran kerajaan persekutuan

berpindah ke Putrajaya, namun jentera-jentera kerajaan tertentu seperti Bank Negara

Malaysia, Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia serta kebanyakan kedutaan

dan misi diplomatik kekal di Kuala Lumpur.[37]

Bandaraya ini juga masih merupakan pusat ekonomi dan perniagaan negara, tidak lupa juga pusat

kewangan, insurans, hartanah, media dan kesenian Malaysia. Pembangunan prasarana di kawasan-

kawasan sekeliling sepertiLapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang, pembinaan Koridor

Raya Multimedia dan peluasan Pelabuhan Klang mengukuhkan lagi kepentingan ekonomi bandaraya

ini. Bursa Malaysia juga membentuk salah satu kegiatan ekonomi utama di Kuala Lumpur.

Keluaran dalam negara kasar (KDNK) Kuala Lumpur dianggarkan bernilai RM73,536 juta pada tahun

2008 dengan purata kadar pertumbuhan tahunan 4.2%.[38][39] KDNK per kapita untuk Kuala Lumpur pada

tahun 2008 ialah RM48,556, dengan purata kadar pertumbuhan tahunan 5.9%.[38][40] Jumlah tenaga kerja

di Kuala Lumpur dianggarkan sekitar 838,400 orang.[41] Sektor perkhidmatan merangkumi kewangan,

insurans, hartanah, khidmat perniagaan, pemborongan dan peruncitan, restoran dan hotel,

pengangkutan, simpanan dan komunikasi, utiliti, khidmat peribadi dan khidmat kerajaan, membentuk

paling ramai tenaga kerjanya iaitu 83.0% daripada jumlah guna tenaga.[41] 17% yang selebihnya berada

dalam sektor perkilangan dan pembinaan.

Sektor perkhidmatan terbesar nyata terdapat pada bilangan syarikat perbankan dan insurans baik

tempatan mahupun antarabangsa yang beroperasi di bandaraya ini. Kuala Lumpur bakal menjadi pusat

kewangan Islam sedunia[42]kerana semakin banyaknya institusi kewangan yang menawarkan

perkhidmatan kewangan Islam serta kehadiran institusi kewangan dari Timur Tengah seperti Al-Rajhi

Bank [43]  dan Kuwait Finance House. Bandaraya ini menempatkan banyak cawangan perniagaan syarikat

luar negara termasuk pejabat serantau atau pusat sokongan untuk pelbagai syarikat multinasional,

terutamanya kewangan dan perakaunan, dan teknologi maklumat. Kebanyakan syarikat terbesar di dunia

beribu pejabat di sini dan setakat Disember 2007, terdapat 14 buah syarikat dalam senarai Forbes

2000 (kecuali Petronas) yang bertapak di Kuala Lumpur.[44]

Page 30: Sejarah Penubuhan Wilayah Persekutuan

Kegiatan-kegiatan ekonomi penting yang lain di bandar ini termasuk perkhidmatan pendidikan dan

kesihatan. Banyak sekali institusi-institusi pendidikan utama yang menawarkan kursus-kursus beraneka

bidang dalam lingkungan sempadannya, termasuk institusi awam Universiti Islam Antarabangsa

Malaysia, Universiti Malaya, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Perubatan Antarabangsa dan Fakulti

Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, serta sebilangan besar kolej swasta seperti Universiti Tun

Abdul Razak dan Universiti Tunku Abdul Rahman yang menarik penuntut dari dalam dan luar negara.

Terdapat berbilang-bilang pusat kepakaran perubatan dan hospital awam dan swasta yang menawarkan

perkhidmatan kesihatan am serta rawatan dan pembedahan pakar untuk kegunaan warga tempatan

mahupun pelancong dari luar.

Semakin banyak penekanan diberikan untuk meluaskan skop ekonomi bandaraya kepada kegiatan

perkhidmatan lain seperti penyelidikan dan pembangunan yang menyokong seluruh ekonomi Malaysia.

Kuala Lumpur selama bertahun-tahun lamanya menjadi tuan rumah kepada pusat-pusat penyelidikan

terpenting seperti Institut Penyelidikan Getah Malaysia, Institut Penyelidikan Hutan Malaysia dan Institut

Penyelidikan Perubatan [45] .

[sunting]Pelancongan

Jalan Petaling.

Sektor pelancongan juga tidak kurang penting peranannya dalam ekonomi Kuala Lumpur, bukan sahaja

menyediakan pekerjaan berpendapatan, malah meluaskan peluang perniagaan. Oleh itu, didirikan

berbilang rantaian hotel di ibu kota ini. Kuala Lumpur juga berkembang menjadi destinasi beli-belah

antarabangsa dengan beraneka pusat beli-belah yang memasarkan jenama tempatan dan antarabangsa

yang tersohor. Pelancongan persidangan, terutamanya yang melibatkan penganjuran konvensyen, turut

berkembang dewasa ini hingga menjadi komponen penting dalam industri pelancongan.

Antara destinasi pelancongan utama di Kuala Lumpur termasuk Dataran Merdeka, Parlimen

Malaysia, Istana Budaya, Istana Negara, Menara Kuala Lumpur, Muzium Negara, Pusat Dagangan Dunia

Putra, Tugu Negara, dan tempat-tempat ibadah sepertiMasjid Jamek, Masjid Negara dan Masjid Wilayah

Page 31: Sejarah Penubuhan Wilayah Persekutuan

Persekutuan.[46]; ditambah pula dengan Aquaria KLCC, Batu Caves, Makam Pahlawan, Pusat Sains

Negara, Jalan Petaling, Pusat Pelawat Royal Selangor, Zoo Negara, tidak lupa juga acara-acara seperti

pusat kebudayaan Melayu, perayaan kebudayaan Cina di Tokong Thean Hou dan

perarakan Thaipusam di Kuil Sri Maha Mariamman. Segitiga Emas, iaitu pusat komersil ibu kota,

merangkumi Menara Kembar Petronas dan dihidupkan oleh kelab malam, kedai arak dan pusat hiburan,

seperti Beach Club, Espanda, Hakka Republic Wine Bar & Restaurant, Hard Rock Cafe, Luna Bar,

Nuovo, Rum Jungle, Thai Club, Zouk, dan bermacam-macam lagi yang terletak sepanjang Jalan P.

Ramlee, Jalan Sultan Ismail dan Jalan Ampang.

Beraneka jenis tempat penginapan dan hotel dari yang murah hingga yang berbintang lima, tumbuh bagai

cendawan di merata bandar untuk menampung kemasukan pelancong secara besar-besaran setiap

tahun, apatah lagi banyak sekali hotel berhampiran kawasan hiburan dan perniagaan Kuala Lumpur.

[sunting]Peruncitan

Berjaya Times Square, bangunan terbesar yang dibina dalam satu fasa di dunia.

Kuala Lumpur sahaja diduduki oleh 66 pusat beli-belah, menjadikannya pusat peruncitan dan fesyen

Malaysia.[47] Sektor beli-belah di Malaysia menyumbangkan RM 7.7 bilion (USD 2.26 bilion) atau 20.8%

daripada sumbangan keseluruhan pelancongan sebanyak RM 31.9 bilion pada tahun 2006.[48]

Suria KLCC ialah salah sebuah destinasi beli-belah utama di Malaysia kerana terletak di bawah Menara

Berkembar Petronas. Selain Suria KLCC, Bukit Bintang juga menikmati tumpuan kedai beli-belah yang

tertinggi di Kuala Lumpur. Bukit Bintang yang terlingkung dalam Segi Tiga Emas Kuala Lumpur, meliputi 3

batang jalan raya, iaitu Jalan Bukit Bintang, Jalan Imbi and Jalan Sultan Ismail. Bukit Bintang

menempatkan pelbagai kedai kopi, kedai makan alfresco (luaran) dan kompleks beli-belah seperti Berjaya

Times Square, Plaza Bukit Bintang, Lot 10, Plaza Low Yat, Pavilion KL, Starhill Gallery dan Plaza Sungei

Wang.

Di Kuala Lumpur juga terletaknya gedung beli-belah tunggal terbesar di Malaysia, iaitu Sogo Kuala

Lumpur[49] (juga dikenali sebagai KL SOGO) yang terletak di Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Page 32: Sejarah Penubuhan Wilayah Persekutuan

Di kawasan Bangsar juga wujud beberapa kompleks beli-belah, termasuk Bangsar Village, Mid Valley

Megamall dan The Gardens. Kawasan Damansara di barat laut Kuala Lumpur, biarpun sebenarnya bukan

dalam lingkungan ibu kota, diduduki satu-satunya cawangan Ikea di negara ini, dan sekelompok kecil

pusat beli-belah seperti The Curve, Ikano Power Centre, NiuXehSui di Ara Damansara dan 1 Utama.

Pasar Seni yang terletak berhampiran Kompleks Dayabumi, menawarkan beraneka cenderahati seni dan kraftangan.

Selain pusat beli-belah, Kuala Lumpur turut menetapkan beberapa kawasan dalam ibu kota untuk

memasarkan barangan keluaran tempatan seperti tekstil, fabrik dan kraftangan, contohnya: Jalan

Petaling yang bercirikan binaan pra-kemerdekaan yang dipengaruhi tradisi Cina Peranakan dan Eropah[50]

[51]; tidak lupa juga Pasar Seni, bekas pasar basah utama ibu kota yang kini memasarkan beraneka hasil

seni dan kraftangan, baik antik dan seni lukis mahupun pakaian dan cenderamata.

Sejak tahun 2000, Kementerian Pelancongan Malaysia mengadakan acara jualan mega tiga kali setahun

iaitu sekitar bulan Mac, Mei dan Disember, yang mana semua pusat beli-belah di negara digalakkan

membantu menaikkan nama Kuala Lumpur sebagai destinasi beli-belah utama.[52]

Demografi

Rencana utama: Demografi Malaysia

Bahasa Melayu selaku bahasa kebangsaan ialah bahasa utama Kuala Lumpur. Bahasa-bahasa lain

yang dituturkan di bandar ini termasuk loghat-loghat Kantonis, Mandarin dan Tamil. Bahasa

Inggeris juga berperanan besar sebagai perantara perniagaan dan mata pelajaran wajib di sekolah.[53]

Taman KLCC.

Page 33: Sejarah Penubuhan Wilayah Persekutuan

Kuala Lumpur menikmati campuran beraneka budaya termasuk Melayu, Cina, India, Serani, dan juga

suku-suku Kadazan, Iban dan pribumi lain dari Malaysia Timur dan Barat.[53][41]

Kepesatan pembangunan Kuala Lumpur turut menarik ramai buruh asing

dari Indonesia, Nepal, Burma, Thailand, Bangladesh, Pakistan, India, Sri Lanka,

dan Vietnam ke Malaysia.[54][55]

Pada akhir abad ke-18, ketika Eropah mengalami Revolusi Perindustrian, ramai pekerja Cina dari

wilayah Fujian dan Guangdong diangkut ke Tanah Melayu untuk mengusahakan industri

perlombongan timah yang bertumbuh pesat.[56]Kaum Cina di Kuala Lumpur bertutur dalam pelbagai

loghat, tetapi kebanyakannya berketurunan suku Kantonis [57]  dan Hakka.[58]

Kaum India membentuk 10% daripada jumlah penduduk Kuala Lumpur (setakat tahun 2000),

Kebanyakan mereka beragama Hindu dan bertutur dalam bahasa Tamil dan berbagai-bagai bahasa

India yang lain seperti bahasa Hindi,Malayalam, Punjabi, Telugu dan Pashtu. Dalam sejarah, ramai

orang India dibawa masuk ke sini ketika zaman penjajahan British di Tanah Melayu.[56]

Agama Islam diamalkan terutamanya oleh kaum Melayu dan komuniti India Muslim. Agama-agama

lain yang diamalkan di Kuala Lumpur ialah agama Hindu (terutamanya di kalangan kaum

India), Buddha, Konfusianisme dan Taoisme(terutamanya di kalangan kaum Cina) dan Kristian.

[59] Justeru, nyata sekali di KL terdapat banyak tempat beribadah untuk para penduduknya yang

berbilang agama.

Statistik kependudukan

Jejantas yang menyambungkan Mid Valley Megamall dan The Gardens, menyeberangi sebatang jalan berhias.

Jumlah penduduk dalam lingkungan sebenar bandaraya Kuala Lumpur pada tahun 2006

dianggarkan berjumlah 1.58 juta,[60] dan meningkat menjadi 1.63 juta pada 2010.[2]Ketumpatan

penduduknya adalah 6,696 inhabitants per square kilometre (17,340 /sq mi), menjadikannya

kawasan pentadbiran paling tumpat penduduknya di Malaysia. Dengan anggaran jumlah penduduk

metropolitan sebanyak 7.2 juta pada tahun 2007 (termasuk bandar-bandar berhampiran di sempadan

Selangor), Kuala Lumpur boleh dianggap sebagai bandar raya primat.[60] Penurunan kadar kelahiran

Page 34: Sejarah Penubuhan Wilayah Persekutuan

yang berterusan di Kuala Lumpur telah menyebabkan peratusan kanak-kanak bawah umur 15 tahun

menjunam dari 33% pada tahun 1980 ke 27% pada tahun 2000.[41] Sebaliknya, golongan usia bekerja

15–59 tahun pula meningkat dari 63% (1980) kepada 67% (2000).[41] Golongan warga emas pula,

iaitu berusia 60 tahun ke atas juga naik dari 4% (1980) kepada 6% (2000).[41]

Berdasarkan kajian banci Jabatan Statistik, peratusan penduduk Bumiputera di Kuala Lumpur sahaja

adalah 38% pada tahun 2000 (banci seterusnya pada tahun 2010) manakala penduduk Cina dan

India masing-masing merangkumi 43% dan 10%.[41] Juga kelihatan adalah fenomena peningkatan

kehadiran penduduk warga asing di Kuala Lumpur, yang kini meliputi 9% penduduk bandar.[41]

Jenayah Kuala Lumpur menjadi kebimbangan para penduduk baru-baru ini. Antara kegiatan jenayah

yang semakin meningkat kadarnya termasuk meragut, ketagihan dadah, perjudian dan maksiat.[61]

Pemandangan bandaraya

Latar langit Kuala Lumpur pada waktu malam.

Gambar panorama yang ditangkap dari pelantar pemandangan Menara Kuala Lumpur.

Page 35: Sejarah Penubuhan Wilayah Persekutuan

Pandangan panorama dari pusat bandar Kuala Lumpur, gambar diambil dari hotel di kawasan Changkat Bukit

Bintang.

Seni bina

Rencana utama: Seni bina di Kuala Lumpur

Menara Berkembar Petronas pada waktu senja.

Seni bina Kuala Lumpur merupakan paduan pangaruh kolonial lama, tradisi Asia, ilham Melayu

Islam, seni bina moden dan pascamoden.[62] Sebagai sebuah bandar yang agak muda

berbanding ibu kota lain di Asia Tenggara seperti Bangkok,Jakarta dan Manila, kebanyakan

binaan kolonial di Kuala Lumpur dibina sekitar akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20. Binaan-

binaan ini memperlihatkan gaya seni bina Moor, Tudor, Neo-Gothik atau Yunani-Sepanyol.

[63] Kebanyakan penggayaannya adalah terubah suai agar memanfaatkan sumber tempatan dan

sesuai dengan iklim tempatan yang panas dan lembap sepanjang tahun.

Sebelum Perang Dunia Kedua, di sekitar pusat bandar lama terdapat banyak rumah kedai,

kebanyakannya bertingkat dua iaitu kedai di tingkat bawah dan rumah di tingkat atas. Rumah-

rumah kedai ini diilhamkan oleh tradisi Cina Peranakan dan Eropah.[50][51] Walaupun sebilangan

daripadanya telah dirobohkan untuk memberi laluan kepada pembangunan terbaru, namun

banyak lagi rumah kedai lama yang masih berdiri di sekitar kawasan Medan Pasar, Jalan

Petaling, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Doraisamy, Bukit Bintang dan Tengkat Tong Shin.

Pencapaian kemerdekaan disusuli pembangunan ekonomi pesat dari 1970-an hingga 1990-an,

di samping Islam sebagai agama rasmi di negara, telah menyaksikan pembinaan bangunan

yang lebih berasa tempatan dan keislaman di sekitar ibu kota, khususnya seni bina yang

Page 36: Sejarah Penubuhan Wilayah Persekutuan

diilhamkan oleh perkakas kebudayaan Melayu seperti songkok dan keris, di samping

disepadukan motif geometri Islam yang melambangkan pembatasan terhadap peniruan alam

melalui lukisan sejajar dengan nilai Islam.[64] Contoh-contoh bangunan berseni bina Islam

sedemikian ialah Menara Telekom, Menara Maybank dan Kompleks Dayabumi.[65] Sebilangan

bangunan pula dibina agar berupa tempat ibadah yang lengkap dengan kubah dan menara

masjid, seperti Muzium Kesenian Islam dan Planetarium Negara, biarpun sebenarnya berfungsi

sebagai tempat penghayatan sains dan ilmu alam. Menara Berkembar Petronas yang tingginya

452-meter (1,483 ka) direka bina untuk menyerupai motif-motif yang terdapat dalam kesenian

Islam.[66]

Pada akhir 1990-an dan awal 2000-an, semakin menjadi-jadi seni bina akhir moden dan

pascamoden. Berikutan pembangunan ekonomi, binaan-binaan lama seperti Rumah

Bok terpaksa dirobohkan untuk memberi laluan kepada bangunan baru. Binaan-binaan berangka

serba kaca tumbuh bagai cendawan di merata ibu kota, khususnya Menara Berkembar

Petronas dan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.[67]

Taman

Taman KLCC seperti yang dilihat dari Traders Hotel.

Taman Tasik Perdana, sebidang taman berkeluasan 92-hektar (230-ekar) berhampiran

bangunan Parlimen Malaysia, sebuah bekas tempat tinggal kepada seorang pegawai penjajah

British, kini merangkumi sebuah Taman Rama-Rama, Taman Rusa, Kebun Orkid, Kebun Bunga

Raya dan Taman Burung Kuala Lumpur, iaitu taman burung terbesar di Asia Tenggara.

[68] Taman-taman lain dalam ibu kota termasuklah Taman ASEAN, Taman KLCC, Taman Tasik

Titiwangsa, Taman Tasik Metropolitan di Kepong, Institut Penyelidikan Hutan Malaysia,[69] Taman

Tasik Permaisuri, Taman Botani, Taman Ekuestrian dan Taman Lembah Barat Bukit

Kiara (Rimba Kiara)berdekatan Taman Tun Dr. Ismail, Taman Antarabangsa Bukit Jalil, Tasik

Page 37: Sejarah Penubuhan Wilayah Persekutuan

Permaisuri, Tasik Bukit Jalil, Tasik Manjalara, Tasik Metropolitan Batu, Datuk Keramat,

Arboretum Bukit Kiara, Pudu Ulu dan Alam Damai.[70]

Terdapat tiga hutan simpanan dalam lingkungan ibu kota, iaitu Hutan Simpan Bukit Nanas di

pusat bandaraya, iaitu hutan simpan yang paling lama diwartakan dalam negara pada keluasan

10.52 ha/26.0 ekar, Hutan Simpan Bukit Sungai Putih (7.41 ha/18.3 ekar) dan Hutan Simpan

Bukit Sungai Besi (42.11 ha/104.1 ekar). Bukit Nanas di tengah-tengah pusat bandaraya ini

merupakan salah sebuah hutan dara yang tertua dalam lingkungan bandar raya di dunia.

[71] Hutan-hutan ini merupakan tempat tinggal untuk sebilangan spesies fauna termasuk monyet,

tupai dan burung.

Pengangkutan

Stesen keretapi lama Kuala Lumpur siap dibina pada tahun 1910.

Rencana utama: Pengangkutan awam di Kuala Lumpur

Tidak seperti kebanyakan bandar raya utama di Asia, berkenderaan sendiri merupakan

kaedah pengangkutan utama di Kuala Lumpur.[72] Sebagai ibu negara Malaysia, Kuala

Lumpur menikmati rangkaian jalan raya menyeluruh yang menghubungkannya ke destinasi

lain di Semenanjung Malaysia.[73] Kuala Lumpur juga dilengkapi jaringan lebuh raya ekspres

bertol, dan pengguna lebuh raya mempunyai pilihan sama ada membayar tol dengan wang

tunai ataupun melalui sistem pembayaran elektronik prabayar seperti SmartTAG dan Touch

'n Go.

Dari segi pengangkutan udara, Kuala Lumpur dihubungkan melalui dua lapangan terbang

iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang merupakan lapangan

terbang utama serta Lapangan Terbang Subang yang pernah menjadi lapangan terbang

utama Kuala Lumpur sebelum KLIA dibuka pada tahun 1998.

Pengangkutan awam di Kuala Lumpur terdiri daripada perkhidmatan bas, teksi dan kereta

api. Sistem alihan laju di Kuala Lumpur terdiri daripada Laluan Ampang, Laluan Kelana

Jaya, KL Monorail dan KTM Komuter, di mana KL Sentral menjadi hab utama pengangkutan

rel. Selain sebagai hab pengangkutan aliran pantas, KL Sentral juga menjadi hab utama

bagi sistem pengangkutan kereta api kendalian KTM Antarabandar yang berkhidmat

dari Singapura di selatan, sampai Hat Yai, Thailand, di utara.[74]

Page 38: Sejarah Penubuhan Wilayah Persekutuan

Platform stesen LRT KLCC, sebuah stesen Aliran Kelana Jaya (Putra LRT) di Kuala Lumpur.

Pengendali pengangkutan awam yang terbesar di Kuala Lumpur dan Lembah Klang

ialah RapidKL.[75] Semenjak mengambil alih tugas Intrakota Komposit Sdn Bhd, RapidKL

telah menyusun semula seluruh rangkaian bas di Kuala Lumpur dan kawasan metropolitan

Lembah Klang[76] demi mempertingkatkan mutu sistem pengangkutan awam Kuala Lumpur.

Di Kuala Lumpur, kebanyakan teksi berwarna merah dan putih. Syarikat-syarikat teksi yang

besar seperti Syarikat Teksi Oren Innovasi Timur diberi kelulusan dari kerajaan berwarna

selain yang ditetapkan. Kuala Lumpur merupakan salah satu kotaASEAN di mana

kebanyakan teksi mengunakan bahan bakar kenderaan gas asli (NGV).

Selain pengangkutan darat dan udara, Kuala Lumpur dihubungkan ke laluan perkapalan

antarabangsa melalui Pelabuhan Klang. Pelabuhan Klang adalah pelabuhan terbesar dan

paling sibuk di Malaysia.[77]

Kebudayaan

Rencana utama: Budaya di Kuala Lumpur

Kesenian

Kuala Lumpur ialah sebuah pusat kegiatan dan acara kebudayaan di Malaysia. Antara

tempat-tempat kebudayaan terpenting di ibu kota ialah Muzium Negara yang terletak di

Lebuhraya Mahameru, menyimpan sebuah koleksi artifak dan lukisan yang terkumpul

dari seluruh negara.[78]

Di Kuala Lumpur juga terbinanya sebuah Muzium Kesenian Islam berhampiran Masjid

Negara di Jalan Lembah Perdana, yang menempatkan lebih tujuh ribu buah artifak

Islam termasuk bahan pameran yang jarang ditemui di samping sebuah perpustakaan

buku-buku kesenian Islam.[79]Koleksi muzium ini tidak terhad kepada hasil karya

kesenian Timur Tengah, bahkan juga menekankan pusaka kesenian dari Asia,

terutama sekali China dan Asia Tenggara. Muzium ini memperlihatkan kubah yang

berhiasan menawan dan ruang pameran terbuka yang lebar sekali.

Dewan Filharmonik Petronas merupakan tempat acara seni persembahan terulung di

Malaysia yang didiami oleh Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO) yang terdiri daripada

Page 39: Sejarah Penubuhan Wilayah Persekutuan

ramai pemuzik dari seluruh pelusuk dunia yang mempersembahkan konsert dan

persembahan kebudayaan tradisional.[80]

Taman KLCC pada waktu malam.

Balai Seni Lukis Negara terletak di Jalan Temerloh, berhampiran Jalan Tun Razak, di

sebidang tanah seluas 5.67-hektar (14.0-ekar) yang berjiran dengan Istana Budaya dan

Perpustakaan Negara. Seni bina balai ini menerapkan unsur-unsur seni bina Melayu

lama yang disebatikan dengan seni bina moden kontemporari. Balai Seni Lukis Negara

berfungsi sebagai pusat kecemerlangan dan amanah warisan seni kebangsaan.

Sebuah lagi pusat seni halus, iaitu Galeri Petronas, terletak dalam pusat beli-

belah Suria KLCC, menempatkan hasil karya seni yang berubah-ubah mengikut tema

semasa. Galeri Tangsi berdekatan Dataran Merdeka pula menempatkan karya seniman

tempatan dan antarabangsa.

Kuala Lumpur Performing Arts Centre (KLPac) di Sentul West ialah salah sebuah pusat

seni persembahan tersohor di negara, khususnya untuk teater, muzik dan tayangan

filem. Di samping menjadi pusat penerbitan seni tempatan, KLPac turut mendukung

artis-artis persembahan bebas tempatan dan serantau.[81]

Persembahan harian tarian dan muzik tradisional ada terdapat di Menara Kuala

Lumpur. Persembahan ini dijalankan oleh artis-artis 'Menara Kuala Lumpur Performing

Art Groups'

Setiap tahun juga, Kuala Lumpur mengadakan pesta masakan Malaysia International

Gourmet Festival[82] dan Kuala Lumpur Fashion Week[83] yang menyaksikan hasil fesyen

oleh pereka busana tempatan dan antarabangsa.

Syarikat pengeluar barangan piuter Royal Selangor di Setapak menempatkan sebuah

Pusat Pelawat yang membolehkan rombongan diadakan di sekitar pameran, galeri dan

kilangnya, terutamanya bengkel latihan pembuatan hasil piuter, "The School of Hard

Knocks," yang mana pesertanya diajar menghasilkan pinggan piuter sendiri dengan

menggunakan perkakas dan kaedah tradisional.

Page 40: Sejarah Penubuhan Wilayah Persekutuan

[sunting]Sukan dan rekreasi

Stadium Nasional di Bukit Jalil.

Kuala Lumpur juga mempunyai berbilang-bilang taman, kebun dan ruang terbuka untuk

tujuan rekreasi. Jumlah ruang terbuka untuk kegunaan kemudahan rekreasi dan sukan

di ibu kota telah meningkat sebanyak 169.6% dari 586 hektar (1,450 ekar) pada tahun

1984, kepada 1,580 hektar (3,900 ekar) pada tahun 2000.[84]

Kuala Lumpur ialah salah sebuah tuan rumah Kejohanan Dunia Formula Satu tahunan,

[9] perlumbaan kereta beroda terbuka Grand Prix A1 [85]  dan Grand Prix Motosikal [86]  yang

berlumba di Litar Antarabangsa Sepang berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa

Kuala Lumpur. Acara Formula Satu banyak menyumbang kepada bilangan pelancong

dan pendapatan pelancongan di Kuala Lumpur. Walaupun mengalami Krisis Kewangan

Asia yang menyaksikan penurunan kedatangan pelancongan di bandar-bandar utama

yang lain di Asia, namun kedatangan pelancong ke Kuala Lumpur meningkat sebanyak

64.6% dari 6,210,900 pada tahun 1997 kepada 10,221,600 pada tahun 2000.[87]

KL Grand Prix CSI 5*,[88] ialah sebuah acara sukan berkuda tahunan antarabangsa

bertaraf lima bintang yang menarik penunggang-penunggang dan kuda-kuda lumba

terhandal di dunia ke Malaysia.

Antara acara-acara sukan tahunan lain yang diadakan di bandar ini termasuk KL Tower

Run,[89] KL Tower International BASE Jump Merdeka Circuit dan Maraton Antarabangsa

Kuala Lumpur. Kuala Lumpur juga merumahkan salah satu peringkat dalam lumba

basikal Tour de Langkawi.[90]

Pertandingan badminton Super Series Terbuka Malaysia tahunan juga sering diadakan,

tetapi bukan sentiasa, di Kuala Lumpur.

Kuala Lumpur turut menyediakan pelbagai kemudahan sukan bertaraf antarabangsa

semenjak menganjurkan Sukan Komanwel 1998. Kebanyakan kemudahannya

termasuk stadium utama (dengan balapan dan padang bola sepak), stadium hoki dan

kolam renang terletak di Kompleks Sukan Negara di Bukit Jalil, sementara sebuah

velodrom dan beberapa lagi kolam renang terletak di Bandar Tun Razak, berhampiran

Taman Tasik Permaisuri. Juga terdapat padang bola sepak, kompleks sukan setempat,

Page 41: Sejarah Penubuhan Wilayah Persekutuan

kolam renang dan gelanggang tenis di sekitar pinggir bandar. Gelanggang badminton

dan sepak takraw biasanya diterapkan dalam dewan orang ramai.

Kuala Lumpur mempunyai sebilangan padang golf dalam lingkungan sempadannya,

termasuk Kuala Lumpur Golf and Country Club (KLGCC) dan Kelab Golf Perkhidmatan

Awam Malaysia di Bukit Kiara, dan Berjaya Golf Course di Bukit Jalil. KL juga

menyediakan berbilang-bilang pusat kesihatan swasta besar yang dikendali oleh

rangkaian terkemuka seperti California Fitness, Fitness First, Celebrity Gym, True

Fitness dan hotel lima bintang utama.

Media

Kawasan metropolitan Kuala Lumpur merupakan pangkalan utama penerbitan akhbar

dan tabloid utama di negara seperti Utusan Malaysia, Berita Harian, Harian

Metro, Kosmo!, Harakah, Suara Keadilan (bahasa Malaysia); The Star, New Straits

Times, The Sun, The Malay Mail (bahasa Inggeris); Sin Chew Jit Poh, China

Press, Nanyang Siang Pau (bahasa Cina); Tamil Nesan, Makkal Osai dan Malaysia

Nanban (bahasa Tamil). Kuala Lumpur juga dijadikan tapak terdirinya pusat

penyiaran RTM dan Media Prima (penyiar TV3, ntv7, 8TV dan TV9) yang menyiarkan

rancangan berbabasa Malaysia, Inggeris, Cina Tamil, lain-lain.

Menara TM ialah ibu pejabat penyedia perkhidmatan telekomunikasi utama di Malaysia.

Kuala Lumpur juga merupakan tempat bertapaknya khidmat televisyen berbayar utama

negara, iaitu Astro yang menyiarkan beraneka saluran tempatan dan antarabangsa

seperti CNN, BBC World, Star World dan HBO.[91] Rangkaian berita berbahasa Arab

terkemuka iaitu Al-Jazeera yang bertapak di Doha, mengendali sebuah saluran berita

berbahasa Inggeris iaitu Al-Jazeera English untuk menyampaikan maklumat kepada

seluruh dunia, dengan salah sebuah pusat penyiaran beritanya di Kuala Lumpur.

[92]Saluran muzik Channel [V] International turut menjadikan Kuala Lumpur sebagai

tempat unit penerbitan dengan melantik syarikat tempatan Double Vision Sdn Bhd.

[93] Pada bulan Mac 2008, Time Out, majalah acara antarabangsa, dilancarkan di Kuala

Lumpur selaku bandar sejagat yang ke-24.

Page 42: Sejarah Penubuhan Wilayah Persekutuan

Kuala Lumpur turut dipaparkan dalam segala bentuk budaya popular seperti filem,

televisyen, muzik dan buku. Antara filem-filem yang berlatarkan Kuala Lumpur

termasuk Entrapment, dibintangi Sean Connery dan Catherine Zeta-Jones,

dan Children of Men, (dibintangi Clive Owen) yang memaparkan adegan Menara

Berkembar Petronas terbakar selama beberapa saat.[94] Buku-buku yang berlatarkan

Kuala Lumpur termasuk KL 24/7 oleh Ida M Rahim, Shireen Zainudin dan Rizal

Zainudin,[95] My Life As a Fakeoleh Peter Carey, dan Democracy oleh Joan Didion.

[96] Kuala Lumpur juga disebut dalam lagu dendangan tempatan seperti "Keroncong

Kuala Lumpur" oleh P. Ramlee,[97] "Kuala Lumpur, Ibu Kota" oleh Saloma, "Chow Kit

Road" oleh Sudirman Arshad, "Senyumlah Kuala Lumpur" oleh Alleycats, "Streets of

Kuala Lumpur" oleh Murkyway, "K.L." oleh Vandal, "Kuala Lumpur" oleh Poetic Ammo,

"Anak Dara" oleh Azmyl Yunor dan "KL" oleh Too Phat. Kuala Lumpur juga merupakan

destinasi yang dilalui oleh rancangan realiti The Amazing Race Asia dan The Amazing

Race.[98] Ibu negara Malaysia ini juga kelihatan dalam permainan video, termasuk tiga

peringkat dalam Hitman 2: Silent Assassin dan dua peringkat dalam Burnout.

Pendidikan

Menurut perangkaan kerajaan, Kuala Lumpur mencapai kadar celik huruf sebanyak

97.5% pada tahun 2000, iaitu yang tertinggi di kalangan semua negeri dan wilayah di

Malaysia.[99]

Di Kuala Lumpur sahaja, terdapat 13 insititusi pendidikan tinggi, 79 sekolah menengah,

155 sekolah rendah dan 136 tadika.[100]

Terdapat beberapa buah institusi terkemuka di ibu kota yang sudah wujud sejak

seabad lebih, seperti SMK Victoria (1893); Methodist Girls' School (1896); Methodist

Boys' School (1897); Convent Bukit Nanas (1899) dan Institusi St. John (1904).

Di Kuala Lumpur juga bertempatnya Universiti Malaya selaku universiti tertua di

Malaysia semenjak kemerdekaan negara, iaitu pada tahun 1962.[101] Antara universiti-

universiti lain yang terletak di Kuala Lumpur termasuk Universiti UCSI, Universiti

Perubatan Antarabangsa, Universiti Terbuka Malaysia, Universiti Kuala

Lumpur, Universiti Terbuka Wawasan dan kampus cawangan Universiti Kebangsaan

Malaysia dan Universiti Teknologi Malaysia.

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia terletak di Pangkalan Tentera Sungai Besi, di

bahagian selatan Kuala Lumpur, ditubuhkan sebagai pusat pengajian ketenteraan dan

teknologi pertahanan utama di negara.[102]

[sunting]Bandar raya kembar

Kuala Lumpur telah menjalin hubungan persaudaraan rasmi dan perkongsian

diplomatik dengan beberapa bandaraya di seluruh dunia.

Page 44: Sejarah Penubuhan Wilayah Persekutuan

Bangunan Sultan Abdul Samad ketika malam

 

Pemandangan di Jalan Tuanku Abdul Rahman

 

Tiang bendera di Dataran Merdeka

 

Stesen KL Monorel Bukit

Nanas

Page 45: Sejarah Penubuhan Wilayah Persekutuan

PutrajayaDaripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Wilayah Persekutuan Putrajayaجاي ڤوترا ڤرسكوتوان واليه

Prang Besar

BenderaMohor

Moto: Bandar raya Taman, Bandar raya Bestari

Koordinat: 2°55 00″U′ 101°40 00″T′

Negara Malaysia

Page 46: Sejarah Penubuhan Wilayah Persekutuan

Wilayah Wilayah Persekutuan

Pembentukan 19 Oktober 1995

Disatukan ke dalam Wilayah Persekutan

1 Februari 2001

Kerajaan

- Ditadbir oleh Perbadanan Putrajaya

- Pengerusi Samsudin Osman

Kepadatan (2010)

- Total 72,413 [1]

Zon masa MST (UTC+8)

Min waktu suria

UTC+06:46:40

Laman web: http://www.ppj.gov.my/

Putrajaya atau nama penuhnya Wilayah Persekutuan Putrajaya ialah pusat pentadbiran

Kerajaan Persekutuan Malaysia yang menggantikan Kuala Lumpur pada 1999. Putrajaya,

bandar raya pintar dalam taman terletak 25 kilometer di selatan Kuala Lumpur merupakan

sebuah bandaraya futuristik yang menempatkan pusat pentadbiran Kerajaan

Persekutuan (lihat peta). Ia adalah Wilayah Persekutuan ke-3 di Malaysia.

Dari sebuah tempat terpencil yang dikenali dengan nama Prang Besar, kawasan ini melonjak

membangun dengan nama Putrajaya mulai 12 Oktober 1994. Berbanding dengan Kuala

Lumpur, sebuah bandar tinggalan penjajah, Putrajaya dibangunkan oleh anak bangsa sendiri

dengan bercirikan budaya tempatan.

Mula dibina pada 16 April 1995, Putrajaya akan menggunakan aplikasi teknologi maklumat

(IT). Dengan terbinanya Putrajaya, suatu hari nanti Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Lapangan

Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan menjadi Bandar gergasi standing dengan

Tokyo dan Yokohama di Jepun.

Page 47: Sejarah Penubuhan Wilayah Persekutuan

Untuk mencapai matlamat ini, Wetland Putrajaya telah dibina untuk menyingkirkan sedimen

dan membersihkan aliran permukaan yang tercemar sebelum ia memasuki tasik. Sesuai

dengan lokasinya di tengah-tengah bandaraya, Wetland Putrajaya menjadi titik penting dalam

membawa rakyat untuk bersama-sama mencapai matlamat dari segi rekreasi, pendidikan dan

penyelidikan.

Lokasinya yang berada ditengah-tengah Koridor Raya Multimedia, Putrajaya seluas 4,931

hektar ini dibangunkan dengan kos RM20.5 bilion mengandungi Pusat Pentadbiran Kerajaan

Persekutuan, Perumahan, Kemudahan komersial, kemudahan sosial dan kemudahan

keagamaan.

Pada 10 Mei 1999, Kompleks Pejabat Perdana Menteri mula beroperasi di Putrajaya.

Putrajaya menjadi penanda aras kepada pembangunan dan pentadbiran sesebuah bandar

baik di peringkat dalam negara mahupun di peringkat antarabangsa.

Sejarah

Rencana utama: Sejarah Putrajaya

Putrajaya Holdings Sdn Bhd adalah pemaju utama pembangunan Putrajaya. Ditubuhkan

pada 19 Oktober 1995, pemegang-pemegang sahamnya adalah Petroliam Nasional

Berhad atau PETRONAS - syarikat petroleum kebangsaan (64.4%); Khazanah Nasional

Berhad - syarikat pelaburan Kerajaan Malaysia (15.6%); dan Kumpulan Wang Amanah

Negara (20.0%).

Untuk mewujudkan Putrajaya, Rang Undang-undang Perbadanan Putrajaya 1995 dan

Pindaan kepada Perlembagaan untuk menjadikan Putrajaya sebuah Wilayah Persekutuan

dibahaskan di parlimen pada Ogos 1995 dan Disember 2000 masing-masing. Berdasarkan

rekod awam yang ada, Putrajaya Holdings juga telah mengeluarkan bon yang bernilai

RM4.5 bilion bagi pembangunan Putrajaya yang kini merupakan mercu tanda bagi

kejayaan Malaysia.

Dari segi akar bahasa, istilah Putrajaya berasal dari putera yang sangat berjaya. Ini

bermaksud warga Malaysia yang berjaya. Lebih khususnya lagi, Bumiputra yang telah

berjaya menerajui negara Malaysia. Bagi pelancong asing yang melawat Putrajaya, ia

Page 48: Sejarah Penubuhan Wilayah Persekutuan

seakan-akan Washington, D.C. di Amerika Syarikat, Canberra di Australia,

dan Brasilia di Brazil.

Secara kebetulan atau tidak, Datuk Kelana Putra pernah menguasai jajahan Serdang. Jadi

Putrajaya ini dalam lingkungan jajahan Serdang.

Tapi sebenarnya Putrajaya lebih merujuk kepada Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj iaitu

Perdana Menteri Malaysia yang pertama.

Politik

Dari segi politik, Putrajaya adalah dirancang sebagai pusat pentadbiran Malaysia yang

akan datang. Ini secara sekaligus akan menjadikan Putrajaya sebagai nadi penting kepada

kerajaan Malaysia.

Putrajaya diwakili oleh seorang Ahli Parlimen iaitu YB. Datuk Seri Tengku Adnan Tengku

Mansor juga seorang Setiausaha Agung UMNO.

Pengangkutan

Elemen utama dalam pembentukan Putrajaya adalah untuk menyediakan sistem

pengangkutan yang lebih berkesan dengan menggunakan rekaan dan teknologi terkini.

Objektif kepada strategi-pengangkutan ini adalah :

untuk menyediakan penjagaan sekeliling yang baik iaitu bebas dari pencemaran bunyi

dan udara

untuk memaksimakan penggunaan pengangkutan “bebas-pencemaran” untuk

menyediakan hirarki jaringan jalan raya yang yang baik dan sistemetik sesuai dengan

keadaan pada masa hadapan.

untuk memberi keutamaan kepada penggunaan pengangkutan awam dan sekaligus

mengurangkan penggunaan kenderaan persendirian.

untuk mempromosikan konsep “Park-and-ride” dan menggalakkan pemandu untuk

meletakkan kenderaan mereka di kawasan-kawasan tertentu dan menggunakan

pengangkutan awam yang disediakan ke kawasan yang hendak dituju.

Sistem pengangkutan

Sistem pengangkutan Putrajaya berkembang dengan adanya bas-bas pengantaraan dan

LRT serta jaringan lebuh raya. Strategi pembentukan lebuh raya Putrajaya adalah :

Jaringan jalan raya antara Putrajaya dengan kawasan-kawasan utama seperti Kuala

Lumpur yang lebih berkesan dan lebih praktikal.

Direka sesuai dengan perubahan dan kemungkinan yang bakal dihadapi pada masa

hadapan (Cth : pembesaran jalan)

Page 49: Sejarah Penubuhan Wilayah Persekutuan

Sesuai dengan polisi untuk mengurangkan penggunaan kenderaan persendirian di

dalam presint-presint dan secara tidak langsung menggalakkan penggunaan

pengangkutan awam.

Lebuh raya berhubungan

Putrajaya dikelilingi lingkaran lebuhraya yang terdiri daripada penyambungan

pusat Lebuhraya Utara-Selatan, Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan

Tengah dan Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE). Lebuh raya dan jalan utama

berdekatan termasuk:

Lebuhraya Lembah Klang Selatan  (SKVE)

Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah  (ELITE)

Lebuhraya Damansara-Puchong

Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban

Lebuharaya Kuala Lumpur-Putrajaya

Expressway Lingkaran Tengah Sdn Bhd dipertanggungjawabkan untuk mereka bentuk,

membina, perlaksanaan, penjagaan dan pentadbiran Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan

Tengah (ELITE) dan Lebuhraya KLIA. ELITE yang sepanjang 54km bermula dari

Persimpangan Shah Alam berhampiran Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE), menuju

selatan ke KLIA and terus ke Timur dan bersambung dengan ELITE di Persimpangan Nilai.

ELITE sedang berada dalam fasa terakhir untuk berurusan dengan pihak kerajaan bagi

mereka bentuk jalan ke Putrajaya. Ini akan menjadi jalan dua hala berkembar sepanjang

8.8km yang membawa terus ke Putrajaya dan Cyberjaya yang terletak dalam MSC.

Page 51: Sejarah Penubuhan Wilayah Persekutuan

Yayasan Kepimpinan Perdana

Istana Melawati

Dataran Warisan

Kementerian Kewangan

Wisma Putra

Istana Darul Ehsan

Tasik Putrajaya

Taman Wawasan

Taman Botani

Tahukah Anda

LATAR BELAKANG BENDERA WILAYAH PERSEKUTUAN

BENDERA WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN

Bendera ini mengandungi tiga jalur melintang yang sama lebar berwarna merah, putih dan biru dengan bulan bintang pecah empat belas berwarna kuning terletak di tengah bendera. Jalur-jalur merah, putih, biru dan bulan bintang berwarna kuning yang melambangkan warna Bendera Malaysia membawa makna Pulau Labuan adalah menjadi Wilayah Persekutuan di dalam Persekutuan Malaysia. Bulan Bintang bermakna Agama Islam sebagai agama rasmi dan bintang pecah empat belas menggambarkan negeri-negeri dan Kerajaan Persekutuan bersatu dalam Persekutuan Malaysia. 

Merah : Melambangkan keberanian bermakna Pulau Labuan adalah menjadi Wilayah Persekutuan di dalam Persekutuan Malaysia. Putih : Melambangkan kesucian, keikhlasan dan kesungguhan dalam mempertingkatkan katahanan rakyat yang beradab, berkebudayaan dan berkeperibadian Malaysia.

Page 52: Sejarah Penubuhan Wilayah Persekutuan

Biru : Melambangkan perpaduan rakyat berbilang kaum, hidup bersatu, aman makmur hormati serta berusaha untuk memajukan pembangunan ekonomi yang berasaskan sains dan teknologi. Kuning : Melambangkan kedaulatan Raja Berperlembagaan serta mendokong dan menghormati lunas-lunas perlembagaan dan falsafah Rukun Negara. Bulan Bintang : Bulan bintang berwarna kuning yang menjadi lambang keIslaman dan Kedaulatan Raja Berperlembagaan yang terletak di tengah-tengah dan mencakupi ketiga-tiga jalur (merah, putih, biru) menampakkan kestabilan dan kekuatan di dalam menyatukan lambang-lambang keberanian, kesucian dan perpaduan.  

BENDERA WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA

Bendera baru bagi Wilayah Persekutuan Putrajaya adalah berasaskan dua (2) warna utama iaitu biru dan kuning.Warna biru melambangkan keharmonian dan perpaduan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa.Manakala warna kuning bendera adalah warna Diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu.Logo Persekutuan melambangkan Wilayah Persekutuan Putrajaya menjadi tonggak pentadbiran negara yang baru dengan kekuatan dan semangat yang utuh dalam mengharungi era globalisasi dan matlamat menjadikan Malaysia sebuah negara maju.

Page 53: Sejarah Penubuhan Wilayah Persekutuan

BENDERA WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

Bendera ini berteraskan bendera kebangsaan yang berjalur putih dan merah. Warna biru tua bersama bintang serta bulan sabit berwarna kuning.

Unsur-unsur ini tidak dapat dipisahkan memandangkan Kuala Lumpur adalah Ibu Negara Malaysia dan juga Wilayah Persekutuan. 14 jalur merah dan putih (melintang) menandakan keanggotaan 13 buah negeri di Malaysia dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur terletak di bawah pentadbiran Kerajaan Persekutuan. Bulan sabit dan bintang melambangkan Agama Islam sebagai agama rasmi. Bintang berbucu 14 melambangkan 13 buah negeri di Malaysia dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang bertindak sebagai Pusat Kerajaan dan pentadbiran. 

Warna biru tua di bahagian tengah melambangkan perpaduan wargakota Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang berbilang kaum. Warna merah melambangkan keberanian, kegagahan sebuah bandaraya dalam menghadapi cabaran ke arah pembangunan bandaraya kosmopolitan yang dinamik dan berprogresif. Warna kuning melambangkan kedaulatan dan kemakmuran Kuala Lumpur. Warna putih melambangkan keluhuran, kebersihan dan keindahan bandaraya dalam taman bercahaya