penubuhan dan pengendalian perniagaan

25
PENUBUHAN DAN PENGENDALIAN PERNIAGAAN Jenis Bantuan Perniagaan Perbankan Insurans Pergudangan Pengangkutan Promosi Komunikasi

Upload: braceface2

Post on 30-Jun-2015

735 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENUBUHAN DAN PENGENDALIAN PERNIAGAAN

PENUBUHAN DAN PENGENDALIAN PERNIAGAANJenis Bantuan Perniagaan

• Perbankan• Insurans• Pergudangan • Pengangkutan• Promosi• Komunikasi

Page 2: PENUBUHAN DAN PENGENDALIAN PERNIAGAAN

PERBANKANBank merupakan antara bantuan perniagaan yang penting dalam membantu peniaga dalam urusan perniagaannya. Antara kepentingan perbankan dalam peniagaan ialah :

1. Menyediakan kemudahan penyimpanan wang kepada peniaga sama ada dalam Akaun Simpanan, Akaun Simpanan Tetap atau Akaun Semasa.

2. Menyenangkan peniaga dalam urusan pembayaran hutang atau membuat pembayaran , khususnya dengan menggunakan cek (Akaun Semasa).

3. Membantu peniaga memungut hutang daripada penghutang.

4. Membantu peniaga dalam mengembangkan lagi perniagaan dengan menyediakan kemudahan pinjaman dan overdraf bank.

5. Menjimatkan masa peniaga dalam menjalankan urusan perniagaan, contohnya menggunakan kemudahan cek.

Page 3: PENUBUHAN DAN PENGENDALIAN PERNIAGAAN

Bank di Malaysia

Bank Pusat

Bank Perdaganga

n

Bank Islam

Bank Saudagar

Bank Badan Berkanun

Bank Koperasi

Page 4: PENUBUHAN DAN PENGENDALIAN PERNIAGAAN

Bank Pusat~ dikenali sebagai Bank Negara Malaysia. Bank ini ditubuhkan dan dimiliki oleh kerajaan. Tujuan penubuhannya adalah untuk melaksanakan dasar-dasar kewangan kerajaan dan mengawasi perjalanan bank-bank perdagangan.

Fungsinya :• Mengeluar dan mengawal mata wang sama ada wang kertas atau wang syiling.•Penasihat kewangan dan jurubank kepada kerajaan.•Mengawal penghantaran wang ke luar negara.•Menjadi jurubank dan peminjam terakhir kepada bank perdagangan.•Menyediakan tempat penjelasan cek.

Page 5: PENUBUHAN DAN PENGENDALIAN PERNIAGAAN

Bank Perdagangan~ ditubuhkan dan dimiliki oleh pihak swasta. Tujuan penubuhan adalah untuk mencari keuntungan. Contoh bank perdagangan ialah Maybank, Ambank dan sebagainya. Bank ini menyediakan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan kepada orang ramai. Bank ini penting kepada peniaga kerana adanya kemudahan akaun semasa dan membolehkan peniaga membuat pembayaran cek. Bank ini juga boleh memberikan pinjaman dan kemudahan overdraf kepada peniaga.Perkhidmatan dan kemudahan lain yang disediakan ialah :• Simpanan wang melalui Akaun Simpanan, Akaun Simpanan Tetap dan Akaun Semasa•Kad ATM dan kad kredit•Tukaran wang asing• Menjual cek kembara•Peti simpanan malam dan selamat•Perkhidmatan wasiat dan pemegang amanah•Menjadi referi atau mengeluarkan surat rujukan•Memberikan khidmat nasihat kepada peniaga yang hendak membuat pelaburan•Autopay (pembayaran secara elektronik)

Page 6: PENUBUHAN DAN PENGENDALIAN PERNIAGAAN

Bank Saudagar~ dimiliki oleh pihak swasta dan hanya menyediakan perkhidmatan kepada peniaga dan syarikat berhad. Contohnya, Arab Malaysian Merchant Bank Berhad dan Sakura Merchant Bank Berhad.

Perkhidmatan yang disediakan oleh bank saudagar ialah :• Memberi pinjaman kepada syarikat yang besar•Menerima simpanan daripada syarikat-syarikat•Membantu menguruskan pelaburan bagi pihak syarikat•Membantu menerbitkan syer atau debentur•Membantu dalam pencantuman dan pengambilalihan syarikat berhad

Page 7: PENUBUHAN DAN PENGENDALIAN PERNIAGAAN

Bank Badan Berkanun~ dimiliki oleh kerajaan di mana kerajaan yang menyumbangkan modal. Penubuhan bank ini adalah untuk tujuan tertentu :

• Bank Simpanan Nasional : Ditubuhkan untuk mengglakan sikap menabung dan berjimat-cermat• Bank Pertanian : Diwujudkan untuk mengembangkan sektor pertanian• Bank Pembangunan dan Infrastruktur Malaysia Berhad : Ditubuhkan untuk menggalakkan penyertaan bumiputera dalam sektor perniagaan dan perindustrian

Page 8: PENUBUHAN DAN PENGENDALIAN PERNIAGAAN

Bank Koperasi~ Sumbangannya diperoleh daripada koperasi dan individu yang menjadi ahli. Bank ini ditubuhkan di bawah Ordinan Koperasi 1948 untuk mempergiatkan pergerakan koperasi dan semangat bekerjasama di kalangan ahli-ahli. ~ Tujuan penubuhannya adalah untuk menjaga kepentingan dan kebajikan ahli-ahlinya. Contohnya ialah Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat).

Page 9: PENUBUHAN DAN PENGENDALIAN PERNIAGAAN

Bank Islam~ ditubuhkan mengikut Akta Bank Islam 1983 yang menjalankan aktiviti berlandaskan hukum syarak. Contohnya ialah Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB).

Tiga prinsip syariah digunakan dalam menguruskan bank ini, iaitu :

• Al-Mudharabah : Perjanjian antara pihak bank dengan pelanggan dalam menjalankan sesuatu projek secara usaha sama. Pembahagian keuntungan berdasarkan keuntungan yang dipersetujui bersama-sama. Begitu juga jika mengalami kerugian kecuali kerugian akibat kecuaian pihak bank.

• Al-Musyarakah : Perjanjian antara pihak bank dengan dua atau lebih pemodal bagi membuat sesuatu projek. Keuntungan dan kerugian akan ditanggung bersama berdasarkan kadar yang dipersetujui dan modal yang disumbangkan.

• Al-Wadiah : Tanggungjawab menjaga wang tunai atau harta pelanggan yang diamanahkan kepada pihak bank.

Page 10: PENUBUHAN DAN PENGENDALIAN PERNIAGAAN

Perkhidmatan yang ditawarkan oleh Bank Islam antaranya ialah :

Menerima simpanan orang ramai melalui akaun simpanan, akaun semasa dan akaun pelaburan.

Memberi pinjaman dan pembiayaan sesuatu projek berdasarkan prinsip al-murabahah, al-bai’bithaman ajil, al-ijarah, qard al-hassan dan al-baial-ta’jiri.

Membiayai sesebuah perniagaan berdasarkan prinsip al-musyaarakah dan al-wakala.

Lain-lain perkhidmatan seperti tukaran wang asing, kad kredit, cek kembara, pemegang amanah dan mengurus pelaburan pelanggan.

Page 11: PENUBUHAN DAN PENGENDALIAN PERNIAGAAN

INSURANSSemua peniaga terdedah kepada risiko yang boleh menyebabkan kerugian. Risiko ialah kemungkinan berlakunya kemalangan yang akan menyebabkan kerugian. Peniaga boleh mendapatkan perlindungan insurans bagi menlindung perniagaan mereka daripada risiko.Risiko yang boleh diinsuranskan ialah risiko yang boleh dikira. Selain itu, risiko juga dikira berdasarkan rekod kejadian pada masa lalu. Ini penting bagi menentukan kadar premium yang akan dikenakan. Contohnya : • Kebakaran• Liabiliti awam• Kecurian dan rompakan• Kenderaan perniagaan• Jaminan setia• Pampasan pekerja

Risiko yang tidak boleh diinsuranskan ialah risiko yang tidak boleh dikira dan kadar premiumnya tidak dapat ditentukan seperti : • Hutang lapuk• Pengurusan tidak cekap• Perubahan fesyan dan cita rasa• Kemelesetan ekonomi• Ketidakstabilan hrga• Rusuhan atau peperangan• Bencana alam

Page 12: PENUBUHAN DAN PENGENDALIAN PERNIAGAAN

KEPENTINGAN INSURANS KEPADA PENIAGAInsurans penting kepada peniaga bagi melindungnya daripada risiko ekonomi seperti kebakaran, kecurian dan kemalangan.

JENIS POLISI MELINDUNG PENIAGA DARIPADA RISIKO

Kebakaran Kebakaran kedai, stok, peralatan dan kelengkapan perniagaan

Kecurian dan rompakan

Wang tunai, stok dan peralatan berharga dicuri atau dirompak

Kenderaan perniagaan

Apabila kenderaan perniagaan terbabit dalam kemalangan atau dicuri

Jaminan setia Pekerja yang menyelewengkan wang perniagaan dan tidak amanah

Liabiliti awam Tuntutan ganti rugi daripada pelanggan yang mengalami kecederaan atau kemalangan semasa berada di premis perniagaan

Pampasan pekerja

Tuntutan ganti rugi daripada pekerja yang mengalami kemalangan atau kecederaan ketika sedang bertugas

Page 13: PENUBUHAN DAN PENGENDALIAN PERNIAGAAN

Insurans

Insurans Islam

Insurans Konvension

al

Page 14: PENUBUHAN DAN PENGENDALIAN PERNIAGAAN

Insurans Konvensional~ dimiliki oleh pihak swasta. Contohnya, Mayban General Assurance Berhad, Kurnia Insurans, MAA Assurance dan MCIS Zurich Assurance. Aktiviti perniagaan berasaskan kepada empat prinsip, iaitu :

Ganti rugi Membayar ganti rugi berdasarkan kerugian yang dialami sahaja. Ganti rugi yang diberikan oleh syairkat insurans tidak melebihi kerugian sebenar.

Penuh percaya

Pemegang polisi mesti memberi maklumat yang betul dan tepat. Jika ada penipuan maklumat, syarikat insurans berhak untuk tidak membayar ganti rugi yang diinsuranskan

Doktrin punca terdekat

Ganti rugi hanya akan diberi jika risiko yang diinsuranskan itu berlaku. Jika kemalangan berlaku luar daripada risiko yang diinsuranskan, tuntutan tidak boleh dibuat.

Kepentingan boleh diinsuranskan

Individu yang mengambil insurans mestilah mempunyai kepentingan terhadap perkara yang diinsuranskan sahaja. Ini bermakna jika berlaku kemalangan terhadap kepentingan tersebut, individu itu akan mengalami kerugian

Page 15: PENUBUHAN DAN PENGENDALIAN PERNIAGAAN

Insurans Islam~ dikenali sebagai takaful dan dimiliki oleh pihak swasta. Contohnya ialah Syarikat Takaful Malaysia Sendirian Berhad. Aktiviti perniagaan yang dilakukan berlandaskan hukum syarak atau undang-undang dalam Islam. Perkara yang perlu dihindari oleh syarikat takaful kerana bertentangan dengan hukum syarak ialah :

Al-Gharar Maklumat yang tidak jelas dalam perniagaan dan sumber ganti rugi yang akan diberikan jika berlaku risiko yang diinsuranskan itu

Al-Maisir Wujudnya unsur-unsur perjudian

Riba Adanya unsur-unsur faedah yang diberikan kepada pemegang polisi

Page 16: PENUBUHAN DAN PENGENDALIAN PERNIAGAAN

Insurans Islam mengamalkan prinsip al-

Mudharabah, iaitu syarikat takaful

bertindak sebagai pengusaha (Al-

Mudharib), manakala peserta (pemegang

polisi) sebagai pemodal (Sahid-Ul-Mal).

Prinsip ini menjelaskan tentang :

Keuntungan yang dibahagikan antara syarikat takaful

dengan peserta

Cara penggunaan wang oleh syarikat takaful

Syarat dan hak yang diberikan oleh syarikat takaful

kepad peserta

Manfaat yang didapati oleh peserta

Page 17: PENUBUHAN DAN PENGENDALIAN PERNIAGAAN

PERGUDANGANPergudangan ialah aktiviti penyimpanan barang-barang yang selamat dan boleh digunakan apabila diperlukan. Tempat yang digunakan untuk menyimpan barang-barang itu disebut sebagai gudang. Peranan pergudangan adalah untuk :

• Bekalan barang terusan

• Menstabilkan harga barang di pasaran

• Proses pengeluaran dapat dilakukan secara berterusan

• Mengelakkan kerosakan terutama barang yang mudah rosak

• Memecahkan pukal

• Menyenangkan kerja eksport dan import

• Keselamatabn barang lebih terjamin

Page 18: PENUBUHAN DAN PENGENDALIAN PERNIAGAAN

PENGANGKUTANPengangkutan bermaksud pergerakan barang atau manusia dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Terdapat empat jenis pengangkutan iaitu melalui darat, laut, udara dan saluran paip. Pengangkutan penting dalam perdagangan dan pemasaran barangan. Peranan pengangkutan kepada perniagaan ialah :

• Meluaskan pasaran

• Mengurangkan kos penyimpanan

• Meningkatkan pengeluaran secara besar-besaran

•Mengurangkan pembaziran

•Mewujudkan peluang pekerjaan

•Membolehkan pergerakan tenaga buruh

•Menikmati pelbagai barangan

Page 19: PENUBUHAN DAN PENGENDALIAN PERNIAGAAN

Faktor yang mempengar

uhi pemilihan

jenis pengankuta

n

Risiko kerosakan Mudah diperoleh

Nilai barangan

Kuantiti, saiz dan berat

Keperluan barang

Kos angkutan

Jarak mangangkut

Page 20: PENUBUHAN DAN PENGENDALIAN PERNIAGAAN

PROMOSIPromosi ialah proses memberitahu atau memaklumkan kepada orang ramai tentang sesuatu perkara. Tujuan promosi adalah untuk memberitahu, menyedarkan dan memujuk pengguna tentang keistimewaan sesuatu barang atau perkhidmatan. Promosi memainkan peranan dalam :

• Memperkenalkan barang dan perkhidmatan yang ada di pasaran

• Memujuk dan mempengaruhi pengguna

• Menwujudkan permintaan terhadap sesuatu barang atau perkhidmatan

• Meningkatkan jualan dan keuntungan perniagaan

• Meluaskan pasaran barang atau perkhidmatan

• Menonjolkan kelebihan barang atau perkhidmatan yang dipasarkan

• Mengekalkan pasaran sesuatu barang atau perkhidmatan

Page 21: PENUBUHAN DAN PENGENDALIAN PERNIAGAAN

Pengiklanan merupakan satu cara yang digunakan oleh peniaga untuk memberitahu, menarik, mempengaruhi serta mengekalkan minat pengguna terhadap barang atau perkhidmatan yang diiklankan itu. Pelbagai media boleh digunakan untuk mengiklan seperti radio , televisyen, surat khabar, majalah dan papan iklan.

P e n g i k l a n a n

Page 22: PENUBUHAN DAN PENGENDALIAN PERNIAGAAN

Aktiviti yang dijalankan oleh pengeluar untuk memujuk dan menarik perhatian pelanggan agar membeli produk yang dikeluarkan. Jangka masa promosi dilakukan pendek. Cara yang digunakan untuk mempromosi jualan adalah dengan mengadakan pameran, demonstrasi penggunaan baarang dan sebagainya. Tujuannya adalah untuk meningkatkan jualan, serta mengembangkan dan memperkukuh pasaran.

P r o m o s i J u a l a n

Page 23: PENUBUHAN DAN PENGENDALIAN PERNIAGAAN

Biasanya dilakukan dari premis ke premis oleh jurujual yang dilatih dan diupah. Tujuannya adalah untuk memberitahu dan memujuk pengguna untuk membeli produk yang dipromosikan itu. Melalui cara ini, pengeluar mendapat maklum balas terus daripada pengguna tentang cita rasa mereka. Contoh barang yang dijual mengikut cara ini adalah alatan pejabat dan bahan dandanan diri.

J u a l a n T e r u s

Page 24: PENUBUHAN DAN PENGENDALIAN PERNIAGAAN

Aktiviti yang dilakukan oleh syarikat atau pengeluar untuk menaja sesuatu program dan disampaikan melalui media massa tanpa perlu menbayar kepada pihak media massa. Kebiasaannya, maklumat yang disampaikan adalah dalam bentuk berita. Contohnya terdapat sebuah syarikat menaja sesuatu pertandingan. Mereka akan mendapat publisiti kerana nama syarikat mereka disiarkan dalam media massa

P u b l i s i t i

Page 25: PENUBUHAN DAN PENGENDALIAN PERNIAGAAN

KOMUNIKASIKomunikasi ialah penghantaran maklumat sama ada dalam bentuk lisan (telefon, telefon bimbit) atau bukan lisan (surat). Peranan komunikasi kepada peniaga adlah untuk :

• Meluaskan pasaran barang dan perkhidmatan

• Mengenal pasti keadaan pasaran

• Mempercepatkan proses perdagangan

• Menyampaikan maklumat kepada pengguna

• Memudahkan urusan