kertas kerja penubuhan prasekolah

22
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER: NOVEMBER 2014 HBPS1203 PENGURUSAN ORGANISASI PENDIDIKAN AWAL KANAK - KANAK NAMA : EMILIAZUANA HALMAN NOMBOR MATRIK : 790604135336001 NO. KAD PENGENALAN : 790604135336 NOMBOR TELEFON : 014-8933665 ALAMAT E-MAIL : [email protected] NAMA TUTOR : CIK KIAH ANAK SAKUDAN PUSAT PEMBELAJARAN : OUM CAWANGAN SIBU, SARAWAK SEMESTER 4 - NOVEMBER 2014 1

Upload: juanahalman

Post on 16-Dec-2015

2.142 views

Category:

Documents


103 download

DESCRIPTION

Kertas Kerja Penubuhan Prasekolah

TRANSCRIPT

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASASEMESTER: NOVEMBER 2014

HBPS1203PENGURUSAN ORGANISASI PENDIDIKAN AWAL KANAK - KANAKNAMA

: EMILIAZUANA HALMANNOMBOR MATRIK

: 790604135336001NO. KAD PENGENALAN

: 790604135336NOMBOR TELEFON

: 014-8933665ALAMAT E-MAIL

: [email protected] TUTOR

: CIK KIAH ANAK SAKUDAN PUSAT PEMBELAJARAN: OUM CAWANGAN SIBU,

SARAWAKSEMESTER 4 - NOVEMBER 2014KERTAS KERJA PENUBUHAN PRASEKOLAHISI KANDUNGANBILPERKARAMUKA SURAT

1.0

2.0

3.0

4.0

5.0

6.0

7.0

8.0

9.0

10.0

11.0

12.0PENGENALAN1.1 DASAR PENDIDIKAN PRASEKOLAH

1.2 MATLAMAT PENUBUHAN PRASEKOLAH

RASIONAL

NAMA, VISI & MISI PRASEKOLAH

OBJEKTIF PENUBUHAN

LOKASI

PELAN LANTAIKURIKULUM & PROGRAM PEMBELAJARAN

ASPEK PEMAKANAN

ASPEK KEBERSIHAN DAN KESELAMATANKOS PENUBUHANSTAF

PENUTUP

RUJUKAN44

45

5

57

7

781013131415

1.0 PENGENALANKementerian Pelajaran Malaysia mula melaksanakan program pendidikan prasekolah annex pada tahun 1992, sebagai projek rintis berdasarkan keputusan Jemaah Menteri pada 18 Disember 1991 yang telah bersetuju mewujudkan sebanyak 1,131 buah kelas prasekolah. Sementara itu Mesyuarat Jemaah Menteri pada 6 Jun 2001 telah bersetuju supaya KPM meneruskan program peluasan prasekolah mulai tahun 2002. Sejak daripada itu peluasan prasekolah telah dijalankan dari semasa ke semasa mengikut dasar sedia ada, NKRA Pendidikan dan juga cadangan peluasan dalam RM Ke10.

1.1 DASAR PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Akta Pendidikan 1996 memperuntukkan bahawa Sistem Pendidikan Kebangsaan merangkumi Pendidikan Prasekolah, Pendidikan Rendah, Pendidikan Menengah, Pendidikan Lepas Menengah dan Pendidikan Tinggi. Menjadi tanggungjawab KPM untuk memberi perhatian yang serius kepada pembangunan pendidikan prasekolah di negara ini. Akta Pendidikan 1996 memperuntukkan aspek-aspek penting mengenai prasekolah, iaitu penubuhan tadika, kuasa Menteri menubuh dan menyelenggara tadika, kurikulum prasekolah, bahasa pengantar, pengajaran Agama Islam dan sebagainya.

Dari segi pendemokrasian pendidikan, dasar yang khusus membolehkan kanak-kanak menikmati peluang pendidikan prasekolah tanpa mengira pendapatan keluarga, kawasan tempat tinggal dan kumpulan etnik termasuk kanak-kanak dengan keperluan pendidikan khas (Children With Special Education Needs).

Di antara prinsip-prinsip asas dasar ialah menyediakan kemudahan pendidikan prasekolah kepada kanak-kanak yang berumur antara 4 dan 6 tahun. Memastikan penggunaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan. Guru-guru prasekolah hendaklah mempunyai latihan dalam bidang pendidikan prasekolah. Memastikan kemudahan fizikal dan peralatan bersesuaian dan berkualiti dibekalkan. Satu mekanisma naziran dan penyeliaan dijalankan. Kerajaan juga memastikan semua institusi pendidikan prasekolah mematuhi Peraturan-Peraturan Pendidikan Prasekolah 1996 seperti yang diperuntukkan dalam Seksyen 24, Akta Pendidikan 1996.

1.2 MATLAMAT PENUBUHAN PRASEKOLAH

Penubuhan prasekolah bertujuan sebagai pusat menyuburkan potensi murid dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah.

2.0 RASIONAL

Rasional penubuhan prasekolah ini adalah untuk memenuhi keperluan masyarakat setempat terhadap kehendak pendidikan awal kanak-kanak . Selain dari hasrat dan cita-cita prasekolah ingin membina sebuah tadika yang mampu melahirkan kanak-kanak yang mempunyai jati diri dan ketrampilan .

Prasekolah juga berhasrat dari segi pembelajaran memberi kanak-kanak pengalaman dalam interaksi dan sosial yang luas dan berkembang dengan kreatif dan inovatif. Prasekolah juga ingin menghasilkan kanak-kanak yang mempunyai sikap mesra masyarakat melalui usahasama penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran kanak-kanak.

Penubuhan prasekolah ini juga bertujuan untuk membantu ibu bapa dalam menyediakan anak-anak mereka melangkah ke alam persekolahan.Suasana yang stimulatif diharap dapat membekalkan anak-anak dari aspek akademik, sosial dan akhlak.

3.0 NAMA, VISI & MISI PRASEKOLAH NAMANama prasekolah saya cadangkan ialah Prasekolah Cemerlang.VISI

" Pengurusan Pendidikan Prasekolah Yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang "

MISI

"Membangunkan Sistem Pengurusan Pendidikan Yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang bagi Memperkembangkan Potensi Individu Sepenuhnya dan Memenuhi Aspirasi Negara."4.0 OBJEKTIF PENUBUHAN

Di negara kita kebanyakan pusat-pusat prasekolah dijalankan oleh pelbagai agensi yang berbeza seperti agensi kerajaan KEMAS, FELDA, Jabatan Perpaduan, Prasekolah Kementerian Pelajaran dan swasta. Memandangkan pusat-pusat prasekolah ini dikendalikan oleh pihak-pihak yang berbeza maka dari segi matlamat dan objektif penubuhannya juga berbeza. Kepentingan kepada pengajaran 3M membuka mata masyarakat tentang pentingnya pendidikan di peringkat prasekolah. Ibu bapa berlumba-lumba memilih pusat prasekolah yang dapat memenuhi harapan dan kehendak mereka. Inilah yang mendorong munculnya pusat prasekolah seperti cendawan tumbuh pada masa sekarang. Pemilihan pusat prasekolah oleh ibu bapa adalah berlandaskan kualiti yang dimiliki oleh sesuatu pusat prasekolah yang menyediakan pendidikan kepada kanak-kanak. Pusat prasekolah yang mempunyai matlamat dan objektif yang menepati kehendak dan harapan akan lebih menjadi tumpuan ibu bapa.

Matlamat penubuhan pusat prasekolah secara umumnya adalah untuk memberi peluang yang sama kepada semua kanak-kanak untuk mendapatkan pendidikan pada umur seawal 4 tahun. Objektif dan matlamat pendidikan prasekolah menggambarkan harapan dan jangkaan yang perlu dicapai oleh kanak-kanak prasekolah. Di sini mari kita lihat apakah penentuan matlamat dan objektif pendidikan prasekolah yang telah dibentuk oleh Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. Pendidikan prasekolah bertujuan menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan untuk masuk ke tahun satu di sekolah rendah. Pendidikan prasekolah membolehkan kanak-kanak mencapai tujuan berikut :i. Mempunyai sifat peribadi, perwatakan dan konsep kendiri yang positif yang menjadi warganegara yang patriotik;ii. Menggunakan bahasa Melayu dengan betul dan memperkembangkan kemahiran bahasa untuk berkomunikasi;iii. Menggunakan bahasa Cina dan bahasa Tamil dengan betul untuk berkomunikasi di sekolah yang menggunakan bahasa pengantar bahasa Cina dan bahasa Tamil;iv. Menggunakan bahasa Inggeris dalam interaksi seharian selaras dengan kedudukannya sebagai bahasa kedua;v. Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian untuk murid-murid beragama Islam;vi. Mengamalkan nilai-nilai murid dalam kehidupan seharian;vii. Mempunyai kemahiran kognitif, kemahiran berfikir dan kemahiran menyelesaikan masalah;viii. Mempunyai kematangan emosi dan kemahiran sosial;ix. Mempunyai kecerdasan dan kemahiran fizikal serta mempraktikkan amalan kesihatan dan keselamatan yang baik; danx. Mempunyai daya kreatif dan estetika unuk menghargai keindahan alam dan warisan budaya.

Walau bagaimanapun secara umumnya apa yang perlu kita faham bahawa prasekolah merupakan tempat kanak-kanak mula belajar membiasakan diri dengan rakan sebaya dan orang dewasa. Di mana mereka berpeluang berinteraksi bersama rakan, meningkatkan kemahiran-kemahiran perkembangan menyeluruh mereka di samping meningkatkan keupayaan berkomunikasi. Peruntukan suatu alam persekitaran yang kaya dan menggalakkan potensi maksimum kanak-kanak ini boleh diwujudkan di pusat prasekolah.5.0 LOKASI

Lokasi prasekolah yang saya cadangkan ialah berdekatan dengan kawasan perumahan dan berdekatan dengan sekolah rendah.6.0 PELAN LANTAIPenyediaan pelan lantai prasekolah yang baik harus mempunyai beberapa bahagian penting yang terasing iaitu bahagian dalam kelas yang merangkumi ruang pembelajaran, ruang dapur, ruang makan, bilik air, ruang rehat bagi kes kecemasan dan stor. Pelan lantai luar kelas prasekolah juga perlu di sediakan bagi reka letak alatan permainan untuk taman permainan kanak-kanak. Masalah utama dalam penyediaan pelan lantai ini ialah saiz kelas prasekolah yang selalunya tidak begitu luas dan menyukarkan guru untuk merancang susun atur peralatan dan perabut. Namun begitu guru harus menggunakan kreativiti tersendiri dalam menghasilkan pelan lantai dan dekorasi yang terbaik untuk keselesaan murid dan menepati kehendak komponen-komponen pembelajaran.RUJUK LAMPIRAN 1 UNTUK PELAN LANTAI.

7.0 KURIKULUM DAN PROGRAM PEMBELAJARANKurikulum dalam prasekolah mesti menggunakan kurikulum asas (Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan, KSPK 2009)

Dalam kurikulum prasekolah ini merupakan usaha untuk menyediakan peluang pembelajaran yang menyeronokkan dan bermaknakepada kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun.Kurikulum prasekolah ini mengambil fokus utama berikut :1. Proses pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan kanak-kanak.

2. Menekankan inkuiri penemuan.

3. Menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran bersepadu, bertema, belajar melalui bermain, pembelajaran kontekstual dan pembelajaran berasaskan projek.

4. Prinsip utama pendekatan dan kandungan pembelajaran perlu sesuai dengan peringkat perkembangan kanak-kanak dan mengambil kira perbezaan antara individu.

Melalui proses pengajaran dan pembelajaran ini, kanak-kanak akan memperoleh konsep dan kemahiran asas yang akan membantu mereka meneruskan pembelajaran ke sekolah rendah kelak.RUJUK LAMPIRAN 2 UNTUK JADUAL PENGAJARAN PEMBELAJARAN DI PRASEKOLAH8.0 ASPEK PEMAKANAN

Aspek pemakanan amat penting dan perlu dititik berat. Kanak-kanak perlu makan makanan yang mengandungi protein, sayur, serat dan vitamin -.Untuk tujuan membestarikan pemakanan, guru dan PPM boleh membuat demontasi memasak dihadapan kanak-kanak dan meminta mereka membantu. Aspek keselamatan perlu diutamakan.Penghayatan nilai-nilai Islam diterap dikalangan kanak-kanak bagi adab makan dan doa makan. Penerangan tentang adab-adab makan cara yang disaran oleh Agama Islam kepada kanak- kanak.Contoh makanan yang tidak sihat seperti nasi basi, keropok, coklat perlu diperjelaskan implikasinya kepada kanak-kanak. Guru akan mengajar kanak-kanak cara melihat dan mengenalpasti tarih luput pada makanan terutama yang disediakan di dalam tin.Beberapa aktiviti yang fikirkan sesuai dalam mauduk pembestarian pemakanan seperti :a. Mengumpul, memotong dan menampal gambar makanan yg digemari dan berbual mengenainyab. Melukis dan mewarnakan gambar bagi menghasilkan buku skrap dan bercerita mengenainyac. Mengumpul, memotong dan menampal gambar makanan yang digemarid. Membentuk makanan daripada dohe. Menyedia dan mengemas tempat makanf. Main peranan atau lakonang. Kanak-kanak menceritakan semula aktiviti memasak diselang seli dengan soalan guruh. Nyanyian atau nasyid berkaitan makanan.

Penyediaan makanan seperti bahan mentah, penyimpanan makanan dan kebersihan alatan memasak sangat penting untuk memastikan kebersihan dan kesihatan kanak-kanak terjamin. Dalam sesbuah tadika haruslah mengaplikasikan beberapa perkara-perkara yang penting untuk memastikan bahagaian penyediaan makanan dalam keadaan bersih dan untuk mengelakkan sebarang keracunan makanan terhadap murid-murid. Sebagai seorang pengurus haruslah mempunyai kemahiran mengelola dan mengurus pemakanan di prasekolah dengan efektif untuk membantu pengurus memilih dan menbeli bahan mentah yang berkhasiat dan bermutu. Pengurus haruslah memilih makanan segar dan bersih untuk menjamin kualiti makanan supaya setiap bekalan bahan mentah tidak cepat rosak. Hal ini kerana, mengelakkan pembaziran wang yang digunakan untuk membeli bahan mentah dan juga masa yang diluangkan untuk mengurus pembelian bahan mentah.

Selain itu, penyediaan makanan haruslah mengikuti makanan kegemaran kanak-kanak, segar dan berkhasiat. Contohnya, Nasi goreng. Seterusnya, lebihkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan kerana ia mengandungi kurang lemak serta murid-murid mendapat bekalan vitamin dan serat dalam pemakanan yang seimbang. Hal ini juga penting untuk kesihatan murid-murid bagi mencegah penyakit kanser mahupun penyakit kronik. Buah-buahan tersebut hendaklah dimakan dengan segera sebagai pencuci mulut ataupun diminum jusnya. Apabila selesainya makan, murid-murid haruslah diberikan air minum untuk mengekalkan suhu dan mengeluarkan sisa bahan daripada badan dan peluh dan air kencing. Sekurang-kurangnya murid-murid mendapat air dalam kuantiti enam hingga lapan gelas sehari.

Seterusnya, makanan yang disediakan haruslah sentiasa bersih, segar dan berkualiti untuk mengelakkan berlaku sebarang risiko yang boleh menjejaskan kesihatan kanak-kanak dalam prasekolah. Pastikan alatan penyediaan makanan sentiasa bersih dan bersesuaian pengunaan di dalam dapur. Contohnya, dapur yang mempunyai papi air, tempat membuang sampah bertutup, sinki untuk mencuci tangan dan pingan mangkuk. Seterusnya peralatan elektrik yang tidak mampu dicapai oleh kanak-kanak. Keadaan lantai dapur sentiasa kering untuk mengelakkan kanak-kanak tergelincir dan terjatuh.

Selain itu, pembantu pengurusan murid memainkan peranan yang penting dalam menjaga kebersihan makanan murid-murid bagi mengelakkan berlakunya masalah seperti keracunan makanan sekaligus boleh menyebabkan penyakit berjangkit dalam kalangan murid-murid. Di samping itu, bagi kakitangan haruslah diberi pendedahan mengenai cara-cara menjaga kebersihan serta sekurang-kurangnya mengikuti bengkel bagaimana penyediaan makanan supaya dalam keadaan berkhasiat serta mengelakkan pembaziran makanan. Bersesuaian dengan fungsi sebagai pembantu pengurusan murid iaitu menyediakan dan menghidangkan makanan dan minuman yang bersih, berzat dan seimbang untuk murid-murid. Seterusnya, sentiasa mengemas dan membersihkan perkakas yang telah digunakan. Oleh itu, pengurus haruslah memastikan bahawa pembantu pengurusan murid tidak lalai dengan bidang tanggungjawabnya dalam membantu pengurusan prasekolah.Berikut merupakan cadangan menu harian prasekolah saya :MENU MAKANAN HARIANPRASEKOLAHCEMERLANGHARI

MAKANAN

MINUMAN

ISNINNASI GORENG/ PISANG

MILO

SELASABIHUN SUP/ GORENG/ APPLE

JUSOREN

RABUMEESUP / GORENG/ PEAR

SUSU

KHAMISNASI CAMPUR/ BUBUR/ PISANG

JUSOREN

JUMAATKEK /SANDWICH/ APPLE

SUSU SOYA

JADUAL DI ATAS BOLEH BERUBAH MENGIKUT BAHAN.

9.0 ASPEK KEBERSIHAN & KESELAMATAN

.Pendidikan yang disediakan kepada anak-anak di sekolah mampu menyediakan modal insan yang berilmu pengetahuan. Hal ini selari dengan aspirasi Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang berazam untuk menyediakan pendidikan yang berkualiti kepada anak-anak agar mereka mampu bersaing dalam dunia globalisasi yang semakin mencabar kini. Hasrat ini dapat direalisasikan jika persekitaran sekolah berada dalam keadaan kondusif kerana anak-anak akan berasa selesa apabila berada di sekolah. Persekitaran yang kondusif ada hubung kait dengan kebersihan kawasan sekolah. Pada pendapat saya, pelbagai langkah boleh dilakukan untuk memastikan kawasan persekitaran sekolah sentiasa bersih. Sahsiah terpuji atau keperibadian unggul memainkan peranan yang sangat dominan dalam membentuk jati diri yang mapan. Sahsiah murid yang mantap mampu memastikan kawasan persekitaran sekolah sentiasa bersih. Murid-murid yang sering membuang sampah merata-rata merupakan individu yang tidak memiliki sahsiah terpuji. Mereka tidak mempunyai perasaan sayang akan sekolah kerana sahsiah mereka pada tahap rendah. Oleh itu, pihak sekolah perlu memastikan murid-murid mempunyai sahsiah yang unggul agar mereka menunjukkan rasa sayang akan sekolah. Pelbagai program boleh dilaksanakan oleh pihak sekolah bagi melahirkan murid yang memiliki sahsiah terpuji. Sebagai contoh, program seperti Kem Jati Diri mampu memupuk rasa sayang kepada sekolah. Aktiviti dalam Kem Jati Diri seperti gotong-royong membersihkan kawasan sekolah misalnya, mampu memupuk rasa cinta murid kepada sekolah. Murid-murid juga dapat berinteraksi antara satu sama lain semasa melakukan kerja gotong-royong. Faedah daripada aktiviti ini ialah kawasan sekolah bukan sahaja menjadi bersih tetapi pada masa yang sama juga hubungan antara murid dapat dieratkan seperti peribahasa sambil menyelam minum air. Oleh itu, jelas bahawa sahsiah yang mantap mampu memastikan kebersihan kawasan persekitaran sekolah. Selain sahsiah yang mantap, penguatkuasaan peraturan sekolah juga mampu memastikan kawasan persekitaran sekolah senrtiasa bersih. Peraturan sekolah digubal adalah untuk memastikan murid-murid dapat mendisiplinkan diri agar mereka menjadi insan yang berguna. Peraturan supaya murid-murid menjaga kebersihan kawasan persekitaran sekolah seperti kantin, padang, kelas, asrama dan sebagainya telah ditulis dalam Buku Peraturan Sekolah. Peraturan ini dirangka supaya murid-murid menjaga kebersihan kawasan persekitaran sekolah dan hukuman akan dikenakan jika mereka didapati melanggar peraturan yang ditetapkan. Sebagai contoh, peraturan seperti mengenakan denda kepada setiap murid yang membuang sampah merata-rata perlu dikuatkuasakan oleh pihak sekolah jika mendapati murid-murid telah membuang sampah merata-rata. Denda melakukan kerja amal seperti membersih tandas sekolah perlu dikuatkuasakan untuk menyedarkan murid-murid supaya mematuhi peraturan yang ditetapkan sekali gus menjadikan setiap hukuman yang dikenakan sebagai pengajaran agar tidak mengulangi lagi pada masa depan. Mereka akan berhati-hati jika ingin membuang sampah merata-rata kerana tidak mahu pisang berbuah dua kali. Oleh itu, penguatkuasaan peraturan juga mampu memastikan kawasan sekolah sentiasa bersih. Di samping itu, kempen juga merupakan wadah yang amat berkesan dalam membina sekolah yang bersih. Kempen yang dilancarkan mampu memberi kesedaran kepada murid-murid agar sentiasa menjaga kebersihan kawasan sekolah. Keselamatan sesebuah prasekolah sangat penting untuk mengelakkan kemalangan murid-murid prasekolah. Sekiranya peraturan keselamatan di ingkari oleh pengusaha tadika ia mengakibatkan perkara yang tidak diingini berlaku. Oleh itu sebagai seorang bakal guru prasekolah, mematuhi peraturan sangat penting untuk keselamatan warga tadika.

Oleh hal yang demikian, terdapat ruang yang boleh mengakibatkan risiko terhadap keselamatan murid-murid iaitu bahagian dalam dan luar bangunan tabika. Dari segi kawasan ruang luar prasekolah haruslah dipagar untuk menyekat pergerakan murid-murid dan menghalang penculik masuk ke dalam tadika. Pastikan juga permukaan longkang dan permukaan lain yang terbuka ditutup untuk mengelakkan murid-murid terjatuh ke dalam longkang semasa melalukan aktiviti luar. Selain itu, taman permainan murid-murid juga dalam keadaan yang selamat untuk digunakan. Contohnya tempat memanjat dan mengelunsur dialas dengan bahan yang lembut untuk mengelakkan kecederaan berlaku semasa murid-murid bermain di taman permainan.

Seterusnya, peraturan keselamatan haruslah diutamakan dalam sebuah tadika bagi memberikan keselesaan kepada murid-murid. Sekiranya terdapat bahan-bahan yang patah, pecah dan tidak digunakan lagi diletakkan di dalam stor ataupun dibuang untuk mengelakkan kemalangan berlaku. Pastikan setiap waktu pintu pagar sentiasa ditutup untuk mengelakkan pencuri ataupun penculik masuk ke dalam tadika. Sebagai seorang guru yang prihatin, haruslah membimbing kanak-kanak mengenai undang-undang dan keselamatan jalan raya iaitu lihat kanan, lihat kiri, lihat kanan, sekiranya tidak ada kereta yang melintas baru melintasi jalanraya. Guru bukan hanya mengajar mengenai keselamatan semasa berada dalam kawasan sekolah malah mengajar mengenai persekitaran di luar kawasan sekolah.

Selain itu, bagi mengurangkan kecederaan dan kemalangan berlaku hindarkan kanak-kanak daripada bermain ditepi longkang, paya dan sungai, kolam ikan. Hal ini dapat diaplikasikan apabila guru dan murid-murid menjalankan aktiviti luar kawasan tabika. Contohnya ke Muzium ataupun Zoo Negara. Seterusnya, apabila murid-murid terlibat dengan aktiviti luar kawasan tabika, guru haruslah menyediakan senarai perserta murid-murid sebagai rekod untuk memastikan keadaan murid-murid selamat. Selain itu, ia dapat membantu pihak polis untuk mencari maklumat murid yang hilang sekiranya berlaku kehilangan murid-murid semasa dalam lokasi. Tambahan pula, sekiranya sesebuah tabika itu menitikberatkan mengenai keselamatan murid-murid, pengurus bolehlah memohon insuran dari pihak yang berkenaan untuk insuran perlindungan murid-murid sekiranya berlaku kemalangan yang tidak di jangkakan.

Berbalik kepada kawasan persekitaran tabika, pastikan tiada tanaman yang berduri, beracun dalam persekitaran tadika serta perkenalkan kepada murid-murid jenis tumbuh-tumbuhan beracun serta serangga perosak dan berbisa. Pastikan tiada benda tajam seperti pengunting pokok bunga tertingal dalam kawasan tabika bagi mengelakkan murid-murid bermain dengan benda yang memberikan risikio yang tinggi terhadap keselamatan murid-murid. Oleh hal itu, seorang pengusaha haruslah mewujudkan persekitaran luar prasekolah yang selamat untuk kanak-kanak bermain dan memanipulasikan objek dalam persekitarannya bagi mengekalkan keselamatan kanak-kanak dalam kawasan tabika.

10.0 KOS PENUBUHANKos penubuhan prasekolah adalah antara RM10,000 hingga RM15, Bagi mereka yang berminat untuk menubuhkan prasekolah dan sudah mempunyai wang simpanan sebanyak RM10,000 RM15,000 sudah mencukupi untuk penubuhan prasekolah tersebut

Cuba lihatcontoh anggaran pengiraan kos ini:.Beli peralatan tadika (meja dan kerusi pelajar, white board dll) :RM4,500

Beli alatan permainan:RM2,000

Keceriaan (mengecap, mural): RM500

Stationery:RM300

Promosi (buat phamplet, signboard, dll): RM1,200

Pengubahsuaian: RM1,500

Deposit sewa premis(anggaran sewa bulanan: RM800): RM3,600

Lain-lain : RM800

Jumlah keseluruhan:RM14,400

11.0 STAF

Seperti yang diperuntukkan oleh kementerian saya berhasrat untuk mengambil dua orang staf sahaja iaitu seorang guru dan seorang lagi pembantu pengurusan murid. Ini adalah kerana prasekoilah yang akan ditubuhkan terhad pengambilan kanak kanak iaitu maksimum adalah 30 orang.Kelulusan untuk guru adalah Ijazah dalam pendidikan Awal Kanak- kanak manakala pembantu pengurusan murid Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ) dan mempunyai perwatakan yang mesra , lemah lembut dan suka kepada kanak kanak serta pandai memasak.

12.0 PENUTUPSaya berharap agar kertas kerja yang saya kemukakan ini diangkat bagi mendapat kelulusan oleh semua pihak yang terlibat dalam dalam penubuhan prasekolah.

Saya berharap penubuhan prasekolah ini adalah untuk melahirkan insan yang cemerlang dan menjadikan pemangkin untuk memajukan bangsa, negara dan berjasa juga pada agama tercapai. Bak kata pepatah, melentur buluh biar dari rebungnya.

2795 PATAH PERKATAAN

RUJUKAN.

Angus, L. (1997). Studies in Educational Policy and Administration (Educational Government).Melbourne:MonashUniversity.

Dr. Shahizan Hasan & Ahmad Shabudin Che Noh. (2005).Panduan MerancangAktiviti Prasekolah.Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing.Educational Planning and Research Division. (2001).Education inMalaysia: A Journey to Excellence.Kuala Lumpur: Ministry of Education.

Haliza Hamzah. et.al. (2008).Perkembangan Kanak-kanak.Kuala Lumpur:Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.Institut Tadbiran Awam. (1991).Malaysia Kita.Kuala Lumpur: Percetakan NasionalMalaysia.Kasnani Ab. Karim. et. al. (2005).Perkembangan Pendidikan Prasekolah. Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.Kasnani Ab. Karim. et. al. (2006).Perkembangan Pendidikan Prasekolah.Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn. BhdKementerian Pelajaran Malaysia. (2007).Huraian Kurikulum PrasekolahKebangsaan. Kuala Lumpur : KPMKementerian Pendidikan Malaysia. (2001).Laporan Tahunan Kementerian Pendidikan Malaysia 2001.Kuala Lumpur: AG Grafik Sdn. Bhd.Mohd. Taib Hashim. (1998). Nota Kursus Penggubalan dan Penilaian Dasar Awam.Kuala Lumpur. INTAN.Nor Hashimah Hashim & Yahya Che Lah. (2007).Panduan PendidikanPrasekolah.Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing.Pindaan Akta Pendidikan 1996 (Akta A1152) yang diwartakan pada Disember 2002.Bahagian Perancangan dan Pembangunan Penyelidikan.(2001).Pembangunan Pendidikan 2001 2010.Kuala Lumpur: Kementerian PendidikanMalaysia.Putri Zabariah. et. al.(2006).Tadika Berkualiti. Kuala Lumpur : PTS ProfesionalPublishing.

15