pentaksiran

27
PROGRAM EKSEKUTIF CUTI SEKOLAH IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN (MATEMATIK) SEMESTER 2 SESI 2013/2014 KOD DAN NAMA KURSUS: SME6044 ISU-ISU KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK (PENTAKSIRAN) TAJUK: TUGASAN 2 NAMA DAN NOMBOR MATRIKS: NAMA NO. MATRIK FU SAI HOE M20131000362 HAZWANI BINTI AWANG MORE M20131000366 LORETA ALAH WAN M20131000370 NAZIRAH BINTI ABD. GHANI M20131000357 (KUMPULAN A: MATEMATIK) PEMARKAHAN

Upload: loreta-long

Post on 23-Jun-2015

371 views

Category:

Education


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pentaksiran

PROGRAM EKSEKUTIF CUTI SEKOLAH

IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN (MATEMATIK)

SEMESTER 2 SESI 2013/2014

KOD DAN NAMA KURSUS:

SME6044 ISU-ISU KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK

(PENTAKSIRAN)

TAJUK:

TUGASAN 2

NAMA DAN NOMBOR MATRIKS:

NAMA NO. MATRIK

FU SAI HOE M20131000362

HAZWANI BINTI AWANG MORE M20131000366

LORETA ALAH WAN M20131000370

NAZIRAH BINTI ABD. GHANI M20131000357

(KUMPULAN A: MATEMATIK)

NAMA PENSYARAH:

PROF DR MARZITA PUTEH

PEMARKAHAN

Page 2: Pentaksiran

SENARAI ISI KANDUNGAN

PERKARA Muka Surat

PENGENALAN 1

ISU 1: DASAR PENDIDIKAN 1

ISU 2: PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERDASARKAN

PEPERIKSAAN

4

ISU 3: PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS 7

ISU 4: STANDARD PENILAIAN BERLAINAN 12

PENUTUP 14

RUJUKAN

Page 3: Pentaksiran

PENTAKSIRAN

PENGENALAN:

Pentaksiran merupakan satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat

penghakiman serta pertimbangan tentang produk sesuatu proses pendidikan. Pentaksiran

merupakan satu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul,

merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seseorang pelajar

bagi sesuatu tujuan (LPM, 2000). Pentaksiran juga merupakan satu proses untuk mendapatkan

gambaran tentang prestasi pembelajaran seseorang pelajar dalam sesuatu subjek atau aktiviti

pembelajaran. Aktiviti pentaksiran dijalankan secara berterusan. Namun, isu pentaksiran dalam

pendidikan sering timbul di mana pendidikan berorientasikan peperiksaan masih berlaku

walaupun Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dilaksanakan, dasar pendidikan negara yang

mempengaruhi pentaksiran itu sendiri, pembelajaran dan pengajaran berdasarkan peperiksaan,

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan standard penilaian yang berlainan.

ISU 1: DASAR PENDIDIKAN

Meneliti sejarah perkembangan sistem pendidikan Negara kita, Penyata Razak (1956)

mewujudkan Dasar Pendidikan Negara dan mendirikan Lembaga Peperiksaan. Di peringkat

awal selain mengendalikan, Lembaga Peperiksaan bertanggungjawab untuk mengendali

peperiksaan Cambridge, peperiksaan Malayan Secondary School Entrance Examination

(MSSEE) dan peperiksaan Lower Certificate of Education (LCE). Pada tahun 1960, Perakuan

Laporan Rahman Talib melaksanakan peperiksaan Kemasukan mata pelajaran elektif dalam

LCE dan SRP,Peperiksaan Penilaian Darjah V (PPDL, Peperiksaan Sijil Pelajaran Vokasional

Malaysia (SPVM) dan Ujian Diagnostik Darjah III (UDT). Seterusnya, Pelaksanaan Laporan

Kabinet (1979) telah menyumbangkan perkembangan sistem pendidikan, iaitu KBSR dan

KBSM. Ini telah menyebabkan berlakunya penyesuaian dalam sistem peperiksaan untuk

memenuhi hasrat dan kehendak kurikulum dan sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara.

Perubahan yang dibuat dalam sistem peperiksaan ialah: Mewujudkan UPSR bagi menggantikan

PPDL,Mewujudkan PMR bagi menggantikan SRP, Menyesuaikan SPM supaya selaras dengan

kehendak KBSM. (Azis & Noraini Idris,2008)

Page 4: Pentaksiran

Oleh itu, sistem pendidikan negara kita dianggap sebagai terlalu berorientasikan

peperiksaan atau exam oriented yang dikatakan kurang sesuai dalam sistem pendidikan abad ini

kerana peperiksaan tidak memberi maklumat yang lebih holistik berkaitan dengan

perkembangan dan peningkatan potensi individu seorang insan. Hal-hal seperti sahsiah, akhlak,

nilai murni, budi pekerti, penampilan diri, kekuatan jasmani, rohani, emosi dan sosial sukar atau

tidak mungkin dapat ditaksir sepenuhnya menggunakan peperiksaan. Isu tersebut telah banyak

dibincangkan dalam artikel pendidikan dan kajian ilmiah serta pelbagai cadangan untuk

memperbaiki suasana ini telah diutarakan. Begitu juga pandangan tentang memberikan terlalu

memberi tumpuan kepada pencapaian dalam peperiksaan akan mendatangkan mudarat dan

disarankan supaya lebih mmentingkan pentaksiran yang holistik. Sebagai contoh, Standard

Kurikulum dibina berasaskan kepada enam tunjang, iaitu Komunikasi; Kerohanian, Sikap dan

Nilai; Kemanusiaan; Ketrampilan Diri; Perkembangan Fizikal dan Estetika; serta Sains,

Matematik dan Teknologi. Enam tunjang tersebut merupakan domain utama yang menyokong

antara satu sama lain dan disepadukan dengan pemikiran kritis, kreatif dan inovatif. Kesepaduan

ini bertujuan untuk membangunkan modal insan yang seimbang, berpengetahuan dan

berketerampilan. Tapi, peperiksaan UPSR hanya dapat menilai domain penyelesaian masalah

berdasarkan prestasi murid.

Dalam Program transformasi pendidikan (GTP), Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun

Razak telah mengumumkan Indeks Prestasi Utama (KPI) enam teras Bidang Keberhasilan

Utama Negara (NKRA) pada Isnin 27 Julai 2009, termasuk bidang usaha bagi mengurangkan

kadar jenayah; memerangi rasuah; meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti;

berkemampuan meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah; memperkasa prasarana

luar bandar dan pedalaman; dan menambah baik pengangkutan awam dalam jangka masa

sederhana. KPI diwujudkan supaya membolehkan rakyat menilai perkhidmatan secara

menyeluruh dari aspek kuantitatif dan kualitatif. (KPM, 2010).

Bagi NKRA untuk meluaskan akses pendidikan berkualiti dan berkemampuan,

menterinya ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin (Timbalan Perdana Menteri, Menteri Pelajaran) dan

kerajaan akan memberi tumpuan kepada 4 sub-NKRA untuk meluaskan akses kepada

pendidikan berkualiti dan berkemampuan iaitu

1. Prasekolah-Meningkatkan kadar penyertaan kanak-kanak berumur (4+ dan 5+) kepada

87% menjelang 2012;serta meningkatkan kualiti pendidikan prasekolah dengan

Page 5: Pentaksiran

menjadikan prasekolah swasta dan agensi-agensi lain sebagai sebahagian daripada sistem

pendidikan kebangsaan72% enrolmen untuk kohort kanak berumur 4+ dan 5+ menjelang

2010

2. Setiap kanak-kanak1 menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi selepas mengikuti

3 tahun pendidikan rendah pada akhir tahun 2012. Literasi & Numerasi (LINUS) 90%

Menguasai Literasi &Numerasi pada 2010

3. Sekolah Berpretasi Tinggi (SBT)-Mewujudkan Sekolah Berprestasi Tinggi yang

mempunyai etos, karakter dan identiti tersendiri. Sekolah -sekolah ini akan melonjakkan

kecemerlangan pelajar ke peringkat paling tinggiSasaran 20 HPS menjelang 2010

4. Tawaran Baru kepada Pemimpin Sekolah-Memperkenalkan penilaian berasaskan

pencapaian untuk menilai Pengetua dan Guru Besar (PGB) dengan menawarkan ganjaran

yang menarik kepada PGB yang melepasi sasaran serta membantu PGB yang lemah

Selaras dengan pelaksanaan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP), Kementerian

Pendidikan Malaysia telah merangka sistem penilaian prestasi pelajar berasaskan sekolah bagi

mengatasi sistem pendidikan kini yang berorientasikan peperiksaan. Menurut Khodori et al.

(2006), terdapat lima komponen utama dalam pelaksanaan Sistem Pentaksiran Pendidikan

Kebangsaan (SPPK) menjelang 2011 ialah pentaksiran sekolah, pentaksiran pusat, peperiksaan

pusat, pentaksiran aktiviti jasmani dan kokurikulum dan ujian psikometrik. Pelaksanaan

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) termasuk dalam komponen pentaksiran pusat merupakan

sebahagian daripada aktiviti yang menyumbang kepada kejayaan SPPK pada masa akan datang.

Oleh yang demikian kepemimpinan guru besar dalam pelaksanaan PBS di peringkat

sekolah amat diperlukan supaya matlamat dan hala tuju SPPK tidak menyimpang dari tujuan

asalnya (Yusof & Mohd Musa, 2011).. Guru Besar sebagai pemimpin pelaksanaan PBS di

sekolah perlu memahami sedalam-dalamnya konsep, prinsip dan prosedur pelaksanaannya. Guru

Besar perlu menyokong dan membantu guru-guru dari semua aspek pelaksanaan PBS serta

menyelesaikan segala permasalahan yang timbul tidak kira sekolah tersebut terletak di Bandar

atau luar bandar maupun faktor jantina guru. Memandangkan pihak pentadbir merupakan

pemandu dan menetapkan hala tuju sesebuah organisasi, adalah timbul isu-isu bahawa pentabbir

terlalu mementingkan pencapaian supaya dapat melepasi KPI, meningkatkan gred purata sekolah

GPS, gred purata mata pelajaran GPMT dan ranking sekolah di sesebuah daerah ataupun di

negeri. Juga, Tawaran Baru kepada Pemimpin Sekolah juga menyumbang faktor kepada

pentadbir di sekolah lebih mementingkan pencapaian murid daripada penguasaan mudid

Page 6: Pentaksiran

walaupun Jemaah Nazir JNJK selalu pesan pembelajaran atau pengajaran untuk peperiksaan

tidak banyak membantu pelajar untuk meningkatkan penguasaan mereka.

Menurut Kohn, A. (2004) sistem pendidikan Negara kita masih mementingkan

pencapaian akademik untuk menilai taraf pendidikan seseorang individu. Ini termasuklah

kemasukan pelajar ke tingkatan 4, tingkatan 6, kolej dan pengambilan dan pengambilan pelajar

untuk kursus matrikulasi dan Ijazaj sarjana muda di peringkat IPTA atau IPTS.

Lagi,pengambilan calon untuk memenuhi jawatan kosong di sektor kerajaan mahupun di sektor

swata juga mencerminkan betapa pentingnya pencapaian akademik bagi seseorang pelajar dan

sekolah.

Juga, guru merupakan pihak utama yang bertanggungjawab dalam pentaksiran

pengajaran dan pembelajaran pelajar, Para guru perlu mempunyai kemahiran pentaksiran

tertentu bagi mengamalkan pentaksiran dengan berkesan. Guru menggunakan pelbagai teknik

pentaksiran, walaupun mereka mungkin tidak diberi latihan yang bersesuaian dalam aspek

pentaksiran dalam bilik darjah (Rosni Zamuddin Shah & Siti Fatihah, 2009). Sehingga kini,

amalan pentaksiran dan kemahiran pentaksiran guru-guru di Malaysia kurang diketahui. Oleh

itu, timbulah isu guru mangajar murid sekadar mementingkan pencapaian dan mengajar

mengikut berdasarkan kehendak dalam peperiksaan.

ISU 2: PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERDASARKAN PEPERIKSAAN

Hari ini, kebanyakan institusi pendidikan lebih mengejar kepada status kecermelangan

dan masing-masing berlumba-lumba untuk menjadi sekolah terbaik dengan menjadikan

keputusan peperiksaan sebagai ukuran. Zaleha Ismail & Arinah Zaidan (2010), “sistem

persekolahan zaman sekarang berasaskan peperiksaan di mana pembelajaran terlalu

menumpukan kepada pengiraan dan penggunaan rumus manakala kaedah pembelajaran terbatas

kepada latih tubi".

Peperiksaan masih merupakan fokus utama dalam pendidikan. Kaedah ini dikatakan

lebih senang dan tidak perlu menyediakan bahan bantu mengajar kerana pembelajaran di dalam

kelas hanya bertumpukan kepada penilaian atau ujian. Namun pengajaran seperti ini tidak dapat

menggalakkan murid untuk mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat. Selain itu, penekanan

Page 7: Pentaksiran

kepada aspek peperiksaan juga telah menyebabkan ramai golongan pendidik mahupun rakyat

lebih menumpukan kepada golongan pelajar cemerlang dan cerdik sahaja dengan sedikit sahaja

perhatian ditumpukan kepada golongan pelajar yang lemah. Hasilnya, murid yang lemah mulai

hilang minat untuk belajar sehingga membawa kepada keciciran dalam pelajaran.

Isu: Tips soalan

Dalam pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas, murid hanya dilatih untuk

menguasai tips soalan yang selalu diuji dalam peperiksaan. Di sekolah, pemberian tips soalan

tentang kertas-kertas peperiksaan membantu murid untuk memudahkan murid untuk

menumpukan perhatian terhadap topik-topik tertentu dalam subjek yang dipelajari.

Perhatian yang lebih diberikan kepada bentuk soalan dengan menjalankan latih tubi

berkenaan jenis-jenis soalan tertentu. Cara ini membolehkan murid menghafal bagaimana cara

soalan tersebut disoal sehingga murid mengetahui corak bagaimana soalan tersebut disoal.

Dengan adanya tips soalan, murid juga dapat menjimatkan masa untuk mengulangkaji tanpa

menyedari yang pembelajaran bukanlah semata-mata untuk mendapatkan gred yang baik dalam

peperiksaan tetapi mendapatkan pendidikan yang bermakna.

Isu: Soalan sasaran

Mempraktikkan soalan sasaran terutamanya terhadap kelas peperiksaan sering menjadi

isu yang sering dikaitkan dengan isu pentaksiran dan penilaian dalam pendidikan. Bagi kelas

peperiksaan, setiap tahun guru atau pendidik akan menetapkan soalan sasaran bagi matapelajaran

yang diajar. Di sekolah, soalan-soalan sasaran diberi kepada murid berdasarkan aras penguasaan

mereka terhadap mata pelajaran tertentu.

Seperti contoh, murid yang mempunyai penguasaan yang lemah dalam Matematk akan

dilatih untuk menjawab soalan-soalan mudah yyang sesuai dengan pengusaan mereka. Bagi

murid yang berpotensi tinggi pula, mereka akan dilatih untuk menguasai pelbagai jenis soalan

sasaran. Ini bertujuan untuk menaikkan bilangan murid yang mendapatkan gred “A” dalam mata

pelajaran tersebut, seterusnya untuk mencapai sasaran gred purata mata pelajaran (GPMP) yang

ditetapkan oleh pihak sekolah.

Page 8: Pentaksiran

Isu: Analisis soalan

Dalam pembelajaran dan pengajaran, murid diajar untuk menganalisis soalan yang sering

dalam peperiksaan. Analisis soalan dilakukan dengan membuat pemerhatian tentang bab-bab

dalam mata pelajaran tertentu yang sering keluar dalam peperiksaan. Analisis bab ini dilakukan

terhadap soalan-soalan peperiksaan lepas seperti soalan Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah

(UPSR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), malah soalan untuk kertas-kertas subjek tertentu di

peringkat institut pengajian tinggi juga dilakukan. Setelah analisis dijalankan, para guru atau

murid dapat meramal soalan peperiksaan yang akan keluar pada masa terkini.

Isu: Kaedah hafalan

Dalam mempelajari sesebuah teori dan rumus, kaedah lama masih digunakan dalam

pengajaran dan pembelajaran dalam kelas iaitu menggalakkan murid menghafal sesuatu rumus

atau teorem. Murid tidak diberi pendedahan tentang bagaimana dan kenapa sesuatu rumus atau

teorem tersebut diterbitkan. Murid hanya perlu menghafal rumus dan langkah-langkah pengiraan

untuk membolehkan mereka menjawab soalan peperiksaan. Dalam pembelajaran di dalam kelas,

murid perlu menghafal teorem atau rumus dan diberi latihan berkaitan dengan penggunaan

tersebut. Proses ini akan diulang-ulang sehingga murid dapat mengingat teorem yang dihafal.

Selain itu, murid juga perlu menghafal corak soalan peperiksaan yang keluar dalam peperiksaan

sebenar.

IMPLIKASI:

Terdapat beberapa kesan daripada pembelajaran dan pengajaran yang berasaskan

peperiksaan. Keyakinan murid tentang tahap penguasaan mereka terhadap Matematik akan

goyah sekiranya soalan ramalan yang mereka ramalkan tidak keluar dalam peperiksaan sebenar.

Murid tidak berjaya menjawab dengan baik kerana mereka tidak mempelajari topik-topik yang

lain dalam mata pelajaran yang dipelajari. Semasa proses pembelajaran, murid hanya belajar dan

menghafal demi lulus dalam peperiksaan. Maka murid kurang mempraktikkan ilmu dan

kemahiran yang dipelajari dalam kehidupan seharian. Sistem pendidikan berorientasikan

peperiksaan memesongkan motivasi murid terhadap pendidikan.

Page 9: Pentaksiran

Pelajar kekurangan personaliti dan kreativiti, dan tidak mempunyai kelayakan untuk

memenuhi kerjaya masa depan. Pembelajaran hafalan membuat pelajar bosan pembelajaran dan

dalam kes-kes paling teruk, malah ada yang mengalami masalah psikologi.

PENAMBAHBAIKAN:

Pihak Kementerian Pendidikan sering kali membuat penambahbaikan dalam system

pendidikan agar system pendidikan negara kita sejajar dengan falsafah pendidikan negara untuk

menghasilkan modal insan yang kreatif, inovatif dan berdaya saing. Dengan itu, satu sistem

pentaksiran diwujudkan iaitu Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). PBS merupakan satu

bentuk pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah. PBS dirancang, ditadbir, diskor dan dilaporkan

secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia

(LPM).

ISU 3: PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperkenalkan Pentaksiran

Berasaskan Sekolah (PBS) selari dengan transformasi Sistem Pentaksiran Pendidikan

Kebangsaan (SPPK). PBS bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi

dan rohani), psikomotor (jasmani) dan sosial selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

yang memberi penekanan kepada aspek Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelektual (JERI).

Komponen PBS terdiri daripada Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Pusat (PP), Pentaksiran

Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK).

Pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) merupakan satu bentuk pentaksiran yang

dilaksanakan di sekolah. Ianya dirancang, ditadbir dan diskor dan dilaporkan secara terancang

mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM). Walaupun PBS

merupakan satu langkah penyelesaian terhadap pendidikan yang berorientasikan peperiksaan di

Malaysia. Namun, masih terdapat beberapa isu yang perlu diperbaiki.

Page 10: Pentaksiran

Isu: Peranan Guru.

Guru akademik memainkan peranan penting dalam memastikan system penilaian yang

berkesan di Malaysia. Semenjak PBS diperkenalkan di sekolah, pelbagai reaksi yang

ditunjukkan oleh guru. Kebanyakan guru merasakan perubahan dalam sistem pendidikan telah

meningkatkan beban mereka. Guru bukan sahaja perlu mengajar tetapi perlu melaksanakan

kerja-kerja pentadbiran dan ko-kurikulum. Guru juga perlu mentaksir dan mengajar dalam masa

yang sama. Ini adalah disebabkan sistem PBS, penilaian dan pengajaran akan berlaku pada masa

yang sama sepanjang tahun. Ini termasuklah pengurusan fail yang rencam meliputi Fail

Perkembangan Murid (FPM), Fail Showcase dan Rekod Transit.

Terdapat juga guru yang kurang pemahaman terhadap dasar dan konsep pentaksiran. Ini

adalah kerana mereka mungkin tidak dipanggil mengikuti kursus PBS tetapi telah diminta oleh

pihak sekolah untuk melakukan penilaian secara PBS. Selain itu, ramai guru yang mengajar

subjek bukan opsyen. Keadaaan ini secara tidak langsung telah menyebabkan kompetensi guru

tersebut sebagai pembimbing dan pemudahcara melaksanakan pentaksiran di dalam kelas sering

dipersoal kurang profesional.

Isu: Batasan dan Kekangan

Batasan dan kekangan yang terlibat adalah masa. Penilaian secara PBS memerlukan

jangka masa yang panjang kerana ia berlaku sepanjang tahun dan secara berterusan. Ini sangat

berbeza dengan sistem penilaian berorientasikan peperiksaan bertulis yang hanya dijalankan

sekurang-kurangnya dua kali setahun.

Seterusnya, kebolehpercayaan yang rendah. Ini merujuk kepada kebebasan guru unruk

melakukan penilaian secara sendiri, berkemungkinan instrumen yang dihasilkan tidak memenuhi

kriteria yang ditetapkan. Secara tidak langsung, penilaian terhadap murid-murid tidak begitu

berkesan.

Batasan yang seterusnya, teknikal dan profesional. PBS adalah satu cara penilaian yang

masih baru. Ada sesetengah guru yang tidak begitu mahir dalam menghasilkan instrument untuk

penilaian. Jadi, latihan yang secukupnya perlu diberikan kepada guru-guru yang terlibat.

Page 11: Pentaksiran

Selain itu, perekodan prestasi murid melalui Sistem Pengurusan PBS (SPPBS) secara

atas talian (online) yang sukar diakses dan memakan masa yang lama. Selain itu, disebabkan

jalur lebar laman KPM yang terhad, sistem SPPBS yang dilaksanakan oleh KPM tersangat

perlahan untuk di access oleh beratus ribu guru di seluruh Malaysia dalam tempoh yang sama.

Ramai guru terpaksa bangun pukul 2 pagi atau 3 pagi semata-mata hendak mengisi markah

murid yang langsung tidak dapat dimasuki pada sebelah siang. Ditambah dengan tarikh tutup

yang ditetapkan oleh KPM kepada beratus ribu guru.

Isu: Bias dalam Penilaian.

Dua aspek yang terlibat adalah dari segi aspek pemerhatian dan lisan. Untuk aspek

pemerhatian guru, ianya adalah subjektif dan terdapat perbezaan antara pemerhatian setiap guru.

Pemerhatian guru adalah berdasarkan apa yang dilihat pada mata kasar sahaja. Guru mungkin

ukar membezakan murid yang benar-benar faham atau tidak terhadap satu aktiviti pengajaran

dan pembelajaran.

Dari segi lisan, di dalam sesebuah kelas, mungkin ada murid yang kurang memberi

respon apabila ditanya dan keadaan ini menyebabkan penilaian suakr dilakukan oleh guru, selain

itu, soalan yang dijawab secara beramai-ramai menebabkan guru sukar menentukan kefahaman

individu murid.

Dipetik daripada akhbar Utusan Malaysia bertarikh 24/2/2014, guru-guru tidak perlu

meneruskan pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) sehingga perkara itu diputuskan

oleh Kementerian Pendidikan dalam masa terdekat.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Khair Mohamad Yuso berkata, Kementerian

Pendidikan mengambil serius mengenai isu pelaksanaan PBS yang dibangkitkan oleh guru-guru

di samping pandangan tentang kesannya terhadap murid.

Berikut kenyataan penuh beliau;

1) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) amat memandang serius mengenai isu

pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang dibangkitkan oleh guru-guru di

samping pandangan akan kesannya kepada murid. PBS merupakan dasar yang

melibatkan pentaksiran secara menyeluruh (holistik) terhadap pencapaian murid. Dalam

Page 12: Pentaksiran

hal pelaksanaannya, KPM sentiasa terbuka dan telus terhadap sebarang rungutan, komen,

pandangan, kritikan daripada guru-guru dan masyarakat

2) Sehubungan dengan itu, selaras dengan arahan Menteri Pendidikan supaya KPM

membuat kajian menyeluruh mengenai perlaksanaan PBS, pihak KPM telah mengambil

inisiatif meneliti semula pelaksanaannya agar dapat mengurangkan bebanan tugas guru.

Kajian dan penelitian ini difokuskan kepada rombakan terhadap perkara-perkara yang

melibatkan kekerapan guru-guru memasukkan data-data berkaitan eviden dan pencapaian

murid yang termasuk juga pengisian borang-borang perekodan prestasi murid yang boleh

membebankan guru-guru.

3) Di samping memastikan kajian dan penelitian tersebut dilaksana secara berkesan, KPM

juga telah mengambil langkah-langkah segera bagi menanganinya seperti berikut;

a) Menangguhkan taklimat PBS di peringkat sekolah rendah dan menengah seluruh

negara bermula pada 17 Februari 2014 bagi mengelakkan kekeliruan terhadap

pelaksanaannya.

b) Mengadakan perbengkelan yang melibatkan guru-guru termasuk kesatuan-kesatuan

guru dalam usaha penelitian dan kajian semula terhadap pelaksanaan PBS. Bengkel

tersebut telah dilaksanakan pada awal dan pertengahan bulan Februari 2014 dan

hasilnya akan dibentangkan semula kepada KPM dalam tempoh terdekat.

c) Menubuhkan Jawatankuasa Task Force PBS di peringkat KPM yang mengadakan

mesyuarat setiap minggu bagi meneliti dan menilai perkembangan setiap tindakan

terhadap penelitian PBS.

d) Mewujudkan War Room PBS di peringkat KPM untuk menangani isu-isu berbangkit

berkaitan pelaksanaan PBS dengan segera dan berkesan termasuk membuat

maklumbalas segera mengenainya dari semasa ke semasa; dan

e) usaha-usaha penambahbaikan terhadap capaian Sistem Pengurusan Pentaksiran

Berasaskan Sekolah (SPPBS) juga sedang dilaksanakan di peringkat KPM bagi

memastikan guru-guru boleh mengakses sistem tersebut secara lebih mudah dan

berkesan.

4) Kesemua tindakan tersebut diambil adalah bagi memastikan setiap elemen pelaksanaan

PBS dapat memberikan taksiran secara holistik terhadap murid dan dalam masa yang

sama dapat mengurangkan bebanan tugas guru yang melaksanakannya. KPM akan

memaklumkan hasil penelitian dan kajian semula berkaitan hal ini termasuk tindakan

selanjutnya terhadap pelaksanaan PBS setelah Menteri Pendidikan berpuas hati dengan

penambahbaikan yang dicadangkan dengan mengambilkira dapatan kajian terbaru KPM,

Page 13: Pentaksiran

rungutan para guru dan pandangan masyarakat termasuk oleh Suara Guru Masyarakat

Malaysia (SGMM).

5) Buat masa ini guru-guru tidak perlu meneruskan perlaksanaan PBS sehingga satu

kenyataan mengenainya dibuat oleh KPM dalam masa yang terdekat.

PENAMBAHBAIKAN:

Pertama, ialah penggunaan Dokumen Standard Prestasi (DSP) yang menyebabkan guru

terikat dengan bilangan pernyataan deskriptor dan pernyataan evidens yang banyak.  Bagi

menangani isu ini, KPM telah menetapkan DSP dipermudahkan menjadi Panduan

Perkembangan Pembelajaran Murid serta Dokumen Standard Prestasi dan Kurikulum.

Guru mengajar menggunakan kurikulum kebangsaan yang dibangunkan berdasarkan

tema, tajuk atau kemahiran mata pelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Guru seterusnya

mentaksir perkembangan pembelajaran murid berdasarkan pemerhatian dan penilaian mereka

sendiri dengan merujuk kepada Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid tersebut.

Selain itu, guru boleh merekodkan tahap penguasaan murid mengikut kesesuaian masa

dan kaedah mereka sendiri. Perekodan ini menggambarkan perkembangan pembelajaran murid

semasa proses pengajaran dan pembelajaran yang boleh dimaklumkan kepada ibu bapa. Dengan

yang demikian, guru tidak lagi dibebankan dengan pengumpulan data dan evidens hasil kerja

murid melalui pernyataan evidens yang terlalu kompleks.

Bagi ibu bapa yang ingin mengetahui tahap pencapaian anak-anak mereka, pihak sekolah

boleh menyediakan pelaporan pencapaian dengan mengadakan ujian bulanan, peperiksaan

pertengahan tahun atau peperiksaan akhir tahun sekolah.

Guru juga tidak perlu lagi menyediakan Fail Perkembangan Murid dan melengkapkan

Rekod Transit. Perekodan perkembangan pembelajaran murid boleh dilakukan mengikut

kesesuaian masa guru.

Oleh kerana bilangan pernyataan deskriptor dan evidens telah dikurangkan, secara

automatik guru-guru tidak akan dibebankan dengan kesibukan mengisi dan merekodkan

penilaian pelajar ke dalam sistem komputer berpusat. Bagi memastikan guru memberi fokus

Page 14: Pentaksiran

terhadap pengajaran dan pembelajaran, guru tidak perlu lagi mengisi data penguasaan murid

menerusi SPPBS secara online seperti sebelum ini. Guru boleh merekodkan perkembangan

pembelajaran murid secara offline.

Menerusi PBS juga, peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) di Tingkatan 3

akan digantikan dengan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3). Ini bermakna tiada peperiksaan berpusat

untuk pelajar Tingkatan 3 yang akan dilaksanakan di peringkat sekolah. Penambahbaikan PBS

akan di laksanakan mulai 1 April 2014.

ISU 4: STANDARD PENILAIAN BERLAINAN

Kurikulum yang berubah-ubah menyebabkan penilaian turut mengalami perubahan.

Kurikulum adalah rancangan pendidikan yang sentiasa mengalami perubahan. Dalam konteks

pendidikan di Malaysia, perancangan dan pembentukan kurikulum khususnya didasari oleh

falsafah dan matlamat pendidikan negara yang menentukan arah haluan, asas dan sumber

inspirasi kepada semua usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan.

Apabila sesebuah kurikulum diperbaharui atau ditambahbaik, ianya merupakan

kurikulum yang sedia ada di mana ianya diberi elemen-elemen baru yang sebelumnya tidak

terdapat dalam kurikulum tersebut. Hal ini adalah bagi menjadikan kurikulum itu lebih berkesan

berbanding kurikulum sebelumnya. Pembaharuan kurikulum berlaku disebabkan beberapa faktor

iaitu kewujudan dan perkembangan ilmu-ilmu baru serta disemarakkan oleh kehendak

masyarakat yang inginkan perubahan.

Untuk memperbaharui sesebuah kurikulum beberapa langkah perlu diambil bagi

memastikan proses pembaharuan sesebuah kurikulum itu berjalan lancar iaitu:

a. Mengenalpasti masalah untuk membuat pembaharuan

b. Mengenalpasti ketidakselarasan yang wujud antara kurikulum sedia ada dengan

masalah-masalah yang telah dikenalpasti

c. Mewujudkan objektif pembaharuan kurikulum

d. Mewujudkan rangka bentuk atau model bagi perubahan, jadual kerja dan pihak

yang terlibat

e. Membuat jangkaan atau andaian mengenai hasil kurikulum yang telah diperbaharui

Page 15: Pentaksiran

f. Melaksanakan proses pembaharuan tersebut.

Oleh itu, kurikulum ini akan berubah mengikut peredaran zaman dan juga mengikut

perkembangan dunia semasa supaya dapat membekalkan modal insan yang berpotensi dalam

segala bidang.

Penilaian hendaklah dianggap sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan

pembelajaran, bukannya semata-mata dijalankan melalui ujian dan peperiksaan sahaja. Ia

merupakan satu proses pengumpulan maklumat berkenaan dengan kemajuan dan prestasi

pelajar. Dengan itu, di peringkat sekolah berbagai-bagai kaedah penilaian digunakan untuk

mendapatkan maklumat tentang kemajuan dan pencapaian pelajar.

Proses menilai dapat memberi maklumat tentang pencapaian objektif pelajaran, kaedah

mengajar seseorang guru dan keberkesanan sesebuah kurikulum. Penilaian boleh dilakukan

dengan menggunakan maklumat atau data yang berbentuk kualitatif atau kuantitatif. Secara

kuantitatif, maklumat yang diperoleh melalui penilaian dinyatakan dengan dalam bentuk angka

dan maklumat ini boleh dikumpul, disusun, diperkemas dan diringkaskan dalam kaedah atau

gambaran yang lebih mudah difahami. Secara kualitatif pula, maklumat dapat dinyatakan

mungkin tidak mengikut angka yang tepat tetapi dapat menjelaskan atau menerangkan

perubahan tingkah laku yang dapat dilihat secara nyata.

Penilaian merupakan proses mengumpul maklumat untuk membuat keputusan berkenaan

dengan kemajuan, perkembangan, penguasaan dan pencapaian murid dalam pembelajaran.

Penilaian boleh dijalankan secara formatif dan sumatif.

Oleh itu, guru memainkan peranan penting dalam mengesan kebolehan, kemajuan dan

pencapaian murid. Guru menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai, merancang dan

membina instrumen penilaian, menganalisis maklumat penilaian, melapor dan membuat

tindakan susulan. Melalui aktiviti, guru dapat memastikan perkembangan potensi secara

menyeluruh dan bersepadu dalam aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras dengan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Terdapat pelbagai isu yang timbul berbangkit mengenai penilaian ini. Pelaksanaan

penilaian itu sendiri berbeza mengikut budaya, kesesuaian dan individu itu sendiri. Akibatnya,

Page 16: Pentaksiran

pelajar manjadi kurang bermotivasi untuk belajar kerana tidada pencapaian yang jelas. Hal ini

adalah kerana apabila sesorang pelajar itu sudah menguasai sesuatu tahap penguasaan yang

dikehendaki, ianya sudah mencukupi. Ketidakselarasan intsrumen penilaian juga merupakan

antara isu yang timbul dalam penilaian. Instrumen yang dibina adalah berbeza-beza bagi setiap

sekolah dan guru masing-masing. Instrumen yang dibina terlalu mudah dan tidak menguji

sepenuhnya penguasaan murid.

PENUTUP:

Sistem penilaian dan peperiksaan meletakkan satu standard yang tinggi supaya dapat melahirkan

generasi yang berilmu dan berwibawa. Pengendalian sistem peperiksaan dan penilaian yang

profesional dan sistematik menjadikan sistem pendidikan kita diiktiraf dunia. Penilaian yang

dilaksanakan dengan sempurna oleh guru dapat membantu murid mengatasi masalah

pembelajaran yang telah dikenal pasti pada peringkat awal lagi supaya kelemahan tersebut tidak

terhimpun seterusnya. Melalui aktiviti tindakan susulan yang efektif, guru dapat membantu

murid meningkatkan kemajuannya dalam pembelajaran dan seterusnya memperoleh pencapaian

cemerlang dalam penilaian sumatif dan penilaian di peringkat pusat dan dalam diri murid dari

aspek kognitif/pemikiran afektif/perasaan dan tingkah laku moral.

Page 17: Pentaksiran

RUJUKAN

Azis Nik Pa & Noraini Idris (2008). Perjuangan memperkasakan pendidikan di Malaysia:

pengalaman 50 tahun merdeka. Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan Publications

Khodori et al. (2006). Pentaksiran Berasaskan Sekolah – Cara Australia. Utusan Malaysia

(Sisipan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia), 26 Oktober 2006.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Kenyataan Media Y.b Menteri Pendidikan Tan Sri

Muhyiddin Mohd Yassin Mengenai Penambahbaikan Pentaksiran Berasaskan Sekolah

(PBS). Internet. http://www.moe.gov.my/v/pemberitahuan-view?id=4122 Diakses pada

29 Mei 2014

Kementerian Pendidikan Malaysia (2010). Taklimat Bidang Keberhasilan Utama Nasional

(NKRA) Pendidikan 2010. Internet. http://www.moe.gov.my/userfiles/file/nkrakpm.pdf

Diakses pada 1 Jun 2014

Kohn, A. (2004). Inilah Sekolah Idaman Pelajar: Siri Pembangunan Profesion Perguruan.

Kuala Lumpur: ITBM

Mok Soon Sang (2008). Educational Psychology And Pedagogy: Learner And

Learning Environment. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Mok Soon Sang (2003). A Mathematics Course for Diploma of Education Semester

1. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman SDN. BHD.

Mok Soon Sang (2003). An education Course for K.P.L.I Theme 1. Selangor:

Kumpulan Budiman SDN. BHD.

Rosni Zamuddin Shah & Siti Fatihah (2009). Kesediaan Guru Sekolah Menengah di Daerah

Kota Baharu Dalam Melaksanakan Sistem Penilaian Prestasi Pelajar Berasaskan Sekolah.

Internet.

http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdffail/ptkghdfwP2/p_2009_9017_ac6e5a10d2774

efc8c200070bf5b34ca.pdf Diakses pada 1 Jun 2014

Sanitah Mohd Yusof dan Norsiwati Ibrahim. (2012). Kesediaan Guru Matematik Tahun Satu

Dalam Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Di Daerah Kluang.

Journal of Science and Mathematics Education, 6, 26-38.

Syed Ismail dan Ahmad Subki (2010). Guru dan Cabaran Semasa.:Selangor. Penerbitan

Multimedia Sdn. Bhd.

Utusan Malaysia. PBS ditangguh, teliti kesan bebanan guru. Internet.

http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140224/dn_03/PBS-ditangguh-teliti-

kesan-bebanan-guru#ixzz33NdkGCyw Diakses pada 2 Jun 2014

Page 18: Pentaksiran

Yusof & Mohd Musa (2011).Kepemimpinan Guru Besar Dalam Pelaksanaan Pentaksiran

Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Kebangsaan Daerah Kota Tinggi, Johor.

Internet

.http://eprints.utm.my/11929/1/Kepemimpinan_Guru_Besar_Dalam_Pelaksanaan_Pentak

siran_Berasaskan_Sekolah.pdf Diakses pada 1 Jun 2014