pengertian pentaksiran

27
PENGERTIAN DAN KONSEP Pentaksiran Pengujian Pengukuran Penilaian Perkaitan antara Pentaksiran, Pengujian, dan Penilaian

Upload: ian-john

Post on 12-Jan-2016

497 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Pentaksiran

TRANSCRIPT

Page 1: Pengertian Pentaksiran

PENGERTIAN DAN KONSEP

• Pentaksiran

• Pengujian

• Pengukuran

• Penilaian

• Perkaitan antara Pentaksiran, Pengujian, dan Penilaian

Page 2: Pengertian Pentaksiran

PENTAKSIRAN

Page 3: Pengertian Pentaksiran

DEFINISI PENTAKSIRAN

Pentaksiran merupakan satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman serta pertimbangan tentang pelajar dalam proses pendidikan.

Dari konteks pendidikan pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seorang pelajar bagi sesuatu tujuan.

Pentaksiran juga merupakan satu proses untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi pembelajaran seseorang dalam sesuatu subjek atau aktiviti pembelajaran.

Aktiviti pentaksiran dijalankan secara berterusan.

Page 4: Pengertian Pentaksiran

Tujuan Pentaksiran

Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran

Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran

Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran memperbaiki pengajaran-pembelajaran.

Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan sistematik bersesuaian dengan tahap keupayaan murid.

Melibatkan semua atau sebahagian besar murid dalam kelas secara efektif.

Merancang dan melaksanakan aktiviti tindak susul yang berkesan.

Memperbaiki pengajaran dan pembelajaran

Page 5: Pengertian Pentaksiran

Jenis-jenis Pentaksiran

Pentaksiran dalam bilik darjah terbahagi kepada tiga iaitu:

i. pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning)

ii. pentaksiran sebagai pembelajaran (assessment as learning)

iii. pentaksiran kepada pembelajaran (assessment

of learning) .

mozuba education tools 2009

Page 6: Pengertian Pentaksiran

Pentaksiran Untuk Pembelajaran (Assessment For Learning)

proses pembelajaran berterusan

dijalankan untuk memastikan setiap pelajar atau murid memahami dan dapat menterjemahkan kehendak tugasan

supaya guru boleh menentukan apa yang boleh dibantu dalam meningkatkan prestasi pelajar dan murid.

pelajar dan murid akan belajar secara bersendirian dengan cara dan kehendak mereka sendiri.

Page 7: Pengertian Pentaksiran

Pentaksiran Sebagai Pembelajaran (Assessment As Learning)

proses membentuk dan menyokong metakognisi (iaitu memikir atau mencari jawapan kepada pemikiran sendiri) pelajar dan murid

memberi tumpuan atau memberi fokus terhadap peranan pelajar atau murid sebagai penguhubung yang kritikal diantara pentaksiran dan pembelajaran – pelajar akan belajar secara bersendirian dengan cara dan kehendak mereka sendiri.

pelajar berupaya mengesan informasi & maklumat, menghubungkaitkan informasi dan maklumat kepada pengetahuan berkaitan dan mengunakannya untuk tujuan pembelajaran. Ini adalah sesuatu proses pengawalan dalam meta-kognisi (meta-cognition).

ianya berlaku apabila pelajar atau murid memantau pembelajaran kendiri dan mengunakan maklumbalas yang diperolehi untuk membuat pembetulan, penyesuaian, dan mungkin juga pertukaran dan perubahan dalam apa yang mereka fahami.

Page 8: Pengertian Pentaksiran

Pentaksiran Kepada Pembelajaran (Assessment Of Learning)

berbentuk sumatif (summative) secara semulajadi dan digunakan untuk memastikan apa yang diketahui dan apa yang pelajar dan murid boleh lakukan,

mendemonstrasikan samada mereka berjaya mendapatkan atau memahami kehendak hasilan kurikulum serta kebiasaannya,

menunjukkan bagaimana mereka ditempatkan atau diletakkan dan dihubungkaitkan dengan yang lain

Page 9: Pengertian Pentaksiran

PENTAKSIRAN ialah satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan.

Proses : Langkah / tindakan / operasi yang digunakan untuk mendapatkan hasil yang dikehendaki.

Maklumat : Bukti tentang prestasi pelajar dalam sesuatu perkara yang ditaksir.

Penghakiman: Proses pertimbangan tentang pencapaian pendidikan pelajar.

Produk : Pengetahuan, kemahiran dan nilai yang pelajar peroleh setelah melalui proses pendidikan.

Ringkasan Pentaksiran

Page 10: Pengertian Pentaksiran

PENGUJIAN

Page 11: Pengertian Pentaksiran

DEFINISI

Pengujian merupakan proses mengaturkan satu siri tugasan untuk diselesaikan supaya pemerhatian tepat dibuat tentang penguasaan pelajar dalam sesuatu mata pelajaran.

Ujian adalah alat ukur. digunakan bagi mengukur ‘penguasaan’ pelajar dalam

sesuatu kursus. mengandungi satu set tugasan (dalam bentuk tugasan)

yang berdasarkan sesuatu kursus bagi merangsang pelajar untuk ‘menunjukkan’ tahap penguasaan mereka dalam kursus berkenaan. Tahap penguasaan pelajar biasanya dikuantifikasikan dengan

memberi skor kepada jawapan yang diberi.

Page 12: Pengertian Pentaksiran

Definisi Pengujian (samb..)

Menurut Cronbach (1970)

“Ujian ialah satu prosedur yang sistematik untuk memerhati perlakuan atau tingkah laku seseorang individu dan menjelaskannya dengan batuan skala bernombor, atau satu sistem yang berkategori”.

Contoh skala bernombor ialah angka 30/100 untuk ujian penglihatan, 100/120 untuk ujian kecerdasan (IQ Test) dan 80/100 bagi ujian pencapaian bagi sesuatu mata pelajaran seperti Sains.

Contoh sistem berkategori pula ialah “ekstrovert” atau “introvert” bagi ujian personaliti, atau “rabun warna” bagi ujian

penglihatan.

Page 13: Pengertian Pentaksiran

Ringkasan Pengujian

Ujian : Suatu cara sistematik untuk mengukur perubahan tingkah

laku individu individu (pelajar).

Bahan ukur : Soalan yang kebolehpercayaan.

Tujuan pengujian : mengesan kemajuan / pencapaian/ penguasaan pelajar terhadap

suatu bidang pelajaran.

Alat pengukur : Kognitif, Psikomotor, Afektif.

Page 14: Pengertian Pentaksiran

PENGUKURAN

Page 15: Pengertian Pentaksiran

DEFINISI

Suatu proses untuk mendapatkan penjelasan secara kuantitatif/numerifk tentang sebanyak mana individu atau pelajar mempunyai

suatu ciri yang diukur dengan menggunakan alat tertentu untuk menentukan sejauh mana seseorang individu memiliki

prestasi/ciri-ciri tertentu Contoh:

Ramli mendapat 60 peratus dalam ujian Matematik. Prestasi Ramli tidak dinyatakan sama ada baik atau sebaliknya. Dalam hal ini, pencapaian matematik hanya diukur tanpa memberikan nilai kepada ukuran yang diperoleh. Justeru, pengukuran hanya menentukan tahap prestasi/ ciri tertentu sesorang individu atau pelajar mengikut alat yang digunakan.

Kemahiran melukis seseorang pelajar boleh diukur melalui pemerhatian/ pencerapan, sementara pengetahuan dan sikapnya boleh diukur melalui temubual.

mozuba education tools 2009

Page 16: Pengertian Pentaksiran

CIRI PENGUKURAN

Tidak bersifat mutlak, kecuali pada pengukuran yang menggunakan skala nisbah.

Contoh, o Pengukuran keupayaan mental seseorang sudah tentu lebih sukar diukur secara

tepat berbanding ketinggian fizikalnya. o Ketinggian fizikal seseorang boleh diukur secara tepat dengan menggunakan alat ukur

yang tepat sepeti penggunaan pembaris. o Seseorang pelajar yang mendapat skor 90 tidak boleh dianggap mengetahui dua kali

ganda daripada pelajar yang mendapat skor 45, walaupun 90 itu adalah dua kali ganda 45

o Seseorang yang mendapat skor sifar juga tidak boleh dianggap sebagai tidak mempelajari atau mengetahui tentang sesuatu pelajaran yang diajar guru. Ukuran aspek-aspek berkenaan bukanlah petunjuk yang tepat sebagaimana ukuran ketinggian fizikal pelajar menggunakan pembaris. Maka ia tidak bersifat mutlak.

Page 17: Pengertian Pentaksiran

Jenis-jenis Pengukuran

Dua jenis pemboleh ubah asas pengukuran: jenis kuantitatif : 20 %, 50% dan 80% jenis kategori. : motivasi rendah, motivasi sederhana dan

motivasi tinggi.

Kedua-dua jenis pembolehubah ini boleh ditentukan aras ukurannya dengan menggunakan menggunakan empat jenis skala iaitu: Skala Nominal Skala Ordinal Skala Interval Skala Nisbah

mozuba education tools 2009

Page 18: Pengertian Pentaksiran

Jenis-jenis Pengukuran (samb…)

Skala Nominal Objek dikategorikan mengikut tanda/kumpulan yang “mutual

eksklusif”, di mana tidak perlu ada perkaitan diantara kategori. Tidak perlu aturan atau ruangan

Contoh 1 = lelaki, 2 = perempuan (tidak ada 1.5 atau pengukuran lain di antaranya).

Contoh lain: umur, pekerjaan tetap dan bangsa

Skala Ordinal Skala yang memberikan nilai pemeringkatan atau penurunan Contoh: Angka 1- sangat tidak setuju; 2- kurang setuju;

3- sederhana setuju; 4- setuju; 5- sangat setuju

Page 19: Pengertian Pentaksiran

Jenis-jenis Pengukuran (samb…)

Skala Interval Data yang mempunyai ciri pemeringkatan dengan perbezaan bagi setiap

unit sela yang sama nilai. Contoh: Perbezaan suhu antara 35 darjah selsius dengan 25 darjah selsius adalah

sama dengan perbezaan suhu 15 darjah selsius dan 5 darjah selsius iaitu sebanyak 10 darjah selsius. Skala ini tidak mempunyai nilai yang mutlak kerana ia disandarkan kepada jarak antara suatu nilai dengan nilai yang lain.

Skala Nisbah Skala paling mudah dan berkuasa kerana ia mempunyai titik sifar asal yang

unik (bukan titik rambang yang asal). Ia mengumpulkan semua sifat diantara semua skala.

Contoh : Orang yang mempunyai berat 80 kg adalah 2 kali lebih berat dari orang yang mempunyai berat 40 kg. Mengganda atau membahagikan kedua-dua nombor ini dengan sebarang nombor diberi akan memberikan nisbah 2:1

Page 20: Pengertian Pentaksiran

PENILAIAN

Page 21: Pengertian Pentaksiran

DEFINISI

Definisi penilaian ini membawa maksud objektif pengajaran perlu dikenal pasti terlebih dahulu sebelum penentuan pencapaian objektif tersebut dibuat berasaskan pertimbangan terhadap bukti empirikal.

Bukti empirikal pencapaian biasanya diperoleh secara pengukuran terhadap penguasaan pelajar dengan menggunakan alat ukur yang dinamakan ujian.

Penilaian menghasilkan nilai kuantitatif untuk menentukan peringkat pencapaian dan kedudukan dalam pembelajaran.

Penilaian merangkumi aspek pengujian dan pengukuran.

Page 22: Pengertian Pentaksiran

Definisi Penilaian (samb..)

Kepentingan pengujian bagi mengukur perubahan tingkah laku pelajar seperti yang dinyatakan tadi, dikukuhkan oleh Milagros 1981, (dipetik dari Raminah, 1991) yang menegaskan bahawa:

“Ujian adalah suatu cara untuk mendapatkan contohan perlakuan yang diperlihatkan oleh murid di dalam keadaan yang dikawal atau ditentukan. Maklumat yang diperoleh daripadanya akan dijadikan dasar untuk membuat penilaian atau pengadilan”.

(Raminah 1991:2).

mozuba education tools 2009

Page 23: Pengertian Pentaksiran

Kuantifikasi dan Kualifikasi Dalam Penilaian

Penilaian pendidikan membabitkan dua unsur utama iaitu kuantifikasi dan kualifikasi. Kuantifikasi menggunakan ujian bagi mengukur kewujudan bukti empirikal

penguasaan pelajar dalam sesuatu kursus yang diajar.

Kualifikasi menggunakan pertimbangan nilai terhadap bukti empirikal penguasaan pelajar bagi membuat keputusan sama ada objektif pengajaran dan pembelajaran dicapai atau tidak.

Bukti empirikal penguasaan pelajar dalam bentuk skor yang sahih dan boleh dipercayai sangat diperlukan bagi membuat penilaian.

Semakin tepat guru mengukur pencapaian pelajar, semakin tepat penilaian guru terhadap keberkesanan pengajarannya

Page 24: Pengertian Pentaksiran

KONSEP

Perkembangan dalam bidang penilaian menunjukkan banyak cara kita boleh menilai pengajaran guru.

Antara pelbagai jenis penilaian yang sering dilakukan di sekolah adalah penilaian terhadap disertasi, projek, kajian kes, portfolio, bengkel, seminar, oral pelajar.

Bukti empirikal dikumpul secara sistematik berasaskan maklumat sahih, tekal, telus dan boleh dipertahankan.

Tanpa bukti empirikal, pertimbangan terhadap pencapaian

objektif pengajaran dan pembelajaran mungkin dibuat berasaskan pendapat iaitu pertimbangan nilai bersifat subjektif, pincang dan rapuh.

Page 25: Pengertian Pentaksiran

KONSEP (samb…)

Memandangkan ujian merupakan alat ukur yang sering digunakan untuk mendapatkan bukti empirik bagi tujuan penilaian pengajaran dan pembelajaran di sekolah, tumpuan perlu diberi bagi membina ujian yang bermutu, mentadbir ujian berkenaan dengan betul dan mentafsir dapatannya dengan tepat.

Kita perlu memastikan penilaian terhadap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dapat dilakukan dengan sempurna dan boleh dipertahankan.

Satu daripada cara-cara memastikan ini berlaku ialah dengan menjalankan pengujian yang berkualiti.

Page 26: Pengertian Pentaksiran

Tujuan Penilaian Membantu guru mengetahui keupayaan penguasaan pelajar. Membantu guru dalam membuat perbandingan antara seseorang pelajar dengan rakan-

rakannya atau antara kelas tersebut dengan kelas yang lain. Membuat perbandingkan pencapaian pelajar dalam subejk tersebut dengan pencapaian

dalam subjek lain. Menentukan pelajar yang tinggi keupayaannya dan yang amat lemah keupayaannya dan

lemah pencapaiannya Membantu guru dalam menentukan pengayaan dan pemulihan bagi pelajar yang berkenaan. Membantu guru dalam membuat jangkaan terhadap potensi atau bakat pelajar terhadap

pembelajaran. Membolehkan guru menilai bahan-bahan dan teknik serta kaedah pengajaran mereka. Melalui ujian penilaian yang dilakukan guru dapat berusaha meningkatkan keberkesanan

pengajaran mereka. Pelajar berpeluang mengetahui kelemahan dalam sesuatu kemahiran atau bidang dan

segera memperbaikinya.

Page 27: Pengertian Pentaksiran

Hubungan Pengujian-Pengukuran-Penilaian