penilaian kendiri seminar

4
PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG) SEMINAR PENDIDIKAN TAJUK: ETIKET SOSIAL PENILAIAN KENDIRI Nurfaiza Binti Ab Kadir 900213-01-5358 PISMP PK4 Januari 2010 Program Bina Insan Guru (BIG), seminar pendidikan yang dilaksanakan kali ini sememangnya memberikan impak yang besar dalam diri saya sebagai seorang bakal guru. Pelbagai ilmu yang bermanfaat diperolehi sepanjang seminar ini berlangsung. Melalui seminar pendidikan yang membawa tajuk etiket sosial, dapat menerapkan pelbagai nilai keguruan dalam diri saya. Antaranya, berketerampilan. Sebagai seorang guru, keterampilan diri adalah penting dalam membina rapo dengan para pelajar. Hal ini kerana keterampilan diri guru yang kemas dan sedap mata memandang dapat membina hubungan sosial yang baik antara guru dengan pelajar dan ibu bapa. Maka proses penyampaian dan penerimaan maklumat akan lebih mudah dilaksanakan. Guru berperanan sebagai agen sosialisasi dan penjana modal insan dalam masyarakat. Nilai-nilai utama yang patut diamalkan oleh guru

Upload: najwazainuddin

Post on 19-Jan-2016

17 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Penilaian Kendiri Seminar

PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG)

SEMINAR PENDIDIKAN

TAJUK: ETIKET SOSIAL

PENILAIAN KENDIRI

Nurfaiza Binti Ab Kadir

900213-01-5358

PISMP PK4 Januari 2010

Program Bina Insan Guru (BIG), seminar pendidikan yang dilaksanakan kali ini

sememangnya memberikan impak yang besar dalam diri saya sebagai seorang bakal

guru. Pelbagai ilmu yang bermanfaat diperolehi sepanjang seminar ini berlangsung.

Melalui seminar pendidikan yang membawa tajuk etiket sosial, dapat

menerapkan pelbagai nilai keguruan dalam diri saya. Antaranya, berketerampilan.

Sebagai seorang guru, keterampilan diri adalah penting dalam membina rapo dengan

para pelajar. Hal ini kerana keterampilan diri guru yang kemas dan sedap mata

memandang dapat membina hubungan sosial yang baik antara guru dengan pelajar

dan ibu bapa. Maka proses penyampaian dan penerimaan maklumat akan lebih mudah

dilaksanakan. Guru berperanan sebagai agen sosialisasi dan penjana modal insan

dalam masyarakat. Nilai-nilai utama yang patut diamalkan oleh guru adalah

keharmonian, kemahiran sosial, semangat bermasyarakat, patriotis dan sebagainya.

Guru yang berketerampilan dan mempunyai kemahiran sosial yang baik akan dijadikan

sebagai model oleh pelajar untuk dicontohi dan dijadikan panduan dalam membentuk

keperibadian diri mereka.

Page 2: Penilaian Kendiri Seminar

Selain itu, melalui seminar ini juga, dapat memperkembangkan diri saya dengan

memberi suntikan semangat untuk menjadi seorang guru yang berketerampilan dan

berakauntabiliti yang tinggi terhadap murid, ibu bapa, masyarakat dan negara bagi

memastikan sistem penyampaian ilmu, kemahiran dan nilai yang berkesan seterusnya

menjadi agen sosialis dan perubahan masyarakat dengan mempamerkan ketrampilan

yang baik dan bertatasusila .

Sesungguhnya tiada manusia yang sempurna. Saya juga tidak terlepas

daripadanya. Melalui seminar pendidikan ini, secara tidak langsung saya menyedari

akan kekuatan dan kelemahan yang ada dalam diri saya. Antara kekuatan yang saya

sedari adalah saya mempunyai sedikit pengetahuan mengenai etika berpakaian dan

etika di meja makan. Ini memberi satu kelebihan kepada saya untuk mengenakan

pakaian yang bersesuaian dari segi warna dan kombinasi dengan perhiasan serta beg

dan kasut yang digunakan pada seminar tersebut. Selain itu, saya tidak mempunyai

masalah dalam menikmati juadah yang disediakan mengikut aturan yang betul

walaupun makanan yang diberikan adalah sekaligus dan bukan secara berperingkat.

Dalam masa yang sama proses penerimaan ilmu ketika seminar berlangsung adalah

mudah bagi saya untuk memahaminya.

Namun, masih terdapat banyak kelemahan yang perlu saya perbaiki. Antaranya

adalah, keadaan diri yang lapar pada ketika itu. Sepatutnya saya lebih peka akan

keadaan diri saya dan sepatutnya saya menikmati hidangan pengalas perut dahulu

sebelum seminar berlangsung. Hal ini menyebabkan fokus saya sedikit terganggu.

Selain itu, sikap saya yang berbual-bual sewaktu ceramah berlangsung. Hal ini

menyebabkan banyak persoalan yang dikemukakan oleh penceramah kurang difahami.

Ini merupakan kelemahan yang perlu saya ubah untuk memastikan saya mampu

menjadi agen perubahan masyarakat yang baik.

Page 3: Penilaian Kendiri Seminar

Sesungguhnya, seminar pendidikan ini sememangnya memberi pelbagai

manfaat kepada saya serta rakan guru pelatih yang lain . Antaranya adalah, saya mula

memahami akan keterampilan dan tanggungjawab saya sebagai agen perubahan

masyarakat. Oleh yang demikian, saya perlu menpersiapkan diri dengan berketrampilan

dengan baik dan sopan serta mempamirkan imej bertatasusila dalam membina

hubungan sosial yang baik dengan pelajar dan ibu bapa. Hal ini kerana, guru disifatkan

sebagai ‘role model’ dan teladan kepada pelajar. Sehubungan itu, sahsiah dan

keperibadian yang baik amatlah penting. Umpama pepatah,’ jika guru kencing berdiri,

murid akan kencing berlari’. Apa yang lebih penting adalah, guru perlu mengubah

dirinya terlebih dahulu sebelum mengubah orang lain. Hal ini kerana, tugas agen

perubahan bukanlah sekadar menyuruh orang lain berubah, tetapi yang lebih penting

mampu mengubah diri sendiri.

Kesimpulannya, Alhamdulillah objektif seminar pendidikan ini tercapai. Tidak

dinafikan terdapat banyak kelemahan yang perlu untuk diperbaiki. Diharapkan program-

program yang seterusnya dapat dilaksanakan dengan jayanya. Seterusnya dapat

melatih diri kami, para guru pelatih untuk menjadi seorang guru yang berketrampilan

dan berintegriti.