Download - Penilaian Kendiri Seminar
PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG)
SEMINAR PENDIDIKAN
TAJUK: ETIKET SOSIAL
PENILAIAN KENDIRI
Nurfaiza Binti Ab Kadir
900213-01-5358
PISMP PK4 Januari 2010
Program Bina Insan Guru (BIG), seminar pendidikan yang dilaksanakan kali ini
sememangnya memberikan impak yang besar dalam diri saya sebagai seorang bakal
guru. Pelbagai ilmu yang bermanfaat diperolehi sepanjang seminar ini berlangsung.
Melalui seminar pendidikan yang membawa tajuk etiket sosial, dapat
menerapkan pelbagai nilai keguruan dalam diri saya. Antaranya, berketerampilan.
Sebagai seorang guru, keterampilan diri adalah penting dalam membina rapo dengan
para pelajar. Hal ini kerana keterampilan diri guru yang kemas dan sedap mata
memandang dapat membina hubungan sosial yang baik antara guru dengan pelajar
dan ibu bapa. Maka proses penyampaian dan penerimaan maklumat akan lebih mudah
dilaksanakan. Guru berperanan sebagai agen sosialisasi dan penjana modal insan
dalam masyarakat. Nilai-nilai utama yang patut diamalkan oleh guru adalah
keharmonian, kemahiran sosial, semangat bermasyarakat, patriotis dan sebagainya.
Guru yang berketerampilan dan mempunyai kemahiran sosial yang baik akan dijadikan
sebagai model oleh pelajar untuk dicontohi dan dijadikan panduan dalam membentuk
keperibadian diri mereka.
Selain itu, melalui seminar ini juga, dapat memperkembangkan diri saya dengan
memberi suntikan semangat untuk menjadi seorang guru yang berketerampilan dan
berakauntabiliti yang tinggi terhadap murid, ibu bapa, masyarakat dan negara bagi
memastikan sistem penyampaian ilmu, kemahiran dan nilai yang berkesan seterusnya
menjadi agen sosialis dan perubahan masyarakat dengan mempamerkan ketrampilan
yang baik dan bertatasusila .
Sesungguhnya tiada manusia yang sempurna. Saya juga tidak terlepas
daripadanya. Melalui seminar pendidikan ini, secara tidak langsung saya menyedari
akan kekuatan dan kelemahan yang ada dalam diri saya. Antara kekuatan yang saya
sedari adalah saya mempunyai sedikit pengetahuan mengenai etika berpakaian dan
etika di meja makan. Ini memberi satu kelebihan kepada saya untuk mengenakan
pakaian yang bersesuaian dari segi warna dan kombinasi dengan perhiasan serta beg
dan kasut yang digunakan pada seminar tersebut. Selain itu, saya tidak mempunyai
masalah dalam menikmati juadah yang disediakan mengikut aturan yang betul
walaupun makanan yang diberikan adalah sekaligus dan bukan secara berperingkat.
Dalam masa yang sama proses penerimaan ilmu ketika seminar berlangsung adalah
mudah bagi saya untuk memahaminya.
Namun, masih terdapat banyak kelemahan yang perlu saya perbaiki. Antaranya
adalah, keadaan diri yang lapar pada ketika itu. Sepatutnya saya lebih peka akan
keadaan diri saya dan sepatutnya saya menikmati hidangan pengalas perut dahulu
sebelum seminar berlangsung. Hal ini menyebabkan fokus saya sedikit terganggu.
Selain itu, sikap saya yang berbual-bual sewaktu ceramah berlangsung. Hal ini
menyebabkan banyak persoalan yang dikemukakan oleh penceramah kurang difahami.
Ini merupakan kelemahan yang perlu saya ubah untuk memastikan saya mampu
menjadi agen perubahan masyarakat yang baik.
Sesungguhnya, seminar pendidikan ini sememangnya memberi pelbagai
manfaat kepada saya serta rakan guru pelatih yang lain . Antaranya adalah, saya mula
memahami akan keterampilan dan tanggungjawab saya sebagai agen perubahan
masyarakat. Oleh yang demikian, saya perlu menpersiapkan diri dengan berketrampilan
dengan baik dan sopan serta mempamirkan imej bertatasusila dalam membina
hubungan sosial yang baik dengan pelajar dan ibu bapa. Hal ini kerana, guru disifatkan
sebagai ‘role model’ dan teladan kepada pelajar. Sehubungan itu, sahsiah dan
keperibadian yang baik amatlah penting. Umpama pepatah,’ jika guru kencing berdiri,
murid akan kencing berlari’. Apa yang lebih penting adalah, guru perlu mengubah
dirinya terlebih dahulu sebelum mengubah orang lain. Hal ini kerana, tugas agen
perubahan bukanlah sekadar menyuruh orang lain berubah, tetapi yang lebih penting
mampu mengubah diri sendiri.
Kesimpulannya, Alhamdulillah objektif seminar pendidikan ini tercapai. Tidak
dinafikan terdapat banyak kelemahan yang perlu untuk diperbaiki. Diharapkan program-
program yang seterusnya dapat dilaksanakan dengan jayanya. Seterusnya dapat
melatih diri kami, para guru pelatih untuk menjadi seorang guru yang berketrampilan
dan berintegriti.