penilaian kendiri ceramah

4
LAPORAN PENILAIAN KENDIRI CERAMAH / BENGKEL PROGRAM BINA INSAN GURU (FASA II) 2014 Bersyukur kepada Tuhan kerana saya diberi peluang untuk mengikuti program seminar ceramah mengenai Guru dan Akaunbiliti Profesionalisme bersempena dengan kursus Bina Insan Guru (BIG) yang telah dilaksanakan di Dewan Tun Hamdan pada 12 Ogos 2014 yang lepas. Seminar ceramah yang disampaikan oleh Encik Ravindran Chelliah ini mengambil masa kira-kira 3 jam, iaitu dari pukul 2.00 petang sehingga pukul 5.00 petang. Sebenarnya saya sentiasa menanti-nantikan seminar bengkel ini, kerana saya yakin dan percaya bahawa ia akan memberikan satu pengalaman yang luar biasa dan mendalam bagi saya. Banyak pengalaman, kebaikan, dan manfaat yang telah saya dapat dan perolehi daripada aktiviti ini. Dalam ceramah ini, saya telah mempelajari bahawa sebagai seorang guru yang beretika sosial, kita haruslah sentiasa berpenampilan sempurna, yang selesa dan disenangi oleh semua pihak, sama ada rakan sejawat, ibu bapa, murid atau masyarakat awam. Berpenampilan sempurna ini sebenarnya merujuk kepada bagaimana kita mahu mempamerkan dan menonjolkan kepada orang lain. Dalam konteks ini, ia merangkumi banyak aspek dan memerlukan ilmu dan pengetahuan yang khusus, tidak kira cara berpakaian, cara pertuturan, cara perhubungan dan komunikasi dengan orang lain. Dengan mengambil contoh tentang cara berpakaian dalam kalangan guru pelatih; selepas mendengar ceramah tersebut, saya sedar bahawa kita haruslah berpakaian mengikut norma-norma yang disetujui ramai dan peraturan yang ditetapkan. Sebagai seorang bakal guru, kita haruslah berpakaian berdasarkan impresi sebagai seorang guru. Hal in kerana setiap gerak-geri kita termasuk pakaian akan diikuti oleh anak murid kita. Oleh itu, pakaian-pakaian yang jenis singkat, ketat, menjolok mata dan tidak menutup aurat haruslah dielakkan walaupun kita berada di luar kawasan sekolah, di pusat membeli belah, di cafe makanan, dan sebagainya. Sama juga seperti kasut, tas tangan, rambut, kuku, barang-barang perhiasan, dan sebagainya, kita haruslah memakai mengikut peraturan dan norma masyarakat yang ditetapkan.

Upload: zhi-wen-khor

Post on 10-Nov-2015

217 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Bina Insan

TRANSCRIPT

LAPORAN PENILAIAN KENDIRI CERAMAH / BENGKEL PROGRAM BINA INSAN GURU (FASA II) 2014 Bersyukur kepada Tuhan kerana saya diberi peluang untuk mengikuti program seminar ceramah mengenai Guru dan Akaunbiliti Profesionalisme bersempena dengan kursus Bina Insan Guru (BIG) yang telah dilaksanakan di Dewan Tun Hamdan pada 12 Ogos 2014 yang lepas. Seminar ceramah yang disampaikan oleh Encik Ravindran Chelliah ini mengambil masa kira-kira 3 jam, iaitu dari pukul 2.00 petang sehingga pukul 5.00 petang. Sebenarnya saya sentiasa menanti-nantikan seminar bengkel ini, kerana saya yakin dan percaya bahawa ia akan memberikan satu pengalaman yang luar biasa dan mendalam bagi saya. Banyak pengalaman, kebaikan, dan manfaat yang telah saya dapat dan perolehi daripada aktiviti ini.Dalam ceramah ini, saya telah mempelajari bahawa sebagai seorang guru yang beretika sosial, kita haruslah sentiasa berpenampilan sempurna, yang selesa dan disenangi oleh semua pihak, sama ada rakan sejawat, ibu bapa, murid atau masyarakat awam. Berpenampilan sempurna ini sebenarnya merujuk kepada bagaimana kita mahu mempamerkan dan menonjolkan kepada orang lain. Dalam konteks ini, ia merangkumi banyak aspek dan memerlukan ilmu dan pengetahuan yang khusus, tidak kira cara berpakaian, cara pertuturan, cara perhubungan dan komunikasi dengan orang lain. Dengan mengambil contoh tentang cara berpakaian dalam kalangan guru pelatih; selepas mendengar ceramah tersebut, saya sedar bahawa kita haruslah berpakaian mengikut norma-norma yang disetujui ramai dan peraturan yang ditetapkan. Sebagai seorang bakal guru, kita haruslah berpakaian berdasarkan impresi sebagai seorang guru. Hal in kerana setiap gerak-geri kita termasuk pakaian akan diikuti oleh anak murid kita. Oleh itu, pakaian-pakaian yang jenis singkat, ketat, menjolok mata dan tidak menutup aurat haruslah dielakkan walaupun kita berada di luar kawasan sekolah, di pusat membeli belah, di cafe makanan, dan sebagainya. Sama juga seperti kasut, tas tangan, rambut, kuku, barang-barang perhiasan, dan sebagainya, kita haruslah memakai mengikut peraturan dan norma masyarakat yang ditetapkan.

Seminar ceramah ini juga turut memberikan impak positif yang amat mendalam terhadap masyarakat dan komuniti di sekeliling saya. Dalam konteks ini, ia merujuk kepada aspek pertuturan dan komunikasi dengan orang lain. Selepas mendengar penerangan Encik Ravindran, saya sedar bahawa sebagai seorang manusia yang hidup masyarakat, kita haruslah mempunyai tatacara perkenalan, pertuturan yang betul, terutamanya semasa menghadiri majlis-majlis rasmi. Oleh itu, kita haruslah menjadikan amalan banyak berkawan sebagai pegangan hidup kita. Sebagai seorang guru yang inisiatif, kitalah yang harus memulakan sesebuah hubungan persahabatan. Janganlah kita tunggu orang lain mengambil tindakan terlebih dahulu, tetapi kitalah yang harus aktif mengambil langkah untuk berkenalan dengan orang lain.Oleh yang demikian, saya sedar bahawa untuk menjayakan sesebuah hubungan persahabatan, kita haruslah mempunyai tatacara berkenalan yang betul dan sesuai. Perkenalan mempunyai cara dan seni yang tersendiri yang perlu diketahui oleh setiap individu supaya sesi perkenalan dapat berjalan dengan lancar. Yang pertama sekali, pastikan kedua-dua pihak bersedia untuk diperkenalkan. Orang yang diperkenalkan haruslah memandang mata yang menerima perkenalan tetapi jangan terlalu lama. Jika kita berjabat tangan dengan orang lain, janganlah kita berjabat terlalu lama ataupun terlalu lekas menarik tangan seperti kita jijik dengan tangan orang tersebut. Yang paling penting sekali, kita haruslah jujur dalam perhubungan dan tidak melakukan apa-apa yang akan merosakkan perhubungan tersebut.Malah, saya juga sedar bahawa kita haruslah mempunyai tatacara perbualan sosial yang betul dan sesuai demi memulakan, mengekalkan dan memajukan sesebuah perhubungan. Dalam seminar ceramah tersebut, terdapat beberapa jenis prinsip yang terkandung dalam tatacara perbualan sosial. Antaranya termasuklah kita perlulah menggunakan prinsip berhenti, lihat, dengar barulah bercakap. Janganlah kita menjadi jurujual ataupun jet-plane. Selain itu, kita hendaklah sentiasa senyum dan mempunyai unsur kecindan semasa bertutur dengan orang lain. Namun begitu, bukan semua situasi kita boleh berbuat begitu, kita hanya boleh berjenaka pada masa tertentu sahaja. Sifat ini juga penting dimiliki oleh seorang guru. Hal in kerana guru yang mempunyai sifat jenaka akan membawa suasana riang gembira kepada murid-murid dalam bilik darjah. Dengan adanya gelak ketwa dalam bilik darjah akan membuatkan guru tersebut disukai dan sering didekati oleh murid-muridnya. Perhubungan guru dengan murid akan terjalin erat dan ini sangat baik dalam konteks pengajaran dan pembelajaran.Selain itu, kawalan mata dan anggota adalah amat penting sekali agar orang berada selesa berkomunikasi dengan kita. Kita juga perlu peka dengan sekeliling kita. Kalau orang yang kita bercakap itu hanya menjawab ya... tidak... sahaja, ia bermaksud orang itu tidak berminat tentang topik yang dibincangkan. Oleh yang demikian, topik perbualan kita haruslah sesuai dan berpatutan. Janganlah kita membincangkan perkara-perkara yang tidak sesuai seperti hal-hal peribadi, agama, politik, dan sebagainya, kecuali topik-topik berkenaan adalah minatnya. Sebaliknya, kita boleh membincangkan topik-topik seperti muzik, makanan, buku, berkebun, dan lain-lain semasa kita berbual atau bersosial dengan orang lain. Bagi cara-cara penambahbaikan pula, pada pendapat saya, program ceramah dan bengkel ini akan menjadi lebih menarik jika ditambah dengan aktiviti main peranan, dan sebagainya. Hal ini akan lebih menceriakan suasana dalam dewan. Dengan itu, murid-murid akan berasa seronok seterusnya menumpuh perhatian terhadap penyampaian penceramah. Selain itu, saya juga mencadangkan penceramah boleh menyelitkan beberapa video yang berkaitan dengan tajuk ceramah yang diberinya.Secara kesimpulan, banyak manfaat yang telah saya dapat daripada apa yang diperkatakan oleh Encik Ravindran Chelliah sepanjang seminar ceramah Guru dan Akauntabiliti Profesionalisme ini. Semua pengalaman dan pengetahuan yang saya dapat akan saya aplikasikan agar menjadi seorang guru yang lebih jitu dan serba boleh. Diharapkan agar aktiviti seperti ini dijalankan pada masa yang akan datang. Terima kasih sekali lagi kerana memberikan peluang kepada saya untuk menyertai aktiviti ini.