penilaian kendiri big.docx

4
PENILAIAN KENDIRI Nama : Bairavi Govinda Raju Kumpulan Akademik : T2MT1 Angka Giliran : 2013272340021 ----------------------------------------------------------------- --------------------------------------------------- Saya Bairavi Govinda Raju pelajar guru PISMP ambilan Jun 2013, Tahun 2 Semester 2 kelas Matematik 1, telah berjaya mengikuti Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa IV. Bagi Program BIG kali ini kami telah diberi tugasan untuk berkhidmat masyarakat di mana kami telah dibawa pergi ke Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yahya Petra (1) Kuala Krai, Kelantan dengan tujuan untuk membantu membersihkan kawasan sekolah tersebut. Program kali ini telah berlangsung dari 9 Februari sehingga 12 Februari 2015. Kami ke sana bersama dengan dua orang Mentor kami iaitu En.Aziz Bin Ishak dan juga Dr.Ahmad Zohri Bin Ishak. Pada awalnya saya berasa Program BIG Fasa IV ini sebagai suatu bebanan dan mencuri masa saya daripada melakukan aktiviti- aktiviti lain contohnya, menyiapkan tugasan-tugasan subjek lain. Walaubagaimanapun, ia tidak seperti apa yang saya sangkakan. Malah ia telah membuka peluang kepada saya untuk mempelajari

Upload: parameswary-perumal

Post on 23-Dec-2015

11 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENILAIAN KENDIRI BIG.docx

PENILAIAN KENDIRI

Nama : Bairavi Govinda Raju

Kumpulan Akademik : T2MT1

Angka Giliran : 2013272340021

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Saya Bairavi Govinda Raju pelajar guru PISMP ambilan Jun 2013, Tahun 2

Semester 2 kelas Matematik 1, telah berjaya mengikuti Program Bina Insan Guru (BIG)

Fasa IV. Bagi Program BIG kali ini kami telah diberi tugasan untuk berkhidmat

masyarakat di mana kami telah dibawa pergi ke Sekolah Menengah Kebangsaan

Sultan Yahya Petra (1) Kuala Krai, Kelantan dengan tujuan untuk membantu

membersihkan kawasan sekolah tersebut. Program kali ini telah berlangsung dari 9

Februari sehingga 12 Februari 2015. Kami ke sana bersama dengan dua orang Mentor

kami iaitu En.Aziz Bin Ishak dan juga Dr.Ahmad Zohri Bin Ishak.

Pada awalnya saya berasa Program BIG Fasa IV ini sebagai suatu bebanan

dan mencuri masa saya daripada melakukan aktiviti-aktiviti lain contohnya, menyiapkan

tugasan-tugasan subjek lain. Walaubagaimanapun, ia tidak seperti apa yang saya

sangkakan. Malah ia telah membuka peluang kepada saya untuk mempelajari perkara-

perkara yang baru. Saya telah memperolehi banyak manfaat melalui Program BIG Fasa

IV ini.

Program ini telah menerapkan sifat kemanusiaan dalam diri saya. Walaupun

sebelum ini saya memang mempunyai nilai berperikemanusiaan tetapi peluang untuk

menunjukkannya agak kurang. Dengan menyertai pasca banjir bagi BIG kali keempat

ini saya telah mendapat suatu peluang yang hebat untuk menunjukkan sifat

kemanusiaan saya. Sebaik sahaja sampai ke SMK Sultan Yahya Petra (1) kami telah

dibawa untuk melihat keadaan setelah banjir di seluruh kawasan sekolah tersebut.

Page 2: PENILAIAN KENDIRI BIG.docx

Keadaannya memang begitu teruk dengan kehilangan kerusi meja, lumpur di seluruh

tempat, kekotoran dan sebagainya.

Seterusnya program ini telah memberi peluang kepada saya untuk bantu

membantu untuk membersihkan kawasan sekolah yang dilanda banjir. Pada mulanya

pelajar guru perempuan dan pelajar guru lelaki dibahagikan. Pelajar guru lelaki

ditugaskan untuk membersihkan kantin sekolah dan beberapa bilik darjah serta

mengecat dinding dan sebagainya. Manakala, kami pelajar perempuan diberi tugasan

untuk membersihkan asrama pelajar wanita. Tanpa berfikiran panjang kami telah bantu

pihak sekolah untuk membersihkan asrama pelajar wanita tersebut. Barang-barang

yang terdapat di dalam asrama semua dikena dengan lumpur. Kami telah mencuci katil-

katil, kerusi, meja, almari dan sebagainya. Kami juga telah membersihkan setiap bilik

dom asrama. Dengan ini saya mendapat peluang untuk membantu mereka.

Pada masa yang sama saya berpeluang untuk meningkatkan sifat kepimpinan

dan bertanggungjawab dalam menjalankan tugas. Ianya bukan begitu senang untuk

menguruskan sesuatu tugasan dan mengagihkannya. Apabila diberi arahan untuk

membersihkan asrama, saya dan rakan-rakan saya mengagihkan tugasan-tugasan

mengikut kelas. Hal ini adalah untuk mengurangkan kebebanan dan juga untuk

memastikan seluruh kawasan asrama dapat dibersihkan. Secara tidak langsung, saya

telah mendapat sifat kepimpinan dan juga mempelajari cara-cara terbaik untuk

mengagihkan tugasan.

Sifat tanggungjawab saya turut meningkat melalui program ini. Tugas saya

sebagai salah seorang ahli dalam pasca banjir telah melahirkan sifat tanggungjawab

dalam diri saya. Saya dengan penuh tanggungjawab telah membantu membersihkan

kawasan sekolah terutamanya asrama pelajar wanita. Sifat tanggungjawab saya juga

terpapar kerana, program BIG Fasa IV suatu program yang diambil bahagian oleh

setiap pelajar guru dari kelas saya. Jadi sebagai salah seorang daripada rakan-rakan

sekelas saya, saya juga memiliki tanggungjawab dalam menjayakan Program BIG Fasa

IV.

Page 3: PENILAIAN KENDIRI BIG.docx

Seterusnya, melalui program BIG Fasa III, saya juga mempelajari nilai-nilai

murni. Antaranya adalah nilai kerjasama, tolong menolong dan juga keikhlasan.

Kesemua nilai murni ini jelas terpamer dan kelihatan sepanjang tugasan ini. Setelah

menerima soalan tugasan kami telah menubuhkan jawatankuasa dan mengagihkan

tugasan kami. Walaupun setiap orang diagihkan dengan tugasan masing-masing, tetapi

kami tetap bekerjasama dari awal hingga akhir. Selain daripada itu, kami juga

membantu pengerusi program dari semua segi. Justeru, nilai-nilai murni yang disebut

tadi memberi satu pengajaran dalam diri saya.

Secara kesimpulannya Program Bina Insan Guru Fasa IV ini telah memberi

pelbagai pengalaman baru pada diri saya. Sebagai bakal guru saya akan menjadikan

pengalaman-pengalaman ini sebagai pengerak dalam diri saya untuk terus berkhidmat

untuk masyarakat, bangsa dan negara. Mahasiswa berkhidmat adalah mahasiswa

prihatin.