laporan big.docx

18
SEBELUM PROGRAM Program Bina Insan Guru Fasa 1 Siri 4 unit K, PISMP ambilan Januari 2012, telah melibatkan seramai 112 orang guru pelatih dari unit K11, K12, K13, dan K15 serta unit M2 yang turut serta atas nama program Sukan dan Rekreasi. Sebelum program ini dilaksanakan, satu mesyuarat bagi pelantikan jawatankuasa bertindak program telah dilaksanakan. Bagi memastikan tugsan dibahagikan secara adil dan menyeluruh, jawatan dalam program ini akan diberikan secara adil kepada wakil pelatih guru dari setiap unit yang terlibat. Wakil unit K12 dilantik sebagai Pengerusi BIG iaitu saudara A. Haaziq A Zahiri, selain AJK Buku Program dan AJK dokumentasi. Wakil unit K11 dilantik sebagai Bendahari iaitu saudari Rabiatul Adawiyah Binti Mohd Suhood. Selain itu, wakil K11 juga terlibat dalam AJK Makanan, Tugas-tugas Khas dan AJK Aktiviti Harian. Bagi wakil K13 pula Setiausahaiaitu Saudara Noor Ali Hakimi Bin Azmi, AJK Hadiah dan Penginapan dan juga AJK Peralatan. Wakil K15 ialah Naib Pengerusi iaitu saudari Kartini Japar, AJK Pengangkutan, AJK Kebajikan dam AJK Kebersihan.. Bagi melancarkan dan memudahkan tugasan, pengerusi yang dilantik telah mengadakan perjumpaan dengan semua ketua unit yang terlibat. Mesyuarat ini telah diadakan bagi melantik ahli jawatankuasa selain membincangkan tugas-tugas yang perlu dilaksanakan sepanjang program ini berlangsung. Mesyuarat telah dijalankan dengan baik. Bagi kertas kerja, pengerusi dan setiausaha menyediakan dan dibantu oleh ahli-ahlinya. Kertas kerja dapat diterima dan diluluskan oleh Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh. Tiga hari sebelum kami bertolak ke tapak perkhemahan BIG di Pangkor Village, Pulau Pangkor, satu taklimat khas telah diadakan kepada semua pelajar terlibat dengan program Big fasa 1 Siri 4 ini bertempat di Dewan Seri Keledang. Taklimat telah disampaikan oleh Encik Hamzah Bin Samsudin, Encik Zulkhairi Bin Mahmud dan Pengerusi BIG siri 1 fasa 4, Haaziq bin A. Zahiri. Encik Hamzah mengingatkan kepada peserta tentang matlamat BIG, peraturan, barang yang perlu dibawa dan aktiviti yang akan dijalankan semasa berada di tapak perkhemahan tersebut. SEMASA PROGRAM

Upload: faiedz-amrull

Post on 25-Oct-2015

92 views

Category:

Documents


16 download

DESCRIPTION

pismp

TRANSCRIPT

Page 1: LAPORAN BIG.docx

SEBELUM PROGRAM

Program Bina Insan Guru Fasa 1 Siri 4 unit K, PISMP ambilan Januari 2012,

telah melibatkan seramai 112 orang guru pelatih dari unit K11, K12, K13, dan K15

serta unit M2 yang turut serta atas nama program Sukan dan Rekreasi. Sebelum

program ini dilaksanakan, satu mesyuarat bagi pelantikan jawatankuasa bertindak

program telah dilaksanakan. Bagi memastikan tugsan dibahagikan secara adil dan

menyeluruh, jawatan dalam program ini akan diberikan secara adil kepada wakil

pelatih guru dari setiap unit yang terlibat. Wakil unit K12 dilantik sebagai Pengerusi

BIG iaitu saudara A. Haaziq A Zahiri, selain AJK Buku Program dan AJK

dokumentasi. Wakil unit K11 dilantik sebagai Bendahari iaitu saudari Rabiatul

Adawiyah Binti Mohd Suhood. Selain itu, wakil K11 juga terlibat dalam AJK

Makanan, Tugas-tugas Khas dan AJK Aktiviti Harian. Bagi wakil K13 pula

Setiausahaiaitu Saudara Noor Ali Hakimi Bin Azmi, AJK Hadiah dan Penginapan

dan juga AJK Peralatan. Wakil K15 ialah Naib Pengerusi iaitu saudari Kartini Japar,

AJK Pengangkutan, AJK Kebajikan dam AJK Kebersihan..

Bagi melancarkan dan memudahkan tugasan, pengerusi yang dilantik telah

mengadakan perjumpaan dengan semua ketua unit yang terlibat. Mesyuarat ini telah

diadakan bagi melantik ahli jawatankuasa selain membincangkan tugas-tugas yang

perlu dilaksanakan sepanjang program ini berlangsung. Mesyuarat telah dijalankan

dengan baik. Bagi kertas kerja, pengerusi dan setiausaha menyediakan dan dibantu

oleh ahli-ahlinya. Kertas kerja dapat diterima dan diluluskan oleh Pengarah Institut

Pendidikan Guru Kampus Ipoh.

Tiga hari sebelum kami bertolak ke tapak perkhemahan BIG di Pangkor

Village, Pulau Pangkor, satu taklimat khas telah diadakan kepada semua pelajar

terlibat dengan program Big fasa 1 Siri 4 ini bertempat di Dewan Seri Keledang.

Taklimat telah disampaikan oleh Encik Hamzah Bin Samsudin, Encik Zulkhairi Bin

Mahmud dan Pengerusi BIG siri 1 fasa 4, Haaziq bin A. Zahiri. Encik Hamzah

mengingatkan kepada peserta tentang matlamat BIG, peraturan, barang yang perlu

dibawa dan aktiviti yang akan dijalankan semasa berada di tapak perkhemahan

tersebut.

Page 2: LAPORAN BIG.docx

SEMASA PROGRAM

Hari Pertama

Pada hari Isnin, 23 April 2012, maka bermulalah program Bina Insan Guru

Fasa 1 siri 4. Sebelum bertolak ke Tapak Perkhemahan BIG di Pangkor Vilage,

Pulau Pangor, kesemua peserta program berkumpul di garaj bas IPG Kampus Ipoh.

Kesemua peserta program akan bergerak menuju ke detinasi menggunakan 3 buah

bas. Sebelum bertolak pada pagi itu, AJK Peralatan dan dibantu oleh rakan-rakan

lain telah bersama-sama memasukkan kesemua peralatan yang diperlukan

sepanjang 4 hari 3 malam program tersebut dijalankan. Sebelum menaiki bas kami

sekali lagi telah diberikan peringatan berkaitan perkara-perkara yang perlu dibawa

dan dilaksanakan oleh pengerusi. Setelah mengaminkan doa bagi yang bergama

Islam untuk memohon keselamatan, kesemua peserta program bergerak ke Tapak

Perkhemahan BIG menggunakan bas yang disediakan tepat pada pukul 7.45 pagi.

Perjalanan ke Jeti Lumut mengambil masa lebih kurang 2 jam untuk sampai ke sana

dari IPG Kampus Ipoh. Kami tiba di sana lebih kurang pada pukul 11.00 pagi.

Kemudian, kami perlu menaiki Feri untuk pergi ke tapak perkhemahan yang terletak

di Pulau Pangkor. Perjalanan menaiki feri mengambil masa selama 30 minit

kemudian perlu menaiki van untuk ke tapak perkhemahan di Pangor Village dan

kami tiba di Tapak perkhemahan BIG kira-kira pukul 12.30 tengah hari.

Setelah sampai ke tapak perkhemahan, kesemua barangan dikeluarkan

daripada van secara bergotong-royong oleh para peserta program. Setelah itu, kami

duduk berkumpul di suatu kawasan lapang untuk mendengar taklimat oleh Encik

Hamzah dan Encik Sharifuddin.. Mereka memberikan taklimat berkaitan program

kami kali ini yang merangkumi penyediaan tapak perkhemahan, aktiviti yang akan

dijalankan dan keselamatan para pelatih program. Semasa taklimat tersebut juga,

beliau ada bertanyakan tentang kesihatan para peserta program. Setelah taklimat

selesai, kami kesemua mengambil kesempatan untuk makan sebelum mendirikan

khemah. Setelah kesemuanya selesai, kami diberikan ruang untuk berehat

sehinggalah aktiviti seterusnya.

Setelah itu, taklimat rasmi telah diadakan di dewan yang disediakan oleh

pihak Pangor Village. Sesi ini telah dikendalikan oleh Encik Mohd Radzi bin Johari.

Penerangan dan taklimat telah diberikan secara mendalam dan terperinci oleh

Page 3: LAPORAN BIG.docx

beliau. aktiviti kawad kaki dijalankan selesai taklimat berakhir, Aktiviti Kawad ini

adalah untuk mendisiplinkan diri peserta semasa menyertai Program BIG.

Setelah membuat persiapan diri, kesemua peserta program yang beragama

Islam telah menunaikan sembahyang secara berjemaah dan mendengar tazkirah.

Solat dan tazkirah ini telah diketuai sendiri oleh peserta program. Satu jadual

bertugas bagi imam,bilal dan tazkirah bertugas pada waktu yang ditetapkan telah

dibuat oleh AJK yang terlibat bagi memastikan ada peserta yang bertugas untuk

aktiviti ini. Tazkirah telah disampaikan sementara mengisi masa terluang antara

waktu Maghrib dan Isya’. Sementara itu, bagi yang bukan beragama Islam, suatu

kelas moral telah dilaksanakan bagi mengisi masa terluang mereka.

Setelah itu, aktiviti Latihan Dalam Kumpulan telah dilaksanakan tepat pada

pukul 9.00 malam. Aktiviti ini telah diketuai oleh En Azhar Othman. Aktivti yang

dijalankan pada malam itu ternyata telah memberikan keseronokan dan faedahnya

yang tersendiri. Antara aktiviti yang dijalankan termasuklah berkenalan dengan

semua peserta program dan banyak lagi. Selain itu, bagi peserta program yang

masih belum mengenali rakan-rakan mereka dengan lebih mendalam, aktiviti yang

dijalankan pada malam tersebut merupakan medan yang terbaik untuk mengenali

antara satu-sama lain.

Kemudian, sebelum hari pertama program BIG melabuhkan tirai, kami sekali

lagi berkumpul untuk sesi refleksi.. Semasa sesi ini dijalankan, kami telah

membincangkan pelbagai perkara termasuklah masalah yang dialami. Antara yang

paling ketara ialah masalah khemah. Namun berkat kerjasama dan bantuan semua

pihak, masalah ini dapat diselesaikan Selain itu, tugasan rondaan malam juga

diberikan. Setelah berakhirnya majlis ini, tamatlah sudah hari pertama.

Page 4: LAPORAN BIG.docx

Hari Kedua

Sebelum subuh menjelang pada hari selasa, 24 April 2012, kesemua peserta

program telah dikejutkan oleh skuad rondaan malam untuk bangun dan

mempersiapkan diri bagi sembahyang subuh berjemaah oleh muslim dan kelas

moral untuk yang bukan beragama Islam. Pada pagi itu, setelah berakhirnya

sembahyang subuh berjemaah, tazkirah telah disampaikan oleh Peserta Program

dan juga Ustaz Amir.. Setelah berakhirnya tazkirah subuh, para peserta program

telah diberikan sedikit ruang untuk bersiap sebelum memulakan aktiviti senaman

pagi dan nyayian lagu kebangsaan, negeri dan lagu institut.

Aktiviti seterusnya yang dijalankan selepas itu ialah aktiviti air, setelah

berakhirnya sarapan pagi. Sebelum melaksanakan aktiviti air, kami telah diajarkan

cara-cara untuk mengapungkan diri ketika berada di dalam air dengan bantuan jaket

keselamatan. Sesi ini telah dikendalikan oleh Encik Zulkifli. Setelah itu, sebelum

melaksanakan aktiviti air yang bertempat di laut yang terbentang luas berdekatan

dengan tapak prkhemahan kami, kami telah diajarkan cara-cara untuk memakai

jaket keselamatan. Setelah itu, secara berkumpulan, kami telah bergerak menuju ke

tempat aktiviti air ini ijalankan. Aktiviti air telah dijalankan tidak jauh dari tapak

perkhemahan kami.

Setelah sampai ke tempat yang dimaksudkan, kami mula mengharungi air.

Aktiviti ini telah diketuai oleh Encik Zulkifli. Pada mulanya, kami diminta untuk berdiri

dalam beberapa barisan. Selepas itu, secara berpasangan kami diminta untuk

melakukan aktiviti-aktiviti yang seharusnya dapat meningkatkan keyakinan dalam diri

peserta program semasa berada di dalam air. Selepas diberikan rehat selama

beberapa minit, kami kembali turun ke sungai untuk aktiviti latihan menyelamat.

Kami, peserta program, telah diajarkan beberapa cara dan kaedah untuk

menyelamat mangsa antaranya menggunakan tali, bantuan orang ramai dan

sebagainya yang dilihat sebagai satu ilmu yang cukup berharga dan boleh

dipraktikkan jika berlaku situasi yang tidak diingini.. Setelah segalanya selesai,

kesemua peserta pulang ke tapak perkhemahan untuk menyiapkan diri dan

seterusnya bersedia bagi memulakan sesi LDK yang dijadualkan akan bermula pada

pukul 2.00 petang.

Page 5: LAPORAN BIG.docx

Pada sesi petang, aktiviti LDK pula mengambil tempat dengan diketuai oleh

Encik Azhar. Pada sesi petang itu kami dikehendaki untuk membuat satu analisis

seoalan yang diberikan persembahan di dalam unit masing-masing berkaitan

dengan aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Oleh itu, kesemua unit telah

berpecah untuk menjalankan aktiviti yang ditetapkan ini dalam tempoh masa 20

minit sambil dipantau oleh mentor masing-masing.

Kemudian para peserta program telah diberikan ruang untuk makan malam

dan seterusnya membuat persiapan diri bagi persediaan untuk sembahyang maghrib

secara berjemaah dan mendengar tazkirah. Bagi yang bukan beragama Islam,

seperti biasa, mereka akan menghadiri kelas moral. Setelah itu, program BIG Fasa 1

kali ini disambung lagi dengan sesi LDK. Bagi sesi LDK kali ini, kami telah

diperdengarkan akan suatu situasi seorang guru yang hidup dengan penuh dugaan

dan kisah pelajar-pelajar yang tidak berkemampuan untuk belajar ekoran masalah

kewangan... Berakhirnya aktiviti ini, di dalam unit masing-masing, kami telah diminta

untuk membuat suatu sesi refleksi berkenaan dengan kisah ini.

Aktiviti pada hari itu diteruskan lagi dengan dengan sesi refleksi harian yang

juga diketuai oleh saudara pengerusi dan saudari naib pengerusi. Seperti

sebelumnya, perkara yang dibincangkan adalah berkaitan dengan masalah aktiviti

dan diri para peserta program. Selain itu, masalah kesihatan juga turut difokuskan.

Berakhirnya aktiviti ini kira-kira pada pukul 12.00 malam menandakan berakhirnya

hari kedua program BIG Fasa 1 kali ini.

Page 6: LAPORAN BIG.docx

Hari Ketiga

Pada pagi rabu, 24 April 2012, seperti sebelumnya kesemua peserta program

BIG Fasa 1 siri 4 akan dikejutkan sebelum subuh untuk mempersiapkan diri dan

seterusnya bersiap sedia untuk sembahyang subuh dan tazkirah bagi muslim dan

kelas moral bagi yang bukan beragama Islam. Setelah sesi tazkirah dijalankan,

aktiviti senaman pagi dan nyayian lagu patriotik mengambil tempat. Ekoran akibat

daripada hujan yang lebat di sebelah pagi, aktiviti ini terpaksan dijalankan di dalam

dewan dengan iringin Encik Sharifuddin. Setelah itu kami telah diberikan ruang untuk

mempersiapkan diri dan seterusnya bersedia untuk menjalankan aktiviti seterusnya

iaitu, aktiviti kembara, yang direka khas dan pastinya akan mencabar fizikal dan

mental para peserta program BIG kali ini.

Sebelum kami dilepaskan untuk mengambara dikawasan yang ditetapkan,

kami telah diminta untuk mendengar suatu sesi taklmat ringkas berkaitan dengan

aktiviti yang akan dijalankan. Setiap unit diberikan tiga batang mancis, 5 bungkus

maggi, sebatang lilin dan beg untuk aktiviti kembara kali ini. Tugasan yang perlu

kami lakukan ialah mencari ‘check point’ seperti yang telah diarahkan. Ternyata

aktiviti ini begitu mencabar sekali dan memerlukan ketabahan para peserta program

untuk berjalan kaki dalam jarak yang jauh dengan meredah trek kembara yang

basah dan licin serta kehadiran penghuni hutan seperti pacat dan sebagainya.Di

sana, kami melaukan aktiviti memasak mee segera yang disediakan dengan bahan

yang dibekalkan iaitu dengan 3 batang mancis untuk menyalakan unggun api. Selain

itu, keadaan tanah yang basah dan lembab menyukarkan lagi tugas untuk

menyalakan api.

Selesai akiviti memasak, kami didedahkan pula ke check point seterusnya di

mana kami didedahkan dengan secara terperinci tentang cara untuk mencari arah

mata angin serta arah kiblat yang diketuai oleh Encik Zainal Abidin. Di situ juga ,

Encik Zainal mengajar bagaimana untuk membuat pengusung dengan hanya 2

batang kayu dan 2 kain pelikat. Dengan itu, berakhirya aktiviti kembara untuk pagi

itu, kami pulang anggaran pada pukul 1.00 tengah hari.

Setelah pulang kepenatan, kami telah diberikan ruang untuk makan tengah

hari dan berehat. Pada petang itu juga kami telah diberikan kesempatan untuk

bersedia bagi sesi malam kebudayaan yang akan berlangsung pada sebelah malam.

Page 7: LAPORAN BIG.docx

Ternyata peluang ini telah dimanfaatkan sebaik mungkin oleh setiap unit untuk

berlatih bagi memastikan persembahan pada malam ini akan berlangsung dengan

jayanya. Kesungguhan ini dapat dilihat apabila kesemua peserta berlatih tanpa henti

semata-mata untuk membuat persembahan yang terbaik di depan tutor unit masing-

masing yang turut sama memerhatimalam kebudayaan itu nanti.

Setelah pengurusan diri, solat, tazkirah dan moral dijalankan, maka

bermulalah aktiviti Malam Kebudayaan pada malam itu. Setiap unit telah diberikan

peluang bagi menentukan giliran persembahan unit masing-masing. Bermula

dengan unit M2, diikuti K13, K12, K11 dan diakhiri oleh persembahan K15, ternyata

komitmen masing-masing terhadap persembahan terbayar apabila usaha kesemua

para peserta dan kerjasama untuk menjayakan malam kebudayaan ini mendapat

pujian daripada kalangan pensyarah dan tutor unit masing-masing.,.

Page 8: LAPORAN BIG.docx

Hari Keempat

Hari Khamis, 16 Februari 2012, menandakan hari terakhir para peserta akan

berkampung di Tapak Perkhemahan BIG di Pangkor Village, Pulau Pangkor. Rutin

pagi dijalankan seperti biasa iaitu solat berjemaah, sesi tazkirah dan moral.

Kemudian aktiviti diteruskan dengan aktiviti senaman pagi dan nyanyian lagu

patriotik. Kemudian kami telah diminta untuk mempersiapkan diri bagi majlis

penutupan yang akan berlangsung.

Sebelum majlis penutup dijalankan, secara bergotong-royong kami telah

bersama-sama membersihkan tapak perkhemahan dan menyimpan peralatan-

peralatan yang perlu dibawa ke institut. Kesemua para peserta program telah

menunjukkan suatu semangat kerjasama yang utuh walaupun kerja yang perlu

dilakukan bukanlah tugasan rasmi yang perlu mereka lakukan seperti yang tercatat

dalam buku program yang disediakan. Setelah semuanya selesai dan tapak

perkhemahan kembali seperti sediakala, kami telah dikumpulkan bagi satu lagi sesi

refleksi terakhir.

Kira-kira jam 10.00 sesi perasmian penutup dimulakan. Sesi ini telah dijalankan di

dewan tapak perkhemahan. Acara penutup ini dirasmikan oleh ,Ketua Unit

Kokurikulum IPG Kampus Ipoh, Tuan Haji Mat Akhir Bin Haji Abdullah. Selain itu

juga, penyampaian hadiah kepada pemenang hadiah dan sesi bergambar turut

dijalankan. Acara penutup BIG Siri 1 fasa 4 tamat pada pukul 11.30 pagi dengan

jayanya.

Page 9: LAPORAN BIG.docx

SELEPAS BIG

Peserta memasukkan barang-barang ke dalam bas dan tepat jam 1.00 p.m kami

bertolak balik ke IPG Kampus Ipoh. Peserta selamat sampai ke IPG Kampus Ipoh

pada pukul 3.45 p.m dengan selamat. Dengan berakhirnya Bina Insan Guru Siri 1 ini

pelajar dapat menimba ilmu yang dipelajari sepanjang BIG berlangsung untuk

diaplikasikan pada diri, keluarga, masyarakat dan negara pada masa hadapan.

Page 10: LAPORAN BIG.docx

REFLEKSI

Bersyukur saya ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnia dan keizinan-

Nya, maka program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 1 siri 4 2012, telah dijalankan

dengan jayanya dan diikuti dengan sepenuhnya oleh saya sendiri. Program BIG ini

telah dijalankan pada 23 hingga 26 April 2012 yang bertempat di Pangkor Village,

Pulau Pangkor, Perak. Program yang mengambil masa selama empat hari tiga

malam ini telah banyak membawa manfaat kepada kesemua peserta program yang

terlibat. Ia ternyata merupakan suatu platform yang berguna untuk dijadikan “tiang

asas” bagi mempersiapkan bakal gurusupaya menjadi guru yang berketerampilan

dan seterusnya membimbing anak bangsa kelak supaya negara Malaysia kekal

cemerlang di mata dunia. Bagi diri saya sendiri, program BIG pada kali ini telah

memberi kesan kepada dua aspek yang utama menurut perspektif saya iaitu, diri

sendiri dan keseluruhan.

Kesan yang saya perolehi bagi diri saya sendiri ialah terutamanya keyakinan

diri. Program BIG sememangnya merupakan suatu program yang perlu

dilaksanakan dan dijalankan sendiri oleh para pelatih guru. Pensyarah yang terlibat

hanya akan bertindak sebagai penasihat dan pemantau bagi program yang

dilaksanakan. Oleh itu kesemua tugasan yang perlu dilaksanakan sepanjang

program akan dijalankan sendiri oleh para pelatih guru atau peserta program. Bagi

diri saya sendiri, saya telah diamanahkan untuk menjadi Bilal semasa solat Subuh

serta terlibat secara langsung dalam membantu AJK Peralatan iaitu saudara Syafiq

Izzat bagi meringankan lagi beban yang cukup besar yang perlu ditanggung olehnya

semasa program BIG ini sebagai Ketua kepada AJK Peralatan

Pada mulanya, tugasan ini dilihat amat berat untuk dilaksanakan

memandangkan saya jarang-jarang diberi peluang untuk menjadi Bilal ketika berada

di IPG dan kemahiran ini sudah lama saya tidak pratikkan sejak tamat sekolah

menengah. Namun begitu berkat tunjuk ajar dan panduan rakan-rakan serta bantuan

daripada Ustaz Amir, saya akhirnya dapat melaksanakan tugasan yang diberikan.

Dari segi sebagai sebahagian daripada AJK Peralatan, saya dapat merasakan

betapa besarnya tangunggjawab yang telah diberikan kepada Saudara Izzat dan

ahli-ahlinya kerana mereka yang perlu memeriksa kelengkapan semuanya adalah

cukup dan bagi saya, ia adalah bukan satu tugas yang mudah. Selain itu, tekanan

Page 11: LAPORAN BIG.docx

daripada para pensyarah yang kerap kali memanggil AJK Peralatan jika ada

masalah berkaitan dengan peralatan dan perlu memikirkan alternatif yang dapat

menyelesaikan masalah itu. Secara kasarnya Kesannya keyakinan diri saya untuk

berkomunikasi mula meningkat dan saya mula mempercayai dan menghargai

keupayaan diri sendiri di samping saya dapat menimba ilmu sedikit sebanyak

tentang penguusan peralatan yang mungkin dapat dipratikkan ketika berada di

sekolah nanti.

Seterusnya, program yang dilaksanakan iaitu aktiviti air juga telah banyak

menguji keyakinan diri dan keupayaan saya semasa berada di dalam air. Bagi diri

saya sendiri, saya seorang yang tidak mempunyai kemampuan untuk berenang

apatah lagi untuk menyelamatkan mangsa yang lemas. Namun begitu aktiviti yang

seumpama ini telah membuktikan semangat dan keyakinan diri dapat melangkaui

kekurangan diri. Semasa sesi ini dijalankan saya telah menguatkan keyakinan pada

diri sendiri dan akhirnya saya berjaya untuk mengatasi ketakutan diri apabila berada

di dalam air. Hal ini demikian kerana saya telah megetahui teknik dan cara yang

betul dan perlu dilakukan apabila berdepan dengan situasi yang membabitkan air.

Disamping itu, aktiviti kembara yang dijalankan dalam program BIG kali ini

telah mengajarkan nilai ketabahan dan keberanian kepada diri saya. Menerusi

aktiviti ini saya bersama rakan-rakan terpaksa mengerah kudrat dan keringat untuk

menempuh perjalanan yang penuh liku dengan jalan yang berlumpur, licin, berbukit,

curam dan keadaan lembab selepas hujan ternyata memberi cabaran kepada diri

saya. Walaupun keletihan telah menguasai diri pada separuh perjalanan, ditambah

dengan kumpulan kami adayang terpaksa berhenti ekoran akibat daripada masalah

kesihatan, saya telah berusaha sedaya upaya untuk tidak menunjukkan rasa penat

memandangkan saya tahu bahawa rakan-rakan juga mengalami keadaan yang

sedemikian rupa dan dengan keadaan saya yang serba kekurangan, rakan-rakan

saya yang cukup memahami keadaan saya tidak putus-putus untuk membantu saya.

Oleh itu, mahu ataupun tidak saya perlu meneruskan perjalanan kami bagi

memastikan misi yang perlu dijalankan mencapai matlamatnya.

Selain itu, aktiviti rondaan malam juga telah mengajarkan nilai tidak

mementingkan diri sendiri. Seperti yang sedia maklum, aktiviti rondaan malam

merupakan suatu aktiviti yang memerlukan para peserta yang terpilih untuk

Page 12: LAPORAN BIG.docx

membuat rondaan malam dan berjaga pada waktu malam untuk menjaga

keselamatan peserta-peserta lain. Oleh itu, peserta yang terpilih tidak seharusnya

bersikap mementingkan diri di kala rakan-rakan yang lain meneruskan tugas.

Memandangkan saya juga terlibat dalam rondaan malam, iaitu bertugas dari pukul 2

hingga 4 pagi pada 24 April 2012, saya telah mengetepikan rasa mengantuk bagi

memastikan keselamatan para peserta lain terjamin walaupun kadang kala

kegelapan malam yang dingin mengheret nafsu saya untuk memejamkan mata.

Oleh itu, melalui aktiviti ini, sikap mementingkan diri dapat dihakis dalam diri para

peserta dan kerjasama antara satu sma lain dapat sipupuk walaupun berlainan

bangsa dan agama. .

Disamping itu, menerusi sesi LDK ang dijalankan setiap hari sepanjang

program BIG ini dijalankan, saya menyedari bahawa nilai keguruan telah banyak

disematkan sama ada secara lansung mahupun tidak langsung dalam diri. Nilai-nilai

keguruan seperti amanah, disiplin, bertanggungjawab dan lain-lain merupakan suatu

nilai yang amat penting dan perlu ada dalam diri setiap individu yang bakal bergelar

sebagai guru suatu hari nanti. Hal ini demikian kerana kesemua peserta program

yang terlibat termasuklah saya sendiri merupakan para pelatih guru yang

mempunyai kuasa untuk mencorakkan kehidupan anak murid kelak supaya menjadi

insan yang cemerlang di masa hadapan nanti. .

Kesan keseluruhan yang dapat saya perhatikan sepanjang program ini

dijalankan adalah hubungan antara peserta program yang semakin utuh.

Sememangnya tidak dinafikan lagi bahawa ada antara peserta program yang belum

mengenali antara satu sama lain. setelah berakhirnya progran ini, hubungan

ataupun ikatan antara pelatih guru semakin erat. Contoh yang paling dekat adalah di

dalam unit saya sendiri. Jika sebelum ini hubungan antara ahli ada yang belum

begitu mesra walaupun tempoh perkenalan telah melebihi setahun setengah, hasil

program ini, perhubungan dalam unit K13 dilihat semakin erat. Hal ini mungkin ada

kaitan dengan beberapa aktiviti yang dijalankan secara bersama dan menuntut

kerjasama setiap ahli kumpulan. Di samping itu juga, saya juga dapat berkenalan

dengan lebih rapat unit lain iaitu nit K15 di mana mereka bukan berada dalam

kumpulan TESL sepertimana K10 higga K13 adalah antara ahlinya. Sesungguhnya,

dapat melakukan aktivitibersama unit lain selain TESL, memberi satu lembaran baru

dalam hidup saya kerana dapat berkongsi ilmu yang dimiliki oleh mereka.

Page 13: LAPORAN BIG.docx

Kesan lain yang saya dapati ialah, bakat-bakat kepimpinan baru mula mencul

dan telah dapat diasah. Saya mendapati melalui program yang memerlukan 100

peratus penglibatan pelatih guru ini telah memunculkan bakat-bakat kepimpinan

yang seharusnya dipuji. Keupayaan mereka untuk mengetuai barisan gerak kerja

yang bermula dengan mesyuarat sehinggalah berakhirnya majlis penutup

membuktikan keberkesanan kepimpinan-kepimpinan baru ini. Mereka telah

menunjukkan suatu usaha yang cukup terpuji bagi memastikan program ini

mencapai matlamat dan sasarannya.

Kesimpulannya, ternyata bahawa program BIG telah memberikan kesan yang

cukup mendalam kepada diri saya sendiri terutamanya dan semua peserta amnya.

Saya harus mengakui bahawa pandangan negatif yang mulanya bermain di benak

fikiran sebelum bermulanya program harus ditepis seusai berakhirnya program ini.

Menerusi program ini banyak pengetahuan dan pengalaman baru yang pastinya

tidak akan dapat saya perolehi di tempat lain. Adalah menjadi harapan saya agar

segala yang saya dap sepanjang program ini berlangsung akan dapat membantu

saya untuk menjadi seorang guru yang berketerampilan dan seterusnya berjaya

tmelahirkan murid-murid yang berkualiti dan dapat memacu negara Malaysia ke arah

kecemerlangan.

Page 14: LAPORAN BIG.docx

PENUTUP

Kesimpulannya, ternyata bahawa program BIG yang dilaksanakan sepanjang

4 hari 3 malam ini telah memberikan kesan yang tersendiri kepada diri saya sendiri

dan kesemua peserta amnya. Saya harus mengakui bahawa pandangan negatif

yang mulanya bermain di benak fikiran sebelum bermulanya program harus ditepis

seusai berakhirnya program ini. Menerusi program ini banyak pengetahuan dan

pengalaman baru yang pastinya tidak akan dapat saya rasakan di tempat lain.

Adalah menjadi harapan saya agar segala yang saya perolehi sepanjang program ini

berlansung akan dapat membantu saya untuk menjadi seorang guru yang

berketerampilan dan seterusnya berjaya melahirkan murid-murid selaras dengan

kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Page 15: LAPORAN BIG.docx

LAMPIRAN

Gambar Hari Pertama

Page 16: LAPORAN BIG.docx

Gambar Hari Kedua

Page 17: LAPORAN BIG.docx

Gambar Hari Ketiga

Page 18: LAPORAN BIG.docx

Gambar Hari