kertas kerja big.docx

17
1.0 PENGENALAN Perkhemahan unif beruniform ini merupakan antara saluran pendidikan luar bilik d yang sangat berkesan. Usaha ini adalah bertujuan menangani masalah gejala sosial Perkhemahan ini diharap akan dapat mendidik murid-murid percaya kepada diri send dan sedar akan kemampuan diri. Melalui aktiviti-aktiviti yang disediakan, merek akan didedahkan dengan pengalaman-pengalaman pembelajaran yang sukar diperolehi ketikadi dalam bilik darjah. Ia menanam sifat keberaniandan kepercayaan interpersonal dan intrapersonal. Diharapkan program ini akan dapat memberi peluang kepada murid-murid menonjolkan kemampuan diri mere disamping mengeratkan hubungan siratulrrahim dikalangan murid dan guru-guru. 2.0 NAMA PROGRAM Perkhemahan unit beruniform Pengakap!unas Puteri 3.0 MATLAMAT Dengan program hari ko-kurikulum ini diharap agar" #. Peserta-peserta dapat membuka minda bagi menilai keupayaan diri sert mengetahui kelemehan-kelemahan diri untuk bergerak ke hadapan. $. Membuka laluan minda yang lebih besar dalam menyampaikan mesej dalam hubungan antara manusia dengan manusia serta hubungan manusia dengan alam sekitar dengan penerapan mata pelajaran tertentu secara halus seper %ains, &ajian !empatan, Moral, %ivik' &enegaraan dan sebagainya untuk melahirkan generasi yang berpengetahaan. (. Menyedarkan dan menginsafi diri peserta-peserta dalam penggunaan masa supaya dapat melahirkan generasi yang tahu menghargai dan menguruskan masa dengan baik. ). Membentuk generasi yang serba boleh dan sentiasa bersedia dengan segala ujian serta dapat berfikir secara rasional. Perkhemahan Unit Beruniform SKKS/Oktober 2012/Bina Insan Guru/Jun PPG 2011 Page 1

Upload: noor-dollah

Post on 05-Oct-2015

24 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

1.0 PENGENALAN

Perkhemahan unif beruniform ini merupakan antara saluran pendidikan luar bilik darjah yang sangat berkesan. Usaha ini adalah bertujuan menangani masalah gejala sosial. Perkhemahan ini diharap akan dapat mendidik murid-murid percaya kepada diri sendiri dan sedar akan kemampuan diri. Melalui aktiviti-aktiviti yang disediakan, mereka ini akan didedahkan dengan pengalaman-pengalaman pembelajaran yang sukar diperolehi ketika di dalam bilik darjah. Ia menanam sifat keberanian dan kepercayaan interpersonal dan intrapersonal. Diharapkan program ini akan dapat memberi peluang kepada murid-murid menonjolkan kemampuan diri mere disamping mengeratkan hubungan siratulrrahim dikalangan murid dan guru-guru.

2.0NAMA PROGRAMPerkhemahan unit beruniform Pengakap/Tunas Puteri3.0MATLAMATDengan program hari ko-kurikulum ini diharap agar:

1. Peserta-peserta dapat membuka minda bagi menilai keupayaan diri serta mengetahui kelemehan-kelemahan diri untuk bergerak ke hadapan.2. Membuka laluan minda yang lebih besar dalam menyampaikan mesej dalam hubungan antara manusia dengan manusia serta hubungan manusia dengan alam sekitar dengan penerapan mata pelajaran tertentu secara halus seperti Sains, Kajian Tempatan, Moral, Sivik& Kenegaraan dan sebagainya untuk melahirkan generasi yang berpengetahaan.3. Menyedarkan dan menginsafi diri peserta-peserta dalam penggunaan masa supaya dapat melahirkan generasi yang tahu menghargai dan menguruskan masa dengan baik.4. Membentuk generasi yang serba boleh dan sentiasa bersedia dengan segala ujian serta dapat berfikir secara rasional.

4.0 OBJEKTIFDiharapkan program ini dapat:1. Mengetahui, memahami serta mempraktikkan cara-cara berkhemah yang betul merangkumi pemilihan kawasan khemah, pemasangan dan penjagaan khemah, penyediaan bekalan makanan dan aspek keselamatan diri.2. Mempelajari, memahami serta melakukan sendiri sesuatu aktiviti yang dijalankan supaya dapat meningkatkan keyakinan dalam diri dan membuang perasaan rasa rendah diri dan tidak yakin.3. Menghayati, melindungi alam sejagat ciptaan tuhan melalui konsep perlindungan bersepadu menerusi penerapan aktiviti merentas desa.4. Mengetahui, menyedari serta dapat bertindak pantas dalam sebarang masa kecemasan dengan menggunakan sebarang benda yang ada di persekitaran.5. Menanam sikap toleransi,kerjasama dan tolong menolong serta bermuafakat dalam segala perkara dan aktiviti yang dijalankan.

5.0BUTIRAN PERKHEMAHANTarikh Pelaksanaan 12 dan 13 Oktober 2012 ( Jumaat dan Sabtu )Tempat Pelaksanaan1. Kawasan sekolah SK Kampung senta, dan2. Kawasan sekitar Kampung senta, Bidor.Kumpulan Sasaran1. Semua murid tahap dua SK Kampung Senta ( Tahun 4, Tahun 5, dan Tahun 6 )Bilangan Peserta PerkhemahanKelasLelakiPerempuanJumlah

Tahun 471118 orang

Tahun 511920 orang

Tahun 681321 orang

Jumlah Besar263359 orang

5.4Jurulatih/Fasilitator :11 orang guru-guru SK Kampung Senta

6.0 BAYARAN PENYERTAAN : Setiap peserta dikenakan bayaran sebanyak RM 10.00 (Sepuluh Ringgit Sahaja) Bayaran ini adalah untuk menampung perbelanjaan seperti: i. Aktiviti ii. Makan dan minuman peserta

8.0JAWATANKUASA INDUK

Penaung: En. Othman Bin Md Ali PJK Guru BesarPenasihat: Pn. Norizan Johari Guru Kanan Pentadbiran Pn Hasnah a/p Bah Shadat Guru Kanan HEMPengerusi: En. Mohd Mahadhir Bin Mohd Shafie Guru Kanan KokurikulumSetiausaha:Pn. Noor a/p DollahBendahari: : Pn. Nur Alina Syuhada Binti Abd Rahim

Ahli Jawatankuasa Pelaksana:JawatanBidang Tugas

Kem Komandan :

1. En. Amiruddin Baki b. Hashim PJK2. Pn. Nurhafizah bt Ajlan

1. Memastikan Program Hari Ko-Kurikulum berjalan lancar.2. Memastikan keselamatan seluruh peserta program.3. Memastikan bilangan peserta program sentiasa mencukupi dari semasa ke semasa.

Pendaftaran :Pn Noor ap DollahPn Hasnah a/p Bah Shadat1.Menyediakan borang pendaftaran untuk peserta perkhemahan.2. Menyediakan tempat pendaftaran murid.3.Mendaftar peserta perkhemahan.

Pengurus Peserta :1. Pn. Hasnah a/p Bah Shadat2. Cik Hinthumathy a/p Kaliappan1. Menyediakan murid untuk menyertai perkhemahan2. Menyediakan borang kebenaran ibu bapa bagi menyertai perkhemahan.3. Menyediakan segala peralatan yang diperlukan semasa perkhemahan.4. Mengawal disiplin peserta sebelum dan selepas perkhemahan.

Khemah, Elektrik & Siaraya1. En. Nor Ariff Bin Ismail2. En. Mohd Mahadhir Bin Mohd Shafie3. En. A Annadurai4. En. Bah Kiong a/l Bah Berincik5. En. Hamdan a/l Bah Stanby6. En. Bah Ronny1. Menyediakan pelan tempat tapak perkhemahan mengikut unit.2. Menyediakan khemah yang mencukupi bagi peserta.3. Memastikan semua khemah dibuka dan dibersihkan selepas perkhemahan.4. Menyediakan kemudahan elektrik dan peralatan siaraya di tapak perkhemahan.5. Mengemas peralatan yang telah digunakan dan disimpan di tempat yang sesuai.

Makan / Minum :1. Pn. Nurhafizah Binti Ajlan2. Cik Ajyah Louisiana Napitupulu3. Pn. Arimah5. Cik Safira a/p Bah Kanah1. Menyediakan makanan dan minuman yang mencukupi untuk peserta dan guru.2. Menyediakan jadual dan menu makanan pada hari perkhemahan.3. Mengemas dan membersihkan semua peralatan selepas perkhemahan.

Kerohanian :1. Pn. Noor a/p Dollah2. Pn. Nur Alina Syuhada Binti Abd Rahim1. Mengendalikan kuliah kerohanian kepada peserta. ( malam dan pagi )2. Memastikan disiplin dan pergaulan yang terkawal antara peserta.3. Memastikan pakaian peserta yang bersesuaian sepanjang perkhemahan.

Keselamatan & Kecemasan1. En. Bah Kanah Bin Bah Ngah2. En. San3. En. Lan4. En. Sharul Iman Bin Zamry1. Memastikan tahap keselamatan peserta dan semua peralatan dalam keadaan yang amat baik.2. Melakukan kawalan keselamatan di kawasan perkhemahan.3. Menyediakan peti kecemasan yang lengkap dan diletakkan di urusetia.

Senaman Pagi :1. En. Amiruddin Baki Bin Hashim PJK2. Pn. Norizan a/p Johari1. Mengendalikan senaman pagi semasa hari perkhemahan.

Kembara Muda1. En. Nor Ariff Bin Ismail2. En. Mohd Mahadhir Bin Mohd Shafie.3. En. Amiruddin Baki b. Hashim PJK4. Pn. Nurhafizah bt Ajlan5.Pn. Norizan a/p Johari6.Pn. Noor a/p Dollah7. Pn. Nur Alina Syuhada Binti Abd Rahim 8. Cik Ajyah Louisiana Napitupulu9.Pn. Hasnah a/p Bah Shadat10. Cik Hinthumathy a/p Kaliappan 11.En. A Annadurai12.En. Bah Kiong a/l Bah Berincik13. En. Hamdan a/l Bah Stanby14. En. Bah Ronny

1.Menyediakan track atau laluan untuk kembara muda.2.Menyediakan peti kecemasan yang lengkap dan dibawa oleh guru yang terlibat.3.Memastikan keselamatan murid-murid terjamin sewaktu melakukan aktiviti kembara muda.

Kebudayaan1.Pn Nur Alina Syuhada bt Abd Rahim.2.Pn Nurhafizah bt Ajlan.3.Pn Noor a/p Dollah1. Menyediakan persiapan tempat malam kebudayaan.2. Memastikan setiap kumpulan memasuki acara kebudayaan.

8.0 .SENARAI TUGAS

10.1 PENGERUSI / KETUA PROJEKa. Membentuk jawatankuasa b. Mempengerusikan mesyuarat c. Merujuk kepada penasihat 10.2 SETIAUSAHA a. Menjalankan tugas-tugas kesetiausahaan b. Urusan surat menyurat dan borang.

10.3 BENDAHARI a. Mengutip, menyelaras dan menyediakan penyata kewangan berkaitan program. b. Memastikan segala perbelanjaan berjalan dengan lancar seperti yang sepatutnya.

10.4 KETUA DAN PENOLONG KOMANDO PERKHEMAHAN a. Merancang segala pengisian aktiviti. b. Memastikan segala aktiviti berjalan dengan lancar dan selamat.

10.5 PERALATAN / SIARAYAa. Merancang dan menentukan peralatan yang diperlukan untuk program. b. Memastikan segala peralatan dibawa ke tapak perkhemahan dan dibawa pulang ke sekolah dengan keadaan baik seperti asal.

10.6 KESELAMATAN a. Menyediakan peti pertolongan cemas yang lengkap. b. Memastikan keselamatan para peserta terjamin di sepanjang aktiviti. c. Mengambil tindakan awal dengan pantas sekiranya berlaku kecemasan.

10.7 MAKANAN DAN MINUMAN a. Merancang dan menentukan menu makanan b. Merancang jadual makan dan minum peserta, guru dan jurulatih c. Memastikan urusan semasa makan berjalan dengan lancar. 10.8 DOKUMENTASI /FOTOa. Mencatat segala aktiviti yang berjalan. b. mengambil foto untuk setiap aktiviti. c. Menyediakan laporan perkhemahan dan dokumentasikan. d. Berhubung dengan setiausaha untuk mendapatkan bahan-bahan untuk didokumentasikan.

10.9 IBADAH /KEROHANIANa. Memimpin para peserta dalam program kerohanian. b. Mengelolakan kuliah keohanian. c. Menyelaras dan menjalankan program untuk slot keagamaan/kerohanian.

10.10 HADIAH DAN CENDERAMATA a. Menyediakan hadiah dan cenderamata program

10.11 DISIPLIN PESERTA a. Mengawal disiplin para peserta sepanjang perkhemahan.

10.12 PENGESAHAN PENDAFTARAN a. Memastikan para peserta sudah berada di tapak perhimpunan b. Semak kehadiran murid berdasarkan nama yang akan diberikan oleh setiausaha. 10.13 KEMBARA MUDAa.Menyediakan laluan atau track.b. Memastikan keselamatan murid terjamin sewaktu menjalankan aktiviti kembara muda.c.Memimpin murid sewaktu menjalankan aktiviti ini .10.14 MALAM KEBUDAYAANa. Menyediakan tempat persembahan.b. Memastikan setiap kumpulan menyerti malam kebudayaan.

11.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil.PerkaraButiranJumlah (RM)

1.Makan murid- makan malam- supper- sarapan- makan tengah hari59 murid x RM 3.50 59 murid x RM 2.00 59 murid x RM 2.00 59 murid x RM 3.50206.50118.00118.00206.50

2.Makan guru&kakitangan- makan malam- supper- sarapan- makan tengah hari21 orang x RM 4.5021 orang x RM 2.0021 orang x RM 2.0021 orang x RM 4.5094.5042.0042.0094.50

3.Alatan- lampu kalimantang- wayar- belerang- bateri healer- ubat nyamuk- air minuman- ubat-ubatan- tali6 unit x RM 15.00--12 biji1 kotak4 katon x RM 12.00-2 gulung90.0030.0030.0020.008.0048.0015.0010.00

4.Sijil penyertaan59 orang x RM 2.00118.00

5.Kos luar jangka-50.00

Jumlah BesarRM 1,341.00

12.0 TENTATIF PROGRAM

TARIKHMASAPERKARATINDAKAN

12 Oktober 2012(Jumaat) 3.00 ptg- 3.30 ptgPendaftaran peserta di kantinAJK Pendaftaran

3.30 ptg 4.30 ptgTaklimat perkhemahan Kem Komandan

4.30 ptg 6.30 ptgMendirikan khemah /gajet/minum petangAJK Khemah / FasilitatorAJK Makanan & Minuman

6.30 ptg 7.30 ptgMakan MalamKetua Kumpulan

7.30 ptg - 8.30 mlmPengurusan diri, dan tazkirah moralKem Komandan

8.30 10.30 mlmLatihan Dalam Kumpulan/Permaianan BerstesenAJK LDK Penghayatan Malam

10.30 11.30 mlmMalam KebudayaanAJK Malam Kebudayaan

11.30 12.00 mlmMinum MalamAJK Makanan & Minuman

11.30 mlm-5.30 pagiTidurAJK Keselamatan

13 Oktober 2012(Sabtu)5.30 pg 6.30 pgPengurusan diri Fasilitator

6.30 pg 7.00 pgTakzirah moralAJK Keagamaan

7.00 pg 7.30 pgSarapan pagiAJK Makanan & Minuman

7.30 pg 8.30 pgSenamrobik/ Malaysia CergasAJK Senamrobik

8.30 pg 10.30 pgJejak KomandoAJK Komando

10.30 11.00 pgPemeriksaan kawad kakiAJK Kem Komandan

11.00 12.30 tghMembuka dan mengemas khemah.Membersihkan kawasan khemah.Acara penutup.Ajk khemah

13.PERINCIAN AKTIVITI

13.1 MENDIRIKAN KHEMAH ( 2 jam)Objektif : Memberi pengetahuan dan pengalaman baru dalam pemasangan khemah.Langkah Perlaksanaan : Taklimat dan demontrasi pemasangan khemah. Peserta memasang khemah mengikut kumpulan dan dipantau fasilitator kumpulan.Khemah yang digunakan adalah jenis berbentuk gelembung dan diperbuat daripada material yang kalis air. Ciri utama khemah jenis ini adalah ianya mudah dibawa, dan sesuai untuk perkhemahan di sekolah.

.13.2 PERSEMBAHAN MURID : ( 1 jam )Aktiviti: Malam KebudayaanObjektif : Membina sikap keyakinan diri dan dapat bekerja sebagai satu pasukan.Langkah Perlaksanaan : Setiap kumpulan akan mempersembahkan satu persembahan berkaitan dengan kebudayaan yang terdapat di Malaysia Diadakan dalam bentuk pertandingan antara kumpulan

13.3 LATIHAN DALAM KUMPULAN (PENGHAYATAN MALAM) : ( 2 jam ) Aktiviti 1 : Pembentukan Kumpulan ( 1 jam ) Objektif : Menanamkan sifat inginkan kawan dalam diri peserta Menyatukan peserta menjadi satu kelompok yang bersatu Membina semangat setiakawan dalam diri pesertaLangkah Perlaksanaan : Fasilitator akan menerangkan tujuan aktiviti yang akan dilakukan. Peserta berbaris dalam kumpulan mengikut tahun. Setiap peserta akan mengambil secebis kertas (gambar haiwan) dalam kotak yang disediakan. ( ada sebelas gambar haiwan 11 kumpulan) Peserta akan mencari kumpulan mengikut gambar haiwan yang diperolehi dengan hanya membunyikan bunyi atau pergerakan haiwan tersebut. Apabila kumpulan sudah terbentuk. Aktiviti seterusnya mempersembahkan persembahan kumpulan dalam bahasa dan pergerakan haiwan yang diwakili. Fasilitator menegaskan kepentingan dalam bekerja dalam kumpulan, saling menerima kelebihan dan kekurangan diri dan rakan dalam kumpulan.

Aktiviti 2 : Nur Kasih / Moral (1 jam) Objektif ;: Menilai sendiri kasih sayang kepada ibu bapa. Menginsafi diri dan berazam menjadi anak yang taat. Menyedarkan peserta bukan sesuatu yang mudah dalam membuat keputusan.Langkah Pelaksanaan : Peserta diberi secebis kertas, mereka diminta menulis satu nama atau panggilan yang mereka sangat sayangi. Minta peserta berkumpul mengikut seseorang yang disayangi, contohnya ibu, ayah , datuk atau nenek. Pilih beberapa peserta dari kumpulan, dan minta mereka memberi alas an atas pemilihan mereka. Aktiviti diteruskan dengan tayangan video berkaitan ibu bapa Fasilitator membuat rumusan sambil bersoaljawab dengan peserta.

13.4 PERSEMBAHAN KUMPULAN ( 1 jam )Aktiviti: Malam KebudayaanObjektif: Memberi peluang kepada peserta untuk menunjukkan bakat masing-masing. Membina keyakinan diri peserta.Langkah Pelaksanaan : Peserta diberi masa dalam 15 minit untuk membuat persediaan. Peserta membuat persembahan dalam kumpulan mengikut giliran. Fasilitator membuat refleksi keseluruhan persembahan.

13.5 TAZKIRAH DAN MORAL ( 1 jam ) Aktiviti : , Kuliah Subuh Objektif : Memberi santapan kerohanian kepada peserta menimba serta mempraktikkan ilmu dan ibadah untuk kebahgian dunia dan akhirat.Langkah Pelaksanaan: Peserta diwajibkan mengerjakan solat apabila masuk waktunya. Mendengar kuliah subuh selepas solat subuh di surau sekolah. Peserta dibimbing mempraktikkan amalan solat yang sempurna.

13.6 MALAYSIA CERGAS ( 1 jam )Aktiviti: SenamrobikObjektif: Membina kecergasan tubuh badan untuk melakukan aktiviti-aktiviti fizikal. Membina kecerdasan mental untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti keilmuan.Langkah Pelaksanaan: Peserta berkumpulan di tapak perhimpunan. Aktiviti senamrobik dikendalikan oleh seorang jurulatih.

13.7 KEMBARA 1 ( 2 jam )Aktiviti: Kembara IlmuObjektif: Menyemai semangat kerjasama dan setiakawan serta membentuk hubungan sosial di kalangan peserta.Langkah Pelaksanaan: Aktiviti dilaksanakan dalam kumpulan. Kumpulan peserta akan membuat aktiviti di stesen-stesen yang disediakan secara bergilir. Aktiviti yang dilakukan berdasarkan arahan bertulis.

13.8 KEMBARA 2 ( 1 jam )Aktiviti: Kembara MudaObjektif: Memantapkan diri peserta dengan pelbagai teknik dan kemahiran usaha hidup. Menguji tahap ketahanan mental dan fizikal peserta.

Langkah Pelaksanaan: Aktiviti dalam kumpulan besar melalui laluan yang telah dikenalpasti. Antaranya cabaran dalam aktiviti : Melalui denai kampung Mengharungi sungai cetek

.13.9 KAWAD KAKI ( 1 jam )Objektif: Memberi pendedahan asas kawad kaki untuk perbarisan, Membina kecekapan dan keseragaman dalam pergerakan perbarisan.Langkah Pelaksanaan: Membuat pergerakan dalam kumpulan mengikut persatuan. Peserta dikehendaki berpakaian lengkap.

14.PERATURAN-PERATURAN PERKHEMAHANSemasa perkhemahan, peserta-pesrta hendaklah,14.1Menjalinkan silaturahim, kenal-mengenal dan hormat-menghormat antara satu sama lain.14.2Mengerjakan solat berjemaah di surau pada waktu yang ditetapkan.14.3Menghadirkan diri dan menepati masa dalam setiap program.14.4Menjaga segala peralatan yang disediakan. Dilarang merosakkan atau memindahkan peralatan ke tempat lain.14.5Semua pihak yang terlibat merokok dalam kawasan perkhemahan dan membuang sampah merata-rata tempat.14.6Dilarang menebang atau merosakkan pokok-pokok yang terdapat di kawasan perkhemahan.14.7Lelaki tidak dibenarkan masuk ke kawasan perkhemahan perempuan dan begitu juga sebaliknya.14.8Sentiasa berpakaian kemas dan tidak dibenarkan berselipar kecuali berwuduk.14.9Setiap peserta tidak dibenarkan berkeliaran selepas pukul 12.30 tengah malam.14.20Tidak dibenarkan membeli makanan dan minuman di luar kawasan perkhemahan.14.21Tidak dibenarkan keluar dari kawasan perkhemahan kecuali aktiviti rasmi bersama jurulatih dan fasilitator.14.22Tidak dibenarkan berinteraksi dengan orang luar tanpa kebenaran pihak penganjur.14.23Penjagaan diri/peralatan/harta pensendirian perlu diberi keutamaan.14.24Aktiviti penggunaan air dan api perlu di bawah penyeliaan dan pengawasan pihak bertanggungjawab.14.25Peserta yang melanggar perauran keselamatan ini akan dikenakan tindakan oleh Jawatankuasa Keselamatan/Urusetia.14.26Peraturan-peraturan lain mengenai keselamatan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa jika difikirkan perlu.

15.PENUTUP

Diharapkan melalui program yang dirancang ini akan dapat melahirkan insan yang kental jiwanya, bersih dan bersemangat. Mempunyai jati diri dan sifat ingin berdikari. Pihak jawatankuasa dengan seberapa daya merancang dan berusaha untuk merealisasikannya objektif perkhemahan ini. Apa yang paling penting adalah kesungguhan para peserta itu sendiri untuk melibatkan diri dengan aktiviti yang telah disusun untuk mereka. Melalui program ini juga, adalah diharapkan ianya berjaya dilaksanakan tanpa berlaku sebarang kemalangan dan kecederaan. Dengan berakhirnya program ini juga nanti, segala bahan dan pengalaman serta segala bentuk proses yang dilalui akan dapat dijadikan sumber rujukan untuk individu atau kumpulan seterusnya merancang dan mengelola program seumpama dengan lebih baik.

Perkhemahan Unit Beruniform SKKS/Oktober 2012/Bina Insan Guru/Jun PPG 2011Page 2