penilaian dan pengukuran

101
Unit 4 Pentaksiran Dan Penilaian Dalam Pendidikan Bahasa Melayu Sinopsis Sepertimana yang dinyatakan dalam FPN, matlamat pendidikan di Malaysia adalah untuk melahirkan individu yang berkembang secara menyeluruh dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab pendidik untuk memperkembangkan aspek-aspek tersebut melalui sistem persekolahan. Untuk menentukan sejauh mana aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani diperkembangkan,satu sistem penilaian yang sesuai perlu diwujudkan. Penilaian hendaklah dianggap sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran dan ia bukannya semata-mata dijalankan melalui ujian dan peperiksaan sahaja. Ia merupakan satu proses pengumpulan maklumat berkenaan dengan kemajuan dan prestasi pelajar. Dengan itu, di peringkat sekolah berbagai- bagai kaedah penilaian digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang kemajuan dan pencapaian pelajar. Modul ini membincangkan perbezaan konsep antara pengukuran dan penilaian; peranan dan fungsi pengujian dan penilaian; penilaian dan objektif pengajaran; pembinaan jadual penentuan ujian; pemarkahan dan markat ; jenis penilaian; pembinaan item ; kesahan dan kebolehpercayaan ujian; kaedah penilaian bahasa; dan alat atau instrumen penilaian bahasa. Hasil Pembelajaran Pada akhir unit ini anda seharusnya dapat: 1

Upload: nur-zakiah-zakaria

Post on 29-Dec-2015

138 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

BAHASA MELAYU

TRANSCRIPT

Page 1: Penilaian Dan Pengukuran

Unit 4 Pentaksiran Dan Penilaian Dalam Pendidikan Bahasa Melayu

SinopsisSepertimana yang dinyatakan dalam FPN, matlamat pendidikan di Malaysia

adalah untuk melahirkan individu yang berkembang secara menyeluruh dan seimbang

dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab

pendidik untuk memperkembangkan aspek-aspek tersebut melalui sistem persekolahan.

Untuk menentukan sejauh mana aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani

diperkembangkan,satu sistem penilaian yang sesuai perlu diwujudkan.

Penilaian hendaklah dianggap sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan

pembelajaran dan ia bukannya semata-mata dijalankan melalui ujian dan peperiksaan

sahaja. Ia merupakan satu proses pengumpulan maklumat berkenaan dengan

kemajuan dan prestasi pelajar. Dengan itu, di peringkat sekolah berbagai-bagai kaedah

penilaian digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang kemajuan dan pencapaian

pelajar.

Modul ini membincangkan perbezaan konsep antara pengukuran dan penilaian; peranan

dan fungsi pengujian dan penilaian; penilaian dan objektif pengajaran; pembinaan jadual

penentuan ujian; pemarkahan dan markat ; jenis penilaian; pembinaan item ; kesahan

dan kebolehpercayaan ujian; kaedah penilaian bahasa; dan alat atau instrumen

penilaian bahasa.

Hasil PembelajaranPada akhir unit ini anda seharusnya dapat:

1. membezakan konsep pengujian, pengukuran, penilaian dan pentaksiran;

2. mengenal pasti objektif pengujian dan penilaian;

3. mengenal pasti peranan serta fungsi jenis penilaian;

4. membina jadual penentuan ujian;

5. mengenal pasti peraturan memberi markah;

6. membentuk pelbagai jenis item yang sah dan boleh dipercayai;

7. mengenal pasti kaedah penilaian bahasa dan cara melaksanakannya; dan

8. mengenal pasti alat atau instrumen penilaian bahasa dan cara

menggunakannya.

1

Page 2: Penilaian Dan Pengukuran

Tajuk

4.1

Konsep Pentaksiran Dan Penilaian Dalam Pendidikan Bahasa

Melayu

4.1.1 Pengenalan

Dalam kehidupan kita, pengujian, pengukuran dan penilaian telah dilakukan

dalam semua situasi yang memerlukan keputusan atau pertimbangan dibuat. Begitu

juga dalam konteks pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Tugas dan

tanggungjawab seorang guru bukan hanya setakat mengajar dan melatih pelajar dengan

pelbagai kemahiran , malah dia perlu mendapat maklum balas tentang keberkesanan

pengajaran dan pembelajaran yang telah berlaku. Lalu dia membuat penilaian untuk

mengetahui aspek yang yang telah diajar dan dikuasai dengan baik oleh pelajarnya, dan

aspek-aspek yang yang masih lemah dan memerlukan tumpuan dalam pengajaran akan

datang. Berdasarkan maklum balas daripada penilaian ini, guru seharusnya dapat

membuat keputusan tentang aspek kemahiran yang telah dipelajari, atau yang perlu

diajarkan, diulang semula, atau diberi latihan tambahan.

Walau bagaimanapun, istilah pengujian, pengukuran dan penilaian kadang kala saling

ditukar ganti. Contohnya, apabila seorang guru mengedar ujian pencapaian, dia

mungkin menyatakan yang dia sedang ‘menguji’ pencapaian, ‘mengukur’ pencapaian

atau ‘menilai’ pencapaian dengan tidak mengambil endah maksud khusus sesuatu

istilah tersebut. Sebenarnya, istilah-istilah ini ada kelainannya dan tidak sepatutnya

saling ditukar ganti. Dengan itu, semua pengajar yang melaksanakan pengajaran dan

pembelajaran perlu mengetahui perbezaan antara ketiga-tiga istilah ini agar tidak

tersalah pakai.

4.1.2 Konsep

Untuk menjawab penyataan di atas, mari kita fahami dan lihat kelainan

pengertian antara ketiga-tiga istilah tersebut.

i. Apakah yang dimaksudkan dengan pengujian?

‘Testing is a technique for obtaining information ………. It is a tool

that serves the ends of the users’.

(Pengujian adalah satu teknik untuk mendapatkan maklumat ….. Ia

adalah satu alat yang dapat mencapai tujuan si pengguna).

2

Page 3: Penilaian Dan Pengukuran

Pengujian merupakan satu prosedur yang sistematik untuk mengukur

perubahan sebahagian daripada aspek tingkah laku seseorang individu terhadap

pembelajarannya.

Jelasnya, pengujian bertujuan untuk menentukan pencapaian seseorang pelajar

dalam sesuatu pembelajaran dan seterusnya dapat menempatkan pelajar dalam

kumpulan belajar yang sesuai. Untuk itu, pengujian dapat dilaksanakan dengan

cara mengadakan pemerhatian , ujian bertulis dan ujian lisan. Pengujian ini,

biasanya, dilaksanakan selepas satu atau beberapa topik pelajaran diajar.

Contoh:

a. Untuk menguji sama ada pelajar tahun empat sudah tahu mengeja perkataan

yang mempunyai keselarasan vokal, satu ujian rencana tentang

perkataan-perkataan tertentu diadakan.

ii. Apakah pula maksud ujian?

Ujian ialah satu alat. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, ujian

ialah bahan yang bertulis atau tercetak atau terakam yang telah dibentuk oleh guru

untuk menguji sesuatu kemahiran bahasa. Misalnya, guru membina ujian kloz bagi

menguji kefahaman membaca atau ujian imlak bagi menguji kefahaman mendengar.

Akan tetapi, perlu diingat bahawa ujian mungkin menjadi tidak baik jika pentadbir ujian

menggunakannya dan menginterpretasinya secara tidak jujur. Dari itu, ujian perlulah

digunakan sesuai dengan perkara yang hendak diuji itu. Contohnya, jika guru menguji

tahap kefahaman pelajar tahun 4 dengan menggunakan bahan bacaan yang layak untuk

Tingkatan 1, sudah semestinya keputusan pelajar ini adalah tidak menggalakkan.

iii. Apakah maksud pengukuran?

Hopkins & Stanley (M.S 3, 1981) menyatakan,

‘Mesurement is the process by which things are differentiated’.

(Pengukuran adalah satu proses di mana alat atau benda dibeza-bezakan).

Pendapat lain mengatakan pengukuran adalah dirujukkan kepada penyelidikan atau

pemerhatian yang dapat dinyatakan secara kuantitatif dan dapat memberikan jawapan

kepada sesuatu pertanyaan. Nilai kuantitatif ini biasanya dinyatakan dalam sesuatu unit

3

Page 4: Penilaian Dan Pengukuran

angka yang tetap dengan menggunakan alat pengukuran yang berkaitan. Alat

pengukuran yang digunakan oleh guru mungkin terdiri daripada ujian, soal selidik,

senarai semak, inventori atau sesuatu skala. Perlu diingat bahawa pengukuran adalah

terhad kepada huraian kuantitatif dan tidak termasuk huraian kualitatif atau membuat

keputusan.

Dengan itu, pengukuran bertujuan untuk membuat perbandingan dan kedudukan antara

pelajar dalam penguasaan pembelajaran. Hasil pengukuran amat berguna untuk

pengelasan, pensijilan dan penempatan pelajar dalam jurusan yang sesuai.

Pengukuran dilakukan setelah ujian bertulis iaitu dengan pengiraan markah. Biasanya

pengukuran diadakan selepas beberapa topik pelajaran diajar.

iv. Apakah maksud penilaian?

Penilaian telah didefinisikan dengan banyak cara.

Stufflebeam et al. (1971, m.s xxv) menyatakan ,

“Penilaian sebagai ‘the process of delineating, obtaining, and

providing useful information for judging decision alternatives.”

Terry D. TenBrink, (M.S.8, 1974) pula menyatakan,

‘Evaluation is the process of obtaining information and using it to

form judgements which in turn are to be used in decision making’.

(Penilaian adalah satu proses mendapatkan maklumat yang akan digunakan

untuk membuat pertimbangan yang seterusnya digunakan dalam membuat keputusan)

Definisi ini ndapat dihuraikan seperti berikut:

a. Membuat keputusan adalah matlamat akhir dalam penilaian.

Lee J. Cronbach mendifinisikan keputusan sebagai satu pilihan daripada

beberapa rangkaian tindakan.

4

Page 5: Penilaian Dan Pengukuran

Contoh

i. Sebagai guru, anda telah menetapkan ujian bagi semester

pertama berbentuk soalan objektif aneka pilihan sahaja .

b. Pertimbangan mustahak untuk mewujudkan penilaian.

Pertimbangan (judgement) tidak memerlukan tindakan tetapi ia

merupakan satu nilai tara buat masa kini untuk melihat prestasi masa

depan.

Contoh:

i. Dari segi penglibatannya dalam kelas, Halim adalah seorang

pelajar yang cerdas.

ii. Buku cerita ini nampaknya sesuai bagi kanak-kanak tahun 5 dan

6.

c. Maklumat adalah unsur penting dalam penilaian.

Maklumat itu boleh terdiri dalam bentuk kuantiti atau kualiti; umum atau

khusus; benda hidup atau benda mati.

Contoh:

i. Kelayakan minimum untuk mengikuti kursus Pengajian Inggeris

ialah P4. Pada tahap ini calon-calon dijangkakan cekap bertutur

dalam bahasa Inggeris.

Oleh itu, penilaian dalam pendidikan merupakan suatu sistem atau proses yang meliputi

aktiviti-aktiviti mengumpul maklumat tentang strategi dan aktiviti pengajaran dan

pembelajaran, untuk membuat analisis dan keputusan dengan tujuan mengambil

tindakan yang sewajarnya, yang dapat menghasilkan pengajaran dan pembelajaran

yang lebih berkesan. Dengan itu, proses penilaian mengandungi aspek-aspek

pengujian, pengukuran, penganalisisan dan penyimpulan. Prosedur penilaian ini boleh

dilaksanakan dalam lima peringkat yang dihuraikan secara ringkas seperti berikut:

5

Peringkat persediaan ujian

Peringkat pentadbiran ujian

Peringkat pemeriksan

dan pengukuran

Peringkat analisis

Peringkat interpretasi

dan tindakan

Page 6: Penilaian Dan Pengukuran

Berdasarkan keterangan di atas, pengujian dan pengukuran merupakan aktiviti-aktiviti

utama dalam aktiviti penilaian. Rajah 1 di bawah ini pula menunjukkan kepentingan

perkaitan ketiga-tiga sistem ini.

Rajah 1 : Perkaitan Pengujian, Pengukuran dan Penilaian

Untuk menyimpulkannya, sekali lagi ditegaskan bahawa penilaian merupakan proses

untuk menghasilkan nilai kuantitatif bagi menentukan peringkat pencapaian dan

kedudukan pelajar dalam pembelajaran. Penilaian berguna untuk membaiki rancangan

mengajar, kurikulum, pengesanan punca kelemahan, dan membuat ramalan. Penilaian

dibuat berdasarkan jadual atau gred yang dihasilkan melalui pengiraan perangkaan

(statistik). Penilaian boleh dilakukan sebelum, semasa , dan selepas satu atau

beberapa topik pelajaran. Penilaian merangkumi aspek pengujian dan pengukuran.

v. Apakah pula konsep pentaksiran?

Pentaksiran ialah satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya

membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan.

Proses ialah langkah/ tindakan/ operasi yang digunakan untuk

mendapatkan hasil yang dikehendaki.

Maklumat ialah bukti tentang prestasi pelajar dalam sesuatu

perkara yang ditaksir.

Penghakiman merupakan proses pertimbangan tentang

pencapaian pendidikan pelajar.

Produk dalam konteks pendidikan merupakan pengetahuan,

kemahiran dan nilai yang pelajar peroleh setelah melalui proses

pendidikan.

6

Penilaian

Pengukuran

Pengujian

Page 7: Penilaian Dan Pengukuran

Dalam konteks pendidikan, pentaksiran merupakan satu episod dalam proses

pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor

dan menginterpretasi maklumat tentang hasil pembelajaran seorang pelajar bagi tujuan

tertentu.

Pentaksiran haruslah dilihat sebagai:

proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang

dalam pembelajaran,

aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran,

aktiviti yang dijalankan secara berterusan, dan

aktiviti yang bertujuan untuk mendapatkan pembelajaran yang

baik.

4.1.3 Kepentingan Penilaian Ujian Dalam Bilik Darjah

Penilaian dan ujian mempunyai beberapa tujuan. Antaranya ialah:

untuk mengetahui keupayaan, kemahiran atau pengetahuan asas yang

sedia ada pada pelajar-pelajar dalam perkara-perkara yang hendak

diajar. Ujian seperti ini biasanya disebut sebagai praujian atau ‘pretest’.

Daripada ujian inilah guru-guru biasanya dapat merancang dan

merencanakan pengajaran yang seterusnya. Hasil ujian tersebut dapat

memberikan gambaran kepada guru-guru berkenaan tentang keupayaan

pelajar mereka yang sebenar sebelum mereka memulakan pengajaran,

untuk menolong guru-guru mengetahui sejauh manakah pelajar-pelajar

mereka telah dapat menguasai atau mempelajari perkara yang telah

disampaikan. Dengan lain perkataan guru-guru itu dapat melihat sejauh

manakah pengajarannya itu berhasil. Biasanya, ujian-ujian seperti ini

disediakan oleh guru sendiri untuk menguji aspek-aspek pengetahuan

dan kemahiran tertentu,

untuk membandingkan pencapaian seseorang pelajar dengan teman-

teman sekelasnya atau dengan peringkat kelas yang sama di sekolah.

Perbandingan seperti ini penting untuk menilai pencapaian atau prestasi

seseorang individu,

untuk membandingkan tingkat pencapaian pelajar dalam sesuatu bidang

subjek dengan bidang yang lain. Tujuannya ialah untuk melihat

7

Page 8: Penilaian Dan Pengukuran

kelemahan atau kelebihan pelajar dalam sesuatu bidang dan digunakan

maklumat ini untuk kerja-kerja pemulihan dan sebagainya,

untuk menentukan pelajar yang tinggi keupayaan dan juga yang amat

lemah dalam pencapaian mereka. Tujuannya ialah untuk kerja-kerja

pemulihan dan pengayaan.

Untuk membuat jangkaan terhadap potensi atau bakat pelajar terhadap

pembelajaran. Ini penting untuk menyelaras dan menentukan arah jenis

pendidikan pelajar. Guru-guru dengan mudah dapat menyalurkan

pelajar-pelajar mereka ke jurusan-jurusan tertentu mengikut kebolehan

mereka sepeti jurusan sains, sastera dan teknikal,

untuk membolehkan guru-guru menilai bahan-bahan dan teknik serta

kaedah pengajaran mereka. Melalui ujian dan penilaian mereka sentiasa

dapat mempertingkatkan pengajaran mereka, dan

ujian dan penilaian adalah juga berguna kepada pelajar-pelajar.

Melaluinya mereka berpeluang untuk mengetahui kelemahan-kelemahan

mereka dalam sesuatu kemahiran atau bidang itu dan segera pula

memperbaikinya.

Sebagai rumusannya, dalam keseluruhan usaha penilaian tentang sesuatu kemahiran

bahasa, proses yang sering kita lakukan adalah seperti berikut:

Sebelum kita menguji atau mentadbir sesuatu pengujian bahasa, terlebih dahulu kita

perlu membina alat atau bahan ujian. Selepas ujian itu sempurna ditadbirkan kita akan

8

Uji Ukur Nilai

Page 9: Penilaian Dan Pengukuran

mengumpulkan tindak balas atau jawapan pelajar untuk diperiksa dan dimarkahkan.

Apabila pengukuran telah dilakukan melalui pemarkahan dan pemarkatan, barulah kita

boleh menilai pencapaian pelajar. Di sini pengukuran yang kuantitatif dalam bentuk

markah atau angka menjadi bukti atau asas bagi kita membuat penilaian atau memberi

sifat yang kualitatif seperti cemerlang, kepujian, lulus atau gagal, selaras dengan kriteria

atau standard yang telah kita sediakan.

Latihan 1a. Sila nyatakan tujuan-tujuan pengujian, pengukuran dan penilaian dilakukan.b. Sila buat catatan dan rumusan tentang perbezaan antara konsep-

konsep pengujian, penilaian dan pengukuran ini dalam bentuk grafik .

2. Baca situasi berikut dan nyatakan sama ada situasi itu merupakan aktiviti pengujian, pengukuran atau penialaian.

Tuliskan dalam lajur aktiviti.

Situasi Aktivitii) memilih buku teks yang sesuai

untuk kelasii) menentukan aspek kelemahan

bahasaiii) menentukan jarak trek larian

iv) memilih calon sekolah untuk mewakili pertandingan perbahasan

v) memilih calon terbaik untuk anugerah cemerlang kurikulum dan kokurikulum

vi) mengambil keputusan SPM dan STPM untuk pemilihan masuk

9

Page 10: Penilaian Dan Pengukuran

ke IPTvii) mendapatkan markah bagi

semua pelajar dalam kelas untuk laporan kemajuan bulanan

Tajuk

4.2

Pembinaan Jadual Penentuan Ujian (JPU) dan

Peraturan Memberi Markah (PMM)

4.2. 1 Jadual Penentuan Ujian (JPU)

i. Definisi

Seringkali soalan-soalan ujian dibuat secara spontan dan tidak

terancang. Ujian yang tidak mempunyai rancangan yang rapi biasanya tidak

mempunyai kesahan dan keutuhan yang tinggi. Cara yang baik untuk merancangkan

sesuatu ujian adalah dengan menyediakan Jadual Penentuan Ujian (JPU) yang

merupakan rancangan persediaan item/ soalan. JPU dikenali juga sebagai “Test Blue

Print” dan “Test Specification”. JPU merupakan matrik yang terdiri daripada dua paksi:

paksi “Kandungan” (menegak) dan paksi “Aras Kemahiran” (melintang).

ii. Maklumat Dalam JPU

JPU mempunyai maklumat seperti berikut:

Kandungan Ujian yang berupa topik-topik pelajaran.

Aras Kemahiran yang mengikut taksonomi objektif pendidikan.

Pemberatan (%) pada kandungan aras kemahiran berdasarkan lama

masa mengajar dan kepentingan sesuatu kemahiran itu diajar.

10

Page 11: Penilaian Dan Pengukuran

Bentuk Ujian sama ada berbentuk objektif, esei, amali, kertas kursus

dan lain-lain.

Bilangan item yang mengikut bentuk, kandungan dan aras

kemahiran.

Kepayahan atau kesukaran item yang berada dalam lingkungan 20 %

- 80%

Sekarang, mari kita bincangkan butiran-butiran di atas. Kita dapat simpulkan bahawa

pengetahuan dan kemahiran yang disenaraikan dalam JPU haruslah berupa

pengetahuan dan kemahiran yang terkandung dalam sukatan pelajaran serta yang telah

diajar di dalam bilik darjah. Bilangan item ujian bagi setiap topik dan kemahiran itu pula

ditentukan oleh jumlah masa yang diperuntukkan untuk pengajarannya. Contohnya, jika

topik 1 memerlukan dua minggu untuk diajar dan topik 2 cuma memakan masa

seminggu, maka bilangan soalan bagi topik 1 seharusnya lebih banyak daripada soalan

topik 2. JPU juga menetapkan bilangan soalan yang dikatakan senang, sederhana dan

susah dari segi aras kesukarannya. Aras kesukaran soalan lebih kurang memadai aras

kemahiran yang diuji, mengikut taksonomi yang digunakan. Ini bererti, soalan aras

pengetahuan biasanya adalah lebih mudah berbanding dengan soalan aras kefahaman,

aplikasi dan analisis yang merupakan soalan sederhana. Manakala soalan yang

menguji kemahiran sintesis dan penilaian pula adalah merupakan soalan yang susah.

Namun begitu, aras kesukaran soalan ini merupakan satu perkara yang relatif. Yakni,

satu soalan yang didapati senang bagi sekumpulan pelajar mungkin susah untuk

sekumpulan pelajar lain. Jadi, dalam ujian buatan guru, guru harus membina soalan

mengikut kebolehan pelajarnya.

Perbincangan di atas menyentuh tentang jenis maklumat yang terkandung dalam JPU.

Ini menegaskan betapa pentingnya JPU dalam penggubalan item ujian. Ringkasnya,

kepentingan JPU adalah seperti berikut.

iii. Pentingnya Jadual Penentuan Ujian

Mengelakkan daripada membina ujian secara sembarangan.

Menjamin kesahan isi kandungan sesuatu ujian.

Menimbulkan rasa kepentingan topik-topik dan aras-aras

kemahiran.

11

Page 12: Penilaian Dan Pengukuran

Menentukan perseimbangan antara topik-topik dengan aras-aras

kemahiran yang diuji.

Memberi panduan untuk membentuk format ujian.

Memberi panduan untuk membentuk soalan.

Menstabilkan taraf serta aras kesukaran ujian dari setahun ke

setahun.

Mengambil kira bilangan masa yang diperuntukkan untuk sesuatu

topik.

Membolehkan perbandingan dibuat antara satu ujian dengan ujian

yang lain.

iv. Contoh JPU

Bil Bentuk Soalan Objektif

Kemahiran Kognitif

Bidang/Topik/Topik Kecil Jam 1 2 3 4 5

6

Jumlah

Item

1.1 Sejarah Perkembangan Bahasa

Melayu 5 4

Asal usul BM, BM sebelum

dan selepas merdeka 2 2

1.2 Linguistik BM 15 12

Pengenalan linguistik

Definisi, Sejarah, Linguistik

Diskriptif 1 5 4 1 1

1.3 Fonologi 20 16

Definisi, alat artikulasi, cara

penghasilan 3 2 1 1

Fonem segmental 2 2 1 1 1

12

Page 13: Penilaian Dan Pengukuran

Fonem suprasegmental 1 1

jumlah 40 32

Jadual 1: Contoh JPU

Maklumat daripada contoh di atas memberi gambaran kasar tentang perkara yang

hendak diuji yang seterusnya memenuhi empat syarat JPU iaitu:

ujian tidak dibina sembarangan,

menimbulkan kepentingan topik dan aras kemahiran yang diuji,

memberi panduan dan penentu kepada penggubal ujian, dan

memastikan kesesuaian taburan soalan mengikut aras dan kemahiran.

4.2.2 Langkah-langkah Membina JPU

Langkah 1:

Senaraikan tajuk-tajuk yang hendak diuji.

Bil Tajuk-tajuk Pengajaran dan Pembelajaran Masa

Belajar

1.1 Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu 5

Asal usul BM, BM sebelum dan selepas

merdeka

1.2 Linguistik BM 15

Pengenalan linguistik

Definisi, Sejarah, Linguistik Diskriptif

1.3 Fonologi 20

Definisi, alat artikulasi, cara penghasilan

Fonem segmental

Fonem suprasegmental

Jumlah 40

Jadual 2: Senarai Tajuk dan Masa Belajar

13

Page 14: Penilaian Dan Pengukuran

Langkah II

Tentukan soalan yang akan dibina itu.

a. soalan objektif (30 soalan)

b. 1 markah bagi 1 item.

c. jumlah soalan bagi setiap topik dikira:

= Jumlah masa X Jumlah soalan

Jum. Masa keseluruhan

Langkah III

Tentukan model aras kesukaran item.Biasanya JPU menggunakan taksonomi objektif pendidikan Bloom

3 Domain - kognitif

- afektif

- psikomotor

Domain Kognitif

6. Penilaian Sukar

5. Sentisis

4. Analisis

3. Penggunaan

2. Kefahaman

1. Pengetahuan Mudah

14

Page 15: Penilaian Dan Pengukuran

Langkah IV

Apakah jenis ujian yang akan diuji?

Ujian objektif

Ujian struktur

Ujian esei

Dan lain-lain.

Contoh Pengiraan Bilangan Soalan Mengikut Topik

Bil. Bidang/Topik/Topik Kecil Masa

Belajar

Anggaran Jumlah Item Jumlah

Item

1.1 Sejarah Perkembangan Bahasa

Melayu 5 5 x 32 ____ 40

4

Asal usul BM, BM sebelum

dan selepas merdeka

1.2 Linguistik BM

15

15 x 32

____

40

12

Pengenalan linguistik

Definisi, Sejarah, Linguistik

Diskriptif

1.3 Fonologi

20

20 x 32

____

40

16 Definisi, alat artikulasi, cara

penghasilan

Fonem segmental

Fonem suprasegmental

jumlah 40 32

Jadual 3: Bilangan Soalan Mengikut Topik

Langkah V:

Tentukan bilangan soalan bagi setiap komponen (objektif, struktur, esei dll).

Penentuan aras kesukaran soalan (soalan mudah – soalan sukar).

Pemarkahan.

15

Page 16: Penilaian Dan Pengukuran

Langkah VI:

Menyatakan mata pelajaran.

Tingkatan.

Susunan nombor soalan mengikut tajuk.

Rumusan

Dalam penilaian, JPU berperanan penting. Orang-orang yang berkaitan dengan ujian

seperti calon, guru yang mengajar dan ibu bapa berhak dalam erti kata sebenarnya

menolak sesuatu ujian itu jika diragukan kesahannya. Justeru, data-data yang tercetus

daripada ujian yang sedemikian tidak layak digunakan bagi tujuan pemilihan,

pengkelasan atau bimbingan. Oleh itu, penekanan yang wajar terhadap objektif

pembelajaran, dan prosedur penilaian perlu diambil perhatian.

Latihan 2

Anda dikehendaki menyediakan kertas 1 Peperiksaan Semester yang telah ditetapkan. Kertas 1 mengandungi 20 soalan objektif. Arahan: Tetapkan bilangan item, peruntukan masa dan peratusan item

mengikut aras kognitif. Sediakan satu JPU berdasarkan contoh format di atas.

4.2.3 Pemarkahan dan Markat

i. Pengenalan

Topik ini akan bermula dengan tujuan memberi markah. Ini akan diikuti

dengan isu yang berkaitan dengan pemarkahan. Seterusnya, topik ini akan

memperihalkan tentang sistem pemarkahan yang boleh digunakan dan apakah pula

simbol pemarkahan yang lazim digunakan. Dengan itu, setelah mengikuti topik ini, anda

akan dapat:

i. menyatakan sebab mengadakan pemarkahan,

ii. membincangkan isu-isu berkaitan dengan prosedur pemberian markah,

iii. menghurai dan membincangkan beberapa sistem pemarkahan yang

boleh digunakan,

16

Page 17: Penilaian Dan Pengukuran

iv. membandingkan kelebihan dan kelemahan simbol-simbol yang

digunakan dalam pemarkahan, dan

v. mengira cara mentransformasi markah.

ii. Tujuan Pemarkahan

Salah satu daripada tugas yang paling tidak seronok bagi guru ialah

memberi markah atau gred. Guru mengambil masa yang lama untuk memprosesnya,

yang kadang kala menyebabkan pelajar risau, dan pada akhirnya ada pihak yang tidak

berpuas hati tentang markah atau gred yang diperoleh. Tegasnya, tidak ramai pelajar

gemar diberi gred kepada pencapaian mereka. Begitu juga, bagi guru. Proses memberi

gred bukan sahaja memerlukan banyak masa tetapi juga usaha.

Pelajar dan juga guru mengambil berat tentang markah yang diperoleh dalam ujian.

Adalah tidak mustahil bagi pelajar untuk mengambil lebih berat tentang markah yang

mereka dapati dalam ujian tatabahasa, misalnya, daripada pengetahuan dan kemahiran

yang mereka belajar daripada aspek tersebut. Jika perkara seperti ini berlaku, ini

merupakan keutamaan yang salah dan menimbulkan implikasi yang membahayakan.

Ini adalah kerana kadangkala markah tidak diguna dengan bijak, disalah tafsir ataupun

diguna sebagai senjata untuk mendenda pelajar, dan bukannya sebagai satu sumber

untuk mendapatkan maklumat.

Oleh itu, apakah tujuan memberi markah kepada ujian atau tugasan yang telah dibuat

oleh pelajar? Adakah ia diberikan sebagai ganjaran atau dendaan? Jika jawapan anda

adalah “ya” kepada soalan sebelum ini, maka jawapannya adalah salah. Markah

bukanlah untuk memberi ganjaran atau pun mendenda pelajar. Ia bertujuan untuk

memberi maklum balas tentang pencapaian pelajar.

iii. Kepentingan Pemarkahan

Markah adalah sebahagian daripada budaya dalam pendidikan. Ia telah

menjadi asas kepada beberapa tindakan dan keputusan di institusi pendidikan, dan

juga antara institusi pendidikan . Oleh itu, pelajar menyedari dari awal lagi bahawa

mereka akan diberi gred atau markah bergantung kepada prestasi mereka di sekolah.

17

Page 18: Penilaian Dan Pengukuran

Ibu bapa juga menyedari bahawa markah yang diperoleh anak mereka akan memberi

kesan kepada anak-anak mereka dalam pelbagai perkara seperti peluang melanjutkan

pelajaran, memohon biasiswa atau mencari pekerjaan nanti. Ibu bapa tahu bahawa

pelajar dibanding antara satu sama lain melalui markah yang mereka perolehi. Oleh itu,

markah sangat bermakna kepada pelajar dan juga ibu bapa mereka.

Pendidik juga dipengaruhi oleh markah, biasanya untuk mengagihkan pelajar kepada

kelas yang leibh pandai atau sebaliknya. Oleh sebab markah sangat penting bagi

kebanyakan orang, maka kita perlu berhati-hati dan bersifat objektif semasa memberi

markah. Malangnya, kadang kala tidak sedemikian. Ada kalanya markah diberi secara

terburu-buru dan sistem pemarkahan, jika ada, tidak begitu difahami. Perlu diingat

bahawa sistem yang berlainan mempunyai kebaikan dan kelemahan yang berbeza juga.

iv. Asas Pemberian Markah.

Pertimbangan yang paling asas tentang apa yang patut dicerminkan oleh

markah merupakan isu yang paling utama. Adakah gred yang diberikan itu betul-betul

mencerminkan penilaian prestasi yang tepat tentang sesuatu mata pelajaran seperti

bahasa, matematik, sains dan sebagainya? Atau adakah gred tersebut juga

merangkumi perkara-perkara lain seperti kerja yang bersih, tulisan baik, bahasa

penyampaian yang menarik, sikap, minat, usaha, motivasi dan personaliti?

Jawapannya ialah apabila markah diberikan berkaitan dengan mata pelajaran akademik,

sebaiknya, markah yang diberikan hendaklah mencerminkan pencapaian akademik

semata-mata. Faktor-faktor lain tidak patut dipertimbangkan kerana perkara-perkara

seperti motivasi sikap dan sebagainya sukar diukur secara objektif. Jika asas

pemberian gred masih memasukkan faktor-faktor lain selain daripada pencapaian,

sudah tentu skor ujian sukar untuk ditafsir.

v. Teknik Pemarkahan Uian Esei

a. Secara Keseluruhan (Holistik)

Pemarkahan secara keseluruhan bererti sesebuah esei itu dinilai berdasarkan kesan

keseluruhannya kepada pemeriksa. Contohnya, sekiranya sesebuah karangan pelajar

itu baik kandungannya, idea-idea yang dikemukakan meyakinkan, tidak terdapat

kesalahan-kesalahan bahasa yang serius, tidak terdapat kesalahan ejaan, menarik gaya

18

Page 19: Penilaian Dan Pengukuran

penyampaian dan jelas pula huraiannya, sudah tentulah karangan itu meninggalkan

kesan tanggapan (impression) yang positif kepada guru atau pemeriksa. Berdasarkan

kesan secara keseluruhan, karangan seperti ini bolehlah diberikan markah ‘cemerlang’.

Pemarkahan esei mengikut teknik ini, iaitu bentuk perincian seperti ejaan, bentuk

tulisan, tatabahasa, perbendaharaan kata dan lain-lain tidak perlu diasing-asingkan

kerana yang dinilai oleh pemeriksa ialah kualiti keseluruhan karangan berkenaan.

Walau bagaimanapun, sebelum menjalankan pemarkahan, guru mestilah menentukan

apakah ciri-ciri esei yang dikatakan ‘cemerlang’, ‘baik’, ‘sederhana’ dan ‘lemah’ dan

haruslah ada model bagi setiap kategori itu.

Contoh Penentuan Ciri-ciri Esei

Bil. Esei Cemerlang

1 Isinya tepat dan jumlahnya mencukupi. Huraiannya terperinci dan jelas.

2

Dapat meyakinkan pembaca. Tidak memuatkan perkara-perkara yang tidak

berkaitan dengan calon untuk memperlihatkan kematangan.

3

Idea-idea dijalin dengan kemas dalam perenggan-perenggan yang bersesuaian

panjangnya.

4

Memperlihatkan penggunaan bahasa baku yang baik iaitu dari segi struktur dan

perbendaharaan kata.

5

Memperlihatkan penguasaan teknik penulisan yang baik; pembaca tidak

merasakan sebarang kejanggalan.

6 Memperlihatkan penguasaan ejaan yang memuaskan.

Bil. Esei baik

1 Isinya tepat dan jumlahnya mencukupi tetapi kurang terperinci huraiannya.

2

Dapat meyakinkan pembaca. Calon memperlihatkan kematangan tetapi tidaklah

sebaik atau setinggi peringkat ‘cemerlang’.

3

Idea dijalin dengan baik walaupun mungkin terdapat sedikit kelonggaran (jalinan

agak kurang mantap)

Menunjukkan penguasaan bahasa yanga baik. Walau bagaimanapun, terdapat

19

Page 20: Penilaian Dan Pengukuran

4 sedikit-sedikit kesilapan yang tidak begitu serius.

5

Memperlihatkan penguasaan teknik penulisan yang baik. Mungkin terdapat

sedikit kejanggalan tetapi tidaklah mencacatkan esei secara keseluruhan.

6 Menunjukkan penguasaan ejaan yang memuaskan.

Bil. Esei sederhana

1

Isinya ada tetapi kurang tepat. Jumlahnya mencukupi tetapi huraiannya kurang

terperinci.

2

Terdapat idea yang kurang meyakinkan dan memperlihatkan kematangan yang

amat sederhana.

3

Idea-idea dijalin dengan tidak begitu kemas dan tidak diperkembangkan dengan

baik.

4

Terdapat kelemahan dalam penggunaan bahasa, misalnya terdapat struktur dan

penggunaan perkataan yang salah.

5

Tidak memperlihatkan penguasaan teknik penulisan yang baik; pemeriksa

mendapati kejanggalan dan mungkin terdapat bahagian-bahagian yang kurang

jelas.

6 Terdapat kesilapan-kesilapan ejaan walaupun tidak begitu teruk.

Bil. Esei lemah

1 Isi dangkal dan tidak tepat.

2 Idea-idea tidak meyakinkan dan tidak memperlihatkan kematangan.

3 Jalinan idea tidak kemas, tidak ada huraian dan perkembangan idea.

4 Penguasaan bahasa lemah. Terdapat banyak kesalahan yang dilakukan.

5

Tidak menguasai teknik penulisan. Pemeriksa dapat merasakan kelonggaran

dan kejanggalan penyampaian isi.

6 Menunjukkan kelemahan yang serius dalam aspek ejaan.

b. Secara Perincian (Analitikal)

Cara pemarkahan perincian atau analitikal ini memeriksa unsur-unsur terpenting

yang merangkumi kriteria kandungan, pengelolaan dan proses secara berasingan.

20

Page 21: Penilaian Dan Pengukuran

Contohnya, di dalam sesuatu ujian karangan, skim pemarkahan boleh dicerakinkan

kepada tiga komponen, iaitu:

Isi

40 (5 markah bagi setiap isi yang diulas dan diperkembangkan

dengan baik)

Bahasa

40 (aspek yang dinilai ialah tatabahasa dan penggunaan perkataan.

Setiap tiga kesalahan ditolak satu markah).

Gaya

20 (aspek yang dinilai kelicinan pengolahan dan kesesuaian

pemerengganan.

Jumlah 100

c. Kebaikan dan Kelemahan Kedua-dua Teknik Pemarkahan

Bil. Teknik Kebaikan Kelemahan

1 Keseluruhan / Holistik

1. Semua aspek penulisan diberikan pertimbangan yang sama rata.

2. Dapat menilai kebolehan am dalam bidang penulisan.

3. Pemeriksaan boleh dibuat dengan lebih tepat; latihan yang banyak boleh dijalankan.

4. Pelajar-pelajar bebas menulis – menulis esei merupakan suatu kemahiran yang memerlukan gabungan beberapa proses.

1. Guru mungkin bersifat bias semasa memeriksa.

2. Tiada maklumat diagnostik yang khusus; oleh itu pelajar-pelajar tidak dapat melihat di mana kekuatan dan kelemahan karangan mereka.

3. Sekiranya pemeriksaan memerlukan ramai guru, kordinasi sukar dilaksanakan.

2 Perincian / Analitikal

1. Kesalahan pelajar-pelajar dapat diperlihatkan dengan jelas.

2. Esei boleh diperiksa hanya sekali baca.

3. Orang yang kurang mahir dalam bidang penulisan boleh menjalankan tugas pemeriksaan.

4. Pelajar-pelajar dapat melihat di mana dan apa kelemahan mereka.

1. Dengan mengasingkan aspek-aspek yang dinilai, kemahiran penulisan seolah-olah terasing. Penulisan bukan lagi merupakan paduan beberapa proses secara natural.

2. Pemeriksaan memerlukan masa yang panjang.

3. Kebolehan penulisan secara keseluruhan sukar dilihat.

4. Kemungkinan penekanan kepada ‘mencari kesalahan’ adalah lebih, daripada ‘mencari kekuatan’ sesebuah esei.

21

Page 22: Penilaian Dan Pengukuran

Latihan 3Antara pemarkahan cara holistik dan analitikal, yang mana satukah anda pilih untuk menilai karangan pelajar anda? Mengapakah anda memilih cara pemarkahan tersebut?

Tajuk 4. 3 Pembinaan Item

4.3.1 Pengenalan

Terdahulu kita telah membincangkan tentang konsep penilaian dan kepentingannya

dalam pendidikan serta pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Dengan itu,

dalam proses menilai ini, guru sewajarnya dapat menentukan dengan jelas kedudukan

ujian sebagai alat penilaian dalam pendidikan. Ujian bermaksud bahan-bahan yang

tertulis yang telah dibentuk oleh guru untuk menguji sesuatu kemahiran bahasa.

Contohnya, guru membina ujian kloz bagi menguji kefahaman membaca. Jadi, istilah

ujian merujuk kepada alat-alat yang digunakan untuk menguji kemahiran-kemahiran

tersebut.

Tegasnya, selaku guru bahasa kita seharusnya sedar tentang kedudukan dan

kepentingan ujian dalam penilaian pendidikan bahasa untuk mendapatkan maklumat

tentang pencapaian pembelajaran pelajar-pelajar, kelemahan dan kekuatan pelajar-

pelajar dalam pembelajarannya. Ini berguna bagi guru dalam memperbaiki dan

mempertingkatkan sesuatu pengajaran dan pembelajaran. Lazimnya, apabila kita

membincangkan tentang pembinaan item ujian, kita akan memberi tumpuan kepada

soalan berikut:

22

Page 23: Penilaian Dan Pengukuran

Adakah item ujian yang dibina oleh guru itu akan benar-benar dapat

menguji dan mempunyai ketakalan dalam mengukur aspek kemahiran

bahasa pelajar-pelajar?

Begitu juga, kita tidak dapat lari daripada menyoal perkara-perkara berikut semasa

merancang ujian :

Mengapakah ujian itu dilaksanakan?

Apakah jenis ujian yang sesuai digunakan?

Bila dan berapa lamakah masa ujian itu dijalankan?

Pun juga, setelah menjawab soalan-soalan di atas, guru seterusnya akan memikirkan

ciri-ciri membentuk item ujian yang baik dan penggunaan item ujian yang sesuai dengan

kemahiran bahasa yang hendak diuji.

Kesimpulannya, ujian merupakan asas untuk memperoleh maklumat bagi membuat

penilaian tentang pencapaian pelajar di dalam bilik darjah. Oleh itu, guru harus

memastikan yang bahan ujian yang diberi itu betul-betul dapat menguji apa yang hendak

diuji dan semestinyalah sentiasa tekal.

4.3.2 Jenis-jenis Ujian

Berbagai-bagai jenis ujian dapat digunakan dengan berkesan sekiranya ia

dirancang dan sesuai pula dengan kemahiran yang hendak diuji. Dalam pengajaran

pembelajaran bahasa KBSR , penguasaan pelajar-pelajar terhadap kemahiran

mendengar, bertutur, membaca dan menulis perlu diuji dengan menggunakan pelbagai

jenis ujian dan teknik pembinaan item ujian yang sesuai. Di bawah ini diperturunkan

beberapa jenis ujian iaitu:

i. objektif dan

ii. subjektif

I. Objektif

Item ujian jenis objektif ini memerlukan pelajar menulis atau memilih satu

jawapan yang betul atau paling baik. Antara item ujian ini termasuklah item jawapan

pendek, item jenis padanan, item jenis aneka pilihan dan kloz. Sesuatu ujian itu

dikatakan ujian objektif kerana pemeriksa yang berlainan akan memeberi markah yang

23

Page 24: Penilaian Dan Pengukuran

sama apabila memeriksa kertas yang sama. Ujian objektif dibentuk daripada beberapa

item objektif yang boleh diperiksa secara objektif iaitu pemeriksa-pemeriksa berlainan

memperoleh skor yang sama ketika memeriksa tindakan balas yang serupa ( Gronland,

1977). Kenyataan ini menunjukkan objektiviti sesuatu ujian itu merujuk kepada

bagaimana skor diperoleh.

Item objektif boleh dibahagikan kepada dua jenis berdasarkan cara tindakbalas yang

diberikan kepada pelajar iaitu:

a. item respons bebas ( jenis sumbangan)

b. item respons tetap ( item objektif pilihan)

Item Respons Bebas

Soalan jenis ini memerlukan calon meneliti soalan dan menuliskan jawapan

sendiri pada ruang yang disediakan. Biasanya jawapan ditulis di hujung soalan atau

dalam kotak yang disediakan. Di bawah ini ditunjukkan beberapa contoh jenis item

respons bebas.

i. Jenis soalan:

contoh: a) Apakah lawan bagi perkataan rajin? ( malas)

b) Apakah makna simpulan bahasa kaki ayam? (tidak

memakai kasut)

ii. Item Melengkapkan Penyataan

Contoh:

a) Kita mesti _______bermain sekarang kerana hujan sudah turun.

b) Saya terpaksa ________ adik saya kerana emak saya bekerja.

Item Respons Tetap ( Item Objektif Jenis Pilihan)

24

Page 25: Penilaian Dan Pengukuran

Soalan jenis ini memerlukan pelajar memilih jawapan betul atu paling tepat.

Jawapan mungkin dipilih daripada dua atau lebih pilihan. Item-item itu ialah format

Salah-Betul, Padanan, dan aneka pilihan.

i. Item Salah-Betul

Item ini dikenali sebagai Item Dua Pilihan iaitu item yang mengandungi

penyataan yang perlu ditandakan dengan dua pilihan sahaja iaitu: betul (B) atau salah

(S). Ada ketika guru menggunakan setuju (S) atau tidak setuju (TS) pada penyataan

atau ya (Y) atau tidak (T) pada soalan.

Format-format ini dikira sebagai item-item dua pilihan oleh kerana kesemuanya

melibatkan penerimaan atau penafian.

Contoh bagi Item Dua Pilihan:

a) Nyatakan sama ada pernyataan berikut Betul atau Salah.

1) Tandakan sama ada betul atau salah ejaan bagi perkataan

berikut:

Betul Salah

bareng _____ _____

goring _____ _____

di rumah _____ ______

b) Nyatakan Ya atau Tidak pada pernyataan berikut:

1) Lawan bagi perkataan pantas ialah lambat. Ya/ Tidak

ii. Item Padanan

Item Padanan atau Suaian biasanya mengandungi dua kumpulan objek/

perkara yang berkaitan. Pelajar dikehendaki memilih jawapannya dengan memadankan

objek/ perkara yang berkaitan di sebelah kiri dengan objek/ perkara di sebelah kanan.

Contoh: Padankan kata bilangan dengan contoh yang diberi dengan

menggunakan garisan lurus untuk menghubungkan kotak-kotak yang diberi.

Kata Bilangan Contoh

1. Kata Adjektif Sifatan A. Gadis cantik itu anak Pak Zaini.

2.KataAdjektif Pancaindera B. Budak baik selalu dipuji.

25

Page 26: Penilaian Dan Pengukuran

3. Kata Adjektif Bentuk C. Jalan bengkok ke kampung itu telah ditutup.

4. Kata Adjektif Perasaan D. Dia amat rindu akan emaknya.

iii. Item Aneka Pilihan

Item aneka pilihan adalah dari golongan item jawapan tetap kerana diberikan

tindakbalas terbatas. Jenis item aneka pilihan adalah seperti berikut.

a. Item aneka pilihan berbentuk soalan.

Contoh:

1. Di antara ayat-ayat ini yang manakah ayat permintaan?

(A) Pergi kau dari sini.

(B) Jangan balik sebelum kamu habiskan latihan ini.

(C) Silalah datang selalu ke sini.

(D) Kamu hendaklah rajin belajar jika mahu jadi pandai.

b. Pokok soalan berbentuk ayat tidak lengkap.

Contoh:

1. Pasangan yang semuanya kata majmuk ialah

(A) acap kali, bijak pandai

(B) buah tangan, budak nakal

(C) rumah batu, rumah tangga

(D) meja makan, hitam manis

c. Jenis Jawapan Terbaik

Contoh:

1. Ahmad berkata, “Cikgu! Saya minta maaf kerana saya tidak dapat

hadir ke sekolah kelmarin.”

Cakap pindah yang paling tepat bagi cakap ajuk di atas ialah

(A) Ahmad minta maaf pada hari kelmarin kepada cikgunya kerana

ia tidak hadir ke sekolah.

(B) Oleh kerana Ahmad tidak dapat hadir ke sekolah kelmarin, ia

minta maaf kepada cikgunya.

(C) Ahmad berkata yang ia minta maaf kepada gurunya kerana ia

tidak hadir ke sekolah kelmarin.

26

Page 27: Penilaian Dan Pengukuran

(D) Ahmad meminta maaf kepada cikgunya kerana ia tidak dapat

hadir ke sekolah pada hari kelmarinnya itu.

d. Analogi

Contoh:

Arahan: Tiap-tiap pasangan perkataan di bawah diikuti empat pasang

perkataan. Pilih pasangan yang mempunyai perkaitan dengan pasangan

awal.

hitam : putih

(E) kain : merah

(F) merah : tua

(C) merah : hijau

(D) merah : jambu

e. Antonim

Contoh:

Arahan: Tiap-tiap soalan dimulakan dengan perkataan berhuruf

besar dan diikuti oleh lima perkataan. Pilih perkataan yang berlawanan

dengan perkataan berhuruf besar.

PEMARAH

i. Penyabar

ii. Pengampun

iii. Pendamai

iv. Peramah

(A) I dan II sahaja

(B) I dan IV sahaja

(C) II dan III sahaja

(D) III dan IV sahaja

f. Jenis Negatif

27

Page 28: Penilaian Dan Pengukuran

Tumpuan pelajar dipusatkan kepada mencari fakta yang salah. Pokok

soalan sering mengandungi perkataan ‘kecuali’, ‘bukan’ , ‘tidak betul’

dan lain-lain.

Contoh:

1. Berikut ialah contoh-contoh perkataan berganda yang mempunyai

maksud jamak, kecuali

(A) kanak-kanak

(B) sekolah-sekolah

(C) gunung-ganang

(D) kuih-muih

g. Mengisi Tempat Kosong

Contoh:

1. Lembu itu_____________ekornya untuk menghalau nyamuk dan

lalat.

(A) melibas-libaskan

(B) mengipas-ngipaskan

(C) mengibar-ngibarkan

(D) menggerak-gerakkan

h. Item Jenis Cantuman.

Contoh (a) : Cantuman jenis sesuai/ tidak sesuai

1. Pilih perkataan-perkataan berikut yang memperlihatkan makna

yang ada kaitan dengan perkataan ‘pandai’

I. cermat

II. cerdik

III. pintar

IV. cergas

(A) I dan II sahaja

(B) II dan III sahaja .

(C) II dan IV sahaja

(D) III dan IV sahaja

28

Page 29: Penilaian Dan Pengukuran

Contoh (b): Jenis cantuman aneka pelengkap yang mempunyai urutan/

sekuen.

1. Pilih urutan yang betul bagi perlakuan-perlakuan yang dinyatakan.

I. Berserapan pagi bersama keluarga.

II. Bangun daripada tidur pada jam 6.00 pagi.

III. Pergi ke sekolah.

IV. Gosok gigi dan mandi.

V. Memakai pakaian sekolah.

(A) II, IV, V, I dan III

(B) II, V, IV, III, dan I

(C) II, IV, V, III dan I

(D) II, III, IV, V, dan I

iv. Teknik Kloz

Teknik menggunakan ujian kloz sebagai alat bagi menguji kefahaman

bacaan boleh digunakan untuk pelajar-pelajar sekolah rendah . Sungguhpun teknik kloz

memerlukan prosedur tertentu dari segi pembinaan ujian, pentadbiran dan pemarkahan,

ini semua tidak sukar dilakukan, dan sepatutunya boleh diuruskan oleh guru-guru

bahasa Melayu. Dalam ujian kloz pelajar diminta mengisi tempat kosong yang telah

sengaja dikosongkan oleh guru/ penguji dalam sesuatu keratan bacaan. Pada mulanya,

pelajar diminta melihat dan membaca keratan itu secara keseluruhannya. Kemudian,

berasaskan kefahaman mereka ke atas teks itu keseluruhannya, mereka akan mencuba

mengisi tempat yang dikosongkan dengan perkataan yang paling sesuai menurut makna

keseluruhan teks.

Contoh:

Isikan tempat-tempat kosong dalam petikan berikut dengan perkataan-perkataan

yang sesuai, berdasarkan senarai.

Kerajaan negeri Johor bersedia ______ sedikit bantuan yang diperlukan _____

29

Page 30: Penilaian Dan Pengukuran

pihak persendirian dalam usaha ______ bangunan tambahan di kawasan rumah

_______ yatim di situ untuk menampung _______ mereka. Sumbangan yang

sentiasa ______ masuk dari penderma-penderma atau _______ hartawan

secara tidak langsung ______ membantu mereka dalam menjalankan ______

untuk memberi didikan serta ______ yang sempurna kepada kanak-kanak

berkenan.

Jawapan

II. Soalan Subjektif

i. Item Jenis Struktur

Item jenis struktur merupakan item-item yang disusun dan diatur secara

sistematik dan berkembang untuk menjadi rangka kepada satu persoalan yang lebih

besar atau berkaitan dengan satu-satu tema. Ini terbentuk daripada satu atau dua

bahagian iaitu jawapan yang mengandungi beberapa patah perkataan dan bahan-

bahyan yang disertakan pada soalan.

Item-item struktur ini memberi pelajar panduan/ bimbingan/ rangka serta memberi

rangsangan / bahan asas untuk memulakan jawapan. Ia juga memberi tanda isyarat

yang tetasp bagi bertindak balas terhadap soalan berdasarkan petunjuk markah dan

ruang jawapan yang disediakan. Dalam pembinaan item ini, beberapa item pendek

boleh dihubungkan menjadi set item-item yang dibentuk dengan menggunakan

rangsangan yang sama.

Sebagai satu ujian ringkas mengenai sesuatu tajuk/ perkara , item struktur sebenarnya

mengandungi elemen item objektif dan item esei.

Jenis soalan struktur ini mengehadkan isi dan bentuk jawapan seseorang calon.

Jawapan yang diperlukan adalah pendek, iaitu satu atau dua ayat sahaja.

Contoh:

30

menguntukkan, kepada, para, menghadiahkan, kemunduran, percubaan,

oleh, membuat, penjagaan, anak-anak, ahli-ahli, menubuhkan, ketiadaan,

aktiviti, bertambah, budak-budak, telah, mengalir, kekurangan ganjaran.

Page 31: Penilaian Dan Pengukuran

1. Nyatakan dua jenis pantun.

i)__________________________________________

ii)__________________________________________

( 2 markah )

2. Berikan jenis ayat di bawah ini.

i) Ceramahnya menarik hati penonton. __________________

ii) Usah dikenang peristiwa lalu. _________________________

iii) Jadi, dia mesti bertanggungjawa bukan?_________________

( 3 markah )

ii. Item Jenis Esei

Item jenis esei merupakan item yang memberi peluang kepada pelajar

melakukan gerak balas dalam tulisan dan lisan de ngan perkataan sendiri. Gerak balas

tersebut memerlukan jawapan yang m eluas dan bebas dari segi mengumpulkan fakta,

menilai fakta, mengatur idea dan mengembeling idea-idea secara logic hingga

menghasilkan jawapan yang asli.

Item jenis esei boleh mengukur peringkat kognitif yang tinggi. Ia memberi peluang

kepada calon membuktikan tindak balas yang lebih kompleks. Tindak balas yang

diberikan itu adalah subjektif dan hanya berbeza dari segi mujtu atau merit. Oleh itu,

kebolehpercayaan pedmarkahannya adalah rendah.

Contoh pembinaan item esei.

a. Tindak balas terbatas (TBT)

Bagaimanakah bahan sosiobudaya dapat membantu mewujudkan

keharmonian kaum melalui pengajaran bahasa Melayu di Malaysia?

(12 markah )

Item jenis TBT ini membataskan isi dan bentuk tindak balas. Ini dihadkan kepada skop

atau topik tertentu. Batasan dan bentuk ini dinyatakan dalam soalan. Item ini berupaya

31

Page 32: Penilaian Dan Pengukuran

mengukur aras kognitif isi yang terbatas. Batasan ini dapat mengurangkan masalah

kebolepercayaan pemarkahan.

b. Tindak balas lanjutan (TBL)

“ Membaca Kunci Kejayaan “. Cogan kata ini menunjukkan betapa

pentingnya membaca. Bincangkan cara-cara untuk menanam sikap suka

membaca di kalangan pelajar hari ini.

( 25 markah )

4.3.3 Pembinaan Ujian

Membina soalan-soalan ujian yang relevan dan boleh dipertahankan

memerlukan kemahiran teknikal dan kreatif. Banyak keputusan yang berkaitan dengan

pelajar adalah dilakukan bedasarkan keputusan ujian atau peperiksaan. Dari itu, guru

adalah bertanggung jawab untuk menyediakan ujian dengan teliti dan sistemastik agar

kualiti ujian dapat dikawal rapi.

Pembinaan soalan adalah mudah sekiranya objektif pelajaran, dan hasil pengajaran

yang ingin diuji adalah jelas, dan pelan tindakan atau jadual penentuan ujian telah

disediakan. Soalan-soalan yang digubal seharusnya mematuhi pelan tindakan atau

jadual penentuan dari aspek-aspek berikut:

topik yang akan diuji dan pemberatannya,

kemahiran yang akan diuji dan pemberatannya,

aras kesukaran soalan mengikut taksonomi Bloom, dan

jenis soalan.

Dalam menentukan jenis soalan bagi sesuatu ujian, guru mempunyai pilihan untuk

mengemukakan antara soalan objektif dengan soalan subjektif. Sepertimana yang telah

dihuraikan di atas tadi, soalan objektif adalah jenis soalan yang memerlukan pelajar

memberi jawapan yang tepat dan ringkas supaya ia dapat diperiksa dengan mudah dan

32

Page 33: Penilaian Dan Pengukuran

cepat. Justeru itu, ujian objektif dikatakan mempunyai keobjektifan yang paling tinggi

kerana semua pemeriksa akan memberi markah yang sama kepada setiap soalan yang

dikemukakan. Soalan jenis objektif memerlukan sumbangan pelajar dan soalan yang

cuma memerlukan pilihan. Soalan subjektif pula terdiri daripada soalan tindak balas

terhad (jawapan agak pendek) dan soalan tindak balas lanjutan (jawapan panjang yang

tidak terhad).

4.3.4 Prinsip-Prinsip Asas Dalam Pengujian dan Penilaian

Sesuatu penilaian dan pengujian yang baik dan bermutu ialah penilaian dan

pengujian yang hasilnya dapat dimanfaatkan untuk memperbaiki keberkesanan

pengajaran dan pembelajaran. Ini bermakna, penilaian dan pengujian itu mestilah dapat

memberikan maklumat setiap mungkin tentang pencapaian atau prestasi pelajar kesan

daripada proses pembelajaran yang mereka lalui. Tentunya, untuk mendapatkan hasil

yang sedemikian, penilaian dan pengujian itu mestilah dirancang, digubal, ditadbirkan

dan diinterpretasikan dengan sebaik-baiknya, iaitu berasaskan prinsip-prinsip yang

tertentu. Di antara prinsip dasar yang harus dijadikan garis panduan dalam pembinaan

sesuatu instrumen penilaian dan pengujian ialah:

i. Penilaian dan Pengujian Itu Mestilah Mempunyai Sifat “Kesahan” (validity).

Kesahan ujian merujuk kepada sejauh mana ujian itu dapat mengukur apa yang

ia sepatutnya mengukur, iaitu sejauh mana ujian tersebut dapat memenuhi objektifnya.

Ciri kesahan dalam pengujian boleh dibahagi kepada beberapa jenis berdasarkan

tujuaqqn ujian yang dijalankan, antaranya ialah:

a. kesahan isi

b. kesahan ramalan

c. kesahan serentak

d. kesahan gagasan

a. Kesahan Isi

Kesahan isi menegaskan setakat mana ujian tersebut meliputi bidang pelajaran

yang harus diuji.

Kesahan isi memastikan isi ujian ditentukan, tujuan ujian diadakan, kandungan

sukatan pelajaran, peringkat atau kategori objektif pelajaran bagi tiap-tiap tajuk dan

sebagainya. Dua perkara yang mencirikan kesahan isi ujian ialah pem beratan dan

33

Page 34: Penilaian Dan Pengukuran

persampelan. Perancangan ujian hendaklah membuat pilihan yang seimbang supaya

tajuk-tajuk yang diuji akan mencerminkan pengetahuan yang telah dipelajari secara

menyeluruh. Cara yang baik untuk memastikan kesahan sesuatu ujian ialah dengan

menyediakan Jadual Penentuan Ujnian (JPU).

b. Kesahan Ramalan

Kesahan ramalan adalah ciri ujian yang menekankan kebolehan seseorang

calon itu menjalankan sesuatu tugas di dalam satu keadaan yang lain secara berkesan.

Dengan itu, sesuatu ujian yang mempunyai ciri kesahan ramalan hendaklah boleh

meramal perlakuan atau perubahan seseorang pada masa depan.

Misalnya, seorang pelajar yang berjaya dalam peperiksaan SPM/ STPM dengan baik

akan juga berjaya dalam peperiksaan matrikulasi yang didudukinya kelak.

Tegasnya, untuk mendapatkan ciri kesahan ramalan yang tinggi dalam sesuatu ujian,

item-item yang dibina hendaklah benar-benar menguji perkara yang berkaitan dengan

keupayaan, kemahiran, atupun kelayakan yang diperlukan dalam bidang tugas pada

masa depan.

c. Kesahan Serentak

Kesahan serentak merujuk pada pencapaian seseorang dalam sesuatu ujian itu

sepadan dengan pencapaiannya dalam satu ujian lain yang diakui sah. Misalnya, jika

pelajar membuat kesilapan tertentu dalam satu ujian, apabila ujian tersebut diulangi dan

pelajar itu masih mengulangi kesilapan tersebut, maka ujian itu boleh dikatakan

mempunyai kesahan serentak.

Cara lain yang boleh digunakan untuk menentukan ciri kesahan serentak ialah guru

boleh membina item-item ujian yang merangkumi aspek-aspek yang terdapat dalam

latihan harian pelajar. Sekiranya pencapaian pelajar dalam ujian tersebut adalah hampir

sama dengan prestasi yang ditunjukkan dalam latihan harian yang berkenaan, maka

ujian itu bolehlah dikatakan ada kesahan serentak yang tinggi.

d. Kesahan Gagasan

Kesahan gagasan adalah ciri yang sah yang terkandung dalam sesuatu ujian

yang digunakan untuk mengukur trait tingkah laku atau trait mental manusia. Tujuan ini

diadakan adalah untuk mengukur setakat mana pelajar yang diuji dapat menunjukkan

trait mentalnya seperti kecergasan otak, kreativiti, motivasi, toleransi, kebolehan

34

Page 35: Penilaian Dan Pengukuran

penaakulan, sifat keadilan, sifat tingkah laku dan sebagainya. Sifat-sifat ini, sebenarnya

sukar untuk diuji.

Jika sesuatu keputusan ujian tidak dapat menggambarkan gagasan yang diperlukan,

maka ujian itu bukan satu alat yang sah. Contoh, ujian itu yang dibina untuk mengukur

daya kreativiti di kalangan pelajar akan dianggap tidak sah jika ia tidak dapat

membezakan pelajar-pelajar yang mempunyai daya imaginasi dan kreativiti dengan

mereka yang tidak memiliki alat tersebut.

ii. Kebolehpercayaan Ujian.

Kesahan ujian merujuk kepada soalan adakah sesuatu ujian itu

mengukur apa yang hendak diukur. Kebolehpercayaan ujian pula merujuk kapada

soalan adakah sesuatu ujian itu mengukur apa yang diukur dengan tepat. Memang

semua ujian yang dihasilkan akan memberi maklumat yang tepat. Ketepatan ujian yang

dimaksudkan di sini adalah lebih kepada ketekalan atau konsistensi sesuatu ujian.

Sesuatu penimbang atau neraca sebagai alat untuk menimbang berat adalah dikatakan

penimbang yang boleh dipercayai jika penimbang itu dapat memberi bacaan yang sama

atau tekal (konsisten) bagi berat bahan yang sama di ketika-ketika yang berlainan.

Ujian juga boleh berfungsi sama dengan penimbang tadi. Sekiranya pelajar mengambil

ujian yang mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi, ini bermakna bahawa markat atau

skor yang diperolehi pelajar akan sentiasa diperoleh tidak kira bila ketikanya pelajar ini

mengambil ujian yang sama tersebut.

Walau bagaimanapun, secara realiti, tidak mungkin pelajar akan mencapai skor atau

markat yang sama jika pelajar tersebut mengambil ujian yang sama berulang kali.

Pelajar yang menduduki sesuatu ujian berulang kali mungkin akan mencapai skor yang

lebih baik kerana telah mempelajari daripada kesalahan yang telah dilakukan hasil

daripada ujian kali pertama. Ataupun, pelajar berkenaan akan mencapai keputusan

yang semakin menurun hanya disebabkan oleh penurunan motivasi, atau disebabkan

keletihan mengambil ujian. Secara lazimnya, bagi menentukan kebolehpercayaan ujian,

pengujian dilakukan sebanyak dua kali, bukannya dengann ujian yang sama, bahkan

dengan ujian yang mengandungi item atau soalan yang setara.

35

Page 36: Penilaian Dan Pengukuran

Bagi menjamin kebolehpercayaan ujian yang tingi, keadaan ujian perlu dikawal agar

tidak timbul selisihan antara pelajar yang mengambil ujian. Jika ujian memberi

maklumat yang tepat dan konsisten, maka ukuran ini mempunyai selisihan yang sedikit

atau tiada langsung. Keselarasan keadaan bagi setiap pelajar perlu dipastikan supaya

semua pelajar yang mengambil ujian adalah sama. Kawalan punca-punca atau faktor-

faktor yang menghasilkan selisihan adalah amat penting dalam pembentukan dan

pentadbiran ujian. Punca-punca seperti kesihatan dan emosi calon, keadaan

persekitaran, cara memeriksa, dan bilangan soalan yang terlalu banyak boleh

menyebabkan pengurangan kebolehpercayaan ujian. Walau bagaimanapun, secara

am, semakin bilangan soalan berrtambah, semakin tepat pencapaian sesuatu pelajar.

Kebolehpercayaan sesuatu ujian boleh dipertingkat jika prinsip-prinsip berikut diikuti:

Banyakkan soalan agar tidak menggalakkan pelajar meneka (asalkan

tidak terlampau banyak);

Arahan serta soalan adalah terang, senang difahami dan tidak

mengelirukan;

Ujian sepatutnya dalam bentuk yang sanggup ditadbir oleh guru seperti

ujian bertulis;

Masa yang cukup perlu diberikan kepada pelajar dan guru untuk

membuat persediaan;

Semua pelajar yang mengambil ujian perlulah disediakan dengan

keadaan yang sama dan selesa supaya mereka dapat menjawab soalan

dengan sebaik-baiknya dengan tidak berlaku keadaan tidak adil; dan

Semakin objektif permarkahan maka semakin tinggi kebolehpercayaan.

Dari itu, jika ujian yang diberikan adalah dalam bentuk subjektif seperti

ujian esei, dari itu skema permarkahan yang jelas perlulah disediakan

dan diikuti dengan sepenuhnya oleh semua pemeriksa.

Rumusan

Dalam proses pembinaan item ujian beberapa perkara yang berhubungan

dengan pembinaan item ujian tersebut harus dipertimbangkan. Di antaranya ialah

objektif ujian, kandungannya, kemahiran-kemahiran yang akan diuji dan seterusnya aras

ujian itu sendiri. Dengan kata lain, pembina item ujian harus memahami terlebih dahulu

36

Page 37: Penilaian Dan Pengukuran

akan objektif yang perlu dicapai oleh pelajar-pelajar berdasarkan bahan-bahan dalam

sukatan pelajaran bagi satu-satu program pengajaran dan pembelajaran itu.

Sila sediakan catatan nota bagi perkara-perkara yang berikut:a. Kenal pasti dan huraikan aras kefahaman/ kognitif Taksonomi Bloom.b. Jelaskan kelebihan dan kelemahan ujian objektif dan ujian esei.c. Senaraikan dan huraikan garis panduan membina item objektif dan esei.

Latihan 4Sila bina 20 item objektif aneka pilihan untuk menguji kemahiran tatabahasa bagi pelajar anda. Tunjukkan soalan-soalan yang dibina itu kepada guru panitia Bahasa Melayu dan bincangkan bersamanya tentang kelebihan dan kelemahan pembinaan item objektif tersebut berdasarkan garis panduan membina item ujian objektif.

Aplikasikan atau ujikan item tersebut kepada pelajar anda. Kemudian buat laporan menyeluruh tentang pencapaian pelajar anda dan kaitkan keputusan itu dengan item yang telah dibina dari segi kelebihan atau kelemahannya.

37

Page 38: Penilaian Dan Pengukuran

Tajuk 4.4 Jenis-jenis Penilaian Bahasa

4.4. 1 Jenis Ujian

Terdapat dua jenis ujian, iaitu ujian formatif dan ujian sumatif. Perbezaan antara

kedua-dua jenis ujian tersebut pada asasnya berdasarkan skop kemahiran, jangka masa

pengajaran dan pembelajaran atau objektif pengajaran dan pembelajaran yang hendak

diuji.

i. Ujian Formatif

Ujian formatif adalah bahan atau alat ujian yang dibina oleh guru untuk

menguji sesuatu unit kemahiran atau subkemahiran bahasa yang telah diajar.

Biasanya, skop pengajaran dan pembelajaran ujian tersebut dibina agak terhad dan

tidak luas. Ia berbentuk khusus dan terhad hanya kepada unit tertentu dalam

pendidikan bahasa. Biasanya, ujian tersebut berasaskan sesuatu kemahiran,

subkemahiran atau sesuatu aspek bahasa yang telah diajar dalam jangka masa yang

pendek seperti mingguan atau bulanan. Tujuan utama Ujian Formatif ini dibina dan

dijalankan oleh guru ialah untuk menguji kemajuan murid dalam mencapai atau

menguasai subkemahiran bahasa dalam membentuk sesuatu kemahiran bagi bacaan

dan kefahaman, aspek tertentu dalam tatabahasa seperti dalam penggunaan imbuhan

awalan atau/dan akhiran, atau ujian pembendaharaan kata tentang beberapa sinonim

atau antonim yang boleh digolongkan dalam ujian jenis ini. Contohnya dalam bulan

Januari, guru telah mengajar muridnya 10 simpulan bahasa, dan pada akhir bulan itu dia

ingin menguji pemahaman muridnya tentang simpulan bahasa yang telah diajar dalam

bulan itu. Oleh kerana skop pengajaran dan pembelajaran berbentuk Ujian Formatif itu

diasaskan dan dibina secara terhad maka ujian tersebut sudah semestinya tidak

menyeluruh dalam semua kemahiran atau aspek bahasa.

ii. Ujian Sumatif

Ujian Sumatif adalah bahan atau alat ujian yang dibina oleh guru untuk

menguji pencapaian murid dalam beberapa kemahiran bahasa yang telah diajar secara

jangka masa yang panjang, seperti selepas satu semester atau satu tahun

persekolahan. Skop pengajaran dan pembelajaran yang berbentuk Ujian Sumatif itu

diasaskan dan dibina secara luas dan melibatkan kesemua kemahiran dan aspek

38

Page 39: Penilaian Dan Pengukuran

bahasa. Misalnya ujian bahasa yang dibina oleh guru untuk ujian akhir semester dan

tahun, atau oleh Lembaga Peperiksaan bagi tahap penting persekolahan seperti

Penilaian Menengah Rendah (PMR) bagi penghujung persekolahan menengah rendah

dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) bagi

penghujung persekolahan menengah dan menengah atas adalah merupakan ujian

bahasa yang bercorak sumatif. Biasanya, kemahiran-kemahiran bahasa yang diuji

adalah banyak dan menyeluruh seperti lisan, bacaan dan penulisan. Aspek-aspek

bahasa yang lain seperti tatabahasa, perbendaharaan kata, semantik dan peribahasa

(simpulan bahasa atau/dan perumpamaan), dan seumpamanya kerap juga menjadi

bahan ujian dalam ujian bahasa yang bercorak sumatif.

iii. Perbezaan ujian formatif dan sumatif

Ujian formatif Perbezaan Ujian sumatif

1. Maklum balas kepada pelajar dan guru:

kemajuan dan kelemahan.

Fungsi 1. Pensijilan atau

penggredan

2. Sepanjang pengajaran Masa 2. Pada akhir

unit/kursus

3. Kognitif, psikomotor dan afektif Penekanan 3.Kognitif

4. Terhad kepada tugasan Sifat 4. Beraneka jenis

5. Berubah-ubah Kesukaran 5. Senang – sukar

6. Dibentuk khas Alat 6. Peperiksaan akhir

tahun

7. Rujukan kriteria Jenis ujian 7.Rujukan norma

8. Gagal/lulus Pelaporan 8. Jumlah skor

9. Ujian bulanan/lembaran kerja Contoh 9. UPSR, PMR, SPM

39

Page 40: Penilaian Dan Pengukuran

Tajuk 4.5 Kaedah Penilaian Bahasa

4.5.1 Pengenalan

Penilaian di sekolah akan mengesan kemajuan pelajar secara individu dengan

cara yang fleksibel, bermakna dan tidak menakutkan pelajar. Untuk ini cara

penilaian perlu mengambil kira keperluan individu, kepelbagaian cara ( multiple

ways of delivery) supaya pelbagai kecerdasan pelajar diambil kira. Implikasi

penilaian terhadap pengajaran dan pembelajaran juga perlu ditekankan agar

kualiti pendidikan dapat dipertingkatkan. Untuk itu, pelajar yang menunjukkan

prestasi cemerlang akan dibimbing dan diberi peluang untuk integrasi menegak

supaya potensinya dapat dimaksimumkan. Pelajar yang lemah pula akan

dibimbing dalam program pemulihan supaya dia dapat memperbaiki prestasinya.

Dengan demikian, guru perlu didedahkan kepada pelbagai cara untuk

menjalankan penilaian di dalam bilik darjah dengan lebih berkesan. Seterusnya,

langkah-langkah untuk memastikan penilaian itu adalah sah dan mempunyai

kebolehpercayaan yang tinggi hendaklah ditekankan.

4.5.2 Jenis-jenis Kaedah Penilaian Bahasa

II. Porfolio

i. Pengenalan

Portfolio ialah satu kaedah yang digunakan oleh guru untuk mengumpul

dan merekod bukti pencapaian pelajar dalam satu jangka masa yang dipersetujui

bersama. Terdapat beberapa jenis portfolio untuk tujuan dan konteks

pembelajaran yang berbeza. Selain portfolio, rekod anekdot dan lain-lain bukti

pembelajaran yang lain boleh digunakan untuk menghasilkan penilaian yang

menyeluruh.

40

Page 41: Penilaian Dan Pengukuran

ii.

Penilaian berbentuk lebih terbuka (broad-based) dan seimbang.

Tugasan portfolio dapat dimantau melalui peta perkembangan pembelajaran

pelajar yang boleh dinilai bersama lain-lain bukti pembelajaran seperti hasil

temubual dan jawapan soalan tentang perkara-perkara yang tidak boleh diberi

markah (non-markable).

41

Ciri-ciri Portfolio

Portfolio berbentuk dokumentasi yang berstruktur yang

memerlukan perancangan, pelaksanaan dan penilaian

yang teliti.

Proses pembelajaran melalui portfolio dijalankan

secara kolaboratif untuk mencapai kefahaman dan

mendokumentasikan pemikiran secara kritis dan kreatif

serta pemilihan maklumat dan fakta dari peringkat awal

hingga akhir.

Terdapat fleksibiliti dalam portfolio melalui “negotiated”

kontrak seperti dari segi masa, strategi atau bentuk.

Kaedah ini juga menggalakkan pembelajaran secara

interaktif melalui kerjasama, bantuan dan sumbangan

dari semua pihak.

Kandungan portfolio terdiri dari maklumat yang

disusun secara urutan dan mengikut logik. Ia juga

bersifat reflektif yang dirangsangkan melalui soalan-

soalan.

iii. Penilaian Portfolio

Berfokus kepada proses dan tidak

memberatkan kepada hasil.

Membolehkan peserta kursus belajar dan

menilai diri sendiri.

Page 42: Penilaian Dan Pengukuran

Proses penilaian perlu dijalankan secara berterusan supaya dapat

mencerminkan perkembangan pelajar dari masa ke semasa mengikut kriteria

yang dipersetujui bersama.

iv. Jenis-jenis Portfolio Yang Boleh Dibina.

v. Kegunaan Portfolio

42

Portfolio Kerja Harian/Working Portfolio

Merupakan bahan yang dikumpul untuk menghasilkan

tugasan dalam satu jangka waktu yang diberikan.

Contoh: Proses pengembangan idea yang dijalankan secara

harian untuk menghasilkan satu lukisan yang menunjukkan

ciri-ciri berikut:

a) cara mencampurkan warna untuk mendapatkan

warna yang terbaik.

‘stroke’ berus untuk menghasilkan percampuran warna terbaik.

Portfolio Hasil Terbaik/ Show Portfolio

Dipilih dari hasil terbaik dari portfolio

kerja harian. Ini berbentuk sumatif.

Contoh: Hasil lukisan yang terbaik

daripada beberapa lukisan dibuat dan

dikumpul dalam portfolio kerja harian.

Portfolio Dokumen/

Documentary Portfolio

Merupakan hasil tugasan kecil yang

dijalankan semasa mengumpul bahan

pada satu jangkamasa tertentu untuk

menyempurnakan portfolio kerja

harian.

Contoh: Satu lukisan hasil

daripada warna tertentu.

Page 43: Penilaian Dan Pengukuran

Membolehkan guru menggunakan bukti portfolio bersama rekod

anekdot guru untuk menghasilkan penilaian holistik.

Mengekalkan galakan pelajar untuk mengawal dan memantau

perkembangan kendiri, menentukan matlamat dan berasa bangga

dengan hasil pencapaiannya.

Membolehkan guru memantau perkembangan pembelajaran pelajar

dengan menggunakan peta perkembangan pembelajaran pelajar dari

segi kemahiran-kemahiran, pengetahuan dan kefahaman.

Mempelbagaikan bukti penilaian seperti rekod pemerhatian dan

penilaian, nota anekdot, rekod perlaksanaan tugas dan kadar

pencapaian hasil pelajar.

Membolehkan penilaian dalam bidang afektif tentang usaha dan

aplikasi dapatan melalui pemerhatian tingkah laku, penglibatan dalam

kelas, inisiatif, kerjasama, ketabahan dan komitmen sewaktu

membina portfolio.

vi. Perancangan

Sebelum membuat portfolio, beberapa perkara penting mesti diambil kira.

43

a. Soalan-soalan untuk menentukan tujuan dan seterusnya jenis

portfolio.

Adakah anda ingin menilai proses atau hasil portfolio?

Apakah bukti untuk mencapai matlamat kurikulum atau

peta perkembangan pembelajaran pelajar?

Apakah kumpulan sasar yang ditujukan?

b. Isi kandungan portfolio.

Adakah bukti pencapaian objektif portfolio

(matlamat/data) relevan?

Apakah jenis-jenis bukti pencapaian pembelajaran

pelajar?

Berapa banyak bukti-bukti pencapaian pembelajaran

pelajar?

Page 44: Penilaian Dan Pengukuran

vii. Cara Membina Portfolio

Setelah memahami peringkat dan strategi pembinaan portfolio, rancangkan satu

aktiviti yang sesuai berdasarkan kemahiran yang terdapat dalam mata pelajaran yang

anda ajar. Gunakan jadual berikut sebagai panduan.

Peringkat Strategi Aktiviti

Menentukan tujuan

portfolio

Menghuraikan tujuan portfolio.

Menghuraikan instrumen portfolio.

Refleksi/menyemak huraian tujuan dan

diselaraskan dengan objektif kurikulum serta

peta perkembangan pembelajaran pelajar

dalam sesuatu bidang pembelajaran.

Menentukan isi

portfolio

Menghuraikan jenis-jenis/aktiviti-aktiviti

pembelajaran.

Menghuraikan luas bidang pembelajaran.

Refleksi/menyemak huraian bukti/sumber

pembelajaran dengan menggunakan peta

perkembangan pembelajaran pelajar dalam

sesuatu bidang pembelajaran.

Menentukan pemilihan

cara pengendalian

portfolio

Menghuraikan sistem pengendalian portfolio.

Refleksi/menyemak huraian pengendalian

berdasarkan tujuan portfolio dan peta

perkembangan pembelajaran pelajar dalam

44

c. Siapa yang akan memilih isi kandungan, bahan/sumber

portfolio dan bagaimana?

Guru atau pelajar atau kolaborasi?

Adakah proses pembinaan portfolio menggalakkan

pelajar membuat refleksi kendiri dan penilaian kendiri?

Apakah sistem yang digunakan untuk pengendalian

portfolio dalam kelas?

d. Penilaian Portfolio

Adakah portfolio dinilai secara keseluruhan, kumpulan

atau individu?

Apakah kriteria penilaian yang akan digunakan?

Adakah kriteria penilaian mudah difahami dan adil?

Bagaimanakah membuat anggaran dan laporan

mengenai kedudukan/lokasi pelajar dalam peta

perkembangan pembelajaran pelajar?

1. mengikut tahap atau lokasi secara berterusan?

2. subjektif atau objektif?

Page 45: Penilaian Dan Pengukuran

sesuatu bidang pembelajaran.

Menentukan apa yang

akan dinilai dan kriteria

penilaian

Menentukan fokus penilaian secara

keseluruhan atau individu.

Menerangkan kriteria penilaian.

Memastikan kriteria ini jelas dan mudah

difahami.

Memastikan kriteria tidak memihak kepada

sesuatu jantina atau kumpulan.

Refleksi/menyemak huraian fokus dan kriteria

penilaian mengikut tujuan portfolio, peta

perkembangan pembelajaran pelajar dalam

sesuatu bidang pembelajaran.

Menentukan kaedah

membuat anggaran

dan laporan tentang

lokasi pencapaian

pelajar di peta

perkembangan

pembelajaran pelajar.

Menghuraikan kaedah membuat anggaran

tentang lokasi pencapaian pelajar di peta

perkembangan pembelajaran pelajar.

Menghuraikan kaedah membuat laporan

tentang lokasi pencapaian pelajar di peta

perkembangan pembelajaran pelajar.

Refleksi/menyemak huraian kaedah

membuat anggaran dan laporan mengikut

tujuan dan kumpulan sasar.

viii. Mengumpul Maklumat

Setelah menentukan jenis portfolio, dan strategi pembinaan portfolio, pelajar

mencari dan mengumpul maklumat dari pelbagai aktiviti.

- Penyelidikan dan rujukan dari pelbagai bahan cetak dan Teknologi Maklumat

45

- Lawatan - Temubual

Page 46: Penilaian Dan Pengukuran

Pelajar mendokumentasikan maklumat dengan memindahkan ke komputer atau

ke dalam fail. Misalnya:

- Inti/ rumusan dari pelbagai sumber

- Scan gambar foto

- Membentuk soal semak di komputer

- Sambungkan gambar video ( untuk

pemerhatian) ke komputer.

ix. Bagaimana Menilai Portfolio?

Berdasarkan konsep perkembangan pembelajaran yang berterusan dan

berfokuskan kepada perkembangan pelajar dalam aspek kemahiran-kemahiran,

pengetahuan dan kefahaman.

Menggunakan peta perkembangan pembelajaran pelajar yang memberi

gambaran perkembangan yang lebih menyeluruh dari awal hingga akhir.

Sebagai contoh mari kita lihat peta perkembangan pembelajaran pelajar

yang mempunyai lima tahap perkembangan, seperti di bawah ini.

E 5 Berdikari mengeja perkataan-perkataan

J 4 Mencantum suku kata dengan bimbingan guru

A 3 Membentuk suku kata

A 2 Menyebut bunyi huruf

N 1 Permulaan mengenal huruf

Menggunakan inferens dengan rekod menimbang pelbagai bukti seperti

hasil pemerhatian, jurnal dan rekod anekdot sebelum membuat anggaran

seimbang (on-balance) tentang tahap pencapaian pelajar.

Membuat laporan samada secara huraian atau grafik untuk memberi

matlamat yang lebih lengkap dari markah mentah ujian yang hanya

membandingkan seorang pelajar dengan pelajar lain sahaja.

46

Page 47: Penilaian Dan Pengukuran

x. Merekod Penilaian Portfolio.

Mengambil kira ciri-ciri penting misalnya draf pertama

perancangan portfolio.

Kriteria penilaian:

Pemikiran dan isi

Struktur dan organisasi

Strategi pengurusan

Variasi isi yang sesuai

Struktur ayat dan gaya bahasa untuk tujuan dan

kumpulan sasar yang berlaian.

Ini akan menentukan markah portfolio, tentukan

wajaran markah bagi setiap ciri.

Mengambil kira markah yang diberi kepada tiap-

tiap peringkat dan lain-lain bukti seperti nota

anekdot dan refleksi pelajar.

Penilaian boleh direkod dengan menggunakan skala berkadar. Contoh skala berkadar

adalah seperti berikut:

1. Skala berkala untuk penilaian kendiri, misalnya dengan menggunakan

1 Tidak pernah benar

2 Tidak selalu benar

3 Selalu benar

4 Sentiasa benar

47

Penilaian Awal

Penilaian merentasi

tugas bertulis

mengikut kriteria

dengan skala:

-Sangat Tinggi (5)

-Tinggi (4)

-Sederhana (3)

-Rendah (2)

-Sangat Rendah (1)

Senarai ciri-ciri

paling penting

Penentuan gred

Page 48: Penilaian Dan Pengukuran

2. Skala berkala untuk penghayatan sajak mencukupi aspek respon pelajar secara

bertulis, tata bahasa, tanda berhenti dan mekanik bahasa.

1

Tidak cuba menjawab atau cuba menjawab tetapi tidak menunjukkan kefahaman mengenai tajuk.

2

Hanya memberi sedikit kefahaman, menghadapi masalah dalam bahasa dan struktur ayat yang menjejaskan penulisan

3

Menunjukkan respons yang jelas dan mengikut logik. Mengandungi sedikit kelemahan dalam organisasi idea dan fokus serta tata bahasa.

4

Memberi respons yang tepat, betul dan berfokus kepada kefahaman sajak. Terdapat hanya sedikit kelemahan dalam penggunaan bahasa.

3. Skala berkala penentuan tahap sikap pelajar sewaktu berinteraksi dan

melibatkan diri untuk menghasilkan portfolio.

sikap skala

Tidak berdikari

Perlu bantuan

Berdikari

0

1

2

Angka dan bilangan skala akan ditentukan berdasarkan kepada berapa jelas setiap

peringkat tugas itu boleh dihuraikan supaya pencapaian pada setiap peringkat boleh

dibezakan.

xi. Senarai Semak Portfolio – Penilaian

Peringkat Perancangan Ya Tidak

1. Adakah perbincangan dibuat untuk menentukan topik/tajuk dan skop?

2. Adakah objektif pembinaan portfolio jelas dan tepat?

3. Adakah strategi untuk mengumpul maklumat dan data

dipelbagaikan.

4. Adakah jadual fleksi dimasukkan dalam kontrak pelaksanaan kerja.

1. Adakah draf tentang langkah-langkah untuk pembinaan

48

Page 49: Penilaian Dan Pengukuran

portfolio dibuat?

6. Adakah pendedahan kepada pelbagai penilaian portfolio

mencukupi?

Peringkat Perkembangan / Proses

1. Adakah bimbingan perlu diberi secara berterusan?

2. Adakah semua aktiviti-aktiviti yang merentasi semua

aspek penilaian dijalankan?

3. Adakah hasil aktiviti-aktiviti didokumentasikan?

4. Adakah maklumat atau bukti-bukti didapati dari lain-lain

aktiviti pembelajaran?

5. Adakah catatan mengenai aktiviti-aktiviti disalin dalam

komputer/disimpan dalam portfolio?

6. Adakah analisis maklumat dibuat dengan menggunakan segala

bahan/bukti terkumpul mengikut keperluan?

7. Adakah penilaian kendiri dibuat bagi tiap-tiap peringkat?

8. Adakah susunan maklumat/data/bukti pembelajaran

disusun secara urutan dan logik?

9. Adakah dokumentasi lengkap dimasukkan ke dalam komputer?

Peringkat Penilaian

1. Adakah kriteria-kriteria tertentu ditetapkan untuk penilaian

portfolio?

2. Adakah penilaian memberatkan proses?

3. Adakah penilaian dibuat dengan menggunakan Peta

Pembelajaran Pelajar?

4. Adakah hasil/bukti portfolio dinilai?

5. Adakah aspek-aspek sahsiah juga dinilai?

49

Page 50: Penilaian Dan Pengukuran

Peringkat Refleksi/Penutup

1. Adakah proses dan hasil mengikut objektif?

2. Adakah portfolio dihasilkan dalam jangka masa mengikut

pelaksanaan kerja?

3. Adakah idea baru wujud dari penghasilan portfolio tersebut?

xii. Senarai semak berikut boleh digunakan untuk menilai tentang sikap dan tingkah

laku pelajar sewaktu menyediakan Portfolio dengan menggunakan kriteria

tertentu mengikut kategori di bawah:

Tajuk portfolio: ____________________________________________

Sikap Interaksi dan Penglibatan Lim Ali Samy

1 Berkerjasama

2 Koloborasi (mencuba dan menyumbang idea)

3 Menyoal sebaya dalam kumpulan

(menggalakkan penglibatan orang lain)

4 Mengambil risiko (percaya dengan kebolehan

diri)

5 Tekun menjalankan tugas

II. Penilaian Melalui Pemerhatian.

i. Pengenalan

Penilaian melalui pemerhatian dilakukan secara berterusan mengikut

jangka waktu yang diperlukan/ ditentukan, bagi membantu guru mendapat

maklum balas tentang keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Penilaian

ini meliputi aspek kognitif, afektif dan psikomotor, yang melibatkan juga faktor-

50

Petunjuk

Tidak berdikari - 0Perlu bantuan - 1Berdikari - 2

Page 51: Penilaian Dan Pengukuran

faktor bahan dan persekitaran. Proses penilaian ini boleh dilaksanakan dengan

penggunaan Senarai Semak. Alat-alat seperti Rekod Anekdot dan Rekod Profil

boleh juga digunakan. Dapatan daripada proses ini boleh membantu guru dan

pelajar, membuat refleksi masing-masing.

Rajah di bawah menunjukkan bagaimana cara pemerhatian boleh dijalankan di

dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Pemerhatian berlaku

di antara guru dan pelajar, dan di antara pelajar dengan pelajar. Pemerhatian

juga dibuat oleh guru terhadap keberkesanan bahan, dan komunikasi pelajar

dengan bahan dalam pelbagai situasi/ persekitaran.

PE

Rajah 2: Proses Pemerhatian di Dalam Bilik Darjah

51

PERSEKITARAN

PELAJAR

BAHAN

PELAJAR

GURU

Page 52: Penilaian Dan Pengukuran

ii. Pelaksanaan Proses Pemerhatian

Beberapa perkara perlu diambil kira dalam melaksanakan proses

pemerhatian. Antaranya ialah:

a. Kualiti Pemerhatian

Apakah kualiti yang perlu ada pada seorang guru untuk

menjadi pemerhati yang baik?

Guru tersebut perlu:

Berpengetahuan yang mendalam dalam bidang tugasnya dan prihatin

terhadap persekitarannya.

Peka terhadap perubahan yang berkaitan dengan bahan dan

pembelajaran.

Yakin dengan rumusan yang dibuat dan keputusan yang diambil.

Ikhlas dan jujur serta adil dalam membuat keputusan terhadap sesuatu

pemerhatian.

Bersikap luwes atau terbuka terhadap dapatan pemerhatian.

Tekal dan stabil dalam penilaiannya.

b. Bentuk Perancangan

Bagaimana bentuk perancangan yang perlu disediakan sebelum

sesuatu pemerhatian dilaksanakan?

Perancangan harus rapi dengan penyatakan yang jelas tentang ujian

pemerhatian yang bakal dijalankan.

Mengenal pasti aspek yang hendak dinilai dan kumpulan / individu

sasar yang dinilai.

52

Page 53: Penilaian Dan Pengukuran

Menetapkan jangka waktu proses penilaian, sama ada jangka pendek

atau jangka panjang (mengikut keperluan).

Menyedia alat yang relevan, dan menentukan bagaimana

mentadbirnya.

Menentukan teknik menganalisis, mentafsir, merekod dan melapor.

Merangka tindak susul yang akan dijalankan mengikut konsekuen

yang dijangka daripada pemerhatian itu.

Mengapakah perancangan yang rapi diwajibkan untuk pemerhatian?

Perancangan untuk membuat sesuatu pemerhatian perlu rapi dan

bersistem bagi mencapai matlamat pemerhatian/ tugasan. Cara merekod

juga mesti dinyatakan dengan jelas bagi menjamin keberkesanan seluruh

proses pemerhatian tersebut.

c. Rekod Pemerhatian.

Bagaimana bentuk rekod pemerhatian yang diperlukan untuk

pemerhatian yang lebih berkesan?

Rekod pemerhatian harus menggambarkan perubahan tingkah laku yang

tersusun, dari segi:

Pendekatan : Bagaimana individu/kumpulan mendekati sesuatu

masalah yang dihadapi semasa menjalankan pemerhatian, dan

hasil pendekatan atau pengubahsuaian cara pelaksanaan perlu

direkod dengan jelas.

Menjalankan tugas : cara individu mengendalikan tugasnya dan

setiap hasil yang diperolehi dihuraikan dengan tepat.

Cara merekod dapatan dan rumusan : dapatan dan rumusan

hendaklah direkod mengikut urutan yang betul.

Tindak susul : rekod pemerhatian hendaklah juga menjelaskan

tindak susul yang akan dilaksanakan mengikut hasil yang dicapai.

53

Page 54: Penilaian Dan Pengukuran

Untuk tujuan di atas, senarai semak perlu digunakan. Senarai semak

boleh disediakan oleh guru atau jawatankuasa yang terdiri daripada guru-

guru yang berpengalaman dalam bidang atau aspek yang hendak dinilai.

Senarai semak juga hendaklah mencatatkan semua aspek yang hendak

dinilai.

ii. Jenis-jenis Pemerhatian

Pemerhatian boleh dijeniskan mengikut tujuan dan aspek yang hendak

dinilai / diperhati, iaitu:

a. Memerhati sesuatu perlakuan tanpa membuat tafsiran

(interpretation) dan tanggapan (judgement).

Melapor apa yang dilihat sahaja.

Menggunakan tafsiran bukan untuk penilaian semasa,

tetapi untuk membuat hipotesis yang diperolehi selepas

menemu bual individu yang berkenaan.

b. Memerhati apa yang telah dirancang, dan secara ‘open-ended’.

Menilai / memerhati kemahiran tertentu, pengetahuan,

perlakuan,

c. Memerhati untuk jangka pendek dan jangka panjang.

Pemerhatian yang dilaksanakan mengikut sekuen dalam

jangka waktu yang berperingkat boleh memberi dapatan

yang berkesan dan bermakna tentang perkembangan

proses atau peristiwa, atau pendekatan terhadap sesuatu

tugasan, dan masalah/kesukaran.

iv. Strategi Pelaksanaan

Pemerhatian boleh dilaksanakan mengikut berbagai-bagai strategi, cara

serta kriteria tertentu. Antaranya ialah:

54

Page 55: Penilaian Dan Pengukuran

a. pelaksanaan secara berterusan mengikut keperluan yang telah

dikenal pasti atau yang dirancang.

b. Dengan menggunakan senarai semak atau alat lain seperti rekod

anekdot yang meliputi aspek kognitif, afektif, psikomotor, bahan dan

persekitaran.

c. Pemerhatian boleh dilaksanakan secara global atau analitik mengikut

objektif atau tujuan pemerhatian.

d. Proses merekod dan menganalisis boleh dibuat dengan

menggunakan pensil dan kertas atau secara berkomputer mengikut

keperluan dan kesesuaiannya.

e. Tindak susul terhadap hasil atau pemerhatian hendaklah dibuat

selepas mengkaji kesan dan implikasi ke atas pelajar.

f. Jangkamasa pemerhatian hendaklah disesuaikan dengan keadaan

dan keperluan.

g. Maklum balas diperoleh melalui pemerhatian guru dan / atau tindak

balas pelajar, dan

h. Refleksi tentang pengalaman boleh dikategorikan sebagai

pemerhatian.

iii. Fungsi

a. Penilaian melalui pemerhatian biasanya:

Digunakan oleh guru untuk mengikuti perkembangan individu /

kumpulan dalam sesuatu proses pembelajaran.

Dibuat oleh pelajar (individu/kumpulan) untuk melihat tahap pencapaian

sendiri dalam sesuatu pembelajaran.

Dijalankan oleh pelajar untuk mengesan atau menilai tahap pencapaian

rakan sebaya dalam sesuatu pembelajaran.

Dilaksanakan oleh pelajar untuk menjalankan sesuatu tugasan seperti

projek dsb. sama ada melalui interaksi sehala atau dua hala.

55

Page 56: Penilaian Dan Pengukuran

b. Penilaian melalui pemerhatian membolehkan guru / pelajar menyusun/

merancang tindak susul yang sesuai dengan proses pembelajaran

seterusnya, seperti:

Menjalankan aktiviti pemulihan.

Meningkatkan motivasi pelajar.

Mengadakan latihan-latihan pengukuhan.

Menyusun langkah-langkah yang sesuai dengan prestasi pelajar.

Mengatur aktiviti pengayaan dan penyuburan diri yang sesuai dengan

minat dan keupayaan serta kecekapan pelajar.

c. setiap hari guru berpeluang memerhati perkembangan psikomotor,

kognitif dan afektif pelajar. Namun, guru boleh juga lebih

memanfaatkan dapatan pemerhatian tersebut dengan membuat

penilaian kendiri terhadap keberkesanan peranannya sebagai

penyampai maklumat, pemudahcara, pendidik dan tutor.

d. Pemerhatian yang terancang boleh membantu anda sebagai guru

mengetahui:

i. Sejauh manakah minat pelajar terhadap pelajaran yang diajarkan dan

apakah yang mendorong atau menolak minat tersebut?

ii. Adakah kaedah/strategi pelajar memberi kesan yang positif?

iii. Bagaimanakah kemampuan berfikir mereka? Mampukah mereka

menaakul apa yang tersirat?

Bagaimana pula dengan penguasaan bahasa mereka?

Mencukupikah perbendaharaan kata mereka bagi mengesan,

memproses dan mengaplikasi maklumat yang diperlukan pada

tahap pembelajaran mereka?

56

Page 57: Penilaian Dan Pengukuran

Dapatan pemerhatian yang direkod dengan baik boleh juga membantu

anda membimbing pelajar meningkatkan keupayaan mereka

secara individu atau kelompok?

Pemerhatian akan menjadi lebih tepat jika rekod yang sistematik

disimpan untuk rujukan sebagai sumber maklumat untuk

perancangan.

Hasil pemerhatian mungkin boleh memberi petunjuk sama ada

seseorang pelajar itu memerlukan perhatian individu untuk

mengesan sikap pelajar terhadap pelajaran, sikap pelajar terhadap

pelajaran lain dan sikap pelajar terhadap diri (konsep kendiri)

v. Contoh 1 : Penggunaan Alat Pengukuran ‘Rekod Anekdot’

Pemerhatian boleh juga dibuat untuk menilai/mengukur kecerdasan atau

kecekapan individu dalam bidang ilmu tertentu seperti:

a. Kecekapan linguistik/bahasa:

b. Kecekapan ‘bodily-Kinaesthetic’: berkemahiran dalam sukan, seni

lakon, atau seni lukis dan kraftangan.

57

b. Kecekapan: keupayaan memanipulasi objek atau simbol untuk meneroka

corak, kategori dan perkaitan, dan juga kebolehan membuat eksperimen

secara terkawal dan terancang;

keupaya

an mengguna bahasa untuk memperolehi, menambat

hati, meyakinkan, merangsang, atau menyampaikan

maklumat;

c. Kecekapan muzik: keupayaan menghayati,

membuat persembahan atau mencipta muzik.

Page 58: Penilaian Dan Pengukuran

c. Kecekapan intrapersonal: keupayaan memahami perasaan, impian dan idea

sendiri.

d. Kecekapan interpersonal: keupayaan memahami dan bergaul dengan orang

lain.

vi. Contoh 2.1 : Pengukuran Kecekapan Linguistik / Bahasa.

Kecekapan / kecerdasan Linguistik melibatkan penggunaan bahasa lisan,

penulisan, atau isyarat untuk pelbagai tujuan seperti untuk:

a) Menghibur menceritakan sesuatu yang menggembirakan atau

yang menggelikan hati.

b) Mempengaruhi berpidato, berbahas, berceramah.

c) Menyampaikan idea menerangkan sesuatu konsep; memujuk arahan.

d) Menyelesaikan masalah menyoal kendiri, membaca arahan.

e) Mencungkil ingatan menyenarai barangan yang perlu dibeli, menyimpan

diari.

Untuk tujuan di atas, Rekod Anekdot seperti di bawah boleh digunakan.

Contoh 2.2: Rekod Anekdot bagi Kecekapan Linguistik yang dibuat melalui

pemerhatian.

Arahan : Tandakan (/ ) bagi item yang berkenaan.

KEKERAPAN

58

1. Banyak menyoal, terutama soalan jenis ‘mengapa’

2. Menguasai kosa kata yang baik.

3. Bilingual: mudah menguasai perkataan baru.

4. Gemar bercakap

5. Gemar bermain dengan perkataan:

permainan perkataan, p dan rima

6. Gemar membaca.

7. Gemar mengarang

8. Memahami fungsi-fungsi bahasa

9. Boleh memberi pendapat tentang kemahiran bahasa.

Page 59: Penilaian Dan Pengukuran

1 2 3 4 5

Catatan: Rekod di atas hanya contoh. Guru boleh membuat rekodnya sendiri

mengikut keperluan.

vii. Contoh Senarai Semak untuk mengesan sifat-sifat kepimpinan dalam diri

individu.

Ya Tidak

1. Mempunyai visi ( ) ( )

2. Mempunyai skop ( ) ( )

3. Inovatif ( ) ( )

4. Boleh membuat keputusan ( ) ( )

5. Rasional ( ) ( )

6. Boleh menangani tekanan ( ) ( )

7. Boleh dipercayai ( ) ( )

8. Mempunyai ‘sense of humor’ ( ) ( )

9. Boleh bertindak sebagai guru ( ) ( )

10. Menggalakkan penglibatan aktif ( ) ( )

11. Berpegang teguh kepada prinsipnya ( ) ( )

12. Boleh merancang dengan baik ( ) ( )

13. Disegani oleh rakan sebaya ( ) ( )

14. Menjanakan hasil atau tindak balas seterusnya ( ) ( )

15. Tekal ( ) ( )

16. Sabar ( ) ( )

17. Bersifat terbuka ( ) ( )

18. Penyayang/Bersimpati ( ) ( )

59

Page 60: Penilaian Dan Pengukuran

19. Bertimbang rasa/Bertolak ansur ( ) ( )

20. Mesra ( ) ( )

21. Lain-lain yang sesuai mengikut keperluan ( ) ( )

Catatan: Kemahiran yang ditunjukkan di atas boleh diubahsuaikan mengikut

objektif pemerhatian dan jumlah kemahiran yang hendak diperhatikan

boleh ditetapkan semasa membuat sesi pemerhatian.

viii. Contoh Senarai Semak Untuk Kemahiran Menulis

Kelas: 2 Murni.

Bil Nama

murid

1.

Mampu

membaca

tulisan

sendiri

2.

Menggu-

nakan

jarak

yang

sesuai

3.

Melabelkan

gambar

dengan

perkataan

4.

Melabelkan

gambar

denga

frasa

5.

Mengguna

tanda

baca yang

sesuai

6.

Menyu-

sunkan

idea

mengikut

urutan

7.

Menyu-

sun ayat

sendiri

mengikut

urutan

peristiwa

8.

Catatan guru

1 Ali

X X X

Masih tidak

menguasai

kemahiran

menyusun

ayat mengikut

urutan ayat, urutan

idea dan

urutan peristiwa.

2 Shanti

Menguasai semua

perkara dalam

kemahiran

menulis

3 Mumiyati X X

Tulisan pelajar ini

berterusan tanpa

jarak dan tatatanda

yang betul

4 Saerah

Tidak dapat menulis

dengan betul

60

Page 61: Penilaian Dan Pengukuran

X X semua tulisan yang

menghendaki

melabel gambar.

Catatan: Boleh juga ditandakan tarikh di dalam ruangan ini apabila pelajar berkenaan

sudah menguasai kemahiran ini

Rumusan.

Anda perlu ingat bahawa pemerhatian memang mudah dilaksanakan tetapi untuk

menjamin kesahihan dapatannya agak sukar. Penilaian cara ini biasanya dipengaruhi

oleh beberapa faktor seperti daya pengamatan penilai, pengetahuan serta pengalaman

sebenar penilai tentang bidang yang berkenaan, dan sikap bias serta prasangka penilai.

Pemerhaitan boleh berfungsi sebagai ujian bagi situasi-situasi tertentu, dan sebagai

aktiviti bukan ujian dalam keperluan lain.

III. Penilaian Melalui Kontrak Pembelajaran

ii. Apakah Kontrak Pembelajaran?

Kontrak Pembelajaran atau dikenali juga sebagai Perjanjian Pembelajaran

merupakan suatu persetujuan atau kontrak yang dibuat di antara guru dengan

pelajarnya (individu/kumpulan) berhubung dengan sesuatu tugasan, secara bertulis.

61

i. Pengenalan Dalam usaha menggalakkan pembelajaran kendiri,

para pelajar juga patut diberi hak untuk menentukan apa

yang hendak dipelajari, bagaimana pembelajaran itu akan

dilaksana dan dihasilkan dalam jangka waktu dan juga

corak penilaian tugasan yang ditetapkan sendiri oleh

individu berkenaan. Antara kaedah yang paling berkesan

untuk tujuan ini ialah penggunaan kontrak pembelajaran.

Page 62: Penilaian Dan Pengukuran

Persetujuan ini biasanya meliputi kriteria-kriteria yang berkaitan dengan penghasilan

tugasan yang berkenaan, iaitu:

Bentuk akhir tugasan yang dihasilkan - Tahap manakah tugasan itu perlu

disiapkan?

Bagaimana tugasan itu akan dilaksanakan - Adakah secara individu atau

berkumpulan?

Jika berkumpulan, bagaimanakah input yang diharapkan daripada setiap individu

yang terlibat?

Berapa lama, dan bila tugasan itu perlu disiapkan - perlukah tugasan itu dinilai

secara berproses, atau pada hasil akhirnya sahaja?

Jika berproses, bagaimanakah pula penilaian dibuat pada setiap proses?

Konsekuen yang akan diterima oleh pihak yang gagal memenuhi/mematuhi

kontrak tersebut. Misalnya, penolakan jumlah markah tertentu akan dibuat

sekiranya didapati ada individu di dalam sesuatu kumpulan enggan memberi

kerjasama kepada kumpulannya.

Kontrak ini biasanya ditandatangani apabila kedua-dua pihak telah bersetuju dengan

syarat-syarat atau kriteria-kriteria yang disenaraikan. Biasanya terdapat kompromi

dalam kriteria di atas. Kriteria ini ditetapkan oleh guru agar tahap pencapaian yang

diharapkan tidak terjejas.

iii. Fungsi Kontrak Pembelajaran

Kontrak pembelajaran penting dalam pembelajaran tugasan yang berasaskan

tahap keupayaan kendiri untuk membolehkan

a. pelajar mengenal pasti dan merekod,

b. menetapkan objektif dan matlamat pembelajaran kendiri,

c. mengenal pasti kaedah-kaedah yang akan diambil untuk mencapai

matlamat tersebut,

d. menetapkan jangka masa pelaksanaan dan penghasilannya,

e. memaperkan bukti yang menunjukkan bahawa objektif telah tercapai, dan

f. menentukan bagaimana dan pada tahap mana pencapaian matlamat

pembelajaran/tugasan akan dinilai.

62

Page 63: Penilaian Dan Pengukuran

g. Memberi peluang kepada pelajar untuk menentukan matlamat

pembelajaran masing-masing mengikut minat dan keupayaan sendiri.

i. Membantu pelajar membuat refleksi bukan sahaja pada akhir tugasan

tetapi juga pada sepanjang proses kerjanya iaitu dari awal hingga ke hasil

terakhir.

iv. Bagaimanakah kontrak pembelajaran digunakan?

Kontrak ini boleh digunakan dalam pelbagai cara mengiut tahap penglibatan

pelajar dalam menentukan objektif, kaedah, dan penilaian tugasan yang berkenaan.

Antara cara-caranya ialah:

a. Penilaian objektif tugasan

objektif ditentukan oleh guru sementara pelajar menetapkan strategi

perlaksanaannya, atau

beberapa set objektif disarankan oleh guru, pelajar kemudian memilih

mana-mana yang difikirnya paling sesuai, atau

pelajar merangka beberapa objektif, dan kemudiannya mana-mana

yang paling sesuai dan dipersetujui oleh guru.

b. Hasil Pembelajaran

pelajar yang berkenaan bertanggungjawab terhadap strategi

pembelajaran bentuk tugasannya sama ada dalam bentuk portfolio,

laporan kajian, rencana dsb.

jenis atau bentuk hasil pembelajaran telah ditentukan terlebih dahulu

oleh guru.

c. Penilaian

dalam kontraknya, pelajar menyatakan gred akademik yang

diharapkan, dan sistem penggredan untuk keseluruhan proses

pelaksanaan tugasan yang berkenaan; atau

sistem penggredan dan kaedah penilaian keseluruhan proses dan

hasilan tugasan ditentukan oleh guru; atau

gred terakhir boleh dibincangkan, dan kompromi di antara guru dan

pelajar tersebut; berdasarkan syarat-syarat atau kriteria tertentu,

63

Page 64: Penilaian Dan Pengukuran

Penilaian dibuat oleh individu berkenaan dan rakan sebaya. Guru

hanya memantau penilaian tersebut untuk menjamin kesahan dan

kebolehpercayaannya. Guru juga memberi kata putus terhadap gred

akhirnya mendapat persetujuan ketiga-tiga pihak yang terbabit, atau

ditetapkan oleh guru sahaja.

d. Format / Bentuk

Keperluan tugasan/kontrak pembelajaran boleh dibuat dalam bentuk

tertentu mengikut keperluan kursus/tugasan dan pihak yang terlibat.

Sesetengah kursus/tugasan/projek memerlukan kontrak yang amat formal,

yang prosedurnya dinyatakan dengan jelas dan rapi (selepas dipersetujui

bersama oleh semua pihak yang terlibat dalam penghasilan dan

penilaiannya). Sebaliknya, kontrak pembelajaran juga boleh dibuat secara

tidak formal tetapi terancang dan jelas.

Seperkara lagi, anda perlu ingat bahawa:

Dalam kontrak pembelajaran, penilaian selalunya berpusatkan pelajar,

sementara penggredan perlu dikawal oleh guru agar kesahannya tidak

terjejas.

Bagi setiap kontrak pembelajaran, senarai semak bagi butiran yang

hendak dinilai, dan bagaimana penggredan dibuat perlu juga dilampirkan.

Senarai semak ini mesti disusun bersama penghasilan dan penilaian

tugasan, ataupun ditetapkan oleh guru dan dibentangkan kepada pelajar

semasa membuat ‘negotiation’ sebelum mematrikan kontrak tersebut.

Format senarai semak boleh dibuat mengikut keperluan kursus, tugasan

dan persetujuan bersama oleh kesemua pihak yang terlibat.

Untuk membuat kontrak pembelajaran, terlebih dahulu peserta akan

menentukan matlamat yang akan dicapainya pada akhir kerja atau

tugasan yang berkenaan. Kemudian dia akan memastikan pula kaedah

dan prosedur serta jangka waktu yang akan diambil olehnya pada tahap

64

Page 65: Penilaian Dan Pengukuran

tertentu dalam proses menyempurnakan tugasan/projek/kerja tersebut.

Kesemua rancangan ini akan dirakamkan di dalam bentuk kontrak

pembelajaran yang ditandatangani sendiri. Kontrak ini kemudian akan

menjadi dokumen yang akan mengingatkannya tentang objektif/tujuan

kerjanya, tahap kerja yang telah disempurnakan di samping memberi

maklumat tentang apa yang perlu dibuatnya.

Contoh Format Kontrak Pembelajaran Individu

KONTRAK PEMBELAJARAN

Mata Pelajaran :

Nama :

Tahun / Tingkatan :

Tugasan :

Objektif :

1.--------------------------------------------------------------

2.-------------------------------------------------------------

3.-------------------------------------------------------------

Perkembangan

Peringkat

Apa yang saya

mahu capai

pada peringkat

ini

Bagaimana

saya akan

laksanakan

peringkat ini.

Jangka waktu

pelaksanaan

peringkat ini

Bagaimana

penilaian bagi

peringkat ini

dibuat

catatan

Tandatangan kendiri Tandatangan rakan sebaya tandatangan guru

65

Page 66: Penilaian Dan Pengukuran

............................................... ............................................... .................................

Nama: Nama: Nama:

Rumusan

Kontrak Pembelajaran melatih pelajar membuat refleksi dan andaian serta ramalan

terhadap proses dan kesan tindakannya dalam merancang tugasan pembelajarannya.

Selain itu, pelajar juga dikehendaki memperoleh dan memilih maklumat yang sesuai, di

samping memperlihatkan bukti yang kukuh tentang kesahihan maklumat. Ini

memerlukan pelajar tersebut berfikiran kritis dan kreatif, berinovasi dan sedar tentang

hala tujunya dalam pembelajaran tersebut.

IV. Penilaian Melalui Projek

i. Pengenalan

Projek ialah satu aktiviti pembelajaran yang dijalankan dalam satu

tempoh masa yang tertentu. Ia biasanya melibatkan kutipan serta analisis data

persediaan satu laporan yang betul. Dalam konteks kurikulum sekolah, projek

bermaksud secara amali. Tugasan ini boleh dijalankan secara individu atau secara

berkumpulan dan dilaksanakan dalam satu jangka masa yang munasabah.

Penilaiannya dijalankan pada setiap tahap proses sehinggalah ke tahap hasil

disediakan. Mengintegrasikan pengetahuan dengan aktiviti serta interaksi guru-murid

yang berupa bimbingan dan perundingan pada setiap tahap proses adalah ciri penting

dalam mengendalikan projek ini. Projek dibuat berdasarkan penguasaan pengetahuan,

kebolehan berfikir secara reflektif dan berketrampilan tentang sesuatu perkara mengikut

bidang msing-masing.

66

Page 67: Penilaian Dan Pengukuran

ii. Apakah tujuan pembelajaran Projek ini?

Sebagai satu aktiviti pembelajaran projek membawa tujuan berikut:

Menggalakkan pelajar bekerjasama dan memikul tanggungjawab.

Memberi kebebasan pelajar untuk menunjukkan kreativiti dan inovasi.

Memberi peluang pelajar menggunakan bahan sumber yang terdapat di

luar bilik darjah.

Memberi motivasi untuk belajar

Memberi peluang pelajar memain peranan sebagai pemimpin.

Membenarkan pelajar untuk menentukan peranan.

Membenarkan pelajar dengan minat dan kebolehan yang sama bekerja

pada kadar yang setaraf dengan kemampuan.

Memberi satu suasana pembelajaran untuk pelajar yang segan dan malu

menunjukkan kebolehan sepenuhnya.

Garis panduan yang tepat dan detail harus diberi oleh guru untuk menggalakkan

pemikiran pada aras yang lebih tinggi (higher order thinking skills). Satu contoh garis

panduan laporan projek ditunjuk di bawah ini.

Tunjukkan dengan selengkapnya kerumitan yang mungkin bagi topik

yang dipilih.

Tentukan kriteria penilaian.

Elakkan perkara yang terlalu abstrak.

Gunakan kosa kata yang sesuai bagi topik anda. Misalnya dalam topik

laras Sains, soalan berikut adalah kurang tepat:

Bagaimanakah tumbuhan menghasilkan makanan dalam tindakbalas

fotosintisis?

Yang lebih tepat ialah:

Bagaimanakah tumbuhan mensintesiskan makanan dalam proses

fotosintesis?

Gunakan contoh yang sesuai untuk berkomunikasikan topik anda.

Hubung kaitkan topik anda dengan pengalaman sendiri.

67

Page 68: Penilaian Dan Pengukuran

Supaya menjelaskan semua garis panduan ini, tunjukkan kepada sampel hasil projek

yang telah dikendalikan mengikut tahap pencapaiannya, misalnya, sampel cemerlang,

sederhana dan lemah. Dengan ini, pelajar boleh lihat dan faham taraf kualiti yang

dikehendaki bagi projek yang mereka akan jalankan.

Satu aspek lain yang turut penting ialah penyemakan rakan sebaya. Ini menggalakkan

pemikiran dan pencapaian yang lebih tinggi. Persembahan laporan projek yang terhasil

juga penting. Ini adalah bertujuan memastikan kerja yang dijalankan itu dilakukan

adalah autentik. Di samping itu memastikan kerja itu sebenarnya dijalankan oleh pelajar

sendiri. Beberapa contoh jenis projek yang boleh dikendalikan di sekolah ialah sudut

Sains, sudut bacaan, pembinaan kolam, poster dan mencipta lagu

iii. Langkah-langkah untuk menjalankan Projek.

Langkah 1 : Penentuan tajuk dan skop Projek.

Aktiviti

Anda dikehendaki menyediakan satu lampiran tentang maklumat yang terkini

mengenai satu tajuk yang anda mengajar di sekolah. Gunakan pelbagai sumber untuk

mendapatkan maklumat yang berkenaan. Semua maklumat harus disusun pada satu

helai kertas ukuran A4 dalam bentuk yang menarik dan senang dibaca oleh pelajar

anda. Anda harus menunjukkan kreativiti anda dengan menggunakan teknologi yang

sesuai. Tentukan juga skala penilaian pada satu senarai semak yang anda akan

gunakan untuk menilai projek yang sama rakan sebaya anda. Untuk menolong anda

dalam tugasan ini, sila rujuk kepada senarai semak di halaman yang berikut.

Sila catatkan butir-butir mengenai projek anda di bawah ini. Bincangkan dengan

fasilitator ataupun rakan sebaya anda jika anda menghadapi masalah.

Tajuk Projek: ...............................................................................................................

Skop Projek:

Kriteria penilaian yang dimasukkan dalam senarai semak:

Komen-komen fasilitator/rakan sebaya (jika ada)

SENARAI SEMAK

68

Page 69: Penilaian Dan Pengukuran

1. Adakah tajuknya relevan dengan sukatan pelajaran?

2. Adakah skopnya

- mencakupi segala aspek yang berkaitan dengan tajuk?

- memadai dengan tahap keupayaan pelajar?

3. Adakah ia merupakan perkara baru atau peluasan daripada apa

yang pernah dibuat?

4. Adakah ia perkara penting dalam kehidupan seharian?

5. Adakah ia dapat menghasilkan satu hasil kerja yang asli?

6. Adakah pengetahuan dapat diintergrasikan?

7. Adakah matlamat projek itu jelas?

8 Adakah strategi pelaksanaannya munasabah?

Langkah 2 : Penilaian awal projek.

Aktiviti

Kumpulkan dan senaraikan bahan-bahan relevan yang anda telah dapat dari pelbagai

sumber (misalnya, internet, buku rujukan, bahan sebenar dll) di bawah ini.

Bil Senarai Jenis Bahan Projek Sumber

Masukkan semua bahan ini ke dalam portfolio anda.

Refleksi kendiri.

Rumuskan tentang cara dan masalah yang dihadapi semasa mengutip bahan.

Komen fasilitator dan penilaian:

Langkah 3 : Pelaksanaan strategi

Aktiviti.

69

Page 70: Penilaian Dan Pengukuran

Sediakan lampiran dengan menggunakan bahan-bahan yang telah dikumpulkan dalam

portfolio. Tunjuk hasil kerja anda kepada rakan sebaya untuk mendapatkan komen-

komen mereka. Tuliskan rumusan komen-komen mereka.

Refleksi kendiri

1. Pamerkan isi kandungan lampiran anda dalam satu peta konsep.

2. Apakah masalah yang timbul semasa anda membina lampiran?

3. Adakah anda meminta pertolongan daripada rakan sebaya? Jika ada, adakah

bantuan itu dapat meningkatkan mutu kerja anda? Jelaskan.

Langkah 4 : Pemprosesan Maklumat.

1. Apakah kriteria yang telah digunakan untuk memilih bahan untuk dimasukkan

dalam lampiran anda?

2. Apakah unsur-unsur inovatif dan kreatif yang ditunjukkan dalam lampiran anda?

3. Adakah kesuntukan masa menjadi satu had yang menjejaskan kualiti lampiran

anda?

Langkah 5 : Penilaian Hasil Projek

Aktiviti.

Tunjukkan lampiran anda kepada semua rakan kelas anda. Beri satu persembahan

yang ringkas tentang kandungan lampiran itu. Rekodkan semua pertanyaan dan komen

rakan kelas anda. Simpan lampiran anda dalam portfolio.

Pertanyaan dan komen rakan:

Apakah gred yang anda fikir anda harus terima untuk projek ini? A, B, C, D, E atau pun

F? Jelaskan.

Komen dan Penialaian Fasilitator:

V. Penilaian Melalui Ujian.

i. Pengenalan

Penilaian di sekolah perlu memberi peluang pelajar mengembangkan

potensinya secara bebas. Untuk mengesan kemajuan pelajar secara individu dengan

cara yang fleksibel, bermakna dan tidak menakutkan pelajar, penilai perlu mengambil

70

Page 71: Penilaian Dan Pengukuran

kira keperluan dan kemampuan individu, serta kepelbagaian cara supaya pelbagai

kecerdasan pelajar diambil kira. Pelajar yang berlainan gred misalnya, boleh mengambil

ujian yang sama. Dengan cara multiple dilevery, ini akan menjadi motivasi kepada

seseorang pelajar untuk meningkatkan pencapaian supaya selaras dengan pencapaian

pelajar lain.

Penilaian memerlukan bukti dan maklumat secara kuantitatif dan kualitatif sebelum satu

pertimbangan mengenai perkembangan dan prestasi pelajar dapat dibuat. Maklumat

yang bersifat kuantitatif tentang pelajar lebih mudah diperoleh melalui pelbagai ujian

manakala maklumat kualitatif seperti sikap, perlakuan, minat dan nilai diperoleh melalui

kaedah bukan ujian ( pemerhatian, portfolio, projek, dll).

Penilaian formatif dapat mengesan kejayaan dan kegagalan pembelajaran pelajar serta

dapat mengukur kemajuan pelajar setelah mereka melalaui satu-satu unit pelajaran.

Pencapaian pelajar direkod dalam Laporan Prestasi dan Rekod Profil untuk

memudahkan guru mengikuti perkembangan pembelajaran setiap pelajar. Tindakan

susulan juga dapat dibuat serta merta. Ini bermakna pelajar yang berprestasi cemerlang

diberi peluang diintegrasikan pembelajarannya secara menegak ( vertical integration)

mengikut tahun / tahap yang lebih tinggi dan diintegrasikan secara mendatar

( horizonatal integration ) mengikut unit-unit pembelajaran yang lebih tinggi dalam

tahun/tahap yang sama. Manakala pelajar yang berprestasi rendah, tindakan susulan

serta merta akan diambil bagi memberi peluang kepada mereka untuk memperbaiki

kemahiran dan pengetahuan yang belum dikuasai mengikut kemampuan ( patching)

sehingga membolehkannya mengikuti unit pembelajaran seterusnya. Dengan alat

perkakas dan sumber yang sesuai serta perisian dan bank item yang besar, kaedah

Computer Adadtive Testing ( CAT) dapat melaksanakan tugas pengujian ini dengan

berkesan.

71

Page 72: Penilaian Dan Pengukuran

Pada akhir sesuatu tempoh semester atau tahun, guru juga boleh mendapatkan

gambaran prestasi keseluruhan pelajar bagi menilai keberkesanan pengajaran dan

pembelajaran melalui penilaian sumatif. Penilaian seumpamana ini sedang dilakukan

oleh Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Kedua-dua penilaian

formatif dan sumatif saling membantu untuk membentuk satu program penilaian yang

berkesan.

Ujian yang baik perlu ada item yang bermutu. Analisis item yang dijalankan selepas

sesuatu ujian atau praujian membantu dalam hal pemilihan item. Satu kumpulan item

( item pool) yang besar akan memastikan guru memperoleh item yang diperlukan dari

semasa ke semasa.

Untuk memastikan item pool atau bank item yang mengandungi item pelbagai strand

atau kemahiran yang bermutu dari semasa ke semasa, perkara berikut perlu

dilaksanakan.

Pelbagai jenis ujian dan item yang bermutu dibina

Analisis item dijalankan untuk memastikan item bermutu dipilih

ii. Perancangan Ujian.

Aspek-aspek yang perlu dipertimbangkan semasa menyediakan ujian termasuk

unsur-unsur motivasi, refleksi, mencabar minda, menimbulkan celik akal, mengurangkan

tekanan, menimbulkan kesediaan, dan sentiasa bersedia untuk mengambil peperiksaan

seterusnya.

Sebelum mentadbirkan ujian, sudah pasti perlu merancang beberapa strategi supaya

ujian itu dapat mengukur perkara yang hendak diukur. Strategi berikut boleh dijadikan

panduan semasa merancang ujian jenis objektif.

Langkah 1 : Tahukah tujuan ujian?

i. Mendiagnos kekuatan dan kelemahan seseorang pelajar.

ii. Menilai kemahiran prasyarat.

iii. Menilai tahap penguasaan ilmu.

iv. Merancang program pemulihan dan pengayaan.

72

Page 73: Penilaian Dan Pengukuran

Langkah 2 : Tahukah bidang yang akan dinilai?

i. Aspek kognitif.

ii. Aspek afektif- nilai/sikap

iii. Aspek kemahiran:

pedagogi

pemudahcaraan

berfikir

belajar

teknologi maklumat (IT)

iv. Aspek personaliti

tingkah laku

gaya kognitif

pelbagai kecerdasan ( mutiple intelligences)

kecerdasan emosi ( emotional intelligence)

Latihan 5Sila dapatkan seberapa banyak maklumat di perpustakaan atau pusat sumber yang berdekatan.

Kemudian buat banding beza tentang antara kaedah-kaedah penilaian bahasa yang telah dihuraikan di atas menggunakan borang pengurusan grafik.

Sila ambil satu contoh kaedah penilaian bahasa di atas untuk menilai satu kemahiran bahasa. Nyatakan kesesuaian dan keberkesanan kaedah tersebut untuk menguji kemahiran bahasa yang telah anda pilih itu.

Tajuk 4.6 Alat/ Instrumen Penilaian Kemahiran Bahasa

4.6.1 Pengenalan

73

Page 74: Penilaian Dan Pengukuran

Terdapat beberapa alat atau instrumen untuk menilai kemahiran bahasa . Ada

antaranya telahpun dihuraikan dalam tajuk pembinaan item dan kaedah menilai bahasa

seperti kloz, penyoalan, dan senarai semak. Contoh instrumen pengujian yang lain ialah

rubrik, skala Linkert, dan pengurusan grafik. Adalah perlu diingat bahawa kesesuaian

alat dan kaedah serta tujuan penilaian adalah penting untuk memperoleh kesahan dan

kebolehpercayaan pengujian. Ini adalah kerana setiap alat atau instrumen mempunyai

keberkesanan masing-masing untuk mengukur kemahiran bahasa yang berbeza juga.

4.6.2 Jenis-jenis alat/ instrumen penilaian bahasa

i. Rubrik

Soalan 1: (30 markah)

ISI (20%) : (6 markah) PMT (50%) : (15 markah)

Tugasan 1 (4 markah)

A. Sebutan

1. Dialek

- pikiak

- bah......tu

- cigu

- baghu

2. Bukan penutur jati.

B. Struktur Ayat.

- lama-lama pandailah kau orang

- jawab sajalah itu latihan

- ini cakap banyak pulak

- bolehlah bah.....

(5 markah)

Penutur bahasa kedua

Pengaruh dialek

Pengaruh bahasa pasar

Guru yang tidak menggunakan

bahasa baku

Murid yang mempunyai pelbagai latar

belakang bahasa/dialek

Mana-mana yang sesuai.

74

Page 75: Penilaian Dan Pengukuran

Tugasan 2 ( 2 markah)

1. Latih tubi

Latih tubi pasangan minimal

Latih tubi pemintal lidah

Latih tubi tukar ganti

(10 markah)

latih tubi pasangan minimal

Menyatakan perkataan yang hampir

sama bunyi dengan perkataan dalam

petikan.

Contoh: orang-orang

Contoh aktiviti: ulangan sebutan

secara individu, kumpulan dan kelas

Latih tubi pasangan pemintal lidah

Dapat menyenaraikan perkataan

yang bermasalah: [r]

Proses pengulangan: dari perlahan –

semakin cepat.

Aktiviti berpasangan, kumpulan dan

kelas.

Ayat

Latih tubi tukar ganti

Menyediakan rajah tukar ganti :

subjek, predikat.

75

Page 76: Penilaian Dan Pengukuran

KEFAHAMAN KONSEP (20%) : (6 Markah)

Menyatakan punca berlakunya kesilapan.

Dapat menjelaskan teknik yang dipilih.

Mematuhi prinsip teknik latih tubi.

KOMINIKASI (10%) : ( 3 markah)

Penggunaan ayat yang gramatis.

Pemilihan perkataan yang sesuai.

Kesilapan ejaan yang minima.

RUBRIK

Soalan 1

Markah / Gred

Kriteria

90-100

A

80-89

A-

75-

79

B+

70-74

B

65-69

B-

60-64

C+

55-59

C

50-54

C-

40-49

D+

30-39

D

0-29

E

Penguasaan Isi

Kandungan

(20%)

Menyatakan 4

kesilapan

perkataan

Dapat

menyenarikan

4 kesilapan

struktur ayat

dengan jelas

Dapat

menyatakan 3

kesilapan

perkataan.

Dapat

menyenaraikan 3

kesilapan ayat

dengan jelas dan

tepat.

Dapat

menyatakan

4 perkataan

Dapat

menyatakan

4 perkataan

Kurang jelas

dan tepat.

Dapat

menyatakan 2

perkataan

Dapat

menyatakan 2

struktur ayat

Dengan jelas

dan tepat.

-0-1 perkataan

2 ayat

kurang tepat

dan kurang

jelas.

76

Page 77: Penilaian Dan Pengukuran

Markah /Gred

Kriteria

90-100

A

80-89

A-

75-

79

B+

70-74

B

65-69

B-

60-64

C+

55-59

C

50-54

C-

40-49

D+

30-39

D

0-29

E

Kefahaman

Konsep

(20%)

dapat

menyatakan

punca

berlakunya

kesilapan

dapat

menjelaskan

teknik yang

dipilih

mematuhi

prinsip

penggunaan

teknik

penerangan

jelas

. dapat

menyatakan

punca berlakunya

kesilapan

dapata

menyatakan

teknik yang dipilih

mematuhi

prinsip

penggunaan

teknik

penerangan

masih jelas.

Dapat

menyatakan

punca

berlakunya

kesilapan

Dapat

menyatakan

teknik yang

dipilih

Mematuhi

prinsip

penggunaan

teknik

Tepat tetapi

kurang jelas

Dapat

menyatakan

punca

berlakunya

kesilapan

Dapat

menyatakan

teknik yang

dipilih

Mematuhi

prinsip

penggunaan

teknik

Kurang tepat

dan kurang jelas.

Dapat

menyatakan

punca

berlakunya

kesilapan

Dapat

menyatakan

teknik yang

dipilih

Mematuhi

prinsip

penggunaan

teknik

Tidak

menjawab

/menjawab

kurang jelas.

77

Page 78: Penilaian Dan Pengukuran

Markah /Gred

Kriteria

90-100

A

80-89

A-

75-

79

B+

70-74

B

65-69

B-

60-64

C+

55-59

C

50-54

C-

40-49

D+

30-39

D

0-29

E

Penguasaan

Kemahiran

Proses Berfikir

(50%)

dapat

menyatakan 5

punca

berlakunya

kesilapan

dapat

memberi 3

contoh aktiviti

latih tubi

pasangan

minimal

dapat

memberi 2

contoh latih

tubi tukar

ganti

penerangan

jelas dan

tepat

Dapat

menyatakan 4

punca

berlakunya

kesilapan

Dapat

memberi 2

contoh aktiviti

latih tubi

pasangan

minimal

Dapat

memberi 2

contoh latih tubi

tukar ganti

Penerangan

tepat dan jelas.

Dapat

menyatakan

3 punca

berlakunya

kesilapan

Dapat

memberi 2

contoh aktiviti

latih tubi

pasangan

minimal

Dapat

memberi 2

contoh latih

tubi tukar

ganti

Penerangan

tepat jelas

Dapat

menyatakan 2

punca

berlakunya

kesilapan.

Dapat memberi

2 contoh aktiviti

latih tubi

pasangan

minimal.

Dapat memberi

contoh latih tubi

tukar ganti

Penerangan

tepat jelas.

Dapat

menyatakan 1

punca

berlakunya

kesilapan

Dapat

memberi 1

contoh aktiviti

latih tubi

pasangan

minimal

Tidak dapat

memberi

contoh

Penerangan

kurang tepat

dan kurang

jelas.

Kemahiran

Komunikasi

(20%)

Persembahan

sangat

tersusun dan

menarik

Penguasaan

bahasa

sangat baik

Pengelolaan

hujah sangat

mantap

Persembah

an baik dan

menarik

Penguasaan

bahasa baik dan

pengelolaan

hujah mantap.

Persembahan

kurang

tersususn

dan menarik

Penguasaan

bahasa dan

pengelolaan

hujah kurang

mantap

Persembahan

yang

memuaskan

Penguasaan

bahasa dan

pengelolaan

hujah

memuaskan.

.persembahan

yang tidak

tersusun

penguasaan

bahasa dan

pengelolaan

hujah lemah.

78

Page 79: Penilaian Dan Pengukuran

Sila buat rujukan di perpustakaan, pusat sumber atau

melayari laman web untuk mendapatkan maklumat

tambahan menegenai alat/ instrumen penilaian bahasa dan

cara menggunakannya. Buat rujukan dan catatan nota

untuk instrumen penilaian bahasa yang lain iaitu skala

Linkert dan pengurusan grafik.

Rumusan

Pentaksiran dan penilaian kemahiran bahasa dan aspek bahasa wajar dijalankan secara

berterusan, iaitu secara formal atau tidak formal dengan pelbagai bentuk pentaksiran

dan berbagai jenis instrumen yang sesuai dengan kemahiran berbahasa. Penilaian

berterusan perlu dijalankan secara sistematik dan bijak kerana penguasaan kemahiran

berbahasa dan aspek bahasa tidak berlaku dengan serta merta tetapi merupakan

proses developmental.

Tegasnya, sepertimana yang telah dihurai dan perbincangkan terdahulu, jelaslah

bahawa dalam pengajaran bahasa, penilaian adalah sama pentingnya dengan sukatan

pelajaran, bahan pengajaran dan pembelajaran serta pendekatan pengajaran yang

digunakan. Penilaian sangat penting untuk memastikan bahawa objektif pengajaran

tercapai.

79

Page 80: Penilaian Dan Pengukuran

INTERAKSI TUTORIAL

1. Analisis soalan peperiksaan Bahasa Melayu bagi peperiksaan akhir tahun di

sekolah anda dari segi:

a. aras kefahaman/ kognitif Taksonomi Bloom.

b. ketepatan membina item ujian objektif mengikut garis panduan yang

telah disediakan.

c. kepelbagaian jenis item ujian objektif.

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

1. Bina JPU untuk peperiksaan akhir tahun dan sediakan soalan-soalan

berdasarkan JPU tersebut.

‘SELAMAT BERJAYA’

80

Page 81: Penilaian Dan Pengukuran

Bacaan Asas

Abdul Aziz Talib (1989), Pengajaran dan Pengujian Bahasa, Kuala Lumpur: Nurin

Enterprise.

Abd. Aziz Abd. Talib (2000), Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip, Kaedah dan Teknik, Kuala

Lumpur: Utusan Oublication & Distributors Sdn. Bhd.

Azman Wan Cik (1987), Isu-Isu Dalam Pengukuran dan Penilaian Bahasa Malaysia.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Azman Wan Cik (1994), Pengujian Bahasa: Kes Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka

Bahagian Pendidikan Guru. Menilai dan Mentaksir , Kuala Lumpur: Kementerian

Pendidikan Malaysia.

Juriah Long, Raminah Hj Sabran dan Sofiah hamid, (1990). Perkaedahan Pengajaran

Bahasa Malaysia, Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Kamaruddin Hj Husin (2001). Pedagogi Bahasa ( Perkaedahan). Kuala Lumpur:

Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Raminah Hj Sabran (1991), Penilaian dan Pengujian Bahasa Malaysia: Penerapannya

Pada Peringkat Sekolah Rendah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Tan Hui Leng (1996). Penilaian Dalam Proses Pendidikan : Asas Pedndidikan 3, Shah

Alam: Fajar Bakti.

81

Page 82: Penilaian Dan Pengukuran

Rujukan

Anuar Amat & Zuariah Yusoff (1992) Pembinaan Item Ujian dalam Penilaian Pendidikan Bahasa Melayu , Kuala Lumpur : Institut Bahasa

Ee Ah Meng (2003). Ilmu Pendidikan: Pengetahuan dan Keterampilan Ikhtisas. Shah Alam: Fajar Bakti.

Institut Bahasa (1994). Strategi Pendidikan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Juriah Long dan Noor Ein Mohd. Noor (1990). Alat dan Bahan Pengajaran Bahasa

Malaysia. Kuala Lumpur: Persatuan Linguistik Malaysia.

Kamarudin Hj Husin (1991). KBSM dan Model-Model Pengajaran Bahasa. Kuala

Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Dr. Kamariah Abu Bakar & et.al ( 1999) Pengujian dan Penilaian dalam Pengajaran,

Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Mok Soon Sang. (2000). Ilmu Pendidikan Untuk KPLI. Kuala Lumpur: Kumpulan

Budiman.

82

Page 83: Penilaian Dan Pengukuran

AHLI PANEL PENULISAN MODUL PEMBELAJARAN

Bil Nama Kelayakan

1. PENASIHAT

Munsyi Zainal Abidin b. Hj Kasim Unit KurikulumBahagian Pendidikan Guru.

B.A (Hons) UMGuru Bahasa Melayu 10 TahunPensyarah Bahasa Melayu 6 TahunMunsyi Dewan 7 Tahun

2. AHLIPn. Rosaini bt. Khalid,Maktab Perguruan Raja MelewarJalan Sikamat70400 Seremban Negeri Sembilan DK.

B.A(Hons) UM Linguistik dan Sastera

M.A. (UKM) – LinguistikGuru Bahasa Melayu 7 TahunPensyarah Pengajian Melayu 19 Tahun

83

Page 84: Penilaian Dan Pengukuran

LAMPIRAN 1

KETERANGAN MAKSUD PENGGUNAAN IKON

Gunakan pita rakaman audio atau radio.

Dokumen atau tugasan perlu juga disimpan atau diserahkan kepada pensyarah dalam bentuk ‘soft copy’.

Masa rehat (panduan sebelum dan selepas sesi pembelajaran).

Gunakan bahan-bahan multimedia.

Rancangkan jadual aktiviti mengikut masa yang ditentukan.

Rujuk kepada individu tertentu yang pakar atau mahir.

Buatkan ujikaji.

Hasilkan bahan dengan disokong dengan grafik atau ilustrasi.

Senarai semak.

Senarai buku-buku rujukan yang digunakan oleh penulis dalam penyediaan modul.

Latihan untuk menguji kefahaman konsep-konsep, isu-isu penting dengan membuat ulasan.

84

Page 85: Penilaian Dan Pengukuran

Buatkan catatan atau nota-nota penting.

Akses CD-Rom untuk bahan-bahan seperti yang dinyatakan dalam modul.

Senarai penerangan makna ba gi sesuatu istilah.

Akses bahan pembelajaran dalam bentuk video atau VCD.

Layari laman web untuk mendapatkan maklumat tambahan.

Rujukan surat khabar.

Panduan kepada pengguna.

Dapatkan seberapa banyak maklumat di perpustakaan atau pusat sumber yang berdekatan.

Sediakan geraf yang sesuai supaya dapat memberi gambaran yang lebih jelas.

Fikir mengenai soalan yang diberikan. Satu soalan yang dibentuk untuk membawa pelajar secara beransur-ansur ke isi pelajaran.

Hasilkan interpretasi anda mengenai sesuatu bahagian yang telah dibaca dengan cara lukisan atau lakaran (peta konsep, rajah, jadual, lukisan).

Itu saja yang perlu anda lakukan.......SELAMAT BERJAYA.

85

Page 86: Penilaian Dan Pengukuran

86