tugasan pengukuran dan penilaian
DESCRIPTION
asasxxcddgjuTRANSCRIPT
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
SEMESTER MEI TAHUN 2015
PEDALAMAN
HBEF 3203
PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN
NAMA PELAJAR : AMRI BIN BRAHIM
NAMA TUTOR : ENCIK LOH LEH CHING
NO. MATRIKULASI : 811115135407001
NO. KAD PENGNEALAN : 811115-13-5407
NO. TELEFON : 019-8912817
E-MEL : [email protected]
PUSAT PEMBELAJARAN : Sibu, Sarawak
1
Isi Kandungan Muka Surat
1.0 Pengenalan 2
1.1 Penilaian 2
1.2 Jadual Penentuan Ujian (JPU) 3
1.3 Skema Pemarkahan 4 - 5
2.0 Keputusan Ujian 5
2.1 Jadual Keputusan Ujian dan Analisis 5 - 7
2.2 Pengiraan Markah 8
3.0 Analisis Pencapaian Pelajar 9
4.0 Analisis Item – Item ujian
4.1 Indeks Kesukaran Item 11 - 14
4.2 Indeks Diskriminasi 14 - 17
4.3 Jadual Indeks Kesukaran Item dan Indeks Diskriminasi
Item Serta Komen 17 - 19
5.0 Rumusan 20
Rujukan 20 - 21
Lampiran
(a) Bahagian Sukatan Pelajaran yang dipilih
(b) JPU
(c) Kertas Soalan
(d) Skema Pemarkahan
(e) Sampel jawapan bagi tiga pelajar ( 1 berpencapaian tinggi, 1 sederhana dan 1 rendah )
2
1.0 Pengenalan
1.1 Penilaian
Penilaian adalah konsep yang digunakan dalam pelbagai bidang untuk membolehkan
seseorang itu membuat anggaran dan merupakan satu cara untuk mendapatkan bukti yang tepat
tentang sesuatu perkara. Menurut Gay ( 1985 ), penilaian ialah satu proses yang sistematik
semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang
ditetapkan itu telah tercapai.
Dalam konteks pendidikan, penilaian ialah suatu sistem yang meliputi aktiviti
mengumpul maklumat tentang strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, untuk membuat
analisis dan keputusan dengan tujuan mengambil tindakan yang sewajarnya. Selain itu penilaian
dalam pendidikan juga mencakupi aspek-aspek hasil pengajaran dan pembelajaran dan hasil
program pengajian berbanding matlamat asalnya. Penilaian dapat dibuat dengan menggunakan
maklumat yang berbentuk kuantitatif, kualitatif atau kedua-duanya sekali.
Terdapat tiga proses utama dalam penilaian, iaitu menentukan ukuran, menganalisis
ukuran dan menyatakan nilai atau interprestasi ukuran. Penilaian dapat dilaksanakan dalam lima
peringkat, iaitu persediaan ujian, pentadbiran ujian, pemeriksaan jawapan ujian, analisis ukuran
dan interprestasi dan tindakan susulan.
Untuk menyempurnakan tugasan ini, saya telah memilih Mata Pelajaran Matematik
Tahun Empat merupakan mata pelajaran utama yang diajar saya di mana item-item meliputi
semua topik dalam Sukatan Pelajaran Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) SK (2003)
seperti yang tercatat dalam Jadual Penentuan Ujian yang dikepilkan. Satu set soalan telah
disediakan yang terbahagi kepada dua bahagian iaitu Bahagian A yang mengandungi 20 item
objektif yakni menyumbang 60 peratus markah manakala Bahagian B mengandungi 10 item
subjektif membawa kepada 40 peratus markah. Item-item telah ini diuji kepada 12 orang murid
Tahun Empat di SK Saint Luke, Dalat. Ujian ini telah dijalankan dalam tempoh masa empat
puluh lima minit dan dilaksanakan pada 25 Jun 2015.
3
1.2 Jadual Penentuan Ujian (JPU) dan Kepentingannya
Menurut Kubiszyn dan Borich, JPU ( Test Specification Table ) adalah carta dua –hala
yang mengaitkan objektif pengajaran dengan kandungan pengajaran. Lajur carta menyenaraikan
objektif-objektif pengajaran, sementara baris carta pula menyenaraikan konsep-konsep utama
yang diajar dan ingin diukur. Dengan ini jadual penentuan ujian ( JPU ) boleh menjadi panduan
kepada guru tentang sukatan pelajaran yang perlu diajar dan objektif pengajaran yang perlu
dicapai. Dari segi pembinaan item ujian pula, jadual penentuan ujian akan menjadi panduan
kepada guru supaya item-item yang dibina merangkumi semua kandungan pengajaran daripada
awal hingga akhir.
Manakala menurut Haladyna (1977), konsep pencapaian boleh dipecahkan kepada
pengetahuan dan kemahiran. Ujian ke atas pengetahuan seseorang individu hendaklah
berlandaskan pengetahuan serta kefahaman mengenai fakta, konsep dan prinsip. Ujian terhadap
kemahiran hendaklah berasaskan kepada aplikasi pengetahuan terhadap masalah dan keadaan.
Penggubalan sesuatu kertas ujian perlu mengikut spesifikasi ujian yang ditetapkan. Selain
itu penggubalan juga perlu mengikuti pelbagai, termasuk penyediaan jadual penentuan ujian
( JPU ), pembinaan item ujian, membuat ujian rintis dan memurnikan item ujian. Namun begitu,
item-item ujian hendaklah dinilai oleh pakar mata pelajaran yang berkaitan untuk memastikan
kualiti item ujian dari segi kebolehanpercayaan, kesahan dan pengukuran yang adil, demikian
menurut pandangan Hale ( 1980 ).
Jadual Penentuan Ujian disediakan untuk membantu penggubal kertas ujian dan pembina
item. Antara kepentingan Jadual Penentuan Ujian ialah seperti berikut:
a) kertas ujian dapat digubal dan ditadbir secara sistematik
b) kesahan dari segi persampelan sukatan pelajaran adalah terjamin
c) taburan soalan mengikut tajuk adalah seimbang
d) ujian meliputi keseluruhan sukatan pelajaran
e) aras kesukaran ujian dapat dikekalkan dari tahun ke tahun, walaupun item dibina oleh
pembina lain.
4
1.3 Skema Pemarkahan
Pada umumnya, dalam sesuatu ujian atau peperiksaan, seseorang penggubal soalan atau
guru diminta menyediakan skema pemarkahan sebagai panduan semasa memeriksa skrip
jawapan. Ini bermakna skema pemarkahan ini perlu disediakan guru lebih awal untuk membantu
guru mengenal pasti soalan yang tidak sesuai, yang perlu diperbaiki atau dibuang.
Terdapat tiga aspek yang perlu diberi perhatian oleh guru atau penggubal soalan semasa
menyediakan skema pemarkahan bagi rujukan memeriksa jawapan ialah:
a) kandungan – mencakupi maklumat atau pengetahuan yang berkaitan
b) pengelolaan – aspek penggunaan bahasa yang lancar, tepat dan matang
c) proses – aspek ketepatan, munasabah, komprehensif, konsisten, keaslian dan daya kreatif
menjawab.
Secara umumnya skema pemarkahan boleh disediakan dalam dua cara, iaitu:
a) Skema Pemarkahan Holistik
Skema jenis ini ialah sebagai panduan untuk memberi markah kepada jawapan murid.
Skema ini sesuai bagi pemarkahan soalan berbentuk esei yang markahnya diberi berdasarkan
impresi. Pemarkahan holistik memerlukan pemeriksa membaca jawapan secara keseluruhan dan
kemudian mengelas pencapaian mengikut kelompok pencapaian sebelum menganggar markah
keseluruhan bagi sesuatu soalan. Murid bebas memberikan jawapan asalkan tidak menyeleweng
daripada kehendak soalan. Pemeriksa pula perlu banyak pengalaman dan menguasai mata
pelajaran yang berkaitan.
Kelebihan skema pemarkahan secara holistik ialah pemeriksaan lebih cepat. Namun
begitu, pemarkahan cara ini dianggap kurang objektif. Lantaran itu ketua pemeriksa akan
memberikan panduan memeriksan jawapan murid.
5
b) Skema Pemarkahan Analitik
Pemarkahan cara ini merujuk kepada pemarkahan jawapan berbentuk esei secara
terperinci yakni markah diberi berdasarkan kriteria yang lebih terperinci. Misalnya, penentuan
pemberatan jawapan, banyaknya fakta dan kualiti hujah yang diberikan akan dipertimbangkan
untuk diberikan markah penuh. Agihan markah adalah berdasarkan aspek-aspek seperti isi, fakta,
persembahan dan bahasa.
Pemarkahan analitik adalah lebih objektif kerana skemanya lebih terperinci, tetapi
mengambil masa yang lama terutamanya jika bilangan calon terlalu ramai.
2.0 Keputusan Ujian
2.1 Jadual Keputusan Ujian dan Analisis
Ujian bagi tujuan tugasan ini telah dijalankan untuk kelas Tahun Empat pada 25 Jun
2015. Ujian ini mengambil masa selama empat puluh lima minit. Setelah memeriksa jawapan
pelajar, langkah yang berikutnya dalam tugasan ini ialah mencatat markah yang diperolehi oleh
murid, mengira markah purata bagi kedua-dua Bahagian A dan Bahagian B serta jumlah markah,
mengira indeks diskriminasi bagi setiap item dalam Bahagian A, membuat perbandingan indeks
kesukaran setiap item dengan item yang terdapat dalam Jadual Penentuan Ujian dan membuat
ulasan bagi perbandingan tersebut.
6
ANALISI KEPUTUSAN UJIAN BAHAGIAN A
Bil No Item 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20
Jumlah Markah
Bahagian A
Nama Pelajar
1 Monica Laura 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 0 1 1 1 1 1 1 1 1 1 572 Vanisa Iren 1 1 0 1 1 1 1 0 1 1 1 1 1 1 1 1 1 0 0 1 483 Andrian Anthony 0 1 0 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 0 0 1 484 Yoel Franklin 1 1 0 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 0 0 1 515 Jessica Amira 1 1 0 1 1 1 1 0 1 1 1 1 0 1 1 1 1 0 1 1 486 Nelly Amelliya 1 1 1 0 0 1 0 1 0 1 1 0 1 1 1 1 1 1 1 1 457 John Terry 1 1 1 1 1 1 1 0 1 0 1 1 1 0 0 0 1 0 0 1 398 Micheal Lawrence 1 1 0 1 1 1 1 0 1 0 1 1 0 1 0 0 1 0 0 1 339 Alexander Buda 1 1 1 1 1 1 1 0 1 1 1 1 1 0 1 0 0 0 0 0 3910 Lawrence Ating 0 0 1 1 1 0 1 1 1 0 1 1 1 0 0 1 0 1 0 0 3311 Henry Ujang 0 0 1 1 1 0 1 0 1 0 1 1 0 1 1 1 0 1 0 0 3312 Reena Iman 0 1 0 1 1 1 1 0 1 1 0 1 0 1 1 0 0 0 0 0 301 = menunjukkan item di jawab dengan betul, 0 = menunjukkan item di jawab dengan salah
7
ANALISIS KEPUTUSAN UJIAN BAHAGIAN B
Bil No Item 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
Jumlah Markah
Bahagian B
Jumlah Markah
Keseluruhan(A + B)
Nama Pelajar
1 Monica Laura 1 1 2 1 2 2 2 2 0 2 30 872 Vanisa Iren 1 0 2 2 2 2 2 2 3 3 38 863 Andrian Anthony 1 0 2 2 2 2 2 2 3 3 38 864 Yoel Franklin 0 0 1 2 1 2 2 2 3 3 32 835 Jessica Amira 1 0 2 2 2 2 2 2 3 1 34 826 Nelly Amelliya 1 1 2 1 2 2 2 2 0 0 26 717 John Terry 1 0 2 1 2 2 2 2 0 1 28 678 Micheal Lawrence 1 0 1 1 2 2 2 2 3 1 30 639 Alexander Buda 0 0 2 0 1 1 2 2 1 0 18 5710 Lawrence Ating 0 1 2 1 2 1 2 0 0 0 18 5111 Henry Ujang 0 0 2 0 2 1 2 1 1 0 18 5112 Reena Iman 0 0 2 0 1 2 2 2 0 0 18 48
8
2.2 Pengiraan Markah
(a) Purata Markah Bagi Markah Bahagian A
Markah Purata =
JumlahMarkahJumlahPelajar
=
57+48+48+51+48+45+39+33+39+33+33+3012
=
50412
= 42
(b) Purata Markah Bagi Markah Bahagian B
Markah Purata =
JumlahMarkahJumlahPelajar
=
30+38+38+32+34+26+28+30+18+18+18+1812
=
32812
= 27.33
(c) Jumlah Markah
Pelajar P1 P2 P3 P4 P5 P6 P7 P8 P9 P10 P11 P12 Jumlah
Markah 87 86 86 83 82 71 67 63 57 51 51 48 832
(d) Purata Jumlah Markah
= 42 + 27.33 atau =
83212
= 69.33 = 69.33
9
3 .0 Analisis Pencapaian pelajar
Soalan Aneka Pilihan
Bahagian A
( Markah Penuh = 60 Markah )
Markah Kekerapan57 151 148 345 139 233 330 1
Secara keseluruhannya, pencapaian pelajar bagi bahagian A ialah agak baik. Kesemua pelajar melepasi markah separuh bagi kertas 1. Ini menandakan bahawa kertas saolan bahagian A ini dapat ditadbirkan kepada pelajar dan boleh diubahsuai untuk memperolehi kefahaman yang lebih baik lagi dari konteks kesukaran bentuk soalan.
Soalan Subjektif
Bahagian B
( Markah Penuh = 40 Markah )
Markah Kekerapan38 234 132 130 228 126 118 4
Secara keseluruhannya, pencapaian pelajar bagi bahagian B ialah agak baik juga. 8 orang pelajar daripada 12 orang pelajar mencapai dan melepasi markah separuh bagi bahagian B. Ini menandakan bahawa kertas saolan bahagian B ini dapat ditadbirkan kepada pelajar dan boleh diubahsuai untuk memperolehi kefahaman yang lebih baik lagi dari konteks kesukaran bentuk soalan. Bentuk saolan yang sederhana susah dapat memgukuhkan kefahaman pelajar.
10
Keputusan Keseluruhan
( Markah Penuh = 100 Markah )
Markah Kekerapan87 186 283 182 171 167 163 157 151 248 1
Secara keseluruhannya, pencapaian pelajar bagi keputusan keseluruhan ialah agak baik. Kesemua pelajar melepasi markah separuh bagi jumlah markah keseluruhan . Ini menandakan bahawa kertas saolan ini dapat ditadbirkan kepada pelajar dan boleh diubahsuai untuk memperolehi kefahaman yang lebih baik lagi dari konteks kesukaran bentuk soalan.
11
4.0 Analisis Item Ujian
4.1 Indeks Kesukaran Item
Indeks Kesukaran Item (item difficulty index, p) dapat menunjukkan aras
kesukaran sesuatu item.Iaitu sama ada item tersebut berada pada aras terlalu
sukar,sukar,sederhana sukar ,mudah atau terlalu mudah.Ia juga dapat menjelaskan kualiti sesuatu
item ujian.Indeks ini dikira dengan menggunakan nisbah bilangan calon yang memberi jawapan
betul bagi item tertentu kepada jumlah calon yang menjawab item tersebut
Ciri pertama yang dapat menentukan kualiti sesuatu item ujian ialah melalui Indeks
Kesukaran Item (p).Indeks ini dapat menunjukkan aras kesukaran sesuatu item iaitu sama ada
sesuatu item yang telah dibina itu mudah atau sukar untuk dijawab. Bagi ujian yang berbentuk
soalan aneka pilihan, indeks ini dikira dengan menggunakan nisbah bilangan calon yang
memberi jawapan betul bagi item tertentu kepada jumlah calon yang menjawab item tersebut.
Pengiraannyaa adalah seperti persamaan berikut :
Contoh Pengiraan Indeks Kesukaran Item (p);
(a) Item Objektif
Satu item dapat dijawab oleh 5 orang pelajar daripada sejumlah 12 orang orang pelajar
yang menjawab soalan tersebut. Cari nilai p .
p=Bilangancalon yang memberi jawapan betul
Jumlah calon yang menjawab
=
512
= 0.416
12
(b) Item Subjektif
Markah Purata = Jumlah Markah diperolehi ÷ Jumlah Pelajar
Julat Markah Penuh = (Markah Penuh 1 Item −¿0)
p =
MarkahPurata ¿ JulatMarkahPenuh ¿¿
¿
Contoh:
40 markah daripada 48 markah dapat diperolehi oleh 12 orang murid. Markah penuh
untuk satu item ialah 4. Nilai p ialah ;
Markah Purata =
4012 = 3.333
Julat Markah Penuh = 4-0 = 4
p =
3.3334
= 0.833
Nilai p ialah antara 0.00 hingga 1.00.Jika nilai p akan menjadi 0 maka (soalan amat
sukar) atau item yang sukar mempunyai nilai p yang rendah.Oleh itu,item yang sukar
mempunyai nilai p yang rendah dan sebaliknya item yang mudah mempunyai nilai p yang
tinggi,seperti yang ditunjukkan di bawah.
13
Mengikut (Wood,1960), bagi ujian aneka pilihan ,indeks kesukaran mengambarkan peratusan
murid yang menjawab sesuatu item dengan betul.Lebih tinggi peratusan murid yang menjawab
sesuatu item dengan betul,lebih mudah item tersebut.Sebagai panduan ,aras kesukaran item
dapat ditafsirkan mengikut nilai p seperti yang ditunjukan di bawah.
Jadual 1.2 : Jadual
Aras Kesukaran dan Pengkelasan Item
Dari segi kesesuaian soalan ujian rujukan norma, pembina soalan perlu ingat bahawa
soalan yang terlalu mudah (p>0.85) atau yang terlalu sukar (p<0.15)tidak akan dapat memberi
maklumat psikometrik ( ukuran psikologi ) yang bermakna. Ini adalah disebabkan, soalan yang
terlalu mudah akan dapat dijawab oleh hampir kesemua murid, sementara soalan yang terlalu
sukar pula tidak akan dapat dijawab oleh semua murid. Justeru, soalan – soalan ini tidak dapat
membezakan murid yang lebih rendah keupayaannya dengan murid yang tinggi keupayaannya.
Item / soalan Jumlah jawapan betul
Nilai indeks kesukaran Pengkelasan item
1 8 0.67 Mudah2 10 0.83 Terlalu mudah3 6 0.5 Sederhana sukar4 11 0.92 Terlalu mudah5 11 0.92 Terlalu mudah6 10 0.83 Terlalu mudah7 11 0.92 Terlalu mudah8 5 0.42 Sederhana sukar
14
Nilai ( p ) Pengkelasan Item
0.00 – 0.20 Terlalu sukar
0.21 – 0.40 Sukar
0.41 – 0.60 Sederhana sukar
0.61 – 0.80 Mudah
0.81 – 1.00 Terlalu mudah
9 11 0.92 Terlalu mudah10 8 0.67 Terlalu mudah11 10 0.83 Terlalu mudah12 11 0.92 Terlalu mudah13 8 0.67 Mudah14 9 0.75 Mudah15 9 0.75 Mudah16 8 0.67 Mudah17 8 0.67 Mudah18 4 0.33 Sukar19 3 0.25 Sukar20 8 0.67 Mudah
Jadual 1.3 : Jadual Pengkelasan Indeks Kesukaran Item BAHAGIAN A ( Soalan objektif )
4.2 Indeks Diskriminasi
Indeks Diskriminasi adalah bertujuan untuk membezakan calon-calon daripada kumpulan
cerdas dengan kumpulan lambat. Sesuatu item/soalan yang baik akan dapat mendiskriminasikan
antara keupayaan rendah dan yang tinggi. Indeks Diskriminasi boleh dikira melalui langkah-
langkah Mehran & Lehmann(1991) seperti berikut:
i ) Murid dibahagikan kepada 3 kumpulan,iaitu ( 25 % terdiri daripada 3 orang murid
berpencapaian rendah ),( 50 % terdiri daripada 6 orang murid berpencapaian antara terendah
dan tertinggi ) dan (25 % terdiri daripada 3 orang murid berpencapaian tertinggi).
Ii ) Mengira bilangan murid yang menjawab dengan betul di kalangan murid berpencapaian
rendah (RL – Right Lower), bilangan murid yang menjawab dengan betul di kalangan murid
berpencapaian tinggi(RU – Right Upper) dan jumlah murid berpencapaian rendah dan tinggi (T
(L + U) – Total).
Iii )Indeks Diskriminasi boleh dikira dengan membahagikan perbezaan (RU – RL) dengan
separuh T(L + U) seperti berikut:
15
(RU – RL)
Indeks Didskriminasi ( d ) =_________________
( ½ T (L + U))
Dimana,
T(L + U)= Jumlah murid pencapaian rendah dan tinggi
Ru = Bilangan murid pencapaian tinggi yang menjawab betul
( 25% daripada jumlah murid)
RL = Bilangan murid pencapaian rendah yang jawab betul
( 25% daripada jumlah murid )
Jadual 1.5 : Jadual Aras Diskriminasi dan Pengkelasan Item
Indeks diskriminasi boleh bernilai antara -1.00 hingga 1.00. Indeks diskriminasi hampir
kepada 1.00 bermakna soalan tersebut adalah baik untuk Penilaian Rujukan Norma ( PRN)
kerana ia dapat membezakan murid yang berpencapaian tinggi dengan murid yang
berpencapaian lemah.
16
Nilai (d) Pengkelasan Item
0.00 – 0.10 Tidak baik
0.11 – 0.20 Kurang baik
0.21 – 0.30 Sederhana baik
0.31 – 0.40 Baik
0.41 – 1.00 Sangat baik
Bagi soalan yang mempunyai indeks diskriminasi positif menghampiri 0.0, soalan-soalan
ini dikatakan tidak sesuai untuk PRN kerana ia tidak berupaya membezakan murid pandai
dengan murid lemah. Akhirnya, bagi soalan yang mempunyai indeks diskriminasi negatif yang
menghampiri -1.00, dikatakan tidak baik untuk PRN kerana ia secara songsang membezakan
murid pandai daripada murid lemah, iaitu lebih ramai murid lemah dapat menjawab soalan-
soalan ini dengan betul berbanding murid pandai.
Item / soalan
(d) = (RU – RL) (1/2 T (L+U) Nilai Indeks
Diskriminasi Item Pengkelasan Item
1 ( 2 – 0 )3 0.66 Sangat baik
2 ( 3 – 2 )3 0.33 Baik
3 ( 1 – 2 )3 - 0.33 Tidak baik
4 ( 3 – 3 )3 0.00 Tidak baik
5 (3 – 3 )3 0.66 Sangat baik
6 ( 3 – 2 )3 0.33 Baik
7 ( 3 – 3 )3 0.00 Tidak baik
8 ( 2 – 1 )3 0.33 Baik
9 ( 2 – 3 )3 - 0.33 Tidak baik
10 ( 3 – 1 )3 0.66 Sangat baik
11 ( 2 – 2 )3 0.00 Tidak baik
12 ( 3 – 3 )3 0.00 Tidak Baik
13 ( 3 – 1 )3 0.66 Sangat baik
14 ( 3 – 2 )3 0.33 Baik
15 ( 3 – 2 )3 0.33 Baik
16 ( 3 – 2 )3 0.33 Baik
17
17 ( 3 – 0 )3 1.00 Sangat baik
18 ( 1 – 2 )3 - 0.33 Tidak baik
19 ( 1 – 0 )3 0.33 Baik
20 ( 3 – 0 )3 1.00 Sangat baik
Jadual 1.6 : Jadual Pengkelasan Indeks Diskriminasi Item BAHAGIAN A ( Soalan objektif )
4.3 Jadual Indeks Kesukaran Item dan Indeks Diskriminasi Item Serta Komen.
BAHAGIAN A / ITEM
INDEKS KESUKARAN
ITEM
INDEKS DISKRIMINASI
ITEMKOMEN DAN ULASAN
1 0.67 0.66
Item ini baik kerana murid berprestasi rendah dapat menjawab dengan baik. Ini bermakna item ini boleh disimpan dan diguna semula.
2 0.83 0.33
Item ini baik untuk diuji kerana murid berprestasi tinggi dan murid berprestasi rendah dapat menjawab dengan baik. Ini bermakna item ini boleh disimpan dan diguna semula.
3 0.5 - 0.33
Item ini tidak baik untuk ditadbir kerana murid berprestasi tinggi dan murid berprestasi rendah
gagal menjawab dengan betul. Item ini perlu dibuang atau
disemak semula.
4 0.92 0.00
Item ini tidak baik untuk ditadbir kerana murid berprestasi tinggi dan murid berprestasi rendah
gagal menjawab dengan betul. Item ini perlu dibuang atau
disemak semula.
5 0.92 0.66
Item ini baik kerana mampu dijawab oleh murid berprestasi rendah dan berprestasi tinggi.
18
6 0.83 0.33Item ini baik kerana mampu dijawab oleh murid berprestasi rendah dan berprestasi tinggi.
7 0.92 0.00
Item ini tidak baik untuk ditadbir kerana murid berprestasi tinggi dan murid berprestasi rendah gagal menjawab dengan betul. Item ini perlu dibuang atau disemak semula.
8 0.42 0.33
Item ini baik kerana mampu dijawab oleh murid berprestasi rendah dan berprestasi tinggi.
9 0.92 - 0.33
Item ini tidak baik untuk ditadbir kerana murid berprestasi tinggi dan murid berprestasi rendah
gagal menjawab dengan betul. Item ini perlu dibuang atau
disemak semula..
10 0.67 0.66
Item ini baik kerana mampu dijawab oleh murid berprestasi rendah dan berprestasi tinggi.
11 0.83 0.00
Item ini tidak baik untuk ditadbir kerana murid berprestasi tinggi dan murid berprestasi rendah
gagal menjawab dengan betul. Item ini perlu dibuang atau
disemak semula.
12 0.92 0.00
Item ini tidak baik untuk ditadbir kerana murid berprestasi tinggi dan murid berprestasi rendah
gagal menjawab dengan betul. Item ini perlu dibuang atau
disemak semula.
13 0.67 0.66
Item ini baik kerana mampu dijawab oleh murid berprestasi rendah dan berprestasi tinggi.
14 0.75 0.33
Item ini sederhana baik untuk ditadbir kepada murid-murid kerana murid berprestasi tinggi dapat menjawab dengan baik berbanding murid berprestasi rendah.
19
15 0.75 0.33
Item ini sederhana baik untuk ditadbir kepada murid-murid kerana murid berprestasi tinggi dapat menjawab dengan baik berbanding murid berprestasi rendah.
16 0.67 0.33
Item ini sederhana baik untuk ditadbir kepada murid-murid kerana murid berprestasi tinggi dapat menjawab dengan baik berbanding murid berprestasi rendah.
17 0.67 1.00
Item ini baik kerana murid berprestasi rendah dapat menjawab dengan baik. Ini bermakna item ini boleh disimpan dan diguna semula.
18 0.33 - 0.33
Item ini tidak baik untuk ditadbir kerana murid berprestasi tinggi dan murid berprestasi rendah
gagal menjawab dengan betul. Item ini perlu dibuang atau
disemak semula.
19 0.25 0.33
Item ini baik kerana mampu dijawab oleh murid berprestasi rendah dan berprestasi tinggi.
20 0.67 1.00
Item ini baik kerana murid berprestasi rendah dapat menjawab dengan baik. Ini bermakna item ini boleh disimpan dan diguna semula.
Jadual 1.7 : Jadual Indeks Kesukaran Item dan Indeks Diskriminasi Item Serta Komen
20
5.0 Kesimpulan
Berdasarkan hasil analisis terhadap keputusan ujian dan analisis terhadap indeks
kesukaran item dan indeks diskriminasi item, adalah amat perlu membuat Jadual Penentuan
Ujian (JPU) bagi memilih item-item yang sesuai dengan tahap kebolehan murid-murid.
Secara keseluruhannya, dapatlah dirumuskan bahawa set soalan yang telah digubal dan
diuji kepada murid-murid merupakan set soalan yang baik kerana mampu menunjukkan jurang
pencapaian atau indeks diskriminasi yang cukup kukuh untuk membezakan murid berpencapaian
tinggi dan murid berpencapaian rendah. Sebagai langkah cadangan, beberapa item memerlukan
pengubahsuaian supaya boleh memberikan indeks diskriminasi yang lebih jelas dan
menghasilkan set instrument ujian yang bermutu dan berkepercayaan tinggi.
6.0 RUJUKAN
Azizi Ahmad , Mohd Isha Awang. ( 2007 ). HBEF3203 Pengukuran dan
penilaian dalam pendidikan . OUM : Kuala Lumpur.
Bhasah Abu Bakar . ( 2003 ) . Asas pengukuran bilik darjah . Perak : Quantum
Books.
Eng Leng, Wee dan Beng Hin, Lee. (2006). Praktis Topikal Bestari Matematik KBSR
Tahun 4. Shah Alam: Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Hon Min, Yap dan Y.K. Tan. (2011). AKSES Matematik Aktiviti KSSR Tahun 4.
Kajang: Unik Didik Sdn. Bhd.
Hon Min, Yap dan Y.K. Tan. (2011). Latihan Progresif Matematik Tahun 4.
Kajang: Unik Didik Sdn. Bhd.
Isme Azura dan Irene Cheah. (2006). STAR Genius Matematik. Petaling Jaya:
21
Info Didik Sdn. Bhd.
Mehrens, W. A. & Lehman, I . J . ( 1991 ) . Measurement and evaluation in
education and psychology ( 4 th.ed ) . Chicago : Holt, Rinehartend
Mokhtar Ismail . ( 1995 ) . Penilaian di bilik darjah . Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka .
Shahril Ahmad dan Arish Shammen. (2012). My Tutor Topical Mathematics.
Petaling Jaya: Info Didik Sdn. Bhd.
22