tugasan hbef3203 pengukuran dan penilaian dalam pendidikan

54
HBEF3203 PENGUKURAN DAN PENILAIAN PENDIDIKAN FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA HBEF3203 PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN SOALAN TUGASAN Berdasarkan sukatan pelajaran bagi satu mata pelajaran yang anda ajar di sekolah, anda dikehendaki menyediakan dan mentadbirkan satu kertas ujian bagi satu kelas pelajar dan seterusnya menulis satu laporan mengenai pencapaian pelajar dan kesesuaian item-item ujian. Ujian yang anda bina harus mengandungi item-item beraneka pilihan (Bahagian A) dan item-item subjektif berjawapan pendek (Bahagian B) dan tempoh ujian tersebut ialah 45 minit. Nama FIDELIA MUSEH Nombor Matrik 780912125042001 NRIC 780912125042 Nombor Telefon 0198521341 Alamat E-mail [email protected] 1

Upload: fidelia-museh

Post on 12-Jan-2016

2.689 views

Category:

Documents


181 download

DESCRIPTION

Tugasan OUM 2014

TRANSCRIPT

HBEF3203 PENGUKURAN DAN PENILAIAN PENDIDIKAN

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBEF3203

PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN

SOALAN TUGASAN

Berdasarkan sukatan pelajaran bagi satu mata pelajaran yang anda ajar di sekolah, anda

dikehendaki menyediakan dan mentadbirkan satu kertas ujian bagi satu kelas pelajar dan

seterusnya menulis satu laporan mengenai pencapaian pelajar dan kesesuaian item-item

ujian.

Ujian yang anda bina harus mengandungi item-item beraneka pilihan (Bahagian A) dan item-

item subjektif berjawapan pendek (Bahagian B) dan tempoh ujian tersebut ialah 45 minit.

Nama

FIDELIA MUSEH

Nombor Matrik

780912125042001

NRIC

780912125042

Nombor Telefon

0198521341

Alamat E-mail

[email protected]

Nama E-Tutor:

EN.BASKARAN KANNAN

Pusat Pembelajaran:

OUM KENINGAU,SABAH

SEMESTER

1

HBEF3203 PENGUKURAN DAN PENILAIAN PENDIDIKAN

JANUARI 2014

ISI KANDUNGAN

KANDUNGAN MUKASURAT

1.0 Pengenalan 1

1.1 Konsep Pengujian 1

1.2 Konsep Pengukuran 2

1.3 Konsep Penilaian 2

1.4 Ujian Sebagai Pengukur Prestasi Murid 3

2.0 Jadual Penentu Ujian Dan Pentadbiran Ujian 3

3.0 Analisis Pencapaian Murid 7

4.0 Indeks Kesukaran Item

9

5.0 Indeks Diskriminasi Item 11

6.0 Penutup 15

Rujukan Lampiran 1 : Set Soalan Ujian Lampiran 2 : Skema Pemarkahan Lampiran 3 : Skrip Jawapan Murid Berpencapaian Tinggi Lampiran 4 : Skrip Jawapan Murid Berpencapaian Sederhana Lampiran 5 : Skrip Jawapan Murid Berpencapaian Rendah

2

HBEF3203 PENGUKURAN DAN PENILAIAN PENDIDIKAN

1.0 PENGENALAN

Pengujian, pengukuran dan penilaian adalah satu bahagian dalam proses pengajaran

dan pembelajaran. Ketiga-tiga konsep ini, walaupun mempunyai tafsiran yang berbeza dari

segi pengertian, tujuan dan ciri-ciri, memangnya ada kaitan yang rapat dengan proses

pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran. Malah, ketiga-tiga perkara ini saling membantu

dalam pencapaian matlamat yang sama dalam proses pendidikan dan memainkan peranan

penting dalam kurikulum pendidikan serta sebahagian dari kurikulum itu sendiri. Ianya

dilakukan untuk menilai samada sesuatu objektif yang ditetapkan itu tercapai atau tidak.

Dalam pengajaran dan pembelajaran, ketiga-tiga aspek ini dilakukan bagi mengetahui sama

ada guru ‘mengajar’ dan pelajar ‘belajar’. Oleh itu pemahaman terhadap konsep pengujian,

pengukuran dan penilaian sangat penting bagi seseorang guru untuk memastikan pengajaran

dan penilaiannya bermutu dan adil.Dalam bidang pendidikan, kita seringkali berhadapan

dengan apa yang dikatakan sebagai pengujian, pengukuran dan penilaian dalam semua

keadaan yang memerlukan kita membuat sesuatu pertimbangan atau keputusan. Guru perlu

membuat pertimbangan atau keputusan berhubung dengan pelajar dalam bilik darjah tentang

pengajaran dan pembelajaran  yang berlangsung sama ada telah mencapai objektif yang telah

ditetapkan atau memerlukan tindakan pengulangan semula dan sebagainya.

1.1 Konsep Pengujian

Menurut  Cronbach (1970), “Ujian adalah satu prosedur yang sistematik untuk

memerhati perlakuan atau tingkah laku seseorang individu dan menjelaskannya dengan

bantuan skala bernombor, atau satu sistem yang berkategori. Pengujian dalam bilik darjah

merupakan proses penyerahan set soalan yang piawai yang perlu dijawab, atau satu set

instrumen bersama satu prosedur yang sistematik bagi mengukur sampel tingkah laku atau

perubahan seseorang individu atau pelajar. Dalam erti kata lain, pengujian ini merupakan alat

pengukuran yang digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang pencapaian pelajar-pelajar

daripada pelbagai bidang kognitif, psikomotor ataupun efektif. Dalam konteks pembelajaran

dalam bilik darjah, pengujian digunakan untuk mengukur perubahan tingkah laku yang

mempunyai kaitan dengan aktiviti pembelajaran para pelajar.Kepentingan pengujian adalah

untuk mengukur perubahan tingkah laku  pelajar dikukuhkan lagi oleh Milagros (1981)

seperti yang dipetik dalam Raminah Haji Sabran (1991)  yang menegaskan bahawa ”Ujian

adalah suatu cara untuk mendapatkan contohan perlakuan  yang diperlihatkan oleh murid  di

3

HBEF3203 PENGUKURAN DAN PENILAIAN PENDIDIKAN

dalam keadaan yang dikawal atau ditentukan. Maklumat yang diperolehi daripadanya akan

dijadikan dasar untuk membuat penilaian atau pengadilan”.

Hasil daripada  jawapan yang diberikan oleh pelajar, satu ukuran  yang disebut

sebagai  markah akan diberikan kepada individu berkenaan. Pengujian menjelaskan keadaan

berapa baguskah prestasi murid yang diuji. Proses pengujian lazimnya bermula dengan

peringkat persediaan, diikuti  pelaksanaan (pentadbiran ujian) dan berakhir

dengan  pemeriksaan skrip jawapan. Melalui proses pengujian inilah seseorang guru

dapat  mengetahui sama ada pelajar-pelajarnya  telah menguasai sebanyak mana kemahiran

yang telah dipelajari.

1.2 Konsep Pengukuran

            Pengukuran membawa maksud yang lebih luas berbanding pengujian. Pengukuran

membawa definisi sebagai suatu proses untuk mendapatkan penjelasan secara numerik

(melalui angka) tentang sebanyak mana individu iaitu pelajar mempunyai sesuatu ciri yang

diukur dengan menggunakan alat tertentu. Oleh yang demikian pengukuran ialah proses

menentukan sejauh mana seseorang individu memiliki ciri-ciri tertentu.

1.3 Konsep Penilaian

Penilaian ditakrifkan sebagai proses menentukan, mendapatkan dan memberikan

maklumat yang berguna untuk membuat pertimbangan mengenai tindakan

selanjutnya. Dalam konteks pendidikan, penilaian ialah suatu sistem atau proses yang

meliputi aktiviti-aktiviti mengumpul maklumat tentang strategi dan aktiviti pengajaran dan

pembelajaran, untuk membuat analisis dan keputusan dengan tujuan mengambil tindakan

yang sewajarnya, seperti merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran selanjutnya dengan

cara yang lebih berkesan.

Banyak definisi telah diberikan kepada istilah “penilaian”. Antaranya ialah Gay (1985)

berpendapat bahawa “penilaian ialah satu proses yang sistematik semasa mengumpul dan

menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah ditetapkan itu telah

tercapai”. Ini seterusnya membolehkan guru membuat pertimbangan atau keputusan yang

tepat berhubung pengajaran dan pembelajaran. Justeru, penilaian berbeza dengan pengukuran

yang melibatkan hanya pemberian ukuran dalam bentuk nombor tertentu yang lebih bersifat

kuantitatif.

4

HBEF3203 PENGUKURAN DAN PENILAIAN PENDIDIKAN

1.4 Ujian Sebagai Pengukur Prestasi Murid

Di dalam mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid,

peranan yang perlu dimainkan oleh para guru adalah amat penting sekali. Guru juga perlu

merancang dan membina alat pengukuran, mentadbir ujian, merekod hasil pengukuran,

menganalisis maklumat, menilai, melapor dan menjalankan tindakan susulan seperti

melaksanakan aktiviti pengukuhan, pengayaan atau aktiviti pemulihan. Ujian adalah di antara

salah satu kaedah atau prosedur yang boleh digunakan untuk memperoleh maklumat secara

sistematik berkaitan dengan sifat seseorang yang berhubung dengan aspek pendidikan atau

psikologi. Ujian juga adalah penting untuk menentukan kejayaan atau kegagalan calon dalam

sesuatu peperiksaan yang dijalankan.

Sebagai seorang guru, kita sudah semestinya perlu melalui suatu proses membuat

pemilihan jenis item atau soalan untuk ujian pencapaian tertentu seperti pencapaian akademik

pelajar di mana ianya agak sukar dan rumit, begitu juga dalam membina item/soalan tersebut.

Dengan adanya penggunaan Jadual Penentuan Ujian (JPU), ia sudah pasti sedikit sebanyak

akan dapat membantu kita untuk memilih jenis item yang diperlukan ataupun jenis soalan

yang bersesuaian dengan keupayaan pelajar-pelajar kita.

Selepas item soalan dibina dan ujian sudah digubal, analisis item dan ujian perlulah

dibuat untuk memastikan item atau soalan dan ujian yang dihasilkan itu sesuai untuk

digunakan. Analisis item akan membolehkan kita menilai kesesuaian item tersebut dari segi

kesukarannya, yakni sama ada item tersebut terlalu mudah atau terlalu sukar bagi sesuatu

kumpulan pelajar. Selepas membuat analisis item adalah digalakkan untuk membuat analisis

ujian bagi menentukan darjah ketekalan ukuran yang dihasilkan oleh ujian tersebut. Analisis –

analisis ini akan menghasilkan indeks yang dinamakan Indeks Kesukaran Item, Indeks

Diskriminasi Item, Indeks Kebolehpercayaan Ujian dan Indeks Kesahan Ujian. Analisis -

analisis ini perlu dilakukan supaya ujian yang dihasilkan adalah sesuai dan sah bagi sesuatu

tujuan tertentu.

2.0 JADUAL PENENTU UJIAN DAN PENTADBIRAN UJIAN

5

HBEF3203 PENGUKURAN DAN PENILAIAN PENDIDIKAN

Menurut Kubiszyn dan Borich ( 2003 ), Jadual Penentu Ujian ( JPU ) adalah carta dua

– hala yang mengaitkan objektif pengajaran dengan kandungan pengajaran. Lajur carta ini

menyenaraikan objektif – objektif pengajaran, sementara baris carta ini pula menyenaraikan

konsep – konsep utama yang diajar dan ingin diukur. Antara ciri – ciri yang terdapat pada

Jadual Penentu Ujian ialah ia mengandungi kandungan sukatan pelajaran, jenis item yang

digunakan, kemahiran dan aras soalan mengikut aras taksonomi bloom, nombor soalan serta

jumlah keseluruhan soalan. JPU yang dibina dengan baik akan membantu penggubal kertas

ujian dan pembina item/soalan ujian. Antara kepentingan JPU ialah, kertas ujian dapat digubal

secara teratur dan bersistematik, untuk menjamin kesahan dari segi persampelan sukatan

pelajaran, memberi keseimbangan terhadap taburan soalan mengikut tajuk yang telah

ditetapkan dan perlaksanaan ujian adalah meliputi keseluruhan sukatan pelajaran yang telah

dipelajari. Di samping itu juga, aras kesukaran ujian dapat dikekalkan dari tahun ke tahun,

walaupun item dibina oleh pembina soalan yang berbeza.

Jadual 1 menunjukkan Jadual Penentu Ujian bagi Set Soalan Penilaian Matematik

Tahun 6 yang meliputi 4 topik dalam sukatan pelajaran Matematik Tahun 6.Lajur kedua

menunjukkan kemahiran utama yang terdapat dalam topik yang akan diuji sementara lajur

ketiga pula merupakan aras kesukaran item Bahagian A dan B mengikut nombor soalan yang

akan dibina.Lajur terakhir dalam JPU adalah pemberatan soalan iaitu bilangan peratusan

soalan yang akan dibina dalam topik tertentu.Pemberatan soalan dikira berdasarkan wajaran

item dalam setiap topik yang akan diuji iaitu :

Jumlah item yang akan dibina = Bilangan Subtopik dalam satu tajuk

Bilangan Subtopik semua tajuk yang diuji

Berdasarkan objektif pembelajaran bagi sekolah rendah,aras taksonominya belum mencapai

aras yang ketiga iaitu analisis,sintesis dan penilaian.Untuk Matematik sekolah rendah,aras

pembelajaran setakat aras 1 dan 11 sahaja iaitu pengetahuan ( Aras 1 ) dan kefahaman dan

aplikasi ( Aras 11 ).Berdasarkan Jadual Penentu Ujian yang telah dibina dalam Jadual

1,sejumlah 20 soalan merangkumi 10 soalan objektif dan 10 soalan subjektif telah dibuat

( Lampiran 1 ) seterusnya ditadbir kepada 20 orang murid dengan masa menjawab 45 minit

sahaja.Pemeriksaan skrip jawapan murid dibuat berdasarkan skema jawapan yang telah

6

HBEF3203 PENGUKURAN DAN PENILAIAN PENDIDIKAN

disediakan seperti dalam Lampiran 2. Huraian yang seterusnya adalah analisis hasil ujian

yang telah dijalankan.

7

HBEF3203 PENGUKURAN DAN PENILAIAN PENDIDIKAN

Jadual 1 : JADUAL PENENTU UJIAN ( JPU )

SUKATAN

PELAJARAN

( TAJUK )

KEMAHIRAN

OBJEKTIF PENGAJARAN MENGIKUT ARAS KESUKARAN BLOOM

PEMBERATANBAHAGIAN A BAHAGIAN B

I II I II Bilangan

Soalan

Peratusan

SoalanM P S M P S M P S M P S

Nombor

Menama dan Menentukan nilai tempat 1 1 2 10 %

Membundar dan Cerakinan nombor 2 2 2 10 %

Operasi Bergabung 3 1 5 %

Penyelesaian Masalah 4 9 2 10 %

Pecahan

Tambah dan Tolak pecahan 5 6 5 3 15 %

Darab dan Bahagi Pecahan 9 7 7 3 15 %

Operasi bergabung melibatkan Pecahan 6 1 5 %

Penyelesaian Masalah melibatkan Pecahan 10 1 5 %

Perpuluhan Operasi bergabung melibatkan perpuluhan 8 3 8 3 15 %

Peratus Mencari nilai peratus 10 4 2 10 %

Jumlah Soalan 20 100 %

* Aras kesukaran bagi sekolah rendah belum mencapai tahap analisis,sintesis dan penilaian

I : Pengetahuan M : MudahII : Pemahaman dan Aplikasi P : Pertengahan

S : Sukar

8

HBEF3203 PENGUKURAN DAN PENILAIAN PENDIDIKAN

JADUAL 2 : ANALISIS PENCAPAIAN MURID

Bil.No.Item

Nama Pelajar

BAHAGIAN A BAHAGIAN BJumlah

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Jumlah 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Jumlah1 Mohd.Haiqel Zizie 1 1 1 0 1 1 0 1 0 1 7 1 1 0 1 1 2 2 2 0 3 13 202 Sukardin Salleh 1 1 1 0 1 1 1 1 0 1 8 1 0 1 1 0 2 2 2 1 2 12 203 Jeovey Jerome 1 0 1 1 1 1 1 1 1 1 9 1 1 0 1 0 2 2 1 1 1 10 194 Fazry Frank 1 1 1 1 1 1 0 1 0 0 7 1 1 1 1 1 2 2 2 0 1 12 195 Benny Oxylly 1 1 1 0 1 1 1 0 0 1 7 1 0 0 1 1 1 2 2 2 2 12 196 Jedeny Jupry 0 1 1 0 1 1 0 1 1 1 7 1 1 1 0 0 1 1 2 1 1 9 167 Jaclyn Junsin 1 0 1 1 1 1 1 0 0 0 6 0 1 1 0 1 1 1 2 2 1 10 168 Nathania AK Adrian 1 0 1 0 1 1 0 1 0 0 5 1 1 0 1 0 1 2 1 1 1 9 149 Nurul Natasha Amin 0 1 0 1 1 0 1 0 0 1 5 1 0 0 1 1 1 2 2 0 0 8 1310 Mimar Sinar 1 0 1 0 1 0 0 1 0 1 5 1 1 0 1 0 1 0 2 0 1 7 1211 Stephanie Sani 1 0 1 0 1 1 1 0 0 0 5 0 0 1 0 0 1 2 2 1 0 7 1212 Clarabell Daniel 1 0 1 1 0 0 0 0 0 0 3 1 0 0 1 0 1 2 2 0 2 9 1213 Jellysia Jude 1 0 0 0 1 0 0 0 0 1 3 0 1 1 1 1 1 2 2 0 0 9 1214 Elzy Wilvinda Welly 0 1 0 1 1 1 1 0 0 0 5 1 1 0 0 0 0 2 2 0 0 6 1115 Danielle Lupang 1 0 0 1 1 1 0 0 0 0 4 1 0 0 1 0 1 2 2 0 0 7 1116 Chrislee Bern 1 0 1 0 1 1 0 0 0 0 4 1 0 1 0 1 2 0 2 0 0 7 1117 Franeilia Maximus 1 1 0 0 0 0 0 0 0 0 2 1 0 1 0 1 1 1 2 1 1 9 1118 Mohd.Nazwie Azwan 1 0 1 0 1 1 0 0 0 1 5 0 1 1 1 1 1 0 0 0 0 5 1019 Junverah Karim 1 0 0 1 1 0 0 0 0 0 3 1 0 0 1 1 1 0 2 0 0 6 920 Brendda Bel Junlee 0 1 0 0 0 0 0 0 1 0 2 1 1 0 0 1 2 0 0 1 1 7 9

9

HBEF3203 PENGUKURAN DAN PENILAIAN PENDIDIKAN

3.0 ANALISIS PENCAPAIAN MURID

Set soalan ini telah ditadbirkan kepada 20 orang murid Tahun 6 di Sekolah

Kebangsaan Kampung Keningau, Sabah. Jadual 2 menunjukkan analisis pencapaian murid

untuk Bahagian A dan B. Analisis markah dihuraikankan dengan lebih terperinci dalam

Jadual 3,4 dan 5 dMelalui jadual pencapaian ini akan dapat membantu mengukur sejauh mana

keberkesanan item soalan ini kepada murid.

Jadual 3 : Analisis Markah Soalan Aneka Pilihan ( Bahagian A )

( Markah Penuh =

x10 X 40 )

Markah Kekerapan36 132 128 424 120 616 212 38 2

Jumlah 20

x : Jumlah markah betul

Berdasarkan analisis perolehan markah dalam Jadual 3,daripada sejumlah 20 orang

pelajar dari kelas Tahun 6, hanya seorang pelajar sahaja yang mendapat markah tertinggi iaitu

Joevey Jerome yang berjaya menjawab 9 daripada 10 soalan dengan tepat dengan perolehan

markah sebanyak 36/40 dan diikuti dengan Sukardin Salleh yang berjaya menjawab dengan

betul sebanyak 8 soalan dengan perolehan markah sebanyak 32/40. Seramai 4 orang pelajar

telah mendapat 7 jawapan betul ( 28/40 ), seorang mendapat 6 jawapan betul (24/40 ),6 orang

mendapat 5 jawapan betul ( 20/40 ),2 orang mendapat 4 jawapan betul ( 16/40 ),3 orang

menjawab 3 soalan dengan betul ( 12/40 ) dan 2 orang menjawab 2 sahaja soalan dengan

betul ( 8/40 ). Berdasarkan pencapaian yang diperolehi melalui jadual 3, hanya 65% daripada

pelajar kelas ini mampu menjawab setengah daripada soalan yang telah diberikan dengan

tepat . Manakala 35% pelajar lagi gagal menjawab soalan yang diberikan dengan jayanya.

10

HBEF3203 PENGUKURAN DAN PENILAIAN PENDIDIKAN

Jadual 4 : Analisis Markah Soalan Subjektif ( Bahagian B )

( Markah Penuh =

x17 X 60 )

Markah Kekerapan46 142 335 232 528 125 521 218 1

Jumlah 20

x : Jumlah markah betul

Jadual 4 pula menunjukkan analisis pencapaian markah bagi Bahagian B soalan

subjektif.Perolehan markah tertinggi adalah 46/60 diikuti dengan markah pencapaian 42/60

seramai 3 orang,35/60 seramai 2 orang,32/60 seramai 5 orang, seorang mendapat markah

28/60,seramai 5 orang mendapat markah 25/60,2 orang mendapat markah 21/60 dan seorang

murid mendapat markah terendah iaitu 18/60.Daripada analisis ini,hanya 55 % murid dapat

menjawab dengan baik,40% menjawab dengan sederhana dan selebihnya 5% gagal menjawab

kebanyakan soalan dalam Bahagian B.

Jadual 5 :Analisis Keputusan Keseluruhan(Markah Penuh : A + B = 100 % )

Markah Kekerapan80 - 100 060 – 79 640 – 59 1120 – 39 30 - 19 0

Jumlah 20

Jadual 5 menunjukkan pencapaian markah keseluruhan bagi Ujian Penilaian

Matematik Tahun 6 yang telah dijawab dalam tempoh 45 minit.Berdasarkan jadual 5,tidak

ada murid yang mendapat markah cemerlang dalam ujian ini.Seramai 6 orang murid berjaya

mendapat markah pada tahap sederhana,11 orang pada tahap markah lulus dan 3 orang telah

gagal dalam ujian ini.Ini menunjukkan bahawa daripada 20 orang murid yang menduduki

ujian ini,85% calon telah lulus dan 15% lagi gagal.

11

HBEF3203 PENGUKURAN DAN PENILAIAN PENDIDIKAN

4.0 INDEKS KESUKARAN ITEM

Ciri pertama yang dapat menentukan kualiti sesuatu item ujian ialah melalui Indeks

Kesukaran Item (p).Indeks ini dapat menunjukkan aras kesukaran sesuatu item iaitu sama ada

sesuatu item yang telah dibina itu mudah atau sukar untuk dijawab. Bagi ujian yang berbentuk

soalan aneka pilihan, indeks ini dikira dengan menggunakan nisbah bilangan calon yang

memberi jawpan betul bagi item tertentu kepada jumlah calon yang menjawab item tersebut.

Pengiraannya adalah seperti persamaan berikut :

Dari segi kesesuaian soalan ujian rujukan norma, pembina soalan perlu ingat bahawa

soalan yang terlalu mudah (p>0.85) atau yang terlalu sukar (p<0.15) tidak akan dapat

memberi maklumat psikometrik ( ukuran psikologi ) yang bermakna. Ini adalah disebabkan,

soalan yang terlalu mudah akan dapat dijawab oleh hampir kesemua pelajar, sementara soalan

yang terlalu sukar pula tidak akan dapat dijawab oleh semua pelajar. Justeru, soalan – soalan

ini tidak dapat membezakan pelajar yang lebih rendah keupayaannya dengan pelajar yang

tinggi keupayaannya. Antara tujuan indeks kesukaran ini diadakan adalah untuk

mengenalpasti konsep yang perlu diajar semula, iaitu apabila guru mendapati ramai pelajar

yang tidak dapat menjawab soalan tersebut dengan baik, untuk mengenalpasti serta

melaporkan kekuatan dan kelemahan bahagian – bahagian kurikulum, memberi maklumbalas

kepada pelajar bagi setiap tajuk pengajaran yang diuji dan untuk mengenalpasti soalan yang

bias kepada sesuatu kandungan.Berikut adalah jadual yang menunjukkan Aras Kesukaran dan

Pengkelasan Item.

Nilai (p) Pengkelasan Item

0.00 – 0.20 Terlalu Sukar

0.21 – 0.40 Sukar

0.41 – 0.60 Sederhana Sukar

0.61 – 0.80 Mudah

0.81 – 1.00 Terlalu Mudah

Jadual yang menunjukkan Aras Kesukaran dan Pengkelasan Item

Berdasarkan pencapaian yang telah diperolehi oleh pelajar selepas melaksanakan ujian, jadual

untuk menunjukkan indeks kesukaran item telah diperolehi seperti yang ditunjukkan dalam

Jadual 6.

12

HBEF3203 PENGUKURAN DAN PENILAIAN PENDIDIKAN

No.Soalan Nilai (p) / Aras Kesukaran Pengkelasan Item1 0.8 Mudah2 0.45 Sederhana Sukar3 0.65 Mudah4 0.40 Sukar5 0.85 Terlalu Mudah6 0.65 Mudah7 0.35 Sukar8 0.35 Sukar9 0.15 Terlalu Sukar10 0.45 Sederhana Sukar

Jadual 6 :Indeks Kesukaran bagi item-item ujian Bahagian A

Berdasarkan Jadual 6, kita dapat melihat soalan 5 mempunyai aras kesukaran 0.85 di

mana pengkelasan item menunjukkan soalan ini terlalu mudah untuk diselesaikan. Jika

menurut ujian rujukan norma, soalan ini adalah tidak sesuai untuk ditadbirkan kerana ia tidak

dapat membezakan di antara pelajar yang pandai dengan yang lemah.

Bagi soalan nombor 1,3 dan 6 pula, aras kesukarannya adalah di antara 0.61 – 0.80

yang menunjukkan soalan ini mudah untuk dijawab dan juga tidak sesuai untuk digunakan

bagi ujian rujukan norma.

Sebanyak 2 soalan sahaja mempunyai aras kesukaran 0.41 - 0.60 iaitu soalan 2 dan

soalan 10 di mana soalan – soalan ini dikategorikan sebagai soalan yang sederhana

sukarnya. Soalan –soalan seperti ini sesuai untuk ditadbirkan di dalam kelas kerana ia dapat

membezakan keupayaan menjawab di antara pelajar yang lemah dengan pelajar yang

bijak.Soalan seperti ini tidaklah terlalu mudah atau terlalu sukar untuk dijawab dan sesuai

untuk menguji pengetahuan mengikut aras kemampuan kumpulan para pelajar yang tertentu.

Soalan yang berada pada aras yang sukar iaitu pada aras 0.21- 0.40 adalah soalan 4,7

dan 8 .Di dapati agak ramai pelajar yang gagal menjawab dengan tepat soalan- soalan ini. Jika

mengikut ujian rujukan norma, soalan – soalan seperti ini juga agak sesuai untuk digunakan

di dalam ujian kerana ia mampu membezakan pelajar yang rendah keupayaan dengan pelajar

yang tinggi keupayaannya. Walaubagaimana pun, soalan – soalan seperti ini, perlu

diperbaiki dan diseimbangkan mengikut aras kemampuan pelajar.

Manakala soalan 9 adalah soalan yang paling banyak gagal dijawab oleh pelajar di

mana hanya 3 orang pelajar sahaja yang berjaya menjawab soalan ini dengan tepat. Oleh yang

demikian, soalan ini dikategorikan sebagai terlalu sukar dan soalan ini tidak sesuai untuk

dikekalkan di dalam ujian ini.

13

HBEF3203 PENGUKURAN DAN PENILAIAN PENDIDIKAN

5.0 INDEKS DISKRIMINASI ITEM

Indeks diskriminasi item ialah indeks yang dapat membezakan/ mendiskriminasikan

antara pelajar yang berkeupayaan rendah dengan pelajar yang berpencapaian tinggi. Indeks

diskriminasi boleh dikira dengan membahagikan perbezaan ( RU – RL ) dengan T (L+U). RU

adalah bilangan pelajar yang menjawab dengan betul di kalangan pelajar yang berpencapaian

tinggi. RL pula ialah bilangan pelajar yang menjawab dengan betul di kalangan pelajar

berkeupayaan rendah.T(L+ U) adalah jumlah pelajar berpencapaian rendah dan tinggi. Cara

mengira indeks diskriminasi item adalah seperti yang berikut :

Indeks Diskriminasi (d) = (RU – RL)

(

12 T) (L+U )

Berikut menunjukkan jadual Aras Diskriminasi dan Pengkelasan Item :

Nilai ( d ) Pengkelasan Item

0.00 – 0.10 Tidak Baik

0.11 – 0.20 Kurang Baik

0.21 – 0.30 Sederhana Baik

0.31 – 0.40 Baik

0.41 – 1.00 Sangat Baik

Indeks diskriminasi boleh bernilai antara -1.00 hingga 1.00. Indeks diskriminasi

hampir kepada 1.00 bermakna soalan tersebut adalah baik untuk Penilaian Rujukan Norma

( PRN) kerana ia dapat membezakan pelajar yang berpencapaian tinggi dengan pelajar yang

berpencapaian lemah. Bagi soalan yang mempunyai indeks diskriminasi positif menghampiri

0.0, soalan – soalan ini dikatakan tidak sesuai untuk PRN kerana ia tidak berupaya

membezakan pelajar pandai dengan pelajar lemah. Akhirnya, bagi soalan yang mempunyai

indeks diskriminasi negatif yang menghampiri -1.00, dikatakan tidak baik untuk PRN kerana

ia secara songsang membezakan pelajar pandai daripada pelajar lemah, iaitu lebih ramai

pelajar lemah dapat menjawab soalan – soalan ini dengan betul berbanding pelajar

pandai.Antara tujuan indeks diskriminasi ini ialah , untuk mengenalpasti konsep yang perlu

diajar semula, mengenalpasti serta melaporkan kekuatan dan kelemahan bahagian – bahagian

14

HBEF3203 PENGUKURAN DAN PENILAIAN PENDIDIKAN

kurikulum yang tertentu, memberi maklumbalas kepada pelajar pandai tentang kelemahan

mereka bagi setiap tajuk pengajaran yang diuji, mengenalpasti soalan yang bias kepada

sesuatu kandungan dan mengenalpasti pelajar yang berpencapaian tinggiuntuk melanjutkan

pengajian dalam bidang – bidang tertentu.

Berdasarkan pencapaian yang telah diperolehi oleh pelajar selepas melaksanakan

ujian, jadual untuk menunjukkan indeks diskriminasi item telah diperolehi seperti yang

ditunjukkan dalam Jadual 7.

No.Soalan Nilai (d) / Aras Diskriminasi Pengkelasan Item1 0.2 Kurang Baik2 0.4 Baik3 0.6 Sangat Baik4 0.2 Kurang baik5 0.4 Baik6 0.6 Sangat Baik7 0.6 Sangat Baik8 0.8 Sangat Baik9 0.0 Tidak Baik10 0.6 Sangat baik

Jadual 7 : Indeks Diskriminasi bagi item-item ujian Bahagian A

Soalan/Item 1

Indeks diskriminasi item bagi soalan ini adalah 0.2. Seramai 5 orang murid dari

kumpulan pencapaian tinggi dan 4 orang dari kumpulan berkeupayaan rendah dapat

menjawab soalan ini dengan betul. Soalan ini berada dalam pengkelasan item yang kurang

baik untuk Penilaian Rujukan Norma (PRN) kerana soalan ini tidak dapat membezakan murid

yang pandai dengan murid yang lemah.Soalan ini perlu diperbaiki atau digantikan dengan

soalan yang lebih baik.

Soalan/Item 2

Indeks diskriminasi item bagi soalan ini ialah 0.4. Seramai 4 orang murid dari

kumpulan pencapaian tinggi dan 2 orang murid dari kumpulan berkeupayaan rendah dapat

menjawab soalan ini dengan betul. Soalan ini berada dalam pengkelasan item yang baik

untuk Penilaian Rujukan Norma (PRN) kerana soalan ini dapat membezakan murid yang

pandai dengan murid yang lemah.Soalan ini juga sesuai dikekalkan di dalam ujian ini.

15

HBEF3203 PENGUKURAN DAN PENILAIAN PENDIDIKAN

Soalan/Item 3

Indeks diskriminasi item bagi soalan ini ialah 0.6. Seramai 5 orang murid dari

kumpulan pencapaian tinggi berjaya menjawab soalan ini dengan tepat. Manakala, 2 orang

murid dari kumpulan murid berpencapaian rendah dapat menjawab soalan ini. Soalan ini

berada dalam pengkelasan item yang sangat baik untuk Penilaian Rujukan Norma (PRN)

kerana ia dapat membezakan di antara murid yang pandai dengan murid yang lemah di dalam

kelas.Soalan ini sangat sesuai untuk dikekalkan dalam ujian ini.

Soalan/Item 4

Indeks diskriminasi item bagi soalan ini adalah 0.2. Seramai 2 orang murid dari

kumpulan pencapaian tinggi dan 1 orang dari kumpulan berkeupayaan rendah dapat

menjawab soalan ini dengan betul. Soalan ini berada dalam pengkelasan item yang kurang

baik untuk Penilaian Rujukan Norma (PRN) kerana soalan ini tidak dapat membezakan murid

yang pandai dengan murid yang lemah.Soalan ini perlu diperbaiki atau digantikan dengan

soalan yang lebih baik.

Soalan/Item 5

Indeks diskriminasi item bagi soalan ini ialah 0.4. Seramai 5 orang murid dari

kumpulan pencapaian tinggi dan 3 orang murid dari kumpulan berkeupayaan rendah dapat

menjawab soalan ini dengan betul. Soalan ini berada dalam pengkelasan item yang baik

untuk Penilaian Rujukan Norma (PRN) kerana soalan ini dapat membezakan murid yang

pandai dengan murid yang lemah.Soalan ini juga sesuai dikekalkan di dalam ujian ini.

Soalan/Item 6

Indeks diskriminasi item bagi soalan 6 ini ialah 0.6. Seramai 5 orang murid dari

kumpulan pencapaian tinggi berjaya menjawab soalan ini dengan tepat. Manakala, hanya 2

orang sahaja murid dari kumpulan murid berpencapaian rendah dapat menjawab soalan ini.

Soalan ini berada dalam pengkelasan item yang sangat baik untuk Penilaian Rujukan Norma

(PRN) kerana ia dapat membezakan di antara murid yang pandai dengan murid yang lemah di

dalam kelas.Soalan ini sangat sesuai untuk dikekalkan dalam ujian ini.

Soalan/Item 7

16

HBEF3203 PENGUKURAN DAN PENILAIAN PENDIDIKAN

Indeks diskriminasi item bagi soalan ini ialah 0.6. Seramai 3 orang murid dari

kumpulan pencapaian tinggi berjaya menjawab soalan ini dengan tepat dan tiada murid dari

kumpulan murid berpencapaian rendah yang dapat menjawab soalan ini. Soalan ini berada

dalam pengkelasan item yang sangat baik untuk Penilaian Rujukan Norma (PRN) kerana ia

dapat membezakan di antara murid yang pandai dengan murid yang lemah di dalam

kelas.Soalan ini sangat sesuai untuk dikekalkan dalam ujian ini.

Soalan/Item 8

Indeks diskriminasi item bagi soalan ini adalah 0.8. Seramai 4 orang murid dari

kumpulan pencapaian tinggi dan tiada seorang pun murid dari kumpulan pencapaian rendah

dapat menjawab soalan ini dengan jayanya. Soalan ini berada dalam pengkelasan item yang

sangat baik untuk PRN kerana ia dapat membezakan di antara murid yang bijak dengan

murid yang lemah di dalam kelas.Soalan 9 ini sangat sesuai untuk dikekalkan dalam ujian

ini.

Soalan/Item 9

Indeks diskriminasi item bagi soalan ini adalah 0.00.Bilangan pelajar berpencapaian

tinggi dan rendah yang dapat menjawab soalan ini dengan betul adalah sama.Soalan ini

berada dalam pengkelasan item yang tidak baik untuk Penilaian Rujukan Norma kerana

soalan ini tidak dapat membezakan di antara murid yang pandai dengan murid yang

lemah.Oleh itu, soalan ini perlu diganti dengan soalan yang lebih sesuai.

Soalan/Item 10

Indeks diskriminasi item bagi soalan ini ialah 0.6. Seramai 4 orang murid dari

kumpulan pencapaian tinggi berjaya menjawab soalan ini dengan tepat. Manakala, hanya

seorang sahaja murid dari kumpulan murid berpencapaian rendah dapat menjawab soalan ini.

Soalan ini berada dalam pengkelasan item yang sangat baik untuk Penilaian Rujukan Norma

(PRN) kerana ia dapat membezakan di antara murid yang pandai dengan murid yang lemah di

dalam kelas.Soalan ini sangat sesuai untuk dikekalkan dalam ujian ini.

Daripada analisis diskriminasi item yang dibuat,sejumlah 7 daripada 10 soalan sesuai

digunakan dan dikekalkan dalam ujian ini.Item 1,4 dan 9 perlu digantikan dengan soalan yang

lebih sesuai.Kesimpulannya,diskriminasi item yang dibuat membolehkan guru mengenalpasti

kesesuaian dan kualiti item yang mampu menguji kefahaman murid dengan berkesan dan

17

HBEF3203 PENGUKURAN DAN PENILAIAN PENDIDIKAN

yang amat penting sekali adalah item yang dibina haruslah dapat membezakan pencapaian

murid berpencapaian tinggi dan berpencapaian rendah.

6.0 PENUTUP

Kesimpulannya, guru merupakan orang yang berperanan penting dalam mengesan

perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian para pelajar dalam bilik darjah. Guru

yang menentukan hasil pembelajaran bagi pelajar-pelajarnya serta merancang dan

melaksanakan penilaian dan juga merekod segala maklumat yang diperoleh, dan seterusnya

melaksanakan tindakan  susulan. Melalui aktiviti penilaian ini, guru dapat memastikan

perkembangan potensi individu pelajar secara menyeluruh agar menepati dengan kehendak

Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan pelajar yang seimbang dari segi

jasmani, emosi, rohani, dan intelektual.Sehubungan itu,dasar penting bagi pencapaian

pengajaran dan pembelajaran yang berkesan adalah melalui langkah-langkah pengujian,

pengukuran dan penilaian yang tepat dan berkesan dijalankan oleh guru di bilik darjah.

Justeru, kecekapan guru dalam membangunkan instrumen pengujian  dan penilaian amat

penting  malah sama pentingnya  dengan penguasaan guru terhadap kurikulum yang diajar

bagi menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

18

HBEF3203 PENGUKURAN DAN PENILAIAN PENDIDIKAN

RUJUKAN

1. Assoc. Prof.Dr.Rohani Ahmad Tarmizi ( 2009 ) . SBEM3403 Measurement and Evaluation in Mathematics ( 7th.ed ) . Seri Kembangan , Selangor : Meteor Doc.Sdn.Bhd.

2. Atan Long ( 1982 ).Psikologi Pendidikan . Kuala lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

3. Azizi Ahmad,Mohd. Isha Awang .( 2013 ).HBEF3203 Pengukuran Dan Penilaian Dalam Pendidikan ( Edisi Kedua ),Seri Kembangan,Selangor Darul Ehsan,Meteor Doc.Sdn.Bhd.

4. Cronbach, L.J. (1970). Essential of psychological testing (3rd ed.) New York: Harper & Row.

5. Dr.Ragbir Kaur A/P Joginder Singh .(2010). Panduan Ulangkaji Ilmu Pendidikan Untuk Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) Sekolah Rendah Dan Menengah. Kuala Lumpur. Kumpulan Budiman sdn.Bhd.

6. Ee Ah Meng ( 1993 ). Pedagogi Satu Pendekatan Bersepadu ( 2nd.ed ) . Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn.Bhd.

7. Gay, L.R. (1985). Educational And Evaluation And Measurement. Competencies for analysis and application. 2nd ed. Charles E. Merril.

8. Mok Soon Sang ( 1994 ).Penilaian,Pemulihan dan Pengayaan dalam Pendidikan . Subang Jaya,Selangor : Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.

9. Mok Soon Sang. ( 1996 ). Pengajian Matematik untuk Diploma Perguruan. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

10. Mok Soon Sang .( 2009 ).Ilmu Pendidikan Untuk KPLI.Kuala Lumpur.Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.

11. Mokhtar Ismail. (1995). Penilaian di bilik darjah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

12. Penilaian kendalian sekolah. (2002). Pusat Perkembangan Kurikulum. Kementerian Pendidikan Malaysia.

13. Raminah Hj Sabran. (1991). Penilaian Dan Pengujian Bahasa Malaysia: Penerapannya Pada Peringkat Sekolah Rendah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

19

HBEF3203 PENGUKURAN DAN PENILAIAN PENDIDIKAN

14. Siti Rahayah Ariffin. ( 2003 ). Teori, Konsep dan Amalan Dalam Pengukuran dan Penilaian. Pusat Pembangunan Akademik Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

15. Spesifikasi Kurikulum Matematik Tahun 6Lampiran 1 : UJIAN PENILAIAN MATEMATIK TAHUN 6

MASA : 45 MINIT

NAMA:____________________________ KELAS: ______________________

Kertas soalan ini mengandungi 20 soalan Bahagian A dan Bahagian B.Jawab semua soalan.

BAHAGIAN A : SOALAN OBJEKTIF

Arahan : Bulatkan jawapan anda

1. Lima juta tiga ratus sembilan puluh satu sembilan belas, ditulis dalam angka ialah

A 5 391 019 B 5 399 019

C 5 931 019 D 5 931 091

2. Bundarkan 938 572 kepada ratus ribu yang terdekat. Nyatakan jawapan dalam juta.

A 1.0 juta B 0.94 juta

C 0.93 juta D 0.9 juta

3. ( 3 516 + 2 488 ) ¿ ( 32 + 15 ) =

A 282 188 B 282 818

C 282 881 D 382 818

4. Rajah 1 menunjukkan dua keping kad nombor.

20

351 945 5 820

Rajah 1

HBEF3203 PENGUKURAN DAN PENILAIAN PENDIDIKAN

Cari hasil darab bagi nilai digit 3 dan nilai digit 2.

A 6 000 B 60 000

C 600 000 D 6 000 000

5. 4

37 + 1

57 + 3

27 =

A 8

37 B 9

37

C 9

47 D 9

67

6. 9

58 - 4

34 - 2

12 =

A 2

18 B 2

38

C 2

58 D 2

34

7. 2

58 ¿

12 =

A 3

14 B 3

12

C 5

14 D 5

12

8. 304 – X + 18. 671 = 187. 332 Cari nilai X

A 474.05 B 201.672C 193.6 D 135.339

9. Sue Ann membeli

45 m kain merah. Dia memotong kain itu kepada

110 m setiap satu.

Berapa kepingkah kain merah yang diperolehnya?

A 4 B 6

21

HBEF3203 PENGUKURAN DAN PENILAIAN PENDIDIKAN

C 8 D 10

10. Antara yang berikut, yang manakah memberikan nilai 200?

A 70% ¿ 300 B 55% ¿ 400C 50% ¿ 500 D 40% ¿ 500

BAHAGIAN B : SOALAN SUBJEKTIF

Arahan : Tulis jawapan kamu dengan jelas dalam ruang yang disediakan dalam kertas soalan ini.Tunjukkan langkah-langkah penting.Ini boleh membantu anda mendapatkan markah.

1

1 Nyatakan nilai tempat bagi digit 5 dalam nombor 3 517 682. [1 markah]

1

2

2 Cerakinkan 9 087 596 [1 markah]

1

3

3 Bundarkan 9.136 kepada perseratus yang terdekat [1 markah]

1

4 4

Tukarkan 5

35 kepada peratus.

[1 markah]

22

HBEF3203 PENGUKURAN DAN PENILAIAN PENDIDIKAN

1

5

5 Rajah 5 menunjukkan satu garis nombor.

X

Rajah 5

Nyatakan nilai X

[1 markah]

2

6

6

2

16 +

12 - 1

23 =

[2 markah]

2

7 7

5

34 ¿ 300 =

[2 markah]

23

781238

HBEF3203 PENGUKURAN DAN PENILAIAN PENDIDIKAN

2

8

8 42 + 18. 65 – 26. 42 + 33.183 = [2 markah]

2

9

9 Terdapat 49 344 orang pekerja di syarikat A , B , C. Syarikat A mempunyai 13 560 orang pekerja manakala syarikat C mempunyai 1 000 orang pekerja kurang daripada syarikat B. Berapa orangkah pekerja yang ada di syarikat C?

[3 markah]

3

1010

Encik Amer membeli 9

12 biji piza. Dia memberi 4

12 biji piza kepada

jirannya dan 1

23 biji piza lagi kepada kawannya. Dia menyimpan pizza yang

selebihnya untuk anak-anaknya. Berapakah pecahan pizza yang disimpan untuk anak-anaknya?

[3 markah]

24

HBEF3203 PENGUKURAN DAN PENILAIAN PENDIDIKAN

3 KERTAS SOALAN TAMAT

Lampiran 2 : SKEMA PEMARKAHAN

BAHAGIAN A: OBJEKTIF

BIL. JAWAPAN BIL. JAWAPAN

1. A 6. B

2. D 7. C

3. A 8. D

4. D 9. C

5. B 10. D

BAHAGIAN B: SUBJEKTIF

BIL. JAWAPAN MARKA

H

CATATAN

1.Ratus Ribu

J1

2.9 087 596 =

9 000 000 + 80 000 + 7 000 + 500 + 90 + 6

J1

3.9.14

J1

4.

5

35 x 100 % =

285 x 100 %

= 560 %

J1

25

1

20

HBEF3203 PENGUKURAN DAN PENILAIAN PENDIDIKAN

5.X =

58

J1

6.

2

16 +

12 - 1

23 =

136 +

12 -

53

=

136 +

36 -

106

=

66

= 1

K1

J1

7.5

34 ¿ 300 =

234 x 300

= 1 725

K1

J1

8.

42.00 + 18.65 ---------------- 60.65- 26.42---------------- 34.230+ 33.183---------------- 67.413----------------

K1

J1

9.

Jumlah pekerja syarikat B dan C : 49 344 orang- 13 560 orang---------------- 35 784 orang----------------

Jumlah pekerja syarikat C : 35 784 orang

B1

K1

26

1

75

HBEF3203 PENGUKURAN DAN PENILAIAN PENDIDIKAN

- 1 000 orang------------------ 34 784 orang------------------

34 784 ÷ 2 = 17 392 orang

J1

10.

9

12 - 4

12 - 1

23 =

192 -

92 -

53

=

102 -

53

=

306 -

106

=

206

= 3

26

= 3

13

Pecahan pizza yang disimpan oleh En.Amer

untuk anak-anaknya ialah 3

13 .

B1

K1

J1

Nota :

B1 : Jawapan bebasK1 : KaedahJ1 : Jawapan

27

1

3

HBEF3203 PENGUKURAN DAN PENILAIAN PENDIDIKAN

LAMPIRAN 3 : SKRIP JAWAPAN MURID PENCAPAIAN TINGGI

28

HBEF3203 PENGUKURAN DAN PENILAIAN PENDIDIKAN

29

HBEF3203 PENGUKURAN DAN PENILAIAN PENDIDIKAN

30

HBEF3203 PENGUKURAN DAN PENILAIAN PENDIDIKAN

31

HBEF3203 PENGUKURAN DAN PENILAIAN PENDIDIKAN

LAMPIRAN 4 : SKRIP JAWAPAN MURID PENCAPAIAN SEDERHANA

32

HBEF3203 PENGUKURAN DAN PENILAIAN PENDIDIKAN

33

HBEF3203 PENGUKURAN DAN PENILAIAN PENDIDIKAN

34

HBEF3203 PENGUKURAN DAN PENILAIAN PENDIDIKAN

35

HBEF3203 PENGUKURAN DAN PENILAIAN PENDIDIKAN

LAMPIRAN 5 : SKRIP JAWAPAN MURID PENCAPAIAN RENDAH

36

HBEF3203 PENGUKURAN DAN PENILAIAN PENDIDIKAN

37

HBEF3203 PENGUKURAN DAN PENILAIAN PENDIDIKAN

38

HBEF3203 PENGUKURAN DAN PENILAIAN PENDIDIKAN

39

HBEF3203 PENGUKURAN DAN PENILAIAN PENDIDIKAN

40