14660780 pendidikan-jasmani-kajian-ujian-penilaian-dan-pengukuran

55
UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI HBPE2203 Penghargaan Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah izin-Nya, saya dapat menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. Saya ini mengucapkan jutaan terima kasih yang juga penghargaan khusus buat kerana segala tunjuk ajar serta membimbing saya dalam menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga ribuan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan PISMK -OUM Pengajian Melayu yang banyak membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini. Penghargaan juga kepada orang yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menjayakan tugasan ini. Akhir sekali, penghargaan istimewa buat ibu bapa saya yang banyak memberi galakan dan sokongan agar memastikan saya berjaya dalam pelajaran. Semoga mereka semua mendapat balasan yang setimpal daripada Yang Maha Esa. Sekian, terima kasih. Pengenalan 1

Upload: alyias-suut

Post on 03-Aug-2015

464 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: 14660780 pendidikan-jasmani-kajian-ujian-penilaian-dan-pengukuran

UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI HBPE2203

Penghargaan

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah izin-Nya, saya dapat menyiapkan

tugasan ini dengan sempurna.

Saya ini mengucapkan jutaan terima kasih yang juga penghargaan khusus buat

kerana segala tunjuk ajar serta membimbing saya dalam menyiapkan tugasan ini.

Tidak lupa juga ribuan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan PISMK -OUM

Pengajian Melayu yang banyak membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini.

Penghargaan juga kepada orang yang terlibat secara langsung atau tidak dalam

menjayakan tugasan ini.

Akhir sekali, penghargaan istimewa buat ibu bapa saya yang banyak memberi

galakan dan sokongan agar memastikan saya berjaya dalam pelajaran.

Semoga mereka semua mendapat balasan yang setimpal daripada Yang Maha Esa.

Sekian, terima kasih.

1

Page 2: 14660780 pendidikan-jasmani-kajian-ujian-penilaian-dan-pengukuran

Kecergasan Keseluruhan

UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI HBPE2203

Pengenalan

Di Malaysia perhatian terhadap kecergasan bermula dalam tahun 70-an dengan

kewujudan ujian kecergasan. Dengan kesedaran peranan kecergasan kepada

pembangunan negara, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan melancarkan

program ‘Malaysia Cergas’ pada tahun 1985.

Usaha ke arah ini disokong oleh Kementerian Pendidikan Malaysia apabila

Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dijadikan mata pelajaran teras dalam Kurikulum

Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1989.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga turut menyumbang ke arah kecergasan

dengan kempen bertema mereka. Antara kempen yang berasaskan tingkah laku

ialah 1998-Senaman dan Kecergasan, 2000-Kehidupan Keluarga yang Sihat, 2001-

Kesihatan Mental dan 2002-Promosi Persekitaran Sihat.

Setelah kita memutuskan bahawa kita perlu bersenam, maka kita seharusnya

menilai tahap kecergasan semasa. Selepas menjalani beberapa ujian yang

dicadangkan kita akan dapat tahu pada tahap manakah kita perlu mula bersenam.

Ini membolehkan tubuh kita menerima senaman beransur-ansur di samping

mengelak kecederaan.

Kecergasan

Fisiologi

Kecergasan

Sosial

Kecergasan

Psikologikal

Kecergasan

Fizikal

Kecergasan

Sosial

Kecergasan

Mental

Kecergasan

Emosi

Kecergasan

Kerohanian

Ujian kecergasan fizikal boleh dibahagikan kepada:

2

Page 3: 14660780 pendidikan-jasmani-kajian-ujian-penilaian-dan-pengukuran

KECERGASAN FIZIKAL

UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI HBPE2203

Ujian kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan

Ujian kecergasan fizikal berlandaskan kemahiran motor

Ujian, Pengukuran dan Penilaian dalam Pendidikan Jasmani

Ujian merupakan suatu instrumen yang digunakan untuk mendapat maklumat murid. Ia boleh mengambil beberapa bentuk seperti soalan bercetak atau lisan, bateri prestasi tahap fizikal, pemerhatian tingkah laku melalui senarai semak atau rekod anekdotal.

Menurut Borhan Yusof (2008), ujian ialah satu instrumen atau alat yang digunakan untuk mendapatkan maklumat murid sebelum, semasa, dan selepas pengajaran.

3

KESIHATAN KEMAHIRAN MOTOR Komposisi Badan

Fleksibiliti

Daya Tahan Kardiovaskular

Kekuatan Otot

Daya Tahan Otot

Ketangkasan

Kuasa

Imbangan

Masa Reaksi

Kelajuan

Koordinasi

Page 4: 14660780 pendidikan-jasmani-kajian-ujian-penilaian-dan-pengukuran

UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI HBPE2203

Pengukuran ialah suatu proses mengutip maklumat berangka tentang ciri-ciri tertentu yang dipunyai oleh seseorang . pengukuran juga boleh ditakrifkan sebagai membina, mentadbir dan memberi nilai kepada ujian.

Manakala penilaian merupakan suatu proses untuk mengumpul, menganalisis dan mentafsir data yang dikutip. Ia juga meliputi ujian dan pengukuran.

Tujuan Penilaian dalam Pendidikan Jasmani

Penilaian adalah bertujuan :

1. Memfokuskan kepada setiap orang muridSetiap murid adalah unik. Hasil penilaian dapat memberi maklumat tentang kelebihan dan kelemahan seseorang murid. Dengan itu, guru dapat mengaplikasikan prinsip pendidikan jasmani membangun untuk meningkatkan lagi prestasi murid.

2. Menentukan status semasa muridMengikut Kirkendal, Gruber dan Johnson (1987) penentuan status meliputi :a) Pemberian gredb) Mengecualikan pelajar dari suatu aktivitic) Memberi maklum balas untuk meningkatkan prestasid) Menetapkan seseorang individu dalam kumpulan tertentu dane) Menentu aktiviti tertentu.

3. Memilih wakil sekolahHasil penilaian juga boleh diguna untuk memberi maklumat bagi tujuan memilih wakil sekolah. Penilaian menggunakan kriteria-kriteria tertentu membolehkan proses pemilihan dilaksanakan dengan lebih saksama.

4. Memotivasikan muridPenilaian memberi maklum balas prestasi kepada seseorang murid. Ia dapat memberi kesan positif kepada murid berkenaan. Sebaliknya jika keputusan penilaian disalahgunakan makan kesan negatif akan timbul dan ini akan menyebabkan seseorang itu menjadi hampa dan putus asa.

5. Menilai pengajaran dan program pendidikan jasmani

4

Page 5: 14660780 pendidikan-jasmani-kajian-ujian-penilaian-dan-pengukuran

UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI HBPE2203

Penilaian boleh digunakan untuk menentukan pencapaian objektif program pendidikan jasmani dan kesihatan. Penilaian memberi maklum balas sama ada program tertentu berkesan. Ini memberi peluang kepada guru dan pihak pentadbir untuk mengubah strategi pengajaran bagi memastikan objektif yang diharapkan tercapai.

6. Membekalkan maklumat untuk kajian lainPenilaian membolehkan maklumat digunakan untuk kajian lain.

Sejarah Instrumen

Penilaian merupakan satu proses yang dijalankan dari semasa ke semasa, di sekolah, untuk menentukan keberkesanan pengajaran pembelajaran sesuatu mata pelajaran. Penilaian telah dijalankan untuk semua mata pelajaran kecuali Pendidikan Jasmani secara rasmi dari dulu hingga 1987. Pada tahun 1989, dalam kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM), penilaian formal telah diperkenalkan untuk

5

Page 6: 14660780 pendidikan-jasmani-kajian-ujian-penilaian-dan-pengukuran

UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI HBPE2203

mata pelajaran Pendidikan Jasmani bagi pelajar Tingkatan Satu. Buat pertamanya, markah atau gred Pendidikan Jasmani di masukkan dalam buku laporan pelajar. Salah satu aspek yang ditekankan ialah kecergasan fizikal di mana pencapaian pelajar diukur melalui Ujian Daya Tenaga Asas (UDTA).

Latar belakang Ujian Daya Tenaga Asas (UDTA)

Ujian Daya Tenaga Asas (UDTA) telah dijalankan buat pertama kali di sekolah pada awal tahun 70an. Ujian tersebut pada masa itu mengandungi 6 aktiviti iaitu :

a) Ujian Kelembutanb) Baling bola sofbolc) Lompat Sargent ( Lompatan Menegak)d) Mendague) Lari ulang-alikf) 600 ela lari/jalan

Pada awal tahun 80an, Unit Pendidikan Jasmani dan Sukan, Bahagian Sekolah, telah ditugaskan mengkaji semula Ujian Daya Tenaga Asas kerana didapati bahawa ujian yang dijalankan pada masa itu kurang sesuai dan agak bermasalah. Jawatankuasa yang dilantik telah menjalankan beberapa percubaan dengan kerjasama sekolah-sekolah di negeri. Ia telah memutuskan bahawa ujian baru hanya akan menguji aspek-aspek kecergasan yang berdasarkan kesihatan sahaja. Jawatankuasa ini juga memilih aktiviti yang dianggapkan lebih bermakna, mudah diurus dan tidak memerlukan banyak alat. Hasil keputusan jawatankuasa ini ilah Ujian Daya Tenaga Asas (UDTA) yang sedang dijalankan di sekolah telah diperoleh. Ujian ini mengandungi empat aktiviti sahaja iaitu :

a) Bangkit Tubib) Tekan tubic) Jangkauan melunjurd) Larian 1500m

Untuk memastikan bahawa ujian ini dijalankan di semua sekolah menengah, Bahagian Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia telah menghantar Surat Pekeliling Ikhtisa Bil 2/1988, iaitu pindaan kepada Surat Pekeliling Ikhtisa Bil 3/79 kepada semua negeri untuk edaran ke sekolah-sekolah.

Untuk menentukan bahawa ujian yang sedang dijalankan masih sesuai mengikut perkembangan terbaru dalam bidang penilaian kecergasan, dan untuk mengemas

6

Page 7: 14660780 pendidikan-jasmani-kajian-ujian-penilaian-dan-pengukuran

UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI HBPE2203

kini markah-markah yang terdapat dalam buku panduan UDTA, satu seminar penilaian kecergasan telah diadakan pada 5 hingga 7 Oktober di Port Dickson. Pada waktu itu, Penyelia Pendidikan negeri dan wakil bahagian-bahagian di Kementerian Pendidikan yang terlibat dengan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan telah dijemput menghadiri seminar ini.

Dalam seminar tersebut, beberapa cadangan pengubahsuaian telah dibuat dan persetujuan telah diperoleh untuk sekali lagi melantik satu jawatankuasa kecil bagi mengkaji cadangan seminar dengan lebih mendalam. Jawatankuasa kecil yang dilantik telah bermesyuarat di Ipoh pada 5 dan 6 November 1992. Setakat ini, jawatankuasa ini telah mengemukakan beberapa cadangan untuk pertimbangan pihak yang bertanggungjawab di Kementerian Pendidikan.

Tugasan

Soalan 1

7

Page 8: 14660780 pendidikan-jasmani-kajian-ujian-penilaian-dan-pengukuran

UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI HBPE2203

a. Anda dikehendaki menyediakan bateri ujian untuk Lima (5) komponen yang

hendak diuji. Instrumen tersebut terdiri daripada :

i. Dua instrument untuk mengukur kecergasan fizikal berasaskan

kesihatan

ii. Dua instrument untuk mengukur kecergasan fizikal berlandaskan

lakuan motor

iii. Satu instrument untuk mengukur kemahiran

b. Setiap intrument hendaklah mengandungi maklumat seperti berikut :

i. Pengenalan, pendahuluan

ii. Nama ujian

iii. Objektif pengujian

iv. Fungsi ujian

v. Sejarah instrumen

vi. Korelasi kesahan, kebolehpercayaan, keobjektiviti (jika ada)

vii. Prosedur pelaksanaan ujian

viii. Alatan yang diperlukan

ix. Limitasi pelaksanaan

x. Organisasi pentadbiran ujian

c. Instrumen yang lengkap disediakan hendaklah ditadbirkan untuk

mendapatkan data dan maklumat. Oleh itu, anda dikehendaki melaksanakan

pengujian dan pengukuran dengan memilih subjek daripada murid Tahap Dua

di sekolah yang di pilih dalam kapasiti sebuah kelas dengan melaksanakan

proses yang sewajarnya.

Soalan 2

a. Berdasarkan data dan maklumat hasil pengujian, pengukuran yang

telah dilaksanakan, anda dikehendaki membuta rumusan, penilaian

dan analisis hasil daripada pengujian tersebut.

Berdasarkan soalan 1, kami telah menjalankan ujian pengukuran dan penilaian pada

butiran-butiran yang berikut :

8

Page 9: 14660780 pendidikan-jasmani-kajian-ujian-penilaian-dan-pengukuran

UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI HBPE2203

Tempat : Sek. Keb. Permaisuri Nur Zahirah

Sampel : Murid Tahun 4 Dinamik iaitu Tahap Dua

Bilangan responden : 30 orang (11 lelaki dan 19 perempuan)

Bateri ujian :

o Berasaskan Kesihatan : Bangkit Tubi

o Berasaskan Kesihatan : Jangkauan Melunjur

o Berasaskan Lakuan Motor : Lari Pecut 30m

o Berasaskan Lakuan Motor : Lompat Jauh Berdiri

o Berasaskan Kemahiran : Permainan Badminton

Tarikh : 3 March 2009

Masa : 8.00 pagi - 10.00 pagi

AJK ujian penilaian dan pengukuran

o Hafizuddin Faries B. Fisal ( Lompat Jauh Berdiri)

o Mohd Asmadi B. Zainal Abidn ( Bangkit Tubi)

o Aman Sah B. Mad Som ( Lari Pecut 30 m)

o Mohd Farid B. Tajul Ariffin (Lari Pecut 30 m)

o Wan Mohd Hanif B. Wan Daud ( Jangkauan Melunjur)

o Mohd Zahid B. Abdullah Sani ( Badminton)

o Mohd Nazim B. Md Derus ( Badminton)

Limitasi Pelaksanaan Ujian

9

Page 10: 14660780 pendidikan-jasmani-kajian-ujian-penilaian-dan-pengukuran

UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI HBPE2203

1. Ujian ini hanya dijalankan di sekolah rendah sahaja iaitu S.K.

Permaisuri Nur Zahirah.

2. Hanya satu kelas sahaja iaitu murid dari tahun 4 Dinamik yang diuji.

3. Bilangan sampel hanya 30 orang iaitu 11 lelaki dan 19 perempuan.

4. Bateri ujian hanya melibatkan 5 instrument sahaja.

5. Masa yang terhad iaitu selama 1 hari dan pada sebelah pagi sahaja

ujian ini dilaksanakan.

6. Masa yang diberikan hanya lebih kurang 2 jam dari jam 8 pagi hingga

pukul 10 pagi.

7. Ada responden yang tidak membawa pakaian pendidikan jasmani

ketika sesi ujian dijalankan.

8. Murid yang kurang sihat dikecualikan daripada melakukan ujian ini.

9. Murid yang tidak berpakaian sukan (perempuan) juga dikecualikan

bagi menitikberatkan aspek keselamatan.

10

Page 11: 14660780 pendidikan-jasmani-kajian-ujian-penilaian-dan-pengukuran

UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI HBPE2203

BATERI UJIAN 1

(LARI PECUT 30M)

11

Page 12: 14660780 pendidikan-jasmani-kajian-ujian-penilaian-dan-pengukuran

UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI HBPE2203

Nama ujian : Lari pecut 30 meter

Pendahuluan :

i. Larian pecut adalah satu pergerakan dari satu titik ke satu titik.

ii. Larian pecut ini bergantung pula kepada beberapa faktor seperti jarak,

kelajuan angin, permukaan balapan.

iii. Masa larian juga dicatatkan

iv. Ada dua faktor yang boleh dikuasai oleh pelari-pelari pecut iaitu faktor

kelajuan dan jarak langkah semasa berlari.

v. Untuk menguasai kelajuan kaki, pelari haruslah mempunyai koordinasi,

kelenturan yang tinggi dan keupayaan merehatkan diri atau badan

semasa berlari.

vi. Bagi faktor jarak langkah pula ianya bergantung kepada panjang kaki,

kekuatan dan mobiliti semasa bergerak. Pelari biasanya mempunyai

jarak langkah 1.5 meter hingga 2 meter. Jarak langkah boleh

ditingkatkan dengan latihan yang menekankan kepada latihan

pergelangan kaki, lutut dan sendi pinggang.

Objektif Ujian : Mengukur kepantasan murid memecut sejauh 30 meter dari

kedudukan berdiri

Kesahan dan Kebolehpercayaan : Larian ini adalah sah kerana berkaitan dengan

jumlah pengambilan oksigen yang maksimum.

Prosedur ujian :

1. Murid bersedia dalam kedudukan berdiri di belakang garisan permulaan.

2. Penguji memberi isyarat “sedia” dan “lari” di samping meniup wisel.

3. Catatan masa dimulakan oleh seorang penguji yang berada di garisan

penamat dan berhenti apabila murid melepasi garisan penamat.

4. Dua percubaan diberikan dengan catatan masa terpantas diambil.

12

Page 13: 14660780 pendidikan-jasmani-kajian-ujian-penilaian-dan-pengukuran

UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI HBPE2203

Alatan yang digunakan :

i. Pita ukur

ii. Jam randik

iii. Wisel

iv. Skitel

Organisasi perlaksanaan :

13

30 meter

Permulaan

Tamat

Penjaga masamuri

d

= skitel

Page 14: 14660780 pendidikan-jasmani-kajian-ujian-penilaian-dan-pengukuran

UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI HBPE2203

Lari Pecut 30m

Sejarah :

Lari pecut merupakan salah satu acara terawal dalam pertandingan olahraga

yang pernah dicatatkan. Pada zaman moden, antara rujukan terawal ialah

pertandingan di kalangan pekerja serta orang suruhan bangsawan. Pada

abad ke-19 lari pecut menjadi semakin popular. Acara stade adalah antara

acara yang mula-mula dipertandingkan dan melibatkan jarak 192 meter. Jarak

ini juga merupakan panjang stadium yang digunakan. Berikutan ini acara

ulang alik yang dinamakan dialos berjarak 384 (192 meter x 2 ) diadakan.

Pada zaman olimpik kuno, larian bermula dengan blok permulaan yang dibina

melintang keluasan stadium berkenaan.

Blok permulaan diperbuat daripada ketulan batu marmar. Blok permulaan

disediakan dengan lubang saiz tapak kaki. Semua atlet menggunakan blok

yang tetap walaupun saiz kaki mereka berbeza. Pagar permulaan yang

dinamakan husplex digunakan untuk memulakan perlumbaan. Perkembangan

lari pecut pada abad 19 terbatas kerana tiada undang-undang dan peraturan-

peraturan, prosedur permulaan dan penjagaan masa yang tepat. Pelbagai

cara permulaan digunakan, sehingga menjadi masalah mengenai cara mana

yang patut digunakan. Walaubagaimanapun persetujuan dibuat untuk

menjadikan cara  permulaan berdiri sebagai cara permulaan yang paling baik

dan diterima oleh semua pihak.

Pada tahun 1880an ramai jurulatih membuat  percubaan cara memulakan

sesuatu larian. Antara permulaan awal ialah “pencil start”, di mana para atlet

berlari 20 meter pertama dengan memegang pensil. Permulaan dimulakan

dengan persetujuan dan tembakan. Kemudian wujudlah gaya dekam pada

tahun 1884. Di Australia gaya ini dikenali sebagai kangaroo start. Sebelum

14

Page 15: 14660780 pendidikan-jasmani-kajian-ujian-penilaian-dan-pengukuran

UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI HBPE2203

tahun 1921 kebanyakkan pertandingan hanya untuk lelaki sahaja,

pertandingan pertama untuk wanita telah diperkenalkan pada tahun 1921 di

Monte Carlo.

Dalam acara 100 meter, rekod rasmi lelaki yang pertama dilakukan oleh

Harald Andersson dari Switzerland pada tahun 1890 dengan catatan 11.0,

Marlies Gohr dari Jerman pula adalah pemegang rekod pertama dengan

10.88 saat yang dibuat pada Sukan Olimpik tahun 1928. Dalam acara 200

meter, rekod larian sebelum olimpik moden dibayangi oleh larian yang dibuat

pada jarak lurus tanpa selekoh. Charles Wood merupakan orang pertama

yang mencatat 22 saat. Bagi wanita acara 200 meter diperkenalkan dalam

Sukan Olimpik 1948, Wilma Rudolph dari Amerika Syarikat adalah pemegang

rekod pada tahun tersebut dengan masa 22.9.

Dalam acara 400 meter, Maxie Long adalah orang pertama yang berjaya

mencatat masa 47.8 saat dan dipecahkan oleh Lee Evans pada tahun 1968

dengan masa 43.86 saat. Marlene Mathews dari Australia telah mencatat

masa 57.0 saat bagi wanita dan masa ini telah diperbaharui iaitu di bawah 50

saat oleh Irena Szewinska dari Poland dengan catatan masa 49.9 saat pada

tahun 1974. Marita Koch dari Jerman pula telah berjaya mencatat masa 48.94

saat pada tahun 1978.

15

Page 16: 14660780 pendidikan-jasmani-kajian-ujian-penilaian-dan-pengukuran

UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI HBPE2203

ANALISIS UJIAN 1

(Lari Pecut 30m)

16

Page 17: 14660780 pendidikan-jasmani-kajian-ujian-penilaian-dan-pengukuran

UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI HBPE2203

Analisis Data

Analisis data bagi murid lelaki Tahun 4 Dinamik

Bil. Nama Dapatan

1 Nik Mohamad Akmal B. M. Reduan 5.84’’

2 Muhamad Amirul Aiman B. Anuar 5.91’’

3 Mohamad Hafiz Firdaus B. Che Khirul 6.18’’

4 Che Ku Mohammad Syafiq B. Che Ku Amdan 6.31’’

5 Muhamad Rasydan B. Razali 6.41’’

6 Mohamad Najmi B. Mohd Rosdi 6.45’’

7 Muhamad Amirul Musthaqim 6.85’’

8 Mohamad Sayyid B. Nazri 7.35’’

9 Mohd Aiman Syafiq b. Zurami 7.63’’

10 Muizzuddin b. Ahmad Hafizan 7.79’’

11 Muhamad Syariman b. Saari 8.06

Analisis data mod, median dan min bagi murid lelaki

Mod Min Median

- 6.22 ‘s 6.45 ‘s

17

Page 18: 14660780 pendidikan-jasmani-kajian-ujian-penilaian-dan-pengukuran

UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI HBPE2203

Analisis data bagi murid perempuan Tahun 4 Dinamik

Bil. Nama Dapatan 1 Nur Hanis Umairah Bt. Sukreri 6.27’’

2 Nur Auni Nurin Bt. Abd Wahab 6.60’’

3 Nur Alya Adila Bt. Che Abd Aziz 6.65’’

4 Noe Erni Bt. Nazmi 6.67’’

5 Tengku Nurul Bt. Tg. Awang 6.70’’

6 Nur Syazwani Bt. Mohamad 6.76’’

7 Nur Syazwani Azreen Bt. Jailani 6.83’’

8 Nik Sofwatulizah bt. Ishak 6.89’’

9 Nur Syazwani Bt. Md Bahri 7.00’’

10 Ummul Najwa Bt. Adnan 7.09’’

11 Nabihah Bt. M. Zahid 7.27’’

12 Siti Nur Amirah Bt. Mohd Muzoni 7.44’’

13 Nik Zalila Bt. Kassim 7.75’’

14 Atikah Jameen Bt. Hamdan 7.87’’

15 Nik Nursyafiqah Bt. Mohd Rozik 7.87’’

16 Aryani Nazrin Bt. Mat Zali 7.95’’

17 Seri Hafsah Bt. Abd Razak 7.97’’18 Puteri Nur Farah Bt. Rosli -

19 Nur Fatin Aqilah Bt. Azman -

Analisis data mod, median dan min bagi murid perempuan

Mod Min Median

7.87 ‘s 7.45 ‘s 7.00 ‘s

Rumusan

1. Murid-murid dapat melakukan ujian lari pecut 30m dengan baik.

2. Ujian ini dapat meningkatkan tahap kepantasan dan kekuatan otot kaki.

18

Page 19: 14660780 pendidikan-jasmani-kajian-ujian-penilaian-dan-pengukuran

UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI HBPE2203

3. Purata keseluruhan murid tahun 4 Dinamik dalam ujian lari pecut 30m ini

adalah 7 saat.

BATERI UJIAN 2

(Jangkaun Melunjur)

19

Page 20: 14660780 pendidikan-jasmani-kajian-ujian-penilaian-dan-pengukuran

UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI HBPE2203

Nama ujian : Jangkaun melunjur

Objektif ujian : Menguji kelenturan bahagian belakang badan dan hamstring

Kesahan : Kesahan logikal digunakan Jarak koefisien adalah di antara 0.80 dan

0.90

Kebolehpercayaan : 70 atau lebih.

Prosedur ujian :

1. Murid dikehendaki melakukan regangan untuk memanaskan badan. Murid

perlu  menanggalkan kasut.

2. Lekatkan kotak dan pembaris rapat ke dinding.

3. Murid duduk berlunjur menghadap dinding dengan kedua-dua belah kaki

rapat dan menyentuh kotak dan pembaris dengan kedudukan tangan

lurus kehadapan.

4. Tapak tangan bertindih dengan jari kanan bersentuhan dengan jari kiri.

Kedua belah jari tangan hendaklah lurus semasa menolak tolok dan

bacaan diambil apabila tolok bacaan tidak lagi bergerak.

5. Jangkauan perlu bertahan selama dua saat (no bouncing).

6.  Ujian dilakukan sebanyak 3 kali secara berturut-turut dan bacaan terbaik

direkodkan dalam unit cm.

Alatan ujian :

i. Kotak pengukur dan pembaris

20

Page 21: 14660780 pendidikan-jasmani-kajian-ujian-penilaian-dan-pengukuran

UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI HBPE2203

ANALISIS UJIAN 2

(Jangkauan Melunjur)

21

Page 22: 14660780 pendidikan-jasmani-kajian-ujian-penilaian-dan-pengukuran

UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI HBPE2203

Analisis Data

Analisis data bagi murid lelaki Tahun 4 Dinamik

Bil. Nama Dapatan

1. Ahmad Muizzuddin b. Ahmad Hafizan 14.5

2. Che Ku Mohammad Syafiq B. Che Ku Amdan 30

3. Mohamad Hafiz Firdaus B. Che Khirul 37

4. Mohamad Najmi B. Mohd Rosdi 33

5. Mohamad Sayyid B. Nazri 35

6. Muhamad Amirul Musthaqim 30

7. Muhamad Amirul Aiman B. Anuar 32.5

8. Muhamad Rasydan B. Razali 35

9. Muhamad Syariman b. Saari 33.5

10. Mohd Aiman Syafiq b. Zurami 40.5

11. Nik Mohamad Akmal B. M. Reduan 38.5

Analisis data mod, min, sisihan piawai, minimum dan maksimum

bagi murid lelaki

Mod Min Sisihan Piawai MiN Max

30 32.7 6.86 14.5 40.5

22

Page 23: 14660780 pendidikan-jasmani-kajian-ujian-penilaian-dan-pengukuran

UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI HBPE2203

Analisis data bagi murid perempuan Tahun 4 Dinamik

Bil. Nama Dapatan 12. Aryani Nazrin Bt. Mat Zali 20

13. Atikah Jameen Bt. Hamdan 38

14. Nabihah Bt. M. Zahid 36

15 Noe Erni Bt. Nazmi 25

16. Nik Nursyafiqah Bt. Mohd Rozik 30

17. Nik Sofwatulizah bt. Ishak 22

18. Nik Zalila Bt. Kassim 23

19. Nur Auni Nurin Bt. Abd Wahab 34

20 Nur Alya Adila Bt. Che Abd Aziz 23.5

21 Nur Fatin Aqilah Bt. Azman 23

22 Nur Hanis Umairah Bt. Sukreri 19 23. Nur Syazwani Azreen Bt. Jailani 40

24. Nur Syazwani Bt. Md Bahri 22.5

25. Nur Syazwani Bt. Mohamad 27

26. Puteri Nur Farah Bt. Rosli 26 27. Seri Hafsah Bt. Abd Razak 23.5

28. Siti Nur Amirah Bt. Mohd Muzoni 21.5

29. Tengku Nurul Bt. Tg. Awang 32

30. Ummul Najwa Bt. Adnan 22.5

Analisis data mod, min, sisihan piawai, minimum dan maksimum

bagi murid perempuan

Mod Min Sisihan Piawai MiN Max

22.5 26.8 6.34 19 40

23

Page 24: 14660780 pendidikan-jasmani-kajian-ujian-penilaian-dan-pengukuran

UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI HBPE2203

Rumusan :

i. Kelenturan murid lelaki adalah lebih baik dari murid perempuan.

ii. Ini disebabkan murid lelaki lebih aktif dan sering melakukan aktiviti lasak.

BATERI UJIAN 3

(Lompat Jauh Berdiri)

24

Page 25: 14660780 pendidikan-jasmani-kajian-ujian-penilaian-dan-pengukuran

UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI HBPE2203

Nama ujian : Lompat Jauh Berdiri

Objektif Ujian : Menguji kuasa eksplosif kaki secara mendatar

Alatan Ujian :

i. Pita Pengukur(2 meter),

ii. Penanda Jarak

iii. ‘Masking Tape’

iv. Pembaris

v. Kapur

Kesahan : Paras kesahan adalah diterima untuk ujian ini.

Kebolehpercayaan : Koefisien di antara .83 hingga .99 telah dilaporkan.

Prosedur :

1. Murid hendaklah berdiri di belakang garisan lompatan.

2. Kedudukan kedua-dua kaki hendaklah selari dan dibuka seluas bahu.

3. Murid membengkokkan lutut hampir kepada 90 darjah. Kemudian murid

perlu mengayunkan tangan dengan kuat agar jarak lompatan lebih jauh.

4. Murid membuat lompatan sebaik sahaja bersedia tanpa perlu diberi

arahan.

5. Lompatan hendaklah dilakukan sebanyak dua (3) kali dan di selang seli

dengan masa rehat dan dilakukan di atas permukaan rata.

6. Sekiranya bacaan tidak dapat diambil, murid dikehendaki mengulangi

ujian sehingga bacaan yang tepat dapat diambil.

7. Penggunaan padang rumput sebagai kawasan ujian tidak dibenarkan

kerana ia boleh menyebabkan data yang diperoleh tidak tepat.

25

Page 26: 14660780 pendidikan-jasmani-kajian-ujian-penilaian-dan-pengukuran

UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI HBPE2203

8. Ukuran diambil dari garisan lompatan hingga bahagian belakang kasut

iaitu kaki yang paling hampir dengan garisan permulaan.

9. 3 percubaan akan dicatat dan jarak lompatan yang terbaik akan diambil

kira.

ANALISIS UJIAN 3

(Lompat Jauh Berdiri)

26

Page 27: 14660780 pendidikan-jasmani-kajian-ujian-penilaian-dan-pengukuran

UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI HBPE2203

Analisis Data

Analisis data bagi murid lelaki Tahun 4 Dinamik

Bil. Nama Dapatan

1. Ahmad Muizzuddin b. Ahmad Hafizan 130

2. Che Ku Mohammad Syafiq B. Che Ku Amdan 162

3. Mohamad Hafiz Firdaus B. Che Khirul 154

4. Mohamad Najmi B. Mohd Rosdi 125

5. Mohamad Sayyid B. Nazri 127

6. Muhamad Amirul Musthaqim 120

7. Muhamad Amirul Aiman B. Anuar 140

8. Muhamad Rasydan B. Razali 120

9. Muhamad Syariman b. Saari 131

10. Mohd Aiman Syafiq b. Zurami 127

11. Nik Mohamad Akmal B. M. Reduan 141

Analisis data mod, min, sisihan piawai, minimum dan maksimum

bagi murid lelaki

Mod Min Sisihan Piawai MiN Max

120 134 13.7 120 162

27

Page 28: 14660780 pendidikan-jasmani-kajian-ujian-penilaian-dan-pengukuran

UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI HBPE2203

Analisis data bagi murid perempuan Tahun 4 Dinamik

Bil. Nama Dapatan 12. Aryani Nazrin Bt. Mat Zali 130

13. Atikah Jameen Bt. Hamdan 120

14. Nabihah Bt. M. Zahid 125

15 Noe Erni Bt. Nazmi 118

16. Nik Nursyafiqah Bt. Mohd Rozik 80

17. Nik Sofwatulizah bt. Ishak 151

18. Nik Zalila Bt. Kassim 130

19. Nur Auni Nurin Bt. Abd Wahab 118

20 Nur Alya Adila Bt. Che Abd Aziz 151

21 Nur Fatin Aqilah Bt. Azman 141

22 Nur Hanis Umairah Bt. Sukreri 155 23. Nur Syazwani Azreen Bt. Jailani 141

24. Nur Syazwani Bt. Md Bahri 124

25. Nur Syazwani Bt. Mohamad 125

26. Puteri Nur Farah Bt. Rosli 130 27. Seri Hafsah Bt. Abd Razak 115

28. Siti Nur Amirah Bt. Mohd Muzoni 131

29. Tengku Nurul Bt. Tg. Awang 139

30. Ummul Najwa Bt. Adnan 124

Analisis data mod, min, sisihan piawai, minimum dan maksimum

bagi murid perempuan

28

Page 29: 14660780 pendidikan-jasmani-kajian-ujian-penilaian-dan-pengukuran

UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI HBPE2203

Mod Min Sisihan Piawai MiN Max

130 128.8 16.7 80 155

Rumusan :

i. Berdasarkan ujian yang dijalankan, semua murid berjaya melakukan

ujian ini.

ii. Jarak yang terbaik yang dicatatkan bagi lelaki ialah 162cm.

iii. Manakala bagi perempuan, catatan yang terbaik ialah 155cm.

iv. Secara keseluruhannya, semua murid berada pada tahap yang

sederhana berdasarkan ujian yang dijalankan. Ini mungkin disebabkan

murid membuat regangan yang betul (warming up) pada awal sesi

serta faktor pakaian.

v. Kesimpulannya, pengujian kuasa eksposif kaki secara mendatar bagi

lelaki adalah lebih tinggi berbanding dengan perempuan.

29

Page 30: 14660780 pendidikan-jasmani-kajian-ujian-penilaian-dan-pengukuran

UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI HBPE2203

BATERI UJIAN 4

(Bangkit Tubi)

30

Page 31: 14660780 pendidikan-jasmani-kajian-ujian-penilaian-dan-pengukuran

UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI HBPE2203

Nama ujian: Bangkit tubi

Objektif ujian: Mengukur kekuatan terhadap otot abdomen.

Alatan: Pita pengukur, tilam

Kesahan: Paras kesahan adalah diterima untuk ujian ini.

Kebolehpercayaan: A Person r merekodkan .94 untuk ujian ini (Johnson & Nelson,

1986) melaporkan hubung kait .71 di antara masa bangun tubi dan tiada had untuk

ujian bangun tubi.

Prosedur :

1. Peserta berbaring di atas tilam latihan dengan lutut dibengkokkan pada

12-18 inci daripada punggung.

2. Tangan peserta disilang pada dada dan tapak tangan mendakap bahu

yang bertentangan.Pembantu akan memegang pergelangan kaki peserta

semasa ujian dijalankan.

3. Apabila isyarat mula diberikan, peserta bangkit dari kedudukan baring

hingga siku mencecah paha dan kembali ke posisi asal.

4. Peserta mestilah kembali ke kedudukan baring dengan skapula

menyentuh lantai sebelum bangkit semula.

5. Pengiraan satu ulangan lengkap ialah dari kedudukan baring, naik

dankembali semula ke kedudukan asal.

31

Page 32: 14660780 pendidikan-jasmani-kajian-ujian-penilaian-dan-pengukuran

UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI HBPE2203

ANALISIS UJIAN 4

(Bangkit Tubi)

32

Page 33: 14660780 pendidikan-jasmani-kajian-ujian-penilaian-dan-pengukuran

UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI HBPE2203

Analisis Data

Analisis data bagi murid lelaki Tahun 4 Dinamik

Bil. Nama Dapatan

1. Ahmad Muizzuddin b. Ahmad Hafizan 9

2. Che Ku Mohammad Syafiq B. Che Ku Amdan 18

3. Mohamad Hafiz Firdaus B. Che Khirul 9

4. Mohamad Najmi B. Mohd Rosdi 9

5. Mohamad Sayyid B. Nazri 14

6. Muhamad Amirul Musthaqim 25

7. Muhamad Amirul Aiman B. Anuar 31

8. Muhamad Rasydan B. Razali 10

9. Muhamad Syariman b. Saari 17

10. Mohd Aiman Syafiq b. Zurami 15

11. Nik Mohamad Akmal B. M. Reduan 28

Analisis data mod, min, sisihan piawai, minimum dan maksimum

bagi murid lelaki

Mod Min Sisihan Piawai MiN Max

33

Page 34: 14660780 pendidikan-jasmani-kajian-ujian-penilaian-dan-pengukuran

UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI HBPE2203

9 16.8 8 9 31

Analisis data bagi murid perempuan Tahun 4 Dinamik

Bil. Nama Dapatan 12. Aryani Nazrin Bt. Mat Zali -

13. Atikah Jameen Bt. Hamdan -

14. Nabihah Bt. M. Zahid -

15 Noe Erni Bt. Nazmi 14

16. Nik Nursyafiqah Bt. Mohd Rozik 12

17. Nik Sofwatulizah bt. Ishak 12

18. Nik Zalila Bt. Kassim 19

19. Nur Auni Nurin Bt. Abd Wahab 19

20 Nur Alya Adila Bt. Che Abd Aziz 15

21 Nur Fatin Aqilah Bt. Azman -

22 Nur Hanis Umairah Bt. Sukreri 12

23. Nur Syazwani Azreen Bt. Jailani 12

24. Nur Syazwani Bt. Md Bahri 7

25. Nur Syazwani Bt. Mohamad -

26. Puteri Nur Farah Bt. Rosli 9

27. Seri Hafsah Bt. Abd Razak 3

28. Siti Nur Amirah Bt. Mohd Muzoni 26

29. Tengku Nurul Bt. Tg. Awang 9

34

Page 35: 14660780 pendidikan-jasmani-kajian-ujian-penilaian-dan-pengukuran

UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI HBPE2203

30. Ummul Najwa Bt. Adnan 12

Analisis data mod, min, sisihan piawai, minimum dan maksimum

bagi murid perempuan

Mod Min Sisihan Piawai MiN Max

12 10 8.4 3 26

Rumusan :

i. 3 orang pelajar lelaki berada pada tahap baik.

ii. 7 orang pelajar lelaki berada pada tahap sederhana.

iii. 4 orang pelajar perempuan berada pada tahap baik.

iv. 9 orang pelajar perempuan berada pada tahap sederhana.

v. 6 orang pelajar perempuan berada pada tahap lemah.

35

Page 36: 14660780 pendidikan-jasmani-kajian-ujian-penilaian-dan-pengukuran

UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI HBPE2203

BATERI UJIAN 5

(Permainan Badminton)

36

Page 37: 14660780 pendidikan-jasmani-kajian-ujian-penilaian-dan-pengukuran

UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI HBPE2203

Sejarah Badminton :

i. Badminton merupakan sejenis sukan raket yang dimainkan oleh dua

orang pemain bertentangan (perseorangan) atau pun dua pasangan

bertentangan (beregu).

ii. Posisi pemain ialah bertentangan di dalam sebuah gelanggang empat

segi yang dibahagikan oleh jaring.

iii. Pemain dapat memungut mata melalui pukulan bulu tangkis

menggunakan raket mereka sekiranya bulu tangkis dapat melepasi

atas jaring dan jatuh di kawasan pihak lawan.

iv. Pukulan rali berhenti selepas bulu tangkis jatuh di atas lantai, dan bulu

tangkis hanya boleh dipukul sekali bagi setiap sisi sebelum ia melepasi

atas jaring.

Rekod Badminton :

i.Pemain beregu lelaki Fu Haifeng dari China mencipta rekod dunia yang rasmi

bagi pukulan smash iaitu 332 km/h (206 mph) pada 3 Jun 2005 ketika

Piala Sudirman berlangsung.

ii.Pukulan smash paling pantas yang pernah direkodkan dalam acara

perseorangan ialah 305 km/h (189 mph) oleh Taufik Hidayat dari

Indonesia.

37

Page 38: 14660780 pendidikan-jasmani-kajian-ujian-penilaian-dan-pengukuran

UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI HBPE2203

Gelanggang :

Tiap-tiap pemain berada bertentangan antara dua gelanggang servis.

Keluasan gelanggang servis untuk perseorangan, iaitu 5.18 meter lebar dan

13.4 meter panjang.

Keluasan gelanggang servis untuk beregu berukuran 6.1 meter lebar dan

11.88 meter panjang.

Gelanggang servis dibahagikan kepada dua bahagian bertentangan.

Bahagian gelanggang ini dipisahkan oleh jaring (1.55 meter tinggi). Garisan

servis pendek terletak 1.98 meter dari jaring. kawasan servis kiri dan kawasan

servis kanan dipisahkan oleh garisan di tengahnya.

38

Page 39: 14660780 pendidikan-jasmani-kajian-ujian-penilaian-dan-pengukuran

UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI HBPE2203

Nama ujian :Kemahiran Permainan Badminton (Ujian French short-serve)

Tujuan: Untuk mengukur kemahiran untuk membuat servis secara tepat

Alatan: Raket badminton,bulu tangkis,tali yang direntang di atas net dan ukuran

yang dibuat di atas lantai gelanggang

Prosedur ujian :

1. Tali direntang 20 inci di atas dan selari dengan jaring/net. Ukuran dibuat di

tengah-tengah garisan gelanggang dan garisan servis pendek.

2. Markah akan diberi sekiranya bulu tangkis melintasi di antara tali dan net dan

mendarat di kawasan yang ditandakan. 5 percubaan diberi dan jumlah skor

yang terkumpul akan direkodkan.

3. Jika servis terkena tali,murid boleh membuat servis semula tanpa dikira.

39

Page 40: 14660780 pendidikan-jasmani-kajian-ujian-penilaian-dan-pengukuran

UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI HBPE2203

ANALISIS UJIAN 540

1 2 3 4 5

Page 41: 14660780 pendidikan-jasmani-kajian-ujian-penilaian-dan-pengukuran

UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI HBPE2203

(Permainan Badminton)

Analisis Data

Analisis data bagi murid lelaki Tahun 4 Dinamik

Bil. Nama Dapatan

1. Ahmad Muizzuddin b. Ahmad Hafizan 5

2. Che Ku Mohammad Syafiq B. Che Ku Amdan 5

3. Mohamad Hafiz Firdaus B. Che Khirul 4

4. Mohamad Najmi B. Mohd Rosdi 5

5. Mohamad Sayyid B. Nazri 3

6. Muhamad Amirul Musthaqim 2

7. Muhamad Amirul Aiman B. Anuar 3

8. Muhamad Rasydan B. Razali 2

9. Muhamad Syariman b. Saari 3

10. Mohd Aiman Syafiq b. Zurami 2

11. Nik Mohamad Akmal B. M. Reduan 2

41

Page 42: 14660780 pendidikan-jasmani-kajian-ujian-penilaian-dan-pengukuran

UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI HBPE2203

Analisis data mod, min, minimum dan maksimum

bagi murid lelaki

Mod Min MiN Max

1.2 1.85 1.2 3.0

Analisis data bagi murid perempuan Tahun 4 Dinamik

Bil. Nama Dapatan 12. Aryani Nazrin Bt. Mat Zali 3

13. Atikah Jameen Bt. Hamdan 5

14. Nabihah Bt. M. Zahid 4

15 Noe Erni Bt. Nazmi 4

16. Nik Nursyafiqah Bt. Mohd Rozik 5

17. Nik Sofwatulizah bt. Ishak 4

18. Nik Zalila Bt. Kassim 1

19. Nur Auni Nurin Bt. Abd Wahab 5

20 Nur Alya Adila Bt. Che Abd Aziz 4

21 Nur Fatin Aqilah Bt. Azman 1

22 Nur Hanis Umairah Bt. Sukreri 4 23. Nur Syazwani Azreen Bt. Jailani 4

24. Nur Syazwani Bt. Md Bahri 5

25. Nur Syazwani Bt. Mohamad 2

42

Page 43: 14660780 pendidikan-jasmani-kajian-ujian-penilaian-dan-pengukuran

UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI HBPE2203

26. Puteri Nur Farah Bt. Rosli 4 27. Seri Hafsah Bt. Abd Razak 4

28. Siti Nur Amirah Bt. Mohd Muzoni 1

29. Tengku Nurul Bt. Tg. Awang 3

30. Ummul Najwa Bt. Adnan 2

Analisis data mod, min, minimum dan maksimum

bagi murid perempuan

Mod Min MiN Max

1.8 1.92 1.0 3.2

Rumusan :

i. Berdasarkan data yang diperolehi, murid-murid belum mampu

menguasai kemahiran membuat pukulan servis dengan baik.

ii. Secara purata, markah murid perempuan dalam membuat pukulan

servis adalah lebih tinggi berbanding murid lelaki.

43

Page 44: 14660780 pendidikan-jasmani-kajian-ujian-penilaian-dan-pengukuran

UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI HBPE2203

Soalan 2

b. anda dikehendaki membuat perbandingan di antara kelima-lima

instrumen yang telah ditadbirkan.

44

Page 45: 14660780 pendidikan-jasmani-kajian-ujian-penilaian-dan-pengukuran

UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI HBPE2203

PERBANDINGAN 5 BATERI UJIAN

Perbandingan kelima-lima bateri ujian berdasarkan objektif, sampel, prosedur

dan alatan

Bateri ujian Objektif Sampel Prosedur Alatan

Jangkauan

melunjur

Mengukur

kelenturan otot

di bahagian

bawah

belakang dan

di bahagian

atas peha

30 orang.

11 = lelaki

19 =

perempuan

Mudah

dijalankan.

Ujian dapat

diselesaikan

dengan masa

yang singkat.

Pembaris dan

kotak

Lompat jauh

berdiri

Mengukur

kuasa kaki

30 orang.

11 = lelaki

19 =

perempuan

Mudah

dijalankan.

Pita ukur,

pembaris dan

pita pelekat.

45

Page 46: 14660780 pendidikan-jasmani-kajian-ujian-penilaian-dan-pengukuran

UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI HBPE2203

Lari Pecut 30

meter

Mengukur

kelajuan murid

memecut 30

meter dari

kedudukan

berdiri.

30 orang

11 = lelaki

19 =

perempuan

Mudah

dijalankan.

Terdapat 2

orang murid

tidak

melakukan

ujian kerana

tidak memakai

pakaian sukan

Wisel, jam

randik, skitel.

Bangkit Tubi Menguji

kekuatan otot

abdomenis

30 orang

11 = lelaki

19 =

perempuan

Mudah untuk

dijalankan

tetapi terdapat

5 orang murid

perempuan

tidak

memperolehi

sebarang skor.

Tilam latihan.

Permainanan

badminton

(French short-

serve)

Mengukur

kemahiran

murid

membuat

servis dengan

tepat.

30 orang

11 = lelaki

19 =

perempuan

Sukar untuk

ditadbir kerana

murid masih

lemah dalam

membuat

servis dengan

tepat.

Gelanggang

badminton

yang berada di

luar

menyebabkan

halangan

seperti angin

yang

Raket

badminton,

net, bulu

tangkis

46

Page 47: 14660780 pendidikan-jasmani-kajian-ujian-penilaian-dan-pengukuran

UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI HBPE2203

menyukarkan

murid

membuat

servis dengan

baik

Perbandingan berdasarkan data kajian

Lompat Jauh

BerdiriBangkit

TubiJangkauan Melunjur

Lari Pecut 30m

Permainan Badminton

N Valid 30 25 30 28 30 Missing 0 5 0 2 0Mean 130.83 15.16 28.933 7.0129 3.37Std. Deviation 15.658 7.192 7.0402 .66458 1.326Variance 245.178 51.723 49.564 .442 1.757

Kesimpulan

Secara keseluruhannya, murid-murid dari kelas 4 Dinamik S.K. Permaisuri Nur

Zahirah memberi kerjasama yang baik bagi menjayakan ujian bateri yang dijalankan

ke atas mereka.

Kesemua murid berjaya menjalani ujian bateri yang telah dijalankan. Terdapat juga

beberapa orang pelajar sahaja yang tidak dibenarkan menjalani ujian-ujian tertentu.

Hasil ujian yang dijalankan mendapati kebanyakan murid berada pada tahap

sederhana dalam sesuatu ujian. Hal ini mungkin disebabkan kurang pendedahan

mengenai ujian-ujian tersebut di sekolah pada para pelajar.

Untuk mengatasi masalah-masalah tersebut, peranan guru Pendidikan Jasmani

harus penting. Guru perlulah memberi pendedahan awal mengenai ujian kecergasan

47

Page 48: 14660780 pendidikan-jasmani-kajian-ujian-penilaian-dan-pengukuran

UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI HBPE2203

ini kepada murid sekolah rendah. Ujian-ujian ini secara tidak langsung dapat

membantu guru mengena pasti kelebihan yang ada pada murid yang tidak nampak

secara zahirnya. Selain itu, guru perlu memberi tunjuk ajar kemahiran-kemahiran

tertentu yang perlu murid kuasai pada peringkat awal sekolah rendah.

“Melentur buluh biar dari rebungnya”. Melalui pepatah ini, guru harus

bertanggungjawab mendidik anak bangsa agar mereka dapat mengharumkan nama

Malaysia di mata dunia.

Bibliografi

Rex Hazeldine. 2000. Fitness For Sport. Great Britain : The Crowood Press.

Vasudevan T. Arasoo. 1985. Asas Pendidikan Jasmani:Peringkat Menengah dan Tinggi. Ipoh : Fajar Bakti.

Wee Eng Hoe. 1997. Kecergasan:Satu Panduan Hidup Sihat. Kuala Lumpur : Fajar Bakti.

Wee Eng Hoe. 2002. Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan. Shah Alam : Karisma Publications.

Borhan Yusof, Hasbullah Ismail ect. 2008. HBPE2203 Ujian, Pengukuran dan Penilaian dalam Pendidikan Jasmani . Selangor : Meteor Doc. Sdn Bhd.

48

Page 49: 14660780 pendidikan-jasmani-kajian-ujian-penilaian-dan-pengukuran

UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI HBPE2203

Mohd Talib dan Norlena Salamuddin. 2007. HBPE1203 Kecergasan Fizikal. Selangor : Meteor Doc. Sdn Bhd.

http://www.topendsports.com/testing/tests.htm

http://www.fitness.gov/getfit.pdf

http://www.sport-fitness-advisor.com/fitnesstests.html

http://www.brianmac.co.uk

http://www.peworld.org/fitnesstesting/physicalfitness.htm

http://www.bodpod.com

http://www.1st4sport.com

http://www.thesportjournal.org

49