penilaian dan keputusan

9
PENILAIAN DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN 1.0 PENGENALAN Proses membuat keputusan merupakan proses yang paling penting untuk kesempurnaan dalam bidang pengurusan untuk semua organisasi. Proses membuat keputusan dihadapi oleh setiap individu, baik keputusan tentang diri sendiri, keluarga, di rumah dan di tempat kerja. Kadang-kala kehidupan kita boleh dirasakan terdiri daripada beribu-ribu keputusan, baik yang kecil mahupun yang besar. 1.1 DEFINISI Keputusan merujuk kepada pilihan yang dibuat melalui pelbagai alternatif yang sedia ada. Pilihan merupakan suatu fungsi kepada objektif individu yang membuat keputusan tadi, maka dalam penilaian alternatif untuk dipilih, individu yang membuat juga untuk mengetahui akibat daripada tindakan, ekoran daripada pilihan yang dibuatnya. Pilihan juga melibatkan elemen ketakpastian. Menurut, Herbert A. Simon dalam kerja atas Keputusan bagi pengurusan sains, menganggap pembuat keputusan sebagai satu proses yang sama dengan seluruh proses pengurusan. 1

Upload: rathai-ragupathy

Post on 17-Feb-2016

335 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

penilaian dan keputusan

TRANSCRIPT

Page 1: penilaian dan keputusan

PENILAIAN DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN

1.0 PENGENALAN

Proses membuat keputusan merupakan proses yang paling penting untuk kesempurnaan

dalam bidang pengurusan untuk semua organisasi. Proses membuat keputusan dihadapi oleh

setiap individu, baik keputusan tentang diri sendiri, keluarga, di rumah dan di tempat kerja.

Kadang-kala kehidupan kita boleh dirasakan terdiri daripada beribu-ribu keputusan, baik yang

kecil mahupun yang besar.

1.1 DEFINISI

Keputusan merujuk kepada pilihan yang dibuat melalui pelbagai alternatif yang sedia

ada. Pilihan merupakan suatu fungsi kepada objektif individu yang membuat keputusan tadi,

maka dalam penilaian alternatif untuk dipilih, individu yang membuat juga untuk mengetahui

akibat daripada tindakan, ekoran daripada pilihan yang dibuatnya. Pilihan juga melibatkan

elemen ketakpastian.

Menurut, Herbert A. Simon dalam kerja atas Keputusan bagi pengurusan sains,

menganggap pembuat keputusan sebagai satu proses yang sama dengan seluruh proses

pengurusan.

Decision making comprises three principal phases: finding occasions for making

a decision; finding possible courses of action; and choosing among courses of

action.

1

Page 2: penilaian dan keputusan

1.2 MATLAMAT

Tujuan kita mengadakan membuat keputusan adalah untuk memberi pendedahan kepada

teknik-teknik penyelesaian masalah dan mengutarakan cara pembuatan keputusan secara

individu dan berkumpulan. Biasanya dalam proses membuat keputusan, kita haruslah

mengutamakan tiga perkara iaitu:

(i) Proses Membuat Keputusan

(ii) Orang yang Membuat Keputusan

(iii) Keputusan yang dijana.

1.3 KAEDAH / ALAT PENILAIAN

Terdapat dua kaedah yang merupakan alat penilaian dalam proses membuat keputusan,

iaitu kuantitatif dan kualitatif. Kaedah membuat keputusan secara kuantitatif akan dibuat melalui

keputusan dalam bentuk angka yang membolehkan analisis secara statistik dilakukan.

Kaedah membuat keputusan secara kualitatif tidak melibatkan maklumat berangka tetapi

lebih cenderung ke arah pembentukkan cungkilan idea-idea.

2.0 PROSES MEMBUAT KEPUTUSAN YANG EFEKTIF

Dalam menyelesaikan masalah, tindakan yang rasional harus diambil. Penilaian dari pelbagai

aspek harus diambil kira dan ini akan mempengaruhi segala keputusan yang akan diambil.

Secara ringkasnya, penyelesaian masalah secara rasional adalah melalui enam langkah yang

penting dan terlibat dalam proses pembuatan keputusan yang efektif iaitu:-

i. kenalpasti masalah

ii. mengutip dan menganalisis data atau maklumat

iii. mencari alternatif

iv. menilai alternatif

2

Page 3: penilaian dan keputusan

v. memilih alternatif terbaik

vi. penilaian keputusan

2.1 Mengenalpasti Masalah

Ia merupakan langkah pertama dalam membuat sesuatu keputusan. Keperluan ini selalunya

dalam bentuk masalah atau peluang. Dalam memilih sesuatu masalah dan peluang, kita bolehlah

menggunakan kriteria yang berikut:-

a. Kawalan- Sejauh manakah kita boleh mengawal masalah tersebut dan

penyelesaiannya?

b. Kepentingan-Darjah kepentingan masalah tersebut.

c. Kerumitan-Bagaimanakah rumitnya untuk mencari penyelesaian.

d. Masa- Jangka masa yang akan didapati daripada menyelesaikan masalah tersebut.

e. Sumber- Sumber-sumber yang diperlukan.

Mengenalpasti masalah yang betul adalah penting kerana mengenalpastikan masalah yang salah

akan mempengaruhi proses membuat keputusan yang selanjutnya.

2.2 Mengutip dan menganalisis data atau maklumat

Dalam menganalisis sesuatu masalah, kita boleh mengumpulkan semua data dan mempamerkan

maklumat yang berkaitan supaya membantu dalam membuat keputusan.

2.3 Mencari Alternatif

Kita boleh mengembang atau satukan alternatif atau menciptakan alternatif baru. Adalah

dicadangkan supaya kita berwaspada dengan alternatif yang tersedia. Juga dicadangkan supaya

pertimbangkan dibuat tentang batasan dan peluang dalam membincangkan setiap idea dan juga

pertimbangkan alternatif lama kepada masalah yang sama.

3

Page 4: penilaian dan keputusan

2.4 Menilai Alternatif

Dalam pemilihan sesuatu alternatif, kita perlu pertimbangkan kriteria berikut:

a. Kawalan: Adakah pelaksanaan alternatif ini dalam kawalan anda/kita?

b. Kesesuaian: Adakah alternatif ini menyelesaikan masalah tersebut?

c. Keperluan Sumber: Mampukah kita melaksanakannya seperti manusia, wang, peralatan dan sebagainya.

d. Faedah:Adakah ia berfaedah?

e. Masa: Berapa lama sebelum kita dapat lihat hasilnya?

f. Kebolehterimaan: Adakah ahli dalam organisasi akan menerimanya?

2.5 Memilih Alternatif Terbaik

Pelaksanaan alternatif yang terpilih memerlukan perancangan yang terperinci. Ini boleh

dilakukan dengan memikirkan strategi pelaksanaan. Soalan-soalan berikut boleh digunakan

untuk membentuk strategi pelaksanaan:

a. Kebolehterimaan: Bagaimanakah kita boleh mendapatkan penerimaan dari orang

lain? Apakah faedah yang boleh kita tonjolkan dari alternatif ini? Bagaimana boleh

kita tunjukkan faedah tersebut?

b. Jangkaan: Apakah tentangan yang boleh kita jangka kepada alternatif ini?

Bagaimanakah patut kita mengatasinya?

c. Bantuan: Bagaimanakah kita boleh mendapat bantuan dari orang atau kumpulan lain?

4

Page 5: penilaian dan keputusan

d. Lokasi: Di manakah patut kita laksanakan alternatif ini?

e. Masa: Bagaimanakah boleh kita mengambil kesempatan hari, masa dan tarikh

tertentu untuk melaksanakan alternatif ini?

f. Berhati-hati: Bagaimanakah boleh kita uji keberkesanan alternatif ini?

2.6 Penilaian Keputusan

Semasa pelaksanaan, kita patut memastikan bahawa alternatif yang dipilih itu merupakan

alternatif yang paling berkesan. Untuk mengukur keberkesanan alternatif tersebut, kita haruslah

fikirkan:

a. Ukuran: Maklumat apakah yang perlu dikumpulkan? Awasi?

b. Alat Analisis: Alat apakah yang akan digunakan untuk menganalisis dan mempamerkan

maklumat?

c. Ujian: Apakah ujian atau ‘trial run’ yang akan kita awasi untuk melihat keberkesanan

alternatif itu? Bagaimanakah akan kita menilai keputusannya?

d. Keputusan: Apakah kriteria yang akan kita gunakan? Bilakah kita menjalankan penilaian

terakhir? Apakah bukti alternatif kita berkesan?

3.0 TEKNIK MEMBUAT KEPUTUSAN SECARA BERKUMPULAN

a) “ Brainstorming”

Adalah suatu proses di mana semua idea dikeluarkan oleh setiap ahli dan idea yang

terbaik dipilih untuk membuat dalam membuat keputusan. Teknik ini perlu dibentuk

dengan teliti untuk menggalakkan setiap ahli menyumbangkan sebanyak mungkin

alternatif dan keputusan yang logik bagi menyelesaikan masalah dan membuat sesuatu

5

Page 6: penilaian dan keputusan

keputusan. Daripada alternatif yang disumbangkan alternatif yang terbaik akan dipilih

dan alternatif yang lain akan diabaikan.

b) Nominal

Satu proses membuat keputusan di mana semua ahli mempunyai penglibatan yang sama

rata. Terdapat empat langkah iaitu:-

i. Setiap ahli mencatatkan idea tentang satu masalah yang dibincangkan.

ii. Setiap ahli membentangkan idea-idea secara lisan dan direkodkan oleh ahli-ahli

yang lain.

iii. Setelah semua idea direkod, barulah perbincangan diadakan.

iv. Selesai perbincangan setiap ahli menilai idea-idea dan menentukan agregat

tertinggi secara senyap.

c) Delphi

Teknik ini merupakan proses membuat keputusan yang melibatkan soal selidik mengenai

satu masalah yang khusus di kalangan ahli-ahli kumpulan. Berkongsi keputusan dan

meneruskan lagi soal selidik tersebut dan memberi maklum balas sehingga satu

persetujuan bersama dicapai.

4.0 RUMUSAN

Secara umumnya, membuat keputusan akan menjadi senang dan baik sekiranya kita

mengikuti langkah-langkah yang telah ditetapkan. Namun begitu, kita juga harus bersiap sedia

dalam menghadapi segala halangan-halangan yang boleh menyukarkan kita untuk membuat

keputusan. Oleh itu, setiap individu mempunyai kemahiran dalam membuat keputusan.

Keputusan yang dibuat seharusnya mengambil kora pelbagai aspek dan keberkesanan keputusan

yang dibuat. Pembuat keputusan haruslah mengenal pasti segala baik buruk keputusan yang

diambil. Dalam membuat keputusan tidak seharusnya diletakkan di bahu seorang sahaja. Dalam

6

Page 7: penilaian dan keputusan

erti kata lain, semua pihhak harus bertanggungjawab dalam segala keputusan yang diambil.

Keberkesanan dan kegagalan sesuatu keputusan yang diambil haruslah ditanggung bersama dan

tidak seharusnya menunging jari kepada sesetengah pihak.

Kesimpulannya, keputusan yang baik dan berkesan haruslah mempunyai tujuan yang jelas

dan segala keputusan yang diambil haruslah berdasarkan tindakan yang rasional dan wajar yang

mampu membawa kepada kepuasan semua pihak.

7