modul qju3013 - kurikulum kontemporari dalam pj dan pk-18

Upload: nani-wan-noh

Post on 11-Oct-2015

161 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Modul Kurikulum Kontemporari Dalam PJ dan PK

TRANSCRIPT

  • 1

    UNIT 1

    PENGENALAN TRANSFORMASI KURIKULUM HASIL PEMBELAJARAN Di akhir pembelajaran ini pelajar dapat: 1. Mengulas definisi kurikulum dan peranan kurikulum dalam sistem pendidikan di Malaysia. 2. Menghubungkait kurikulum futuristik dengan konsep transformasi sistem pendidikan di

    Malaysia. 3. Melakar peta konsep tentang transformasi kurikulum sekolah rendah dari aspek tujuan,

    ciri, kandungan, elemen kemahiran dan penilaian. 4. Membincangkan cabaran dan cadangan menangani perkara dalam pelaksanaan

    Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. PENGENALAN Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa berusaha untuk memantapkan sistem pendidikan yang relevan dengan tuntutan semasa dan masa depan pembangunan pendidikan negara. Justeru itu, Kementerian Pelajaran telah membuat penambahbaikan terhadap kurikulum yang sedia ada dengan melaksanakan transformasi kurikulum di peringkat sekolah. Transformasi tersebut adalah selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu suatu usaha penambahbaikan yang berterusan bagi menghasilkan individu yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada tuhan. KURIKULUM PENDIDIKAN Berdasarkan Akta Pendidikan 1996, teks berikut adalah petikan Peraturan Kurikulum Kebangsaan Pendidikan 1997. Kurikulum Kebangsaan adalah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua aspek pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang pelajar dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan (PPK, 2001). Kurikulum Kebangsaan digubal berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Matlamatnya adalah untuk a) melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu, b) melahirkan insan yang beriman, berilmu, berakhlak mulia, berketerampilan dan sejahtera, c) menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan negara, dan d) memberi peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia. Manakala misi kurikulum tersebut adalah

  • 2

    untuk membangunkan sistem pendidikan yang berkualiti dan bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara Malaysia. Penyataan falsafah dan kurikulum adalah sebagai pedoman, arah tuju atau pandangan terhadap perkara-perkara yang berkaitan dengan pendidikan. Falsafah dan kurikulum menjadi dasar dan pertimbangan asas untuk menentukan kandungan, bahan-bahan pelajaran, strategi pengajaran dan pembelajaran serta penilaian dapat diselaraskan dengan kurikulum mata pelajaran ke arah meningkatkan kualiti sistem pendidikan. Bagi meningkatkan kualiti sistem pendidikan, kurikulum pendidikan perlu dirancang dan diurus dengan teliti selaras dengan keperluan pendidikan abad ke-21 yang bersifat futuristik, dinamik dan bertaraf pengantarabangsaan. Demi mencapai pendidikan berkualiti, Kementerian Pelajaran perlu menambahbaikkan sistem pendidikan, kurikulum, profesion pendidikan, kemudahan fizikal dan kelengkapan serta keefisienan pengurusan (Mohd. Najib, 1996).

    Berikan definisi kurikulum dan ulaskan peranan kurikulum dalam sistem pendidikan di Malaysia. __________________________________________________________________ __________________________________________________________________

    Kurikulum adalah rancangan pembelajaran yang berlandaskan falsafah, visi dan misi pendidikan untuk melahirkan insan yang seimbang dan bersepadu. Rancangan pembelajaran mengandungi ciri-ciri dan struktur yang diterjemahkan ke dalam pengalaman belajar untuk pelajar dan pengalaman mengajar untuk guru bagi mentakrifkan kurikulum abad ke21. Ciri-Ciri Kurikulum Fungsi kurikulum ialah sebagai alat atau media untuk mencapai matlamat dan tujuan pendidikan. Fungsi tersebut seharusnya mengandungi ciri-ciri yang dapat menyempurnakan perkembangan dan pelaksanaan kurikulum secara berkesan. Ciri-ciri kurikulum pendidikan abad ke 21 adalah seperti berikut:

    Bersifat futuristik, fleksibel, dinamik, responsif, holistik, dan bersepadu. Berkonsepkan the personhood dan fokus kepada pendekatan humanistik. Relevan dan koheran dengan keadaan semasa mengikut aliran pembangunan dan

    kemajuan teknologi. Mengandungi elemen kemahiran berfikir kreatif, kritis dan innovatif

    serta berkebolehan menyelesaikan masalah dan berdaya saing. Menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat.

    Ciri-ciri tersebut mampu melahirkan modal insan berkualiti yang dapat menangani cabaran arus globalisasi, ledakan ilmu dan maklumat komunikasi tanpa sepadan. Insan yang berupaya merancang masa depan, mampu membuat pilihan yang bijak dan tepat, sesuai dengan budaya dan nilai sosial semasa. Justeru itu, suatu struktur perlu dibentuk bagi menyempurnakan perkembangan dan pelaksanaan ciri-ciri kurikulum pendidikan.

  • 3

    Struktur Kurikulum Struktur kurikulum dikonsepsikan sebagai kerangka yang merangkumi komponen a) tujuan, b) kandungan, c) kaedah, d) sumber dan maklumat, dan e) penilaian. a) Tujuan: Kurikulum merupakan suatu program yang dimaksudkan untuk mencapai tujuan

    pendidikan. Tujuan itulah yang dijadikan arah atau acuan segala kegiatan pendidikan yang dijalankan. Tujuan kurikulum terbahagi kepada tiga aras iaitu; i).Tujuan Jangka Panjang - menggambarkan tujuan kehidupan yang diharapkan berdasarkan pada nilai yang diambil dari falsafah. Tujuan ini tiada kaitan secara langsung dengan tujuan mata pelajaran tetapi sebagai hala tuju setelah pelajar menyelesaikan alam persekolahannya. ii). Tujuan Jangka Sederhana yang merujuk kepada hasrat visi dan matlamat sekolah terhadap pencapaian dan kemajuan pelajar semasa berada di alam persekolahannya. iii). Tujuan Jangka Pendek - dikhususkan bagi mencapai pembelajaran dalam kelas. Tujuan kurikulum yang meliputi aspek pengetahuan (kognitif), kemahiran (psikomotor), sikap (afektif) dan nilai-nilai yang diharapkan dapat dimiliki oleh pelajar bagi setiap mata pelajaran.

    b) Kandungan: Kandungan kurikulum pendidikan menengah digubal berdasarkan mata pelajaran teras dan elektif. Mata pelajaran teras melibatkan bidang seperti a) komunikasi, b) matematik, sains dan teknologi, c) kerohanian, nilai dan sikap, dan d) perkembangan diri. Mata pelajaran elektif melibatkan pelbagai bidang ke arah pengkhususan atau alam pekerjaan.

    c) Kaedah: Aspek penting terhadap pelaksanaan kurikulum dalam proses pembelajaran. Pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran perlu dirancang oleh guru bagi membina dan mengukuhkan minat pelajar terhadap pembelajaran. Pelajar dibimbing supaya bersedia menerima pengajaran dan berupaya untuk meneruskan pembelajaran secara akses kendiri.

    d) Sumber dan maklumat: Sumber pengurusan pengajaran dan pembelajaran serta sistem penyampaian maklumat tentang aktiviti, bahan, dan bimbingan. Melibatkan sumber yang berkaitan dengan teknologi maklumat. Kemudahan seperti komputer, multi media, cekera padat dan lebuh raya maklumat seperti 'internet' perlu disediakan untuk digunakan semua pelajar di samping kemudahan dan peralatan pengajaran dan pembelajaran.

    e) Penilaian: Kurikulum yang telah dibentuk dan dilaksana perlu dinilai bagi memastikan ianya sentiasa kemaskini bagi memenuhi keperluan semasa dan akan datang. Penilaian kurikulum boleh dilakukan secara berterusan melalui penilaian formatif dan pada peringkat akhir atau selesai sesuatu program melalui penilaian sumatif. Oleh kerana penilaian formatif dilakukan secara berterusan, perubahan-perubahan dan usaha penambahbaikan kepada kurikulum boleh dilakukan apabila perlu. Penilaian sumatif pula dilakukan pada peringkat akhir atau setelah selesai pelaksanaan sesuatu program untuk membolehkan keputusan dibuat untuk penambahbaikan seterusnya.

    Struktur kurikulum pendidikan kebangsaan telah diterjemahkan dalam bentuk kerangka konseptual seperti di Rajah 1.1.

  • 4

    Peringkat Awal Peringkat Sekolah Peringkat Selepas Sekolah

    Rajah 1.1: Kerangka Konseptual Kurikulum Pendidikan Kebangsaan

    Kurikulum perlu bersifat futuristik di mana keperluan masa kini dan masa hadapan dapat dipenuhi oleh sistem pendidikan. Sila jelaskan maksud kurikulum futuristik dan bagaimanakah kurikulum tersebut ditransformasi dalam sistem pendidikan di Malaysia?

    PENDIDIKAN SEPANJANG HAYAT

  • 5

    Pengembangan Kurikulum Pengembangan kurikulum ialah suatu proses yang dinilai, diterjemah dan disusun ke dalam aktiviti pengalaman pembelajaran. Proses yang dirancangan untuk pembelajaran dan semua rancangan mengandungi visi dan misi yang mentakrifkan nilai sosial, intelek, rohani dan jasmani. Proses ini digunakan di semua peringkat pendidikan dalam pengembangan kurikulum untuk meningkatkan kualiti program persekolahan. Pengembangan kurikulum dalam penambahbaikan sistem pendidikan di Malaysia telah bermula pada tahun 1983 di peringkat sekolah rendah yang menggunakan sistem Kurikulum Baru Sekolah Rendah. Sepuluh tahun kemudian pada 1993, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) diperkenalkan. KBSR disemak semula pada tahun 2003 kerana berlaku perubahan dasar berkaitan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). KBSR (semakan 2003) kini mengalami semakan transformasi kepada Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) selaras dengan teras kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP). Dasar teras kedua PIPP adalah untuk membangunkan modal insan yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran serta menghayati nilai-nilai murni. Matlamat PIPP adalah untuk memastikan anak bangsa Malaysia dipupuk semangat, menguasai ilmu pengetahuan, kemahiran dan kompetensi serta menerapkan nilai murni. Sehubungan itu, Gagasan ke-3 ucapan dasar Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam Perhimpunan Agung UMNO 2006 telah menuntut supaya sistem pendidikan negara memberi penekanan kepada teras kedua PIPP. KSSR dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 2011. Menurut Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia pada ketika itu Tan Sri Alimuddin Mohd Dom (2009), KSSR tidak menggantikan kurikulum lama tetapi seiringan dengan KBSR. KSSR merupakan satu transformasi pendidikan, iaitu proses melakukan satu bentuk perubahan yang holistik kepada kurikulum persekolahan sedia ada yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah. TRANSFORMASI KURIKULUM PENDIDIKAN Kurikulum pendidikan telah dikaji semula dan Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia telah berusaha membangunkan satu bentuk kurikulum baharu yang lebih berpusatkan pelajar, memberikan peluang kepada pelajar untuk meneroka bidang ilmu akademik dengan lebih mendalam, dan kurikulum yang menyeronokkan. Bahagian tersebut telah membangunkan blueprint Transformasi Kurikulum Kebangsaan yang membawa cadangan perubahan kepada konsep, bentuk, struktur dan operasi kurikulum persekolahan kebangsaan. Konsep kurikulum transformasi prasekolah dan sekolah rendah telah diluluskan oleh Jawatankuasa Kurikulum Pusat Bil. 1/2008 pada 4 Ogos 2008. Transformasi kurikulum adalah proses melakukan suatu bentuk perubahan yang holistik kepada kurikulum persekolahan sedia ada yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah. Menerusi transformasi ini, elemen kreativiti dan inovasi, keusahawanan serta teknologi maklumat dan komunikasi diajar secara eksplisit kepada pelajar. Kurikulum ini adalah bertujuan untuk membentuk modal insan yang seimbang, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi supaya dapat menentukan corak masyarakat dan profil bangsa sebagai warganegara Malaysia.

  • 6

    Sejak tahun 2009, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mewar-warkan berita akan melaksanakan transformasi sistem pendidikan bagi meningkatkan kualiti akademik, kokurikulum dan pembangunan sahsiah pelajar. Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia pada ketika itu Datuk Alimuddin Mohd. Dom berkata, transformasi tersebut akan melibatkan beberapa perubahan dari segi kandungan kurikulum dan sistem peperiksaan sekolah supaya menjadi lebih menarik dan seronok serta tidak membebankan pelajar. Beliau berkata; ''Kita nak wujudkan konsep 'pelajar berlari ke sekolah dan berjalan pulang ke rumah' sebagai menunjukkan betapa mereka seronok dan teruja untuk menimba ilmu di sekolah.'' Sehubungan itu, beliau menjelaskan bahawa kurikulum transformasi ini juga akan melibatkan perubahan kepada sistem penilaian supaya tidak hanya berasaskan peperiksaan. Menurutnya, melalui sistem penilaian baharu itu, prestasi para pelajar akan dinilai sejak mereka berada di tahun satu lagi. Kini, Kementerian Pelajaran Malaysia memperkenalkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Kurikulum Berasaskan Standard memberi penekanan kepada penguasaan literasi 4M (membaca, menulis, mengira dan menakul), kemahiran asas teknologi komunikasi dan maklumat ICT (Information Communication Technology), perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sikap dan nilai bagi pelajar Tahap 1. Kurikulum bagi Tahap II, menekankan kepada pengukuhan dan aplikasi kemahiran 4M serta menguasai kemahiran yang lebih kompleks dalam ICT, perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sikap dan nilai. Pengajaran dan pembelajaran dalam kurikulum tersebut adalah berasaskan bidang ilmu seperti yang terangkum dalam enam tunjang kurikulum. Enam tunjang kurikulum ialah; a) komunikasi, b) literasi sains dan teknologi, c) kemanusiaan, d) kerohanian, sikap dan nilai, e) fizikal dan estetika, dan f) keterampilan diri. Bagi aspek pentaksiran, Lembaga Peperiksaan Malaysia memperkenalkan Penilaian Berasaskan Sekolah berupa pentaksiran psikometrik, aktiviti jasmani dan kokurikulum. Pihak sekolah perlu merancang, membina, mentadbir, memeriksa dan menyediakan laporan mengenai pentaksiran dalam bentuk formatif dan sumatif. Lembaga Peperiksaan Malaysia masih mengendalikan sebahagian dari peperiksaan secara pusat bagi peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah, Penilaian Menengah Rendah, Sijil Pelajaran Malaysia, Sijil Pelajaran Malaysia, Sijil Tinggi Agama Malaysia dan Sijil Vokasional Malaysia. Kurikulum Transformasi Sekolah Rendah Matlamat pendidikan sekolah rendah adalah untuk memastikan perkembangan potensi murid secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu. Perkembangan ini meliputi aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia. Bagi mencapai matlamat pendidikan, pihak sekolah perlu memahami konsep kurikulum transformasi pendidikan sekolah rendah. Konsep Kurikulum Transformasi a) Berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan berasaskan prinsip Kurikulum

    Bersepadu Sekolah Rendah. Pendekatan kurikulum bersepadu yang melibatkan perkembangan individu secara menyeluruh, memberi peluang dan kualiti pendidikan yang sama untuk semua pelajar ke arah pencapaian pendidikan seumur hidup.

    b) Memenuhi hasrat pendidikan yang selaras dengan cabaran Abad Ke-21, Model Baru Ekonomi dan Wawasan 2020.

  • 7

    c) Pemupukan pelajar seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi melalui ilmu pengetahuan, berketrampilan, kepercayaan kepada Tuhan, berakhlak mulia, berkeyakinan dan sebagai independent learner.

    d) Rangka rancangan jangka panjang yang melibatkan 4 Pillars of Education-UNESCO (Task Force on Education for the Twenty-first Century) berkaitan pendidikan iaitu; i) belajar mengetahui (proses pemikiran-penakulan), ii) belajar membuat sesuatu (kemahiran teknikal dan vokasional), iii) belajar penghidupan bersama (sosiolisasi-komunikasi), iv) belajar tentang kendiri (kebertanggungjawaban).

    e) Memupuk pelajar sebagai global player dalam aspek berdaya saing, daya tahan, kemahiran berkomunikasi, dan jati diri.

    f) Mewujudkan konsep pekerja berilmu yang berusaha ke arah inovatif, kreatif dan dahagakan ilmu.

    g) Menguasai kemahiran teknologi maklumat & komunikasi sebagai pencipta teknologi dan belajar sepanjang hayat.

    h) Warga negara bertanggungjawab seperti berbudi, bersatu padu, patriotik, adil, penyayang dan berbakti.

    Ciri Modal Insan Pada akhir peringkat pendidikan rendah, murid perlu mempunyai kemahiran asas untuk kehidupan seharian. Antara kemahiran asas tersebut adalah seperti berikut:

    Penguasaan kemahiran asas membaca, menulis dan mengira. Kemahiran menaakul, kreatif dan inovatif. Kesedaran kesejahteraan diri (fizikal dan mental). Percaya kepada tuhan, berakhlak mulia dan amalan nilai murni. Jati diri dan semangat patriotisme. Memahami dan menghayati budaya nasional.

    Bentuk Kurikulum Transformasi Kurikulum transformasi yang menekankan kreativiti, inovasi dan keusahawanan merentasi semua mata pelajaran dengan melibatkan aspek:

    Komunikasi - Penggabungjalinan kemahiran bahasa secara lisan dan bukan lisan semasa berinteraksi.

    Sains dan teknologi - Penguasaan pengetahuan sains, kemahiran dan sikap saintifik. Penguasaan pengetahuan dan kemahiran matematik. Penguasaan pengetahuan dan kemahiran berasaskan teknologi. Perkembangan fizikal dan estetika - Perkembangan jasmani dan kesihatan untuk

    kesejahteraan diri. Pemupukan daya imaginasi, kreativiti, bakat dan apresiasi. Kerohanian, sikap dan nilai - Penghayatan amalan agama, kepercayaan, sikap dan

    nilai. Kemanusiaan - Penguasaan ilmu dan amalan tentang kemasyarakatan dan alam

    sekitar setempat, negara dan global. Penghayatan semangat patriotisme dan perpaduan. Keterampilan Diri - Pemupukan kepimpinan dan sahsiah diri melalui aktiviti kurikulum

    dan kokurikulum. Kemahiran Nilai Tambah/Elemen Merentas Kurikulum (EMK)

    Kreativiti dan inovasi Keusahawanan Teknologi maklumat dan komunikasi

  • 8

    Transformasi kurikulum adalah proses melakukan suatu bentuk perubahan yang holistik kepada kurikulum persekolahan. Sila lakarkan (sama ada dalam bentuk peta minda, peta konsep atau peta aliran) tentang transformasi kurikulum sekolah rendah dari aspek tujuan, ciri, kandungan, elemen kemahiran dan penilaian.

    KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

    Segala maklumat berkaitan Kurikulum Standard Sekolah Rendah yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah petikan asal dokumen dari Surat Pekeliling Ikhtisas bilangan 11 tahun 2010: Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Tahap Satu Mulai 2011. Dokumen Kurikulum Standard PraSekolah Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah yang disediakan Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. Merujuk kepada surat pekeliling ikhtisas bilangan 11 bertarikh 14 Oktober 2010, tujuan surat pekeliling tersebut adalah untuk memaklumkan tentang pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) di semua sekolah rendah. Antara kandungan surat adalah seperti berikut: 1. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) telah melalui proses transformasi.

    Kurikulum yang telah diperkukuh dan ditambah baik ini dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Mulai tahun 2011, KSSR akan dilaksanakan secara berperingkat bermula dengan Tahun 1.

    2. Sehubungan itu, sekolah hendaklah menggunakan Dokumen Standard bagi setiap kurikulum di bawah KSSR yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

    3. Jumlah masa yang diperuntukkan untuk pelaksanaan KSSR ialah 1380 minit seminggu (satu waktu pengajaran dan pembelajaran ialah 30 minit). Pihak sekolah perlu menyediakan jadual waktu persekolahan sepertimana peruntukan masa yang ditetapkan.

    4. Pihak sekolah perlu memilih untuk melaksanakan sekurang-kurangnya satu bahasa dalam Modul Elektif mengikut kesediaan sekolah dalam aspek penyediaan guru, permintaan daripada murid serta prasarana sekolah.

  • 9

    Kurikulum Berasaskan Standard Kurikulum transformasi sekolah rendah digubal berasaskan standard kandungan dan standard pembelajaran. Standard kandungan merupakan penyataan spesifik tentang perkara yang pelajar patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Standard pembelajaran merupakan satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan. Kurikulum berasaskan standard bertujuan untuk:

    Memastikan semua pelajar melepasi standard yang ditetapkan. Penetapan ilmu, kemahiran dan nilai yang perlu diukur dengan jelas. Mengenal pasti strategi penambahbaikan (assessment for learning). Mengatasi masalah pelajar keciciran dalam pembelajaran. Pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah.

    Bahan Kurikulum

    1. Dokumen yang mengandungi Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran. 2. Buku teks pendekatan modular. 3. Bahan sokongan seperti buku teks, bahan multimedia, buku panduan guru

    dan buku aktiviti bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran dijalankan seperti yang dihasratkan.

    Pedagogi Pedagogi yang bersesuaian dengan pelbagai jenis pendekatan dan kaedah seperti berikut:

    Kemahiran Berfikir Belajar Cara Belajar Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai Pembelajaran Secara Konstruktivisme Pembelajaran Akses Kendiri Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komuinikasi Pembelajaran Masteri Pembelanjaran Secara Konteksual Pengajaran Berasaskan Masa Depan

    Organisasi KSSR Tahap I dan Peruntukan Masa

    KSSR mengandungi tiga modul iaitu Modul Asas Teras, Modul Asas Tema dan Modul Asas Elektif. Modul Asas Teras merangkumi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Matematik, Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. Modul Asas Tema, terdiri daripada Dunia Sains dan Teknologi, Malaysia Negaraku serta Seni Visual dan Muzik. Modul Asas Elektif berupa pilihan bahasa iaitu; Bahasa Tamil, Bahasa Cina atau Bahasa Arab. Kurikulum berbentuk modular memberi peluang kepada semua pelajar melalui proses pembelajaran mengikut kemampuan sendiri. Modul tersebut bertujuan memupuk sikap bertanggungjawab terhadap pembelajaran kendiri menerusi aktiviti eksplorasi yang boleh menyerlahkan potensi pelajar. Jadual 1 adalah kerangka organisasi dan peruntukan masa KSSR Tahap I.

  • 10

    Jadual 1.1: Kerangka Organisasi dan Peruntukan Masa KSSR Tahap 1

    Bil Modul Masa Dalam Seminggu (Minit)

    SK SJKC SJKT

    Modul Teras Asas

    1 Bahasa Malaysia 360 300 300

    2 Bahasa Inggeris 300 150 150

    3 Bahasa Cina 360

    Bahasa Tamil 360

    4 Pendidikan Islam 180 120 120

    Pendidikan Moral

    5 Pendidikan Jasmani 60 60 60

    6 Pendidikan Kesihatan 30 30 30

    7 Matematik 180 180 180

    Modul Teras Tema

    8 Dunia Seni Visual 60 60 60

    Dunia Muzik 30 30 30

    Dunia Sains dan Teknologi 60 60 60

    Modul Elektif

    9 BCSK/BTSK/B. Arab/B. Iban/B. Kadazandusun

    90 - -

    Perhimpunan 30 30 30

    Jumlah 1380 1380 1380 Nota: SK ialah Sekolah Kebangsaan, SJKC ialah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, SJKT ialah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, BCS ialah Bahasa Cina Sekolah Kebngsaan, BTSK ialah Bahasa Tamil Sekolah Kebangsaan, B. Arab ialah Bahasa Arab,B. Iban ialah Bahasa Iban dan B. Kadazandusun ialah Bahasa Kadazandusun. Sumber: Surat Pekeliling Ikhtisas bilangan 11 tahun 2010: Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Tahap Satu Mulai 2011. Pentaksiran Pengajaran Dan Pembelajaran Pentaksiran pengajaran dan pembelajaran dijalankan secara berterusan untuk mengesan perkembangan dan pencapaian pelajar dalam pembelajaran dengan menggunakan kaedah pentaksiran yang pelbagai, bersifat autentik dan holistik.

  • 11

    CABARAN TERHADAP TRANSFORMASI PENDIDIKAN Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan transformasi pendidikan dengan menyusun dan merancang untuk memperbaiki, memperkukuh, dan mempertingkatkan mutu pendidikan negara sesuai dengan pembangunan negara abad ke 21. Perubahan corak sistem pendidikan masa kini amat mencabar dari aspek peranan pendidikan serta persekitaran yang perlu dihadapi oleh organisasi pendidikan di Malaysia. Berikut adalah baberapa cabaran dalam pelaksanaan transformasi pendidikan di Malaysia. Pentadbir Pendidikan Kejayaan pelaksanaan tranformasi kurikulum banyak bergantung kepada bagaimana pentadbir pendidikan melibatkan seluruh organisasi dalam membuat keputusan, merancang, menilai dan melaksanakan program-program kurikulum baharu. Tranformasi dalam kurikulum merupakan salah satu aspek penting yang perlu diberi perhatian oleh pentadbir pendidikan. Walau bagaimanapun, pentadbir pendidikan adakalanya terpaksa berhadapan dengan beberapa cabaran yang berhubungkait dengan proses transformasi pendidikan. Antaranya sistem pendidikan Malaysia yang bersifat berpusat menyebabkan kebanyakan dasar dan perancangan digubal pada peringkat kementerian dan diturunkan ke sekolah. Dalam konteks pendidikan di Malaysia, kebanyakan pentadbir dan guru tidak mempunyai pilihan melainkan terpaksa akur dengan dasar pendidikan yang ditetapkan. Tugas besar yang menanti pentadbir pendidikan (Guru Besar) adalah untuk menjayakan transformasi dan pembaharuan pendidikan bagi meningkatkan kualiti pendidikan negara. Senario ini menuntut para pentadbir pendidikan untuk memahami dasar dan wawasan pendidikan, memiliki kompeten dan menjiwai profesyen kepengetuaan. Cabarannya adalah untuk menterjemahkan gagasan transformasi kedalam tindakan melaksnakannya di sekolah. Usaha ini amat perlu bagi memastikan kelestarian kepimpinan dan kualiti serta kecemerlangan pendidikan terlaksana. Guru Besar dan sekolah perlu bersedia untuk melaksanakan tanggungjawab menterjemahkan segala aktiviti transformasi. Masyarakat sekolah perlu melakukan anjakan paradigma terhadap struktur Kurikulum Standard Sekolah Rendah. Paradigma Guru Dalam Menghadapi Transformasi Transformasi dalam kurikulum melibatkan sikap dan pemikiran guru. Persoalannya, sejauh manakah guru mempunyai pemikiran dan sikap yang positif terhadap sebarang usaha inovasi yang dirancang dan sejauh manakah dasar-dasar yang digubal dapat dihayati dan dilaksanakan dalam bilik darjah? Paradigma guru perlu diubah daripada menerima kepada mencipta atau mencari, ketaatan kepada komitmen, individu kepada perkongsian, rutin kepada inovatif dan kreatif, reaktif kepada proaktif dan dari pasif kepada progresif. Persepsi umum guru bahawa setiap perubahan bermakna penambahan beban tugas dan tanggungjawab dalam pengajaran. Cabaran guru ialah menghayati dan menguasai struktur kurikulum dan pendekatan mengajar yang melibatkan pelajar menakul selain dari membaca, menulis dan mengira. Konsep pedagogi bestari mengutarakan pelbagai kaedah pengajaran berpusatkan pelajar seperti pembelajaran konstruktivisme, kontekstual dan pembelajaran masteri.

  • 12

    Amalan pengajaran dan pembelajaran juga menjadi aspek penentu keberkesanan kurikulum. Tenaga pengajar mestilah mengadakan pengajaran dan pembelajaran yang terancang, menggunakan pelbagai teknik yang berpusatkan pelajar dan penilaian dijalankan berterusan ke atas amalan pengajaran dan pembelajaran. Globalisasi yang berasaskan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), pembangunan pendidikan mementingkan budaya dan penguasaan ICT di kalangan pelajar. Perubahan harus berlaku dalam sistem mengajar dan belajar di bilik-bilik darjah yang mana pendekatan konstruktivisme adalah digalakkan kerana ia dapat memupuk minat serta menggalakkan pelajar lebih bertanggungjawab terhadap pembelajaran di samping menerapkan amalan pembelajaran sepanjang hayat. Transformasi kurikulum menuntut guru multispecialist. Guru perlu mantap dalam penguasaan pengetahuan kandungan pedagogi. Guru perlu kreatif dan inovatif dalam merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran. Justeru, guru perlu diberi latihan yang selaras dengan hasrat dan keperluan kurikulum Transformasi kurikulum kebangsaan akan mengubah persekitaran dan norma pendidikan berlaku di dalam dan luar bilik darjah. Peranan guru semakin ditekankan dalam pembentukan individu yang holistik sifatnya dan mencapai aspirasi dan hasrat pendidikan negara. Transformasi kurikulum menjadikan kurikulum kurang bersifat preskriptif tetapi menuntut kreativiti dan inovasi guru dalam menentukan bentuk dan kandungan pendidikan yang ingin disampaikan.

    Persekitaran Pembelajaran Isu kekangan ruang dan masa juga boleh menyukarkan usaha transformasi ke atas program KSSR. Bahan pengajaran dan pembelajaran juga menjadi salah satu faktor yang menyumbang kepada keberkesanan kurikulum sekolah. Bahan pengajaran dan pembelajaran mestilah cukup, boleh digunakan, berasaskan teknologi seperti ICT dan juga bersifat mesra pengguna. Bahan ini biasanya disediakan oleh guru-guru untuk memberikan impak yang optimum dalam pengajaran mereka. Sekiranya bahan pengajaran dan pembelajaran ini berkesan ini akan menghasilkan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah menjadi lebih baik, pembelajaran yang menyeronokkan bagi pelajar serta meningkatkan kecemerlangan akademik. Penilaian Peperiksaan merupakan indikator mudah untuk melihat kejayaan atau kegagalan seseorang pelajar yang diukur kebolehannya berdasarkan tahap intelek sahaja, namun dengan pelaksanaan SPPK, pelajar dinilai dari semua aspek potensi dirinya. Konsep baharu penilaian adalah mengikut keupayaan pelajar dari segi kebolehan dan kecerdasan. Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dalam sidang akhbar pada 2 Februari 2010 menyatakan, Kementerian Pelajaran akan melakukan perubahan dalam kurikulum sekolah bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih menyeronokkan dan tidak hanya berorientasikan peperiksaan. Menurut menteri berkenaan, aspek penerokaan ilmu diberi penekanan dengan lebih banyak tumpuan kepada pelajar dan bilik darjah, bukan lagi dominasi oleh guru dan mewujudkan sistem peperiksaan yang berkualiti. Sistem peperiksaan yang dibentuk bukan sahaja perlu menguji kebolehan akademik semata-mata tetapi keseluruhan aspek perkembangan dan kualiti serta potensi individu sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Aspek kognitif yang dinilai hendaklah menguji kebolehan pelajar dari segi pemikiran kritis, rasionaliti, logik, pertimbangan dan nilai, ketepatan fakta, penyelesaian masalah, aplikasi dan penilaian kendiri. Konsep penilaian

  • 13

    berterusan dalam kontekssekolah perlu diambil kira sebagai criteria keseluruhan dalam mengukur perkembangan seseorang pelajar. PENUTUP Kurikulum di Malaysia sentiasa mengalami perubahan dan perkembangan bagi membina dan meningkatkan kualiti kurikulum dalam sistem pendidikan negara. Kurikulum sentiasa digubal bagi membentuk kurikulum yang sesuai selaras dengan pembangunan negara. Di samping itu, penggubalan kurikulum di lakukan bagi menyeragamkan kurikulum yang di gunakan dalam sistem pendidikan. Hal ini berlaku apabila masyarakat mulai sedar tentang kepentingan sistem pendidikan masyarakat dan negara. Kurikulum digubal agar bersesuaian dengan tahap perkembangan indidvidu supaya dapat merangsang pemikiran, membina sikap positif, meningkatkan kecerdasan dan kesihatan ke arah penyuburan optimum. Kurikulum di Malaysia berlandaskan prinsip Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai pendokong matlamat dan wawasan negara. Kurikulum standard kebangsaan merupakan kurikulum yang terbaru digubal dengan memberi penekanan kepada standard kandungan dan standard pembelajaran yang patut diketahui dan boleh dilakukan oleh kanak-kanak yang berumur empat hingga enam tahun. Kurikulum ini berfokuskan kepada proses pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan pelajar, menekankan kepada inkuri penemuan dan menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran persepadu, bertema, belajar melalui bermain, pembelajaran kontekstual dan pembelajaran berasaskan projek (Bahagian Pembangunan Kurikulum 2009). Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) mendukung cita-cita murni dan unggul dengan semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan bertujuan melahirkan pelajar yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani serta menyediakan mereka untuk menghadapi arus globalisasi serta ekonomi berasaskan pengetahuan pada abad ke-21. Dunia tanpa sempadan memaksa industri pendidikan di Malaysia melalui era transformasi yang sangat dirasai gelombangnya. Selain itu, perkembangan pendidikan di Malaysia yang semakin pesat ini adalah hasil daripada minat ibu bapa yang tinggi terhadap perkembangan pendidikan dan persekolahan anak-anak mereka baik di peringkat pra sekolah, pendidikan rendah, menengah dan juga di institusi pengajian tinggi. Kesedaran tersebut adalah implikasi daripada kesedaran mengenai kepentingan pendidikan bagi memajukan diri dalam menghadapi cabaran kehidupan yang semakin sengit. Oleh itu, peranan-peranan daripada pentadbir pendidik, guru, dan pelajar itu sendiri amatlah penting bagi menghadapi transformasi dunia tanpa sempadan ini. Pihak perancang pendidikan perlu melihat isu-isu dan cabaran yang berbangkit secara menyeluruh dan komprehensif. Kejayaan transformasi kurikulum memerlukan komitmen menyeluruh daripada semua pihak termasuklah pembuat dasar, pelaksana, pengurus kurikulum, ibu bapa serta pihak berkepentingan. Hal ini kerana, kurikulum baharu ini tidak akan memberi impak yang positif jika pihak-pihak tersebut tidak bekerjasama. Kementerian Pelajaran Malaysia secara berterusan menyemak kurikulum bagi memastikan pelaksanaan kurikulum di sekolah melengkapkan pelajar dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk menghadapi cabaran semasa dan masa depan. Struktur kurikulum disusun mengikut ciri-ciri kurikulum pendidikan abad ke 21 dan mengandungi komponen tujuan, kandungan, kaedah, sumber dan maklumat, dan penilaian yang tersusun dan rapi. Justeru itu, kurikulum mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan perlu dihayati dan perlu mematuhi pekeliling-pekeliling yang dikeluarkan Kementerian Pelajaran Malaysia supaya mata pelajaran tersebut tidak diabaikan

  • 14

    Dengan harapan yang tinggi, melalui mekanisme transformasi itu, lebih ramai pelajar yang bermutu, berilmu pengetahuan dan berdisiplin dapat dilahirkan menjelang tahun 2020. Produktiviti pelajar-pelajar ini memang amat diperlukan oleh negara menjelang 2020 untuk kemajuan negara yang lebih mantap. KATA KUNCI Transformasi Kurikulum Kurikulum Kebangsaan Fungsi Kurikulum Kurikulum Futuristik Standard Kandungan Standard Pembelajaran

    Falsafah Pendidikan Kebangsaan Kualiti Sistem Pendidikan Arus Globalisasi Kurikulum Abad Ke21 Kurikulum Standard Sekolah Rendah Surat Pekeliling Ikhtisas

    PENILAIAN KENDIRI 1. Huraikan pengertian kurikulum berasaskan standard. 2. Jelaskan perkaitan di antara Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan kurikulum

    pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan. 3. Bincangkan bagaimana Kurikulum Standard Sekolah Rendah dapat membantu

    pelaksanaan kurikulum pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan. 4. Bagaimanakah kurikulum pendidikan abad ke 21 dapat dijelmakan dalam kurikulum

    pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan? 5. Berikan contoh kurikulum yang bersifat futuristik. RUJUKAN Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2010). Kurikulum Standard Sekolah Rendah Tahun

    Satu Pendidikan Jasmani. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia. Kementerian Pelajaran Malaysia (2009). Reka Bentuk Kurikulum. Kuala Lumpur: Pusat

    Perkembangan Kurikulum. Laporan Jawatankuasa Kabinet. (1979). Mengkaji Pelaksanaan Dasar, Kuala Lumpur:

    Kementerian Pelajaran Malaysia. Mohd Najib Abdul Razak. (1996). Seminar Keguruan Abad 21. Persidangan Pendidikan

    Nasional Ke-4, di Institut Aminuddin Baki Institut Perguruan Darulaman yang diadakan di Dewan Ibnu Khaldun, Institut Perguruan Darulaman pada 16 November, 1996

    Pusat Perkembangan Kurikulum. (2001). Petikan Peraturan Kurikulum Kebangsaan

    Pendidikan 1997. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.

  • 15

    UNIT 2

    ISU-ISU DAN TREND DALAM PELAKSANAAN KURIKULUM PENDIDIKAN JASMANI DAN

    PENDIDIKAN KESIHATAN HASIL PEMBELAJARAN Di akhir pembelajaran ini nanti pelajar dapat: 1. Menjelaskan definisi pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan. 2. Membanding bezakan antara gaya hidup sedentari, gaya hidup aktif dan gaya hidup

    sangat aktif. 3. Meramal kesan yang diperolehi oleh individu mengikut peringkat umur hasil daripada

    pendidikan jasmani dan kesihatan. 4. Merancang program yang bertujuan memupuk minda masyarakat untuk menghargai

    kepentingan pendidikan jasmani dan kesihatan. PENGENALAN Apakah dia pendidikan jasmani dan kesihatan? Apakah perbezaan antara pendidikan jasmani, pendidikan kesihatan dan sukan? Mengapakan jasmani dan kesihatan perlu dididik dan apakah kaitannya dengan sukan dan aktiviti manusia seharian? Apakah yang dimaksudkan dengan kualiti hidup dan kaitannya dengan gaya hidup? Apakah kepentingan pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan terhadap peningkatan kualiti hidup manusia? Semua persoalan ini akan digarap dalam perbincangan Unit 1 ini. Senario Masyarakat Kanak-kanak suka bermain, remaja gemarkan akiviti mencabar seperti sukan ekstrem dan orang dewasa cenderung melibatkan diri dalam aktiviti rekreasi bagi mendapatkan keseronokan dan kepuasan diri. Dewasa ini masyarakat mula melibatkan diri dalam aktiviti fizikal seperti bersenam, bersukan, menari, dan bereakreasi kerana mereka menghargai nilai sosial, mental dan fizikal yang terkandung dalam aktiviti yang diikuti. Situasi ini menggambarkan gaya hidup masyarakat yang sihat dan aktif. Namun terdapat juga masyarakat yang tidak mementingkan kecergasan fizikal dan kesihatan yang baik dalam gaya hidupnya kerana faktor kekangan masa dan kuranya kecelikan minda terhadap kepentingan aktiviti fizikal. Oleh yang demikian, menjadi tanggungjawab dan cabaran pendidik dalam bidang pendidikan jasmani dan kesihatan untuk membuka minda masyarakat tentang kepentingan pendidikan jasmani dan kesihatan dalam membentuk gaya hidup sihat dan aktif.

  • 16

    Definisi Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan adalah disiplin ilmu yang saling berkaitan antara satu sama lain. Secara umumnya, pendidikan jasmani merujuk kepada proses yang

    dilaksanakan oleh individu untuk mencapai tahap kemahiran dan kecergasan fizikal, mental dan sosial secara optimum melalui aktiviti fizikal yang dijalankan; meningkatkan kualiti kesihatan dan perkembangan tubuh badan yang harmoni dan seimbang; memperbaiki ciri-ciri fizikal dan kemahiran kendiri; dan membina kesempurnaan kemahiran motor bagi tujuan perlaksanaan rutin kerja harian. Kaedah utama dalam pendidikan

    jasmani adalah melalui latihan aktiviti fizikal yang merangkumi aktiviti pergerakan semulajadi dan siri pergerakan asas, aktiviti sukan dan aktiviti ketahanan fizikal.

    Pendidikan kesihatan pula adalah satu proses yang dipelajari oleh individu mengenai kesihatan dan cara untuk meningkatkan kesihatan diri. Ia wujud dalam bentuk program pendidikan bagi menyalurkan maklumat mengenai literasi kesihatan bagi meningkatkan tahap kesihatan di kalangan individu dan masyarakat. Selain daripada penyampaian maklumat, pendidikan kesihatan juga berfokus ke arah memberi motivasi dan peningkatan tahap

    keyakinan diri di kalangan masyarakat untuk memperbaiki status kesihatan. Pada masa kini, pendidikan kesihatan lebih terserlah dalam konsep memperomosikan kesihatan melalui kaedah pendidikan.

    Sebagai pendidik dalam bidang pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan, bolehkan anda membezakan maksud konsep berikut? Apakah perkaitan antara antara konsep yang dinyatakan dengan pendidikan jasmani dan kesihatan? Huraikan idea anda melalui lakaran peta minda di bawah.

    Aktiviti yang melibatkan pergerakan semula jadi dan siri pergerakan asas:

    gimnastik olahraga tarian

    Aktiviti yang melibatkan ketahanan fizikal:

    Eco-challenge maraton merentas desa pengembaraan

  • 17

    Tip: Huraian definisi permainan, main, sukan, aktiviti senggang dan rekreasi, dan aktiviti atletik yang berikut ini mungkin boleh membantu anda untuk menjawab persoalan di atas.

    Latihan Pergerakan fizikal yang boleh meningkatkan kadar tenaga yang digunakan oleh badan

    Main Satu bentuk hiburan yang dilakukan secara bebas, spontan bagi mendapatkan keseronokan. Ia tidak semestinya melibatkan aktiviti fizikal. Tidak mempunyai kepentingan material dan tiada sebarang keuntungan diperoleh daripadanya. Kesudahan aktiviti tersebut tidak penting dan tidak diukur. Adakalanya melalui aktiviti main individu dapat menonjolkan hubungan sosial.

    Permainan Aktiviti main yang lebih terurus, mengandungi undang-undang yang eksplisit, mengandungi elemen perlawanan atau pertandingan antara dua pihak, mempunyai sekatan masa, ruang dan siri tingkah laku yang ditunjukkan oleh pemain.

    Aktiviti Senggang dan

    rekreasi

    Kebebasan masa dari tugas seharian yang boleh digunakan untuk aktiviti bersifat atau tidak bersifat fizikal.

    Atletik Aktiviti yang dilalui oleh individu yang berkemahiran tinggi dalam aktiviti fizikal, aktiviti yang dijalankan adalah terurus.

    Sukan Menekankan tentang kemahiran fizikal, keberanian, dan penggunaan tenaga, mempunya latar yang formal, aktiviti pertandingan yang mempunyai institusi dan organisasi, mempunyai ganjaran berbentuk intrinsik dan ekstrinsik, mempunyai proses sosialisasi, undang-undang aktiviti yang telah diselaraskan dan dikuatkuasa oleh oleh agensi kawalan rasmi. Aspek organisasi aktiviti dan teknikal amat penting dalam sukan. Pembelajaran kemahiran asas perlu dipelajari

    Secara amnya, pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan sering digunakan dalam konteks pendidikan di sekolah atau universiti. Namun pendidikan jasmani dan kesihatan juga wujud dalam dunia sukan dan atletik seperti pusat senaman aerobik, pusat kecergasan fizikal dan kelab sukan yang mementingkan tentang pembinaan kemahiran, peningkatan kecergasan dan semangat rekreasi.

  • 18

    Apakah yang dimaksudkan dengan sukan dan sains sukan? Selain daripada pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan, sukan adalah satu disiplin yang paling banyak menerima implikasinya daripada perlaksanaan pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan. Secara umumnya, sukan adalah aktiviti fizikal yang diurus melalui sistem peraturan sama ada secara formal atau tidak formal, melibatkan pertandingan, persaingan antara dua pihak atau dalaman diri individu bagi mendapatkan keseronokan, nilai rekreasi dan ganjaran (Lumpkin, 2005). Sukan melibatkan penggunaan aktiviti dan kecergasan fizikal oleh individu yang terlibat. Kajian saintifik mengenai sukan sangat menitikberatkan elemen kecergasan fizikal, kemahiran, fisiologi, kesihatan hingga mewujudkan dimensi baru dalam dunia aktiviti fizikal iaitu sains sukan atau sains latihan.

    Apakah yang dimaksudkan dengan sains sukan? Sains sukan atau sains latihan bermaksud analisis saintifik mengenai pergerakan tubuh badan manusia, yang merangkumi aspek fisiologi latihan, biomekanik, kinesiology, anatomi, fisiologi, tingkah laku motor dan aspek perubatan sukan. Melalui sains sukan atau sains latihan, aktiviti fizikal dalam pendidikan jasmani dan kesihatan dapat ditingkatkan kualitinya bagi menjamin kualiti gaya hidup

    yang sihat. Pada abad yang ke 19, sukan menjadi kaedah pendidikan jasmani yang paling utama. Ciri-ciri pertandingan dalam sukan adalah aspek pendidikan yang sangat penting, manakala latihan fizikal yang sistematik adalah faktor utama yang menyumbang kepada pencaopaian sukan.

    Masyarakat masa kini mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap kepentingan pendidikan jasmani dan kesihatan bagi membentuk gaya hidup yang sihat. Individu yang cergas dan sihat dikatakan mampu melakukan aktiviti fizikal

    dengan tahap keupayaan yang optimum. Cuba anda senaraikan ciri-ciri individu yang bersikap positif terhadap pendidikan jasmani dan kesihatan dan bandingkannya dengan ciri-ciri individu yang bersikap negatif.

    Individu yang bersikap positif terhadap pendidikan jasmani dan pendidikan

    kesihatan

    Individu yang bersikap negatif terhadap pendidikan jasmani dan pendidikan

    kesihatan

    1

    2

    3

    4

    1

    2

    3

    4

  • 19

    Tip: Menurut Lumpkin (2005), berikut adalah ciri-ciri individu yang telah dididik fizikal dan kesihatannya sebagaimana yang didefinisikan oleh National Standards for Physical Education (NASPE) iaitu:

    1) Individu yang telah mempelajari kemahiran yang bersesuaian untuk

    melakukan pelbagai bentuk aktiviti fizikal. 2) Individu yang fizikalnya cergas. 3) Individu yang sering melibatkan diri dalam aktiviti fizikal. 4) Individu yang mengetahui kebaikan dalam penglibatan aktiviti fizikal,

    serta keburukan jika tidak melakukan aktiviti fizikal. 5) Menilai aktiviti fizikal sebagai sesuatu yang bermakna dalam

    meningkatkan gaya hidup sihat

    Pada tahun 2004 juga, NASPE telah menggariskan 6 standard national untuk pendidikan jasmani yang diguna pakai hingga ke hari ini aitu:

    Menunjukkan kompetensi dalam kemahiran motor dan corak pergerakan yang diperlukan dalam pelnagai jenis aktiviti fizikal.

    Menunjukkan kefahaman tentang konsep, prinsip, strategi dan taktik dalam pergerakan untuk diaplikasikan dalam pembelajaran dan penghasilan aktiviti fizikal.

    Melibatkan diri secara kerap dalam aktiviti fizikal. Mencapai dan mengekalkan tahap pencapaian kecergasan fizikal. Mempamerkan rasa tanggungjawab individu dan tingkah laku sosial melalui

    penghargaan terhadap diri sendiri dan orang lain dalam konteks aktiviti fizikal. Memberi nilai yang bermakna kepada aktiviti fizikal untuk tujuan cabaran yang positif,

    ekspresi kendiri dan interaksi sosial. KUALITI HIDUP (QUALITY OF LIFE QOL) Matlamat individu yang sihat adalah untuk meningkatkan kualiti hidup dan jangka hayat. definisi kualiti hidup mungkin tidak sama antara seseorang individu dengan individu yang lain. Sejauhmana kualiti hidup seseorang adalah bergantung kepada kebolehannya untuk menikmati kehidupannya dengan penuh sempurna. Keupayaan untuk berjalan, melihat, merasa, berlari semuanya itu menyumbang terhadap kualiti hidup.

    Bagaimana aktiviti fizikal mampu mengubah kualiti hidup manusia? Melalui aktiviti fizikal, risiko kematian akibat penyakit jantung dapat dikurangkan begitu juga dengan masalah stroke, kanser perut, diabetes dan tekanan darah tinggi. Di samping itu, aktiviti fizikal juga mampu mengurangkan masalah obesiti yang secara tidak langsung menyumbang ke arah pertumbuhan tulang, sendi dan otot yang sihat, serta mengelakkan penyakit tulang, mengurangkan masalah kebimbangan dan kemurungan.

  • 20

    Konsep health-related quality of life (HRQL) turut diguna pakai dalam konteks klinikal yang menjurus kepada penilaian HRQL dari aspek fungsi fizikal dan sosial, kesejahteraan individu, aktiviti peranan dan persepsi individu terhadap tahap kesihatan (Rajeski & Mihalko, 2001; Shumaker, Anderson & Czaikowski, 1990). Kajian menunjukkan:

    Latihan fizikal mempunyai kesan yang baik terhadap HRQL pesakit yang mengalami penyakit kemurungan (Singh, Clements &Fiatarone, 1997), koronari jantung (Lavie & Milani, 1997), dan kegagalan fungsi pelbagai organ (Wehler et al., 2003).

    Aktiviti fizikal dalam bentuk latihan daya tahan atau rintangan mempunyai hubungkait yang positif dengan HQRL tanpa dipengaruhi oleh faktor usia, kesihatan dan jenis aktiviti (Rajeski & Mihalko, 2001).

    Data daripada Behavioral Risk Factor Surveillance System (2001) menunjukkan bahawa individu yang mengikuti aktiviti fizikal yang telah disarankan mempunyai tahap HQRL yang tinggi berbanding mereka yang kurang melibatkan diri (Brown, et al., 2003).

    Pernahkah anda berfikir tentang perasaan anda pada hari ini? Apakah perasaan yang sedang anda alami? Adakah anda rasa gembira? Adakah anda berasa sihat dan segar? Adakah anda berasa sangat bermotivasi? Atau adakah anda merasakan bahawa hari ini adalah hari paling malang dalam

    hidup anda? Jawapan kepada persoalan ini adalah status kualiti hidup anda. Pernahkah anda memikirkan status kualiti hidup anda pada masa sekarang? Berdasarkan skala 1 hingga 10 mengenai tahap kualiti hidup, cuba anda menilai diri anda sendiri, dan nyatakan pada skala berapa nilai kualiti hidup anda pada hari ini.

    0 5 10 Sangat Teruk Sederhana Sangat Bagus Selain daripada itu anda boleh menilai sejauh mana kualiti hidup anda dengan cuba menjawab soal selidik berkaitan kualiti hidup yang boleh diperoleh daripada laman web berikut:

    http://www.associationfornetworkcare.com/pdf/newlongitudinal.pdf http://www.promotingexcellence.org/downloads/measures/mcgill_qol.pdf

    Cuba senaraikan 4 faktor yang mempengaruhi kualiti hidup anda:

    1 2

    3 4

  • 21

    Tip: Terdapat beberapa faktor yang berlaku dalam kehidupan kontemporari manusia menyebabkan masyarakat mula menitikberatkan pendidikan jasmani dan kepentingan aktiviti fizikal iaitu:

    1) Ancaman terhadap penyakit kardiovaskular menyumbang terhadap

    keperluan melakukan aktiviti yang boleh meningkatkan kekuatan otot jantung.

    2) Tabiat pemakanan yang tidak sihat. 3) Kesedaran untuk hidup lama dengan cara yang sihat. 4) Faktor perkembangan teknologi secara tidak langsung telah

    mengurangkan tahap pergerakan fizikal manusia, dan sekaligus meningkatkan kadar masa rehat dan senggang.

    5) Peningkatan tahap stres kehidupan akibat tuntutan kerjaya dan perkembangan semasa.

    Dalam sebuah peta minda, cadangkan bagaimana pendidikan jasmani, pendidikan kesihatan dan sukan boleh menyumbang kepada peningkatan status kualiti hidup yang positif di kalangan masyarakat Sumbangan tersebut boleh dikenalpasti menerusi aktiviti-aktiviti khusus yang boleh dijalankan di

    dalam konteks pendidikan jasmani, pendidikan kesihatan dan sukan. Anda boleh mula mencambahkan idea anda di dalam peta minda yang disediakan di bawah ini.

    Pendidikan Kesihatan

    Pendidikan Kesihatan

    Sukan

  • 22

    Tip:

    Apakah jenis aktiviti fizikal yang biasa anda dilakukan?

    Aktiviti Aerobik Aktiviti yang melibatkan pergerakan otot besar

    seperti lengan, kaki dan peha secara berulangan. Semasa aktiviti ini dijalankan, kadar pernafasan dan denyutan jantung akan bertambah. Sekiranya nafas dan kadar denyutan jantung anda meningkat pada tahap yang sederhana semasa melakukan aktiviti, ini menunjukkan aktiviti aerobik yang anda lakukan mempunyai intensiti yang sederhana seperti berjalan pantas. Contoh latihan ialah berjogging dan berbasikal)

    Latihan Anaerobik

    Latihan yang tidak memerlukan pengambilan oksigen yang mencukupi bagi mengekalkan aktiviti latihan yang berterusan, cukup sekadar atlit menggunakan pernafasan yang ada bagi menggantikan tenaga simpanan (latihan yang pendek seperti berlari untuk lompat tinggi)

    Latihan akut

    Latihan yang dijalankan secara ringkas dan pendek (30 minit).

    Latihan kronik Latihan jangka panjang (12 bulan).

    Aktiviti resistence Aktiviti yang meningkatkan kekuatan dan daya tahan otot sama ada dengan menggunakan alat khas atau menggunakan kaedah semulajadi seperti latihan angkat berat

    Selain daripada aktiviti latihan yang dinyatakan di atas, di bawah ini disenaraikan jenis-jenis aktiviti fizikal yang bersifat sederhana dan lasak yang boleh anda amalkan dalam kehidupan seharian: Aktiviti Sederhana Aktiviti Lasak Aktiviti masa senggang

    Berjalan laju, menari rentak perlahan atau sederhana, berbasikal, berkayak

    Berjogging, berlari, basikal lasak, lompat bertali, dan berenang

    Aktiviti sukan Sukan golf, sofbol, badminton, pingpong

    Sukan tenis, bola tampar, bola keranjang, bola jarring, bola sepak.

    Aktiviti di rumah

    Berkebun, memotong rumput, membasuh kain yang sedikit, mencuci

    Membersihkan halaman rumah, membuat kerja rumah dengan intensity yang

  • 23

    kereta, bermain dengan anak, mengemas rumah

    tinggi.

    Aktiviti pekerjaan

    Khidmat pembantu rumah, mengemas restoran, berdiri dan berjalan semasa melakukan kerja

    Mengajar tarian, pekerjaan bertani, melakukan pergerakan yang berintensiti tinggi semasa berkerja.

    KEPENTINGAN PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN Kepentingan pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan dapat dilihat menerusi sumbangannya ke arah membina individu yang sihat dari aspek minda dan tubuh badan. Banyak kajian menunjukkan bahawa kekerapan melakukan latihan fizikal boleh meningkatkan kesan psikologi manusia seperti mengurangkan kesan negatif seperti kemurungan, kebimbangan dan tekanan, meningkatkan kesan positif seperti keyakinan diri, semangat dan kesejahteraan hidup, dan menjadi salah satu cara latihan psikoterapi dan penghalang kebergantungan terhadap pengambilan dadah dalam rawatan penyakit kecelaruan emosi. Sebagai contoh, kajian mendapati bahawa latihan yang menggunakan kedua-dua acute aerobic exercise dan resistance exercise efektif dalam mengurangkan kebimbangan (Hale, Koch & Raglin, 2000). Mungkin dalam sesetengah kes, kebimbangan tidak terus berkurang tetapi mengambil masa 30 hingga 90 min selepas latihan yang dikenali sebagai delayed anxiolytic effect iaitu kelewatan pengurangan kebimbangan disebabkan faktor intensiti latihan atau komponen kebangkitan dalam kebimbangan itu sendiri (Cox, et al, 2000). Perbincangan tentang kepentingan pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan merangkumi tiga aspek penting kehidupan manusia iaitu kepentingan fizikal, kognitif dan afektif. Selain itu, perbincangan ini turut menjelaskan sumbangan dari dua konteks yang berbeza iaitu pendidikan jasmani dan kesihatan secara am yang meliputi keperluan dalam kehidupan individu seharian dan juga pendidikan jasmani dan kesihatan secara khusus, iaitu kepentingannya terhadap perkembangan individu mengikut peringkat usia.. Kepentingan Fizikal

    Pendidikan jasmani dan kesihatan memberi peluang kepada individu dan masyarakat untuk meningkatkan tahap kecergasan dan kefahaman tentang kepentingan melakukan aktiviti fizikal. Kesedaran tentang kepentingan pendidikan jasmani dan kesihatan ke atas fizikal ini membantu dalam usaha pencegahan penyakit merbahaya, kawalan keselamatan diri dan mengelak dari mengalami kecederaan, di samping dapat mengurangkan kadar kehidupan yang tidak sihat dan kematian serta meningkatkan tahap kesihatan mental. Pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan mendidik individu supaya melakukan senaman dengan kerap bagi mengawal diri dari terdedah dengan gejala penyakit

    Gaya Hidup Sedentari: Kehidupan yang tidak aktif,

    kurang melakukan senaman dan aktiviti fizikal.

    Berlaku di kalangan masyarakat di negara membangun dan sedang membangun.

    Aktiviti duduk, membaca, menonton televisyen, aktiviti komputer seperti menaip dan bermain permainan video sepanjang hari tanpa melakukan aktiviti fizikal.

  • 24

    merbahaya. Dewasa ini, kebanyakan doktor bersetuju bahawa faktor obesiti merupakan punca kepada banyak gejala penyakit. Tanpa pengurusan diet yang betul dan pengambilan makanan yang berlebihan, serta ditambah lagi dengan gaya hidup sedentari, masyarakat akan lebih terdedah dengan risiko penyakit merbahaya seperti penyakit jantung, darah tinggi dan kencing manis. Kepentingan terhadap fizikal individu dan masayarakat yang lain:

    Peringkat Kepentingan Rendah Pendidikan jasmani pada peringkat rendah lebih berfokus

    terhadap didikan dalam aspek pergerakan motor asas seperti kemahiran lokomotor dan bukan lokomotor, kemahiran manipulatif, kemahiran motor kasar dan halus. Pendidikan kesihatan pula lebih berfokus terhadap didikan awal dalam menjaga kebersihan diri seperti membasuh tangan, memberus gigi, dan berpakaian bersih.

    Pertengahan Remaja mengaplikasikan pergerakan asas dalam sukan yang diceburi. Dengan kekuatan serta kemahiran fizikal yang dimiliki membolehkan mereka mengikut pelbagai jenis sukan, aktiviti lasak dan mencabar serta aktiviti senggang dan rekreasi. Remaja mula mengenali potensi diri berdasarkan kekuatan dan kemahiran fizikal, sekaligus berupaya menetapkan pilihan aktiviti fizikal yang bersesuaian dengan potensi diri masing-masing.

    Tinggi Individu atau masyarakat dewasa yang terdidik dari aspek jasmani dan kesihatan akan mencapai tahap kematangan fizikal yang sihat dan positif dalam mengharungi kehidupan yang lebih kompleks. Pendidikan jasmani dan kesihatan memberi peluang untuk mereka memilih gaya kehidupan yang cergas dan sihat, dan berupaya melakukan aktiviti fizikal yang bersesuaian sebagai usaha untuk mengekalkan kualiti hidup yang sempurna.

    Kepentingan Kognitif Pendidikan jasmani dan kesihatan dapat diterapkan ke dalam minda masyarakat melalui medium visual, auditori, dan taktil. Pembentukan skema mental melalui interaksi antara fizikal dan alam sekitar melalui kaedah aktiviti fizikal dilihat berupaya menyelesaikan banyak

    masalah kehidupan. Kepentingan pendidikan jasmani dan kesihatan itu sendiri dapat dilihat berdasarkan kuapayaannya membentuk perkembangan minda yang sihat serta membantu individu untuk berfikir secara lebih rasional terhadap kepentingan memiliki gaya hidup yang sihat dan cergas.

    Visual Menggunakan kaedah melihat melalui poster, paparan slide, gambar rajah, peta minda tayangan video dan sebagainya.

  • 25

    Memang tidak dinafikan bahawa pendidikan jasmani dan kesihatan bertujuan untuk mendidik kesihatan fizikal individu. Fizikal yang sihat membolehkan individu berfungsi secara lebih berkualiti di dalam kehidupannya. Sebagai contoh, apabila tubuh badan sihat dan cergas, sistem jantung berupaya berfungsi dengan baik untuk mengalirkan darah dan kandungan oksigen yang berkualiti. Oleh itu lebih banyak nutrien yang dapat beredar di keseluruhan tubuh termasuk otak. Peredaran darah, oksigen serta nutrien yang stabil membantu dalam proses konsentrasi dan pengukuhan stamina individu untuk berfikir. Pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan juga meningkatkan keupayaan kognitif individu

    kerana banyak pengetahuan tentang sukan, aktiviti fizikal serta keperluan gaya hidup sihat dapat difahami dan di analisis dengan jelas bagi tujuan meningkatkan kesedaran minda terhadap kepentingannya. Program yang diaturkan untuk pendidikan jasmani dan kesihatan berupaya menyalurkan maklumat mengenai kepentingan kesihatan, pemakanan, garis panduan kesihatan dan latihan fizikal serta kepentingan menjaga kebersihan dalaman dan luaran. Selain itu, pengetahuan yang mendalam tentang pendidikan jasmani dan kesihatan juga menjadi asas kepada pembentukan personaliti sukan di kalangan individu. Kepentingan terhadap kognitif individu dan masyarakat yang lain:

    Peringkat Kepentingan

    Rendah Kajian menunjukkan kanak-kanak aktif belajar melalui pengalaman dan interaksi terhadap persekitaran. Pengalaman ini dapat dilalui melalui kaedah aktiviti fizikal apabila kanak-kanak memanipulasi fizikalnya untuk meneroka persiktaran bagi mendapatkan maklumat yang dikehendaki.

    Pertengahan Remaja mempunyai sifat ingin tahu yang sangat mendalam, lebih aktif dalam pembelajaran serta cenderung untuk berinteraksi dengan rakan sebaya melalui kaedah aktiviti fizikal seperti bermain, bersenam, dan berlatih sama ada bagi tujuan untuk memenuhi keperluan fizikal, emosi atau sosial. Kemahiran fizikal yang dimiliki digunakan sepenuhnya untuk menyelesaikan permasalahn hidup seharian.

    Tinggi Individu dewasa mempunyai kelebihan dalam aspek kematangan fikiran. Mereka lebih memahami tujuan aktiviti fizikal dan kesihatan dalam pencegahan penyakit dan kecederaan, serta berupaya membanding beza antara kebaikan dan keburukan sesuatu bentuk gaya hidup untuk kebaikan kehidupan sepanjang hayat. Individu yang matang dari aspek didikan jasmani dan kesihatan dapat memahami dengan baik fungsi mekanikal fizikal manusia, sistem fisiologi, peranan aktiviti fizikal dalam pengembangan sosial dan psikologi.

    Auditori Menggunakan kaedah mendengar melalui syarahan, rakaman suara, dan perbincangan.

    Taktil Menggunakan fizikal badan untuk melakukan pergerakan seperti menyentuh, memegang atau memanipulasi alat.

  • 26

    Kepentingan Afektif

    Keupayaan fizikal secara tidak langsung memberi kesan terhadap status penghargaan kendiri individu. Penghargaan kendiri yang positif dapat meningkatkan tahap kebolehan dan keyakinan diri dalam melakukan aktiviti fizikal sama ada dengan tujuan untuk bersukan, beriadah atau berekreasi, atau pun untuk menyelesaikan rutin tugas seharian.

    Sehubungan itu, sikap, tabiat dan persepsi

    adalah elemen utama yang perlu dipupuk supaya individu dan masyarakat dapat mengharagi nilai pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan dengan sebaik mungkin.

    Banyak juga nilai yang boleh dipelajari dari pendidikan jasmani dan kesihatan selain yang disebutkan di atas seperti nilai kerjasama, semangat berpasukan, semangat kesukanan, mengajar diri menerima kekalahan dan kekecewaan, dan merasa kegembiraan dan kepuasan.

    Kepentingan terhadap afektif individu dan masayarakat yang lain:

    Peringkat Kepentingan Rendah Penghargaan kendiri dari aspek fizikal amat penting bagi

    kanak-kanak kerana melaluinya mereka mendapat pengiktirafan daripada rakan sebaya dan dapt membina hubungan yang positif. Selain itu penglibatan yang positif dalam aktiviti fizikal juga dapat menyumbang kepada perasaan gembira dan berpuas hati di kalangan kanak-kanak. Berdasarkan teori psikososial, kanak-kanak mempunyai pelbagai inisiatif dalam kebanyakan aktivitinya. Jika didik dengan kaedah perlaksanaan inisiatif yang bagus, maka aktiviti yang dihasilkan menjadi lebih realistik dan bermakna, serts dapat mengelakkan rasa bersalah sekiranya aktiviti yang dihasilkan tidak menjadi (Schultz & Schultz, 2005).

    Sikap Gambaran mental dan penilaian individu terhadap ciri-ciri persekitaran Tabiat Tingkah laku yang berterusan dan sering kali melakukan sesuatu perkara yang sama ianya menjadi rutin harian seseorang individu itu. Persepsi: Tanggapan awal individu mengenai persekitarannya.

    Penghargaan kendiri merujuk kepada penilaian individu atau pandangan peribadinya terhadap keupayaan diri sendiri. Keyakinan diri Keyakinan diri merujuk kepada konsep psikososial yang berkaitan keyakinan individu terhadap penilaian peribadinya, kebolehan, keupayaan serta kuasa yang dimilikinya.

  • 27

    Pertengahan Pada peringkat pertengahan, pendidikan jasmani dan

    pendidikan kesihatan dapat memperkembangkan ciri-ciri kepimpinan, nilai sosialisasi dan kemahiran penetapan matlamat di kalangan individu. Penglibatan dalam aktiviti fizikal dapat membantu dalam mengawal emosi dan mood, serta menjadi penentu dalam inseks kesejahteraan psikologi secara keseluruhannya. Selain itu, keaktifan diri juga menjadi pemangkin kepada darjah motivasi seseorang. Aktiviti fizikal juga menggalakkan semangat perpasukan, nilai kerjasama dan semangat kesukanan di kalangan individu.

    Tinggi Individu dewasa melibatkan diri dalam aktiviti fizikal dan memperuntukkan nilai penghargaan ke atas status kesihatannya kerana untuk memenuhi keperluan peribadinya. dalam konteks ini, faktor sikap, tabiat dan persepsi memainkan peranan yang penting dalam mengekalkan pendekatan gaya hidup sihat di kalangan individu.

    Sebagai pendidik dalam bidang pendidikan jasmani dan kesihatan, apakah sumbangan yang boleh anda berikan dalam memupuk aspek fizikal, kognitif dan afektif di kalangan individu masyarakat melalui program pendidikan jasmani

    dan kesihatan yang anda jalankan? Senaraikan sumbangan tersebut.

    Fizikal Kognitif Afektif 1.

    1.

    1.

    2.

    2.

    2.

    3.

    3.

    3.

    4.

    4.

    4.

    5.

    5.

    5.

  • 28

    APAKAH KONSEP PENTING YANG BERKAITAN DENGAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN?

    Pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan mempunyai komponen yang penting ke arah pelaksanaannya dan tujuannya untuk mendidik masyarakat supaya menghargai kecergasan fizikal dan kesejahteraan diri. Komponen tersebut ialah aktiviti fizikal, kecergasan fizikal, kecergasan berlandaskan kesihatan, kecergasan berlandaskan kemahiran, kesihatan dan kesejahteraan hidup. Untuk membentuk sikap, tabiat dan persepsi positif, maka tujuan pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan haruslah berfokus ke arah

    mengoptimumkan kualiti hidup masyarakat melalui komitmen yang berpanjangan untuk melakukan aktiviti fizikal dan pengalaman sukan. Aktiviti Fizikal Merangkumi semua pergerakan fizikal yang boleh

    menyumbang ke arah peningkatan tahap kesihatan.

    Kecergasan Fizikal

    Dibentuk melalui latihan daya tahan dan bebanan yang mencukupi kadar kekerapan, kekuatan, dan jangka masa untuk meningkatkan keupayaan jantung dan fungsi tubuh badan.

    Kecergasan berlandaskan kesihatan

    Tahap kecergasan yang diukur berdasarkan daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot, kekuatan otot, kelembutan, dan komposisi lemak badan.

    Kecergasan berlandaskan kemahiran

    Tahap kecergasan yang diukur berdasarkan keupayaan melakukan pergerakan fizikal dari aspek ketangkasan, kekuatan, kuasa, koordinasi, imbangan dan masa reaksi.

    Kesihatan Kesejahteraan tubuh badan dan minda yang diukur berdasarkan ketiadaan kesakitan dan penyakit.

    Kesejahteraan hidup

    Faktor kognitif, emosi, rohani dan fizikal yang mempengaruhi tingkah laku yang sihat.

    Gaya Hidup Aktif Gaya hidup yang menyumbang ke arah kesejahteraan fizikal, mental dan sosial dengan melibatkan diri dalam aktiviti fizikal dan senaman secara kerap sekurang-kurangnya 3 hingga 5 kali seminggu.

  • 29

    Pernahkah anda menilai tahap kesihatan diri anda? Cuba anda lakukan penilaian kendiri ini dan kenal pasti tahap kesihatan anda sendiri.

    1 Ketahui risiko berat badan anda. Dapatkan Indeks Jisim Tubuh anda dengan berpandukan formula di bawah, kemudian kenalpasti status BMI anda berdasarkan skala yang disediakan. Formula: Indeks Jisim Tubuh (BMI) = Berat badan (kg) [Ketinggian (m) x Ketinggian (m)]2 Skala BMI:

    Panduan Mengira BMI Kurang dari < 20 Kurang berat badan

    20 hingga 25 Berat badan unggul 25 hingga 30 Berlebihan berat badan

    Lebih dari > 30 Obesiti

    2 Adakah anda mengamalkan gaya hidup yang aktif? Diri anda berada dalam kategori gaya hidup: Sedentari : Melakukan sedikit aktiviti fizikal atau senaman, atau langsung tidak

    melakukan aktiviti fizikal atau senaman

    Aktif : Kerap melakukan aktiviti fizikal atau senaman sekurang-kurangnya 3 hingga 5 kali seminggu.

    Sangat aktif : Selalu melakukan aktiviti fizikal atau senaman, dan melibatkan diri dalam aktiviti lasak.

    3 Sejauh manakah tahap kesihatan mental anda? Anda boleh mengenalpasti status kesihatan mental anda dengan cuba menjawab soal selidik berikut:

    DAS S 21 Nama: Tarikh: Sila baca setiap kenyataan di bawah dan bulatkan pada nombor 0,1,2 atau 3 bagi menggambarkan keadaan anda sepanjang minggu yang lalu. Tiada jawapan yang betul atau salah. Jangan mengambil masa yang terlalu lama untuk menjawab mana-mana kenyataan. Skala pemarkahan adalah seperti berikut:

    0 Tidak langsung menggambarkan keadaan saya 1 Sedikit atau jarang-jarang menggambarkan keadaan saya. 2 Banyak atau kerapkali menggambarkan keadaan saya. 3 Sangat banyak atau sangat kerap menggambarkan keadaan saya

  • 30

    1 Saya dapati diri saya sukar ditenteramkan 0 1 2 3

    2 Saya sedar mulut saya terasa kering 0 1 2 3

    3 Saya tidak dapat mengalami perasaan positif sama sekali 0 1 2 3

    4 Saya mengalami kesukaran bernafas (contohnya pernafasan yang laju, tercungap-cungap walaupun tidak melakukan senaman fizikal)

    0 1 2 3

    5 Saya sukar untuk mendapatkan semangat bagi melakukan sesuatu perkara

    0 1 2 3

    6 Saya cenderung untuk bertindak keterlaluan dalam sesuatu keadaan 0 1 2 3

    7 Saya rasa menggeletar (contohnya pada tangan) 0 1 2 3

    8 Saya rasa saya menggunakan banyak tenaga dalam keadaan cemas 0 1 2 3

    9 Saya bimbang keadaan di mana saya mungkin menjadi panik dan melakukan perkara yang membodohkan diri sendiri

    0 1 2 3

    10 Saya rasa saya tidak mempunyai apa-apa untuk diharapkan 0 1 2 3

    11 Saya dapati diri saya semakin gelisah 0 1 2 3

    12 Saya rasa sukar untuk relaks 0 1 2 3

    13 Saya rasa sedih dan murung 0 1 2 3

    14 Saya tidak dapat menahan sabar dengan perkara yang menghalang saya meneruskan apa yang saya lakukan

    0 1 2 3

    15 Saya rasa hampir-hampir menjadi panik/cemas 0 1 2 3

    16 Saya tidak bersemangat dengan apa jua yang saya lakukan. 0 1 2 3

    17 Saya tidak begitu berharga sebagai seorang individu 0 1 2 3

    18 Saya rasa yang saya mudah tersentuh 0 1 2 3

    19 Saya sedar tindakbalas jantung saya walaupun tidak melakukan aktiviti fizikal (contohnya kadar denyutan jantung bertambah, atau denyutan jantung berkurangan)

    0 1 2 3

    20 Saya berasa takut tanpa sebab yang munasabah 0 1 2 3

    21 Saya rasa hidup ini tidak bermakna 0 1 2 3

    Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia (2010)

  • 31

    RUMUSAN Pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan bertujuan untuk mendidik individu dan masyarakat tentang kepentingan meningkat kualiti hidup dan kesejahteraan fizikal. Individu aktif mengamalkan gaya hidup aktif dengan melakukan aktiviti fizikal dan senaman, serta melibatkan diri dalam aktiviti yang lasak dan mencabar, berbanding individu yang mengamalkan gaya hidup sedentari, mereka sedikit sahaja atau langsung tidak melibatkan diri dalam aktiviti fizikal dan senaman. Individu yang terdidik jasmani dan kesihatannya mempunyai sikap, tabiat dan persepsi yang positif terhadap usaha menjaga kesihatan diri. Mereka lebih matang dalam menilai gaya hidup yang sihat bagi mengekalkan status kualiti hidup yang sempurna. Kesedaran tentang kepentingan pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan harus diterapkan ke dalam diri individu dan masyarakat kerana dewasa ini banyak faktor yang menyumbang ke arah masalah kesihatan seperti faktor gaya pemakanan yang tidak sihat, gaya hidup moden yang penuh santai, faktor kesibukan kerja, dan peningkatan tahap stres akibat tekanan hidup seharian, KATA KUNCI Pendidikan jasmani Pendidikan kesihatan Sukan Latihan Main Permainan Aktiviti fizikal

    Kecergasan fizikal Aktiviti senggang Aktiviti rekreasi Kualiti hidup Gaya hidup sedentari Gaya hidup aktif

    PENILAIAN KENDIRI 6. Huraikan definisi pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan. 7. Jelaskan kepentingan pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan terhadap individu

    berdasarkan peringkat kehidupan. 8. Bezakan antara gaya hidup sedentari, gaya hidup aktif dan gaya hidup sangat aktif, dan

    berikan contoh. 9. Bincangkan bagaimana pendidikan jasmani dan kesihatan boleh menyumbang ke arah

    peningkatan kualiti hidup. 10. Fikirkan satu program yang boleh dilaksanakan bertujuan untuk mendidik minda

    masyarakat supaya lebih menghargai pendidikan jasmani dan kesihatan. Nyatakan aktiviti yang boleh dijalankan, serta objektifnya.

    RUJUKAN Brown, D. W., Balluz, L. S., Heath, G. W., Moriarty, D. G., Ford, E.S., Giles, W. H., &

    Mokdad, A. H. (2003). Associations between recommended levels of physical activity and health-related quality of life: Findings from the 2001 Behavioral Risk Factor Surveillance System (BRFSS) survey. Prev Med. 37, 520-528.

    Lumpkin, A. (2005). Introduction to physical education, exercise science, and sport studies.

    New York: Mc GrawHill.

  • 32

    Rejeski, W. J, & Mihalko, S. L. (2001). Physical activity and quality of life in older adults. J

    Gerontol A Biol Sci Med Sci 2001, 56:23-35. Shumaker, S. A, Anderson, R. T, & Czajkowski, S. M. (1990). Psychological tests and

    scales. In Quality of life assessment in clinical trials. Edited by Spilker B. New York: Raven Press. 95-113.

    Singh, N. A, Clements, K. M, & Fiatarone, M. A. (1997). A randomized controlled trial of

    progressive resistance training in depressed elders. J Gerontol A Biol Sci Med Sci. 2, 27-35.

    Lavie, C. J, Milani, R. V. (1997). Effects of cardiac rehabilitation, exercise training, and

    weight reduction on exercise capacity, coronary risk factors, behavioral characteristics, and quality of life in obese coronary patients. Am J Cardiol, 79, 397-401.

    Wehler, M., Geise, A., Hadzionerovic, D., Aljukic, E., Reulbach, U., Hahn, E. G., & Strauss,

    R. (2003). Health-related quality of life of patients with multiple organ dysfunctions: individual changes and comparison with normative population. Crit Care Med, 31, 1094-1101.

  • 33

    UNIT 3

    KONSEP PEMIKIRAN ARUS PERDANA ANTARA KURIKULUM LAMA DENGAN BAHARU

    HASIL PEMBELAJARAN 1. Pelajar dapat senaraikan kronologi sejarah pembentukan kurikulum dalam pendidikan

    negara bermula dari zaman kolonial sehingga kini. 2. Pelajar dapat menjelaskan konsep pemikiran arus perdana dalam konteks pembentukan

    kurikulum berasaskan standard. 3. Pelajar dapat membandingkan konsep kurikulum lama dengan baharu dalam mata

    pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. 4. Pelajar dapat melakar peta konsep tentang perkembangan kurikulum sekolah rendah

    dari Kurikulum Baru Sekolah Rendah sehingga Kurikulum Standard Sekolah Rendah. PENGENALAN Tahun 1986 hingga awal tahun 1991 merupakan sejarah dalam pendidikan negara di mana Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah berusaha menangani cabaran perkembangan semasa untuk meningkatkan kualiti pendidikan agar setaraf dengan negaranegara maju. Pada tahun tersebut, perlaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) adalah susulan daripada perubahan yang dilakukan KPM hasil dari Laporan Jawatankuasa Kabinet mengenai perlaksanaan Dasar Pelajaran yang dikeluarkan pada tahun 1979. Berikutan itu, KPM telah mengambil langkah dengan melaksanakan perakuan yang terkandung dalam laporan tersebut. Oleh yang demikian, kurikulum di peringkat rendah dan menengah telah dikaji dan digubal semula dengan tujuan untuk meningkatkan lagi mutu pendidikan negara. Kini, sekali lagi KPM melaksanakan transformasi sistem pendidikan bagi meningkatkan kualiti akademik, kokurikulum dan pembangunan sahsiah pelajar. Transformasi tersebut melibatkan beberapa perubahan dari segi kurikulum dan sistem peperiksaan sekolah. Perubahan dari segi kandungan kurikulum yang lebih menarik dan seronok serta tidak membebankan pelajar dan sistem penilaian yang tidak hanya berasaskan peperiksaan. Melalui mekanisme transformasi itu, KPM mengharapkan lebih ramai pelajar yang bermutu, berilmu pengetahuan dan berdisiplin dapat dilahirkan menjelang tahun 2020. Produktiviti pelajar-pelajar ini memang amat diperlukan oleh negara menjelang tahun 2020 untuk kemajuan negara yang lebih mantap. Sejarah Kurikulum Baru Sekolah Rendah Penggubalan semula Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dahulunya hanya dikenali sebagai Falsafah Pendidikan, menyebabkan berlakunya keperluan untuk mengkaji semula keseluruhan sistem dalam pendidikan kebangsaan. Kesinambungan daripada perubahan ini, maka terhasilnya Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) yang telah dilancarkan

  • 34

    sepenuhnya pada tahun 1983. Kurikulum ini digubal bagi memastikan setiap pelajar diberi peluang untuk mendapatkan kemahiran, pengetahuan, nilai, sikap dan amalan kehidupan yang diperlukan. Falsafah KBSR ialah memberi pendidikan yang bercorak pendidikan asas dengan penegasan terhadap kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. KBSR turut memberi penekanan terhadap perkembangan individu secara menyeluruh dan seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial serta pemupukan dan perkembangan bakat seseorang individu itu. Objektif pembentukan KBSR yang perlu dicapai ialah (a) pelajar dapat menguasai dan menghargai Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan sebagai alat perpaduan dengan baik dan memuaskan, (b) pelajar dapat menguasai kemahiran asas bahasa iaitu kemahiran bertutur, membaca dan menulis dalam bahasa pengantar sekolah rendah iaitu Bahasa Melayu, (c) pembinaan sikap dan perlakuan yang baik berpandukan nilainilai kemanusiaan dan kerohanian yang berlandaskan Rukun Negara yang dapat dipupuk dikalangan pelajar, (d) pelajar dapat bergaul, menghargai hak dan kebolehan orang lain serta mempunyai semangat kerjasama dan toleransi, dan (e) pelajar dapat menambahkan ilmu pengetahuan, kefahaman, minat serta kepekaan terhadap manusia dan alam sekitar. KBSR dibahagikan kepada tiga bidang asas iaitu bidang komunikasi, bidang kemanusiaan dengan persekitaran dan bidang perkembangan diri individu. Bidang komunikasi pada asasnya terdiri daripada komponen Kemahiran Asas yang mengandungi mata pelajaran Bahasa iaitu Bahasa Melayu, Cina, Tamil dan Inggeris serta mata pelajaran Matematik. Bidang Kemanusiaan dan Alam Sekitar pula terbahagi kepada dua komponen iaitu Kerohanian, Nilai dan Sikap serta Komponen Kemanusiaan dengan Alam. Mata pelajaran yang mewakili bidang ini ialah mata pelajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral. Bidang yang ketiga pula iaitu bidang perkembangan diri individu terdiri daripada komponen Kesenian dan Reakreasi yang mengandungi mata pelajaran Muzik, Pendidikan Seni dan Pendidikan Jasmani. Berdasarkan perkara yang berkaitan di atas, maka jelaslah bahawa matlamat pendidikan KBSR di sekolah rendah untuk memastikan perkembangan pelajar secara menyeluruh dari aspek intelek, rohani, jasmani, emosi, bakat, akhlak, nilainilai estetika dan sosial selaras dengan falsafah dan dasar pendidikan negara iaitu untuk membangunkan negara dan menyemai perpaduan kaum yang kukuh serta integrasi nasional melalui sistem pendidikan yang tersusun dan bersistematik.

    Senaraikan kronologi sejarah pembentukan kurikulum dalam pendidikan Negara bermula dari zaman kolonial sehingga kini. ______________________________________________________________

    ______________________________________________________________

    Matlamat dan Tujuan Matlamat pendidikan sekolah rendah adalah untuk memastikan perkembangan potensi pelajar secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu. Perkembangan ini meliputi aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia. Bagi mencapai matlamat tersebut, pendidikan di peringkat rendah bertujuan untuk membolehkan pelajar;

    i. menguasai bahasa Melayu sesuai dengan kedudukannya sebagai Bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi negara;

  • 35

    ii. menguasai kemahiran asas berbahasa iaitu bertutur, membaca dan menulis dalam bahasa pengantar sekolah;

    iii. menguasai asas yang kukuh dalam kemahiran mengira dan menggunakannya dalam menyelesaikan masalah harian;

    iv. menguasai kemahiran belajar; v. menguasai kemahiran berfikir; vi. bertutur, membaca, menulis dan memahami bahasa Inggeris selaras dengan

    kedudukannya sebagai bahasa kedua; vii. memperolehi ilmu pengetahuan dan berusaha menambahnya; viii. membina daya kepimpinan dan daya keyakinan diri; ix. mempunyai pengetahuan, kefahaman, minat serta kepekaan terhadap

    manusia dan alam sekitar; x. menguasai kemahiran sainstifik dan teknikal; xi. memahami, meminati, menikmati dan menyertai aktiviti-aktiviti amal, kesenian

    dan rekreasi dalam lingkungan kebudayaan nasional; xii. menjaga kesihatan dan kecergasan diri; xiii. menguasai kemahiran serta membina minat dan sikap yang positif terhadap

    keusahawanan dan produktiviti; xiv. menguasai kemahiran membaca, menghafaz dan memahami pengertian

    ayat-ayat tertentu dalam Al-Quran bagi pelajar Islam; xv. menyakini asas-asas keimanan, mengerjakan amal ibadat dan mengamalkan

    akhlak mulia; xvi. membina semangat patriotisme; xvii. mengembangkan bakat dan kreativiti; dan xviii. mengamalkan sikap dan perlakuan berpandukan nilai-nilai murni yang

    menjadikannya asas bagi amalan hidup.

    Prinsip KBSR digubal berlandaskan prinsip-prinsip berikut yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu: a) Pendekatan bersepadu; b) Perkembangan individu secara menyeluruh; c) Pendidikan yang sama untuk semua pelajar; dan d) Pendidikan seumur hidup.

    Justeru itu, aktiviti pembelajaran harus dihubungkaitkan dengan pengalaman hidup mengikut peringkat perkembangan dan pertumbuhan pelajar berdasarkan perkara berikut: a) Suasana kondusif sekolah adalah untuk memberi peluang dan galakkan interaksi

    sosial, bertukar pendapat dan kerjasama dalam kalangan pelajar. b) Aktiviti di bilik darjah harus membolehkan pelajar mengembangkan pemikiran

    kritis dan kreatif serta melibatkan diri secara aktif dalam proses menguasai kemahiran asas.

    c) Aktiviti organisasi dan pengurusan bilik darjah perlu fleksibel. d) Penekanan kepada nilai (merentas kurikulum). e) Penguasaan 3M (membaca, menulis dan mengira).

  • 36

    f) Penilaian perlu di intergrasikan dalam semua aktiviti pembelajaran dalam bilik darjah.

    g) Penekanan kepada Fokus Tahap I dan Fokus Tahap II. Fokus Tahap I: Penguasaan kemahiran asas berbahasa (mendengar, bertutur, membaca dan

    menulis); Penguasaan nombor dan operasi asas mengira; Mengenal huruf serta membaca, menghafaz dan menghayati ayat-ayat Al-

    Quran; Menyedari dan memahami norma dan nilai murni masyarakat.

    Fokus Tahap II: Pengukuhan kemahiran asas berbahasa; Pengukuhan kemahiran asas operasi matematik dan penyelesaian masalah; Pemerolehan pengetahuan dan kemahiran-kemahiran lain; Kemahiran Belajar serta Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif; Membaca, menghafaz, memahami dan menghayati pengajaran Al-Quran; Menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni.

    Struktur Struktur KBSR terdiri daripada tiga bidang iaitu: 1) Bidang Komunikasi

    Bahasa Melayu; Bahasa Inggeris; Bahasa Cina; Bahasa Tamil; dan Matematik.

    2) Bidang Manusia dan Alam Kelilingnya

    Pendidikan Islam; Pendidikan Moral; Sains; dan Kajian Tempatan.

    3) Bidang Perkembangan Diri Individu

    Kemahiran Hidup; Pendidikan Muzik; Pendidikan Seni; Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan.

  • 37

    Tiga bidang tersebut dibahagi pula kepada enam komponen yang menjadi teras kepada struktur KBSR. Komponen-komponen tersebut ialah:

    i. Kemahiran Asas; ii. Manusia dengan Persekitaran; iii. Kesenian dan Kesihatan; iv. Kerohanian, Nilai dan Sikap; v. Kemahiran Hidup; dan vi. Kokurikulum.

    Bidang Pelajaran

    Bidang

    Komponen Mata Pelajaran

    Fasa 1 Fasa 2 Komunikasi Kemahiran Asas Bahasa Melayu

    Bahasa Inggeris Bahasa Cina Bahasa Tamil

    Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Bahasa Cina Bahasa Tamil

    Matematik Matematik Manusia

    dan Persekitaran

    Sikap , Nilai dan Spiritual

    Pendidikan Islam Pendidikan Moral

    Pendidikan Islam Pendidikan Moral

    -

    Sains Kajian Tempatan

    Perkembangan Diri Individu

    Kemahiran Hidup Seni dan Riadah

    Kokurikulum

    - Kemahiran Hidup Pendidikan Muzik Pendidikan Muzik Pendidikan Seni Pendidikan Seni Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan

    Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan

    Peruntukan Masa

    Mata Pelajaran

    Sekolah Kebangsaan Sekolah Jenis Kebangsaan Tahap 1 Tahap 2 Tahap 1 Tahap 2

    Bahasa Melayu 50 50 50 00 00 00 70 70 70 50 50 50 Bahasa Inggeris 40 40 40 10 10 10 - - 0 0 0 0 Bahasa Cina/Tamil - - - - - - 50 50 50 00 00 00 Sains

    - - - 50 50 50 - - - 50 50 50 Matematik

    10 10 10 10 10 10 10 10 10 10 10 10 Pend. Islam/Moral 80 80 80 80 80 80 50 50 50 50 50 50 Pendidikan Seni 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 Pendidikan Muzik 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 Kemahiran Hidup - - - 0 0 0 - - - 0 0 0

  • 38

    Kajian Tempatan - - - 20 20 20 - - - 20 20 20 Pend. Jas. & Kes. 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0

    Perhimpunan 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0

    Pilihan Guru Besar 0 0 0 - - - 0 0 0 - - - JUMLAH

    350 350 350 440 440 440 350 350 350 440 440 440 KONSEP PEMIKIRAN ARUS PERDANA DI ANTARA KURIKULUM LAMA DENGAN BAHARU Transformasi kurikulum persekolahan merupakan usaha menyusun semula dan menambah baik kurikulum sedia ada bagi memastikan pelajar dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa bagi menghadapi cabaran abad ke-21. Dalam proses transformasi kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah membuat penanda aras dengan kurikulum negara maju bagi memastikan kurikulum persekolahan kebangsaan setanding dengan pendidikan global. Melalui trasformasi kurikulum, Kurikululum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) diperkukuh serta ditambah baik dan dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). KBSR telah disemak semula bagi memastikan pelajar dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa. Perbandingan Kurikulum Lama dan Baharu Pelaksanaan transformasi pendidikan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia adalah bertujuan meningkatkan kualiti akademik, kokurikulum dan pembangunan sahsiah pelajar. Pelaksanaan transfomasi pendidikan ini melahirkan kandungan kurikulum baharu bagi sekolah rendah iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). KSSR dilaksanakan pada tahun 2011 dan sebagai permulaan pelajar tahun satu sebagai pelajar pertama yang menerima kandungan kurikulum baharu ini. Jika kurikulum lama iaitu KBSR hanya menekankan 3M, (membaca, menulis dan mengira) tetapi KSSR telah menambah 1M iaitu menaakul. Kemahiran berfikir menaakul adalah sebagai pelincir dalam membantu pelajar membuat pertimbangan secara logik dan rasional kepada semua kemahiran berfikir dan strategi berfikir. Kemahiran menaakul digunakan untuk meningkatkan keberkesanan terhadap:

    a. Membuat interprestasi, analisis, sintesis, penilaian, pengitlakan dan kesimpulan. b. Membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Kemahiran berfikir menaakul terbahagi kepada dua iaitu: a. Penaakulan secara deduktif.

    Membuat pertimbangan dari satu situasi umum ke beberapa contoh atau situasi yang spesifik.

    b. Penaakulan secara induktif. Membuat pertimbangan dari beberapa contoh atau situasi spesifik untuk membuat satu kesimpulan atau pengitlakan.

  • 39

    Jadual 3.1: Perbandingan antara kurikulum lama (KBSR) dengan kurikulum baharu (KSSR).

    KBSR KSSR Reka bentuk kurikulum berasaskan tiga bidang: Komunikasi

    Manusia dan alam sekeliling

    Perkembangan diri individu

    Reka bentuk kurikulum berasaskan enam tunjang: Komunikasi

    Kerohanian, sikap dan nilai

    Kemanusiaan

    Perkembangan fizikal dan estetika

    Sains dan teknologi

    Keterampilan diri

    Bahan kurikulum: Sukatan Pelajaran

    Bahan kurikulum: Dokumen Standard Kurikulum

    Reka bentuk kurikulum: Linear

    Reka bentuk kurikulum: Modular

    Organisasi kurikulum: Tahap I (Tahun 1, 2 dan 3) Mata pelajaran Teras, Wajib dan Tambahan Tahap II (Tahun 4, 5 dan 6) Mata pelajaran Teras, Wajib dan Tambahan

    Organisasi kuriikulum: Tahap I (Tahun 1,2 dan 3) Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul Elektif Tahap II (Tahun 4, 5 dan 6) Mata pelajaran Teras dan Elektif

    Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif

    Elemen Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi (lCT) secara eksplisit.

    Fokus: 3M (Membaca, menulis, mengira)

    Fokus: 4M (Membaca, menulis, mengira dan menaakul)

    Mengapa Standard? Terdapat beberapa sebab dan tujuan standard diwujudkan dalam KSSR ini. Antaranya ialah memastikan semua pelajar melepasi standard yang ditetapkan. Standard kandungan ialah pernyataan spesifik tentang perkara yang pelajar patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan yang merangkumi kemahiran, pengetahuan dan nilai. Standard pembelajaran merupakan penetapan kriteria atau indikator pencapaian seti