penilaian

7
TUGASAN SEMESTER MEI 2013 KOD KURSUS ECT 312 TAJUK KURSUS PENILAIAN DAN PENGUJIAN DALAM BILIK DARJAH PROGRAM SARJANA MUDA PENDIDIKAN NAMA PELAJAR HALUYAH@MAIMON BINTI SINJAN NO. MATRIK E 30209120881 NAMA FASILITATOR AKADEMIK MS. HII SOON BEE PUSAT PEMBELAJARAN AeU CAWANGAN BINTULU

Upload: haluyahmaimon-bt-sinjan

Post on 03-Jan-2016

509 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: pENILAIAN

TUGASAN SEMESTER

MEI

2013

KOD KURSUS

ECT 312

TAJUK KURSUS PENILAIAN DAN PENGUJIAN DALAM BILIK DARJAH

PROGRAM SARJANA MUDA PENDIDIKAN

NAMA PELAJAR HALUYAH@MAIMON BINTI SINJAN

NO. MATRIK E 30209120881

NAMA FASILITATORAKADEMIK MS. HII SOON BEE

PUSAT PEMBELAJARAN AeU CAWANGAN BINTULU

Page 2: pENILAIAN

Bahagian A:

Tulis satu esei bertajuk: Cabaran-Cabaran Melaksankan Pentaksiran Berasaskan Sekolah

(PBS) dan Cara-Cara Mengatasinya

Perincian Tugasan

Panduan:

Esei ini hendaklah merupakan pandangan (atau pengalaman jika sesuai) anda dengan

PBS

Tumpukan esei anda kepada aspek-aspek berikut sahaja:

Pelaksanaan Dokumen standard prestasi

Pelaksanaan Eviden

Pelaksanaan konsep ‘Band’ dalam bilik darjah

Page 3: pENILAIAN

Soalan 1 : Esei

Cabaran-Cabaran Melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan

Cara-Cara Mengatasainya.

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) ialah sebahagian proses perubahan konsep pentaksiran

yang terlaksana di seluruh dunia. Finland misalnya telah melaksanakan PBS tanpa peperiksaan

secara berpusat dalam tempoh sembilan tahun persekolahan  awal kanak-kanak. Australia, Hong

Kong dan New Zealand juga boleh dianggap berjaya melaksanakan PBS secara sistematik.

Kepesatan perubahan persekitaran pendidikan, dinamika masyarakat dan industri bererti PBS

ialah suatu keperluan yang kritikal dan segera. Proses perubahan sentiasa menggugat status

quo dan kelompok zon selesa. Pembaharuan akan mengakibatkan kehilangan kedudukan,

kebiasaan dan kepakaran lama. Usaha menarik perhatian ke arah melemahkan rintangan terhadap

perubahan dan mengukuhkan daya pacu perubahan perlu dikendalikan secara paling bijaksana,

sabar, terperinci, sistematik,cermat dan hormat.

Kepercayaan terhadap pelaksanaan PBS sebagai ganti sistem pentaksiran berpusat LPM dan

MPM sepenuhnya perlu dipupuk dalam kalangan murid, guru dan masyarakat. Murid akan lebih

bertanggungjawab terhadap proses pembelajaran kendiri, guru dengan tanggungjawab ikhtisas

dan masyarakat menerima PBS sebagai kayu ukur pencapaian pembelajaran murid. Pihak

Lembaga Peperiksaan Malaysia dan Majlis Peperiksaan Malaysia pula akan bertindak sebagai

pemantau, penyelaras dan penjaga kesahan, serta kebolehpercayaan PBS kepada semua pihak

yang berkepentingan. Namun, dari segi pelaksanaannya, masih belum menunjukkan kejayaan

yang sepenuhnya. Pelbagai punca, kekangan dan masalah yang menjejaskan pelaksanaan PBS di

sekolah antaranya dari segi faktor amalan profesionalisme dan falsafah pegangan guru dan faktor

budaya, tradisi, kepimpinan dalam pendidikan termasuk kesesuaian acuan penilaian dan amalan

birokrasi yang perlu mengambil kira keperluan pelajar. Sebagai contoh, jika PBS dilaksanakan

sepenuhnya untuk menggantikan  UPSR masalah timbul untuk menilai gred murid bagi

kemasukan ke sekolah elit seperti Maktab Rendah Sains Mara , Sekolah Berasrama Penuh dan

sebagainya. Selain itu, pelbagai isu lain juga timbul di mana ianya dikatakan membebankan

guru. Tugas-tugas guru yang sedia banyak akan dibebankan lagi dengan pelbagai jenis folio dan

Page 4: pENILAIAN

dokumen berkaitan yang perlu disediakan dan dilaksanakan. Bilangan pelajar yang ramai juga

menyebabkan guru tidak cukup masa untuk melaksanakan PBS dengan sistematik. Guru boleh

juga dilabel sebagai "kerani" dengan bebanan tugas yang banyak ini. 

Pelaksanaan Dokumen standard prestasi

  Dokumen Standard Prestasi bagi mata pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Rendah

[KSSR] dibina sebagai panduan untuk guru menambahbaik Pentaksiran Sekolah sejajar

dengan pelaksanaan Pentaksiran Rujukan Standard.Pentaksiran Rujukan Standard merupakan

proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu dan boleh buat atau telah

menguasai apa yang dipelajari mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan

oleh kurikulum mata pelajaran ini. Adalah diharapkan dokumen ini dapat memberi maklumat

yang lengkap dan tepat kepada guru tentang hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang

menekankan tentang pembinaan modal insan yang berteraskan kepada pembangunan jasmani,

emosi, rohani, intelek dan sosial.

TAFSIRAN

Band ialah satu label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang

disusun secara hierarki digunakan bagi tujuan pelaporanindividu.

Standard ialah satu pernyataan tentang sesuatu domain merujuk kepada tanda aras

tertentu dan bersifat generik bagi memberi gambaranholistik tentang individu.

Standard Prestasi ialah pernyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid

yang diukur berdasarkan standard dan menunjukkan dimana kedudukan murid dalam

perkembangan atau kemajuan pembelajarannya. Perkembangan dalam standard itu

terbahagi kepada duaiaitu perkembangan secara mendatar (konstruk) dan perkembangan

menegak (band). Pertumbuhan murid dijelaskan dengan satu atau

lebih qualifier menggunakan perkataan atau rangkai kata yang betul menggambarkan

standard dalam bentuk hasil pembelajaran.

Deskriptor ialah pernyataan yang menerangkan apa yang murid tahu dan boleh buat

berdasarkan standard di mana kualiti boleh ditaksir dandicapai.

Page 5: pENILAIAN

Evidens Murid

Pernyataan yang menerangkan tentang bagaimana murid melaksanakan apa yang dia tahu 

dan boleh buat berdasarkan deskriptor.

Instrumen Murid

Bahan atau  bentuk bukti yang dapat ditunjukkan oleh murid yang melaksanakan sesuatu 

tugasan dalambentuk produk atau proses seperti foto, grafik, artifak, laporan dan lain-

lain.

Instrumen

Alat yang digunakan untuk menguji penguasaan atau pencapaian murid bagi sesuatu

domain seperti ujian bertulis, ujiansecara lisan, demonstrasi, ujian amali