pengurusan masalah disiplin bilik darjah

5
ISL MINGGU 11: PENGURUSAN MASALAH DISIPLIN BILIK DARJAH PERANAN DAN TINDAKAN GURU 1. Tidak panik dan jangan bertindak melulu. Guru mesti bertenang ketika mengambil sesuatu tindakan. Jangan terus menghukum. Selidik punca masalah. 2. Elakkan daripada mencabar murid. Elakkan bertekak dengan murid dan saling mencabar. Selesaikan masalah secara baik. Panggil murid secara individu. Elakkan pertelingkahan di hadapan murid lain (menjatuhkan imej guru) 3. Semak semula cara pengajaran. Penggunaan strategi yang berbeza untuk kelas yang berbeza. Guru mesti mengenali dan mengetahui murid sebelum memilih strategi yang sesuai untuk p&p. 4. Jangan tangani masalah disiplin yang di luar kawal secara bersendirian. Sekiranya tidak dapat menyelesaikan masalah secara sendirian, guru hendaklah merujuk guru lain. Jangan selesaikan masalah diluar kepakaran. Guru tidak digalakkan melibatkan diri dengan masalah peribadi murid. 5. Berbincang dengan guru lain yang lebih mahir. Menjadikan pengurusan disiplin (yang berkesan) guru lain sebagai teladan.

Upload: lihui-goh

Post on 27-Sep-2015

79 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

peranan guruhalangan dan tindakan

TRANSCRIPT

ISL MINGGU 11: PENGURUSAN MASALAH DISIPLIN BILIK DARJAHPERANAN DAN TINDAKAN GURU1. Tidak panik dan jangan bertindak melulu. Guru mesti bertenang ketika mengambil sesuatu tindakan. Jangan terus menghukum. Selidik punca masalah.

2. Elakkan daripada mencabar murid. Elakkan bertekak dengan murid dan saling mencabar. Selesaikan masalah secara baik. Panggil murid secara individu. Elakkan pertelingkahan di hadapan murid lain (menjatuhkan imej guru)

3. Semak semula cara pengajaran. Penggunaan strategi yang berbeza untuk kelas yang berbeza. Guru mesti mengenali dan mengetahui murid sebelum memilih strategi yang sesuai untuk p&p.

4. Jangan tangani masalah disiplin yang di luar kawal secara bersendirian. Sekiranya tidak dapat menyelesaikan masalah secara sendirian, guru hendaklah merujuk guru lain. Jangan selesaikan masalah diluar kepakaran. Guru tidak digalakkan melibatkan diri dengan masalah peribadi murid.

5. Berbincang dengan guru lain yang lebih mahir. Menjadikan pengurusan disiplin (yang berkesan) guru lain sebagai teladan. Ambil kira persekitaran dan tingkah laku murid dalam kelas.

6. Ikuti budaya disiplin sekolah. Baca buku peraturan disiplin sekolah dan berbincang dengan pihak pentadbir sekolah. Bina hubungan baik dan sentiasa bekerjasama dengan unit yang bertanggungjawab menguruskan disiplin sekolah. Dapatkan nasihat daripada jawatankuasa disiplin sekolah.

HALANGAN PENGURUSAN MASALAH DISIPLINA. Hubungan ibu bapaPunca: Tidak mendapat kerjasama ibu bapa ibu bapa tidak percaya anak mereka melakukan masalah dalam bilik darjahCara atasi Guru perlu mengetahui prosedur tindakan disiplin dan mempunyai bukti yang kukuh Bina perhubungan daripada awal dengan ibu bapa murid bagi memudahkan guru berkongsi masalah murid dengan ibu bapa

B. Pengaruh Rakan SebayaPunca membentuk dinamika kumpulan: kumpulan-kumpulan kecil yang terbentuk di dalam bilik darjah yang terdiri daripada beberapa orang murid yang mempunyai nilai dan kecenderungan yang sama Nilai dan kepercayaan yang diamalkan oleh sesuatu dinamika kumpulan akan ditiru dan diikuti oleh rakan dalam dinamika kumpulan akan mempengaruhi tingkah laku ahli kumpulan. Pembentukan dinamika kumpulan yang mempunyai nilai-nilai negatif yang menular kepada ramai murid dalam bilik darjah akan membawa kepada masalah disiplin.Cara menangani dinamika kumpulan: Melakukan kajian sosiometri untuk mengesan dinamika kumpulan. Menentukan pola persahabatan: Bintang murid popular yang banyak mdpt pencalonan sebagai rakan baik dan rakan untuk melakukan aktiviti. Dyad dua org murid saling bersahabat. Klik dua atau lebih murid memilih antara satu sama lain untuk menjadi sahabat-sahabat yang disukai Pencilan murid yang tidak memilih sesiapa sebagai sahabat dan orang lain juga tidak memilihnya sebagai sahabat Singkiran murid yang menamakan orang lain sebagai sahabat, tetapi orang lain menamakan dia sebagai sahabat yang tidak disukai. Guru membina hubungan baik dengan murid yang popular dan diterima ramai. Ahli yang berpengaruh dalam dinamika kumpulan dibentuk dengan nilai positif untuk mempengaruhi rakan lain. Guru mempunyai sikap dan nilai yang boleh diterima oleh mana-mana ahli dalam dinamika kumpulan. Bertindak balas dengan adil kepada semua murid dengar masalah, idea dan pendapat murid.

C. Keadaan persekitaran bilik darjahPunca Susun atur tempat duduk tidak mengambil kira faktor persahabatan dan dinamika. Guru tidak prihatin dengan sikap dan sahsiah murid. Pelan bilik darjah yang kucar-kacir.Cara atasi Pisahkan dinamika yang mendatangkan masalah. Murid yang ada masalah penglihatan dan rendah ketinggiannya perlu diletakkan di kedudukan yang sesuai. Peraturan yang jelas ditampal di tempat yang sesuai.

D. Masalah perkembangan muridPunca Murid yang mempunyai masalah perkembangan fizikal, kognitif, emosi sosial dan kendiri akan menimbulkan masalah dalam bilik darjah.Cara atasi Selidik latar belakang murid Kaji sejarah akademik. Dekati murid untuk tingkatkan keyakinan. Letakkan murid dalam kelompok rakan yang boleh menyeimbangi kekurangan diri. Beri peluang raih kejayaan dan perhatianE. Salah laku yang tidak dijangkaPunca Ketidakstabilan emosiCara atasi Murid yang melakukan kesalahan perlu dipisahkan tempat duduk dengan rakan. Guru boleh ambil tindakan berdasarkan peraturan yang ditetapkan. Selepas kelas, guru berbincang dengan murid berkenaan