pengurusan makmal sains

Upload: tan-siew-kian

Post on 10-Oct-2015

1.807 views

Category:

Documents


129 download

TRANSCRIPT

  • Pn Rafidah binti WahabJabatan Sains dan MatematikIPGK Tengku Ampuan Afzan 2014

  • Makmal Sains

    Bilik yang dibina khas untuk pengajaran dan pembelajaran sains pada peringkat sekolah menengah, ipg dan universitiTerdapat meja luas yang dipasang dengan punca elektrik, air dan gas serta bangku makmal yang tinggi.Makmal sains biasanya disambung dengan bilik persediaan dan stor untuk menyedia dan menyimpan alat dan bahan sains.Untuk keselamatan makmal sains juga disediakan dengan alat pemadam api, peti pertolongan cemas, almari asap dan beberapa kemudahan lain.

  • Bilik SainsBilik khas di sekolah rendah untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran sainsBilik sains berkenaan samaada merupakan pengubahsuaian bilik darjah ataupun dibina khas.Meja guru diubahsuai untuk demonstrasi dan meja murid sesuai untuk menjalankan eksperimen, projek dan perbincangan kumpulanDi bahagian belakang bilik sains, almari disediakan untuk penyimpanan alat dan bahan sains yang tidak berisiko tinggiDi sekitar bilik sains di gantung dan dipamerkan poster, carta, model dan hasil kerja pelajar

  • Bilik Sains BergerakJika terdapat hanya sebuah bilik sains yang disediakan tetapi jika terdapat lebih dari satu kelas sedang berjalan pada masa yang sama maka bilik sains bergerak terpaksa diwujudkanBilik sains bergerak ialah apabila guru menggunakan troli, dulang atau kotak yang bersesuaian untuk membawa alat dan bahan sumber sains dari bilik sains ke bilik darjah sains yang lain supaya aktiviti p&p sains dapat dijalankan secara hands-on juga

  • Contoh Makmal Sains dan Bilik Sains

  • Latihan 1Dengan menggunakan pengurusan grafik yang sesuai, buat banding beza antara makmal sains, bilik sains dan bilik sains bergerak.

  • Struktur Organisasi Kakitangan Bilik Sains

  • Apakah empat aspek penting dalam pengurusan makmal sains?

  • Empat aspek penting dalam pengurusan bilik sains ialah:Keceriaan bilik sainsPenyimpanan stokKeselamatan bilikPenyimpanan Bahan Bantu Mengajar (BBM)

  • Carta Struktur Organisasi Kakitangan Bilik Sains

  • Peralatan Bilik Sains

  • Peralatan Sains boleh dibahagikan kepada tiga jenis

  • Perancangan dan Anggaran Perbelanjaan

  • Apakah 2 komponen utama yang perlu diambil kira atau dipertimbangkan sebelum anggaran perbelanjaan dilakukan? Keperluan Peruntukkan

  • Keperluan dirancang berdasarkan:Stok semasa dalam simpanan bilik sainsSistem rekod yang kemas supaya guru dapat mencatat peralatan yang diperlukan dari semasa ke semasa sepanjang tahun

  • Peruntukan dirancang berdasarkanKedudukan peruntukan kewangan kemas kini yang disimpan di pejabat supaya perbelanjaan tidak melebihi peruntukanJumlah peruntukan setahun berdasarkan bilangan murid*Perancangan perbelanjaan yang baik dapat memastikan keperluan bilik sains dapat diseimbangi oleh peruntukan.

  • Pemerolehan Peralatan SainsPemerolehan peralatan sains merupakan usaha untuk mendapatkan radas sains, bahan sains dan BBM.

    Apakah cara untuk memperoleh peralatan sains?Bekalan PusatPembelianSumber Tambahan

  • Bekalan PusatDibuat oleh Bahagian Pembangunan dan Bekalan, Kementerian Pendidikan Malaysia semasa sekolah baru dibina, kurikulum baru diperkenalkan atau program peruntukkan khas diperuntukkan oleh kerajaanBahagian Pembangunan dan Bekalan akan menyelaraskan kontrak bekalan pusat dari segi mengenal pasti, membeli, menghantar, memasang, menguji dan memberi servis untuk radas yang berjamin buat satu jangka masa

  • Pembelian Peralatan

  • Pembelian RuncitUntuk barang-barang di luar kontrak pusat yang melibatkan perbelanjaan tahunan tidak melebihi RM20 000.Barang-barang yang boleh dibeli secara runcit ialah seperti sayur, buah dan ikan, soket, mentol, alat tulis dan sebagainya.

  • Sebut HargaUntuk pembelian melebihi RM10 000 setahun bagi satu jenis atau satu kelas barang, sebut harga perlu diperolehi daripada sekurang-kurangnya lima pembekal.Pihak sekolah perlu menyediakan Borang Sebut Harga untuk menjemput pembekal menyediakan sebut harga.Spesifikasi yang terperinci untuk setiap item perlu dicatat dalam borang sebut harga.Semua harga dari pembekal perlu dimasukkan ke dalam satu peti khas dan Jawatankuasa Sebut Harga akan bermesyuarat untuk memilih pembekal yang sesuai

  • TenderPembelian yang melebihi RM50 000 bagi satu jenis atau satu kelas barang perlu dibeli secara tander tertutup atau terbuka.Pelaksanaan pembelian secara tander perlu mengikuti proses yang disenaraikan dalam Arahan Perbelanjaan 171.Apabila pembekal menghantar peralatan ke makmal, guru perlu menyemak dan mengesahkan supaya setiap item sepadan dengan spesifikasi pembelian.Guru hanya akan menandatangani Sijil Akuan Penerimaan (Dilivery Order, D.O) setelah berpuas hati dengan kualiti barangan yang diterima.Barangan yang baru diterima perlu dicatatkan dalam Buku Stok.

  • Sumber TambahanSumber tambahan merupakan sumber yang didapati daripada pihak bukan kerajaan.PIBG, syarikat swasta yang menghayati konsep muafakat pendidikan juga menyumbang kepada kelengkapan bilik sains

  • Pengurusan Stok

  • Apakah Rekod yang perlu disimpan oleh panitia sains?Buku stokBuku rekod pecahBuku rekod pinjamanBuku catatan pesanan

  • Buku StokBuku Stok Harta Modal untuk mencatatkan barang-barang tidak luak yang berharga RM500.00 dan ke atas contohnya LCDBuku Stok Inventori untuk mencatatkanbarang tidak luak yang berharga kurang daripada RM500.00 contohnya tabung uji.Buku Stok Bekalan untuk mrncatatkan peralatan dan bahan yang luak serta berharga rendah contohnya kertas turas*Stok sains perlu disemak dan buku stok dikemaskini sekurang-kurangnya sekali dalam setahun.*Program komputer yang sesuai seperti pengkalan data dan helaian elektronik dapat diubah suai untuk menggantikan buku stok.

  • Contoh Halaman Buku Stok

  • Buku Rekod PecahDapat memudahkan proses semakan stok supaya buku stok dapat dikemaskini dengan berkesan.Sebarang peralatan yang pecah atau rosak harus dicatatkan supaya akauntibiliti stok dapat dipastikan

  • Contoh Halaman Buku Rekod Pecah

  • Buku Rekod PinjamanDapat memastikan peralatan yang dipinjam oleh pihak lain dapat dikesan dengan mudahSebagai contoh jam randek, model torso manusia yang dipinjam dicatatkan dengan terperinci dalam buku

  • Contoh Halaman Buku Rekod Pinjaman

  • Buku Catatan PesananDigunakan untuk mencatatkan sebarang radas atau bahan sains yang perlu dipesan kerana radas atau bahan berkenaan tidak terdapat dalam stok bilik sains atau habis digunakan

  • Contoh Halaman Buku Catatan Pesanan

  • Cara Pelupusan dan Hapus Kira PeralatanUntuk benda-benda yang tercatat dalam Buku Stok Harta Modal dan Buku Stok Inventori, tindakan pelupusan perlu diambil sebelum sebarang stok dihapus kira.Proses hapus kira melibatkan satu jawatankuasa yang ditubuhkan dan perlu dijalankan mengikut Arahan Perbendaharaan.

  • Penyenggaraan dan Penyimpanan Peralatan Sains

  • Tujuan penyenggaraan dan penyimpananUntuk menjimatkan wang, peralatan bilik sains perlu dijaga dengan cermat.Peralatan yang mudah rosak perlu disenggarakan dari semasa ke semasa.Bila tidak digunakan perlu disimpan dengan cara yang teratur supaya senang dikesan.Perlu disimpan dengan selamat untuk mengelakkan kemalangan.

  • Radas KacaSemua radas kaca perlu dibersihkan sebelum disimpan.Untuk menjaga kebersihan bahan kaca elok disimpan dalam almari tertutup,Untuk menjamin keselamatan semasa menyimpan atau mengeluar alat radas dari almari, elak simpan radas kaca pada tempat yang terlalu tinggiSusun semua radas yang bersaiz sama pada tempat yang sama.Radas-radas yang kecil seperti tabung, spesimen, piring petri, dan slaid mikroskop boleh disimpan dalam dulang, kotak atau laci yang tertutup dan dilabel supaya pergerakan radas mudah diuruskan.

  • Bahan KimiaDalam bilik sains sekolah rendah bahan kimia yang disimpan tidak banyak.Bahan berasid dan berakali (contoh cuka dan agen peluntur) tidak perlu disimpan dalam bilik sains kerana bahan ini boleh dibawa dari rumah.

  • Bahan KimiaBahan kimia yang disimpan di bilik sains sekolah rendah tidak banyak.Bahan kimia seperti bahan berasid dan beralkali perlu disimpan dalam almari berkunciIngatkan murid-murid bahawa bahan ini boleh mengkakiskan kulit dan mataBotol-botol spesimen yang diawet basah dengan menggunakan formalin perlu ditutup dengan ketat dan diletakkan dalam almari berkaca yang berkunciFormalin dapat mengeraskan protein dan wapnya boleh memedihkan mata.

  • Latihan 2Secara berkumpulan 3 orang ahli anda dikehendaki mengumpulkan maklumat tentang label-label simbol bahan kimia Anda juga perlu menyenaraikan ciri-ciri bagi simbol tersebut serta contoh-contoh bahan kimia yang mewakili simbol tersebutBentangkan hasil kerja anda dalam bentuk presentation power-point

  • Radas OptikRadas optik perlu disimpan dengan baik supaya tidak senang tergoresRadas-radas optik yang kecil seperti prisma, kanta optik dan kanta pembesar elok disimpan dalam kepingan stiroform yang mempunyai ruang yang sepadan atau dalam kotak asal supaya senang dipindahMikroskop dan binokular perlu disimpan dalam kotak atau almari yang keringUntuk pengeringan berpanjangan letakkan gel silika dan dipasang mentol berpenjangan dalam almari penyimpananKeadaan kering mencegah pertumbuhan kulat

  • Radas ElektrikRadas elektrik mesti disenggara dengan baik dan selamatSebarang kerosakan dan pecah yang dikesan harus dibaiki atau digantiRadas yang kompleks seperti peti sejuk dan LCD hendaklah dibaiki oleh juruteknikUntuk sains sekolah rendah murid-murid tidak dibenarkan untuk menjalankan eksperimen yang melibatkan bekalan arus elektrik bervoltan tinggi. Mereka hanya menggunakan bekalan elektrik dari betri.

  • KESELAMATAN DALAM MAKMAL SAINS

  • Kemalangan! Apakah puncanya?

    Kecuaian, kelalaian dan kejadian luar jangkaan

  • Bagaimana cara kemalangan boleh dielakkan ?1. Meningkatkan pengetahuan dan pemahaman mengenai peralatan dan bahan sains2. Guru beri arahan jelas dan terperinci mengenai bahaya eksperimen3. Mempunyai maklumat lengkap mengenai bahaya eksperimen4. Mengatur langkah aktiviti dengan baik/ ikut prosedur5. Guru mengawas semasa murid buat eksperimenSambung

  • ..samb6. Patuh arahan guru dan peraturan makmal sains7. Pelajar menggunakan alat keselamatan / alat perlindungan yang dibekalkan8. Pelajar menunjukkan kesungguhan semasa menjalankan eksperimen

  • Latihan 3Didalam kumpulan seramai tiga orang ahli hasilkan satu arahan PERATURAN DALAM MAKMAL SAINS DAN BILIK PERSEDIAANTuliskan arahan peraturan tersebut di atas kertas mahjung yang dibekalkanSemak hasil kerja perbincangan kumpulan anda dengan kumpulan yang lainSemak

  • Latihan 4Berdasarkan rajah di bawah senaraikan jenis kemalangan yang mungkin berlakuCadangkan peraturan yang perlu diikuti bagi mengelak kemalangan berkenaan

  • Bahaya Kebakaran

  • Apakah syarat untuk api menyala?Sumber bahan api seperti minyak, gas dan kertasOksigen dari udara atau bahan kimia yang melepaskan oksigenHaba yang mencukupi untuk meningkatkan suhu sehingga kebakaran bahan api dapat berlaku

  • Bincangkan langkah untuk mencegah kebakaran.Mengawal pembekalan bahan apiSimpan bahan yang mudah terbakar dalam kuantiti yang kecil sahajaHadkan pembekalan oksigenHadkan habaPemanasan lampau untuk bahan-bahan yang boleh terbakar hendaklah dielakkan. Contoh elakkan beban litar elektrik dengan alat elektrik yang terlalu banyak pada punca yang sama.

  • Pemadam Api

  • Empat Jenis Pemadam ApiJenis serbukJenis karbon dioksidaJenis buihJenis buih dan air di bawah tekanan karbon dioksida

  • Jenis Bentuk Bahan Api1. GAS: gas asli, propana, butana, hidrogen,asetelin, 2. CECAIR: gasolin, kerosin, turpentin, alkohol, cat , varnis3. PEPEJAL: arang batu, kayu, baju, kulit, getah, plastik etc

  • Latihan KebakaranSecara berkumpulan bincangkan langkah-langkah yang perlu diambil untuk memadamkan api selepas mencabut pin keselamatan sebuah pemadam api.

  • Terima Kasih

    **