pengurusan makmal sains di sekolah menengah … naser bin md dan... · 2 universiti teknologi...

36
1 PENGURUSAN MAKMAL SAINS DI SEKOLAH MENENGAH ZON CHANIS MUADZAM SHAH PAHANG MOHD NASER BIN MD DAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: vuliem

Post on 13-Mar-2019

297 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENGURUSAN MAKMAL SAINS DI SEKOLAH MENENGAH … Naser Bin Md Dan... · 2 universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul: pengurusan makmal sains di sekolah menengah

1

PENGURUSAN MAKMAL SAINS DI SEKOLAH MENENGAH

ZON CHANIS MUADZAM SHAH PAHANG

MOHD NASER BIN MD DAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PENGURUSAN MAKMAL SAINS DI SEKOLAH MENENGAH … Naser Bin Md Dan... · 2 universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul: pengurusan makmal sains di sekolah menengah

2

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL: PENGURUSAN MAKMAL SAINS DI SEKOLAH MENENGAH

ZON CHANIS MUADZAM SHAH PAHANG

SESI PENGAJIAN: 2011/2013 Saya MOHD NASER BIN MD DAN (HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( / )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malyasia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972).

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan).

TIDAK TERHAD Disahkan oleh

__________________________ __________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA).

Alamat tetap: PROF. MADYA DR. YUSOF BOON 116 Felda Keratong 6, (Nama Penyelia) 26700 Muadzam Shah, Pahang Darul Makmur

Tarikh:__________________ Tarikh: _________________

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. � � � ��� Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana

Page 3: PENGURUSAN MAKMAL SAINS DI SEKOLAH MENENGAH … Naser Bin Md Dan... · 2 universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul: pengurusan makmal sains di sekolah menengah

3

secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Pendidikan ( Pengurusan dan Pentadbiran )

Tandatangan : ………………………………..

Nama Penyelia : PROF. MADYA DR. YUSOF BOON

Tarikh : ………………………………..

Page 4: PENGURUSAN MAKMAL SAINS DI SEKOLAH MENENGAH … Naser Bin Md Dan... · 2 universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul: pengurusan makmal sains di sekolah menengah

4

PENGURUSAN MAKMAL SAINS DI SEKOLAH MENENGAH

KEBANGSAAN ZON CHANIS MUADZAM SHAH PAHANG

MOHD NASER BIN MD DAN

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian

daripada syarat penganugerahan ijazah Sarjana Pendidikan

( Pengurusan dan Pentadbiran )

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

JULAI 2013

Page 5: PENGURUSAN MAKMAL SAINS DI SEKOLAH MENENGAH … Naser Bin Md Dan... · 2 universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul: pengurusan makmal sains di sekolah menengah

5

ii

PENGAKUAN

“Saya mengakui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri, kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ……………………………

Nama Penulis : MOHD NASER BIN MD DAN

Tarikh : ……………………………

Page 6: PENGURUSAN MAKMAL SAINS DI SEKOLAH MENENGAH … Naser Bin Md Dan... · 2 universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul: pengurusan makmal sains di sekolah menengah

6

iii

DEDIKASI

Ditujukan istimewa kepada:

Isteri tercinta yang sentiasa bersama-sama mengharungi jerih payah program ini

bagi mengejar cita-cita memertabatkan ilmu demi meningkatkan profesionalisme

perguruan Kharni binti Dol Bakkri

Untuk anak yang dikasihi

Muhammad Mursyid , Najah Adnin, Muhammad Zuhdi, Muhammad Ukasyah,

dan

Safiyah Rayyan semoga meruskan perjuangan ini

Buat ayahanda dan bonda yang amat disayangi

Semoga berbahagia di dunia dan akhirat

Md Dan Bin Saad

dan

Supiah Binti Haji Ismail

Page 7: PENGURUSAN MAKMAL SAINS DI SEKOLAH MENENGAH … Naser Bin Md Dan... · 2 universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul: pengurusan makmal sains di sekolah menengah

7

iv

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, Kesyukuran kepada Allah s.w.t di atas kurniaNya yang

mengurniakan kesempurnaan akal, ketabahan hati ,kekuatan mental dan fizikal untuk

menyempurnakan kajian ini. Jutaan terima kasih kepada Prof. Madya Dr. Yusof

Boon selaku penyelia kajian ini di atas segala tunjuk ajar, nasihat, teguran, dorongan

dan bimbingan yang tidak pernah jemu dalam melaksanakan kajian ini. Semua

tunjuk ajar dan ilmu yang diberikan akan dikenang selagi hayat dikandung badan.

Seterusnya ucapan ribuan terima kasih untuk semua pensyarah , rakan-rakan

seperjuangan dan pentadbiran Sekolah Kebangsaan Keratong 6 yang berkerjasama

untuk menyempurnakan kajian ini. Ucapan terima kasih juga kepada pihak

pentadbiran sekolah, guru-guru dan pembantu makmal yang terlibat sebagai

responden untuk kajian ini. Semoga jasa baik tuan Allah sahaja yang membalasnya.

Terima kasih juga buat ayah, isteri, anak-anak dan keluarga yang banyak

memberi semangat dan sokongan yang tidak berbelah bagi semasa proses menulis

kajian ini. Kepada arwah ibunda tercinta anakanda rasa ibunda pun akan gembira

dengan pencapaian anakanda ini. Semoga Allah melimpahkan rahmat ke atas rohnya.�

Page 8: PENGURUSAN MAKMAL SAINS DI SEKOLAH MENENGAH … Naser Bin Md Dan... · 2 universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul: pengurusan makmal sains di sekolah menengah

8

v

ABSTRAK

Kajian dilaksanakan adalah bertujuan untuk mengenalpasti tahap

pengetahuan dan tahap amalan pengurusan makmal sains di sekolah menengah Zon

Chanis, Muadzam Shah, Pahang. Kajian ini juga dijalankan untuk mengenalpasti

tahap perhubungan antara tahap pengetahuan dan tahap amalan pengurusan makmal

sains di sekolah yang dikaji. Kajian juga dijalankan untuk melihat perbezaan antara

tahap pengetahuan mengenai pengurusan makmal mengikut jantina, kelulusan

akademik dan tempoh perkhidmatan. Selain daripada itu kajian dijalankan untuk

melihat perbezaan antara tahap amalan pengurusan makmal sains dengan jantina,

kelulusan akademik dan tempoh perkhidmatan. Responden kajian 57 orang , terdiri

daripada guru matapelajaran sains dan pembantu makmal yang terlibat secara

langsung dalam pengurusan makmal di tujuh buah sekolah menengah Zon Chanis,

Muadzam Shah. Borang soal selidik yang diedarkan mengandungi tiga bahagian

yang bertujuan untuk mendapatkan maklumat latar belakang responden,

pengetahuan berkenaan pengurusan makmal dan amalan pengurusan makmal yang

mereka praktikkan setiap hari. Kajian rintis menunjukkan kebolehpercayaan item

adalah tinggi dengan indeks Alpha Cronbach pengetahuan pengurusan makmal sains

memberikan nilai 0.880 dan amalan pengurusan ialah 0.861. Data kajian dianalisis

menggunakan program SPSS Version 18.0 bagi mendapatkan min, sisihan piawai,

peratusan, ujian– t dan kolerasi Pearson . Dapatan kajian menunjukkan bahawa

tahap pengetahuan dan tahap amalan pengurusan makmal berada pada tahap yang

tinggi. Analisis data mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara tahap

pengetahuan dan tahap amalan pengurusan makmal dalam kalangan guru dan

pembantu makmal. Analisis perbezaan pula hanya terdapat perbezaan antara tahap

pengetahuan guru dan pembantu makmal dengan kelulusan akademik .

Page 9: PENGURUSAN MAKMAL SAINS DI SEKOLAH MENENGAH … Naser Bin Md Dan... · 2 universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul: pengurusan makmal sains di sekolah menengah

9

vi

ABSTRACT

The study was meant to identify the level of knowledge and management

practices in high school science labs Chanis Zone, Muadzam Shah, Pahang. This

study was also conducted to determine the relationship between level of knowledge

and management practices in the school science laboratory study. Studies were also

conducted to examine the difference between the level of knowledge about

laboratory management by gender, academic qualifications and length of service.

Apart from the studies conducted to examine the difference between the level of

science lab management practices with gender, academic qualifications and length of

service. 57 survey respondents, consisting of teachers and laboratory science courses

that are directly involved in laboratory management in seven secondary schools

Chanis Zone, Muadzam Shah .. . Distributed questionnaires consists of three sections

designed to obtain background information on the respondents, knowledge of

laboratory management and laboratory management practices which they practiced

each day. The pilot study showed the items are high with Cronbach Alpha index

knowledge management science labs give management practices is 0.880 and 0.861.

Data were analyzed using SPSS Version 18.0 for the mean, standard deviation,

percentage, t-test, and correlation Pearson. The results showed that the level of

knowledge and laboratory management practices are at a high level. Analysis of the

study showed a significant relationship between the level of knowledge and

laboratory management practices among teachers and lab assistants. The differences

are only significant difference between the level of knowledge among teachers and

lab assistants with academic qualifications.

Page 10: PENGURUSAN MAKMAL SAINS DI SEKOLAH MENENGAH … Naser Bin Md Dan... · 2 universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul: pengurusan makmal sains di sekolah menengah

10

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL x

SENARAI RAJAH xii

SENARAI LAMPIRAN xiii

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 5

1.4 Objektif kajian 6

1.5 Persoalan Kajian 7

1.6 Hipotesis Kajian 8

1.7 Kerangka Teori 9

1.8 Kerangka Kajian 10

1.9 Kepentingan Kajian 11

1.10 Batasan Kajian 12

1.11 Prosedur Kajian 13

Page 11: PENGURUSAN MAKMAL SAINS DI SEKOLAH MENENGAH … Naser Bin Md Dan... · 2 universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul: pengurusan makmal sains di sekolah menengah

11

viii

1.12 Definasi Istilah dan Operasional 14

1.12.1 Makmal Sains Sekolah 14

1.12.2 Pengurusan 15

1.12.3 Pengurusan Makmal Sains 16

1.12.4 Guru-Guru 17

1.12.5 Pembantu Makmal 17

1.12.6 Demografi 17

1.12.7 Tahap Pengetahuan 18

1.12.8 Tahap Amalan 18

1.12.9 Jantina 19

1.12.10 Tempoh Perkhidmatan 19

1.12.11 Kelulusan Akademik 19

1.13 Penutup 19

2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 20

2.2 Model/ Teori 20

2.3 Kajian Terdahulu 22

2.3.1 Kajian Dalam Negara 22

2.3.2 Kajian Luar Negara 25

2.4 Penutup 27

3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 28

3.2 Rekabentuk Kajian 29

Page 12: PENGURUSAN MAKMAL SAINS DI SEKOLAH MENENGAH … Naser Bin Md Dan... · 2 universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul: pengurusan makmal sains di sekolah menengah

12

3.3 Lokasi Kajian 29

ix

3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 30

3.5 Instrumen Kajian 31

3.6 Keesahan dan Kebolehpercayaan Instrumen 33

3.7 Analisis Data 34

3.8 Kajian Rintis 37

3.9 Penutup 38

4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 40

4.2 Latar Belakang Responden ` 41

4.3 Analisis Deskriptif Berdasarkan Persoalan Kajian 43

4.4 Analisis Inferensi Berdasarkan Hipotesis Kajian 47

4.5 Penutup 56

5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 57

5.2 Rumusan Kajian 57

5.3 Perbincangan Dapatan Kajian 59

5.4 Implikasi Kajian 64

5.5 Cadangan Berdasarkan Dapatan Kajian 64

5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 66

5.7 Penutup 67

RUJUKAN 68

LAMPIRAN 70

Page 13: PENGURUSAN MAKMAL SAINS DI SEKOLAH MENENGAH … Naser Bin Md Dan... · 2 universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul: pengurusan makmal sains di sekolah menengah

13

x

SENARAI JADUAL

NO.JADUAL TAJUK MUKA SURAT

1.1 Kemalangan industri 3

3.1 Responden kajian rintis 30

3.2 Skala Likert 32

3.3 Taburan item soal selidik 33

3.4 Nilai Alpha Cronbach 34

3.5 Kaedah analisis data 34

3.6 Sempadan rujukan tahap dan amalan pengurusan 35

3.7 Analisis hipotesis kajian kolerasi Pearson 36

3.8 Penentuan hipotesis nol berdasarkan nilai signifikan 36

4.1 Taburan responden mengikut jantina 41

4.2 Taburan responden mengikut tempoh perkhidmatan 42

4.3 Taburan responden mengikut kelulusan 43

4.4 Analisis tahap pengetahuan pengurusan makmal 44 dari kalangan guru dan pembantu makmal sekolah menengah Zon Chanis Muadzam Shah 4.5 Analisis tahap amalan pengurusan makmal 45 dari kalangan guru dan pembantu makmal sekolah menengah Zon Chanis Muadzam Shah

Page 14: PENGURUSAN MAKMAL SAINS DI SEKOLAH MENENGAH … Naser Bin Md Dan... · 2 universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul: pengurusan makmal sains di sekolah menengah

14

xi

4.6 Analisis ujian –t perbezaan tahap pengetahuan 47

guru dan pembantu makmal sekolah menengah

kebangsaan Zon Chanis tentang pengurusan

makmal mengikut kelulusan jantina

4.7 Analisis ujian –t perbezaan tahap pengetahuan 48

guru dan pembantu makmal sekolah menengah

kebangsaan Zon Chanis tentang pengurusan

makmal mengikut kelulusan akademik

4.8 Analisis ujian –t perbezaan tahap pengetahuan 49

guru dan pembantu makmal sekolah menengah

Zon Chanis Muadzam Shah tentang pengurusan

makmal mengikut mengikut tempoh perkhidmatan

4.9 Analisis ujian –t perbezaan tahap amalan pengurusan 50 makmal sains guru dan pembantu makmal sekolah menengah kebangsaan Zon Chanis mengikut jantina

4.10 Analisis ujian –t perbezaan tahap pengetahuan 51 guru dan pembantu makmal sekolah menengah Zon Chanis Muadzam Shah tentang pengurusan makmal mengikut kelulusan akademik

4.11 Analisis ujian –t perbezaan tahap amalan guru dan 52

pembantu makmal sekolah menengah Zon Chanis

Muadzam Shah tentang pengurusan makmal

mengikut tempoh perkhidmatan

4.12 Analisis kolerasi Pearson 53

4.13 Ringkasan keseluruhan analisis data persoalan kajian 54

Page 15: PENGURUSAN MAKMAL SAINS DI SEKOLAH MENENGAH … Naser Bin Md Dan... · 2 universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul: pengurusan makmal sains di sekolah menengah

15

xii

.

SENARAI RAJAH

NO.RAJAH TAJUK MUKA SURAT

1.1 Kriteria pengurusan makmal 9

1.2 Kriteria dalam pengurusan keselamatan makmal 9

1.3 Kerangka kajian 10

xiii

Page 16: PENGURUSAN MAKMAL SAINS DI SEKOLAH MENENGAH … Naser Bin Md Dan... · 2 universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul: pengurusan makmal sains di sekolah menengah

16

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Set Soal Selidik 70

B Analisis Data Kajian 74

C Surat Pengesahan Status Pelajar 95

D Surat Kebenaran Melaksanakan Kajian 96

Page 17: PENGURUSAN MAKMAL SAINS DI SEKOLAH MENENGAH … Naser Bin Md Dan... · 2 universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul: pengurusan makmal sains di sekolah menengah

17

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pendidikan dalam bidang sains dan teknologi adalah satu keutamaan yang amat

dititikbratkan dalam sektor pendidikan di Malaysia. Visi adalah untuk menghasilkan

masyarakat saintifik menjelang tahun 2020.Terdapat sembilan cabaran strategik yang

Malaysia perlu tangani untuk mencapai wawasan 2020 iaitu :

Cabaran 1 : Mewujudkan negara Malaysia bersatu yang terdiri daripada satu Bangsa

Malaysia.

Cabaran 2 : Mewujudkan sebuah masyarakat Malaysia yang bebas dari segi

psikologi,selamat dan maju.

Cabaran 3 : Memupuk dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang.

Cabaran 4 : Mewujudkan masyarakat sepenuhnya bermoral dan beretika.

Cabaran 5: Mewujudkan masyarakat liberal dan toleran yang matang.

Cabaran 6 : Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif.

Cabaran 7 : Mewujudkan sebuah masyarakat yang penyayang.

Cabaran 8 : Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi,di mana

terdapat pengagihan yang adil dan saksama kekayaan negara.

Page 18: PENGURUSAN MAKMAL SAINS DI SEKOLAH MENENGAH … Naser Bin Md Dan... · 2 universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul: pengurusan makmal sains di sekolah menengah

18

Cabaran 9 : Mewujudkan masyarakat makmur dengan ekonomi yang berdaya saing dan

dinamik.

Jika diteliti cabaran ke-6 maka negara mensasarkan akan dapat mewujudkan

masyarakat saintifik dan progresif menjelang 2020. Abu Hassan (2003) dalam bukunya

Kurikulum Sains Sekolah Malaysia menjelaskan bahawa,matlamat negara adalah menuju

ke arah wawasan 2020 iaitu mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif,masyarakat

yang mempunyai daya perubahan yang tinggi dan memandang ke hadapan yang bukan

sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga menyumbang kepada tamadun saintifik

dan teknologi masa hadapan

Manakala misi pendidikan sains pula adalah selaras dengan falsafah pendidikan

sains iaitu pendidikan sains di Malaysia memupuk budaya sains dan teknologi dengan

memberi tumpuan kepada perkembangan individu yang kompetitif,dinamik,tangkas dan

berdaya tahan serta dapat menguasai ilmu sains dan berketerampilan dalam dunia dan

teknologi.

Bagi merealisasikan misi dan visi yang telah ditetapkan maka kerajaan

membelanjakan jutaan ringgit untuk menyediakan pelbagai kemudahan infrastruktur

contohnya bilik makmal sains termasuk segala bahan dan peralatan di dalamnya untuk

kemudahan para pelajar di negara ini. Pusat Perkembangan Kurikulum mengemaskini

struktur kurikulum agar para pelajar akan mengalami pengalaman pembelajaran sains

yang dapat mempertingkatkan kemahiran dan pengetahuan mereka dalam bidang sains

dan teknologi. Selain daripada itu kerajaan juga menyediakan tenaga pengajar yang mahir

dan pembantu makmal untuk melicinkan perjalanan pengajaran dan pembelajaran sains di

sekolah.

Namun demikian dari segi pelaksanaannya beberapa aspek perlu ditangani oleh

pihak pengurusan sekolah dan perngurusan makmal dengan sistematik, iaitu

Page 19: PENGURUSAN MAKMAL SAINS DI SEKOLAH MENENGAH … Naser Bin Md Dan... · 2 universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul: pengurusan makmal sains di sekolah menengah

19

menyediakan kemudahan makmal yang berkualiti di dalam semua peringkat mengikut

keperluan pengajaran dan pembelajarannya. Selain daripada itu pihak pengurusan

makmal harus menjadikan suasana pembelajaran selamat walaupun dimakmal

mengandungi berbagai-bagai peralatan yang merbahaya.Jesteru pengkaji akan cuba

menilai tahap pengurusan makmal sains dalam kalangan guru sains dan pembantu

makmal di sekolah menengah Zon Chanis Muadzam Shah. Ini adalah kerana pengajar

sains yang cemerlang bukan semestinya dalam kalangan pengurus makmal yang

terbilang.

1.2 Latar Belakang Masalah

Berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Buruh dan Keselamatan

Sosial (PERKESO) di bawah Kementerian Sumber Manusia bahawa banyak kemalangan

berlaku semasa kerja-kerja di bengkel dan makmal sains. Jadual di bawah menunjukkan

statistik kemalangan yang berlaku di negara Malaysia dari tahun 1994 hingga 1998 .

Jadual 1.1 : Kemalangan industri yang dilaporkan kepada Jabatan Buruh dan

KeselamatanSosial PERKESO) mengikut sebab kemalangan 1994 hingga

1998 SumberPERKESO

Sebab 1994 1995 1996 1997 1998

1. Orang terjatuh

2.Terhempap oleh benda-benda terjatuh

3.Terpijak di atas,terkena/terhempap oleh

benda-benda kecuali benda terjatuh

4.Tersepit di dalam atau di antara benda-

benda

5.Pergerakkan yang berat

21787

13038

56518

24126

13355

40985

2366

12274

42851

17305

9340

42463

18482

13833

36371

Page 20: PENGURUSAN MAKMAL SAINS DI SEKOLAH MENENGAH … Naser Bin Md Dan... · 2 universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul: pengurusan makmal sains di sekolah menengah

20

6. Terdedah kepada atau tersentuh suhu

yang panas

7. Terdedah /tersentuh arus elektrik

8.Terdedah atau tersentuh kepada bahan-

bahan yang merbahaya

9.Lain-lain kemalangan yang tidak

dijeniskan

10912

4569

3670

322

2641

12049

14359

4980

920

405

2066

13035

11066

3281

2489

166

1517

11108

7963

2687

1708

88

1313

6212

10581

3074

2343

127

1117

2461

125506 117231 108418 89049 88389

Bolley (1977) menyatakan empat faktor kelemahan pengurusan makmal yang

menyebabkan kemalangan ketika bekerja di makmal salah satu daripada aspek

pengurusan itu ialah penyelia kurang mahir dalam bidang pengurusan makmal. Guru dan

pembantu makmal mesti menguasai kemahiran menguruskan makmal dan

mengamalkannya kerana mereka bertanggung jawab secara langsung dalam memastikan

pengurusan berjalan lancar dan keselamatan para pelajar terjamin semasa menjalankan

amali sains di makmal. Selain daripada itu mereka juga perlu peka terhadap aspek

undang-undang agar segala prosedur keselamatan diikuti dan dipatuhi sepanjang masa.

Zol Azlan (2000) menyatakan bahawa secara umumnya kejadian kemalangan

yang berlaku di makmal sains adalah berpunca daripada perkara-perkara berikut iaitu :

Page 21: PENGURUSAN MAKMAL SAINS DI SEKOLAH MENENGAH … Naser Bin Md Dan... · 2 universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul: pengurusan makmal sains di sekolah menengah

21

i. Kurang pengetahuan dan pemahaman tentang bahan proses dan peralatan yang

digunakan di sekolah.

ii. Guru gagal memberi arahan dan penyeliaan secukupnya.

iii. Guru gagal merancang aktiviti secara teratur.

iv. Alat perlindungan atau peralatan yang baik tidak disediakan.

v. Gagal mengikut arahan dan peraturan.

vi.Gagal menggunakan alat perlindungan yang disediakan atau tidak menggunakan

dengan cara yang betul.

vii.Sikap tidak ambil kisah dikalangan pelajar atau kakitangan yang terlibat dalam

aktiviti makmal.

1.3 Penyataan Masalah

Ujian dan kerja-kerja amali sains di makmal adalah merupakan sebahagian

isikandungan pembelajaran sains untuk memantapkan teori dan formula yang

disampaikan oleh guru di dalam kelas.Praktikal amali juga dijalankan di makmal untuk

mengkaji bagi mendapat pertemuan baru. Pelajar tidak berminat dengan kerja-kerja

amali kerana takut terhadap bahan-bahan kimia yang digunakan dan ujikaji yang

dijalankan menggunakan radas-radas yang mempunyai risiko berlaku kemalangan jika

tidak digunakan menurut prosedur yang ditetapkan.

Guru matapelajaran sains mesti membantu membetulkan tanggapan ini dengan

mengamalkan langkah pengurusan keselamatan semasa di makmal dan mengajar pelajar

tentang cara-cara mengendali peralatan dan radas-radas serta bahan kimia ketika praktikal

amali sains mengikut prosedur yang ditetapkan.

Page 22: PENGURUSAN MAKMAL SAINS DI SEKOLAH MENENGAH … Naser Bin Md Dan... · 2 universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul: pengurusan makmal sains di sekolah menengah

22

Menurut Everett dan Jenkins (1980) Salah satu perkara yang perlu diajar oleh

guru dalam pengajaran amali sains ialah mengajar pelajar-pelajar bagaimana cara untuk

menggunakan peralatan dan bahan kimia berbahaya dan berpotensi untuk mendatangkan

kemalangan.Guru matapelajaran sains dan pembantu makmal memang sedar tentang

kepentingan pengurusan keselamatan di dalam makmal sains tetapi semasa pelaksanaan

pengajaran dan pembelajaran perkara ini kurang dititik beratkan kerana sudah menjadi

rutin harian mereka.

Kadang kala guru matapelajaran sains dilantik munguruskan makmal hanya

berdasarkan kemahiran saintifik mereka sahaja bukan berdasarkan kemahiran pengurusan

makmal sains seperti dinyatakan oleh Grove dan Wallace (1978). Selama ini pengurus

makmal dilantik pada asasnya berdasarkan kepada kemahiran saintifik dan sangat sedikit

yang muncul berdasarkan kemampuan pengurusan dan mereka memerlukan lantikan

pengurusan(Terjemahan oleh Ahmad Saat dan Mohd Zubir,1993)

Pengurusan makmal melibatkan pengurusan organisasi,pengendalian peralatan-

peralatan makmal,sistem fail dan rekod,penstoran peralatan,pembelian penyelenggaraan

dan pengurusan persekitaran serta keselamatan makmal.Penyelidik mendapati guru sains

dan pembantu makmal menghadapi sedikit kesukaran dalam dalam aspek pengurusan

makmal dan bagaimana untuk mengaplikasikannya di dalam makmal sains. Oleh itu

kajian ini diharapkan akan menentukan tahap pengetahuan dan amalan pengurusan para

guru serta pembantu makmal di sekolah menengah Zon Chanis Muadzam Shah, Pahang.

Pengetahuan dan amalan pengurusan makmal sains untuk guru-guru sains dan pembantu

makmal adalah penting bagi melancarkan lagi pengajaran dan pembelajaran sains di

dalam makmal.

1.4 Objektif Kajian

Page 23: PENGURUSAN MAKMAL SAINS DI SEKOLAH MENENGAH … Naser Bin Md Dan... · 2 universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul: pengurusan makmal sains di sekolah menengah

23

Dalam kajian yang dijalankan, terdapat beberapa objektif yang ingin dicapai oleh

penyelidik. Antaranya adalah :

i. Mengenalpasti tahap pengetahuan dalam kalangan guru dan pembantu makmal

sekolah menengah Zon Chanis Muadzam Shah tentang pengurusan makmal.

ii.Mengenalpasti tahap amalan pengurusan makmal sains dalam kalangan guru dan

pembantu makmal di sekolah menengah Zon Chanis Muadzam Shah.

iii.Mengenal pasti sama ada terdapat hubungan yang signifikan antara tahap pengetahuan

dengan amalan pengurusan makmal sains dalam kalangan guru dan pembantu makmal

di sekolah menengah Zon Chanis Muadzam Shah Pahang.

iv.Mengenalpasti sama ada terdapat perbezaan tahap pengetahuan guru dan pembantu

makmal sekolah menengah Zon Chanis Muadzam Shah tentang pengurusan makmal

berdasarkan demografi (jantina, kelulusan akademik dan tempohperkhidmatan).

v. Mengenalpasti sama ada terdapat perbezaan tahap amalan pengurusan makmal dalam

kalangan guru dan pembantu makmal sekolah menengah Zon Chanis Muadzam Shah

berdasarkan demografi (jantina, kelulusan akademik dan tempoh perkhidmatan).

1.5 Persoalan Kajian

Persoalan kajian adalah seperti berikut :

i.Apakah tahap pengetahuan dari kalangan guru dan pembantu makmal sekolah

menengah Zon Chanis Muadzam Shah tentang pengurusan makmal?

ii. Apakah tahap amalan pengurusan makmal sains dari kalangan guru dan pembantu .

makmal di sekolah menengah Zon Chanis Muadzam Shah?

Page 24: PENGURUSAN MAKMAL SAINS DI SEKOLAH MENENGAH … Naser Bin Md Dan... · 2 universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul: pengurusan makmal sains di sekolah menengah

24

iii.Adakah terdapat perbezaan tahap pengetahuan guru dan pembantu makmal sekolah

menengah Zon Chanis Muadzam Shah tentang pengurusan makmal berdasarkan

demografi (jantina, kelulusan akademik dan tempoh perkhidmatan)?

iv.Adakah ada terdapat perbezaan tahap amalan pengurusan makmal dari kalangan guru

dan pembantu makmal sekolah menengah Zon Chanis MuadzamShah berdasarkan

demografi (jantina, kelulusan akademik dan tempoh perkhidmatan)?

v. Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara tahap pengetahuan dengan amalan

pengurusan makmal sains dari kalangan guru dan pembantu makmal di sekolah

menengah Zon Chanis Muadzam Shah Pahang?

1.6 Hipotesis Kajian

Hipotesis Nol untuk kajian yang dijalankan adalah seperti berikut:

H�1. Tidak terdapat perbezaan tahap pengetahuan guru dan pembantu makmal

sekolah menengah Zon Chanis Muadzam Shah tentang pengurusan

makmal dengan jantina .

H�2. Tidak terdapat perbezaan tahap pengetahuan guru dan pembantu makmal sekolah

menengah Zon Chanis Muadzam Shah tentang pengurusan makmal dengan

kelulusan akademik.

H�3.Tidak terdapat perbezaan tahap pengetahuan guru dan pembantu makmal sekolah

menengah Zon Chanis Muadzam Shah tentang pengurusan makmal dengan tempoh

perkhidmatan.

H�4. Tidak terdapat perbezaan tahap amalan pengurusan makmal dari kalangan guru dan

pembantu makmal sekolah menengah Zon Chanis Muadzam Shah dengan

jantina.

Page 25: PENGURUSAN MAKMAL SAINS DI SEKOLAH MENENGAH … Naser Bin Md Dan... · 2 universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul: pengurusan makmal sains di sekolah menengah

25

H�5. Tidak terdapat perbezaan tahap amalan pengurusan makmal dari kalangan guru dan

pembantu makmal sekolah menengah Zon Chanis Muadzam Shah

dengankelulusan akademik.

H�6. Tidak terdapat perbezaan tahap amalan pengurusan makmal dari kalangan gurudan

pembantu makmal sekolah menengah Zon Chanis Muadzam Shah dengan tempoh

perkhidmatan.

H�7 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap pengetahuan dengan amalan

pengurusan makmal sains dari kalangan guru dan pembantu makmal di sekolah

menengah Zon Chanis Muadzam Shah Pahang.

1.7 Kerangka Teori / Model

Menurut Shaharom Noordin dan Junainah Othman (2007) dalam kajian mereka

mengenai tahap kesedaran kepentingan pengurusan makmal sains dalam kalangan bakal

guru sains menyatakan kriteria pengurusan makmal seperti berikut :

Rajah1.1: Kriteria pengurusan makmal sains

���������

�� ������

����������

� �����

�������

��������

���������������

������������

������ �������

������������

����������

��������������

����������������� ��

�����������

Page 26: PENGURUSAN MAKMAL SAINS DI SEKOLAH MENENGAH … Naser Bin Md Dan... · 2 universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul: pengurusan makmal sains di sekolah menengah

26

Rajah 1.2: Kriteriapengurusan keselamatan makmal sains

1.8 Kerangka Kajian

Rajah 1.3: Kerangka kajian

Berdasarkan Rajah 1.3 pengkaji akan cuba menganalisis tahap pengetahuan dan tahap

amalan pengurusan makmal sains di sekolah menengah kebangsaanZon Chanis,Muadzam

Shah. Selain daripada itu pengkaji akan menganalisis perhubungan di antara

����������

�����

!���������� ���

"� #�$�#���$�� ���

"�%������&�'���'�(�(��'���!��&����'��

"�%�����'��"�%(�'���'�(�(��'���!��&����'��

Page 27: PENGURUSAN MAKMAL SAINS DI SEKOLAH MENENGAH … Naser Bin Md Dan... · 2 universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul: pengurusan makmal sains di sekolah menengah

27

pembolehubah bersandar iaitu tahap pengurusan makmal dan tahap amalan pengurusan

makmal .

Pengkaji juga mahu melihat perbezaan tahap pengetahuan pengurusan makmal sains dan

tahap amalan pengurusan mengikut demografi guru dan pembantu makmal

(Jantina,Tahap Pendidikan dan Tempoh Perkhidmatan).Pengkaji akan mengkelaskan

tahap pengurusan makmal dan amalan pengurusan makmal kepada tiga tahap iaitu tinggi ,

sederhana dan rendah. Pengkelasan tahap ini bergantung kepada jawapan responden

semasa menjawab soalan soal selidik yang dikemukakan kepada mereka.

1.9 Kepentingan Kajian

Kajian berkenaan dengan pengurusan makmal sains banyak dilakukan oleh

pengkaji yang terdahulu. Namun kajian ini lebih berfokus kepada skop kajian yang lebih

kecil untuk mengetahui tahap pengurusan dan amalan pengurusan di sekolah menengah

kebangsaan Zon Chanis,Muadzam Shah. Kajian yang lebih berfokus ini akan memberi

maklumat yang hampir tepat keadaan yang berlaku di sekolah- sekolah yang dikaji.

Permasalahan yang dikenal pasti sepatutnya diterima dengan tangan terbuka dan

berlapang dada oleh pihak-pihak terbabit khususnya pihak pentadbiran sekolah.

Maklumat ini penting kepada pihak pentadbiran sekolah untuk merangka strategi-strategi

pengurusan untuk membuat penambahbaikkan supaya pengurusan makmal sains di

sekolah tersebut lebih cemerlang pada masa hadapan.

Dapatan kajian ini juga penting kepada pihak pentadbir mengetahui apakah

keperluan guru-guru yang berkhidmat di sekolah tersebut.Mengikut Teori Abraham

Maslow(1954) keperluan perlu dipenuhi bagi memotivasikan seseorang pekerja.Pihak

pentadbir perlu mengenalpasti keperluan guru untuk meningkatkan motivasi kakitangan

Page 28: PENGURUSAN MAKMAL SAINS DI SEKOLAH MENENGAH … Naser Bin Md Dan... · 2 universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul: pengurusan makmal sains di sekolah menengah

28

bawahannya. Hasilnya guru-guru akan lebih selesa apabila berurusan dengan pihak

pentadbiran dan menumpukan tugas yang diamanahkan dengan sepenuhnya. Al-

Ramaiah(1992) mengatakan bahawa penglibatan pentadbir sekolah dan guru-guru

sekolah dalam perancangan, organisasi dan pelaksanaan adalah penting.

Bagi pihak guru-guru dan pembantu makmal pula, kajian ini dapat menjadi

panduan kepada mereka untuk membuat penilaian kendiri kualiti perkhidmatan

pengurusan makmal sains yang mereka berikan untuk pembangunan dan kemajuan

sekolah. Segala kelompangan hendaklah diperbaiki semula agar semua ahli dalam

organisasi bergerak dalam satu pasukan untuk mencapai misi dan visi yang ditentukan

oleh sekolah.

Pihak Jabatan Pelajaran Negeri dan Daerah boleh menggunakan dapatan kajian ini

untuk merangka program-program pengurusan makmal sains yang sistematik dan

menyeluruh. Program tersebut akan membantu guru-guru dan pembantu makmal

meningkatkan pengurusan makmal sains di sekolah masing-masing untuk

memperkasakan profesion perguruan .

Akhir sekali kajian ini penting untuk kumpulan pengguna makmal sains iaitu para

pelajar. Pelajar dapat mengetahui tahap keselamatan makmal yang mereka gunakan untuk

pengajaran dan pembelajaran amali sains. Sebagai pengguna para pelajar boleh mengenal

pasti aspek-aspek dalam pengurusan makmal yang boleh dibantu demi melicinkan lagi

pengajaran dan pembelajaran amali sains di makmal. Jika pihak pentadbiran

sekolah,guru-guru,pembantu makmal serta pelajar berkerja sama di dalam pengurusan

makmal sains maka kualiti perkhidmatan dapat ditingkatkan dan kemalangan dapat

diminimumkan

1.10 Batasan Kajian

Page 29: PENGURUSAN MAKMAL SAINS DI SEKOLAH MENENGAH … Naser Bin Md Dan... · 2 universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul: pengurusan makmal sains di sekolah menengah

29

Kajian yang dijalankan secara kuantitatif dengan memberi tumpuan khusus

kepada pengurusan dan amalan pengurusan makmal di sekolah menengah Zon

Chanis,Muadzam Shah. Maklumat diperolehi adalah terbatas kepada maklumat balas soal

selidik yang diedarkan kepada para guru yang mengajar mata pelajaran sains dan

pembantu makmal di tujuh buah sekolah menengah kebangsaan Zon Chanis, Muadzam

Shah,Pahang iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Chanis, Sekolah Menengah

Kebangsaan Perantau Damai, Sekolah Menengah Kebangsaan Keratong, Sekolah

Menengah Kebangsaan Bandar Tun Razak, Sekolah Menengah Agama Al Hasanah,

Sekolah Menengah Kebangsaan Selancar dan Sekolah Menengah Kebangsaan Perwira

Jaya.

Kajian ini hanya dilakukan kepada 57 responden sahaja yang terlibat secara

langsung dalam pengurusan makmal sains di sekolah-sekolah yang terlibat. Oleh itu

dapatan kajian ini tidak dapat digeneralisasikan kepada semua sekolah di Malaysia kerana

responden terlalu kecil serta suasana dan budaya sekolah adalah berlainan antara satu

sama lain.

Selain daripada itu kesuntukan masa membuat kajian ini iaitu hanya 8 bulan

menyebabkan mungkin terdapat kelemahan-kelemahan yang tidak dapat dielakkan .

Kejituan kajian bergantung kepada sepenuhnya kepada kefahaman dan kejujuran

responden yang dipilih untuk menjawab item-item soalselidik yang diedarkan oleh

pengkaji. Instrumen borang kaji selidik terbatas mendapat maklumat dalam bentuk

kuantitatif dan bukannya kualitatif.

1.11 Prosedur Kajian

Kajian ini dilakukan secara sistematik berdasarkan beberapa prosedur yang telah

ditetapkan oleh pengkaji. Prosedur-prosedur tersebut terbahagi kepada tiga peringkat iaitu

Page 30: PENGURUSAN MAKMAL SAINS DI SEKOLAH MENENGAH … Naser Bin Md Dan... · 2 universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul: pengurusan makmal sains di sekolah menengah

30

peringkat permulaan, peringkat pengumpulan maklumat dan data serta peringkat

penganalisis data.

Pada peringkat permulaanmaklumat-maklumat tentang literatur dan penyelidikan

kajian-kajian lepas diperolehi daripada sumber rujukan dan bahan-bahan bacaan. Sumber

rujukan terdiri daripada buku-buku, jurnal, majalah-majalah, keratan akhbar dan

internet.Perkara yang diberi keutamaan adalah objektif, skop,hipotesis, persoalan dan

kerangka kajian. Pengkaji cuba menilai sejauh mana kajian-kajian lepas mempengaruhi

kajian yang akan dilaksanakan oleh pengkaji.

Pada peringkat pengumpulan maklumat pengkaji menggunakan borang soal

selidik untuk dijawab oleh responden.Pengkaji menetapkan jumlah responden dan masa

yang sesuai untuk mengutip kembali borang soal selidik yang dijawab oleh responden.

Semua maklumat yang diperolehi di masukkan ke dalam komputer untuk dianalisis.

Peringkat yang ketiga adalah peringkat penganalisis data. Data-data mentah yang

telah dikumpul dimasukkan ke dalam perisian SPSS version 18 . Setiap data dianalisis

secara statistik untuk mendapatkan nilai min,median,mod, minimum, maksimum,

pencongan dan sisihan piawai berkenaan tahap pengurusan dan amalan pengurusan

makmal sains di sekolah menengah kebangsaan Zon Chanis. Selain daripada itu

penyelidik cuba untuk mencari kolerasi antara pembolehubah-pembolehubah yang

terlibat dalam kajian ini.

Pengkaji menggunakan perisian Microsoft Excell untuk menterjemahkan data-

data dalam bentuk jadual dan graf.Melalui kaedah ini pengkaji dapat mempersembahkan

hasil kajian dengan lebih jitu dan mudah untuk difahami.

Page 31: PENGURUSAN MAKMAL SAINS DI SEKOLAH MENENGAH … Naser Bin Md Dan... · 2 universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul: pengurusan makmal sains di sekolah menengah

31

1.12 Definisi Istilah dan Operasional

Terdapat beberapa definisi istilah dan operasional dan akan diperbincangkan

dengan terperinci sebagaimana yang berikut:

1.12.1 Makmal Sains Sekolah

Makmal sains merupakan tempat melakukan atau mengadakan aktiviti percubaan,

penyeliaan, penyelidikan yang menghubungkait dengan ilmu sains iaitu Fizik,Biologi dan

Kimia. Makmal sains dibina dan dilengkapi dengan segala peralatan untuk proses

pengajaran dan pembelajaran amali sains diperingkat sekolah rendah dan menengah.

Dalam kajian ini makmal sains bermaksud makmal sains yang terdapat di tujuh

buah sekolah menengah Zon Chanis Muadzam Shah yang digunakan oleh pelajar dan

guru-guru untuk pengajaran dan pembelajaran matapelajaran sains.

1.12.2 Pengurusan

Pengurusan menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka esisi keempat (2010)

bermaksud suatu perihal atau kerja mengurus sesuatu seperti mengurus syarikat atau

sektor-sektor perniagaan.Menurut Kamus Webster′s New Collegiate Dictionary (2004)

pengurusan atau management bermaksud tindakan atau seni pengurusan (management),

mengarah (directing) dan pengawasan (controlling)

Page 32: PENGURUSAN MAKMAL SAINS DI SEKOLAH MENENGAH … Naser Bin Md Dan... · 2 universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul: pengurusan makmal sains di sekolah menengah

32

Menurut Nik Abdul Rashid (1995) dalam Nor Fariza (2002), pengurusan adalah

cara mengurus manusia, aset, organisasi dan negara yang hanya diketahui oleh manusia

yang terlatih di dalam suatu bidang pengkhususan tertentu. Menurut Brench (1975) dalam

Nor Fariza (2002) pula, pengurusan adalah proses sosial yang mengandungi perancangan,

kawalan, penyelarasan dan dorongan. Pengurusan adalah merujuk kepada tindakan yang

dilakukan oleh guru mengikut persepsi pelajar dalam mengawal pelajar, bahan dan

peralatan yang terdapat di dalam bengkel yang telah dipertanggungjawabkan.

Bateman & Snell (1996) mendifinisikan pengurusan ialah proses bekerja dengan

orang lain dan sumber-sumber untuk mencapai matlamat organisasi. Pengurus yang baik

melakukannya dengan cekap dan berkesan. Berkesan bermakna dapat mencapai matlamat

organisasi .Cekap pula ialah mencapai matlamat dengan pembaziran sumber yang

minima iaitu dapat menggunakan wang,masa,bahan dan manusia dengan cara yang

terbaik. Pengurus yang terbaik sentiasa memberikan tumpuan kepada keberkesanan dan

kecekapan.

Robert Kreitner, (1983) mendefinisikan pengurusan sebagai satu proses kerja

dengan melalui orang lain untuk mencapai objektif organisasi secara berkesan dengan

menggunakan sumber-sumber terhad secara cekap dalam suasana yang sentiasa berubah-

ubah.

Dalam kajian inipengurusan adalah cara mengurus manusia, aset, dan organisasi

dalam kalangan guru dan pembantu makmal yang terlatih secara sistematik dan berkesan

ke arah mencapai matlamat organisasi.

1.12.3 Pengurusan Makmal Sains

Page 33: PENGURUSAN MAKMAL SAINS DI SEKOLAH MENENGAH … Naser Bin Md Dan... · 2 universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul: pengurusan makmal sains di sekolah menengah

33

Grove dan Wallace,(1993) menyatakan pengurusan makmal adalah

tanggungjawab bakal guru sains dalam mengetahui dan menyedari aspek-aspek

pengurusan makmal sains. Aspek-aspek pengurusan makmal sains yang diutarakan ialah :

i. Pengurusan organisasi

ii. Susun atur makmal

iii. Peraturan pengstoran dan peralatan

iv. Mengurus pembelian dan penyelanggaraan barangan makmal sains .

Dalam kajian ini pengurusan makmal sains bermaksud pengurusan organisasi,

fizikal makmal, penstoran, peralatan, pembelian dan penyelenggaraan barangan dalam

makmal sains dalam kalangan guru dan pembantu makmal di sekolah menengah Zon

Chanis Muadzam Shah.

1.12.4 Guru–Guru

Menurut Noresah Bahrom (1995) Guru boleh ditakrifkan sebagai orang yang

mengajar, mendidik,mengajar dan pengasuh. Dalam kajian ini guru yang dimaksudkan

ialah guru yang mengajar subjek sains di sekolah tempat kajian dijalankan.

1.12.5 Pembantu Makmal

Pembantu menurut Kamus Dewan edisi keempat (2010) bermaksud orang (alatdll)

yang membantu, penolong. Manakala makmal pula ialah tempat mengadakan percubaan

atau penyelidikan berhubung dengan ilmu sains. Dalam kajian ini pembantu makmal

bermaksud orang yang membantu guru sainsmenyediakan bahan-bahan dalam

pengajaran dan pembelajaran amali sains serta membantu dalam pengurusan makmal

sains di sekolah yang dikaji.

Page 34: PENGURUSAN MAKMAL SAINS DI SEKOLAH MENENGAH … Naser Bin Md Dan... · 2 universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul: pengurusan makmal sains di sekolah menengah

34

1.12.6 Demografi

Demografi menurut Kamus Dewan edisi keempat (2010) bermaksud kajian

tentang perkembangan penduduk dari segi saiz, kepadatan, kelahiran dan

kematian.Dalam kajian ini demografi bermaksudkajian latar belakang responden yang

meliputi jantina, umur, tahap pendidikan dan pengalaman mengajar.Demografi responden

adalahpenting untuk melihat perbezaan antara faktor demografi dengan tahap pengurusan

dan amalan pengurusan makmal dalam kalangan guru-guru dan pembantu makmal di

sekolah menengah Zon Chanis Chanis Muadzam Shah.

1.12.7 Tahap Pengetahuan

Menurut Kamus Dewan edisi keempat (2010) tahap bermaksud had atau takat

dalam sesuatu usaha manakala pengetahuan pula bermaksud mengetahui,kebijakan,

kepandaian. Dalam kajian ini tahap pengetahuan dalam pengurusan makmal yang baik

dan cemerlang adalah kebijaksanaan mengurus makmal dengan berkesan dengan cara

pembahagian kerja yang tersusun, penggunaan sumber yang optimum, struktur organisasi

yang kemas, kepimpinan yang cekap, polisi dan prosedur yang jelas serta memiliki

budaya organisasi yang mantap. Keberkesanan ini juga turut dibantu oleh teknologi yang

canggih seperti sistem komputer yang baik, prasarana yang lengkap dan tenaga kerja

yang terlatih.

1.12.8 Tahap Amalan

Page 35: PENGURUSAN MAKMAL SAINS DI SEKOLAH MENENGAH … Naser Bin Md Dan... · 2 universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul: pengurusan makmal sains di sekolah menengah

35

Kamus Dewan edisi keempat (2010) mendifinisikan tahap ialah had atau takat

sesuatu usaha manakala amalan pula ialah sesuatu yang dilakukan sebagai sesuatu

kebiasaan . Dalam kajian ini tahap amalan bermaksud had atau takat sesuatu usaha yang

dipraktikkan oleh pihak yang menguruskan makmal sains ke arah keberkesanan

pengurusan makmal sains di sekolah dalam menyediakan pengajaran dan pembelajaran

amali sains bertaraf dunia.

1.12.9 Jantina

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi keempat(2010) jantina

bermaksud jenis kelamin (laki-laki atau perempuan). Dalam kajian ini jantina bermaksud

kategori lelaki atau perempuan guru-guru dan pembantu makmal yang terlibat sebagai

responden.

1.12.10 Tempoh Perkhidmatan

Menurut Kamus Pelajar edisi kedua (2008) tempoh bermaksud jangka waktu atau

masa yang tertentu manakala perkhidmatan adalah kerja,usaha untuk kepentingan orang

ramai. Tempoh perkhidmatan dalam kajian ini bermaksud jumlah tahun guru-guru dan

pembantu makmal berkhidmat di sekolah. Semakin lama berkhidmat semakin mahir

mereka menguruskan makmal sains di sekolah.

1.12.11 Kelulusan Akademik

Kelulusan menurut Kamus Dewan dan Pustaka edisi keempat (2010) bermakna

tingkatan pengajian yang diperoleh sama ada sijil SPM, sijil STPM dan ijazah. Akademik

adalah mengenai ilmu pengetahuan. Kelulusan akademik bermaksud tahap tertinggi sijil

Page 36: PENGURUSAN MAKMAL SAINS DI SEKOLAH MENENGAH … Naser Bin Md Dan... · 2 universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis judul: pengurusan makmal sains di sekolah menengah

36

yang diperoleh oleh setiap individu.Dalam kajian ini kelulusan akademik bermaksud

pencapaian akademik yang diperolehi oleh guru-guru dan pembantu makmal yang terlibat

dalam kajian ini.

1.13 Penutup

Pelajaran sains merupakan pelajaran yang penting untuk membina masyarakat

sainstifik pada masa hadapan. Pelajaran sains melibatkan dua aspek yang penting iaitu

aspek teori dan amali. Kedua-dua aspek ini penting kerana saling melengkapi antara satu

sama lain. Pengajaran dan dan pembelajaran amali seharusnya dilakukan di dalam

makmal sains. Terdapat berbagai-bagai perkara yang perlu diurus selia oleh guru dan

pembantu makmal di makmal sains yang terbahagi kepada makmal biologi,makmal fizik

dan makmal kimia. Pengurusan dan amalan pengurusan yang baik menjamin kualiti

pelajaran amali sains yang diterima oleh para pelajar.

BAB 2

SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan