pengurusan emosi di tempat kerja

17
Dr Rosnah bt Ishak Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan UMS

Upload: aliel-shm

Post on 01-Oct-2015

448 views

Category:

Documents


17 download

DESCRIPTION

Stress

TRANSCRIPT

  • Dr Rosnah bt Ishak

    Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan

    UMS

  • Suatu ekspresi perasaan daripada naluri yang kuat seperti sayang, gembira, malu, sedih, takut dan sebagainya.

    Kehebatan dan kesensitifan perasaan yang selalunya diluahkan dari dalaman kepada tingkah laku tertentu atau cara kita menyampaikan perasaan (Mohd Fazli Abu Bakar, 2005).

    Perasaan-perasaan yang kuat ini akan mempengaruhi tindak balas luaran sama ada pada perubahan tubuh fizikal terkawal seperti mimik muka dan tidak terkawal seperti badan berpeluh kerana ketakutan.

  • Menurut Cherniss dan Goleman (2001), kecerdasan emosi adalah kemampuan untuk mengenal perasaan diri dan orang lain supaya dapat memotivasi diri sendiri serta mengendalikan emosi dengan baik dalam diri dan dalam hubungan dengan orang lain.

    Kecerdasan emosi memandu kecerdasan intelektual manusia dalam menentukan keputusan daripada beberapa pilihan yang ada dan seterusnya mengambil tindakan.

  • Pekerja yang unggul adalah pekerja yang memiliki kecerdasan emosi yang tinggi (Cooper & Sawaf, 2000).

    Orang yang cerdas emosi mampu mengatasi konflik, menyediakan jambatan bagi melalui jurang, melihat setiap aspek positif daripada masalah, bersedia menempuh segala halangan dengan lebih cekap dan cepat dariapad orang lain.

    Kecerdasan emosi tidak didasarkan bagaimana pintarnya seseorang pekerja tetapi menekankan ciri tingkah laku yang dimilikinya.

    Kecerdasan intelektual hanya menyumbang 20 peratus berbanding 80 peratus kecerdasan emosi dalam menentukan kejayaan seseorang individu (Goleman, 2002).

  • Seseorang pekerja yang mempunyai kecerdasan emosi yang tinggi berupaya: Memahami reaksi emosi diri terhadap sesuatu

    keadaan.

    Memahami bagaimana orang lain melihat atau membuat persepsi terhadap sesuatu keadaan.

    Menjalinkan hubungan akrab dengan manusia.

    Memujuk individu lain melalui tingkah laku dan tutur kata yang baik

    Mengenal arah tuju dan matlamat berdasarkan nilai, prinsip, dan falsafah peribadi yang kuat.

  • Ketegangan emosi adalah rasa tegang dan tidak selesa emosi yang disedari atau mungkin tidak disedari dan ditunjukkan melalui tingkah laku tertentu.

    ketegangan emosi adalah suatu siri reaksi badan yang melibatkan sistem saraf simpatetik, (sebahagian daripada sistem saraf yang menghasilkan tindakan luar kawal) bagi meningkatkan keupayaan badan untuk bergerak balas.

  • Meningkatkan degupan jantung dan kadar pernafasan supaya anda mendapat lebih oksigen dan tenaga.

    Megedarkan darah dengan banyak kepada otot-otot besar. Memperlahankan atau menutup system pencernaan

    makanan untuk mengurangkan penggunaan tenaga, nutrient dan oksigen.

    Meransang badan menghasilkan lebih glukosa bagi menjana tenaga.

    Meransang kelenjar adrenal merembeskan epinephrine dan norepinephrine untuk meningkatkan output jantung dan gula dalam darah.

    Meransang perembesan kortisol daripada kelenjar arenal untuk meningkatkan gula dalam darah dan tenaga.

    Meningkatkan diameter anak mata untuk membolehkan lebih banyak cahaya masuk ke dalam mata untuk penglihatan yang lebih tepat.

  • Ketakutan

    Penolakan

    Kebimbangan

    Kemarahan

    Cemburu

    Kritikan

    Keangkuhan

    Kebencian

  • Simptom biasa

    Gangguan tidur

    Perubahan berat badan yang mendadak/perubahan corak pemakanan

    Simptom luar biasa

    Simptom fizikal yang tidak dapat dijelaskan

    Kegagalan menguruskan kemarahan atau mengawal rasa marah

    Tingkah laku kompulsif atau obsessif

    Keletihan dan kekurangan tenaga yang kronik

    Masalah ingatan

    Menghindari aktiviti sosial

    Seks menjadi tidak menarik

    Tingkah laku tidak menentu dan Mood swings disedari oleh orang lain di sekeliling anda.

  • Faktor luaran yang biasa Faktor dalaman yang biasa

    Perubahan besar dalam hidup

    Kerja atau sekolah

    Masalah dalam hubungan

    Masalah kewangan

    Sangat sibuk

    Keluarga dan anak-anak

    Kebimbangan kronik Sikap pessimis Cakap diri yang negatif Harapan yang tidak

    realistic/perfectionism Pemikiran kaku/tidak

    fleksibel All-or-nothing

    attitude

  • Sedar bahawa kita mempunyai emosi

    Dapat mengenal pasti (melabel) emosi yang dirasai

    Dapat mengawal emosi supaya kita dapat memilih bagaimana untuk bertingkah laku

  • Kenal pasti punca ketegangan emosi Takut? Letakkan ketakutan hanya kepadaNya sahaja Ditolak? Yakinkan diri bahawa anda adalah penting,

    berharga dan diperlukan Bimbang? Fokus kepada sesuatu yang menarik, lebih

    pasti untuk terjadi dan memberi makna Marah? Yakinkan diri sendiri bahawa setiap orang

    mempunyai kelebihan diri masing-masing. Cemburu? Berikan cinta dan kasih sayang tanpa syarat Dikritik? Ambil positif segala kritikan. Angkuh? Yang layak menerima pujian hanyalah Yang

    Maha Kaya Benci? Belajar untuk senyum, beri salam dan mengenali

    lebih mendalam orang yang anda benci.

  • Rehat antara waktu kerja Rangka jadual kerja seharian Bersikap realistik. Jangan bebankan diri anda jka tidak

    mampu Banyakkan pergaulan, jangan abaikan teman-teman atau

    keluarga sendiri semata-mata kerana terikat dengan jadual kerja yang ketat

    Banyakkan pergaulan, jangan abaikan teman-teman atau keluarga sendiri semata-mata kerana terikat dengan jadual kerja yang ketat

    Luahkan masalah kepada orang lain yang dipercayai Bercuti sambil berehat untuk merehatkan fikiran anda Jangan memendam rasa. Jumpa doktor atau pakar jika masalah tidak juga dapat

    diatasi

  • Tarik nafas dalam-dalam dan hembus secara teratur. Ia menghasilkan perasaan relaks dan baik untuk sistem pencernaan.

    Luangkan sedikit masa untuk sembahyang/solat/berdoa atau bermeditasi atau sesi santai. Kaedah ini telah dibuktikan secara saintifik menggalakkan tindak balas santai (relaxation) dalam badan yang dapat mengurangkan tekanan darah, denyutan nadi dan meningkatkan kadar edaran darah.

    Berlatih membuat visualisasi. Visualisasikan perkara-perkara menarik yang anda suka, mahu dan inginkan dalam kehidupan anda.

  • Pastikan anda mendapat nutrien yang mencukupi untuk sistem saraf anda. pengamblan nutrientini penting bagi memastikan anda dapat menampung sejumlah tekanan yang dialami tanpa mengalami break down.

    Bersikap jujur dengan perasaan anda sendiri. Sekiranya anda mahu merasa gembira dan bahagia, jangan biarkan orang lain membuat anda menderita

    Gerakkan badan anda. Latihan yang tetap dan berterusan adalah baik untuk mengelakkan depresi dan mengimbangkan emosi.

    Kawal pemakanan. Sesetengah makanan mempunyai kalori yang tinggi menyebabkan anda rasa panas dan tidak selesa membuatkan anda cepat marah.