pengurusan dan organisasi sekolah

46
1.0 PENGURUSAN DAN ORGANISASI SEKOLAH 1.1 CARTA ORGANISASI SEKOLAH 1 GURU BESAR PIBG LEMBAGA GPK HEM MAZLAN ZAHARI GPK KOKURIKULUM HARIRI RAMLI GPK 1 JUNITA ABDULLAH 1. Pntadbiran 2. Penyeliaan Guru dan Buku Rampaian 3. Kursus 4. Panitia- panitia 5. Pusat Sumber 6. Ujian dan Peperiksaan 7. Bimbingan dan Pemulihan 8. Program Kurikulum 9. Jadual 1. Disiplin Dan Kaunseling 2. Keselamatan Dan Kebajikan Murid 3. Buku Teks 4. Kad 001 5. Biasiswa 6. Kantin Sekolah 7. Pendaftaran Sekolah 8. Kedatangan Harian 9. Pertukaran 1. Sukan dan Permainan 2. Pakaian seragam 3. Persatuan 4. Lawatan 5. Menyelaras Hari- Hari Perayaan dan Ucapan Sekolah 6. Penyeliaan Guru dan Buku Rampaian 7. Keceriaan Sekolah 8. Pembangunan AJK AJK AJK

Upload: aku-norain-abdullah

Post on 02-Jan-2016

315 views

Category:

Documents


16 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pengurusan Dan Organisasi Sekolah

1.0PENGURUSAN DAN ORGANISASI SEKOLAH

1.1CARTA ORGANISASI SEKOLAH

1

GURU BESAR

TN. HJ. AZIZUL BIN HJ. ABD.

PIBG LEMBAGA

GPK HEM

MAZLAN ZAHARI

GPK KOKURIKULUM

HARIRI RAMLI

GPK 1

JUNITA ABDULLAH

1. Pntadbiran2. Penyeliaan Guru dan Buku Rampaian3. Kursus4. Panitia-panitia5. Pusat Sumber6. Ujian dan Peperiksaan7. Bimbingan dan Pemulihan8. Program Kurikulum9. Jadual

1. Disiplin Dan Kaunseling2. Keselamatan Dan Kebajikan Murid3. Buku Teks4. Kad 0015. Biasiswa6. Kantin Sekolah7. Pendaftaran Sekolah8. Kedatangan Harian9. Pertukaran Murid10. Rawatan Kecemasan11. Rancangan Makanan Tambahan12. Penyeliaan Guru dan Buku Rampaian

1. Sukan dan Permainan2. Pakaian seragam3. Persatuan4. Lawatan5. Menyelaras Hari-Hari Perayaan dan Ucapan Sekolah6. Penyeliaan Guru dan Buku Rampaian7. Keceriaan Sekolah8. Pembangunan

AJK AJKAJK

MURID-MURID

Page 2: Pengurusan Dan Organisasi Sekolah

1.2 PERANAN PIHAK PENGURUSAN SEKOLAH

GURU BESAR

TN. HJ. AZIZUL BIN HJ. ABD. AZIZ

Pentadbiran

Mentadbir dan mengurus sekolah

Merancang program perkembangan guru dan kakitangan

Mengangih dan menyelia tugas-tugas dan kakitangan sokongan

Menyelia tatacara pentadbiran dan tatasusila serta lain-lain aspek

pengurusan

Penasihat badan disiplin murud-murid

Penasihat Persatuan Ibubapa dan Guru

Setiausaha Jemaah Pengurus Sekolah

Melaksanakan dasar pendidikan negara serta segala arahan dan peraturan

yang di keluarkan dari masa ke semasa

Mengeluarkan arahan dan peraturan untuk guru dan kakitangan sekolah bagi

melaksanakan tiap-tiap jenis tugas sama ada dalam bidang pentadbiran,

kurikulum, kokurikulum dan tata tertib

Mengawal perlaksaan kurikulum dan kegiatan kokurikulum

Ketua menilai dan perancang hasil usaha guru dan kakitangan sekolah serta

murud-murid

Ketua pembimbing guru-guru dan kakitangan sekolah

2

Page 3: Pengurusan Dan Organisasi Sekolah

Ketua protokol bagi acara sekolah

Pegawai perhubungan di antara sekolah dengan luar sekolah

Pengerusi jawatankuasa buka tender kantin sekolah

Mengesah kesahihan dokumen-dokumen

Bertanggungjawab terhadap keselamatan murid, guru, kakitangan sekolah

dan harta benda sekolah

Bertugas di pejabat semasa cuti sekolah

Kewangan

Merancang dan mengawal kewangan sekolah

Ketua juru audit akaun persatuan atau kelab sekolah

Kurikulum

Pengerusi jawatankuasa perancang kuriklum sekolah

Menyelia pengajaran dan pembelajaran, buku persediaan mengajar, buku

latihan murid-murid dan lain-lain

Mengajar sekurang-kurangnya 9 waktu seminggu

Pengerusi Lembaga Tatatertib

Kokurikulum

Pengerusi jawatankuasa bimbingan pelajar sekolah

Pendaftar persatuan atau kelab sekolah

Penasihat kepada persatuan dan kelab sekolah

Penasihat jawatan kuasa sukan sekolah

3

Page 4: Pengurusan Dan Organisasi Sekolah

GPK 1

JUNITA ABDULLAH

Penolong kanan 1 ditugaskan dalam bidang akademik sebagaimana berikut :

Melaksanakan tugas-tugas di bahagian akademik

Menjadi ketua perhubungan di antara guru besar dengan guru-guru dan

kakitangan sekolah

Naib Pengerusi Perancang Sekolah

Pengerusi jawatankuasa mesyuarat penuh guru-guru

Menyelia dan mengurus perangkaan, penyataan tahunan, bulanan dan lain-

lain data

Menyelai dan mengurus boring-borang penilaian prestasi guru-guru dan

kakitangan sekolah sebagai pegawai penilai

Setiausaha Lembaga Tatatertib sekolah

Bertugas di pejabat semasa cuti penggal sekolah

Menyelia pendaftaran, kemasukan, dan perpindahan murid

Menyelia keadaan fizikal sekolah, peralatan dan harta benda sekolah

Menyelia buku kedatangan guru dan kakitangan sekolah

Menyelia pengurusan gaji, kewangan dan akaun sekolah

Mengurus permit mengajar guru-guru

Membantu guru besar dalam perhubungan luar sekolah

Menyemak dan mengambil tindakan terhadap laporan guru bertugas harian

4

Page 5: Pengurusan Dan Organisasi Sekolah

Merancang dan melaksana bersama takwim sekolah

Mengatur dan menyelia kerja guru dan kakitangan sekolah

Ahli jawatankuasa buka tender sekolah

Mengajar tidak kurang dari 9 waktu seminggu

Menjalankan tugas guru besar semasa ketiadaannya

Menyelia proses pengajaran dan pembelajaran supaya berjalan dengan

sempurna pengerusi jawatankuasa jadual waktu

Mewakili guru besar dalam mesyuarat atau penyampaian semasa

ketiadaannya.

5

Page 6: Pengurusan Dan Organisasi Sekolah

GPK HEM

MAZLAN ZAHARI

Guru Penolong Kanan HEM

Menjalankan tugas hal ehwal murid-murid

Menyelia proses pengajaran dan pembelajaran supaya berjalan dengan

sempurna terhadap murid-murid

Setiausaha Jawatankuasa Perancang sekolah

Mempastikan perlaksanaan sukatan pelajaran diikuti dengan sepenuhnya

Mengawasi disiplin pekerja dan murid-murid

Menyelia biasiswa murid-murid

Menyemak buku latihan murid-murid

Menyelia pengurusan buku rekod, kad kemajuan murid

Menguruskan sijil-sijil akademik

Menyelia penyimpanan stok peralatan mengajar

Mengajar tidak kurang 9 waktu seminggu

Menjalankan tugas guru besar dan mewakili guru besar dalam ketiadaan

guru besar dan penolong kanan 1

Bertugas di pejabat sekolah dalam masa cuti penggal sekolah

Menyelia kantin dan RMT

Mengawasi disiplin pengawas dalam menjalankan tugas

Mengawasi kedatangan guru dan murid

6

Page 7: Pengurusan Dan Organisasi Sekolah

Mengatur kawasan sekolah kepada murid dan pekerja

Keselamatan jalanraya

Membahagikan tugas kepada murid dan pekerja

Mengadakan perjumpaan dengan ibubapa bila memdapati murid-murid

lemah atau tidak hadir ke sekolah atau kesulitan membayar yuran

Menerima pendaftaran murid

Menyelia pengurusan gaji dan kewangan sekolah

Merumus dan menganalisa keputusan ujian peperiksaan serta penyaluran

murid

7

Page 8: Pengurusan Dan Organisasi Sekolah

GPK KOKURIKULUM

HARIRI RAMLI

Penolong Kanan Ko-kurikulum

Bertanggungjawab sepenuhnya kepada guru besar dalam aspek pengurusan

ko-kurikulum

Menjalankan tugas guru besar semasa ketiadaan penolong kanan 1 dan 2.

Mengajar tidak kurang 9 waktu seminggu.

Menyelia dan menilai aktiviti ko-kurikulum di sekolah.

Merancang takwim sukan dan permainan, unit berunifom, persatuan dan

kelab.

Mengurus pemilihan peserta untuk pertandingan, kegiatan unit berunifom

persatuan dan kelab.

Menyelaras aktiviti sukan dan permainan, unit berunifom, persatuan dan

kelab di dalam dan di luar sekolah

Menyediakan anggaran perbelanjaan untuk kegiatan ko-kurikulum

Menentukan langkah-langkah keselamatan di dalam kegiatan ko-kurikulum

Menyelaras hari upacara dan perayaan yang diadakan di sekolah.

Bertanggungjawab mengenai lawatan-lawatan anjuran pasukan sekolah

Menyelaras pembahagian murid-murid dalam pasukan dan persatuan

Menentukan penglimatan murid-murid dalam masa kegiatan ko-kurikulum

Mengurus dan bertanggungjawab mengenai alat-alat sukan dan permainan

8

Page 9: Pengurusan Dan Organisasi Sekolah

Bertanggungjawab mengenai semua pakaian seragam yang diberi oleh

sekolah

Mempastikan rekod data ko-kurikulum

Menguruskan kursus dan latihan untuk guru dan murid dalam bidang ko-

kurikulum

Mengenalpasti guru-guru dan murid-murid yang berpotensi dalam kegiatan

ko-kurikulum

Menganggotai jawatankuasa perancang sekolah, penjadualan sekolah

Menganggotai jawatankuasa tatatertib sekolah

9

Page 10: Pengurusan Dan Organisasi Sekolah

Ketua Panatia.

Ketua panitia ialah badan ikhtisas di peringkat sekolah yang diketuai oleh

seorang guru kanan yang dilantik oleh guru besar dan dianggotai oleh semua

guru yang mengajar mata pelajaran yang sama. Semua ketua panitia mata

pelajaran adalah secara automatik menjadi ahli Jawatankuasa Kurikulum

Sekolah dan menjadi penghubung antara ahli panitia dan guru besar.

Peranan ketua panitia adalah :

Mengkaji Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran untuk

merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran sepanjang tahun

Memastikan perancangan dilaksanakan

Menyelaras perancangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran

serta penilaian tahunan bagi mata pelajaran berkenaan

Mencadangkan buku-buku rujukan dan bacaan tambahan yang

sesuai dengan kepaerluan murid dan kegunaan guru untuk

dibekalkan di Pusat Sumber

Menyelaraskan ujian berasaskan sekolah bagi mata pelajaran

berkenaan

Mengkaji dan menganalisis keputusan penilaian berasaskan

sekolah dan keputusan UPSR serta mengambil tindakan susulan

untuk mengatasi kelemahan pengajaran dan pembelajaran

Mengadakan mesyuarat panitia untuk membincangkan cara

meningkatkan prestasi mata pelajaran dan isu-isu yang berkaitan

dalam melaksanakan kurikulum

Bekerjasama dan berkongsi pengalaman dan kepakaran dengan

panitia mata pelajaran dari sekolah yang berhampiran

10

Page 11: Pengurusan Dan Organisasi Sekolah

Guru Bilik Darjah.

Guru kelas ditugaskan dalam bidang akademik sebagaimana berikut :

Menyelia buku kehadiran murid, buku rekod kemajuan, buku nilam dan buku

kesihatan murid-murid

Mengambil berat latar belakang murid

Mengklasifikasikan murid mengikut kemampuan masing-masing dan

memberi tumpuan kepada mereka

Menyelia bilik darjah supaya sentiasa berada dalam keadaan sempurna agar

murid-murid dapat belajar tanpa gangguan

Memberi pertolongan sekiranya murid menghadapi masalah dan sebagainya

11

Page 12: Pengurusan Dan Organisasi Sekolah

1.2 PELAN FIZIKAL SEKOLAH

12

Page 13: Pengurusan Dan Organisasi Sekolah

2.0 PRASARANA SEKOLAH

Pelbagai kemudahan yang disediakan oleh pihak sekolah bagi memudahkan

para pelajar untuk belajar mahupun untuk guru mengajar. Berikut antara

kemudahan yang terdapat di Sekolah Kebangsaan Seri Pilah :

2.1 KEMUDAHAN SEKOLAH

Sudut Pembelajaran

Gambar di atas menunjukkan sudut pembelajaran. Sudut ini disediakan di

setiap kelas untuk menggalakkan para pelajar untuk membaca. Sudut ini dihias

cantik bagi menarik minat para pelajar untuk membaca di situ. Tujuan utama

sudut bacaan disediakan adalah untuk memenuhi masa murid-murid yang

terluang, contohnya ketika ketiadaan guru di dalam kelas, Sudut bacaan ini

disediakan di penjuru belakang kelas bagi setiap kelas yang terdapat di sekolah

tersebut. Selain itu, pertandingan sudut bacaan yang tercantik turut diadakan di

sekolah tersebut, maka dengan adanya pertandingan seperti ini, murid-murid

dan guru kelas msing-masing akan berusaha menghias dan mempertingkatkan

jumlah buku yang terdapat di sudut tersebut, jadi mereka tidak akan ketinggalan

dari segi mendapatkan berita yang terkini.

13

Page 14: Pengurusan Dan Organisasi Sekolah

Dewan Sekolah

Dewan sekolah ini diberi nama Dewan Kita. Segala aktiviti yang memerlukan

untuk para pelajar berkumpul akan dijalankan di dalam dewan ini. Dewan ini baru dibina

bagi menggantikan dewan yang lama kerana dewan yang lama menggunakan

gabungan kelas untuk dijadikan dewan. Ini amat menyukarkan para guru mahupun para

pelajar itu sendiri kerana mengganggu pembelajaran mereka apabila sekolah ingin

menjalankan sesuatu aktiviti yang menggunakan dewan. Antara aktiviti yang pernah

dilaksanakan di dalam Dewan Kita ini ialah hari pengumuman keputusan UPSR bagi

setiap tahun, mesyuarat PIBG, mesyuarat bagi aktiviti kokurikulum, dan Hari Anugerah

Cemerlang. Sesungguhnya dewan ini sangat berguna kerana ia merupakan tempat di

mana semua pelajar, guru dan ibu bapa dapat berkumpul jika sekiranya terdapat

sesuatu majlis

14

Page 15: Pengurusan Dan Organisasi Sekolah

Kantin Sekolah

Sepanjang pemerhatian saya selama 5 hari berada di sekolah tersebut,

keadaan kantinnya sangat teratur dan kebersihannya pun amat memuaskan. Hal

ini adalah kerana murid-murid di situ akan menyusun kembali kerusi-kerusi

ketika selepas makan. Tidak dapat dinafikan lagi mereka sangat berdisiplin.

Tambahan lagi mereka juga tidak menyepahkan makanan di merata tempat

kerana bakul sampah disediakan di sudut-sudut tertentu.

Tandas Sekolah

Gambar di atas menunjukkan kemudahan tandas yang terdapat di

Sekolah Kebangsaan Seri Pilah. Sepanjang pemerhatian saya selama seminggu

saya berada di sekolah tersebut, saya dapati keadaan tandas di sekolah ini

terjaga dan sangat bersih. Untuk menceriakan lagi tandas, pihak sekolah telah

melukis mural di hadapan tandas.

15

Page 16: Pengurusan Dan Organisasi Sekolah

Padang Sekolah

Padang antara kemudahan yang terdapat di setiap sekolah. Padang

disediakan kepada para pelajar bertujuan untuk memudahkan para pelajar

untuk menjalankan aktiviti sukan mahupun kokurikulum. Antara aktiviti yang

dilakukan di padang seperti bermain bola sepak, bola jaring dan sebagainya.

Padang Permainan

Padang permainan ini mempunyai papan gelongsor, buaian, alat

imbangan badan, dan tempat gayut. Lokasi padang permainan tersebut ialah

di belakang kelas pra-sekolah yang menempatkan kanak-kanak berumur 5

tahun dan 6 tahun. Padang permainan ini disediakan khas kepada kanak-

kanak pra-sekolah. Kanak-kanak tersebut menggunakan kemudahan ini

ketika waktu rehat.

16

Page 17: Pengurusan Dan Organisasi Sekolah

Pusat Sumber

Gambar di atas menunjukkan keadaan di dalam perpustakaan yang

terdapat di sekolah ini. Keadaan perpustakaan tersebut akan sentiasa berada

dalam keadaan terkawal, kemas, dan bersih.Selain buku, terdapat pelnagai

kemudahan sampingan di situ. Contohnya, pentas untuk bercerita dan

ruangan untuk menonton televisyen.

Makmal Komputer

Selain kemudahan-kemudahan yang telah saya nyatakan sebentar

tadi, sekolah ini juga turut mempunyai kemudahan makmal komputer.

Kemudahan seperti ini disediakan untuk memudahkan para pelajar ketika

sesi pembelajaran ICT. Dengan tersedianya kemudahan seperti ini, mereka

akan dapat mengenali dan belajar dengan lebih mendalam mengenai

komputer dan kegunaanya.

17

Page 18: Pengurusan Dan Organisasi Sekolah

Makmal Sains

Gambar di atas menunjukkan keadaan di dalam makmal sains yang

terdapat di sekolah tersebut. Makmal tersebut masih belum lengkap dengan

alat-alat bantu mengajar yang sepatutnya diletakkan di dalamnya. Hal ini

adalah kerana, sekolah tersebut tergolong dalam kumpulan sekolah kurang

murid. Ini menyebabkan aktiviti kurang berlaku di dalam makmal kurang

berbanding sekolah-sekolah lain.

Kemudahan-kemudahan lain

18

Page 19: Pengurusan Dan Organisasi Sekolah

Antara kemudahan-kemudahan lain yang terdapat di sekolah tersebut ialah stor

am, bilik kemahiran hidup, pra-sekolah, bilik pemulihan, . surau, dan klinik. Kemudahan-

kemudahan yang telah disediakan ini adalah amat berguna kepada para pelajar kerana

setiap bilik tersebut ada kegunaannya yang tersendiri.

2.2 MURAL SEKOLAH

19

Page 20: Pengurusan Dan Organisasi Sekolah

Terdapat pelbagai jenis mural yang terdapat di dinding-dinding sekolah

ini. Setiap mural yang dilukiskan ada maksudnya yang tersendiri. Tidak dapat

dinafikan lagi bahawa murid-murid boleh belajar dengan lebih seronok dan

ceria apabila terdapat mural-mural tersebut. Hal ini adalah kerana, mural di

dinding dapat membuatkan sesebuah sekolah itu lebih ceria dan cantik.

2.3 KATA-KATA HIKMAH

Selain daripada mural, Sekolah Kebangsaan Pendang ini juga

mempunyai kata-kata hikmah. Kata-kata tersebut kebanyakannya ditulis di

dinding-dinding sekolah dan digantung di setiap lorong dan susur gajah.

Tujuan utama kata-kata hikmah ditulis ialah untuk menaikkan semangat para

pelajar dalam mengejar ilmu dunia dan akhirat. Tidak dapat disangkal

bahawa penulisan kata-kata hikmah adalah amat penting untuk pembentukan

akhlak yang baik dalam kalangan para murid. Berikut merupakan contoh-

contoh kata-kata hikmah yang terdapat di sekolah tersebut.

20

Page 21: Pengurusan Dan Organisasi Sekolah

2.4 NILAI-NILAI MURNI

Selama 5 hari berada di sekolah

tersebut, interaksi antara saya bersama

murid-murid berlaku. Daripada

pemerhatian saya, saya dapati murid-

murid di sekolah tersebut sangat

mudah mesra dengan orang luar dan

mereka juga sangat peramah. Ini

kerana pada hari pertama saya berada

di sekolah, murid-murid berebut-rebut

ingin bersalam dengan saya disamping

menawarkan bantuan untuk

mengangkat barang yang saya bawa. Dari kejadian itu, saya berasa amat

kagum dengan sifat mereka yang sangat menghormati guru disamping ringan

tulang. Walaupun mereka kurang cerdik namun mereka tidak kurang dari segi

adab bersama orang yang lebih tua daripada mereka. Sifat seperti ini patut

dicontohi. Di samping itu, saya juga mendapati bahawa setiap pelajar yang

berselisih dengan guru akan memberi salam kepada guru tersebut.

Sesungguhnya amalan memberi salam merupakan amalan mulia yang patut

diterapkan dalam jiwa kanak-kanak zaman sekarang. Sesungguhnya amalan

ini dapat menjadi makanan rohani kepada setiap murid di sekolah tersebut,

oleh itu tidak hairan jika sekolah ini dapat menghasilkan pelajar yang

cemerlang dari segi rohani dan jasmani.

21

Page 22: Pengurusan Dan Organisasi Sekolah

2.5 RUKUN NEGARA

Di Sekolah Kebangsaan Seri

Pilah, papan maklumat Rukun

Negara diletakkan di dinding

hadapan sekolah.

Kedudukannya sangat strategik,

hal ini adalah kerana ia dapat

dibaca oleh murid-murid kerana

ia terletak di kawasan yang

agak mudah untuk murid-murid

membacanya.

2.6 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Tidak dapat dinafikan bahawa

kewujudan papan kenyataan

mengenai Falsafah Pendidikan

Kebangsaan adalah amat penting

di setiap sekolah. Hal ini adalah

untuk memastikan setiap tenaga

pengajar sentiasa beringat tentang

tugas utama mereka sebagai

pendidik demi melahirkan anak

bangsa yang berjaya. Di Sekolah

22

Page 23: Pengurusan Dan Organisasi Sekolah

Kebangsaan Pendang, FPK diletakkan di dinding dalam pejabat.

Tempatnya agak strategik kerana setiap guru dan staf di sekolah

tersebut sentiasa pergi ke pejabat untuk melaporkan tentang kehadiran

diri.

2.7 BILIK DARJAH

Pada pemerhatian saya, ruangan pembelajaran di setiap kelas selesa.

Ruangnya tidak terlalu besar dan tidak terlau sempit. Daripada pemerhatian

saya, murid-murid berada dalam keadaan yang selesa semasa sesi

pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Di setiap kelas di Sekolah

Kebangsaan Seri Pilah juga wajib membuat ruangan paparan di papan-

papan yang terletak di hadapan dan di belakang kelas. Paparan yang

terdapat di papan-papan di setiap kelas ialah jadual kelas, jadual tugas dan

ruangan untuk mata pelajaran tertentu. Sesungguhnya setiap jenis paparan

yang diletakkan dalam papan kenyataan bilik darjah adalah sangat penting

23

Page 24: Pengurusan Dan Organisasi Sekolah

Contohnya, jadual kelas dan jadual bertugas dapat membuatkan para pelajar

melaksanakan tugas mereka mengikut peraturan yang disediakan.

2.8 KESELAMATAN

Di sekolah ini, terdapat 2 orang pengawal keselamatan yang bergilir-gilir

untuk menjaga keselamatan sekolah pada setiap hari. Di samping itu,

pengawal keselamatan di sekolah ini juga bertanggungjawab menjaga

keselamatan keluar masuk murid-murid ke sekolah. Mereka akan menjaga

trafik di depan pintu masuk sekolah ketika waktu datang dan pulang, demi

mengelakkan berlakunya kemalangan yang tidak diingini. Selain itu, sekolah

24

Page 25: Pengurusan Dan Organisasi Sekolah

ini turut dilengkapi dengan infrastruktur seperti bangunan, elektrik, alat

pemadam api dan pili bomba.

3.0 PERLAKSANAAN KURIKULUM DAN KOKURIKULUM

3.1 SUKATAN PELAJARAN

Setiap orang guru di Sekolah

Kebangsaan Seri Pilah

melaksanakan sesi pengajaran dan

pembelajaran kurikulum mengikut

sukatan pelajaran yang telah

ditetapkan. Saya dapati, guru-guru

di sekolah ini mengajar dengan

penuh berdedikasi dan

bertanggungjawab mengikut

sukatan matapelajaran yang

ditetapkan. Mereka sentiasa berusaha menghabiskan sukatan pelajaran

sebelum peperiksaan bermula.

3.2 BUKU REKOD PENGAJARAN

Setiap perkara yang diajar oleh

guru akan dicatat di dalam buku

rekod pengajaran sebelum

25

Page 26: Pengurusan Dan Organisasi Sekolah

memulakan pengajaran di dalam bilik darjah. Buku rekod ini amat

penting bagi setiap orang guru kerana buku ini menjadi bukti rekod

pengajaran yang dibuat oleh seseorang guru itu.

3.3 SUMBER PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

RAJAH 1 RAJAH 2

Gambar di atas menunjukkan bahan bantu mengajar seperti Rajah 1 dan

bahan bantu belajar di Rajah 2. Bahan-bahan ini terdapat di dalam bilik

darjah di sekolah. Dapat kita perhatikan dalam rajah tersebut, bahan-bahan

tersebut digantungkan dan ditampal untuk memudahkan guru untuk mengajar

mahupun mudah untuk murid-murid belajar. Bahan-bahan seperti ini dapat

membantu murid-murid ketika sesi pembelajaran berlaku.

26

Page 27: Pengurusan Dan Organisasi Sekolah

Berikut adalah sudut bacaan dan paparan bahan-bahan pembelajaran

yang terdapat dalam salah satu kelas yang terdapat di sekolah tersebut.

Sudut pembelajaran di sediakan di setiap kelas untuk menggalakkan

murid=murid membaca.Paparan bahan-bahan pula dilekatkan di papan

kenyataan yang terdapat di bahagian belakang kelast. Dengan adanya

paparan bahan pembelajaran seperti itu, murid-murid akan lebih tertarik

untuk belajar di dalam kelas kerana ia kelihatan amat cantik sekali dan

menarik. Tambahan lagi, paparan bahan-bahan pembelajaran tersebut

adalah sangat penting, hal ini adalah kerana untuk memastikan murid-murid

sentiasa mengalami proses pembelajaran dengan membaca info-info yang

terdapat di paparan tersebut.

3.4 KOKURIKULUM

Di Sekolah Kebangsaan Seri Pilah ini terdapat 3 jenis kokurikulum yang

dijalankan, iaitu kelab koakademik, unit beruniform, dan kelab

sukan/permainan. Kelab koakademik terdiri daripada 2 jenis kelab, iaitu Kelab

Bahasa Melayu dan Kelab Matematik dan Sains.Manakala bagi unit

beruniform hanya satu unit beruniform sahaja. Pasukan-pasukan tersebut

ialah Pengakap, Seterusnya, bagi kelab sukan dan permainan pula, ia terdiri

daripada 2 jenis kelab sukan dan permainan, iaitu Kelab Bola Sepak dan

27

Page 28: Pengurusan Dan Organisasi Sekolah

Kelab Bola Jaring. Gambar di atas menunjukkan pakaian seragam yang

dipakai oleh murid-murid sekolah tersebut ketika hari Rabu. Mereka memakai

ketika hari tersebut kerana hari tersebut merupakan hari kegiatan

kokurikulum dijalankan. Mereka akan menghadiri mensyuarat unit beruniform

ketika tamatnya waktu kelas, iaitu dari pukul 1.30 petang hingga pukul 2.00

petang. Gambar menunjukkan sidang mensyuarat pasukan unit beruniform

yang terdapat di sekolah tersebut.

3.5 PROGRAM PEMULIHAN

Di sekolah ini terdapat sebuah kelas khas untuk program pemulihan.

Murid-murid yang berada di dalam kelas tersebut terdiri daripada kanak-

kanak yang masih belum berjaya menguasai 3M, iaitu membaca, menulis

dan mengira. Di dalam kelas tersebut, mereka diajar berulang-ulang kali

sehingga berjaya menguasa asas pembelajaran 3M.

28

Page 29: Pengurusan Dan Organisasi Sekolah

4.0 PROGRAM DAN AKTIVITI

4.1 AKTIVITI KURIKULUM

Pelbagai jenis aktiviti

kurikulum dijalankan di

sekolah ini, antaranya

ialah Program Nilam.

Sekolah ini mewajibkan

setiap murid-muridnya

untuk masuk ke dalam

perpustakaan untuk

membaca buku yang

terdapat di dalam

perpustakaan dan

membuat sedikit catatan

berkenaan buku yang

dibaca.

Selain itu, terdapat

ruangan untuk menonton

29

Page 30: Pengurusan Dan Organisasi Sekolah

televisyen iaitu ‘Kampus Astro”. Guru-guru sering membawa murid-

murid ke bahagian ini bagi menonton rancangan yang terdapat disitu.

Antara rancangan yang sering ditonton ialah ‘Astro Ceria’, ‘TV IQ’ dan

pelbagai lagi. Ini kerana disamping berhibur, murid-murid boleh belajar

dan mendapatkan pengalaman dengan hanya menonton televisyen.

4.2 AKTIVITI KOKURIKULUM

Antara aktiviti kokurikulum dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan Seri

Pilah ialah perjumpaan pasukan Pengakap pada setiap petang rabu. Murid-

murid diwajibkan memakai pakian seragam pasukan. Antara aktiviti yang

dijalankan ialah latihan kawat, latihan mengikat tali dan pelbagai lagi. Setiap

hujung tahun, pasukan ini akan mengadakan perkemahan untuk murid-murid

untuk menguji daya tahan disamping memupuk semangat kerjasama antara

mereka.

4.4 LAIN-LAIN

30

Page 31: Pengurusan Dan Organisasi Sekolah

Antara aktiviti lain yang dijalankan disekolah ini ialah Mesyuarat

Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG). Aktiviti ini wajib dijalankan disetiap

sekolah. Ia untuk perjumpaan kedua belah pihak iaitu pihak ibubapa dan

guru. Di dalam mesyuarat ini, segala masalah yang dihadapi oleh pihak

sekolah dan ibubapa akan dibincang dan diutarakan untuk kepentingan

bersama.

5.0 LAPORAN AKHIR (REFLEKSI KESELURUHAN)

Pada 22 Mac hingga 26 Mac yang lepas, saya dan rakan-rakan PISMP ambilan

Januari 20010 yang lain menjalankan Program Berasaskan sekolah selama seminggu

di sekolah yang dipilih. Adalah menjadi kewajipan bagi kami untuk menjalani program

ini sebaik sahaja memasuki program ijazah.

Bagi memenuhi syarat yang telah ditetapkan ini saya telah memilih untuk

mengadakan PBS di Sekolah Kebangsaan Seri Pilah yang merupakan sekolah rendah

saya dahulu. Lokasi sekolah ini terletak berhampiran kampung halaman saya sendiri

iaitu di Kampung Seri Pilah.

Hari pertama menjalani PBS iaitu pada hari Isnin, 21 haribulan Mac, saya amat

bersemangat bagi menimba dan mengutip pengalaman baru yang diharapkan dicapai di

sekolah tersebut disamping teruja menjadi “Cikgu” sementara. Jam 7.00 pagi saya

menjejakkan kaki di pintu pagar sekolah tersebut. Saya disapa oleh pengawal sekolah

yang bertugas pagi itu. Agak kaget juga kerana terasa seperti kami bersalah. Namun

setelah menyatakan tujuan saya pengawal tersebut lantas mengalu-alukan kedatangan

kami. Ketika itu barulah saya sedar bahawa pengawal tersebut menjalankan tugasnya

dengan penuh tanggungjawab dan dedikasi.

Beberapa langkah melepasi pagar, kali ini kami disapa pula oleh seorang murid

dengan sapaan “Selamat pagi cikgu” dan murid berlari-lari mendapatkan saya untuk

bersalam. Ketika itu terdetik dalam hati saya merasakan bahawa saya sebenarnya

sudah sebelah kaki berada dalam profession keguruan ini. Selepas itu, saya ke pejabat

31

Page 32: Pengurusan Dan Organisasi Sekolah

untuk melapor diri dan berkenalan dengan pihak pengurusan sekolah. Agak menduka

citakan kerana guru besar belum sampai ke sekolah pada ketika itu. Mungkin saya

terlalu awal hadir ke sekolah kerana menurut kerani sekolah para guru selalunya hadir

pada 7.15 pagi. Dalam perjalanan saya untuk turun ke bawah semula kerana pejabat

terletak di tingkat dua, bermonolog saya di dalam hati, “guru baru yang teramat

bersemangat”. 20 minit kemudian para guru mula menunjukkan muka di sekitar

sekolah. Murid-murid mula mengambil tempat di tempat perhimpunan dan guru-guru

turut berada di sekitar perhimpunan itu juga dan tidak lama selepas itu, perhimpunan

pun bermula. Semasa perhimpunan, saya diminta untuk berucap bagi memperkenalkan

diri di hadapan murid dan guru. Sepanjang perhimpunan tersebut, saya amat tertarik

dengan sikap murid-murid yang berkumpul awal sebelum perhimpuanan bermula lagi.

Mereka bijak beratur dengan tertib mengikut susunan. Majlis perhimpunan

dilansungkan mengikut protokol. Guru yang bertugas banyak memberi peringatan dan

nasihat kepada murid-murid. Namun begitu, kelemahan yang dapat dikesan ialah masih

ada murid-murid yang tidak menumpukan perhatian kepada apa yang disampaikan di

hadapan dan sebaliknya berbual dan berjenaka sesama sendiri. Maka, pada pendapat

saya, guru yang berkenaan khasnya guru disiplin perlulah lebih tegas dalam mengawal

murid-murid semasa berada dalam perhimpunan. Guru boleh meminta bantuan

pengawas untuk mengawasi dan mengawal murid-murid yang tidak menumpukan

perhatian. Selepas selesai perhimpunan mingguan yang diadakan pada pagi tersebut,

saya melapor diri dan mendengar taklimat dari guru besar dan mengalu-alukan

kedatangan saya ke sekolah tersebut.

Seterusnya saya bergerak pula ke pejabat mentor saya, Encik Mazlan Bin

Zahari, iaitu GPK HEM. Beliau merupakan mentor saya yang akan membantu saya

sepanjang di sekolah tersebut iaitu guru Bahasa Melayu saya dahulu. Beliau

menerangkan serba sedikit tentang organisasi, pencapaian dan persekitaran sekolah..

Setelah itu, saya ke bilik guru untuk berkenalan dengan guru-guru lain. Masih terdapat

beberapa orang guru yang saya kenali sewaktu saya menuntut di sekolah tersebut dan

kebanyakkan mereka masih mengenali saya dan gembira melihat anak murid mereka

32

Page 33: Pengurusan Dan Organisasi Sekolah

dahulu datang semula bukan sebagai murid tetapi sebagai seorang guru pelatih. Aktiviti

seterusnya pada hari pertama itu kami lebihkan hanya kepada melihat persekitaran dan

stuktur sekolah.

Pada hari kedua seperti biasa saya datang awal dan matlamat utama yang saya

fokuskan pada hari ini ialah untuk bertemu dengan guru besar dan menemuramah

beliau. Namun begitu saya dikecewakan kerana pada hari itu saya dimaklumkan

bahawa guru besar terlibat dengan mesyuarat di lokasi lain. Maka saya tangguhkan niat

saya itu dan mengubah focus untuk mengikuti pengalaman P&P di dalam kelas. Saya

segera berjumpa mentor, Encik Mazlan dan meminta kebenaran untuk bersama beliau

dalam sesi P&P beliau pada hari itu. Tindak balas positif yang saya terima apabila

beliau mengalu-alukan saya untuk bersama beliau dalam dua sesi kelas beliau pada

hari tersebut iaitu kelas Sains dan juga kelas Bahasa Melayu. Input yang

memberangsangkan kami perolehi daripada pengalaman bersama beliau semasa P&P.

Mungkin kerana pengalaman beliau mengajar selama lebih 25 tahun, beliau dilihat amat

tenang sewaktu di dalam kelas dan berjaya mengawal kelas dengan baik sekali. Murid-

murid memberikan perhatian dan tindak balas yang positif sepanjang sesi P&P

dijalankan. Banyak pengalaman dan input yang saya perolehi sepanjang bersama

beliau di dalam kelas tersebut yang boleh saya aplikasikan jika saya berpeluang

mengendalikan kelas kelak.

Masa terluang yang saya miliki pada hari tersebut dipenuhkan dengan

mengambil gambar sekitar kawasan sekolah termasuk kemudahan-kemudahan yang

dimiliki, prasarana-prasarana untuk pelajar, mural-mural serta hiasan yang terdapat di

sekolah tersebut. Dilihat bahawa pengurusan sekolah ini amat baik kerana selain

mengambil berat tentang prasarana dan kemudahan untuk murid, mereka juga

mengembil berat tentang hiasan dan keindahan kawasan sekiter sekolah. Kebersihan

amatlah dititik beratkan dan banyak taman-taman mini di kawasan sekolah tersebut.

33

Page 34: Pengurusan Dan Organisasi Sekolah

Suasana ini dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang sihat dan juga

menanamkan rasa cintakan sekolah kepada murid-murid. Dengan ini murid-murid tidak

akan jemu untuk ke sekolah sebaliknya merasa bersemangat dan teruja.

Pada hari Rabu, saya berpeluang berjumpa dengan guru besar, Tn. Hj. Azizul

Bin Hj. Abd. Aziz. Tujuan utama saya adalah untuk mendapat pendapat dan penjelasan

daripada beliau mengenai peranan sekolah dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan

Negara. Menurut beliau sekolah sememangnya diakui berperanan besar dalam

merealisasikan FPK. Ini kerana tiada institusi lain yang menempatkan golongan

pendidik dan pelajar didalam satu kawasan yang sama dan bersosial bersama-sama.

Selain itu ia merupakan satu institusi yang amat besar meliputi seluruh sekolah di tanah

air, selain ia merupakan satu tempat yang amat dekat di hati masyarakat. Sekolah perlu

membina budaya kerja yang cemerlang. Budaya ini perlu dilakukan oleh pihak

pentadbir terlebih dahulu sebelum dapat disemai di kalangan pelajar-pelajar. Ini kerana

ketika di sekolah, mereka adalah golongan yang paling dihormati oleh semua pihak

seperti pelajar mahupun guru-guru sendiri. Menurutnya lagi, selain itu, sekolah juga

perlu memberi keutamaan mencapai kecemerlangan akademik untuk semua. Bukan

setakat menumpukan atau hanya mementingkan perkara sampingan sahaja. Guru

besar perlu memainkan peranan dalam menentukan fokus sekolah dimana ingin

menjadikan sekolah itu pusat kecemerlangan akademik ataupu kokurikulum. Selain itu

pihak sekolah perlulah menjalin hubungan mesra dua hala dengan semua warga

sekolah dengan ibu bapa, masyarakat setempat dan institusi luar. Sekali lagi guu besar

memainkan peranan besar. Sesebuah sekolah itu perlu dekat dihati masyarakat.

Masuk hari akhir di sekolah tersebut iaitu pada hari Jumaat, saya melakukan

tugasan-tugasan yang masih tidak lengkap. Terasa begitu singkat peluang yang diberi

untuk menjalankan program Pengalaman Berasaskan Sekolah ini. Tambahan pula,

saya bertambah rapat dengan murid-murid walaupun hanya 5 hari saya di situ.

Pelbagai cerita yang saya peroleh kerana kepetahan mereka. Saya sempat

menyediakan saguhati sebagai tanda penghargaan kepada pihak sekolah dan juga

34

Page 35: Pengurusan Dan Organisasi Sekolah

mentor saya, Encik Mazlan Bin Zahari yang banyak memberikan kerjasama yang

memberangsangkan sepanjang saya berada di sekolah tersebut.

Sebagai penutup, Program Pengalaman Berasaskan Sekolah ini sememangnya

memberikan pelbagai impak positif kepada diri saya secara individunya. Banyak

pengalaman dan pengetahuan baru yang dapat saya terokai sepanjang seminggu

berada di sekolah. Penghargaan juga kepada seluruh warga pihak Sekolah

Kebangsaan Seri Pilah yang sudi memberikan kerjasama dan bantuan sepanjang saya

berada di sekolah tersebut. Pengalaman yang saya perolehi akan saya aplikasikan

dalam hidup saya dan saya akan sentiasa berusaha bagi memperbaiki lagi diri saya

semoga dapat merealisasikan hasrat negara yang inginkan rakyat yang harmonis dan

seimbang dari segala aspek.

35

Page 36: Pengurusan Dan Organisasi Sekolah

6.0 RUJUKAN

Choong Lean Keaw, PhD(2009). Falsafah dan Pendidikan di Malaysia, Kuala Lumpur :

Kumpulan Budiman.

Sekolah Kebangsaan Seri Pilah, 72000 Luala Pilah, N.S.D.K, Takwim Kokurikulum 2010.

Sekolah Kebangsaan Seri Pilah, 72000 Luala Pilah, N.S.D.K, Rancangan Tahunan

Bidang HEM 2010.

http://aspirasimelayuglokal.blogspot.com/2009/11/peranan-pihak-

pengurusan-sekolah.html

36

Page 37: Pengurusan Dan Organisasi Sekolah

7.0 LAMPIRAN

37