topik 4 organisasi kurikulum sekolah rendah

19
TOPIK 4 ORGANISASI KURIKULUM SEKOLAH RENDAH PENGENALAN Dalam topik ini anda akan di dedahkan kepada organisasi kurikulum di sekolah rendah. Menurut Ee Ah Meng (2003), Pembelajaran di sekolah berbeza beza daripada pembelajaran dalam kehidupan,kerana ia disusun secara formal. Fungsi sekolah adalah menyusun pengalaman para pelajar untuk menjamin agar jenis pembelajaran yang diingini berlaku. Sekiranya kurikulum itu merupakan pelan untuk pembelajaran, maka isi dan pengalaman pembelajaran perlu disusun untuk memenuhi kehendak objektif pelajaran. Dalam organisasi kurikulum dan penentuan urutan, pembelajaran berterusan dan integrasi merupakan aspek penting. Organisasi Kurikulum adalah struktur program kurikulum yang merupakan kerangka umum program-program pengajaran yang akan disampaikan kepada murid. Struktur program kurikulum dapat dibezakan menjadi dua iaitu struktur horizontal dan struktur vertikal. Struktur Horizontal berhubung dengan masalah pengorganisasian atau penyusunan bahan pelajaran kedalam pola atau bentuk tertentu, sedangkan struktur Vertikal berkaitan dengan masalah sistem-sistem pelaksanaan kurikulum sekolah, termasuk di dalamnya sistem pembahagian waktu.Di samping itu

Upload: khairuliza-eliz

Post on 05-Jul-2015

449 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Topik 4 Organisasi Kurikulum Sekolah Rendah

TOPIK 4 ORGANISASI KURIKULUM SEKOLAH RENDAH

PENGENALAN

Dalam topik ini anda akan di dedahkan kepada organisasi kurikulum di sekolah rendah.

Menurut Ee Ah Meng (2003), Pembelajaran di sekolah berbeza – beza daripada

pembelajaran dalam kehidupan,kerana ia disusun secara formal. Fungsi sekolah adalah

menyusun pengalaman para pelajar untuk menjamin agar jenis pembelajaran yang

diingini berlaku. Sekiranya kurikulum itu merupakan pelan untuk pembelajaran, maka isi

dan pengalaman pembelajaran perlu disusun untuk memenuhi kehendak objektif

pelajaran. Dalam organisasi kurikulum dan penentuan urutan, pembelajaran berterusan

dan integrasi merupakan aspek penting. Organisasi Kurikulum adalah struktur program

kurikulum yang merupakan kerangka umum program-program pengajaran yang akan

disampaikan kepada murid. Struktur program kurikulum dapat dibezakan menjadi dua

iaitu struktur horizontal dan struktur vertikal. Struktur Horizontal berhubung dengan

masalah pengorganisasian atau penyusunan bahan pelajaran kedalam pola atau

bentuk tertentu, sedangkan struktur Vertikal berkaitan dengan masalah sistem-sistem

pelaksanaan kurikulum sekolah, termasuk di dalamnya sistem pembahagian waktu.Di

samping itu juga, topik ini menyatakan mengenai bagaimana strategi kurikulum

dilaksanakan.

OBJEKTIF

Di akhir topik ini anda seharusnya dapat :

1. Menyatakan konsep organisasi kurikulum sekolah rendah;

2. Menerangkan 3 bentuk kurikulum dalam struktur horizontal;

3. Menerangkan struktur vertikal;

4. Menyatakan strategi pelaksanaan kurikulum;

PETA MINDA

Page 2: Topik 4 Organisasi Kurikulum Sekolah Rendah

ORGANISASI KURIKULUM DI SEKOLAH RENDAH

STRUKTUR HORIZONTAL

Kurikulum subjek berasingan (separate subject curriculum)

Kurikulum berkorelasi (correlated curriculum)

Kurikulum integrasi(integrated curriculum)

STRUKTUR VERTIKAL

Pelaksanaan kurikulum melalui sistem kelas

.

STRATEGI PELAKSANAAN

Pelaksanaan pengajaran

Pendekatan ketrampilan proses

Page 3: Topik 4 Organisasi Kurikulum Sekolah Rendah

4.1 STRUKTUR HORIZONTAL

Seperti dikemukakan di atas , struktur horizontal dalam pengorganisasian kurikulum

adalah suatu bentuk penyusunan bahan pelajaran yang akan disampaikan kepada

murid. Masalah pengorganisasian ini sangat penting kerana disamping pertalian erat

dengan tujuan pendidikan, ia juga akan menentukan isi pelajaran  dan mempengaruhi

cara atau strategi penyampaian.

Dalam struktur ini terdapat tiga bentuk penyusunan kurikulum , iaitu :

4.1.1 Kurikulum Subjek Berasingan (Separate Subject Curriculum)

Kurikulum yang disusun dalam bentuk ini menyediakan bahan pelajaran dalam  bentuk

subjek atau matapelajaran tertentu. Setiap matapelajaran tersebut adalah terpisah

antara satu sama lain, dan tidak boleh dikaitkan.

Matapelajaran itu biasanya merupakan pengetahuan yang telah disusun secara logik

dan sistematik yang kemudiannya disampaikan kepada murid, dan jumlah mata

pelajaran yang diberikan cukup bervariasi bergantung kepada tahap dan jenis sekolah

yang berkaitan. Bahan pelajaran biasanya dibezakan sesuai dengan perbezaan tahap

dan jenis, contohnya di Sekolah dilakukan dengan kelompok kelas-kelas yang

selanjutnya dibezakan lagi dalam kelompok semester demi semester. Jadi dalam bahan

pelajaran itu sendiri sudah diadakan bahagian-bahagian yang memisahkannya untuk

disampaikan pada kelas-kelas tertentu yang harus diselesaikan tepat pada waktunya.

Kurikulum bentuk terpisah ini sangat menekankan pada pembentukan intelektual dan

kurang mengutamakan pembentukan keperibadian murid secara keseluruhan.Sukatan

bahan pelajaran atau sejauh mana bahan pelajaran yang harus diberikan kepada murid

di sekolah, biasanya telah disusun dan ditentukan oleh pusat pengembangan

kurikulum. Mereka juga menentukan sukatan yang harus dipelajari dan menentukan

juga bila sesuatu bahan itu harus disampaikan. Urutan bahan pelajaran tersebut harus

disusun sedemikian rupa agar dapat menjamin kesinambungan bahan dan dapat

Page 4: Topik 4 Organisasi Kurikulum Sekolah Rendah

mencegah kemungkinan adanya berlaku pengulangan bahan yang telah dipelajari

sebelumnya atau sebaliknya ada bahan yang lewat di sampaikan. Kumpulan

pengembang kurikulum ini biasanya merupakan kumpulan berpusat yang

bertanggungjawab menyeragamkan sukatan pelajaran di sekolah di seluruh negara.

Maka pengukuran dan penilaian yang sama dapat dilakukan secara serentak.

Ada beberapa kelebihan yang dapat dikemukakan dalam kurikulum bentuk subjek

kurikulum berasingan ini iaitu :

Bahan pelajaran dapat disampaikan secara logik , sistematik dan

berkesinambungan. Hal itu disebabkan setiap bahan telah disusun dan

dihuraikan dengan mengikut urutan yang tepat.

Organisasi kurikulum bentuk ini sangat sederhana, mudah dirancang, mudah

dilaksanakan dan mudah untuk melakukan perubahan.

Kurikulum bentuk ini memudahkan para guru sebagai pelaksana kurikulum

kerana disamping bahan pelajaran memang sudah disusun secara teratur, guru

hanya mengajar bahan-bahan pelajaran tertentu sesuai dengan bidang

pembelajarannya.

Page 5: Topik 4 Organisasi Kurikulum Sekolah Rendah

4.1.2 Kurikulum Berkorelasi (Correlated Curriculum)

Kurikulum berkorelasi ialah usaha untuk menghubungkan pelbagai matapelajaran serta

memberikan bahan pelajaran atau pengalaman pendidikan yang berkaitan antara satu

dengan yang lain. Usaha-usaha memberikan korelasi antara mata pelajaran yang satu

dengan lainnya tersebut dapat dilakukan dengan cara-cara sebagai berikut :

menghubungkan antara dua mata pelajaran atau lebih secara insedental.

menghubungkan secara lebih erat jika terdapat suatu tajuk atau masalah tertentu

yang dibicarakan dalam berbagai mata pelajaran.

menghubungkan beberapa mata pelajaran dengan menghilangkan halangan

yang ada, jika hal itu memang memungkinkan.

Organisasi dalam bentuk subjek korelasi mempunyai beberapa kelebihan dan

kelemahan iaitu :

Kelebihan

Adanya korelasi antara berbagai mata pelajaran dapat menampung kekurangan

pengalaman dan pengetahuan murid berhubung sama ada mereka

menerimanya tidak secara berasingan.

Adanya korelasi antara berbagai mata pelajaran memungkinkan murid untuk

menerapkan pengetahuan dan pengalamannya secara berfungsi,

Kelemahan

Kurikulum bentuk ini pada hakikatnya masih bersifat berpusatkan mata pelajaran

dan belum memilih bahan yang langsung berkaitan dengan minat dan keperluan

murid.

Page 6: Topik 4 Organisasi Kurikulum Sekolah Rendah

Penggabungan beberapa mata pelajaran menjadi satu kesatuan dengan skop

yang luas tidak memberikan pengetahuan yang sistematik dan tidak mendalam.

4.1.3 Kurikulum Integrasi (Integrated Curriculum)

Berbeza halnya dengan bentuk subjek korelasi yang hanya menghubungkan  antara

beberapa mata pelajaran dan masing-masing mempertahankan atau menampakkan

eksistensinya, kurikulum bentuk integrasi ini benar-benar menghilangkan halangan

diantara berbagai mata pelajaran tersebut . Mata pelajaran tersebut diserap menjadi

satu keseluruhan dan disampaikan dalam bentuk unit.

Di dalam unit harus terdapat hubungan antara berbagai kegiatan murid, antara

pelajaran yang satu dengan yang lain, dan kesemuanya ini merupakan satu kesatuan.

Kurikulum bentuk unit ini mempunyai ciri-ciri seperti berikut :

Unit merupakan satu kesatuan dari seluruh bahan pelajaran. Faktor yang

menyatukan adalah masalah-masalah yang di analisis dan dihadapi oleh murid.

Dengan demikian unit menghilangkan halangan diantara berbagai mata

pelajaran.

Unit didasarkan pada keperluan murid baik yang bersifat peribadi mahupun

sosial, baik yang merangkumi unsur jasmani dan rohani. Keperluan anak

biasanya ditentukan oleh latar belakang masyarakat.

Dalam unit murid dihadapkan pada pelbagai situasi yang mengandungi masalah

yang biasanya berkaitan dengan pelajaran-pelajaran disekolah sesuai dengan

peringkat kemampuan murid.

Unit memberikan dorongan-dorongan yang sewajarnya pada diri murid

berlandaskan pada teori-teori pembelajaran.

Page 7: Topik 4 Organisasi Kurikulum Sekolah Rendah

Kurikulum bentuk unit ini mempunyai beberapa kelebihan dan kekurangan.

Kelebihan

Segala hal yang dipelajari dalam kurikulum berkaitan antara satu dengan yang

lain. Murid tidak hanya mempelajari fakta-fakta yang lepas dan kurang berfungsi

untuk menjawab persoalan-persoalan yang dihadapi.

Kurikulum ini sesuai dengan teori baru tentang belajar yang mendasarkan

berbagai aktiviti berdasarkan pengalaman ,kemahiran, kematangan dan minat

murid.

Kurikulum ini lebih memungkinkan adanya hubungan yang lebih erat antara

sekolah dan masyarakat kerana masyarakat dapat dijadikan medium kepada

murid untuk melakukan aktiviti

Kelemahan

Organisasi bentuk ini tidak mempunyai organisasi yang logik dan sistematik.

Bahan pelajaran tidak dapat ditentukan terlebih dahulu secara sepihak oleh guru

atau lembaga, melainkan harus dirancang secara bersama-sama dengan murid.

Para guru tidak dilengkapi untuk menjalankan kurikulum bentuk unit, jadi jika

mereka disuruh melaksanakan kurikulum ini, hal ini sangat membebankan.

Melalui kurikulum bentuk unit , tidak memungkinkan untuk melaksanakan ujian

secara bersama-sama kerana permasalahan yang dihadapi setiap sekolah

adalah tidak sama.

Page 8: Topik 4 Organisasi Kurikulum Sekolah Rendah

STRUKTUR HORIZONTAL

Kurikulum

Integrasi

Kurikulum

Subjek Berasing

an

Kurikulum

Berkolerasi

Page 9: Topik 4 Organisasi Kurikulum Sekolah Rendah

4.2 STRUKTUR VERTIKAL

Struktur vertikal adalah berkaitan dengan masalah sistem-sistem pelaksanaan

kurikulum sekolah, iaitu adakah kurikulum itu dijalankan dengan  sistem kelas ataupun

tanpa kelas, sistem unit waktu yang dipergunakan dan masalah pembahagian waktu

mengikut bidang pengajaran dan pelajaran pada setiap tahun yang di ajar.

4.2.1 Pelaksanaan kurikulum melalui sistem kelas

Kurikulum yang dikembangkan menuntut dilaksanakan melalui kelas-kelas tertentu.

Dalam kurikulum tersebut sudah ditentukan apa yang harus diajarkan yang merangkumi

beberapa luas dan dalam serta bagaimana urutannya untuk disampaikan pada tiap-tiap

kelas murid.

Sebagai konsekuensi adanya sistem kelas adalah dengan adanya peningkatan yang

diperolehi setiap tahun pada setiap akhir tahun pengajaran.

Kelebihan daripada sistem kelas ini dapat dilihat dari aspek logik, sistematik dan

ketepatan penggunaan bahan pelajaran yang harus diajarkan. Ia juga memudahkan

penyusunan, pengembangan dan penilaian, di samping memberikan pegangan yang

tetap kepada guru.

Kelemahan sistem kelas ini antara lain dapat menimbulkan kesan psikologi bagi murid

yang lemah, juga akan muncul faktor-faktor subjektif oleh pihak-pihak tertentu yang

dapat merugikan murid.

Page 10: Topik 4 Organisasi Kurikulum Sekolah Rendah

4.3 STRATEGI PELAKSANAAN

Strategi pelaksanaan kurikulum adalah cara-cara yang harus ditempuh untuk

melaksanakan suatu kurikulum sekolah. Strategi tersebut dapat meliputi pelaksanaan

pengajaran dan pengaturan kegiatan sekolah secara keseluruhan.

4.3.1 Pelaksanaan Pengajaran

Kurikulum adalah suatu program pendidikan yang direncanakan dan dilaksanakan

untuk mencapai tujuan pendidikan, pelaksanaan pengajaran merupakan elemen yang

sangat penting dalam hubungannya dengan strategi pelaksanaan kurikulum. Dari

pelaksanaan pengajaran inilah hasil suatu proses pengajaran dan pembelajaran dinilai

sama ada berhasil atau tidak.

Dalam setiap jenis kurikulum sekolah biasanya sudah ditentukan bagaimana cara-cara

pelaksanaan pengajaran yang dikehendaki. Termasuk dalam bahagian pelaksanaan

pengajaran ini adalah masalah pemilihan kaedah dan alat media pendidikan yang

dipergunakan.

4.3.2 Pendekatan Ketrampilan Proses

Kurikulum tahun 1984 menyarankan agar kegiatan pengajaran yang dilaksanakan tidak

hanya merupakan komunikasi satu hala sahaja , melainkan merupakan komunikasi dua

hala . Dalam proses pengajaran dengan komunikasi dua hala  sebaiknya guru dan

murid dikehendaki untuk sama-sama aktif semasa pengajaran dan pembelajaran. Murid

harus melibatkan diri dengan baik secara fisikal, mental serta penampilan diri. Murid di

biasakan untuk tidak hanya menerima saja, mereka belajar mendapatkan sendiri

informasi, mengelola, mempergunakan dan menghuraikan hasil perolehan itu.

Page 11: Topik 4 Organisasi Kurikulum Sekolah Rendah

Penglibatan murid yang dimaksudkan antara lain dapat memberi kesempatan untuk :

1. Mempelajari masalah atau konsep dengan memahaminya melalui sikap.

2. Mempelajari sendiri kegunaan, mengembangkan rasa ingin tahu, jujur, disiplin

dan kreatif.

3. Mempelajari, mengalami dan meneroka sendiri bagaimana memperolehi sesuatu

pengetahuan.

4. Memikirkan, berusaha sendiri dan mengembangkan konsep serta nilai tertentu.

5. Menunjukkan kemampuan untuk menghuraikan cara berfikir, hasil penemuan

dan penghayatan nilai-nilai baik secara lisan, tertulis, gambar mahupun

penampilan diri.

Dengan pelaksanaan pengajaran melalui pendekatan ketrampilan proses, diharapkan

murid akan melatih diri sendiri, menemukan dan mengembangkan sendiri masalah-

masalah pengetahuan dan tidak hanya bergantung kepada penemuan orang lain. Untuk

itu guru diharapkan memiliki kemampuan untuk bertanya, mengaktifkan murid,

menjawab pertanyaan murid dan mengorganisasikan kelas.

Page 12: Topik 4 Organisasi Kurikulum Sekolah Rendah

STRUKTUR ORGANISASI KURIKULUM

Page 13: Topik 4 Organisasi Kurikulum Sekolah Rendah

PERANAN ORGANISASI KURIKULUM SEKOLAH

BIL JAWATAN ORGANISASI PERANAN

1. Guru Besar

(Pengerusi)

Pengurus sekolah

Mengelola pentadbiran sekolah

Menyelia perlaksanaan kurikulum sekolah

selaras dengan dasar pelajaran kebangsaan

Menyelia perlaksanaan program pendidikan

tambahan dan juga perkhidmatan sokongan.

Memberi kepemimpinan professional kepada

guru di sekolah.

Mempereratkan kerjasama antara pihak

sekolah dengan masyarakat.

2. Guru penolong kanan 1

(Naib pengerusi)

Menyedia dan menyususn jadual waktu kelas,

jadual waktu guru, jadual waktu gentian

Memastikan perjalanan panitia matapelajaran

Kajian laporan kurikulum

Perancangan dan penyelarasan berkaitan

berkaitan dengan ujian dan penilaian.

Menyelaras program kurikulum anjuran

sekolah, PPD,JPN dan KPM

3. Setiausaha

4. Panatia Menyediakan sukatan pelajaran bagi setiap

guru.

Mencadangkan buku teks dan buku rujukan

Menyelaras soalan ujian dan peperiksaan

Mengkaji dan menganalisis keputusan

peperiksaan.

Mengadakan mesyuarat panatia

Menyediakan dan menyebarkan alat bantuan

Page 14: Topik 4 Organisasi Kurikulum Sekolah Rendah

mengajar.

Melaksanakan arahan dan keperluan

sekolah,PPD, JPN, KPM

5. Pengurusan maklumat