folio prinsip pengurusan organisasi

30
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA PENGURUSAN ORGANISASI TAJUK TUGASAN: TUGASAN BERKUMPULAN PENSYARAH : DISEDIAKAN OLEH :

Upload: asmadayana-hasim

Post on 01-Jul-2015

3.527 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

general folio mengenai pengurusan organisasi, berdasarkan subjek yang diambil di UKM,

TRANSCRIPT

Page 1: folio prinsip pengurusan organisasi

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

PENGURUSAN ORGANISASI

TAJUK TUGASAN:

TUGASAN BERKUMPULAN

PENSYARAH :

DISEDIAKAN OLEH :

NUR ASMADAYANA BT HASIM (A134014)

Page 2: folio prinsip pengurusan organisasi

ISI KANDUNGAN

Page 3: folio prinsip pengurusan organisasi

PENDAHULUAN

Melalui daripada folio ini kami dapat mengenali dengan lebih dekat tentang

organisasi yang terdapat di Malaysia, Setiap organisasi, secara amnya, merupakan

himpunan individu ( dua atau lebih ) yang menjalankan tugas tersendiri mengikut unit

kerja yang kemudiannya diselaraskan bagi mencapai sesuatu matlamat yang telah

ditetapkan. Kenyataan di atas menunjukkan bahawa organisasi merupakan satu sistem

sosial yang merangkumi semua bentuk kumpulan,termasuk syarikat perniagaan,

badan kerajaan dan separruh kerajaan, kumpulan sukarela, badan kebajikan, agama

dan sebagainya. Kami juga telah memilih syarikat Herba Penawar Al-Wahida (HPA).

Semoga dengan siapnya hasil kerja kami, maka, pihak tuan akan berpuas hati, sekali

gus membantu kami mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan.

Page 4: folio prinsip pengurusan organisasi

2. Definisi konsep.

2.1 Pengurusan

Pengurusan, pada amnya dapat didefinisikan seperti berikut:

1. Pengurusan sebagai proses perancangan, penyusunan, pengarahan, dan

pengawalan usaha ahli- ahli organisasi dan menggunakan semua sumber

organisasi untuk

2. Pengurusan sebagai proses pengarahan, penyelarasan, dan pengaruh ke atas

operasi

organisasi untuk mencapai matlamat yang dikehendaki dan prestasi sepenuhnya.

Definisi di atas, walaupun mempunyai sedikit perbezaan dari segi bilangan dan jenis

fungsi pengurusan, tetapi kedua-dua definisi itu mengandungi perkataan "proses" dan

"matlamat". Ini bermakna, dua aspek penting di dalam pengurusan ialah:

1. Pengurusan sebagai proses: Menjalankan kerja secara sistematik serta memerlukan

hubungan tertentu antara satu aktiviti dengan satu aktiviti yang lain

2. Mencapai matlamat organisasi: Apabila aktiviti organisasi itu berjalan dengan teratur

dan berhubung atau membantu antara satu dengan lain, maka matlamat organisasi itu

dapat

dicapai. Matlamat organisasi dapat berbentuk kualitatif (subjektif) atau kuantitatif

(objektif).

Page 5: folio prinsip pengurusan organisasi

2.2 Pentadbiran

Adalah satu proses yang memfokuskan kepada identifikasi, penyelenggaraan, kepada

identifikasi, penyelenggaraan, pengawalan dan penyertaan penggunaan pengawalan dan

penyertaan penggunaan sumber-sumber (tenaga manusia, bahan) dalam satu sistem yang

bersepadu dibentuk untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan.

2.3 Pengurus

Seorang individu yg digajikan bagi mempengaruhi,memimpin, membimbing membuat

keputusan dan menggunakan sumber organisasi unt.uk mencapai objektif dan matlamat

organisasi.

3 Pengurusan,proses dan Matlamat

Proses atau fungsi pengurusan dapat dibahagikan kepada beberapa fungsi bergantung

kepada cara kita mengelaskan fungsi-fungsi perancangan, penyusunan, penyelarasan,

penstafan, dan pengawalan. Pada amnya, fungsi pengurusandibahagikan kepada empat

sahaja, iaitu perancangan,penyusunan, pengarahan, dan pengawalan.

Fungsi tersebut adalah berkait rapat antara satu dengan yang lain bagi mewujudkan satu

proses pengurusan berterusan.

Page 6: folio prinsip pengurusan organisasi

3. Etika

ETIKA PENGURUSAN

Secara dasarnya,semua individu memilih dan menggemari kepada perkara-perkara yang

baik dan berkelakuan mengikut garispanduan norma, adat resam, undang-undang dan

etika. Ini adalah kerana, suka kepada perkara yang baik adalah sifat semulajadi manusia.

Walaubagaimanapun, sifat ini sering bercanggah dengan cara individu mengendalikan

kehidupan sehariannya. Sebagai contoh, kita tahu penggunaan sumber organisasi seperti

telefon untuk kegunaan peribadi itu adalah perbuatan tidak beretika,tetapi adakah kita

cuba mengelakkannya?

Etika merujuk kepada peraturan dan prinsip yang menentukan sesuatu kelakuan itu betul

atau salah. Di dalam bahagian ini, tumpuan akan diberikan kepada etika pihak

pengurusan dalam membuat keputusan. Kita juga akan mengkaji perspektif untuk menilai

kelakuan beretika. Selain itu tumpuan juga akan mengkaji perspektif untuk menilai

kelakuan beretika. Selain itu tumpuan juga akan diberikan kepada empat model etika

pengurusan, factor-faktor yang mempengaruhi etika pengurusan dan etika dalam konteks

perniagaan antarabangsa.

PERSPEKTIF UNTUK MENILAI KELAKUAN BERETIKA

Etika meliputi tiga perspektif yang utama iaitu:

a) Membezakan antara fakta dan kepecayaan

b) Mentakrif isu dalam terma moral

c) Mempraktikkan prinsip moral.

Page 7: folio prinsip pengurusan organisasi

Terdapat empat perspektif asas di mana nilai-nilai dan keputusan etika boleh dinilai.

Asas-asas ini tidak boleh difahami secara berasingan,sebaliknya, keempat-empat asas ini

mempunyai hubungkait di antara satu sama lain.

a) Perspektif masyarakat

b) Perspektif perundangan

c) Perspektif organisasi

d) Perspektif individu:

Tahap kepatuhan dan dendaan

Tahap instrumental

Tahap antara perorangan (interpersonal)

Tahap arahan dan undang-undang.

Tahap kontrak social

Tahap prinsip-prinsip sejagat

4. CIRI-CIRI PEMIMPIN

Pengurusan diperlukan di dalam semua organisasi, tidak kirasama ada organisasi itu

kecil atau besar, swasta atau badan kerajaan. Fungsi pengurusan bukan saja

merupakan

tanggungjawab seorang pengurus besar atau pengarah tetapi juga tanggungjawab

penyelia atau ketua bahagian yang berada di dalam organisasi.

Dalam konteks pengurusan, pengurus dimaksudkan kepada mereka yang

bertanggungjawab terhadap pekerjaan orang lain pada semua peringkat.Setiap

pengurus mempunyai tugas dan tanggungjawab yang tertentu, antaranya:

1. Pengurus ialah penyelaras dan pengarah di dalam organisasi yang mengawasi aliran

kerja serta menyatupadukan semua unsur organisasi.Mereka mempunyai kuasa yang

diberikan untuk mengarah orang lain yang berada di bawah tanggungjawabnya.

Page 8: folio prinsip pengurusan organisasi

2. Pengurus bertanggungjawab menggunakan segala sumber dengan efisien untuk

mencapai matlamat yang telah ditetapkan.

3. Pengurus juga tidak boleh lari daripada bertanggungjawab ke atas kegagalan dan

kejayaan orang di bawah jagaannya. Kegagalan dan kejayaan itu mencerminkan prestasi

pengurus berkenaan.

4. Pengurus mengimbangkan matlamat dan menetapkan prioriti seperti menjalankan kerja

yang penting dahulu atau dengan serta-merta.

5. Pengurus mewujudkan matlamat, perancangan, dasar, dan mengimplementasikan

dalaman.

5. JENIS-JENIS PENGURUS

a) Pengurusan atasan

b) Pengurusan pertengahan

c) Pengurusan lini ( barisan hadapan )

Pengurus Atasan

Page 9: folio prinsip pengurusan organisasi

Pengurus yang menduduki peringkat atasan ini terdiri daripada Ketua Eksekutif, Presiden

atau Pengurus Besar yang menetapkan matlamat dan menentukan ia tercapai mengikut

tujuan organisasi.Mereka dilantik oleh ahli lembaga syarikat bagi memantau perjalanan

dan prestasi syarikat supaya sentiasa mencapai objektif dan matlamat yang ditetapkan.

Pengurus atasan ini juga meneliti perkembangan dan peluang yang berlaku dipersekitaran

luaran supaya organisasi itu dapat menyesuaikan diri kepada perubahan yang berlaku.

Pengurus Pertengahan

Tugas pengurus pada peringkat ini, termasuklah menyelaras dan menyatupadukan aktiviti

bahagian untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan oleh pihak atasan. Mereka pada

peringkat ini terdiri daripadaPengurus Kawasan, Dekan Pusat Pengajian di universiti,

Pengurus Personel dan lain-lain. Jika pengurus atasanbertanggungjawab membentuk

dasar, tatacara dan strategisyarikat, maka pengurus pertengahan pula bertanggungjawab

melaksanakannya dengan cekap dan berkesan.

Pengurus Lini ( bahagian hadapan )

Penyelia, Fomen, dan Ketua Kumpulan adalah antaramereka yang dimasukkan ke dalam

kategori pengurus lini.Tugas mereka mengawasi pekerjaan harian di bahagian operasi

seperti bahagian pengeluaranagar pengeluaran itu mengikut perancangan yang telah

ditetapkan oleh pihak pengurusan pertengahan dan bawahan. Walaupun para pengurus

lini banyak menghabiskan masa kerja harian mereka memantau para pekerja di bawah

jagaan masing- masing, inil tidaklah bermakna tanggungjawab mereka setakat itu sahaja.

Misalnya seorang

penyelia projek di tapak pembinaan. Beliau bukan sahaja perlu memastikan semua

pekerja melaksanakan tugas masing-masing malah dari semasa ke semasa beliau perlu

berinteraksi dan berurusan dengan pembekal bahan binaan,pegawai-pegawai kerajaan

yang lain, pengurus pertengahan dan kadang kala turut sama membuat laporan tertentu

kepada pengurus atasan di ibu pejabat.

Page 10: folio prinsip pengurusan organisasi

6.KEMAHIRAN PENGURUSAN PERSATUAN

1. PERANAN PENGURUS

Henry Mintzberg telah membahagikan peranan pengurus kepada tiga komponen iaitu;

i) Peranan interpersonal- Sebagai figurehead bagi unitnya, pengurus perlu peka dengan keadaan

sekeliling dan melibatkan diri dalam aktiviti yang melibatkan pekerjanya.- Sebagai pemimpin, pengurus perlu bijak berkomunikasi dengan individu dari

pelbagai lapisan dalam organisasi- Peranan dalam pengurus dalam perhubungan memerlukan beliau memgekalkan

rangkaian maklumat yang baik yang berguna kepada organisasi.

ii) Peranan informational- Pengurus sebagai pemantau akan bertindak untuk memastikan para pekerjanya

mendapat maklumat yang terkini tentang syarikat dan hanya maklumat yang berguna sahaja disampaikan kepada pekerja.

- Peranan pengurus sebagai penyebar akan menyampaikan maklumat kepada pekerjanya sama ada dalam bentuk fakta, atau angka.

- Sebagai jurucakap, pengurus akan menyampaikan maklumat kepada pihak luar. Pengurus akan bertindak sebagai seorang pakardalam industry organisasi.

iii) Peranan decisional- Sebagai seorang usahawan,pengurus akan berusaha memperbaiki unit-unit

dalam organisasi dengan perubahan yang dirancang dengan teliti.- sebagai seorang perunding, pengurus akan mewakili organisasi di dalam

rundingan yang besar seperti bertemu pembekal dan lain-lain.

Page 11: folio prinsip pengurusan organisasi

Langkah-langkah perancangan.

a) Organisasi menyedari peluang yang ada berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada kajian terhadap pasaran, persaingan, keperluan pelanggan, kekuatan dan kelemahan organisasi.

b) organisasi menetapkan objektif atau matlamat seperti apa, bila, dan tahap mana yang hendak dicapai.

c) organisasi mengkaji persekitaran dalaman dan luaran.

d) organisasi mengenalpasti alternatif yang dapat memenuhi objektif yang telah ditetapkan.

e) organisasi menilai setiap alternatif berdasarkan matlamat yang diperlukan pada kos yang paling rendah serta keuntungan yang tinggi.

f) organisasi memilih alternatif yang terbaik.

g) organisasi merumuskan perancangan sokongan seperti pembelian bahan mentah, pengambilan pekerja, dan membentuk keluaran baru.

h) rancangan belanjawan dibuat supaya perancangan dapat dilaksanakan dengan menggunakan sumber yang ada.

Page 12: folio prinsip pengurusan organisasi

Belanjawan.

Belanjawan adalah rancangan satu kegunaan yang menunjukkan bagaimana sumber-sumber organisasi diperuntukkan untuk semua aktiviti, projek dan program. Belanjawan akan menunjukkan keutamaan aktiviti organisasi, mengekalkan penyelarasan dalam organisasi, menyelia penilaian dan mengawal hasil organisasi. Pengurus yang baik berupaya menyediakan belanjawan yang tepat dan belanja mengikut apa yang itetapkan dalam belanjawan.

Terdapat tuga jenis belanjawan iaitu belanjawan tetap, belanjawan fleksibel dan belanjawan berasaskan sifar. Belanjawan tetap akan memperuntukkan sumbernya berasakan satu jangkan kos sahaja seperti kos pengelenggaraan bangunan yang sama setiap tahun. Belanjawan fleksibel pula membolehkan peruntukan sumber berbeza-beza mengikut tahap aktiviti seperti pertambahan belanja upah akibat pertambahan pekerja sementara. Belanjawan berasaskan sifar dilakukan apabila organisasi ingin menjalankan satu projek baru atau aktiviti baru yang tidak pernah dilakukan sebelum ini.

7. CONTOH ORGANISASI– Herba Penawar Al-Wahida (HPA)

7.1 Pengenalan HPA

Syarikat ini telah diasaskan oleh Tuan Haji Ismail bin Haji Ahmad yang berasal dari

Kg. Mata Ayer, Perlis pada bulan September 1987 secara kecil-kecilan yang ketika itu

dikenali dengan nama Perubatan Tradisional Al Wahida. Selepas 8 tahun beroperasi,

berbekal warisan peninggalan nenek moyang, HPA Industries Sdn. Bhd. pun ditubuhkan

pada 15 hb Julai 1995. HPA merujuk kepada Herba Penawar Al-Wahida.

Pengalaman HPA pada masa lalu mampu mencatat sejarah kejayaan dan bertahan

sehingga kini. HPA merupakan perniagaan yang penuh dengan potensi, pencapaian dan

kecemerlangan. Tujuan utama penubuhan syarikat ini ialah untuk memberi pendedahan

Page 13: folio prinsip pengurusan organisasi

mengenai perubatan herba tradisional sebagai satu rawatan alternatif kepada masyarakat,

bukan sahaja memberi kesihatan yang terjamin malahan dapat mengecapi kemakmuran

dan memperkayakan kehidupan.

HPA Industries Sdn. Bhd diasaskan oleh seorang anak tani yang berpengalaman luas

dalam bidang herba di Malaysia. Beliau yang dimaksudkan ialah Tn. Hj. Ismail bin

Ahmad selaku pengasas HPA memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan.

7.2 VISI HPA

HPA komited mewujudkan rangkaian produk herba sebagai satu kaedah rawatan

yang berkesan.

HPA komited membentuk usahawan yang dinamik, progresif dan berwibawa.

7.3 MISI HPA

HPA memberi keutamaan mempelbagaikan lagi rangkaian produk-produk

herbanya dan juga program penyelidikan yang berupaya meningkatkan lagi mutu

keluaran yang berkesan dan dapat membantu melegakan jenis-jenis penyakit yang

dialami.

HPA menyelia dan memberi kemudahan bagi usahawan untuk terus

mengembangkan pengetahuan dan memantapkan lagi perniagaan ke arah kejayaan

diri, keluarga dan masyarakat.

7.4 OBJEKTIF HPA

Menjadi pengeluar dan pengedar barangan herba nombor satu di seluruh Malaysia.

Page 14: folio prinsip pengurusan organisasi

Memimpin industri herba di Malaysia dari pengeluaran yang innovatif, berdaya

maju dan berwawasan.

Memberi keutamaan terhadap program peningkatan dan pembangunan usahawan.

Satu-satunya syarikat Bumiputra Muslim yang mempunyai kilang bertaraf ‘GMP’

semenjak dari tahun 1997 yang mempunyai kepakaran dalam ramuan herba-herba

tempatan dan mempunyai rangkaian pengedar yang mahir dalam perawatan holistik.

7.5 Pengilangan HPA

Kini, HPA Industries Sdn Bhd memiliki 7 buah kilang bertaraf GMP yang serba

moden dan mengusahakan ladang-ladang herba roselle, pegaga, misai kucing, jagung,

serai, pisang dan ternakan ayam, itik, lembu dan kambing organik seluas 500 ekar untuk

memastikan bekalan herba yang mencukupi.

Kilang syarikat HPA terletak di alamat :

1. B1 & B2, Lot 29, Jalan Industri, Kawasan Perindustrian Kuala Perlis, Perlis.

2. Lot 5 & 6, Kawasan MIEL Jejawi Fasa II, Jalan Jejawi Sematang, Perlis.

3. Lot 1 & 2, IKS KEDA Napoh, 06100 Jitra, Kedah.

4. Kilang Cola Radix, Kaw. Perindustries Sg.Lalang, Sg.Petani, Kedah.

5. Kilang Kopi Radix, SME Bank Lok Kawi, Kota Kinabalu, Sabah.

6. Kilang Air Mineral HPA, Batu 14, Jalan Kuala Nerang, Pokok Sena Kedah.

Page 15: folio prinsip pengurusan organisasi

7. Kilang Baja Organik, Bukit Tembaga, Padang Terap Kedah.

Kini jumlah pekerja kilang HPA melebihi 1500 orang.

Kilang Radix Cola Di Kedah

Kilang Kopi Radix Automatik

Page 16: folio prinsip pengurusan organisasi

Pekerja-pekerja HPA.

7.6 Pentadbiran & Pengurusan

Keutamaan pelanggan sememangnya menjadi amalan pihak pengurusan. Untuk

menjamin organisasi yang berdaya maju, beberapa bahagian yang diketuai pengurus-

pengurus terlatih telah diwujudkan. HPA Industries Sdn Bhd diterajui oleh Pengarah

Urusan 1 (PU1), dibantu oleh Pengarah Urusan 2 (PU2) dan Pengurus Besar (GM) :-

1.Pengarah Urusan 1, Tuan Haji Ismail Bin Haji Ahmad

2.Pengarah Urusan 2, Tuan Haji Fisal bin Ahmad Tajudin

3. Pengurus Besar AWM, Tuan Muhammad Faisol Abdul Rahman

2. Pengurus Besar R & D, Tuan Abdul Ghani Bin Husain

3. Pengurus Besar Pentadbiran Dan MIS, Puan Rashidah Binti Abdul Rahim

4. Pengurus Besar Akaun, Tuan Rosli Bin Abu Bakar

Untuk melicinkan urusan perjalanan syarikat, AGM, pengurus-pengurus, penyelia dan

juga eksekutif dilantik.

Carta Organisasi Koperasi Wahida HPA (bawah HPA)

Page 17: folio prinsip pengurusan organisasi

PEJABAT HPA DI PERLIS

CARTA ORGANISASI

Page 18: folio prinsip pengurusan organisasi

Menara HPA Internatioanal Center ( HPAic)

7.7 Produk Keluaran HPA

Rantau Asia Tenggara dengan hutan tropika khatulistiwa sememangnya kaya

dengan tumbuh-tumbuhan herba. Sejak turun-temurun lagi, pemakanan herba telah pun

menjadi amalan untuk mengatasi segala masalah kesihatan.

Hidup sihat berasaskan herba kini memasuki era moden. HPA Industries telah

berjaya menggabungkan produk-produk herba secara komersil. Sehingga kini, ratusan

jenis produk telah pun dipasarkan dan banyak lagi akan dilancarkan pada masa akan

datang. HPA Industries Sdn Bhd menitikberatkan kualiti dan proses pengeluaran yang

menjamin mutu produk sentiasa konsisten.

Bekalan bahan herba seperti pegaga diusahakan sendiri di ladang-ladang milik

syarikat. Pengawasan yang rapi diberi terhadap bahan utama ini untuk menjamin mutu

keluaran yang tinggi. Semua bahan herba lain juga melalui kawalan mutu yang ketat dan

memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

Penggabungan aspek Islam dalam proses pembuatan, meningkatkan lagi

keikhlasan terhadap tugas-tugas menyediakan herba rawatan untuk manusia.

7.8 Cawangan & Stokis

HPA telah membuka beberapa cawangan di semua negeri bagi memastikan proses

pemindahan maklumat dapat disalurkan dengan sempurna dan semua pelanggan dapat

membeli produk dengan senang dan cepat. Antara aktiviti yang berlaku di peringkat

Page 19: folio prinsip pengurusan organisasi

cawangan adalah penjualan produk disamping penyebaran maklumat produk melalui

inisiatif seperti broshur, pamplet, flyers dan kursus mingguan yang dianjurkan.

HPA mensasarkan penambahan cawangan di seluruh negeri sebanyak 150

cawangan sehingga Jun tahun 2009. Buat masa ini cawangan HPA yang sedia ada adalah

sebanyak lebih 70 buah cawangan.Termasuk 5 cawangan di Indonesia dan 1 di Brunei.

Agen Stok HPA kini sudah melebihi dari 1200 orang dengan keahlian perniagaan MLM

lebih 500, 000 orang.

7.9 Keunggulan Perniagaan HPA

1. 100% milik Bumiputra Muslim

Sebuah perniagaan 100% milik Bumiputra Muslim dan telah lebih 20 tahun berada dalam

industri herba.

2. Produk pelbagai jenis, Suci & Halal

Lebih 100 jenis produk telah dikeluarkan oleh HPA dan ianya terdiri daripada produk

kesihatan (herba), kegunaan harian, makanan, minuman, kosmetik, umrah & haji dan

lain-lain lagi. Sasaran HPA ialah mengeluarkan 500 jenis produk lagi pada masa akan

datang.

3. Harga murah dan berpatutan

Harga produk HPA sangat kompetitif dan berpatutan. HPA juga menekankan prinsip

IHSAN dalam soal harga produk. Ini bertujuan untuk membolehkan setiap golongan

tidak kira kaya atau miskin mampu memilikinya.

4. Mendapat pengiktirafan MLM Syariah

HPA memasuki era Multi Level Marketing (MLM) mulai 1997 dan mendapat

pengiktirafan MLM Syariah dari Pusat Konsultasi Syariah Indonesia.

Page 20: folio prinsip pengurusan organisasi

5. Penerapan amalan Islam dalam pekerjaan

Semua pekerja kilang diwajibkan berwudhuk, menutup aurat, membaca Al-Ma’thurat dan

solat sunat dhuha sebelum memulakan kerja.

6. Perubatan JAWI

HPA memperkenalkan konsep PERUBATAN JAWI yang menggabungkan sumber

Ilahiah dan Alamiah. Ianya terdiri daripada perubatan herba, ilmu diagnosis penyakit

melalui tapak tangan, anak mata dan juga perawatan seperti bekam, akupunktur,

refleksologi dan lain-lain lagi. Semua ahli berpeluang untuk mempelajarinya.

7. Kebajikan

Setiap bulan HPA akan menginfakkan sebahagian keuntungan kepada pertubuhan

kebajikan, maahad tahfiz dan rumah anak yatim. Ini bermakna anda membeli sambil

beramal.

8. Plan Pemasaran Hebat

Tawaran 11 ganjaran lumayan kepada para pengedar melalui plan pemasaran Era Baru

yang terbukti berjaya melahirkan usahawan HPA dengan pendapatan 5 angka sebulan.

9. Latihan Keusahawanan

Program Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC) diwujudkan bagi memberi bimbingan dan

tunjuk ajar kepada semua ahli untuk menjalankan perniagaan MLM Syariah HPA.

Program ini sangat berkesan sehingga berjaya melonjakkan jualan bulanan HPA. Kursus

ini dikendalikan oleh pemimpin-pemimpin HPA yang berjaya dikalangan Pengarah Jati

Setia (PJS).

10. Pengiklanan Produk Di Media Massa

Page 21: folio prinsip pengurusan organisasi

HPA mengiklankan produknya seperti Kopi Radix, Radix Cola, Sarsi, Cereal di TV3,

TV9, akhbar harian, pengangkutan awam dan di papan-papan iklan.

11. Koperasi Wahida Berhad

HPA menubuhkan Koperasi Wahida Berhad untuk memberi peluang kepada ahli

menikmati keuntungan bersama. Anggaran pulangan 10%-20% setahun.

12. KRITIKAN

Organisasi contoh yang dibentangkan untuk projek ini ialah organisasi yang

asalnya daripada Malaysia sendiri iaitu syarikat Herba Penawar Al-Wahida atau lebih

dikenali sebagai HPA. Produk-produk yang disasarkan oleh mereka ialah produk yang

halal dan selamat dari segi kandungannya dan suci untuk orang yang beragama islam.

HPA ini telah lama bertapak di Malaysia tetapi ianya hanya popular di bahagian utara dan

timur semenanjung Malaysia sahaja. Adalah sukar untuk mendapatkan bekalan produk

HPA di bahagian selatan semenajung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Adalah besar

kemungkinan bahawa penduduk Malaysia yang hanya beragama islam yang mengetahui

mengenai produk HPA kerana pendekatan yang diperkenalkan oleh syarikat HPA. Oleh

itu, syarikat HPA perlulah meningkatkan promosi dan pemasaran mengenai produk

mereka kepada seluruh rakyat Malaysia. Ini adalah penting dalam sesuatu perniagaan

bagi mencapai visi, misi dan objektif yang telah ditetapkan oleh syarikat HPA ini.

Promosi dan pemasaran yang hebat boleh dilakukan melalui laman web yang lebih

menarik, risalah-risalah dan katalog yang boleh diedarkan terus kepada rakyat Malaysia.

13. RUMUSAN

Organisasi penting bagi setiap syarikat. Pengurusan akan sesuatu organisasi tidak boleh

dipandang remeh. Malah pengurusan organisasi mencerminkan sesuatu kejayaan dan

Page 22: folio prinsip pengurusan organisasi

pembangunan sesebuah syarikat. Pengurusan yang baik, iaitu yang menekankan etika-

etika yang sepatutnya diamalkan, ditambah pula dengan mengetahui peranan sebenar

pengurusan adalah amat penting. Perancangan yang teliti dengan langka-langkah yang

teratur,pengawalan samada dalaman dan luaran adalah penting. Begitu juga dengan

belanjawan dan penstafan perlulah diambil sebagai sesuatu yang agak penting. Melalui

contoh syarikat, HPA yang telah kami pilih sedikit sebanyak member pendedahan

sebenar akan Sesuatu pengurusan organisasi yang agak besar. Jadi segala kelemahan

yang masih terdapat syarikat mestilah diurus dan diperbaiki dengan baik. Semoga,

organisasi-organisasi samada kecil mahupun besar di Malaysia akan semakin maju.

14. RUJUKAN

http://www.kowahida.com.my/hpa.html

http://www.hpa.com.my/profil/

http://www.kowahida.com.my/kowahida/organisasi.html

http://www.etikaperniagaan.com.my/