penghayatan dan pelaksanaan solat...

17
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) 490 PENGHAYATAN DAN PELAKSANAAN SOLAT BERJEMAAH DALAM KALANGAN PELAJAR INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI ISLAM SITI ZALEHA IBRAHIM [email protected], NORZIAH OTHMAN DR. PHAYILAH YAMA Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) ABSTRAK Solat berjemaah ialah solat yang dilakukan lebih daripada seorang atau secara beramai-ramai, dengan diketuai seorang imam. Ia sangat dituntut untuk melakukannya dan fadhilat sembahyang berjemaah sangat besar berbanding solat secara bersendirian. Ini bertepatan dengan Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim yang bermaksud, “Solat berjemaah itu lebih afdal daripada solat bersendirian dengan 27 kali darjat”. Dan semakin ramai bilangan jemaah bagi solat yang didirikan maka semakin besar pula ganjaran pahala yang diperoleh. Kertas kerja ini menyingkap amalan solat berjemaah dalam kalangan pelajar di institusi pengajian tinggi Islam. Kajian dijalankan secara kuantitatif melalui tinjauan menggunakan borang soal selidik ke atas tiga puluh orang pelajar. Dapatan kajian berbentuk deskriptif secara peratusan membincangkan tahap penghayatan solat berjemaah serta faktor yang mempengaruhi pelaksanaannya. Kekangan masa disebabkan oleh jadual pengkuliahan yang padat merupakan faktor utama yang dikenal pasti sebagai penyumbang kepada kesukaran pelajar menunaikan solat berjemaah. Selain daripada itu, tugasan yang terlalu banyak, bacaan imam yang terlalu panjang dan pengaruh rakan sebaya juga merupakan antara punca yang menyebabkan pelajar kurang mengamalkan solat berjemaah dalam kehidupan seharian. Kata Kunci: Solat berjemaah, kekangan masa, imam, pahala. 1. PENDAHULUAN Solat adalah salah satu daripada rukun Islam yang kelima yang diwajibkan ke atas setiap muslim dan muslimat yang mukallaf (baligh dan berakal) Sebagaimana firman Allah S..W.T yang bermaksud: “…Sesungguhnya sholat itu adalah fardhu yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman” (An-Nisa:103). Solat juga adalah tiang agama dan sebesar-besar ibadah yang mampu mendekatkan hamba kepada tuhanNya. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: 1037

Upload: vothu

Post on 24-Feb-2018

307 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENGHAYATAN DAN PELAKSANAAN SOLAT …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1037-irsyad-2016.pdf · disebabkan oleh kurangnya ilmu pengetahuan berkaitan solat fardu dan pelaksanaannya

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

490

PENGHAYATAN DAN PELAKSANAAN SOLAT BERJEMAAH DALAM KALANGAN

PELAJAR INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI ISLAM

SITI ZALEHA IBRAHIM

[email protected],

NORZIAH OTHMAN

DR. PHAYILAH YAMA

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

ABSTRAK

Solat berjemaah ialah solat yang dilakukan lebih daripada seorang atau secara beramai-ramai, dengan diketuai

seorang imam. Ia sangat dituntut untuk melakukannya dan fadhilat sembahyang berjemaah sangat besar

berbanding solat secara bersendirian. Ini bertepatan dengan Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim yang bermaksud,

“Solat berjemaah itu lebih afdal daripada solat bersendirian dengan 27 kali darjat”. Dan semakin ramai bilangan

jemaah bagi solat yang didirikan maka semakin besar pula ganjaran pahala yang diperoleh. Kertas kerja ini

menyingkap amalan solat berjemaah dalam kalangan pelajar di institusi pengajian tinggi Islam. Kajian dijalankan

secara kuantitatif melalui tinjauan menggunakan borang soal selidik ke atas tiga puluh orang pelajar. Dapatan

kajian berbentuk deskriptif secara peratusan membincangkan tahap penghayatan solat berjemaah serta faktor yang

mempengaruhi pelaksanaannya. Kekangan masa disebabkan oleh jadual pengkuliahan yang padat merupakan

faktor utama yang dikenal pasti sebagai penyumbang kepada kesukaran pelajar menunaikan solat berjemaah.

Selain daripada itu, tugasan yang terlalu banyak, bacaan imam yang terlalu panjang dan pengaruh rakan sebaya

juga merupakan antara punca yang menyebabkan pelajar kurang mengamalkan solat berjemaah dalam kehidupan

seharian.

Kata Kunci: Solat berjemaah, kekangan masa, imam, pahala.

1. PENDAHULUAN

Solat adalah salah satu daripada rukun Islam yang kelima yang diwajibkan ke atas setiap muslim

dan muslimat yang mukallaf (baligh dan berakal) Sebagaimana firman Allah S..W.T yang

bermaksud:

“…Sesungguhnya sholat itu adalah fardhu yang ditentukan waktunya atas orang-orang

yang beriman” (An-Nisa:103).

Solat juga adalah tiang agama dan sebesar-besar ibadah yang mampu mendekatkan hamba

kepada tuhanNya. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

1037

Page 2: PENGHAYATAN DAN PELAKSANAAN SOLAT …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1037-irsyad-2016.pdf · disebabkan oleh kurangnya ilmu pengetahuan berkaitan solat fardu dan pelaksanaannya

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

491

“Solat itu tiang agama, sesiapa yang mendirikan solat, sesungguhnya dia sudah

menegakkan agama dan barangsiapa yang meninggalkan solat, sesungguhnya dia

meruntuhkan agama”.

Solat segi bahasa bermaksud doa atau doa dengan sesuatu kebaikan. Manakala dari segi syarak,

solat bermaksud perkataan dan perbuatan yang dimulai dengan takbir beserta niat dan berakhir

dengan salam dan syarat-syarat tertentu.

Manakala solat berjemaah pula ialah solat yang dilakukan lebih daripada seorang atau secara

beramai-ramai dengan diketuai seorang imam. Solat berjemaah terdiri daripada seorang imam

dan sekurang-kurangnya seorang makmum. Solat berjemaah sangat dituntut dalam Islam. Bagi

Mazhab Syafie hukumnya adalah fardhu kifayah, manakala bagi sesetengah mazhab pula adalah

sunat muakkad. Ini berdasarkan sabda Nabi s.aw:

"Solat berjemaah itu lebih afdhal (baik) daripada solat bersendirian dengan 27 kali

darjat" (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalil Solat Berjemaah

Dalil pensyariatan solat berjemaah adalah seperti berikut.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Tiada ada solat yang lebih berat bagi orang munafik daripada solat subuh dan isyak,

dan andainya mereka mengetahui keutamaannya tentu mereka akan mendatanginya

meskipun dengan merangkak-rangkak” (Riwayat Bukhari dan Muslim).

"Berilah khabar gembira kepada mereka yang berjalan di dalam gelap menujuke masjid,

dengan cahaya yang sempurna pada hari kiamat." (Riwayat Abu Daud & al-Tarmizi)

Saidina Uthman bin ‘Affan r.a. meriwayatkan bahawa beliau telah mendengar Nabi

s.a.w bersabda: “Barangsiapa yang solat Isyak secara berjamaah seumpama bangun

Page 3: PENGHAYATAN DAN PELAKSANAAN SOLAT …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1037-irsyad-2016.pdf · disebabkan oleh kurangnya ilmu pengetahuan berkaitan solat fardu dan pelaksanaannya

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

492

mengerjakan qiam separuh malam dan barangsiapa mengerjakan solat Subuh secara

berjamaah seumpama dia solat keseluruhan malam.” (Riwayat Muslim)

“Sesungguhnya shalat yang paling berat dilaksanakan oleh orang-orang munafik adalah shalat

isya dan shalat subuh. Sekiranya mereka mengetahui keutamaan keduanya, niscaya mereka akan

mendatanginya sekalipun dengan merangkak.” (HR. Al-Bukhari no. 657 dan Muslim no. 651)

Daripada Aisyah radhiAllahu 'anha pula dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Dua rakaat sunat fajar

(yakni sebelum solat fajar/subuh) adalah lebih baik nilainya daripada dunia dan apa saja yang

ada di dalamnya ini (yakni dunia dan seisinya)." (Riwayat Muslim)

2. PERNYATAAN MASALAH

Kajian yang dilakukan oleh Seri Kartini Jurami (2013) ke atas 100 orang pelajar beragama Islam

semester kedua pengajian di Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Ungku Omar mendapati

hanya 42% sahaja yang menunaikan solat fardu lima kali sehari.

Fenomena sebegitu turut berlaku di kolej-kolej komuniti di seluruh Malaysia. Puncanya adalah

disebabkan oleh kurangnya ilmu pengetahuan berkaitan solat fardu dan pelaksanaannya dalam

kalanngan pelajar-pelajar ini. Berdasarkan hasil dapatan kajian ke atas pelajar-pelajar muslim di

Kolej Komuniti Selandar, Melaka mendapati bahawa tahap kefahaman dan pelaksanaan solat

fardu mereka seharian berada adalah berada pada tahap yang sederhana. (Rahmat & Mohd Toriq,

2012).

Dapatan daripada kajian ini ternyata amat membimbangkan kita sebagai seorang Islam yang

mengaku beriman kepada Rukun Islam dan juga Rukun Iman. Andai kata pelaksanaan solat

fardhu masih berada pada tahap yang sederhana, maka tidak hairanlah hasil dapatan kajian oleh

Mohd Syukri (2014) menunjukkan peratusan pelajar yang menunaikan solat secara berjemaah

juga berada pada tahap yang rendah.

Page 4: PENGHAYATAN DAN PELAKSANAAN SOLAT …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1037-irsyad-2016.pdf · disebabkan oleh kurangnya ilmu pengetahuan berkaitan solat fardu dan pelaksanaannya

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

493

Kajian yang dilakukan oleh Mohd Syukri (2014) ke atas 1000 orang pelajar Universiti Utara

Malaysia mendapati bahawa pelajar jarang menunaikan solat fardu dengan nilai min yang

tertinggi adalah 3.33. Kajiannya juga mendapati hanya 13.8% pelajar yang menunaikan solat

berjemaah dan selebihnya sebanyak 76% responden tidak menunaikan solat berjemaah di masjid.

Ini jelas menunjukkan peratusan pelajar yang menunaikan solat secara berjemaah masih berada

pada tahap yang rendah. Secara tidak langsung, maka tidak hairanlah apabila hasil kajian yang

dilakukan olehnya mendapati bahawa penghayatan ibadah solat dalam kalangan pelajar di UUM

masih berada pada tahap yang rendah.

Justeru, kajian tentang penghayatan solat berjemaah dalam kalangan pelajar perlu dijalankan

dari semasa ke semasa termasuklah di institusi pengajian tinggi Islam seperti Kolej Universiti

Islam Antarabangsa Selangor agar pelajar tidak terjebak melakukan kemungkaran. Bertepatan

dengan firman Allah S.W.T yang menegaskan bahawa sesungguhnya solat mampu mencegah

diri kita daripada perkara buruk dan keji. Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:

“Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, iaitu Al-kitab (Al-quran) dan

dirikanlah solat.sesungguhnya solat itu mencegah diri dari perbuatan keji dan

mungkar.”( Al-Anakabut: 45)

Hasil dapatan daripada kajian ini dapat membantu para pensyarah selaku pendidik mengetahui

tahap kefahaman dan seterusnya penghayatan pelajar terhadap solat berjemaah. Hasil kajian juga

berupaya mengenal pasti beberapa faktor yang mendorong pelajar melaksanakan solat berjemaah

dan sebaliknya.

3. METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini dilaksanakan secara kuantitif melalui tinjauan secara soal selidik terhadap 30 orang

pelajar pelbagai program pengajian dan tahap pengajian (Diploma dan Ijazah Sarjana Muda).

Borang soal selidik yang disediakan mengandungi empat bahagian (konstruk) dengan purata 4-

10 item/soalan bagi setiap konstruk seperti dalam Jadual 3.1.

Page 5: PENGHAYATAN DAN PELAKSANAAN SOLAT …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1037-irsyad-2016.pdf · disebabkan oleh kurangnya ilmu pengetahuan berkaitan solat fardu dan pelaksanaannya

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

494

Jadual 3.1: Item Soal Selidik

Bahagian Jenis Konstruk Bilangan

Item/Soalan

A Faktor demografi 4

B Pengetahuan, Penghayatan dan Faktor

Mendorong Pelaksanaan Soalt Berjemaah

10

C Faktor- Faktor Kurangnya Pelaksanaan Solat

Berjemaah

4

D Faktor-Faktor Lain 1

(soalan terbuka)

Item soal selidik ini dibina berdasarkan kepada kajian oleh Seri Kartini Jurami dan Fariza Md

Sham. (2013) dan Napisah Hj. Humni et al (2004). Pensampelan rawak bertujuan dilakukan

dengan melibatkan pelajar-pelajar tahap diploma dan ijazah sarjana muda pelbagai program

pengajian di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Dapatan kajian adalah

dapatan awalan berdasarkan kajian bersifat rintis sebelum kajian sebenar yang akan dilaksanakan

pada masa akan datang.

4. DAPATAN KAJIAN

4.1 Bahagian A: Faktor demografi

Jadual 4.1 : Taburan responden mengikut faktor demografi

Jantina Bilangan responden

Lelaki 15 (50%)

Perempuan 15 (50%)

Fakulti Bilangan responden

Page 6: PENGHAYATAN DAN PELAKSANAAN SOLAT …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1037-irsyad-2016.pdf · disebabkan oleh kurangnya ilmu pengetahuan berkaitan solat fardu dan pelaksanaannya

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

495

Pendidikan 3 (10%)

Pengurusan dan Muamalah 13 (43%)

Akademi Islam 12 (40%)

Sains dan Teknologi Maklumat 2 (7%)

Tahap pendidikan Bilangan responden

SPM 8 (27%)

STPM 1 (3%)

STAM 2 (7%)

Diploma 12 (40%)

Ijazah 7 (23%)

Umur Bilangan responden

18 tahun 5 (17%)

19 tahun 7 (23%)

20 tahun 8 (27%)

Atas 20 tahun 10 (33%)

4.2 Bahagian B: Pengetahuan Dan Penghayatan Solat Jemaah

Jadual 4.2: Dapatan kajian bagi Bahagian B

No Perkara Ya Tidak Kadang-

kadang

1 Saya faham akan pengertian solat

berjemaah.

29

(97%)

1

(3%)

0

(0%)

2 Sebagai seorang muslim saya digalakkan

solat berjemaah.

25

(83%)

0

(0%)

5

(17%)

3 Hukum solat berjemaah adalah sunat

muakad.

19

(63%)

8

(27%)

3

(10%)

4 Adakah bacaan imam mempengaruhi 15 4 11

Page 7: PENGHAYATAN DAN PELAKSANAAN SOLAT …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1037-irsyad-2016.pdf · disebabkan oleh kurangnya ilmu pengetahuan berkaitan solat fardu dan pelaksanaannya

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

496

anda untuk berjemaah di masjid. (50%) (13%) (37%)

5 Saya selalu solat pada awal waktu. 5

(17%)

3

(10%)

22

(73%)

6 Berzikir bersama jemaah yang lain selepas

solat berjemaah.

12

(40%)

3

(10%)

15

(50%)

7 Sentiasa mengajak rakan yang lain untuk

berjemaah sama-sama.

7

(23%)

3

(10%)

20

(67%)

8 Keluarga saya mengalakkan solat

berjemaah dirumah.

12

(37%)

8

(30%)

10

(33%)

9 Rakan saya yang mempengaruhi untuk

tidak solat berjemaah.

6

(20%)

12

(40%)

12

(40%)

10 Menunaikan solat berjemaah sekurang-

kuranya 3 kali sehari.

5

(17%)

9

(30%)

16

(53%)

Analisis Bahagian B ini dibahagikan kepada 3 kategori iaitu pengetahuan pelajar tentang solat

berjemaah, penghayatan pelajar tentang solat berjemaah dan faktor yang mendorong pelajar

untuk solat berjemaah. Kategori pertama terdiri daripada 3 soalan, kategori kedua terdiri

daripada 4 soalan dan kategori ketiga terdiri daripada 3 soalan. Setiap kategori akan diterangkan

secara terperinci seperti berikut.

4.2.1 Pengetahuan Pelajar Tentang Solat Berjemaah

Kategori pertama ialah pengetahuan pelajar tentang solat berjemaah. Sebanyak 3 soalan telah

diajukan kepada responden. Untuk soalan pertama, bilangan responden yang faham akan

pengertian solat berjemaah ialah 29 orang (3%). Manakala hanya seorang sahaja (3%) yang tidak

memahami pengertian solat berjemaah.

Page 8: PENGHAYATAN DAN PELAKSANAAN SOLAT …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1037-irsyad-2016.pdf · disebabkan oleh kurangnya ilmu pengetahuan berkaitan solat fardu dan pelaksanaannya

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

497

Seterusnya, untuk soalan kedua, terdapat 25 orang responden (83%) yang menjawab “ya” bagi

soalan “sebagai seorang muslim saya digalakkan solat berjemaah”, Manakala responden yang

menjawab “kadang-kadang” adalah seramai 5 orang (17%) dan tiada responden yang

menyatakan “tidak”.

Soalan yang seterusnya adalah “hukum solat berjemaah adalah sunat muakad”. Responden yang

menjawab “ya” bagi pernyataan itu adalah seramai 19 orang (63%). Manakala yang menjawab

“tidak” adalah seramai 8 orang (27%). Responden yang menjawab “kadang-kadang” adalah

seramai 3 orang (10%).

4.2.2 Penghayatan Pelajar Tentang Solat Berjemaah

Soalan yang seterusnya dikategorikan sebagai penghayatan pelajar tentang solat berjemaah.

Soalannya adalah “saya selalu solat pada awal waktu”. Responden yang menjawab “ya” seramai

5 orang (17%). Manakala yang menjawab “tidak” seramai 3 orang (10%). Responden yang

menjawab “kadang-kadang” adalah seramai 22 orang (73%).

Selain itu, soalan seterusnya ialah “berzikir bersama jemaah lain selepas solat jemaah”.

Responden yang menjawab “ya” seramai 12 orang (40%). Manakala yang menjawab “tidak”

seramai 3 orang (10%). Responden yang menjawab “kadang-kadang” seramai 15 orang (50%).

Soalan seterusnya ialah “sentiasa mengajak rakan yang lain untuk berjemaah sama-sama”.

Responden yang menjawab “ya” sebanyak 23% mewakili 7 orang. Manakala yang menjawab

“tidak” seramai 3 orang (10%). Responden yang menjawab “kadang-kadang” seramai 20 orang

(67%).

Akhir sekali, ialah soalan mengenai “menunaikan solat berjemaah sekurang-kurangnya 3 kali

sehari”. Responden yang menjawab “ya” adalah sebanyak 5 orang (17%). Manakala yang

Page 9: PENGHAYATAN DAN PELAKSANAAN SOLAT …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1037-irsyad-2016.pdf · disebabkan oleh kurangnya ilmu pengetahuan berkaitan solat fardu dan pelaksanaannya

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

498

menjawab “tidak” adalah sebanyak 9 orang (30%). Responden yang menjawab “kadang-kadang”

adalah sebanyak 16 orang (53%).

4.2.3 Faktor Yang Mendorong Pelajar Untuk Solat Berjemaah

Soalan bagi kategori berikutnya adalah berkenaan faktor yang mendorong pelajar untuk solat

berjemaah. Bagi soalan “adakah bacaan imam mempengaruhi anda untuk berjemaah di masjid”.

Responden yang menjawab “ya” adalah sebanyak 15 orang (50%). Manakala yang menjawab

tidak adalah seramai 4 orang (13%). Responden yang menjawab “kadang-kadang” adalah

seramai 11 orang (37%).

Soalan seterusnya, ialah “keluarga mengalakkan solat berjemaah di rumah”. Responden yang

menjawab “ya” adalah seramai 12 orang (40%). Manakala yang menjawab “tidak” adalah

sebanyak 8 orang (21%). Responden yang menjawab “kadang-kadang” adalah seramai 10 orang

33(%). Akhir sekali ialah soalan tentang “rakan saya yang mempengaruhi untuk tidak solat

berjemaah”. Responden yang menjawab “ya” adalah seramai 6 orang (20%). Manakala yang

menjawab “tidak” dan kadang-kadang masing-masing adalah seramai 12 orang (40%).

4.3 Bahagian C: Faktor-Faktor Kurangnya Pelaksanaan Solat Berjemaah

No Perkara Ya Tidak

1 Jadual yang padat 21

(70%)

9

(30%)

2 Pengaruh rakan sebaya 18

(60%)

12

(40%)

3 Tugasan yang diberi terlalu banyak 19

(63%)

11

(37%)

4 Imam membaca surah yang panjang 12

(40%)

18

(60%)

Jadual 3: Taburan responden yang menjawab bahagian C (soalan objektif)

Page 10: PENGHAYATAN DAN PELAKSANAAN SOLAT …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1037-irsyad-2016.pdf · disebabkan oleh kurangnya ilmu pengetahuan berkaitan solat fardu dan pelaksanaannya

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

499

Bahagian C terdiri daripada 4 soalan objektif dan 1 soalan subjektif. Bahagian ini adalah

berkaitan dengan faktor-faktor kurangnya pelaksanaan solat berjemaah. Antara faktor-faktor

tersebut adalah “jadual yang padat”, dengan responden yang menjawab” ya” adalah sebanyak 21

orang (70%). Manakala yang menjawab “tidak” adalah sebanyak 9 orang atau (30%).

Seterusnya, responden yang menjawab “ya” bagi soalan “pengaruh rakan sebaya” adalah

sebanyak 18 orang (60%). Manakala yang menjawab “tidak” adalah sebanyak 12 orang (40%).

Selain itu, bagi “soalan tugasan yang diberi terlalu banyak”, responden yang menjawab “ya”

adalah sebanyak 19 orang (63%). Manakala yang menjawab “tidak” adalah sebanyak 11 orang

(37%).

Akhir sekali, bagi soalan “imam membaca surah yang panjang”, adakah ia mempengaruhi untuk

tidak berjemaah. Responden yang menjawab “ya” adalah sebanyak 12 orang (40%). Manakala

yang menjawab “tidak” adalah sebanyak 18 orang (60%).

4.4 Bahagian D: Faktor-Faktor Lain (Soalan Subjektif)

Soalan jenis terbuka atau “open ended question” yang memberikan kebebasan kepada responden

menjawab dan jawapan diberikan dalam bentuk kualitatif. Daripada 30 orang responden, hanya

21 orang yang memberi jawapan kepada soalan tersebut. Jawapan subjektif ini adalah soalan

yang berlainan dengan jawapan objektif yang sebelumnya.

Daripada 21 jawapan subjektif yang diberikan, 3 jawapan telah ditolak kerana terdapat

persamaan dengan soalan objektif yang sebelumnya. Kemudian, beberapa jawapan yang sama

telah dikumpulkan mengikut beberapa tema yang tertentu. Tema yang pertama ialah jarak antara

penginapan dan masjid. Terdapat 2 orang responden telah menjawab dalam tema itu dengan

menghuraikan, jauhnya qaryah dengan masjid dan perjalanan daripada penginapan ke masjid

mengambil masa yang lama.

Page 11: PENGHAYATAN DAN PELAKSANAAN SOLAT …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1037-irsyad-2016.pdf · disebabkan oleh kurangnya ilmu pengetahuan berkaitan solat fardu dan pelaksanaannya

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

500

Tema seterusnya ialah keadaan di masjid. Seramai 3 orang responden telah menjawab dalam

tema ini dengan menghuraikan jemaah tidak melakukan saf yang betul, keadaan dan suasana

masjid yang panas dan tidak selesa dan terlalu ramai orang di masjid.

Tema yang ketiga ialah bacaan imam di masjid. Terdapat seorang responden telah menjawab

dalam tema ini dengan menghuraikan imam perlu membaca dengan suara yang merdu dan sayu

untuk menarik orang datang ke masjid.

Selain itu, terdapat 4 orang responden telah menjawab dalam tema kepentingan ilmu dengan

menghuraikan kurangnya ilmu, kesedaran, dan pengetahuan ilmu agama dalam kehidupan

seharian serta tidak faham asas dalam solat jemaah.

Tema yang seterusnya ialah masa. Terdapat 3 orang responden telah menjawab dalam tema ini

dengan menghuraikan setiap individu mempunyai tugas dan waktu yang terhad, hiburan yang

ada di depan mata membuatkan kita lalai untuk menunaikan solat dan faktor masa.

Tema yang seterusnya ialah pendedahan daripada ibu bapa. Terdapat seorang responden telah

menjawab dalam tema ini dengan menghuraikan kurang pendedahan ibu bapa tentang solat

jemaah.

Tema yang terakhir ialah faktor diri. Terdapat 3 orang responden telah menjawab dalam tema ini

dengan menghuraikan diri sendiri dan hasutan syaitan, lalai dan leka dengan hal duniawi dan

disebabkan diri sendiri yang malas untuk bersolat berjemaah dan kadangkala kerana terlalu letih

sehingga membuatkan diri terasa malas untuk solat jemaah.

5. PERBINCANGAN

5.1 Pengetahuan Pelajar Tentang Solat Berjemaah

Page 12: PENGHAYATAN DAN PELAKSANAAN SOLAT …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1037-irsyad-2016.pdf · disebabkan oleh kurangnya ilmu pengetahuan berkaitan solat fardu dan pelaksanaannya

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

501

Seramai 29 orang responden (97%) memahami pengertian solat berjemaah. Fenomena ini

menggambarkan bahawa para pelajar secara umum mengetahui kewajipan solat fardhu dan

seterusnya memahami cara pelaksanaan solat secara berjemaah.

Dapatan ini menyokong kajian yang dilakukan oleh Wan Ismail Wan Dagang (2009) ke atas

pelajar muslim di Sek Men Munshi Ibrahim, Segamat mendapati bahawa tahap pengetahuan

mereka berkaitan solat fardu adalah tinggi dengan purata nilai min sebanyak 4.33%.

Seterusnya dapatan kedua tertinggi bagi item ini ialah 83% menyatakan bahawa mereka

digalakkan untuk solat berjemaah. Manakala dapatan ketiga tertinggi ialah 63% menyatakan

bahawa hukum solat berjemaah adalah sunat muakkad. Dalam mazhab syafie, hukum

menunaikan solat fardu secara berjemaah adalah fardu kifayah. Walau bagaimanapun sebahagian

daripada ahli syafi’iyyah menyatakan hukumnya adalah sunnat muakkad.

Dapatan kajian ini bertepatan dengan hasil kajian yang diperolehi oleh Mazdiana (1998) yang

menyimpulkan bahawa sebahagian besar responden memahami tentang hukum solat berjemaah.

Kefahaman mereka boleh dilihat apabila 85 orang respon 94.4% berpendapat bahawa solat

berjemaah adalah sunat muakkad atau fardu kifayah. Hanya segelintir daripada mereka iaitu 5.6

% yang berpendapat hukum solat berjemaah adalah fardu ain.

Ini disokong oleh kajian yang dilakukan oleh Hasna (2015) ke atas 75 orang responden yang

terdiri daripada pelajar semester akhir Kolej Komuniti Bukit Beruang, Melaka mendapati nilai

min bagi pernyataan “Solat berjemaah bagi solat fardu hukumnya fardu kifayah” adalah 4.20.

Dapatan menunjukkan bahawa majoriti responden bersetuju bahawa hukum solat berjemaah bagi

solat fardu adalah fardu kifayah dan hal ini membuktikan mereka faham tentang hukum solat

berjemaah. Ini menunjukkan bahawa responden sangat menitikberatkan solat fardu berjemaah di

dalam kehidupan mereka.

5.2 Penghayatan Pelajar Tentang Solat Berjemaah

Page 13: PENGHAYATAN DAN PELAKSANAAN SOLAT …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1037-irsyad-2016.pdf · disebabkan oleh kurangnya ilmu pengetahuan berkaitan solat fardu dan pelaksanaannya

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

502

Peratusan tertinggi pada item ini ialah 40% yang mana responden menyatakan bahawa mereka

berzikir bersama jemaah yang lain selepas solat berjemaah. Dapatan ini disokong oleh kajian

yang dilakukan oleh Mohd Syukri (2014) ke atas pelajar Universiti Utara Malaysia mendapati

bahawa nilai min bagi item saya berzikir dan berdoa selepas solat fardhu adalah 3.19. Nilai min

ini juga adalah kedua tertinggi dalam item penghayatan amalan solat.

Seterusnya, peratusan kedua tertinggi iaitu 23% adalah pada pernyataan saya sentiasa mengajak

rakan yang lain untuk berjemaah sama-sama”. Dapatan kajian seterusnya menunjukkan hanya 5

orang (17%) sahaja yang menunaikan solat pada awal waktu. Dapatan ini juga disokong oleh

kajian yang dilakukan oleh Seri Kartini Jurami (2013) ke atas 100 orang responden dan didapati

hanya 25% sahaja yang menunaikan solat pada awal waktu. Ini jelas menunjukkan bahawa hanya

segelintir sahaja yang menunaikan solat pada awal waktu.

Dapatan seterusnya ialah 17% responden menunaikan solat berjemaah sekurang-kurangya 3 kali

sehari. Ini disokong oleh kajian yang dilakukan oleh Mohd Syukri (2014). Beliau mendapati nilai

min bagi item “saya solat jemaah sekurang-kurangnya sekali sehari adalah 2.2105 dan nilai ini

adalah rendah. Apa yang menyedihkan, kajiannya juga mendapati sebanyak 76% responden

langsung tidak menunaikan solat berjemaah di masjid dan hanya 13.8% yang menunaikan solat

berjemaah. Ini jelas menunjukkan peratusan pelajar yang menunaikan solat secara berjemaah

masih di tahap yang rendah.

Terdapat beberapa faktor kurangnya kesedaran dalam ibadah solat iaitu latar belakang keluarga

yang kurang didikan agama, kesibukan aktiviti kampus, teknologi media, kurang bimbingan

agama, persekitaran dan rakan-rakan yang mempengaruhi pengabaian solat dalam kalangan

mahasiswa.

Secara tidak langsung, faktor persekitaran dan pegangan agama yang lemah merupakan

penyebab pengabaian solat dan meyumbang kepada keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja

kini. (M. Salleh :1985)

Page 14: PENGHAYATAN DAN PELAKSANAAN SOLAT …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1037-irsyad-2016.pdf · disebabkan oleh kurangnya ilmu pengetahuan berkaitan solat fardu dan pelaksanaannya

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

503

5.3 Faktor Yang Mendorong Pelajar Untuk Solat Berjemaah

Bacaan imam merupakan faktor yang tertinggi mempengaruhi seseorang untuk menunaikan

solat berjemaah iaitu seramai 15 orang (50%). Dapatan ini turut disokong oleh kajian yang

dilakukan oleh Napisah 2004, yang mana 47 orang (58.8%) bersetuju bahawa bacaan imam turut

mempengaruhi seseorang untuk menunaikan solat berjemaah.

Peratusan kedua tertinggi bagi faktor yang mempengaruhi seseorang untuk solat berjemaah ialah

40% iaitu keluarga saya mengalakkan solat berjemaah di rumah. Kajian yang dilakukan oleh

Napisah (2004) menunjukkan bahawa amalan dalam keluarga menyumbang kepada pelaksanaan

solat fardhu secara berjemaah. Amalan dalam keluarga merupakan faktor ketiga yang tertinggi

yang mendorong seseorang untuk menunaikan solat berjemaah iaitu 80%.

40% pelajar menyatakan bahawa rakan tidak mempengaruhi untuk tidak melakukan solat

berjemaah. Ini menunjukkan bahawa 60% bersetuju menyatakan bahawa rakan memengaruhi

untuk solat berjemaah. Dapatan ini turut disokong oleh kajian Napisah 2004. Kajiannya

menyatakan bahawa faktor kedua terbesar yang mempengaruhi seseorang untuk solat berjemaah

ialah pengaruh rakan iaitu sebanyak 81.3%.

5.4 Faktor- Faktor Kurangnya Pelaksanaan Solat Berjemaah

Hasil kajian mendapati terdapat tiga faktor dominan yang mempengaruhi pelajar untuk tidak

solat berjemaah. Faktor yang dimaksudkan ialah jadual yang padat, tugasan yang diberikan

terlalu banyak dan pengaruh rakan sebaya. Dapatan ini turut disokong oleh kajian yang dlakukan

oleh Napisah (2004) di mana hasil kajiannya mendapati bahawa faktor-faktor terpenting yang

mempengaruhi kepada kurangnya pelaksanaan ibadah solat secara berjemaah ialah beban tugas

dan pengaruh rakan.

Page 15: PENGHAYATAN DAN PELAKSANAAN SOLAT …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1037-irsyad-2016.pdf · disebabkan oleh kurangnya ilmu pengetahuan berkaitan solat fardu dan pelaksanaannya

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

504

Hasil kajian mendapati jadual yang padat merupakan penyumbang utama kepada masalah

kurangnya pelaksanaan solat secara berjemaah. 70 % pelajar menyatakan sedemikian dan 30%

lagi sebaliknya.

Seterusnya, tugasan yang terlalu banyak menyebabkan pelajar tidak mampu menunaikan solat

secara berjemaah. 19 orang responden yang mewakili 63% menyatakan bahawa tugasan yang

diberi dalam kuantiti yang banyak menyumbang kepada kurangnya pelaksanaan ibadat solat

secara berjemaah. Manakala 37% lagi tidak bersetuju dengan pernyataan “tugasan yang terlalu

banyak menyumbang kepada kurangnya pelaksanaan solat berjemaah.

Dapatan ini disokong oleh kajian yang dilakukan oleh Napisah (2004) di mana seramai 10 orang

responden (12.5%) menyatakan amat setuju dan seramai 42 orang responden lagi (52.5%)

menyatakan beban tugas menjadi penghalang dalam pelaksanaan ibadah solat jemaah di masjid.

Ini jelas menunjukkan bahawa 65% responden bersetuju dengan pernyataan beban tugas

menghalang pelajar untuk solat berjemaah.

Hasil kajian mendapati seramai 18 orang responden (60%) tidak menunaikan solat berjemaah

disebabkan oleh pengaruh rakan sebaya. Manakala 12 orang lagi (40%) menyatakan rakan

sebaya tidak mempengaruhi mereka untuk menunaikan solat berjemaah.

Tidak dinafikan bahawa rakan sebaya mempunyai pengaruh yang besar kepada perlakuan

seseorang. Persekitaran sosial boleh menyebabkan seseorang ke arah kebaikan atau sebaliknya

sebagaimana yang dinyatakan dalam kajian Eliade, M dalam Lutpi Ibrahim (1993).

6. PENUTUP

Hasil kajian turut mendapati bahawa pengetahuan pelajar tentang solat berjemaah adalah di tahap

yang baik. Selain itu, kajian mendapati bahawa tahap penghayatan pelajar tentang solat

berjemaah masih lagi di peringkat yang rendah. Ini kerana, peratusan tertinggi pada item tersebut

ialah 40% sahaja iaitu responden menyatakan bahawa mereka berzikir bersama jemaah yang

lain selepas solat berjemaah. Bacaan imam merupakan faktor dominan yang mempengaruhi

Page 16: PENGHAYATAN DAN PELAKSANAAN SOLAT …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1037-irsyad-2016.pdf · disebabkan oleh kurangnya ilmu pengetahuan berkaitan solat fardu dan pelaksanaannya

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

505

seseorang untuk menunaikan solat berjemaah iaitu sebanyak 50%. Kajian juga mendapati

terdapat tiga faktor utama yang menghalang pelaksanaan solat berjemaah dalam kalangan pelajar

iaitu jadual yang terlalu padat, tugasan yang diberikan terlalu banyak dan pengaruh rakan sebaya.

Secara keseluruhan, kajian mendapati bahawa tahap penghayatan dan pengamalan solat

berjemaah dalam kalangan pelajar KUIS adalah rendah. Sewajarnya lebih banyak program

dakwah atau kempen perlu dijalankan untuk mengalakkan pelajar solat berjemaah. Semua pihak

perlu berganding bahu untuk menjayakan pelaksanaan solat berjemaah ini.

RUJUKAN

Hasna Bidin, Ahmad Syukran Baharuddin & Mohd Ismail Mustari. 2015. Kefahaman Ibadat

Solat Fardu dalam Kalangan Pelajar Muslim: Kajian Tinjauan di Kolej Komuniti Bukit

Beruang, Melaka. Sains Humanika 5:3

Ismail Kamus, Dato’ & Mohd. Azrul Azlen Ab. Hamid. 2009. Indahnya Hidup Bersyariat.

Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn. Bhd.

Lutpi Ibrahim. 1993. Antologi Pemikiran Islam. Kuala Lumpur: Hizbi.

Mustofa al-Khin, Mustofa al-Bugho & Ali al-Syarbaji, 2009. Al-Fiqh al-Manhaji: Kitab Fiqh

Mazhab Syafie. Pustaka Salam Sdn Bhd

Napisah Hj. Humni, Salehudin Hj. Sabar, Mahadi Hj. Khalid & Mohamed Razi Mohd. Suradi.

2004. Perlaksanaan Ibadah Solat Fardhu Di Kalangan Guru Pelatih Islam Maktab

Perguruan Batu Lintang. Jurnal Penyelidikan MPBL, Jilid 5.

Rahmat Abdullah & Mohd Toriq Hj Sulaiman. 2013. Tahap Kefahaman dan Pelaksanaan Ibadat

Solat Lima Waktu di kalangan Pelajar Muslim di Kolej Komuniti Selandar. Prosiding

Seminar Penyelidikan. Kolej Komuniti Selandar, Melaka.

Rohidzir Rais. 2008. Soal Jawab Remeh-Temeh tentang Solat tapi Anda Malu Bertanya. Kuala

Lumpur: Telaga Biru Sdn. Bhd.

Seri Kartini Jurami & Fariza Md Sham. 2013. Pengamalan Ajaran Islam dalam Kalangan

Pelajar Politeknik Ungku Omar, Ipoh. Islamiyyat 35(1.)

Page 17: PENGHAYATAN DAN PELAKSANAAN SOLAT …conference.kuis.edu.my/irsyad/eproceeding/2016/1037-irsyad-2016.pdf · disebabkan oleh kurangnya ilmu pengetahuan berkaitan solat fardu dan pelaksanaannya

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

506

Shukri Ahmad, Yahya Don, Wan Abdul Rahman Khudri Wan Abdullah, Mohammed Ibrahim &

Shahril Fazli Mat Hussain. 2014. Penghayatan Solat Dan Pengimarahan Masjid: Kajian

Dalam Kalangan Pelajar Universiti Utara Malaysia. Proceeding of the Social Sciences

Research ICSSR 2014.

Wahbah al-Zuhaili. 2002. Fiqh dan Perundangan Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Wan Ismail Wan Dagang. 2009. Hubungan antara Pelaksanaan Ibadat Solat dan Kederdasan

Emosi dengan Pencapaian Akademik Pelajar : Satu Kajian di Dalam Satu Sekolah

Menengah di Daerah Segamat. Tesis Sarjana. Johor Bahru: Fakulti Pendidikan Universiti

Teknologi Malaysia.

Zulkifli Mohamad al-Bakri. 2014. Al-Fiqh al-Manhaji: Ibadat dalam Fiqh al-Syafie. Darul

Syakir Enterprise.