senarai solat solat sunat

19
1 Solat Sunat Azan Sunat Sunat Azan ialah solat sunat yang dilakukan sebanyak dua rakaat selepas bilal mengumandangkan azannya. DALIL Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Abdullah Ibn. Mughaffal Al-Mazni. ت م ا ت ج Maksudnya : Di antara dua azan itu terdapat solat dua rakaat NIAT ح ا ا م ال تMaksudnya : Sahaja aku solat sunat azan dua rakaat kerana Allah Taala Solat sunat Tahiyyatul Masjid Solat sunat Tahiyyatul Masjid ialah solat sunat yang dilakukan sebanyak dua rakaat sebaik sahaja memasuki masjid, iaitu sebelum seseorang itu duduk. DALIL Sabda Rasulullah s.a.w : إرا دخ أدذوغجذ ا فظج دزىىص سوعزMaksudnya : "Apabila salah seorang di antara kamu mendatangi masjid, maka janganlah dia duduk sebelum solat dua rakaat". NIAT ص أ خ ع خ ذ ر ذ ج غ ا ز ع و س ىب ع رMaksudnya : Sahaja aku menunaikan solat sunat Tahiyatul Masjid 2 rakaat kerana Allah Taala. Solat sunat Jumaat Solat sunat Jumaat ini iaitu solat yang dilakukan bagi mengiringi solat Jumaat sama ada sesudah atau sebelumnya. Rasulullah s.a.w mengerjakan solat sunat Jumaat ini sebanyak dua rakaat sesudah solat Jumaat di rumah baginda.

Upload: rafeah-md-noor

Post on 04-Aug-2015

548 views

Category:

Documents


27 download

TRANSCRIPT

Page 1: Senarai Solat Solat Sunat

1

Solat Sunat Azan

Sunat Sunat Azan ialah solat sunat yang dilakukan sebanyak dua rakaat selepas bilal mengumandangkan azannya.

DALIL

Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Abdullah Ibn. Mughaffal Al-Mazni.

ب بجة ب ب اب ي ن مك ل تب ي ب

Maksudnya : Di antara dua azan itu terdapat solat dua rakaat

NIAT

مي ب ب ي ن اب ب ان ك نحب ك ب ل ي ن بل الب ن تب ب

Maksudnya : Sahaja aku solat sunat azan dua rakaat kerana Allah Taala

Solat sunat Tahiyyatul Masjid

Solat sunat Tahiyyatul Masjid ialah solat sunat yang dilakukan sebanyak dua rakaat sebaik sahaja memasuki masjid, iaitu sebelum seseorang itu duduk.

DALIL

Sabda Rasulullah s.a.w :

سوعز صى دزى جظ فال اغجذ أدذو دخ إرا

Maksudnya : "Apabila salah seorang di antara kamu mendatangi masjid, maka janganlah dia duduk sebelum solat dua rakaat".

NIAT

غجذ رذخ عخ أص ا سوعز رعبى

Maksudnya : Sahaja aku menunaikan solat sunat Tahiyatul Masjid 2 rakaat kerana Allah Taala.

Solat sunat Jumaat

Solat sunat Jumaat ini iaitu solat yang dilakukan bagi mengiringi solat Jumaat sama ada sesudah atau sebelumnya. Rasulullah s.a.w mengerjakan solat sunat Jumaat ini sebanyak dua rakaat sesudah solat Jumaat di rumah baginda.

Page 2: Senarai Solat Solat Sunat

2

DALIL

Rasulullah s.a.w memerintahkan kepada para sahabat yang selesai solat Jumaat untuk solat sebanyak empat rakaat dengan sekali salam. Demikianlah yang diriwayatkan oleh Muslim dari Ibnu Umar dan Abu Hurairah.

NIAT

حن ك نحب ك ب ل مي ب ب ي ن للك ي ب ن ب ن الب ن تب ب

Maksudnya : Sahaja aku menunaikan solat sunat Jumaat dua rakaat kerana Allah Taala.

Solat Sunat Musafir

Disunatkan orang yang akan bermusafir solat dua rakaat dan dua rakaat bila dia sampai di rumahnya.

DALIL

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud :

"Dari Abu Hurairah, berkata Nabi s.a.w "Apabila engkau keluar dari rumahmu, hendaklah engkau solat dua rakaat nescaya solat itu akan memeliharamu dari kemasukan kejahatan, dan apabila engkau memasuki rumahmu hendaklah engkau memasuki rumahmu hendaklah engkau solat dua rakaat, maka solat itu akan memelihara dari kemasukan kejahatan".

NIAT

مي ب ب ي ن للب ب ن ك نحب ك ب ل ن ب ن الب ن تب ب

Maksudnya : Sahaja aku menunaikan solat sunat musafir dua rakaat kerana Allah Taala.

Solat Sunat Wudhuk

Solat sunat wudhuk dikenal juga dengan solat Syukur wudhu' yakni solat sebanyak dua rakaat yang dikerjakan selepas seseorang mengambil wudhuk, tanpa ditetapkan dengan waktu yang tertentu baik pagi, petang, siang ataupun malam.

NIAT

ىي ن ك نحب ك ب ل مي ب ب ي ن لىك ك ن ب ن الب ن تب ب

Maksudnya : Sahaja aku menunaikan solat sunat wudhu' dua rakaat kerana Allah Taala.

Page 3: Senarai Solat Solat Sunat

3

Solat Sunat Rawatib

Solat Rawatib ialah solat yang mengiringi solat-solat fardhu sama ada sebelum atau selepas solat fardhu.

Solat sunat Rawatib ini terbahagi kepada dua bahagian : Sunat Rawatib yang "Muakkad" Sunat Rawatib yang "Ghaira Muakkad".

Disamping itu Sunat Rawatib juga terbahagi kepada 2 kategori : Qabliah (sebelum Solat Fardhu) Ba'diah (selepas Solat Fardhu)

Sunat Rawatib yang "Muakkad" adalah 10 rakaat seperti berikut :

1. 2 Rakaat sebelum Solat Subuh 2. 2 Rakaat sebelum Solat Zohor. 3. 2 Rakaat selepas Solat Zohor. 4. 2 Rakaat selepas Solat Maghrib. 5. 2 Rakaat selepas Isyak.

Sunat Rawatib yang "Ghaira Muakkad" pula adalah 12 rakaat seperti berikut :

1. 2 Rakaat sebelum Solat Zohor 2. 2 Rakaat selepas Solat Zohor. 3. 4 Rakaat sebelum Solat Asar. 4. 2 Rakaat sebelum Solat Maghrib. 5. 2 Rakaat sebelum Isyak.

DALIL TENTANG SUNAT MELAKUKAN SOLAT INI.

Sabda Rasulullah s.a.w :

و م ع ه هللا هللا ىل ع ح ظت قال ع ت هللا عثد ع و م ل شا ت د و م ل غ ب ت د و م لظه قث م

لغد ج قث

(ع ه م ق)

Maksudnya : Dari Abdullah bin Umar, katanya, "Saya mengingati (lafaz) dari Rasulullah s.a.w dua rakaat sebelum Zohor, dua rakaat sesudah Maghrib, dua rakaat sesudah Isyak, dan dua rakaat sebelum Subuh."

Page 4: Senarai Solat Solat Sunat

4

(Muttafaq alaih)

NIAT SOLAT RAWATIB

1. Sekiranya sebelum solat Fardhu di sebut : قبثي ن نحة

2. Sekiranya selepas solat Fardhu di sebut : دن نحة تب ي

Oleh yang demikian niatnya adalah seperti berikut :

غي نبن / ل ب ي ن / لظظهي ن ) ك نحب ك ب ل ا ن / ل ب شب مي ب ب ي ن ( ل ثح / ل ن بدن نحة / قبثي ن نحة ) ن ( تب ي ن الب ن تب ب

Maksudnya : Sahaja aku menunaikan solat sunat (Zohor / Asar / Isyak / Subuh) dua rakaat (Sebelum / Selepas) kerana Allah Taala.

Solat Sunat Dhuha

Solat ini dilakukan pada waktu Dhuha iaitu pada saat matahari naik lebih kurang sepenggalahan (istiwak). Paling banyak yang dikerjakan oleh Rasulullah ialah 8 rakaat dan paling banyak yang disabdakan oleh baginda ialah 12 rakaat. Paling sedikit yang boleh dikerjakan oleh 2 rakaat.

DALIL

أب صب ثثالثخ خ صب أ : لبي ع اهلل سض ششح أث ع .أب لج أرش أ اضذى سوعز شش و

(غ اجخبسي سا)

Maksudnya :

Daripada Abi Hurairah r.a katanya : Rasulullah telah berwasiat kepadaku tiga perkara, iaitu puasa tiga hari setiap bulan, sembahyang Dhuha dua rakaat dan sembahyang sebelum tidur.

NIAT

اضذى عخ أص سوعز رعبى

Maksudnya : Sahaja aku menunaikan solat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Taala.

Page 5: Senarai Solat Solat Sunat

5

SURAH YANG DIBACA

Tiada ditemui riwayat tentang surah-surah yang dibaca oleh Nabi SAW. dalam solat ini. Antara surah yang dianjurkan ulamak ialah Surah Al-Kafirun dan Al-Ikhlas atau As-Syams dan Ad-Dhuha.

DOA SOLAT DHUHA

ا بء ضذبءن اضذبء إ بئه اج بي ث به اج ح ج ره ام لخ لذسره امذسح زه اعص . عص ا إ بء ف سصل وب اغ ض فأ إ وب األسض ف فأخشج إ عغشا وب فغش إ ب وب دشا ش فط إ ذا وب ثع به ضذبئه ثذك فمشث ره ج ب آر لذسره ل

ذ عجبدن أر .اصبذ

Maksud :

Ya Allah ! bahawasanya waktu Dhuha itu adalah waktu Dhuha-Mu, keindahan itu adalah keindahan-Mu, kecantikan itu adalah kecantikan-Mu, kekuatan itu adalah kekuatan-Mu, kekuasaan itu adalah kekuasaan-Mu, dan perlindungan itu adalah perlindungan-Mu. Ya Allah ! Ya Tuhanku, jika rezekiku berada di atas langit, maka turunkanlah, dan jika berada di dalam perut bumi maka keluarkanlah, dan jika sukar maka mudahkanlah, jika haram maka sucikanlah, jika masih jauh maka dekatkanlah. Berkat waktu Dhuha-Mu, Keagungan-Mu, Keindahan-Mu, Kekuatan dan kekuasaan-Mu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh.

Solat Sunat Tahajjud

Solat tahajjud ini biasanya dilakukan pada pertengahan malam selepas bangkit dari tidur atau sepertiga malam walaupun selepas tidur sekejap. Bermula waktunya selepas menunaikan solat isyak bersama 2 rakaat ba'diyahnya sehinggalah datang waktu subuh. Solat ini tidak mempunyai bilangan rakaat yang tertentu, paling sedikit 2 rakaat dan yang paling banyak tidak terhad.

DALIL

Firman Allah Taala :

ذدا مبب سثه جعثه أ عغى ه بفخ ث فزجذ ا

Maksudnya :

"Dan di sebahagian malam itu, hendaklah engkau bertahajjud sebagai nafilah (tambahan) untukmu. Semoga Tuhan engkau akan mengangkat engkau ke suatu tempat (kedudukan) yang terpuji"

Page 6: Senarai Solat Solat Sunat

6

NIAT

جذ عخ أص از سوعز رعبى

Maksudnya : Sahaja aku menunaikan solat Tahajjud 2 rakaat kerana Allah Taala.

DOA-DOA SOLAT TAHAJJUD

ب ف ءارب سثب ابس عزاة لب دغخ اخشح ف دغخ اذ

"Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka"

ذ ه ا ذ اذ س أ اد ذ ه ، األسض اغ ذ اذ أ اد لب اغذ ه األسض ذ اذ اد سة أ األسض اغ ذ ف ، اذك أعذن ه ، اذك ، دك ابس ، دك اجخ ، اذك مبئه ، اذك ل ، دك اغبعخ ذ ه ا ذ ثه أع ه ، آ وذ ع ه ، ر ، أجذ إ

ذ ثه ه ، خبص ذ إ ذ ب فبغفش ، دبو أخشد لذ أعشسد ذ ذ ، أع أ ال ، إ ذ إال إ أ

Maksudnya :

"Ya Allah ! BagiMu kepujian, Engkau cahaya di langit dan di bumi, bagi Engkau kepujian, Engkau yang mendirikan langit dan bumi, bagi Engkau kepujian, Engkau Tuhan di langit dan di bumi dan segala yang terkandung padanya, Engkau Yang Maha Benar, dan janji engkau adalah benar, dan percakapan Engkau adalah benar, dan bertemu dengan Engkau adalah benar, dan syurga adalah benar, dan neraka adalah benar, dan hari kiamat adalah benar, Ya Allah ! KepadaMu aku telah berserah, dan denganMu aku beriman, dan kepadaMu akau bertawakal, dan kepadaMu aku bertaubat, dan kepadaMu aku mengadu, dan ke arah Engkau aku menghakimi, ampunilah dosa-dosa yang telah aku dahulukan dan kemudiankan dan rahsiakan dan lahirkan, Engkau Tuhanku, tiada Tuhan melainkan Engkau"

Sesudah itu bacalah istigfar banyak-banyak, sama ada membaca istighfar biasa atau sayyidil istighfar.

ذ ا ال سث أ ذ إال إ أب خمز أ ذن عى أب عجذن عذن ع ب ثه أعر اعزطعذ زه ه أثء صعذ ب شش ع ث ج ه أثء ع ثز

فبغفش ذ إال ازة غفش ال فإ أ

Page 7: Senarai Solat Solat Sunat

7

Maksudnya :

"Ya Allah ! Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan melainkan Engkau, Engkau telah menjadikan daku dan aku adalah hambaMu dan aku di atas perintah dan perjanjianMu sekadar keupayaanku, aku berlindung denganMu dari kejahatan barang yang aku lakukan, aku mengaku bagiMu dengan nikmatMu ke atasku dan aku mengaku dengan dosaku, maka ampunilah bagiku, maka sesungguhnya tiada siapa yang dapat mengampunkan segala dosa melainkan Engkau"

Solat Sunat Witir

Solat Sunat Witir merupakan solat terakhir yang perlu dilakukan oleh seseorang pada setiap hari. Jumlah rakaat bagi witir ialah ganjil sebab itulah ia dinamakan witir (ganjil). Paling sedikit 1 rakaat dan yang paling banyak 11 rakaat. Waktu untuk mengerjakan solat ini ialah selepas solat isyak sehingga terbit fajar.

DALIL

Hadis yang diriwayatkan dari Aisyah, yang bermaksud :

"Adalah Nabi s.a.w solat di antara solat Isyak dengan terbit fajar sebelas rakaat, Baginda memberi salam tiap-tiap dua rakaat dan yang penghabisannya satu rakaat"

Mafhumnya bahawasanya Rasulullah s.a.w mengerjakan solat witir (sekiranya 11 rakaat) maka bilangan salamnya ialah 6 salam.

NIAT

رش عخ أص ا سوعخ/ سوعز رعبى

Maksudnya :

Sahaja aku solat sunat witir 2 rakaat / 1 rakaat kerana Allah Taala.

DOA SOLAT WITIR

ح ط عج الئىخ سة سثب لذ ح ا اش إه ا فبعف ، اعف رذت عف ع

Maksudnya :

"Yang diucapkan Maha Suci bagiNya, Yang Maha Suci, dan Tuhan kami, malaikat dan roh. Ya Allah ! Sesungguhnya Engkau Pengampun, suka kepada pengampunan, ampunilah akan daku"

Page 8: Senarai Solat Solat Sunat

8

Atau bacalah doa ini :

بب غأه إب ا ب إ غأه ، دائ جب غأه خبشعب ل ب ، بفعب عغأه ب غأه . صبدلب م ال غأه ، صبذب ع ب ب د غأه ، ل

شا خشا غأه ، وث غأه ، اعبفخ اعف ب غأه ، اعبفخ ر اشىش غأه ، اعبفخ عى اغبء . ابط ع سثب ا صالرب ب رمجب ب صب رعجذب رضشعب رخشعب لب ب اهلل ب اهلل ب رمصشب ر أسد ش عى اهلل صى . اشاد خ ذ خم عى ذ آ صذج

ع ذ أج اذ سة .اعب

Maksudnya :

"Ya Allah ! Ya Tuhan kami, kami memohon kepada-Mu iman yang kekal, kami memohon kepada-Mu hati yang khusyuk, kami memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, kami memohon ditetapkan keyakinan yang benar, kami memohon (dapat melaksanankan) amal yang soleh, kami memohon kepada-Mu tetap dalam agama Islam, kami memohon kepada-Mu kebaikan yang melimpah ruah, kami memohon kepada-Mu keampunan dan kesihatan, kami memohon kepada-Mu kesihatan yang sempurna, kami memohon kepada-Mu kesyukuran di atas kesihatan yang Engkau berikan, dan kami memohon kepada-Mu kecukupan, Ya Allah, Tuhan kami, terimalah daripada kami Solat kami, puasa kami, qiam kami, khusyuk kami, pengabdian kami, sempurnakanlah apa yang kami lakukan selama solat ya Allah, ya Allah, ya Allah Zat Yang Maha Pengasih dan Penyayang."

Atau baca doa ini :

إه ا اجخ سضبن غأه إب ا ، ع فبعف ، اعف رذت عف .ابس عخطه ثه عر

Maksudnya :

"Ya Allah ! Sesungguhnya Engkau Pengampun, suka kepada pengampunan, ampunilah akan daku, Ya Allah kami memohon kepada-Mu keredhaan-Mu dan syurga dan kami berlindung dengan-Mu dari kemurkaan-Mu dan neraka"

Solat Sunat Terawih

Tarawih ertinya beristirehat. Ia dikerjakan selepas solat isyak sehingga menjelang fajar. Solat Tarawih ini hanya dilakukan pada bulan ramadhan dan boleh dilakukan sama ada secara individu atau secara berjamaah. Bilangan rakaat yang dilakukan biasanya 8 rakaat dengan 3 witir atau 20 rakaat dengan 3 witir.

Page 9: Senarai Solat Solat Sunat

9

DALIL

Sabda Rasulullah s.a.w :

أ غش سضب لب ف شغت ع ع اهلل صى اهلل سعي وب رمذ ب غفش ادزغبثب إبب سضب لب ، فمي ثعضخ ف أش

رج

Maksudnya : "Adalah Rasulullah s.a.w menganjurkan untuk mengerjakan solat pada malam bulan Ramadan tetapi tidak mewajibkannya. Baginda bersabda barang siapa bangun pada bulan Ramadan (mengerjakan solat tarawih) dengan rasa iman dan mengharapkan keredhaan Allah maka diampunilah dosa-dosanya yang telah lalu".

Cara yang mengerjakan solat tarawih ialah dengan melakukan 2 rakaat demi 2 rakaat.

NIAT

خ عخ أص ازشا سوعز رعبى

Maksudnya : Sahaja aku menunaikan solat Terawih 2 rakaat kerana Allah Taala.

Solat Sunat Gerhana

Gerhana terbahagi kepada dua iaitu gerhana bulan dan gerhana matahari. Gerhana ini merupakan tanda kekuasaan Allah S.W.T. bukan disebabkan apa-apa munasabah. Contoh sebagaimana yang telah berlaku pada Zaman Rasulullah s.a.w apabila anak baginda yang bernama Ibrahim telah meninggal, kebetulan ketika itu berlakunya gerhana Matahari, maka orang-orang ketika itu menyangka berlakunya gerhana Matahari ini disebabkan kematian Ibrahim. Maka Nabi s.a.w bersabda :

فإرا ذبر ال أدذ د ىغفب ال اهلل آبد آزب امش اشظ إ" اجخبسي سا ". )ثى ب ىشف دزى صا اهلل فبدعا سأزب

Maksudnya : "Sesungguhnya matahari dan bulan keduanya menjadi bukti adanya Tuhan dan kekuasaan-Nya. Keduanya gerhana bukan kerana matinya seseorang dan tidak pula kerana hidupnya seseorang, maka apabila kamu mengetahui keduanya gerhana, hendaklah kamu berdoa kepada Allah, dan solat sehingga habis gerhana itu."

CARANYA :

Page 10: Senarai Solat Solat Sunat

10

Solat gerhana ini boleh dilakukan secara berseorang atau secara berjemaah dan sebaiknya dilakukan secara berjemaah. Solat Gerhana mengandungi 2 rakaat, 4 al-Fatihah, 4 rukuk, dan 4 sujud. Iaitu seperti berikut :

Rakaat pertama :

1. Niat solat Gerhana, Takbir. 2. Baca Al-Fatihah dan surah. 3. rukuk. 4. I'tidal, 5. Baca Al-Fatihah dan surah. 6. rukuk. 7. I'tidal. 8. Sujud dan seterusnya seperti solat biasa.

Rakaat kedua :

Sama seperti rakaat pertama.

NIAT

ف Gerhana Bulan : اخغ

ف Gerhana Matahari : اىغ

ف عخ أص ف / اخغ اىغ سوعز رعبى

Maksudnya : Sahaja aku menunaikan solat gerhana (Bulan / Matahari) 2 rakaat kerana Allah Taala.

Solat Sunat Ististiqa'

Solat ini biasa dilakukan bertujuan untuk memohon kepada Allah Taala supaya menurunkan hujan. Ini disebabkan kerana waktu kemarau yang panjang.

PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN:

Puasa tiga hari, sambil itu bertaubat kepada Allah dengan meninggalkan segala dosa dan kezaliman.

Pada hari yang keempat, semua penduduk disuruh keluar dengan berpakaian sederhana menuju ke tanah lapang. Di samping itu binatang-binatang ternakan juga perlu dibawa bersama. Maka pada hari tersebut semua penduduk disuruh supaya memperbanyakkan membaca istighfar.

Page 11: Senarai Solat Solat Sunat

11

Pada rakaat pertama sesudah membaca surah al-Fatihah bacalah Surah Sabbihisma Rabbikal A'la, dengan suara keras. Dan pada rakaat kedua pula dibaca surah Hal Ataaka Hadithul Ghasyiah.

Sesudah itu, khatib harus membaca dua khutbah, pada khutbah yang pertama dimulai dengan membaca Istighfar 9 kali dan pada khutbah kedua pula dimulai dengan 7 kali istighfar.

NIAT

اإلعزغمبء عخ أص سوعز رعبى

Maksudnya : Sahaja aku menunaikan solat ististiqa' 2 rakaat kerana Allah Taala.

DOA

ذ سة هلل اذ . اعب اشد به اشد ال اذ اهلل إال إ ب فعذ ، ش ذ ا ال اهلل أ ذ . اهلل إال إ أ اغ ذ ضي ، افمشاء ب أ ع

ث اغ ضذ ب اجع ب أ ح ع إى ثالغب ل . د

Maksudnya :

"Segala puji bagi Allah pemelihara alam semesta, Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Raja hari kiamat, tiada Tuhan selain Allah, Yang berbuat menurut kehendak-Nya. Ya Allah, Engkaulah Allah yang tiada Tuhan selain-Mu. Engkaulah Maha Kaya, sedangkan kami adalah papa, turunkanlah kepada kami hujan, dan jadikanlah apa yang Engkau turunkan itu menjadi bekal sampai beberapa lama.

DOA-DOA LAIN

، أغثب ا ، أغثب ا أغثب ا

Maksudnya : "Ya Allah siramilah kami, Ya Allah siramilah kami, Ya Allah siramilah kami"

ثب اعمب ا ش بفعب شعب شئب غثب غ ش عبجب ضبس غ غ آج

Maksudnya : "Ya Allah siramilah kami dengan hujan yang menyuburkan dan yang baik kesudahannya yang bertapis-tapis yang memberi manafaat tidak memberi mudharat segera tidak berlambat-lambat"

ه عجبدن اعك ا بئ شش ث زه ا سد ذ ثذن أد ا

Maksudnya : "Ya Allah siramilah hambaMu dan haiwan-haiwan ternakanMu dan sebarkanlah rahmatMu dan hidupkanlah negeriMu yang mati"

Page 12: Senarai Solat Solat Sunat

12

Solat Sunat Hari Raya

Solat Sunat Hari Raya merupakan antara solat sunat yang dilakukan pada Hari raya Fitri atau Hari Raya Adha. Ia mula disyariatkan pada tahun pertama hijrah.

HUKUM MENGERJAKAN

Solat Hari Raya Aidil Fitri dan Aidil Adha hukumnya adalah sunat Muakkad yang mana sangat-sangat dianjurkan kerana Rasulullah tetap dengan Solat Hari Raya ini selama baginda hidup.

WAKTU SOLAT

Bagi Solat Aidilfitri diadakan pada 1 Syawal. Manakala Solat Aidil Adha diadakan pada 10 Zulhijjah. Ia dilakukan selepas naiknya matahari dan sebelum tergelincirnya matahari.

KAIFIAT

Pada Rakaat pertama kita dikehendaki supaya takbir sebanyak 7 kali iaitu selepas takbiratul ihram dan doa iftitah. Pada setiap kali takbir kita dianjurkan supaya membaca tasbih berikut :

ذ اهلل عجذب ال هلل اذ أوجش اهلل اهلل إال إ

Kemudian di baca Al-Fatihah dan surah. Surah yang dianjurkan ialah surah Qaf atau Al-A'la atau Al-Kafirrun.

Pada Rakaat kedua pula dikehendaki supaya takbir sebanyak 5 kali. Pada setiap kali takbir kita dianjurkan supaya membaca tasbih. Kemudian di baca Al-Fatihah dan surah. Surah yang dianjurkan ialah surah Al-Qamar atau Al-Ghasyiah atau Al-Ikhlas.

Selepas dari solat diadakan khutbah.

Dalam khutbah hendaklah berisi dengan peringatan tentang zakat fitrah atau hukum qurban, haji dan hikmah-hikmahnya.

NIAT SOLAT HARI RAYA

ذ عخ أص ذ / افطش ع األضذى ع ب سوعز أ رعبى

Maksudnya : Sahaja aku menunaikan Eidil Fitri / Adha 2 rakaat kerana Allah Taala.

LAFAZ-LAFAZ TAKBIR

ال ، أوجش اهلل أوجش اهلل أوجش اهلل ذ هلل أوجش أهلل أوجش اهلل اهلل إال إ اهلل . اذشا أوجش ذ وج شا هلل اذ وث ال ، أصال ثىشح اهلل عجذب ال اهلل إال إ

Page 13: Senarai Solat Solat Sunat

13

إال عجذ إب خص اذ وش ال . اىبفش اهلل إال إ ، دذ صذق صش ، عذ أعض ، عجذ ذ ، ج ض األدضاة ال دذ إال إ

ذ هلل أوجش اهلل أوجش اهلل اهلل . اذ

Solat Sunat Taubah

Solat sunat taubat ialah solat sunat yang dilakukan sesudah seseorang melakukan perbuatan dosa atau merasa berbuat dosa, lalu bertaubat kepada Allah. Dengan berjanji tidak akan mengulanginya.

DALIL

Sabda Rasulullah s.a.w :

غفش إال اهلل غزغفش ث صى ث فزطش م ث رجب زت سج ب اهلل روش أفغ ظا أ فبدشخ فعا إرا از ، األخ ز لشأ ث

فعا ب عى صشا اهلل إال ازة غفش زث فبعزغفش األبس رذزب رجشي جبد سث غفشح جضاء أئه . ع

( بج اث اغبئ داد أث سا ) . فب خبذ

Maksudnya" : Setiap orang yang pernah melakukan perbuatan dosa, kemudian segera bangun dan berwudhuk. Kemudia solat lalu memohon ampunan dari Allah, pasti Allah akan

memberi ampunan baginya. Setelah itu dibaca surah ini : " Mereka yang pernah mengerjakan kejahtaan atau telah berbuat dosa terhadap dirinya sendiri ,lalu mereka segera

ingat kepada Allah, terus memohon ampunan di atas dosanya. Siapa pula yang akan mengampuni segala dosa kalau bukan Allah. Sesudah itu mereka insaf dan sedar bahawa ia

tidak akan mengulanginya lagi perbuatan dosa seperti yang sudah-sudah, maka mereka itu akan diberi pahala dengan syurga di mana di bawahnya mengalir air sungai, dan di situlah

tempat mereka kekal abadi"

Selepas selesai dari solat, maka beristighfarlah banyak-banyak. Antara istighfar yang baik ialah penghulu istighfar :

ذ ا ال سث أ ذ إال إ بعجذن خمز أ ذن عى أب أ عذن ع ب شش ثه أعر اعزطعذ زه ه أثء صعذ ب ع ث ج ه أثء ع ثز

فبغفش ذ إال ازة فش الغ فإ أ

Maksudnya : "Ya Allah ! Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan melainkan Engkau, Engkau telah menjadikan daku dan aku adalah hambaMu dan aku di atas perintah dan perjanjianMu

Page 14: Senarai Solat Solat Sunat

14

sekadar keupayaanku, aku berlindung denganMu dari kejahatan barang yang aku lakukan, aku mengaku bagiMu dengan nikmatMu ke atasku dan aku mengaku dengan dosaku, maka ampunilah bagiku, maka sesungguhnya tiada siapa yang dapat mengampunkan segala dosa melainkan Engkau"

Diriwayatkan oleh Bukhari

Solat Sunat Istikharah

Solat ini dilakukan apabila kita menghendaki sesuatu pemilihan antara dua perkara atau lebih yang mana memohon kepada Allah menunjukkan kepada kita pilihan yang terbaik.

NIAT

اإلعزخبسح عخ أصى رعبى هلل سوعز

Maksudnya : "Sahaja aku menunaikan Solat Sunat Istikharah 2 rakaat kerana Allah Taala"

DOA

ا شن إ ه أعزخ أعأه ، ثمذسره أعزمذسن ، ثع فضه اعظ ألذس، ال رمذس فإه ال رع ذ ، أع أ ، اغة عال ا ذ إ و

رع ش زا أ ش .... األ خ ف عبش د شي عبلجخ أ عبج آج فبلذس ، غش ثبسن ث ، ف ذ إ و رع ش زا أ األ شش ....

ف عبش د شي عبلجخ أ عبج آج ع فبصشف اصشف � الذس ، ع ش ث اخ د ، وب اسضى ث ث

Maksudnya : "Ya Allah ! Aku pohon pilihan (minta petunjuk) daripada Engkau dengan pengetahuan Engkau dan aku pohon ketentuan Engkau dengan kekuasaan Engkau dan aku pohon akan Dikau dari limpah kurniaan Engkau yang besar, maka sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui segala perkara ghaib.

Ya Allah! Seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini . Berkebajikan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka takdirlah akan dia baik dan permudahkannya bagiku kemudian berkatkan bagiku padanya dan seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini . Mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan akibat urusanku cepat atau lambat, maka palinglah akan dia daripadaku dan palinglah akan seberapa yang boleh, kemudian redhalah akan daku dengannya" (sebutkan urusan yang dimaksudkan di tempat yang bertitik).

Page 15: Senarai Solat Solat Sunat

15

Solat Sunat Mutlak

Solat Sunat Mutlak ialah solat sunat yang tidak ditentukan waktunya dan tidak ada sebab pun, bilangan rakaatnya juga tiada batasnya. Cara melakukannya adalah seperti solat sunat yang lain.

NIAT

مي ب ب ي ن ك نحب ك ب ل الب ن ن ب تب ب

Maksudnya : "Sahaja aku menunaikan Solat Sunat 2 rakaat kerana Allah Taala"

Solat Sunat Tasbih

Solat Sunat Tasbih dinamakan solat tasbih adalah disebabkan di dalamnya terdapat bacaan tasbih iaitu sebanyak 300 kali.

KAIFIAT MELAKSANAKANNYA

Sekiranya dilakukan pada waktu siang hari maka hendaklah dikerjakan sebanyak 4 rakaat dengan satu salam.

Manakala sekiranya dilakukan pada waktu malam maka hendaklah dikerjakan sebanyak 4 rakaat dengan 2 salam.

CARA MENGERJAKANNYA

Terdapat dua cara untuk melakukan Solat ini :

1. Sesudah kita berniat dan bertakbir, kita membaca doa iftitah. Selanjutnya kita membaca tasbih sebanyak 15 kali . Kemudian membaca ta'awudz dan Al-Fatihah serta surah. Sesudah itu kembali membaca tasbih sebanyak 10 kali. Selanjutnya tasbih dibaca sebanyak 10 kali dalam rukuk, I'tidal, sujud, duduk antara dua sujud dan sujud yang kedua.

2. Bacaan tasbih sebanyak 15 kali dibaca selepas membaca surah, Selanjutnya tasbih dibaca sebanyak 10 kali dalam rukuk, I'tidal, sujud, duduk antara dua sujud dan sujud yang kedua dan pada menjelang untuk mengerjakan rakaat yang berikut.

Dan bagi rakaat terakhir maka tasbih dibaca sebelum membaca tahiyat.

3. Surah yang biasa dibaca ialah : Pada Rakaat 1 Surah At-Takathur (Alhakumuttakathur), Surah Al-Asr pada Rakaat 2, Surah Al-Kafiruun Rakaat 3 dan Surah Al-Ikhlas Rakaat 4.

Perlu diingatkan kalau sekiranya waktu siang hari bacaan tidak dibaca dengan kuat dan pada rakaat ketiga dan keempat hanya fatihah sahaja dibaca (seperti solat zohor dan asar)

Page 16: Senarai Solat Solat Sunat

16

NIAT

ب ال مي ب ب ي ن ن ن تب ب ثن يحن ب بلي ك ب ل ك نحب لي

Maksudnya : Sahaja aku menunaikan solat sunat Tasbih 2 rakaat kerana Allah Taala.

TASBIH YANG DIBACA

جب إنالن تنا ن الب قكىن لب وب ىي الب حب ثب ك وب هللاك بمي الب إنلبهب إنالن هللاك وب دك ن ن وب ااب هللان وب ليحب ي ثيحب ك

ظن يمن لي ب ن ل لي ب

Maksudnya : Maha suci Allah dan pujian bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah Yang Maha Besar. Tiada daya upaya melainkan dengan Allah Yang Maha Tinggi lagi Agung.

JADUAL TASBIH

1. 4 Rakaat 2 Salam

WAKTU JUMLAH TASBIH

Slps Iftitah sebelum Fatihah 15

Sesudah surah Rakaat 1 10

Rukuk 10

I'tidal 10

Sujud 10

Duduk antara dua sujud 10

Sujud kedua 10

Selepas surah Rakaat 2 10

Rukuk 10

I'tidal 10

Sujud 10

Duduk antara dua sujud 10

Sujud kedua 10

Sebelum Tahiyyat 15

JUMLAH 150 X 2 = 300

2. 4 Rakaat 1 Salam

WAKTU JUMLAH TASBIH

Slps Iftitah sebelum Fatihah 15

Sesudah surah Rakaat 1 10

Rukuk 10

Page 17: Senarai Solat Solat Sunat

17

I'tidal 10

Sujud 10

Duduk antara dua sujud 10

Sujud kedua 10

Selepas surah Rakaat 2 10

Rukuk 10

I'tidal 10

Sujud 10

Duduk antara dua sujud 10

Sujud kedua 10

Sebelum Tahiyyat Awal 15

Selepas Tahiyyat Awal 15

Sesudah Fatihah Rakaat 3 10

Rukuk 10

I'tidal 10

Sujud 10

Duduk antara dua sujud 10

Sujud kedua 10

Selepas Fatihah Rakaat 4 10

Rukuk 10

I'tidal 10

Sujud 10

Duduk antara dua sujud 10

Sujud kedua 10

Sebelum Tahiyyat Akhir 15

JUMLAH 300

DOA SOLAT TASBIH

حب بهي ن حب مك با ب الب بهي ن لي بقن ي ب وب فن يقب بهي ن ليهكدبي وب بعي ب أبلكلب تبىي بل نهكمن إنانا ابلي

ثبحن عي طب بةب بهي ن ل ن شي بحن وب جب ب بهي ن ليخب وب ثي ن وب مب بهي ن ل ن زي عب تبحن وب ل نىي

افبلب فبااب بهي ن لي ن يمن حب ن ابخب عن ي عن وب ىب بثظدب بهي ن لي تب ب .وب

ن اب ي ب ب تنطباعب نلب ا ن يلب حب ابا عب ي مب ب زك لن افبحة ب تكحي خب أبلكلب مب بل نهكمن إنانا ابلي

فةا من يلب حب ن ىي خب تبحن وب لب فن ي ل نىي حب حب ن اك با ن اكب وب قظ تنهن ن ب عب ب ة ابلي بحن

Page 18: Senarai Solat Solat Sunat

18

حب ن ىي ن مك لهبا وب مكمن ب عب ب يلب فن ي ياك حب ب اب بىب حب وب اكخي نصب لبلب ل ن ن يحب

النقن ل ظىي ن ااب خب ثيحب لن ب لظن ل تنلب ك .اكحي

Ya Allah, ya Tuhan kami, kami memohon taufik daripada-Mu sebagaimana orang-orang yang telah Engkau beri petunjuk dan jadikan amalan kami ini seperti mana amalan ahli yakin dan jadikanlah kami dari golongan orang yang menerima nasihat orang-orang yang bertaubat dan keazaman kami seperti mana orang-orang yang sabar dan gementar kami seperti mana orang-orang yang takut dan kami memohon seperti mana permohonan orang yang suka kepada kebaikan dan beribadat seperti orang-orang yang warak dan jadikanlah pengetahuan kami ini sebagai ahli-ahli yang berilmu sehingga kami termasuk ke dalam orang yang takut kepada Engkau.

Ya Allah, kami memohon kepada-Mu, jadikan kami golongan yang takut yang menghalang kami daripada melakukan maksiat sehinggalah kami beramal dengan taat kepada-Mu amalan yang kami merasakan perlu mendapat keredhaan-Mu dan juga sehingga kami bersungguh-sungguh pada bertaubat serta takut kepada-Mu dan juga sehingga kami betul-betul ikhlas dan tawakal kepada-Mu dalam setiap perkara dan supaya kami menjadi orang yang baik sangka terhadap Engkau, Maha Suci Engkau sebagai Pencipta.

Solat Sunat Hajat

Apabila timbul masalah dalam sesuatu perkara maka mintalah pertolongan dari Allah dengan mendirikan solat sunat hajat. Sembahyang hajat ini banyak macam bentuknya dari segi bacaan dan tertib cara mengerjakannya. Rukun tetap sama. Waktu mengerja sembahyang hajat ini tidak terbatas sama ada pagi, petang, siang dan malam

NIAT

الب ن تب ب نمي ب ب ي ن ل حن ب اجب ب ل ك نحب لحب

ك

Maksudnya : Sahaja aku sembahyang sunat Hajat dua rakaat kerana Allah Taala.

DOA

Antara doa yang boleh dibaca ialah.

Solat Sunat Ihram

Solat Sunat Ihram ialah solat sunat dua rakaat yang dilakukan sebelum melakukan ihram (selepas mandi dan memakai pakaian sebelum niat ihram)

NIAT

حي ب من ك نحب ك ب ل ي مي ب ب ي ن ان ن بل الب ن تب ب

Page 19: Senarai Solat Solat Sunat

19

Maksudnya : Sahaja aku solat sunat ihram dua rakaat kerana Allah Taala

Solat Sunat Tawaf

Solat Sunat Tawaf ialah solat sunat sebanyak dua rakaat yang dikerjakan oleh seseorang yang sudah selesai mengerjakan tawaf. Ianya dilakukan di maqam Nabi Ibrahim.

NIAT

مي ب ب ي ن لطنىب ان ك نحب ك ب ل ي ن بل الب ن تب ب

Maksudnya : Sahaja aku solat sunat tawaf dua rakaat kerana Allah Taala

Solat Sunat Nikah

Adalah disunatkan bagi lelaki untuk mengerjakan solat sunat dua rakaat apabila selesai akad nikah.

NIAT

وي ن ك نحب ك ب ل ي مي ب ب ي ن ل ب ك ن بل الب ن تب ب

Maksudnya : Sahaja aku solat sunat berkahwin dua rakaat kerana Allah Taala

Solat Sunat Awwabin

Sunat Sunat Awwabin ialah solat sunat yang dilakukan sebaik selesai menunaikan Solat Fardhu Maghrib.

NIAT

مي ب ب ي ن ابون تن ي ك نحب ك ب ل ي ن بل الب ن تب ب

Maksudnya : Sahaja aku solat sunat awwabin dua rakaat kerana Allah Taala