penggunaan tenologi dalam pengajaran _nliza

Upload: lieyatie

Post on 03-Jun-2018

221 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/12/2019 Penggunaan Tenologi Dalam Pengajaran _Nliza

    1/10

    EIT 311 Teknologi Instruksional & Sumber Pembelajaran

    1 | P a g e

    1. Pengenalan

    Penggunaan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran banyak memberi

    kesan yang baik kepada murid-murid khususnya yang di sekolah rendah.Namun begitu

    terdapat juga kelemahan yang timbul kesan daripada penggunaan ICT dalam pengajaran dan

    pembelajaran. Oleh itu untuk mewujudkan pengajar yang kompeten, tumpuan utama

    teknologi pendidikan ialah untuk menghasilkan pengajaran yang berkesan.Pengajaran yang

    berkesan membolehkan murid-murid memperoleh kemahiran, pengetahuan dan sikap yang

    diharapkan. Pengajaran yang dirancang dengan teliti dan lengkap membantu mewujudkan

    keyakinan, kepercayaan dan perasaan hormat pelajar terhadap pengajar sekaligus membantu

    pembinaan disiplin yang positif.

    Teknologi pendidikan perlu dititi beratkan dalam penyampaian kandungan

    pembelajaran dan pengajaran oleh guru. Murid-murid perlu dibawa keluar daripada

    kepompong ciri-ciri pembelajaran abad ke-19, antaranya, guru ibarat pelayan komputer

    (server) yang meyimpan beribu-ribu maklumat dan murid ibarat cakera keras (hard disk)

    tanpa memori yang menunggu untuk diisi. Gaya pembelajaran terkini, seperti yang

    ditegaskan dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), menyarankan penggunaan

    pelbagai pendekatan seperti pembelajaran secara hands-on, kontekstual, konstruktivisme dan

    masteri; melalui permainan dan inkuiri penemuan; dan berasaskan projek. Pendekatan yang

    digunakan haruslah memberi peluang yang tidak terhad kepada murid dan mengambil kira

    tahap kecerdasan murid. Ini adalah selaras dengan gaya pembelajaran abad ke-21 yang

    berpaksikan literasi era digital, murid berfikir secara kreatif dan inovatif, kemahiran

    komunikasi yang berkesan dan penghasilan kerja yang tinggi.

    2. Kemudahan Teknologi di Sekolah Sk Madrasah Datuk Hj. Abdul Kadir Hasan

    Oleh kerana sekolah saya merupakan sebuah sekolah besar yang mempunyai 86 orang

    tenaga pengajar ( guru ) dan menampung lebih kurang 1231 orang murid maka kemudahan

    tenologi terutamanya ICT sememangnya lengkap. Keadaan ini ditambah dengan

    pengikhtirafan yang diperoleh sekolah sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan

    membolehkan pihak sekolah memperoleh kemudahan ICT untuk sesi pengajaran dan

    pembelajaran. Selain itu, kami juga mempunyai dua buah makmal komputer yang dilengkapi

    dengan 20 buah komputer setiap makmal, skrin dan LCD projektor serta kemudahan internet

    bagi memudahkan dan menggalakkan warga guru menggunakan kemudahan teknologi ini

    untuk sesi pembelajaran dan pengajaran.

  • 8/12/2019 Penggunaan Tenologi Dalam Pengajaran _Nliza

    2/10

    EIT 311 Teknologi Instruksional & Sumber Pembelajaran

    2 | P a g e

    3. Tahap Penggunaan Teknologi di Sekolah Saya

    Kemudahan tenologi yang lengkap di sekolah memudahkan guru-guru menggunakan

    teknologi dalam menjayakan sesi pembelajaran dan pengajaran mereka. Penggunaan

    teknologi dalam pembelajaran juga dapat membantu guru meningkatkan kefahaman murid-

    murid terhadap kandungan pelajaran yang ingin disampaikan. Oleh itu, ramai guru-guru yang

    berinisiatif untuk menggunakan kemudahan teknologi ini dalan sesi pengajaran mereka.

    Penggunaan teknologi terutamanya ICT di sekolah saya adalah pada tahap berikut :

    a. Sangat Baik - 10%

    b. Baik - 40%

    c. Sederhana - 50 %

    Berdasarkan pada angka tersebut, semua guru berinisiatif untuk menggunakan kemudahan

    teknologi yang ada untuk membantu mereka menyampaikan kandungan pelajaran kepada

    murid-murid. Golongan sangat baik terdiri daripada guru yang celik ICT dan tidak

    memerlukan bantuan pihak lain dalam mengendalikan bahan-bahan untuk pengajaran

    mereka. Manakala golongan baik pula boleh mengendalikan pengajaran dan pembelajaran

    dengan sempurna dan perlu bantuan daripada juruteknik apabila berlakunya masalah

    teknikal. Bagi golongan sederhana, guru-guru ini berinisiatif untuk menggunakan komputer

    tetapi memerlukan bantuan daripada segi teknikal dan penyediaan peralatan seperti slaid,

    komputer, CD untuk sesi pengajaran dan pembelajaran dan pengajaran.

    4. Kepentingan penggunaan Teknologi

    Penggunaan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan

    kecekapan dan keberkesanan hasil pembelajaran. Melalui penggunaan alat ICT sebagai alat

    bantu mengajar maka proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik dan dan

    berkesan contohnya menggunakan alat seperti powerpoint, flash, video, visual. Mereka hanya

    perlu mengaplikasikan alatan tersebut ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui

    cara ini proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih mudah, ringkas

    dan padat kerana pelajar akan didedahkan dengan gambaran dan persembahan menarik serta

    mudah untuk di fahami. Selain daripada penglibatan aktif pelajar dalam proses pembelajaran

    melalui medium web yang dapat menghasilkan pelajar yang berfikiran kritis dan kreatif yang

    juga dapat mempertingkatkan tahap pembelajaran dalam kalangan pelajar (Chang 2001).

    ( Norazah Mohd. Nordin dan Ngau Chai Hong : Jurnal Pendidikan Malaysia 34(1)(2009):

    111 129)

    Di samping itu kesan penggunaan ICT ialah dapat menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih aktif serta mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan.

  • 8/12/2019 Penggunaan Tenologi Dalam Pengajaran _Nliza

    3/10

    EIT 311 Teknologi Instruksional & Sumber Pembelajaran

    3 | P a g e

    Melalui penggunaan alat ICT guru dapat menerangkan kepada pelajar dengan lebih terperinci

    serta mendalam mengenai sesuatu subjek. Contohnya penggunaan internet sebagai alat untuk

    mendapatkan maklumat-maklumat terkini mengenai dunia pendidikan. Kemahiran

    menggunakan internet membolehkan guru dan pelajar mendapatkan maklumat dan

    pengetahuan yang terkini dengan lebih cepat serta efisen tanpa perlu menunggu masa yang

    lama seterusnya dapat digunakan dalam aktiviti pembelajaran.

    Penggunaan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran amat penting

    untuk dapat meningkatkan kemahiran guru dan pelajar. Melalui penggunaan ICT dalam

    proses pengajaran dan pembelajaran pelajar akan didedahkan dengan pelbagai alatan dan

    bahan mengenai ICT seperti komputer, LCD, CD, pendrive, hardware, software , internet dan

    sebagainya. Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran guru dan pelajar akan lebih

    menguasai teknologi-teknologi terkini yang dapat membantu dalam memahami setiap subjek

    yang dipelajari serta menyimpan,memproses dan merekod setiap maklumat yang diperolehi.

    Kemahiran dalam menggunakan ICT ini mampu memberi nilai tambah kepada guru agar

    dapat menggunakannya untuk menyampaikan ilmu kepada pelajar. Di samping itu, guru juga

    dapat menambah pengetahuan mengenai sistem ICT melalui pengalaman yang diperolehi

    semasa menjalankan proses pengajaran melalui interaksi dua hala dengan pelajar bagi

    meningkatkan lagi kualiti penyampaian yang akan guru dan pelajar akan berusaha lagi

    menambahkan pengetahuan mengenai teknologi ICT ini.Pengetahuan yang mendalam

    mengenai ICT amat penting bagi guru agar ianya dapat di aplikasikan dalam proses

    pengajaran dan pembelajaran bagi memudahkan lagi pemahaman murid.

    Selain itu manfaat yang diperolehi kesan daripada penggunaan ICT dalam proses

    pengajaran dan pembelajaran ialah dapat memberi peluang pembelajaran yang sama kepada

    semua pelajar yang pelbagai keupayaan. Di dalam sesebuah kelas tidak semua pelajar

    mempunyai kebolehan yang sama dalam menerima sesuatu yang di ajar oleh guru.Justeru itu

    melalui penggunaan ICT murid-murid dapat memahami apa yang di ajar dengan lebih jelas

    kerana proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik serta berkesan hasil daripada

    penggunaan alatan ICT tersebut. Contohnya melalui pengunaan alat seperti

    powerpoint,grafik,audio,video dan sebagainya maka murid-murid akan lebih memahami

    setiap apa yang di ajar kerana di beri gambaran dan persembahan yang lebih mudah untuk

    difahami.

    5. Isu Cabaran-Cabaran Penggunaan Teknologi di Sekolah

    Teknologi telah digunakan secara meluas dalam aspek ekonomi,sosial, pentadbirandan pendidikan. Tidak dapat tidak, warga pendidik perlu mengaplikasikan penggunaan

  • 8/12/2019 Penggunaan Tenologi Dalam Pengajaran _Nliza

    4/10

  • 8/12/2019 Penggunaan Tenologi Dalam Pengajaran _Nliza

    5/10

    EIT 311 Teknologi Instruksional & Sumber Pembelajaran

    5 | P a g e

    6. Rumusan

    Penggunaan teknologi masa kini terutamanya ICT amat perlu untuk proses

    pembelajaran dan pengajaran dalam era globalisasi ini. Meskipun berhadapan dengan isu-isu

    dan cabaran terhadap pengaplikasiannya ke dalam aktiviti pembelajaran di dalam kelas

    namun dengan usaha dan komitmen guru-guru dan pihak pentadbir sekolah penggunaan

    teknologi dapat direalisasikan. Pendedahan terhadap peralatan dan kemahiran teknologi ini

    sangat penting bagi guru-guru dan kumpulan sasaran iaitu murid-murid. Penggunaan

    kemudahan teknologi ini merupakan salah satu dasar yang menjadi keutamaan Kementerian

    Pendidikan Malaysia.

    Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu Tahun 5Tema Kesusasteraan

    Mata Pelajaran : Bahasa Melayu

    Tahun : 5 Cerdas

    Tarikh : 3 April 2012

    Masa : 1 jam (7.30 pagi hingga 8.30 pagi)

    Bilangan Murid : 38 orang

    Tema : Kesusasteraan (Pantun)

    Tajuk : Buah-buahan Tempatan

    Hasil Pembelajaran/Kemahiran :

    Fokus Utama :

    1.2 Bertanya dan menjawab tentang sesuatu perkara secara bertatasusila.

    Aras 3 :

    (i) Bersoal jawab secara bertatasusila tentang sesuatu perkara dengan menggunakan

    soalan pelbagai aras.

    5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan

    lancar serta memahami perkara yang dibaca.

    Aras 2 :

    (i) Membaca bahan sastera dan bukan sastera dengan sebutan dan intonasi yang betul

    serta gaya yang sesuai.

    Objektif : Pada akhir pelajaran ini, murid dapat:

    i. menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru secara bertatasusila.

  • 8/12/2019 Penggunaan Tenologi Dalam Pengajaran _Nliza

    6/10

    EIT 311 Teknologi Instruksional & Sumber Pembelajaran

    6 | P a g e

    ii. membaca kuat teks pantun teka-teki dan definisi kata adjektif dengan sebutan dan

    intonasi yang betul dan gaya yang sesuai.

    Sistem Bahasa

    Tatabahasa - Kata adjektif, binaan ayat lengkap.

    Kosa Kata - Kolek, menoreh

    Pengisian Kurikulum

    Ilmu - Kesusasteraan, kemasyarakatan

    Nilai Murni - Kesyukuran, patriotisme, rasional

    Kemahiran bernilai tambah

    Kemahiran berfikir - Menjana idea, menghubungkait, menilai, mengenal pasti.

    Teori Kecerdasan Pelbagai - Muzik

    Belajar Cara Belajar - Membaca mekanis

    Bahan Bantu Mengajar - Kad imbasan, teks pantun teka-teki, slaid, lembaran kerja.

    Masa Isi pelajaran Aktiviti pengajaran dan pembelajaran Catatan

    Set Induksi

    (5 minit)

    Slaid Lagu :

    Buah-buahantempatan.

    Soalan

    Apakah perkara yangdinyatakan di dalamlagu tersebut?

    Bolehkan andamenyenaraikan buah-

    buahan yang disebutdi dalam lagu tadi?

    Di negara manakahkita boleh perolehi

    buah-buahan ini?

    1. Guru menayangkan video lagu

    buah-buahan tempatan

    2. Murid memerhati tayangan video buah-buahan tempatan.

    3. Guru bersoal jawab dengan muridtentang lagu.

    4. Murid meneka tajuk pelajaran.

    5. Guru memberitahu tajuk pelajaranhari ini.

    Teknik :

    Soal jawab

    Nilai :

    Kerjasama

    BBM :

    Komputer, internet,

    Langkah 1

    (10 minit)

    Slaid

    Gambar buah-buahantempatan

    1. Murid-murid dikehendakimendengar semula dan

    menyenaraikan nama buah-buahanyang mereka dengar daripada lagu

    Teknik :

    Tunjuk cara

  • 8/12/2019 Penggunaan Tenologi Dalam Pengajaran _Nliza

    7/10

    EIT 311 Teknologi Instruksional & Sumber Pembelajaran

    7 | P a g e

    tadi

    2. Murid menamakan buah-buahanyang mereka dengar daripada lagu.

    3. Guru menunjukkan gambar buah- buahan yang disebutkan.

    4. Guru memberi penerangan kepadamurid-murid tentang bentuk fizikal

    buah-buahan yang ditunjukkan

    Nilai :

    Kerjasama

    Tekun

    BBM :

    Slaid dan teks pantun teka-teki.

    Langkah 2

    ( 15 minit )

    Slaid Teks Pantunteka-teki

    Pantun teka-teki bertajuk KenaliBuah-buahanTempatan.

    1.

    Murid dibahagikan kepada 5Kumpulan

    2. Setiap kumpulan akan menjawabteka-teki yang dikemukakan dalamslaid yang diberikan

    3. Murid diminta meneliti teka-tekidan meneka jawaban

    4. Wakil setiap kumpulan diminta

    membaca pantun denganmenggunakan sebutan intonasi dangaya yang betul beserta dengan

    jawaban.

    5. Setiap kumpulan akan mnyemak jawaban mereka.

    BBM :

    Slaid dan teks pantun teka-teki.

    Langkah 3

    (15 minit)

    Pengajarantatabahasa:

    Kata adjektif.

    Contoh :

    - enak

    - keras

    - manis

    - merah

    1. Guru menyenaraikan beberapa

    perkataan di dalam pantun.

    2. Murid menjawab beberapa soalanyang dikemnukakan oleh guru

    berkaitan dengan perkataan yangdikemukakan.

    3. Guru memberi penerangan tentangkata sifat/adjektif yang ditunjukkan.

    4. Murid diminta mencari dan

    membulatkan kata adjektif yangterdapat dalam rangkap pantun

    Teknik :

    Tunjuk caraSoal jawab

    Nilai :

    KerjasamaTekunMendengar arahan

  • 8/12/2019 Penggunaan Tenologi Dalam Pengajaran _Nliza

    8/10

    EIT 311 Teknologi Instruksional & Sumber Pembelajaran

    8 | P a g e

    - hitam teka-teki. Kemudian menuliskembali dalam kotak yangdisediakan

    5. Perbincangan antara guru dan murid

    mengenai kata adjektif yangterdapat di dalam teks pantun.

    6. Wakil murid setiap kumpulandiminta membuat ayat lain

    berdasarkan kata adjektif, secaraspontan.

    BBM :

    teks pantun teka-teki, lembaran kerjadan slaid.

    Langkah 4

    (10 minit)

    Mencari maklumat

    tentang buah-buahan dan pantunteka teki tentangbuah-buahantempatan denganmelayari internet

    1. Murid secara berkumpulandikehendaki menlayari internetuntuk mendapatkan maklumattentang buah-buahan yang mereka

    pilih serta serangkap pantun teka-teki mengenai buah tersebut.

    2. Setiap kumpulan dikehendakimendapatkan maklumat tentang

    buah pilihan mereka dan serangkaprangkap pantun teka-teki yang

    berlainan antara satu sama lain.

    3. Murid diminta membacakanmaklumat tentang buah pilihanmereka dan pantun yang didapatiserta menyatakan jawabannya

    Teknik :

    Penyelesaianmasalah

    Nilai :

    KerjasamaTekun

    BBM :

    Komputer dankemudahaninternet.

    Penutup

    (5 minit)

    Nilai murni:

    - Kesyukuran

    - Patriotisme

    - Rasional

    Isi pelajaran :

    1.Cara membaca

    pantun dengan betul.

    1. Guru menyimpulkan pelajaran.

    2. Soal jawab antara guru dan murid berkaitan isi pelajaran dan nilaimurni berdasarkan teks pantun teka-teki, secara lisan.

    3. Guru memberikan aktiviti latihan pengukuhan.

    Teknik :

    Soal jawabNilai :

    KerjasamaTekun

    BBM :

    Lembaran kerja

  • 8/12/2019 Penggunaan Tenologi Dalam Pengajaran _Nliza

    9/10

    EIT 311 Teknologi Instruksional & Sumber Pembelajaran

    9 | P a g e

    2.Konsep Kataadjektif

  • 8/12/2019 Penggunaan Tenologi Dalam Pengajaran _Nliza

    10/10

    EIT 311 Teknologi Instruksional & Sumber Pembelajaran

    10 | P a g e

    Bibliografi

    Baharom Mohamad dan Iliyas. 2010 . Pengajaran dan Pembelajar an . Batu Caves,

    Selangor. PTS Publication.

    Juriah Long. 1998. I nnovasi D alam Perkaedahan Pengajaran Bahasa, Sain s SosialDan Teknologi M aklumat . Bangi . Universiti Kebangsaan Malaysia.

    Kassim Abas.2006. M edia dalam pendidikan: merancang dan menggunakan media dalampengajaran dan pembelajar an . Tanjong Malim, Perak . Universiti Pendidikan Sultan Idris.

    Melvina Chung Hui Ching dan Jamaludin Badusah. 2010. Sikap Guru Bahasa

    M alaysia Terhadap Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (I CT) dalam

    Pengajaran di Sekolah-sekolah Rendah Bintulu, Sarawak dalam Jurnal Pendidikan Malaysia 35(1):58 - 64 )

    Norazah Mohd. Nordin Dan Ngau Chai Hong. 2009 . Pembangunan Dan Peni lai an

    Bahan Pengajaran Dan Pembelajar an Berasaskan Web Webquest B agi M ata Pelaj aran

    I CT Dalam Jurnal Pendidikan Malaysia 34(1)(2009): 111 - 129

    Norasiah. 2009. Teknologi D alam Pengajaran Dan Pembelaj aran . Puchong,Selangor. Penerbitan Multimedia.

    Rozinah Jamaluddin . 2003. Teknologi Pengajar an

    . Kuala Lumpur : UtusanPublication

    Sulaiman Masri.2006 . Bahasa M elayu : Di mensi Pengajaran D an Pembelaj aran . Kuala Lumpur . Utusan Publications & Distributors