kajian penggunaan kemahiran generik dalam · pdf filekajian penggunaan kemahiran generik dalam...
TRANSCRIPT
KAJIAN PENGGUNAAN KEMAHIRAN GENERIK DALAM PROSES
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI SEKOLAH
JUMAATOL HALISHA BINTI BUJANG
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL: KAJIAN PENGGUNAAN KEMAHIRAN GENERIK DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI SEKOLAH
SESI PENGAJIAN: SEMESTER II SESI 2005/2006
Saya JUMAATOL HALISHA BINTI BUJANG (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk
tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sabagai pertukaran antara institusi
pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh
organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat tetap: NO 8 JLN TILAPIA 4, PROF. MADYA DR. HJ. MAT JIZAT B. ABDOL TAMAN SRI PUTRA, 42700 BANTING, Nama Penyelia SELANGOR DARUL EHSAN Tarikh: 17. APRIL. 2006 Tarikh: 17. APRIL.2006
PENGESAHAN
Saya akui bahawa saya telah membawa karya ini dan pada pandangan saya, karya
ini adalah menepati dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan ( Jentera ).
Tandangan : ………………………………..
Penyelia projek : P.M. DR.HJ. MAT JIZAT ABDOL
Tarikh : ………17 April 2006…………….
KAJIAN PENGGUNAAN KEMAHIRAN GENERIK DALAM PROSES
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI SEKOLAH
JUMAATOL HALISHA BT. BUJANG
Tesis ini dikemukakan sebagai syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda
Teknologi Serta Pendidikan ( Jentera )
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
April, 2006
ii
‘Saya akui ini adalah hasil karya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap
satunya saya telah jelaskan sumbernya’.
Tandangan : …………………………
Nama Penulis : JUMAATOL HALISHA BT BUJANG
Tarikh : 1 April 2006
iii
DEDIKASI
Dengan ingatan tulus ikhlas kepada
Ayahanda dan bonda tercinta,
En. Bujang B. Jenun dan Pn. Saoyah Bt. Mohd. Ali
Yang sentiasa bersama menyokong dan mendoakan kejayaanku
Teristimewa juga kepada
Kanda dan dinda sekalian,
Halida Bt. Bujang
Haliza Bt. Bujang
Halina Bt. Bujang
Siti Hajja Bt. Bujang
Abdul Halim B. Bujang
Terima kasih kerana sentiasa bersama
Serta buat semua teman seperjuang
yang sentiasa memberi galakan dan tunjuk ajar
Terima kasih atas segalanya
Jutaan terima kasih atas pengorbanan, dorongan, dan doa semua sepanjang pengajianku.
Semoga sentiasa dicucuri rahmat dari-Nya yang Esa.
iv
PENGHARGAAN
بسم اهللا الرحمن الرحيم
Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah (S.W.T), Tuhan semesta alam, selawat
dan salam kepada junjungan Baginda Nabi Muhammad s.a.w serta kepada ahli
keluarganya, sekalian sahabatnya dan para pengikut setianya. Bersyukur saya ke hadrat
Ilahi kerana dengan izin dan limpah kurniaNya laporan penyelidikan ini dapat
disempurnakan.
Ribuan terima kasih kepada P.M. DR.HJ. Mat Jizat Bin Abdol, selaku Pensyarah
Pembimbing di atas segala bimbingan, bantuan dan teguran sepanjang menyempurnakan
penyelidikan ini.
Seterusnya ribuan terima kasih kepada Perpustakaan Sultanah Zanariah UTM
Skudai dan Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, di atas bahan rujukan bagi menyelesaikan
tugasan ini. Kepada rakan-rakan seperjuangan yang sudi menemani dan menolong
penulis mencari dan meminjamkan bahan rujukan dan informasi yang diperlukan bagi
memenuhi kajian ini. Sekalung budi diucapkan kepada keluarga tercinta, di atas
sokongan moral kalian, akhirnya kajian ini dapat disempurnakan. Doa dan restu kalian
amat diperlukan.
والسالم
v
ABSTRAK
Kajian ini adalah untuk mengenalpasti penggunaan kemahiran generik dalam
proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Matlamat utama kajian ini dijalankan
adalah untuk mengenalpasti jenis kemahiran generik yang diamalkan, ciri-ciri kemahiran
generik yang diamalkan dan masalah penggunaan kemahiran generik dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini dijalankan di tiga buah sekolah iaitu Sekolah
Menengah Teknik, Sekolah Menengah Bestari Dan Sekolah Menengah Kebangsaan.
Data dianalisis menggunakan perisian SPSS ( Statistical Package For Science Social ).
Hasil dapatan kajian ini menunjukkan kemahiran generik telah diamalkan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran di tiga buah sekolah sebelum ini. Namun terdapat juga
responden menyatakan kemahiran generik ini kurang diterapkan kerana terdapatnya
masalah- masalah yang dihadapi dengan penggunaan kemahiran generik ini. Oleh itu,
penyelidik telah mengemukakan beberapa cadangan untuk dijadikan panduan bagi
menangani masalah ini.
vi
ABSTRACT
This research is to identify the use of generic skills in teaching and learning
process in school. The main purpose for doing this research is to identify types of skills
that the teacher use in teaching and learning process and the problem faced by the
teacher in using generic skills in teaching and learning. The research has been done in
three types of secondary school. There are Sekolah Menengah Teknik, Sekolah
Menengah Bestari and Sekolah Menengah Kebangsaan. The data was analyzed using
SPSS (Statistical Package for Science Social) software. As the results show, generic
skills were applied in teaching and learning process in the three schools. Some
respondent also said that generic skills were less used because of some problem appear
when using it. Researcher has list down some of the suggestions as guidance to solve
that problem.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
Pengesahan Status Tesis
Pengesahan Penyelia
Judul Halaman
Halaman Pengakuan ii
Dedikasi iii
Penghargaan iv
Abstrak v
Abstract vi
Kandungan vii
Senarai Jadual xi
Senarai Lampiran xiii
I PENGENALAN DAN PERMASALAHAN KAJIAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Penyataan Masalah 6
1.4 Objektif Kajian 9
viii
1.5 Persoalan Kajian 10
1.6 Kepentingan Kajian 10
1.7 Batasan Kajian 12
1.8 Terminologi kajian 13
1.8.1 Kemahiran generik 13
1.8.2 Pengajaran 13
1.8.3 Pembelajaran 14
1.8.4 Penggunaan 14
1.8.5 Teknologi 14
1.8.6 Kemahiran 14
1.9 Kesimpulan 15
II PENELITIAN BAHAN ILMIAH YANG
BERKAITAN
2.1 Pengenalan 17
2.2 Kajian-Kajian Yang Berkaitan 19
2.2.1 Kajian Luar Negara 19
2.2.2 Kajian Dalam Negara 24
2.3 Kesimpulan 28
III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 30
3.2 Rekabentuk Kajian 30
3.3 Tempat Kajian 31
3.4 Sampel Kajian 32
3.5 Prosedur Kajian 32
3.6 Instrumen Kajian 33
ix
3.7 Kajian Rintis 35
3.8 Cara Pengumpulan Data 36
3.9 Cara Menganalisis Data 36
3.10 Kesimpulan 38
IV DAPATAN DAN ANALISA DAPATAN
4.1 Pengenalan 39
4.2 Bahagian A : Maklumat Diri Responden 39
4.3 Bahagian B : Analisis Data Persoalan Kajian
Pertama
43
4.3.1 Dapatan Persoalan Pertama 43
4.4 Bahagian B : Analisis Data Persoalan Kajian
Kedua
48
4.4.1 Dapatan Persoalan Kedua 48
4.5 Bahagian B : Analisis Data Persoalan Kajian
Ketiga
54
4.5.1 Dapatan Persoalan Ketiga 54
IV PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 59
5.2 Perbincangan 60
5.2.1 Bahagian A (Maklumat Diri) 61
5.2.2 Bahagian B (Persoalan Kajian) 62
5.2.2.1 Persoalan Kajian Pertama 62
5.2.2.2 Persoalan Kajian Kedua 65
5.2.2.3 Persoalan Kajian Ketiga 67
5.3 Rumusan 69
x
5.4 Cadangan Kajian 72
5.4.1 Pihak Kementrian Pendidikan 72
5.4.2 Pihak Sekolah 73
5.4.3 Guru-guru 73
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 74
5.6 Penutup 76
BIBLIOGRAFI 77
LAMPIRAN 79
xi
SENARAI JADUAL
Jadual Halaman
Jadual 3.6 Pengkelasan Skala Lima Mata Dan Market Skor.
Jadual 3.9 Pengkelasan skala dua mata berserta dengan market
skor
Jadual 4.2.1 Maklumat Diri Responden Mengikut Jantina
Jadual 4.2.2 Maklumat Diri Responden Mengikut Keturunan
Jadual 4.2.3 Maklumat Diri Responden Mengikut Status
Jadual 4.2.4 Maklumat Diri Responden Mengikut Umur
Jadual 4.2.5 Maklumat Diri Responden Mengikut Jenis Sekolah
Jadual 4.2.6 Maklumat Diri Responden Mengikut Tahun
Perkhidmatan / Pengalaman
Jadual 4.3.1.1 Jenis Kemahiran Generik Yang Diamalkan Dalam
Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Mengikut Tiga
Jenis Sekolah
Jadual 4.3.1.2 Jenis Kemahiran Generik Yang Diamalkan Dalam
Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Mengikut Tahun
Perkhidmatan Responden.
Jadual 4.4.1.1 Ciri-Ciri Kemahiran Generik Dan Sejauhmana Ia
Diamalkan Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran
Di Sekolah Mengikut Jenis Sekolah
34
37
40
40
41
41
42
42
44
46
49
xii
Jadual 4.4.1.2 Ciri-Ciri Kemahiran Generik Yang Diamalkan Dan
Sejauhmana Ia Diaplikasikan Dalam Proses Pengajaran
Dan Pembelajaran Mengikut Tahun Perkhidmatan Atau
Pengalaman
Jadual 4.5.1.1 Masalah Yang Dihadapi Dengan Penggunaan
Kemahiran Generik Dalam Proses Pengajaran Dan
Pembelajaran Mengikut Tiga Buah Jenis Sekolah
Menengah
Jadual 4.5.1.2 Masalah Yang Dihadapi Dengan Penggunaan
Kemahiran Generik Dalam Proses Pengajaran Dan
Pembelajaran Mengikut Tahun Perkhidmatan Atau
Pengalaman.
52
55
57
xiii
SENARAI LAMPIRAN
Lampiran Halaman
Borang Soal Selidik 80
Surat Kebenaran Melakukan Kajian (Fakulti Pendidikan) 86
1
BAB I
PENGENALAN DAN PERMASALAHAN KAJIAN
1.1 Pengenalan
Kemahiran ialah keupayaan untuk mempersembahkan aktiviti mental dan fizikal
di mana ia boleh dikembangkan melalui latihan. Mengikut Falsafah Pendidikan
Kebangsaan, kemahiran bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang
berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara. Ini penting bagi
melatih para pelajar bertindak dengan cepat dan penuh keyakinan terhadap segala proses
Pengajaran & Pembelajaran, di samping bersedia menghadapi sebarang cabaran dan
rintangan, selaras dengan falsafah kerja iaitu "Work Smart, Masa Jimat. Act Fast, Hati
Puas". Mengikut Falsafah Pendidikan Sekolah pula, kemahiran bertujuan untuk
membimbing anak murid agar berjaya meningkatkan prestasi akademik dan
kokurikulum agar dapat melengkapkan diri sebagai bakal pemimpin yang sihat, berilmu,
bermoral, bermaklumat terkini dan berkemahiran atau berkepakaran.
2
Menurut Dr. Sharifah Maimunah Bt. Syed Zin, Pengarah Pusat Perkembangan
Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia menyarankan strategi pengajaran dan
pembelajaran perlu merangkumi pelbagai aktiviti dan penggunaan sumber. Guru-guru
digalakkan menggunakan kreativiti untuk memilih, menyusun dan mengolah akitiviti
pengajaran mengikut kesesuaian murid. Proses pengajaran dan pembelajaran telah
memainkan peranan yang amat penting dalam pendidikan yang berasaskan konsep
pembelajaran berdikari (independent learning) yang disokong oleh pembelajaran akses
kendiri, kadar kendiri, terarah kendiri, pembelajaran memusatkan pelajar, pembelajaran
berasaskan bahan resos, pembelajaran yang luas, pembelajaran terbuka dan
pembelajaran berasaskan prinsip kolaboratif. Proses pengajaran dan pembelajaran ini
menerapkan kemahiran generik, kemahiran berfikir, kemahiran belajar, serta kaedah-
kaedah penilaian lain yang akan digunakan untuk menilai kemajuan pelajar.
Kurikulum masa depan seharusnya ke arah membebaskan individu daripada
kongkongan mata pelajaran sebagai sumber ilmu utama, serta melengkapkan diri dengan
kemahiran kognitif, interpersonal dan kecekapan yang tinggi (Tengku Zawawi bin
Tengku Zainal). Untuk memenuhi matlamat mewujudkan masyarakat yang bersikap
terbuka dan kreatif, kurikulum yang direncanakan mestilah mampu membekalkan
pelajar dengan kesediaan diri yang kukuh dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
Fokus pengisian kurikulum semestinya lebih kepada penguasaan pelbagai kemahiran
iaitu:
1.1.1 Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif
1.1.2 Kemahiran berkomunikasi secara berkesan
1.1.3 Kemahiran menikmati keindahan ciptaan dan seni
3
1.1.4 Kemahiran membuat pilihan dan membuat keputusan
1.1.5 Kemahiran mencari, menginterpretasi dan mengaplikasi maklumat
1.1.6 Kemahiran bergaul dan bekerjasama dengan orang lain
1.1.7 Kemahiran kepimpinan dan pengurusan
Kemahiran generik adalah kemahiran dimana ia boleh digunakan pada pelbagai
subjek kawasan dan ia mengambil masa yang agak lama untuk memperolehinya kerana
ia bergantung kepada jenis kemahiran. Ini adalah atas apa yang Gagne rujuk kepada
strategi kognitif dan kebanyakan saintis kognitif merujuk kepada pengetahuan yang
bergantung kepada domain. Terdapat beberapa jenis kemahiran generik termasuklah
kemahiran berfikir (seperti teknik penyelesaian masalah), strategi pembelajaran (seperti
mereka mnemonic untuk membantu anda mengingati sesuatu)dan kemahiran
metakognitif (seperti memerhatikan dan menyemak teknik penyelesaian masalah atau
teknik mencipta mnemonic anda). Kemahiran generik juga meliputi kemahiran berfikir
secara kritis dan kreatif, kemahiran pelajar, kemahiran menggunakan teknologi dalam
proses pengajaran dan pembelajaran, dan kemahiran mentaksir dan menilai
pembelajaran.
Kemahiran generik, kadang kala dikenali sebagai kemahiran kebolehan berkerja.
Walaupun terdapat bukti bahawa kemahiran generik diajarkan di sekolah, terdapat juga
kesamaran mengenainya. Ini terdapat dalam kajian ‘Generic Skills in Career and
Technical Education’ oleh Bettina Lankard Brown (2002). Terdapat banyak ungkapan
digunakan untuk menerangkannya seperti kemahiran kunci, kemahiran teras, kemahiran
pemindahan, kemahiran pemindahan peribadi, dan kemahiran kebolehan berkerja.
Walaubagaimanapun, menurut Drummond, Nixon, and Wiltshire (1998), kemahiran
generik meliputi kemahiran komunikasi, kemahiran intrapersonal dan sosial, kemahiran
4
merancang dan mengorganisasi, kemahiran penyelesaian masalah, pemikiran kreatif,
literasi, dan kemahiran teknologi.
Menurut Guile (2002) definisi kemahiran generik adalah dasar dalam hubungan
yang kompleks dimana ia digunakan, bergantung kepada bagaimana kemahiran ini
diajar. Beliau menyatakannya dengan melihat kepada dua cara iaitu kemahiran generik
dilihat khusus kepada individu dan kemahiran am diperlukan untuk berkerjasama dalam
rutin persekitaran. Keduanya, kemahiran generik dilihat sebagai hubungan antara
individu dan kerjanya, di mana ia digunakan untuk mengubah persekitaran kerja.
Pengajaran kemahiran generik akan memantulkan perbezaan pendapat dan had untuk
pengajaran manakah akan mengikut konteks.
1.2 Latar Belakang Masalah
Penggunaan pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan
murid secara aktif adalah perlu untuk menjamin perkembangan potensi dan
kebolehannya. Pendidikan dan para pendidik seharusnya peka dan mempersiapkan diri
untuk merancang dan bertindak demi menjamin masa hadapan pelajar, generasi dan
masyarakat yang selamat dan cemerlang. Kemahiran-kemahiran generik yang dikenal
pasti sebenarnya telah sedia ada dalam kurikulum pendidikan. Oleh itu, penekanan serta
fokus yang lebih jitu hendaklah diberi keutamaan. Penguasaan pelbagai kemahiran
belajar hendaklah dilakukan untuk mempertingkatkan daya pemikiran dan membolehkan
murid menguruskan pembelajaran sendiri. Penguasaan pelbagai kemahiran belajar
seperti kemahiran mengumpul, merekod, mengelas, menilai, mentafsir, merumus dan
mengaplikasi maklumat serta menggunakan pelbagai sumber diberi penekanan yang
lebih untuk mempertingkatkan pembelajaran.
5
Hashweh (1985) mendapati bahawa guru yang berpengalaman tetapi kurang
berpengetahuan tentang sesuatu topik tertentu lebih berkecenderungan untuk
berpandukan kepada buku teks (text-driven) semasa merancang sesuatu pengajaran.
Mereka lebih cenderung mengikut struktur yang dicadangkan dalam buku teks, kurang
mengenal pasti kesilapan yang terdapat dalam buku teks dan jarang mengubahsuai
aktiviti pembelajaran yang dicadangkan dalam buku teks. Aktiviti-aktiviti yang
dihasilkan di dalam kelas juga tidak menerapkan unsur-unsur seperti penerapan
kemahiran generik, aktiviti bersifat pembelajaran individu/kumpulan yang bermakna
dengan mempertimbangkan pelbagai kecerdasan dan gaya pembelajaran pelajar.
Kesimpulannya, kemahiran generik amat kurang digunakan dalam proses pengajaran
dan pembelajaran di kalangan pelajar sekolah. Dr. Norzaini Azman dan Mohammed
Sani Ibrahim (UKM) mencadangkan guru seharusnya cekap membina soalan serta
mampu menilai kemajuan pembelajaran secara berterusan dengan menggunakan
pelbagai kaedah serta menimbangkan kemahiran generik dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
Kebanyakan guru masih tidak menggunakan kemahiran generik dalam proses
pengajaran dan pembelajaran secara meluas. Ini kerana kemahiran generik masih baru
lagi dalam teknologi pengajaran dan pembelajaran di Malaysia. Kebanyakan guru lebih
gemar menggunakan teknik penerangan sahaja dimana ia lebih kepada pemusatan guru.
Ini kerana mereka lebih terdedah kepada teknik pengajaran yang bersifat pemusatan
guru sebelum ini dimana kemahiran ini telah dipelajari sejak meraka belajar lagi. Walau
bagaimanapun, kemahiran generik ini telah lama diamalkan dalam proses pengajaran
dan pembelajaran di sekolah, cuma ia tidak begitu didedahkan sebagai kemahiran
generik. Antaranya kemahiran berkerja dalam kumpulan, kemahiran berfikir kritis dan
kreatif dan lain-lain. Terdapat banyak kemahiran yang menerangkan kemahiran generik.
Kemahiran generik terbahagi kepada beberapa jenis kemahiran antaranya kemahiran
berkomunikasi, kemahiran menggunakan teknologi, kemahiran merancang dan
6
mengelola aktiviti, kemahiran bekerja dengan orang lain dan dalam kumpulan,
kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran mengurus, memilih dan menganalisis
maklumat, dan kemahiran memahami budaya. Kemahiran-kemahiran ini juga sering
digunakan oleh guru-guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka di sekolah.
Pelajar mungkin mempelajari teknik atau cara dimana ia menggambarkan
kemahiran tertentu di dalam kelas, tetapi mereka perlu mengaplikasikan pengalaman
tersebut di dalam dunia pekerjaan sebenar. Untuk membantu pelajar belajar di dalam
konteks, guru perlu menguasainya terlebih dahulu dikalangan pelajar, mempunyai
pengalaman berkerja di luar, dan pengajaran disesuaikan untuk menyokong pengajaran
sebenar (Giddens and Stasz 1999). Guru juga mengalami masalah dengan kemudahan-
kemudahan yang disediakan bagi proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Ini
kerana kemudahan yang disediakan biasanya tidak mencukupi dan tidak menyokong
kepada penggunaan kemahiran generik ini. Guru-guru juga tidak didedahkan dengan
kemahiran generik ini. Ini kerana tiada kursus atau sidang ilmu yang menerangkan
tentang kemahiran generik ini secara terbuka dan meluas.
1.3 Penyataan Masalah
Kegagalan pembangunan pendidikan bukan disebabkan oleh faktor luaran
daripada sistem pendidikan tetapi adalah berkait rapat dengan faktor dalaman seperti
strategi pengajaran dan pembelajaran, sumber untuk pendidikan, pembangunan
kurikulum dan latihan untuk guru dan amalan yang dipraktikkan oleh mereka. Ini kerana
guru-guru masih tidak mahu mengaplikasikan kemahiran generik dalam proses
pengajaran dan pembelajaran mereka. Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris
(UPSI) Datuk Dr. Muhammad Rais Abdul Karim berkata, dalam membentuk pengajaran
7
dan pembelajaran kini guru perlu faham tentang kesan teknologi kepada masyarakat
secara keseluruhan.Guru perlu menjadi reflektif dan kritikal tentang kualiti serta sumber
maklumat. Oleh itu, kemahiran generik sangat penting dalam perkembangan ilmu
teknologi masa kini. Tetapi kemahiran ini masih baru diketengahkan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Kemahiran generik juga dapat membantu guru menggunakan kaedah paling
berkesan ke arah mewujudkan pembelajaran lebih bermakna dalam proses pengajaran
dan pembelajaran di kalangan pelajar. Ia juga membantu guru mempelbagai kaedah baru
dan menarik dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka di sekolah. Ini bagi
mengubah pandangan para pelajar tentang kaedah pengajaran yang sama bagi setiap
mata pelajaran. Ia juga penting dalam mewujudkan pembelajaran yang lebih berkesan
serta menyeronokkan. Ini penting bagi menyiapkan diri para pelajar kepada bidang
pasaran kerja dan juga mempunyai kemahiran tambahan yang relevan dengan pasaran
kerja.
Menurut Nasbitt (1984), Toffler (1980) dan Hafner (1981) masyarakat masa kini
sedang mengalami satu evolusi sistem kehidupan dari yang berasaskan industri kepada
yang berasaskan maklumat. Ilmu berkembang dengan begitu cepat sekali sehingga tidak
mencukupi untuk kita memperolehinya melalui pencetakan biasa. Namun, keadaan
fizikal sekolah juga memainkan peranan penting, dimana kelengkapan yang diberikan
tidak memenuhi keperluan guru untuk menggunakannya. Ini kerana kebanyakan aktiviti
pengajaran tidak dapat dijalankan kerana kemudahan yang disediakan tidak mencukupi.
Oleh itu, proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah agak terhad.
Walaupun terdapat bukti dalam kajian ‘Generic Skills in Career and Technical
Education’ oleh Bettina Lankard Brown (2002) bahawa kemahiran generik telah pun
diajarkan di sekolah, namun masih ada ketidakjelasan mengenainya. Banyak syarat atau
8
ungkapan digunakan bagi menggambarkan maksud kemahiran generik antaranya ialah
kemahiran kunci, kemahiran teras, kemahiran pemindahan, kemahiran pemindahan
peribadi, dan kemahiran kebolehan berkerja. Senarai kemahiran yang dinyatakan oleh
maksud ungkapan ini yang digunakan oleh kebanyakan negara, tetapi kebanyakan
senarai tersebut termasuklah kemahiran komunikasi, kemahiran sosial dan intrapersonal,
kemahiran merancang dan mengatur, kemahiran penyelesaian masalah, berfikiran
kreatif, literasi, dan kemahiran teknologi. Australian Key Competencies menambahkan
"pengertian kebudayaan" sebagai kemahiran generik (Werner 1995).
Permasalah dalam proses pengajaran kemahiran generik timbul apabila, menurut
kepada Hyslop-Margison dalam kajian ‘Generic Skills in Career and Technical
Education’oleh Bettina Lankard Brown (2002), semasa arahan dietician pada konsep
kategori yang berbeza dibawah pengenalan seseorang, seperti kemahiran generik. Untuk
menghapuskan perkara ini, Hyslop-Margison menyatakan bahawa ia akan menjadi
masalah jika meletakan kumpulan yang sama dalam satu kategori seperti kemahiran
baseball yang terdiri daripada membaling, memukul dan menangkap. Kemahiran yang
terkemudian boleh dipelajari dan ditingkatkan dengan latihan satu set operasi fizikal,
sedangkan kemahiran seperti kerja berkumpulan, menyelesaikan masalah, dan pemikiran
kritical perlu dipelajari dalam konteks dan biasanya ia berhubung dengan dunia social
pelajar. “Walaupun dalam forum pendidikan menganjurkan pemikiran critical, guru
berkongsi tanggungjawap untuk membantu pelajar membina ilmu mengikut konteks
dengan membincangkan sejarah, sosial dan keadaan ekonomik daripada dimana ia
bermula” (Hyslop-Margison 2000, p. 64).
Kementrian Pendidikan Malaysia menjalankan pemantauan terhadap
perlaksanaan projek rintis Sekolah Bestari pada tahun 2000 dan 2001. Melalui
pengajaran dan pembelajaran, pemantauan telah dibuat melalui kaedah pencerapan dan
temu bual terhadap guru-guru. Hasil pemantauan didapati guru-guru kurang memberi
penekanan kepada aspek-aspek penting seperti integrasi kemahiran generik,
9
pembelajaran akses kendiri, kadar kendiri dan terarah kendiri, pelbagai kecerdasan dan
gaya pembelajaran, pembelajaran berbantukan teknologi, pembelajaran berfikir dan
perkembangan potensi individual. Guru juga kurang memberi perhatian kepada aspek
pengajaran dan pembelajaran dalam perancangan persediaan pengajaran pembelajaran.
Penilaian pengajaran pembelajaran masih pada tahap rendah dan menekankan kepada
aspek cognitive sahaja (Dr. kartini bt. Baharun, Jurnal Pendidikan Guru 2002)
1.4 Objektif Kajian
Kajian ini dijalankan berdasarkan kepada beberapa objektif seperti berikut :
1.4.1 Mengenalpasti jenis kemahiran generik yang diamalkan oleh guru-guru dalam
proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah?.
1.4.2 Mengenalpasti ciri-ciri kemahiran generik dalam proses pengajaran dan
pembelajaran guru di sekolah?.
1.4.3 Adakah guru-guru sering mengalami masalah dengan penggunaan kemahiran
generik dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah?.
10
1.5 Persoalan Kajian
Persoalan yang diutarakan dalam menjalankan kajian ini adalah seperti berikut :
1.5.1 Apakah jenis kemahiran generik yang digunakan oleh guru-guru dalam proses
pengajaran dan pembelajaran sekarang?.
1.5.2 Adakah kemahiran generik digunakan dengan meluas dalam proses pengajaran
dan pembelajaran di sekolah?. Bagaimanakah kemahiran generik ini
diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah?.
1.5.3 Apakah masalah yang dihadapi oleh guru-guru dalam mengaplikasikan
kemahiran generik dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah?.
1.6 Kepentingan Kajian
Pelaksanaan pendekatan baru kemahiran generik dalam proses pengajaran dan
pembelajaran menuntut guru untuk mengubah peranan mereka. Pelajar menentukan dan
merancang pembelajaran sementara guru pula bertindak memastikan pelajar berjaya
melaksanakan rancangan pembelajaran mereka dan mencapai kriteria yang telah
ditetapkan. Matlamat pendidikan dapat dicapai dengan wujudnya pertalian erat antara
kurikulum, pedagogi dan pentaksiran. Kurikulum digubal dalam konteks pengajaran dan
pembelajaran bestari dan disokong oleh pentaksiran berasaskan kriteria. Dalam kata
yang lain, pelaksanaan kurikulum berasaskan kepada paradigma baru dalam pendidikan