penggunaan laman web pendidikan dalam … meninjau penggunaan laman web pendidikan dalam pengajaran...

27
PENGGUNAAN LAMAN WEB PENDIDIKAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI KALANGAN GURU-GURU DI EMPAT BUAH SEKOLAH BESTARI DI NEGERI JOHOR SITI HAJAR BINTI ABD HAMID UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: buingoc

Post on 27-May-2018

234 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENGGUNAAN LAMAN WEB PENDIDIKAN DALAM … meninjau penggunaan laman web pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran ... dan tahap kemahiran pada ... dan pengalaman mengajar. Implikasinya

PENGGUNAAN LAMAN WEB PENDIDIKAN DALAM

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI KALANGAN

GURU-GURU DI EMPAT BUAH SEKOLAH BESTARI

DI NEGERI JOHOR

SITI HAJAR BINTI ABD HAMID

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PENGGUNAAN LAMAN WEB PENDIDIKAN DALAM … meninjau penggunaan laman web pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran ... dan tahap kemahiran pada ... dan pengalaman mengajar. Implikasinya
Page 3: PENGGUNAAN LAMAN WEB PENDIDIKAN DALAM … meninjau penggunaan laman web pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran ... dan tahap kemahiran pada ... dan pengalaman mengajar. Implikasinya
Page 4: PENGGUNAAN LAMAN WEB PENDIDIKAN DALAM … meninjau penggunaan laman web pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran ... dan tahap kemahiran pada ... dan pengalaman mengajar. Implikasinya

PENGGUNAAN LAMAN WEB PENDIDIKAN DALAM PENGAJARAN

DAN PEMBELAJARAN DI KALANGAN GURU-GURU DI EMPAT BUAH

SEKOLAH BESTARI DI NEGERI JOHOR

SITI HAJAR BINTI ABD HAMID

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Kimia)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL, 2006

Page 5: PENGGUNAAN LAMAN WEB PENDIDIKAN DALAM … meninjau penggunaan laman web pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran ... dan tahap kemahiran pada ... dan pengalaman mengajar. Implikasinya
Page 6: PENGGUNAAN LAMAN WEB PENDIDIKAN DALAM … meninjau penggunaan laman web pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran ... dan tahap kemahiran pada ... dan pengalaman mengajar. Implikasinya

iii

DEDIKASI

Untuk ayahanda dan bonda yang sangat kukasihi,

En. Abd Hamid Bin Abd Jabar dan Pn Norilah Haron

Semoga berbahagia disamping anakanda-anakandamu..

Terima kasih atas doa, pengorbanan,kasih sayang dan restu kalian...

Untuk Along, Uda, Adik dan Abang,

Siti Hasinah, Nurul Hayati, Mohd Faizal dan Mohd Al-Fateh..

Terima kasih kerana kehadiran kalian menjadi penyeri hidupku...

Tidak dilupakan insan tersayang,

Kaulah sumber inspirasi, terima kasih kerana memahami diri ini..

Terima kasih atas segalanya..

Kepada rakan-rakan dan guru-guru dan pensyarah,

Suka duka bersama kalian akan tetap dikenang..

Terima kasih atas segalanya..

Semoga buah-buah kemanisan sentiasa menanti di ranting-ranting perjalanan

Page 7: PENGGUNAAN LAMAN WEB PENDIDIKAN DALAM … meninjau penggunaan laman web pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran ... dan tahap kemahiran pada ... dan pengalaman mengajar. Implikasinya

v

ABSTRAK

Laman web merupakan salah satu bentuk media informasi yang semakin popular

untuk pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Justeru, kajian ini dijalankan

untuk meninjau penggunaan laman web pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran

di kalangan guru-guru iaitu di empat buah sekolah di Negeri Johor. Aspek-aspek yang

ditinjau iaitu tahap penggunaan, tahap kemahiran, tujuan penggunaan dan masalah-

masalah yang dihadapi semasa melayari laman web. Instrumen kajian yang digunakan

ialah Borang Soal Selidik Penggunaan Laman Web Pendidikan Dalam Pengajaran Dan

Pembelajaran dan diedarkan kepada 175 orang guru di empat buah Sekolah Bestari di

negeri Johor. Data-data dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical

Package for the Social Sciences) versi 11.5. Analisis data dilakukan secara kaedah

statistik deskriptif iaitu bentuk nilai skor min, ujian t-test dan analisis korelasi. Dapatan

kajian ini menunjukkan tahap penggunaan dan tahap kemahiran pada tahap yang

sederhana masing- masing. Tujuan utama laman web pendidikan diakses adalah untuk

menambahkan pengetahuan dan masalah utama yang dihadapi ialah ‘server down’ kerap

berlaku di sekolah. Hasil dapatan lain dari penyelidikan ini menunjukkan terdapat

hubungan yang signifikan antara tahap penggunaan dengan umur dan pengalaman

mengajar. Terdapat juga hubungan yang signifikan antara tahap kemahiran dengan umur

dan pengalaman mengajar. Implikasinya hasil dapatan kajian ini dapat membantu pihak

sekolah, pelajar, ibu bapa dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dalam

memastikan penggunaan laman web secara optimum dalam pengajaran dan

pembelajaran.

Page 8: PENGGUNAAN LAMAN WEB PENDIDIKAN DALAM … meninjau penggunaan laman web pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran ... dan tahap kemahiran pada ... dan pengalaman mengajar. Implikasinya

vi

ABSTRACT

Website is becoming popular as one way for required information to be

transferred for teaching and learning process in the classroom. The purpose of this study

was to identify the usage of educational website in teaching and learning processes

among teachers in the state of Johor. Several aspects being identified included the level

of usage, the skill level, the purpose of website’s usage and the problems while surfing

the website. Questionnaire entitled “Penggunaan Laman Web Pendidikan Dalam

Pengajaran Dan Pembelajaran” was the instrument used in this study and distributed to

175 teachers in the state of Johor as respondents. The data was analyzed by using SPSS

(Statistical Package for the Social Sciences) version 11.5 and was presented by using

descriptive statistic such as mean score value, t-test and correlation test. The finding of

this study showed that the usage of educational website was to gain more knowledge and

the main problem faced was server down that always occurred in school. The results of

this study showed that there was a correlation among the level of usage to age and

learning experience. Another correlation was among the skill level to age and learning

experience. The result of this study will helped schools, students, parents and Ministry

of Education (KPM) to ascertain educational website have been fully utilized in learning

and teaching processes.

Page 9: PENGGUNAAN LAMAN WEB PENDIDIKAN DALAM … meninjau penggunaan laman web pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran ... dan tahap kemahiran pada ... dan pengalaman mengajar. Implikasinya

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL i

PENGAKUAN PELAJAR ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii - xvi

SENARAI JADUAL xii

SENARAI SINGKATAN / SIMBOL xv

SENARAI LAMPIRAN xvi

BAHAGIAN SATU

PENDAHULUAN

BAB I PENGENALAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Penyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 8

1.5 Persoalan Kajian 8

Page 10: PENGGUNAAN LAMAN WEB PENDIDIKAN DALAM … meninjau penggunaan laman web pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran ... dan tahap kemahiran pada ... dan pengalaman mengajar. Implikasinya

viii

1.6 Hipotesis Kajian 9

1.7 Kepentingan Kajian 10

1.8 Skop dan Batasan Kajian 11

1.9 Definisi Istilah 12

1.9.1 Penggunaan 12

1.9.2 Laman web pendidikan 13

1.9.3 Pengajaran dan pembelajaran 13

1.9.4 Guru-guru 13

1.9.5 Sekolah Bestari 13

BAHAGIAN DUA

SOROTAN KAJIAN

BAB 2 SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 15

2.2 Laman Web Sebagai Alat Pengajaran Dan Pembelajaran 16

2.3 Pembelajaran Melalui Laman Web 19

2.4 Aspek Pedagogi Laman Web 20

2.5 Keberkesanan Penggunaan Laman Web 22

2.6 Sekolah Bestari 23

2.7 Pembelajaran Berasaskan Teknologi Untuk Sekolah Bestari 27

BAHAGIAN TIGA

METODOLOGI KAJIAN

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

Page 11: PENGGUNAAN LAMAN WEB PENDIDIKAN DALAM … meninjau penggunaan laman web pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran ... dan tahap kemahiran pada ... dan pengalaman mengajar. Implikasinya

ix

3.1 Pengenalan 30

3.2 Rekabentuk Kajian 32

3.3 Populasi dan Sampel Kajian 31

3.4 Instrumen Kajian 32

3.4.1 Bahagian A 32

3.4.2 Bahagian B, C, D dan E 33

3.5 Tatacara Kajian 34

3.6 Kajian Rintis 35

3.7 Penganalisaan Data 36

BAHAGIAN EMPAT

ANALISIS DATA

BAB 4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 40

4.2 Analisis Bahagian A: Latar Belakang Responden 41

4.2.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 41

4.2.2 Taburan Responden Mengikut Umur 42

4.2.3 Taburan Responden Mengikut Bangsa 42

4.2.4 Taburan Responden Mengikut Satatus 43

4.2.5 Taburan Responden Mengikut Kelulusan Akademik 43

Tertinggi

4.2.6 Taburan Responden Mengikut Pengalaman Mengajar 44

4.2.7 Taburan Responden Mengikut Pengalaman 45

Menggunakan Internet

4.2.8 Taburan Responden Mengikut Pemilikan Komputer 46

BerInternet Rumah

Page 12: PENGGUNAAN LAMAN WEB PENDIDIKAN DALAM … meninjau penggunaan laman web pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran ... dan tahap kemahiran pada ... dan pengalaman mengajar. Implikasinya

x

4.2.9 Taburan Responden Yang Pernah Mengikuti 47

Kursus Internet

4.2.10 Taburan Responden Mengikut Kekerapan 47

Melayari Internet

4.3 Analisis Bahagian B: Berdasarkan Persoalan Kajian 48

4.3.1 Analisis Persoalan Kajian Pertama 48

4.3.2 Analisis Persoalan Kajian Kedua 52

4.3.3 Analisis Persoalan Kajian Ketiga 56

4.3.4 Analisis Persoalan Kajian Keempat 60

4.4 Pengujian Hipotesis 63

4.4.1 Hipotesis 1 64

4.4.2 Hipotesis 2 65

4.4.3 Hipotesis 3 65

4.4.4 Hipotesis 4 66

4.4.5 Hipotesis 5 67

4.4.6 Hipotesis 6 68

4.4.7 Hipotesis 7 68

4.4.8 Hipotesis 8 69

BAHAGIAN LIMA

PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 71

5.2 Perbincangan Kajian 71

5.2.1 Tahap Penggunaan Laman Web Pendidikan Di 71

Kalangan Guru-Guru Sekolah Bestari

Page 13: PENGGUNAAN LAMAN WEB PENDIDIKAN DALAM … meninjau penggunaan laman web pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran ... dan tahap kemahiran pada ... dan pengalaman mengajar. Implikasinya

xi

5.2.2 Tahap Kemahiran Melayari Laman Web 73

Pendidikan Oleh Guru-Guru Sekolah Bestari

5.2.3 Tujuan Laman Web Pendidikan Diakses 74

Oleh Guru-Guru

5.2.4 Masalah Yang Dihadapi Semasa Menggunakan 75

Laman Web Pendidikan Di Dalam Pengajaran

Dan Pembelajaran

5.2.5 Perbezaan Tahap Penggunaan Dan Tahap 77

Kemahiran Di Kalangan Guru Lelaki Dan

Guru Perempuan

5.2.6 Hubungan Tahap Penggunaan Dan Tahap 78

Kemahiran Berdasarkan Pada Faktor Demografik

Terpilih(Umur, Kelulusan Akademik Tertinggi

Dan Pengalaman Mengajar)

5.3 Rumusan 79

5.4 Cadangan 80

5.4.1 Guru 80

5.4.2 Pihak Sekolah 81

5.4.3 Kementerian Pelajaran Malaysia 81

5.4.4 Cadangan Kajian Lanjutan 82

BAHAGIAN ENAM

RUJUKAN

RUJUKAN

Rujukan 83

Page 14: PENGGUNAAN LAMAN WEB PENDIDIKAN DALAM … meninjau penggunaan laman web pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran ... dan tahap kemahiran pada ... dan pengalaman mengajar. Implikasinya

xii

BAHAGIAN TUJUH

LAMPIRAN

LAMPIRAN

Lampiran A 89

Lampiran B 98

Lampiran C 99

Lampiran D 100

Lampiran E 101

Page 15: PENGGUNAAN LAMAN WEB PENDIDIKAN DALAM … meninjau penggunaan laman web pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran ... dan tahap kemahiran pada ... dan pengalaman mengajar. Implikasinya

xiii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 3.1 Jadual Krejcie dan Morgan 31

3.2 Skala Likert 33

3.3 Item Soal Selidik 34

3.4 Item negatif dan positif 34

3.5 Ringkasan pengujian statistik objektif kajian 37

3.6 Pengujian hipotesis kajian 38

3.7 Kriteria penilaian min keseluruhan 39

4.1 Taburan kekerapan dan peratus mengikut jantina 41

4.2 Taburan kekerapan dan peratus mengikut umur 42

4.3 Taburan kekerapan dan peratus mengikut bangsa 43

4.4 Taburan kekerapan dan peratus mengikut status 44

4.5 Taburan kekerapan dan peratus mengikut kelulusan 44

akademik tertinggi

4.6 Taburan kekerapan dan peratusan mengikut pengalaman 45

mengajar

4.7 Taburan kekerapan dan peratusan mengikut 46

pengalaman menggunakan Internet

4.8 Taburan mengikut pemilikan komputer berInternet di rumah 46

Page 16: PENGGUNAAN LAMAN WEB PENDIDIKAN DALAM … meninjau penggunaan laman web pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran ... dan tahap kemahiran pada ... dan pengalaman mengajar. Implikasinya

xiv

4.9 Taburan kekerapan dan peratus responden yang pernah 47

mengikuti kursus Internet

4.10 Taburan kekerapan dan peratus mengikut kekerapan 48

melayari Internet

4.11 Taburan peratusan dan kekerapan mengenai tahap 49

penggunaan laman web pendidikan.

4.12 Tahap penggunaan laman web pendidikan 52

4.13 Taburan peratusan dan kekerapan mengenai tahap kemahiran 53

melayari laman web pendidikan

4.14 Tahap kemahiran melayari laman web pendidikan 56

4.15 Taburan peratusan dan kekerapan mengenai tujuan laman 57

web diakses

4.16 Taburan peratusan dan kekerapan mengenai 60

masalah-masalah yang dihadapi

4.17 Analisis perbezaan tahap penggunaan laman web antara 64

guru lelaki dan perempuan

4.18 Analisis perbezaan tahap kemahiran antara guru lelaki dan 65

perempuan

4.19 Analisis hubungan tahap penggunaan dengan umur 65

4.20 Analisis hubungan tahap kemahiran dengan umur 66

4.21 Analisis hubungan tahap penggunaan dengan kelulusan 67

akademik tertinggi

4.22 Analisis hubungan tahap kemahiran dengan kelulusan 68

akademik tertinggi

4.23 Analisis hubungan tahap penggunaan dengan pengalaman 68

mengajar

4.23 Analisis hubungan tahap kemahiran dengan pengalaman 69

mengajar

Page 17: PENGGUNAAN LAMAN WEB PENDIDIKAN DALAM … meninjau penggunaan laman web pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran ... dan tahap kemahiran pada ... dan pengalaman mengajar. Implikasinya

xv

SENARAI SINGKATAN / SIMBOL

ICT - Information and Communication Tehnology

IT - Information Technology

JPN - Jabatan Pendidikan Negeri

KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia

SPSS - Statistical Package for the Social Sciences

KP - Kurang Pasti

TS - Tidak Setuju

S - Setuju

WWW - World Wide Web

Page 18: PENGGUNAAN LAMAN WEB PENDIDIKAN DALAM … meninjau penggunaan laman web pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran ... dan tahap kemahiran pada ... dan pengalaman mengajar. Implikasinya

xvi

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Borang Soal Selidik 62

B Surat Kebenaran dari Kementerian Pelajaran Malaysia 100

C Surat Kebenaran dari Jabatan Pendidikan Negeri Johor 102

D Surat Kebenaran Fakulti Pendidikan 104

E Data Kajian Rintis SPSS versi 11.5 102

Page 19: PENGGUNAAN LAMAN WEB PENDIDIKAN DALAM … meninjau penggunaan laman web pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran ... dan tahap kemahiran pada ... dan pengalaman mengajar. Implikasinya

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Dunia kini berada dalam era digital di mana sumber pengetahuan merupakan

nadi dan tulang belakang kepada kejayaan sesuatu bangsa. Medium utama ke arah

memperkayakan sumber pengetahuan tersebut ialah teknologi maklumat (IT). Kerajaan,

pihak swasta ataupun Kementerian Pendidikan telah menunjukkan minat yang begitu

besar terhadap teknologi maklumat (Utusan Malaysia, 3 Julai 2002).

Untuk menyediakan masyarakat dalam zaman maklumat, sistem pendidikan

berasaskan teknologi maklumat amat diperlukan (Lalita 1996). Menyedari keperluan dan

potensi teknologi ini kepada dunia pendidikan, Kementerian Pendidikan telah

mengambil langkah untuk memperkenalkan Internet kepada sekolah melalui Projek

Jaringan Pendidikan. Internet dan World Wide Web (WWW) telah mendapat perhatian di

kalangan masyarakat Malaysia dalam beberapa tahun kebelakangan ini semenjak

inisiatif bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Muhammad mengumumkan projek

Koridor Raya Multimedia (MSC) pada 1 Ogos 1996.

Menyedari hakikat keberkesanan Internet dalam proses pengajaran dan

pembelajaran, kerajaan melalui Kementerian Pendidikan sangat menggalakkan

Page 20: PENGGUNAAN LAMAN WEB PENDIDIKAN DALAM … meninjau penggunaan laman web pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran ... dan tahap kemahiran pada ... dan pengalaman mengajar. Implikasinya

2

pembangunan Internet dikembangkan ke sekolah- sekolah di seluruh negara. Sekolah

Bestari akan menjadi perintis ke arah penggunaan Internet sepenuhnya di sekolah-

sekolah di Malaysia. Melalui Sekolah Bestari, kerajaan bersungguh-sungguh

memastikan semua sekolah memiliki capaian Internet. Kurikulum Sekolah Bestari akan

memberi peluang kepada teknologi maklumat interaktif memainkan peranan penting

dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Pengintegrasian teknologi terkini dalam pengajaran dan pembelajaran berupaya

merangsang pemikiran pelajar berasaskan kepelbagaian sumber maklumat yang

melampaui batasan bilik darjah. Sekolah Bestari menggunakan teknologi maklumat di

dalam pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan teknologi maklumat seperti

multimedia, rangkaian jaringan setempat (LAN), rangkaian jaringan luas (WAN),

internet dan pelbagai perisian multimedia yang membenarkan pembelajaran terarah

kendiri (self-directed), bergerak pada kemampuan sendiri (self-paced), dan pemerolehan

sumber pembelajaran dengan sendiri (self-accessed) dapat mengoptimumkan proses

pembelajaran berasaskan pendekatan berpusatkan pelajar.

Menurut Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, perlaksanaan konsep Sekolah

Bestari akan melahirkan pelajar-pelajar proaktif yang dilengkapi dengan pemikiran

tinggi serta kemahiran komunikasi yang lebih berkesan supaya mereka boleh

melanjutkan pelajaran ataupun diterima dalam alam pekerjaan tanpa sebarang masalah

pada masa hadapan. Dengan adanya teknologi maklumat seperti Internet dan mel

elektronik, pelajar- pelajar akan didedahkan kepada dunia pengetahuan tanpa batasan

(Abdul Karim 1996).

Berikutan itu, Kementerian Pendidikan telah pun memperuntukkan sebanyak RM

63 juta untuk melaksanakan projek perintis Sekolah Bestari pada tahun 1999 di mana

sebanyak RM 94 ribu digunakan untuk meningkatkan kemudahan komputer dan

peralatan lain di 90 buah Sekolah Bestari terbabit. Dalam masa yang sama, kementerian

turut membekalkan sebuah makmal komputer yang mengandungi 21 buah komputer

Page 21: PENGGUNAAN LAMAN WEB PENDIDIKAN DALAM … meninjau penggunaan laman web pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran ... dan tahap kemahiran pada ... dan pengalaman mengajar. Implikasinya

3

multimedia persendirian yang lengkap dengan sambungan Internet di 110 buah sekolah

menengah di seluruh negara dan sudah pasti satu peruntukkan yang besar dibelanjakan.

Di samping itu, menurut Dato Seri Najib Tun Abdul Razak, Kementerian Pendidikan

juga merancang untuk memperlengkapkan kemudahan infrastruktur dan jaringan

komputer di 10,000 buah sekolah di seluruh negara menjelang tahun 2010 secara

berperingkat.

1.2 Latar Belakang Masalah

Sekolah Bestari adalah merupakan institusi pengajian yang dibangunkan menurut

sistem pendidikan corak baru yang menggunakan teknologi maklumat sebagai perantara

utama. Konsep pengajaran dan pembelajaran serta sistem pengurusan Sekolah Bestari

akan menyediakan para pelajar suasana pendidikan di zaman teknologi maklumat.

Dengan itu, penggunaan komputer dan Internet adalah satu kemestian untuk para pelajar

sebagai sumber bahan rujukan dalam membuat kerja rumah dan tugasan yang diberikan

oleh guru.

Antara aplikasi teknologi maklumat yang digunakan dalam pengajaran dan

pembelajaran Sekolah Bestari ialah penggunaan laman web melalui World Wide Web

atau ‘WWW’. Kewujudan laman web pendidikan tempatan seperti Portal Pendidikan

Utusan, MySchool.Net, Cikgu.Net dan sebagainya tumbuh bagaikan cendawan.

Perkembangan positif ini secara tidak langsung memberi rangsangan kepada pelajar dan

guru untuk menggunakan Internet khususnya laman web di dalam pengajaran dan

pembelajaran.

Memang sudah tidak dinafikan lagi bahawa laman web mempunyai potensi

bertindak sebagai satu alat yang boleh digunakan untuk merevolusikan cara pengajaran

dan pembelajaran di sekolah. Menurut Ryder dan Hughes (1997), kepantasan dan

kemudahan meneroka pelbagai sumber maklumat secara global melalui Internet

Page 22: PENGGUNAAN LAMAN WEB PENDIDIKAN DALAM … meninjau penggunaan laman web pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran ... dan tahap kemahiran pada ... dan pengalaman mengajar. Implikasinya

4

membolehkan pelajar menjana pengetahuan mengikut kebolehan mereka mencapai

maklumat yang lebih bermakna dan tidak hanya menghafal fakta. Bentuk pembelajaran

seperti ini memerlukan guru dan pelajar meneliti dan memanfaatkan maklumat dalam

internet tersebut.

Melalui laman web, nota-nota kuliah, tutorial dan bahan-bahan pengajaran akan

disampaikan kepada pelajar. Penerbitan nota kuliah melalui cara ini akan dapat

membentuk tenaga pengajar yang berkebolehan menguasai ilmu ICT melalui

pemindahan nota kepada format web. Pelajar yang mengikuti pengajian hanya perlu

melawat laman web yang ditentukan untuk mendapatkan ilmu dan bahan-bahan

diperlukan.

Menurut Jamaluddin Badusah, Internet yang berlandaskan tapak 'World Wide

Web' serta konsep 'apa dilihat itulah yang bakal diperoleh' menggabungkan imej yang

tepat, grafik berkualiti, audio yang jelas dan video cantik melalui hiperteks dan juga

hipermedia bagi menyokong aplikasi gabungan media. Guru menggunakan rangkaian

Internet boleh berkongsi memanfaatkan bahan sedia ada atau melakukan pencarian

untuk mencapai bahan baru yang sesuai untuk tujuan pengajaran mereka. Bahan itu

boleh dimuat turun(download) pada bila-bila masa. Guru tidak memerlukan

pengetahuan mendalam untuk menjalankan pengajaran interaktif atau membina bahan

bantu pengajaran. Ciri-ciri tersebut adalah wajar dimanfaatkan bagi menyokong proses

pengajaran dan pembelajaran.

Walau bagaimanapun, terdapat kemungkinan bahawa tidak ramai guru yang

memanfaatkan laman web sebagai satu alternatif yang menyediakan akses kepada

pelbagai maklumat yang dapat membantu memantapkan bahan pengajaran dan

pembelajaran. Menurut Hee dan Chong (2000), masih lagi terdapat ramai guru-guru

Sekolah Bestari masih belum memberi penekanan di atas teknologi maklumat walaupun

ia merupakan satu unsur yang penting di dalam pendidikan bestari. Kecenderungan guru

untuk lari daripada realiti perkembangan pendidikan akan mengheret mereka ke arah

Page 23: PENGGUNAAN LAMAN WEB PENDIDIKAN DALAM … meninjau penggunaan laman web pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran ... dan tahap kemahiran pada ... dan pengalaman mengajar. Implikasinya

5

menyongsang. Dikhuatiri akan sampai masa di mana guru yang tidak tahu menggunakan

Internet akan dipandang rendah oleh pelajar sendiri (Jamaluddin Badusah ,UKM).

1.3 Penyataan Masalah

Penubuhan Sekolah Bestari merupakan langkah tepat kerajaan dalam persediaan

bagi memantapkan generasi muda masa kini. Bagi menjayakan projek rintis Sekolah

Bestari ini, kerajaan dengan kerjasama Telekom Smart School Sdn Bhd telah

membelanjakan RM 300 juta dan tambahan RM 72.3 juta dalam belanjawan 2002, bagi

menyediakan infrastruktur teknologi di Sekolah Bestari ini (Marzita Abdullah, 2001).

Perbelanjaan besar ini dilaburkan khusus bagi menjayakan perlaksanaan Sekolah Bestari

yang menuntut penggunaan teknologi sebagai alat untuk meningkatkan pembelajaran

dalam sains dan teknologi serta menyediakan pelajar yang cekap teknologi maklumat.

Kemudahan teknologi seperti teknologi Internet diwujudkan khusus dalam menjayakan

proses pengajaran dan pembelajaran bestari (PPK, 1998)

Antara salah satu bentuk infrastruktur yang diperlukan oleh Sekolah Bestari ialah

sekurang-kurangnya sebuah komputer internet ready atau beberapa buah komputer

dirangkaikan supaya dapat mengakses Internet. Penggunaan komputer yang disediakan

adalah untuk membolehkan guru menggunakannya dalam rancangan pengajaran dan

pembelajaran dan seperti mengenal pasti laman web dan memperoleh bahan pengajaran

dan pembelajaran tertentu. Keutamaan perletakan komputer yang utamanya adalah

diletakkan di bilik guru untuk memudahkan tugas guru menguruskan pengajaran-

pembelajaran dan menggalakkan guru meningkatkan kemahiran IT sendiri (Jabatan

Pendidikan Negeri, 1999).

Penggunaan Internet khususnya laman web dalam pengajaran dan pembelajaran

di Sekolah Bestari merupakan salah satu aplikasi teknologi maklumat yang diterapkan.

Page 24: PENGGUNAAN LAMAN WEB PENDIDIKAN DALAM … meninjau penggunaan laman web pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran ... dan tahap kemahiran pada ... dan pengalaman mengajar. Implikasinya

6

Penggunaan laman-laman web dalam pengajaran dan pembelajaran amat berfaedah

kerana ia membolehkan guru-guru dan pelajar-pelajar mencapai maklumat serta

mengupayakan guru serta pelajar menjelajah dunia samada di luar persekitaran bilik

darjah mahupun dalam bilik darjah sendiri. Laman web juga digunakan sebagai rujukan

ataupun maklumat tambahan dan juga untuk memperoleh bahan pengajaran dan

pembelajaran tertentu.

Penggunaan laman-laman web dalam pengajaran dan pembelajaran secara tidak

langsung dapat membentuk perspektif baru di kalangan guru dan pelajar dalam dunia

pendidikan yang mana pendekatan sebelum ini hanya tertumpu kepada buku-buku teks

sahaja. Selain itu, konsep pembelajaran akses kendiri, kadar kendiri dan terarah kendiri

dapat ditingkatkan apabila guru atau pelajar melayari laman-laman web pendidikan.

Selain daripada informasi serta input-input yang diperlukan, guru serta pelajar boleh

berinteraktif secara terus dengan boleh membuat latihan serta penilaian kendiri dalam

proses pengajaran dan pembelajaran mereka.

Untuk membawa pendekatan dan perspektif baru dalam pengajaran dan

pembelajaran, guru-guru perlu diberi pendedahan mengenai laman-laman web serta

input-input yang berkaitan. Bagi membantu dan memudahkan guru memahami dan

mengamalkan strategi penggunaan laman web, Kementerian Pelajaran Malaysia telah

menyenaraikan cadangan-cadangan laman web yang releven dengan topik-topik

mengikut subjek-subjek yang diajar. Bagi setiap laman web yang dicadangkan, sinopsis

disediakan untuk memudahkan guru membuat pilihan mengikut kesesuaian topik.

Sehubungan dengan itu, para guru perlu meningkatkan pengetahuan, kecekapan

dan kemahiran dalam menggunakan Internet dan mencapai laman-laman web sebagai

satu langkah untuk melengkapkan diri untuk menghadapi era teknologi maklumat dan

komunikasi. Ini kerana Internet khususnya laman web akan menjadi salah satu daripada

sumber pembelajaran yang terpenting bagi pelajar. Seterusnya laman web akan menjadi

Page 25: PENGGUNAAN LAMAN WEB PENDIDIKAN DALAM … meninjau penggunaan laman web pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran ... dan tahap kemahiran pada ... dan pengalaman mengajar. Implikasinya

7

pelantar untuk penyampaian bahan-bahan elektronik yang berada di pengkalan data di

Kementerian Pelajaran khasnya dan di seluruh dunia amnya.

Menjurus kepada keperluan di atas dan oleh kerana guru-guru merupakan

fasilitator kepada proses pembelajaran pelajar, maka adalah wajar bagi guru-guru

dilengkapkan dengan kemahiran dan pengetahuan berkenaan dengan penggunaan laman

web dalam pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran guru ada kaitannya dengan kursus

atau latihan seperti yang didapati oleh Blondin (1996) bahawa salah satu faktor

penghalang penggunaan alat teknologi pendidikan ialah kekurangan kemahiran di

kalangan guru-guru.

Budaya pengajaran dan pembelajaran Sekolah Bestari adalah berbeza daripada

budaya sekolah biasa. Penyesuaian sumber dalam Sekolah Bestari lebih merujuk kepada

penggunaan Internet dalam pengajaran dan pembelajaran kerana Internet merupakan

bahan multimedia yang terbaik untuk dijadikan sumber pengajaran (Ruslin, Nor Kefli

dan Jamaludin, 1998). Oleh itu guru-guru Sekolah Bestari perlu menunjukkan sikap

yang positif terhadap penggunaan Internet khususnya laman web dalam pengajaran dan

pembelajaran. Di samping itu, guru-guru harus dilengkapkan dengan kemahiran-

kemahiran melayari laman web.

Apa yang dikhuatiri ialah, tanpa satu hala tuju dalam penggunaannya. Guru dan

pelajar tidak menggunakan sepenuhnya untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.

Prosedur yang ketat dan kemahiran yang kurang menyebabkan perkakasan tersebut

hanya menjadi sebagai perhiasan dan rosak tidak digunakan lagi (Abd. Rashid dan

Jamaludin ,1998).

Menyedari akan hal ini, maka satu kajian perlu dijalankan untuk mengenal pasti

sejauh mana tahap penggunaan dan tahap kemahiran melayari laman web khususnya

laman web pendidikan di kalangan guru-guru Sekolah Bestari. Di samping itu, kajian ini

Page 26: PENGGUNAAN LAMAN WEB PENDIDIKAN DALAM … meninjau penggunaan laman web pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran ... dan tahap kemahiran pada ... dan pengalaman mengajar. Implikasinya

8

juga untuk mengenal pasti tujuan laman web diakses dan masalah-masalah yang

dihadapi semasa menggunakan laman web pendidikan di dalam pengajaran dan

pembelajaran.

1.4 Objektif Kajian

Objektif umum kajian ini dijalankan adalah untuk melihat penggunaan laman

web pendidikan di kalangan guru-guru Sekolah Bestari. Objektif kajian ini adalah :-

1. Untuk mengenal pasti tahap penggunaan laman web pendidikan di kalangan

guru-guru Sekolah Bestari.

2. Untuk mengenal pasti tahap kemahiran melayari laman web pendidikan oleh

guru-guru Sekolah Bestari.

3. Untuk mengetahui tujuan laman web pendidikan diakses oleh guru-guru.

4. Untuk mengetahui masalah yang dihadapi semasa menggunakan laman web

pendidikan di dalam pengajaran dan pembelajaran.

5. Untuk mengenal pasti perbezaan tahap penggunaan dan tahap kemahiran

melayari laman web pendidikan di kalangan guru lelaki dan guru perempuan.

6. Untuk mengenalpasti sama ada terdapat hubungan tahap penggunaan dan tahap

kemahiran berdasarkan pada faktor demografik terpilih (umur, kelulusan

akademik tertinggi dan pengalaman mengajar).

1.5 Persoalan Kajian

1. Sejauh manakah tahap penggunaan laman web pendidikan di kalangan guru-guru

di Sekolah Bestari?

2. Sejauh manakah tahap kemahiran melayari laman web oleh guru–guru Sekolah

Bestari?

Page 27: PENGGUNAAN LAMAN WEB PENDIDIKAN DALAM … meninjau penggunaan laman web pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran ... dan tahap kemahiran pada ... dan pengalaman mengajar. Implikasinya

9

1. Apakah tujuan laman web pendidikan diakses oleh guru-guru?

2. Apakah masalah- masalah yang dihadapi oleh guru-guru semasa menggunakan

laman web pendidikan di dalam pengajaran dan pembelajaran.

3. Adakah terdapat perbezaan tahap penggunaan dan tahap kemahiran melayari

laman web pendidikan di kalangan guru lelaki dan guru perempuan.

4. Adakah terdapat hubungan tahap penggunaan dan tahap kemahiran berdasarkan

pada faktor demografik terpilih (umur, kelulusan akademik tertinggi dan

pengalaman mengajar).