borang pengesahan status tesis€¦ · 2.2 keberkesanan penggunaan ict dalam pengajaran dan...

30
PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: PENGGUNAAN ICT DALAM PENGAJARAN MATEMATIK BAGI GURU PELATIH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA SESI PENGAJIAN : 2010/2011 Saya NIK NABILAH BT NIK MOHD NASER (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana /Doktor Falsafah )* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD __________________________________ (TANDATANGAN PENULIS) Disahkan oleh _____________________________________ (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: LOT 1063, TMN. IBAI INDAH, KG. TOK ADIS, K.IBAI, 20400 K.TERENGGANU, TERENGGANU PROF DR NOOR AZLAN BIN AHMAD ZANZALI Nama Penyelia Tarikh: 12MEI 2011 Tarikh: 12 MEI 2011

Upload: others

Post on 03-Nov-2020

27 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS€¦ · 2.2 Keberkesanan Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik 14 2.3 Penggunaan Komputer dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu

dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara

penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau

Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL: PENGGUNAAN ICT DALAM PENGAJARAN MATEMATIK BAGI GURU

PELATIH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SESI PENGAJIAN : 2010/2011

Saya NIK NABILAH BT NIK MOHD NASER

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan

Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.

2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja.

3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi.

4. **Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam

AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

√ TIDAK TERHAD

__________________________________

(TANDATANGAN PENULIS)

Disahkan oleh

_____________________________________

(TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap:

LOT 1063, TMN. IBAI INDAH,

KG. TOK ADIS, K.IBAI,

20400 K.TERENGGANU,

TERENGGANU

PROF DR NOOR AZLAN

BIN AHMAD ZANZALI

Nama Penyelia

Tarikh: 12MEI 2011 Tarikh: 12 MEI 2011

Page 2: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS€¦ · 2.2 Keberkesanan Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik 14 2.3 Penggunaan Komputer dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik

ii

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan Matematik (Fizik).”

Tandatangan : …………………………………..

Nama Penyelia: PROF DR. NOOR AZLAN BIN ZANZALI

Tarikh : …………………………………..

Page 3: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS€¦ · 2.2 Keberkesanan Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik 14 2.3 Penggunaan Komputer dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik

iii

PENGGUNAAN ICT DALAM PENGAJARAN MATEMATIK BAGI GURU

PELATIH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

NIK NABILAH BT NIK MOHD NASER

Kajian ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

Matematik (Fizik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2011

Page 4: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS€¦ · 2.2 Keberkesanan Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik 14 2.3 Penggunaan Komputer dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik

iv

“Saya akui bahawa penulisan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan

ringkasan yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan :…………………………………..

Nama Penulis: NIK NABILAH BT NIK MOHD NASER

Tarikh :…………………………………..

Page 5: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS€¦ · 2.2 Keberkesanan Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik 14 2.3 Penggunaan Komputer dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik

v

DEDIKASI

TERISTIMEWA BUAT,

Mama dan Abah yang Amat Disayangi dan Dikasihi,

NIK MOHD NASER BIN NIK AHMAD dan WAN ZAIMAH BT TON YUSOF

Abang-abang, Adik-adik, Kakak Ipar dan Anak Saudara Tersayang,

Segala Doamu, Pengorbananmu, Doronganmu, Kesabaranmu Serta Kasih Sayangmu

Dari Kalian Amat Ku Sanjungi dan Ku Hargai…

KHAS BUAT,

Pensyarah Pembimbing yang dikasihi,

Segala Bimbingan, Tunjuk Ajar dan Jasamu Tidak akan Ku Lupai …

Tidak Dilupakan Juga Rakan-rakan Seperjuangan

Jutaan Terima Kasih

Di atas Segala Sokongan dan Semangat Dari Kalian

Sepanjang Pengajian Ku..

Buat Semua yang Terlibat Secara Langsung atau Tidak Langsung

Terima Kasih Tak Terhingga

Semoga Allah S.W.T Membalas Jasa Baik Kalian..

Page 6: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS€¦ · 2.2 Keberkesanan Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik 14 2.3 Penggunaan Komputer dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik

vi

PENGHARGAAN

Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi dengan limpah dan

kurniaNya, saya dapat menyiapkan projek penyelidikan ini.dengan jayanya

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih serta memberi pengakuan

yang terhormat kepada penyelia pembimbing saya iaitu Prof. Dr. Noor Azlan

Bin Zanzali yang sentiasa memberi bimbingan, tunjuk ajar dan teguran yang

membina dalam usaha menyiapkan projek penyelidikan ini.

Tidak dilupakan jutaan terima kasih kepada ibu bapa dan keluarga yang

amat saya kasihi dan sayangi di atas segala kasih sayang, sokongan, dorongan

dan galakan yang tidak pernah luput selama ini. Terima kasih diatas segala Doa

mu yang sentiasa mengiringi dan menemaniku sepanjang saya menyiapkan

projek ini.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pelajar tahun

akhir dan tahun ketiga jurusan Sarjana Muda Sains /Sains Komputer serta

Pendidikan Matematik yang sudi menjadi responden kajian sepanjang kajian ini

dijalankan.

Selain itu juga, saya ingin terima kasih kepada rakan seperjuangan dan

rakan karib saya serta semua pihak yang sudi membantu dan memberi nasihat

kepada saya bagi menyiapkan Projek Sarjana Muda ini dengan jayanya.

Page 7: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS€¦ · 2.2 Keberkesanan Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik 14 2.3 Penggunaan Komputer dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik

vi

Abstrak

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meninjau tahap penggunaan

Information Communication Technology (ICT) dalam pengajaran Matematik di

kalangan guru pelatih Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Tiga aspek telah

dikaji bagi menjawab persoalan kajian iaitu tahap kemahiran guru pelatih UTM

dalam beberapa kemahiran komputer, pengintegrasian ICT di kalangan guru pelatih

UTM dalam proses pengajaran serta masalah-masalah yang menjadi faktor halangan

kepada pengintegrasian ICT dalam proses pengajaran. Sampel kajian terdiri

daripada 78 orang pelajar UTM yang telah menjalani latihan mengajar di sekolah-

sekolah sekitar Johor Bahru. Kajian ini menggunakan dua teknik tinjauan iaitu soal

selidik kepada guru pelatih Matematik UTM dan temubual bersama enam orang

guru pelatih Matematik UTM. Analisis data dilakukan dengan menggunakan

statistik asas iaitu kekerapan, peratus dan min serta analisis kualitatif. Dapatan

kajian mendapati tahap penggunaan ICT di kalangan guru-guru pelatih UTM berada

di tahap yang sederhana. Namun yang demikian, beberapa faktor luaran telah

dikenalpasti menjadi penghalang kepada pengintegrasian ICT dalam proses

pengajaran. Antaranya ialah masa pembelajaran yang singkat, faktor jarak antara

makmal dan kelas serta kemudahan ICT yang tidak lengkap. Beberapa usul telah

dikemukakan kepada pihak yang terlibat iaitu tenaga mahir, guru pelatih dan pihak

sekolah bagi meningkatkan lagi tahap penggunaan ICT bagi guru pelatih UTM

dalam proses P&P Matematik.

Page 8: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS€¦ · 2.2 Keberkesanan Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik 14 2.3 Penggunaan Komputer dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik

Abstract

The purpose of this research is to study the level of Information

Communication Technology (ICT) integration among UTM’s trainee teacher in

teaching Mathematics. Three aspects were studied to answer the research questions

such as ICT skills among UTM trainee teachers, the level of ICT integration in

Mathematics teaching process and the factors that become the obstacles for the

integrations to occur. This research sample consists of 78 respondents from UTM’s

Mathematic trainee teachers that have experience in teaching practical in Johor

Bahru. Two techniques have been used in this research: questionnaire and interview.

Questionnaires were distributed to all the respondents and interview were conducted

with six selected respondents. The data collected were analyzed using basic statistic

which are frequency, percentage and mean and also qualitative analysis. The results

from the research show that the trainee teachers frequently using ICT in their

teaching and learning process. However, there are some factors that have been

identified to be an obstacle for the trainee teachers to integrate the ICT into teaching

and learning process. Some of the factors were time constraint, the position of

computer lab that is far from classroom and the inadequacy of ICT facilities

provided. Some suggestions are given to the Education Ministry of Malaysia,

Higher Education Ministry, and trainee teachers to further enhance the level of ICT

used in teaching and learning process in Mathematics.

Page 9: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS€¦ · 2.2 Keberkesanan Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik 14 2.3 Penggunaan Komputer dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik

viii

SENARAI KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

BORANG PENGESAHAN

i

PENGESAHAN PENYELIA ii

JUDUL iii

PENGAKUAN PENYELIDIK iv

DEDIKASI v

PENGHARGAAN vi

ABSTRAK vii

ABSTRACT

SENARAI KANDUNGAN viii

SENARAI RAJAH ix

SENARAI JADUAL x

SENARAI LAMPIRAN

SENARAI SINGKATAN

xi

xii

1 PENGENALAN

1.1 Pendahuluan 1

Page 10: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS€¦ · 2.2 Keberkesanan Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik 14 2.3 Penggunaan Komputer dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.3 Pernyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 8

1.5 Persoalan Kajian 9

1.6 Kepentingan Kajian 9

1.7 Definisi Istilah

1.7.1 Pengajaran

1.8.2 Pembelajaran

1.8.3 Teknologi Maklumat

10

10

11

1.8 Kesimpulan 11

2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 13

2.2 Keberkesanan Penggunaan ICT dalam

Pengajaran dan Pembelajaran Matematik

14

2.3 Penggunaan Komputer dalam Pengajaran

dan Pembelajaran Matematik

16

2.4 Masalah yang Dihadapi dalam

Mengintegrasikan Teknologi dalam

Pengajaran dan Pembelajaran Matematik

2.5 Kesimpulan

16

18

Page 11: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS€¦ · 2.2 Keberkesanan Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik 14 2.3 Penggunaan Komputer dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik

3 METADOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 20

3.2 Reka Bentuk Kajian 20

3.3 Prosedur Kajian 21

3.4 Populasi Kajian 22

3.5 Sampel Kajian 22

3.6 Instrumen Kajian

3.6.1 Soal Selidik

3.6.1.1 Bahagian A

3.6.1.2 Bahagian B

3.6.1.3 Bahagian C

3.6.2 Temubual

3.6.2.1 Bahagian A

3.6.2.2 bahagian B

23

24

24

24

25

25

3.7 Kesahan dan Kebolehpercayaan Instrumen 25

3.8 Kajian Rintis

3.9 Kaedah Pengumpulan dan Menganalisis

Data

3.9.1 Soal Selidik

3.9.2 Sesi Temubual

26

27

29

3.10 Prosedur Kajian

3.11 Kesimpulan

29

31

Page 12: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS€¦ · 2.2 Keberkesanan Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik 14 2.3 Penggunaan Komputer dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik

4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 32

4.2 Analisa Maklumat Bahagian A : Latar

Belakang Responden

4.2.1 Taburan Responden Mengikut Umur

4.2.2 Tahap Kemahiran Responden Dalam

Beberapa Perisian Komputer

33

34

35

4.3 Persoalan Kajian 1: Tahap Penggunaan ICT

dalam Pengajaran Matematik bagi Guru

Pelatih UTM ketika Latihan Mengajar

4.3.1 Taburan Responden yang

Menggunakan ICT dalam Proses

Pengajaran

4.3.2 Objektif Guru Pelatih

Mengintegrasikan ICT dalam Proses

Pengajaran

4.3.3 Tahap Penggunaan ICT bagi Guru

Pelatih UTM dalam Mengintegrasikan

ICT dalam Pengajaran

37

37

38

39

4.4 Persoalan Kajian 2: Masalah yang Dihadapi

Oleh Guru Pelatih UTM dalam

Mengintegrasikan ICT dalam Pengajaran

Matematik

41

4.5 Analisis Temubual

4.5.1 Pengenalan Ringkas Responden

43

Page 13: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS€¦ · 2.2 Keberkesanan Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik 14 2.3 Penggunaan Komputer dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik

4.5.2 Mengenalpasti Penggunaan ICT di

Sekolah

4.5.3 Perlaksanaan Penggunaan ICT dalam

Proses Pengajaran

4.5.4 Kaedah yang Digunakan Melibatkan

Pengintegrasian ICT dalam Pengajaran

Matematik

4.5.5 Pemahaman Pelajar Terhadap

Pengajaran yang Menggunakan ICT

4.5.6 Adakah Perisian Pengajaran yang

Disediakan Mencukupi dan Mencapai

Objektif Pengajaran?

4.5.7 Masalah yang Dihadapi Oleh Guru

Pelatih UTM dalam Mengintegrasiakn

ICT dalam Proses Pengajaran

4.6 Kesimpulan

43

44

44

45

45

46

47

5 RINGKASAN KAJIAN, PERBINCANGAN,

RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pendahuluan 49

5.2 Tahap Kemahiran Komputer Bagi Guru

Pelatih UTM

5.3 Tahap Penggunaan ICT dalam Pengajaran

Matematik Bagi Guru Pelatih UTM Ketika

50

Page 14: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS€¦ · 2.2 Keberkesanan Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik 14 2.3 Penggunaan Komputer dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik

Latihan Mengajar 51

5.4 Masalah yang Dihadapi Oleh Guru Pelatih

UTM dalam Mengintegrasikan Teknologi

dalam Pengajaran Matematik

53

5.5 Rumusan 55

5.6 Implikasi Kajian

5.6.1 Guru Pelatih

5.6.2 Pihak Sekolah

5.6.3 Kementerian Pelajaran Malaysia

57

58

58

5.7 Cadangan Kajian Lanjutan 58

5.8 Kesimpulan

59

RUJUKAN 60

LAMPIRAN A-E 63 - 94

Page 15: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS€¦ · 2.2 Keberkesanan Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik 14 2.3 Penggunaan Komputer dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik

ix

SENARAI RAJAH

RAJAH TAJUK MUKA SURAT

1 Carta Alir Prosedur Kajian 29

2 Taburan Responden Mengikut Umur 33

3 Taburan Penggunaan ICT dalam Pengajaran

Matematik

36

Page 16: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS€¦ · 2.2 Keberkesanan Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik 14 2.3 Penggunaan Komputer dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik

x

SENARAI JADUAL

JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Sampel Kajian Mengikut Kursus 23

3.2 Jadual Min Bagi Tahap Kemahiran Guru

Pelatih UTM dalam Beberapa Kemahiran

Komputer

27

3.3 Jadual Min Bagi Tahap Penggunaan ICT

Bagi Guru Pelatih UTM dalam Pengajaran

Matematik

28

3.4 Jadual Min Bagi Mengenalpasti Masalah

Terbesar yang Dihadapi Oleh Guru

Pelatih UTM dalam Mengintegrasikan

ICT dalam Pengajaran Matematik.

28

4.1 Tahap Kemahiran Responden Dalam

Beberapa Perisian Komputer

34

4.2 Objektif Menggunakan ICT dalam proses

pengajaran

37

4.3 Strategi yang Digunakan Untuk

Menyampaikan Pengajaran Menggunakan

ICT di Sekolah

38

4.4 Halangan yang Dihadapi Oleh Guru

Pelatih UTM dalam Mengintegrasikan

ICT dalam Pengajaran Matematik.

40

Page 17: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS€¦ · 2.2 Keberkesanan Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik 14 2.3 Penggunaan Komputer dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik

xi

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN

TAJUK MUKA SURAT

A Soalan Soal Selidik

62

B Soalan Temubual

67

C Jadual Kebolehpercayaan Kajian Rintis

68

D Analisis Soal Selidik Menggunakan

SPSS 16.0

69

E Analisis Soalan Temubual 84

Page 18: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS€¦ · 2.2 Keberkesanan Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik 14 2.3 Penggunaan Komputer dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik

xii

SENARAI SINGKATAN

ICT - Information Communication Technology (ICT)

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

P&P - Pembelajaran dan Pengajaran

KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia

FP - Fakulti Pendidikan

LCD - Liquid Crystal Display

OHP - Over Head Projector

CD - Compact Disc

CD-ROM - Compact Disc-Read Only Meory

Page 19: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS€¦ · 2.2 Keberkesanan Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik 14 2.3 Penggunaan Komputer dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Kita kini dikatakan mengalami transformasi dari zaman industri ke zaman

informasi. Segalanya di hujung jari sejajar dengan cogan kata dunia tanpa sempadan.

Kepentingan penguasaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam abad ke-21

ini tidak dapat dinafikan lagi. Penggunaan teknologi ini dapat dilihat semakin meluas

dalam kehidupan seharian manusia bukan sahaja kakitangan awam, swasta, golongan

akademik dan orang dewasa, malah pelajar sekolah kini juga memanfaatkan penggunaan

ICT sepenuhnya dalam membantu kerja mereka.

Selari dengan perubahan ini, sistem pendidikan di Malaysia juga haruslah tidak

ketinggalan mengintegrasikan penggunaan ICT ke dalam pelaksanaan kurikulum di

sekolah. ICT merupakan medium yang sangat penting bagi membantu meringankan

beban kerja seharian. Dengan kemajuan teknologi kini, kerja manusia menjadi lebih

mudah dan efisien. Kerja yang dilakukan akan mengambil masa yang lebih singkat,

secara tidak langsung akan menjimatkan masa serta tenaga manusia. Technology can

make our lives easier. Everyday tasks are simplified (Hjetland, 199).

Page 20: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS€¦ · 2.2 Keberkesanan Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik 14 2.3 Penggunaan Komputer dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik

2

Beliau juga menyatakan bagaimana teknologi dapat memudahkan tugas serta

meningkatkan prestasi guru seperti penggunaan teknologi untuk kerja-kerja pengurusan

dan kerja-kerja pembelajaran dan pengajaran (P&P).

Aplikasi penggunaan ICT dalam kehidupan seharian semakin meluas malah

kepentingannya dalam organisasi pendidikan tidak boleh dipertikaikan. ICT menjadi

tulang belakang kepada kelancaran pengurusan sesuatu organisasi. Organisasi

pendidikan juga tidak terkecuali daripada arus permodenisasi ini. Proses penyimpanan

maklumat serta analisis data di sekolah-sekolah kini rata-rata bergantung pada

komputer. Menurut Stair dan Reynolds ( 1999 ), tujuan utama sistem maklumat dan

komunikasi adalah untuk membantu organisasi mencapai matlamat-matlamatnya

dengan membekalkan pengurus-pengurus dengan insight ke atas operasi organisasi

supaya mereka dapat mengawal, mengelola dan merancang dengan lebih berkesan dan

lebih cekap.

1.2 Latar Belakang Masalah

Menurut Ahmad Fuad (2003), menyatakan bahawa dalam konteks pendidikan,

teknologi maklumat merupakan satu rangkaian elektronik untuk mencari, mengumpul,

menyimpan, memproses, menyalur dan menyampai maklumat secara efektif, pantas dan

banyak untuk membantu proses P&P. Budaya persekolahan seharusnya diubah daripada

sesuatu yang berdasarkan memori kepada yang berpengetahuan, berpemikiran, kreatif

dan penyayang dengan menggunakan teknologi terkini (KPM, 1997).

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menggariskan tiga dasar utama

ICT dalam pendidikan iaitu:

i. Dasar pertama adalah literasi ICT untuk semua pelajar, bermaksud

pelajar memperoleh kemahiran menggunakan kemudahan ICT.

Page 21: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS€¦ · 2.2 Keberkesanan Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik 14 2.3 Penggunaan Komputer dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik

3

ii. Dasar kedua mengutamakan peranan dan fungsi ICT dalam pendidikan

sebagai kurikulum dan alat P&P. ICT sebagai kurikulum bermaksud

pelajar mempelajari ICT sebagai mata pelajaran seperti mata pelajaran

Teknologi Maklumat bagi peringkat SPM dan mata pelajaran

Pengkomputeran bagi peringkat STPM. ICT dalam P&P seperti

penggunaan perisian kursus, internet, dan aplikasi generik yang lain.

iii. Dasar ketiga menekankan penggunaan ICT untuk meningkatkan

produktivi, kecekapan, dan keberkesanan sistem pengurusan. Ini terhasil

daripada pengautomasian pejabat dan pelaksanaan sistem aplikasi

pengurusan yang membawa kepada penambahbaikan proses kerja.

Pengenalan kepada pelbagai kaedah P&P yang baru menggunakan teknologi

telah meningkatkan taraf pendidikan di Malaysia. Teknologi ini begitu berkembang

pesat dan ini turut memberi kesan kepada sistem pendidikan sama ada di peringkat

sekolah mahupun pusat pengajian tinggi. Pembelajaran menerusi internet atau laman

sesawang merupakan antara pendekatan baru yang semakin mendapat perhatian dan ini

masih dikaji dari pelbagai aspek oleh golongan pendidik (Khan, 1997). Hasil serta

potensi yang diperolehi daripada proses pengkajian berterusan tersebut masih

berkembang dan mula menjanjikan perubahan yang positif (Collis, 1996; Schutte,

1997).

Penggunaan pendekatan baru dalam proses P&P matematik amat penting kerana

dalam sesuatu pengajaran secara tradisi seperti kaedah chalk and talk, walaupun ianya

telah digunakan sejak turun-temurun serta tidak dinafikan keberkesanannya namun ini

juga boleh mendatangkan beberapa masalah dan kekangan. Contohnya, dalam kaedah

pengajaran tradisi, komunikasi sehala banyak berlaku dalam proses P&P. Guru

memainkan peranan utama dalam mencapai objektif pembelajaran. Para pelajar pula

hanya duduk serta mendengar dan mencatat isi penting yang disampaikan. Kaedah

seperti ini boleh menyebabkan minat pelajar terhadap sesuatu mata pelajaran akan

berkurang serta sukar difahami.

Page 22: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS€¦ · 2.2 Keberkesanan Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik 14 2.3 Penggunaan Komputer dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik

4

Para pelajar juga banyak menggunakan teknik hafalan berbanding pembelajaran

kendiri. Oleh kerana fakta yang terlalu banyak untuk dihafal, ini dapat menimbulkan

masalah bagi para pelajar. Penglibatan secara aktif oleh pelajar dalam mengakseskan

bahan-bahan yang diperlu dalam internet berupaya memupuk dan memperkembangkan

kemahiran berfikir dan kreativiti di kalangan pelajar (Rashidi dan Abdul Razak, 1997).

Pelbagai perisian komputer telah diperkenalkan untuk digunakan sebagai bahan

bantu mengajar oleh guru-guru di sekolah. Ini kerana perisian ini mudah digunakan dan

meliputi pelbagai topik dalam matematik. Para pelajar diberi pendedahan awal terhadap

kemahiran menggunakan komputer dan internet, ini diyakini akan dapat membantu

mewujudkan suasana pembelajaran bestari yang lebih kepada berpusatkan murid apabila

pelajar perlu meneroka ilmu secara kendiri. Ini akan menjayakan matlamat pelaksanaan

sekolah bestari untuk melahirkan warga negara yang berketrampilan, kreatif, inovatif

serta berakhlak mulia.

Sistem pengajaran subjek Sains dan Matematik sudah berganjak daripada teori

behaviourisme ke kognitivisme dan seterusnya ke konstruktivisme. Dalam teori

konstruktivisme, guru berperanan sebagai fasilitator dan pengurus kepada pelajar

(Rozinah Jamaluddin, 2000).

Di samping itu juga, komputer dan internet banyak memainkan peranan dalam

bidang pendidikan kini. Dalam beberapa kajian yang telah dijalankan (Funkhouser,

1993; Henderson and Landersman, 1992; Chazan, 1988; Mc Coy, 1991; Al Ghamdi,

1987) didapati bahawa:

i. Pelajar yang menggunakan komputer dalam matematik mempunyai sikap yang

lebih positif terhadap dirinya sebagai ahli matematik dan berkeupayaan

menyelesaikan masalah yang lebih kompleks.

ii. Perisian komputer yang digunakan dalam proses pengajaran akan dapat

membantu pelajar memahami konsep dan prinsip matematik dengan mudah dan

berkesan.

Page 23: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS€¦ · 2.2 Keberkesanan Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik 14 2.3 Penggunaan Komputer dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik

5

iii. Pencapaian pelajar dalam peperiksaan akhir menunjukkan peningkatan yang

ketara.

iv. Kumpulan yang belajar berbantukan komputer mempunyai kemampuan

mengekalkan maklumat dalam jangka masa yang lebih lama dan dapat

menggunakannya dalam bidang-bidang lain.

Perkembangan teknologi multimedia dalam pendidikan telah membawa kepada

kemajuan sistem pendidikan serta pengenalan kaedah-kaedah baru kepada golongan

pendidik untuk diaplikasikan sebagai teknik mengajar. Penggunaan multimedia seperti

CD-ROM (Read Only Memory), OHP (Over Head projector) dan pemancar LCD

(Liquid Crystal Display) dalam proses pengajaran dan pembelajaran memberi manfaat

dalam proses penyaluran sesuatu maklumat yang lebih efektif. Penggunaan pelbagai

jenis media seperti teks, audio, video, grafik, animasi, serta banyak lagi mampu

menjadikan sesuatu panyampaian menjadi lebih menarik. Pelajar akan mudah berasa

bosan jika hanya menggunakan chalk and talk sahaja. Namun begitu, pemilihan kaedah

pengajaran haruslah sesuai dengan latar belakang pelajar itu sendiri agar penerimaan

terhadap kaedah tersebut akan menjadikan proses P&P lebih berkesan.

Multimedia juga dikatakan mampu menjadi medium komunikasi yang positif

dan efektif kerana melalui teks, audio, video serta animasi yang pelbagai warna dan

corak mampu dipaparkan di dalam sebuah skrin pada satu masa yang sama. Di samping

itu juga, penggunaan media interaktif juga ternyata mampu menarik perhatian serta

mudah untuk difahami berbanding penggunaan bahan-bahan yang statik dan bisu

(Vaughan, 1998). Tambahan pula, penggunaan elemen-elemen multimedia dalam proses

P&P juga didapati mampu menarik minat pelajar supaya mereka tidak merasa bosan dan

dapat member tumpuan sepenuhnya terhadap proses pembelajaran (Thomas, 1996).

Selain itu juga, kemudahan untuk mengakses maklumat bukan sahaja terikat

kepada buku teks dan buku rujukan sahaja, kini para pelajar boleh melakukan tugasan

serta mencari maklumat tambahan melalui internet. Secara tidak langsung, ini boleh

mewujudkan golongan pelajar yang celik IT serta mahir menggunakan komputer.

Page 24: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS€¦ · 2.2 Keberkesanan Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik 14 2.3 Penggunaan Komputer dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik

6

Penggunaan teknologi multimedia dalam bidang pendidikan juga membolehkan

informasi dalam jumlah yang besar disalurkan untuk kegunaan pelajar. Informasi

tersebut pula boleh dicapai serta digunakan mengikut penetapan masa dan tempat

belajar pelajar itu sendiri (Albion, 1998).

Dengan adanya jaringan jalur lebar, skop pencarian maklumat adalah lebih luas

dan tidak terhad di sesuatu kawasan sahaja. Maklumat juga dapat diperoleh dalam

pelbagai bentuk dan pendekatan boleh dicapai dengan lebih mudah dan pantas. Guru

dan pelajar digalakkan melayari internet sebagai sumber tambahan untuk mendapatkan

maklumat bagi tujuan P&P. Selain daripada perisian yang dibekalkan oleh KPM, para

guru boleh mengambil inisiatif membina perisian mereka sendiri menggunakan

komputer riba yang dibekalkan (Kassim Abbas ,2006).

1.3 Penyataan Masalah

Apabila bercakap tentang matematik, ramai pelajar-pelajar menganggap

matematik sebagai satu subjek yang sukar untuk difahami. Sesetengah pelajar

menganggap matematik hanya melibatkan proses tambah, tolak, darab serta bahagi

sahaja. Kecenderungan pelajar memikirkan bahawa matematik ialah satu mata pelajaran

yang sukar telah menyebabkan minda mereka sukar menerima keindahan matematik

(the beauty of mathematics).

Namun yang demikian, dengan kewujudan ICT dalam pendidikan matematik

telah sedikit sebanyak menukar persepsi para pelajar terhadap matematik. Matematik

boleh dianggap sebagai satu subjek yang menyeronokkan apabila proses P&P disulami

dengan aktiviti-aktiviti berbantukan komputer serta demonstrasi sesuatu fenomena

secara simulasi, latihan atau latih tubi yang dikawal oleh sistem.

Page 25: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS€¦ · 2.2 Keberkesanan Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik 14 2.3 Penggunaan Komputer dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik

7

Oleh itu, Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia (FP UTM) telah

memperkenalkan matapelajaran yang berkaitan dengan teknologi seperti matapelajaran

Amali Matematik (Mathematics Education Lab, SPN2332). Matapelajaran telah ini

memperkenalkan bakal graduan UTM dengan perisian-perisian yang boleh digunakan

ketika proses pengajaran di sekolah kelak. Kursus ini juga membantu pelajar

menggunakan perisian yang sesuai dalam mengajar sesuatu topik Matematik. Tambahan

pula, FP UTM sendiri sudah dilengkapi dengan kemudahan ICT antaranya kemudahan

pemancar LCD, kemudahan internet yang baik serta makmal-makmal komputer.

Namun yang demikian, penggunaan teknologi dalam proses pengajaran boleh

dianggap sebagai perkara baru bagi guru pelatih UTM. Guru tidak mempunyai

kemahiran yang lengkap untuk mengendalikan pengajaran berbantukan komputer.

Menurut Norizan Abdul Razak, (1997) dalam kajian kesediaan guru menggunakan

teknologi maklumat dalam pengajaran bahasa membuktikan bahawa guru-guru masih

lagi ragu-ragu dan takut untuk menggunakan komputer dalam pengajaran mereka.

Perkara ini menjadi salah satu perkara yang membantutkan pengintegrasian teknologi

maklumat dalam proses P&P bahasa di sekolah. Terdapat guru-guru yang berminat

untuk belajar tetapi berputus asa kerana merasakan sukar untuk menguasai bidang

teknologi maklumat.

Penerimaan guru pelatih terhadap pengintegrasian teknologi dalam pendidikan

Matematik masih kurang memberansangkan. Mereka masih ragu-ragu terhadap

keberkesanan ICT dalam proses pengajaran. Mereka lebih cenderung mengekalkan

kaedah tradisional iaitu merujuk kepada buku teks serta penggunaan papan tulis untuk

digunakan didalam bilik darjah kerana mereka berpendapat kaedah tersebut telah

menghasilkan P&P yang berkesan.

Bukan itu sahaja, penggunaan teknologi mendatangkan beberapa masalah yang

boleh mengakibatkan kekangan pengintegrasian teknologi dalam pengajaran.

Kekurangan prasarana seperti kemudahan makmal komputer, peralatan berkaitan

dengan penggunaan teknologi maklumat, serta bantuan teknikal kerap kali menjadi

Page 26: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS€¦ · 2.2 Keberkesanan Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik 14 2.3 Penggunaan Komputer dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik

8

punca ramai golongan pelatih UTM memilih untuk tidak menggunakan teknologi

sebaliknya memilih untuk menggunakan kaedah tradisional.

Tambahan pula, faktor kekangan masa menjadi aspek penting yang perlu

dipertimbangkan oleh para guru sebelum mengendalikan kelas berteraskan ICT. Faktor-

faktor seperti jarak kelas dengan makmal komputer, masa yang diambil oleh para pelajar

untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain serta masa yang diambil untuk

memastikan komputer berada dalam keadaan yang sedia untuk proses pembelajaran

terpaksa diambil kira sebelum para guru memilih teknik pengajaran yang sesuai.

Justeru itu, fokus kajian adalah mengenal pasti sejauhmana para pelatih UTM

mengaplikasikan penggunaan ICT di sekolah. Adakah penggunaan ICT dapat membantu

para guru pelatih dan pelajar dalam proses pengajaran serta masalah-masalah yang

terpaksa dihadapi dalam usaha guru pelatih UTM mengintegrasikan ICT dalam

pengajaran ketika latihan mengajar.

1.4 Objektif Kajian :

Kajian yang dijalankan dapat membantu para guru pelatih dalam meningkatkan

lagi mutu pengajaran di sekolah. Selain itu juga, melalui kajian ini juga, diharap dapat

memberi gambaran sebenar kepada bakal guru pelatih UTM kepada realiti

pengintegrasian ICT dalam proses pengajaran. Antara objektif kajian adalah:

1.3.1 Mengkaji tahap penggunaan ICT dalam pengajaran Matematik bagi

pelatih UTM ketika latihan mengajar.

1.3.2 Mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh guru pelatih UTM dalam

mengintegrasikan teknologi dalam pengajaran Matematik.

Page 27: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS€¦ · 2.2 Keberkesanan Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik 14 2.3 Penggunaan Komputer dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik

9

Umumnya penyelidikan ini akan membantu untuk mengetahui tahap

penggunaan ICT di kalangan guru pelatih UTM dalam proses pengajaran Matematik. Di

samping itu juga, melalui penyelidikan ini, dapat mengenalpasti kelebihan dan

kelemahan serta mengenalpasti masalah-masalah yang perlu dihadapi oleh guru dalam

pengaplikasian ICT dalam P&P.

1.5 Persoalan Kajian:

Berdasarkan objektif, diharapkan kajian ini dapat menjawab beberapa

persoalan. Antaranya:

i. Adakah guru pelatih UTM mengintegrasikan pengetahuan terhadap ICT kepada

proses pengajaran di sekolah sewaktu latihan mengajar?

ii. Apakah masalah yang dihadapi oleh guru pelatih UTM apabila menggunakan

ICT dalam proses pengajaran.

Persoalan kajian ini bertujuan untuk memberi gambaran terhadap objektif kajian

seterusnya menjawab persoalan adakah matlamat kajian telah dicapai.

1.6 Kepentingan Kajian :

Antara kepentingan kajian ini adalah:

i. Mendedahkan keperluan guru kepada pihak berkenaan serta pelajar bagi

memastikan proses P&P berkesan melalui penggunaan ICT seterusnya

meningkatkan pencapaian akademik para pelajar.

ii. Mengenalpasti tahap kesediaan guru pelatih UTM dan tahap penerimaan guru

serta pelajar terhadap penggunaan ICT.

Page 28: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS€¦ · 2.2 Keberkesanan Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik 14 2.3 Penggunaan Komputer dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik

10

iii. Membolehkan pihak yang berkenaan membangunkan perisian yang berkesan

serta bersesuaian dengan suasana pembelajaran.

1.7 Definisi Istilah

1.7.1 Pengajaran

Pengajaran ialah sesuatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama

oleh guru dan muridnya. Pengajaran ini adalah dirancangkan guru secara

sistematik dan teliti untuk melaksanakannya dengan kaedah dan teknik mengajar

yang sesuai, membimbing, menggalak dan memotivasikan murid supaya

mengambil inisiatif untuk belajar, demi memperolehi ilmu pengetahuan dan

menguasai kemahiran yang diperlukan (Sarina, 2009)

1.7.2 Pembelajaran

Umumnya “Pembelajaran merupakan proses memperolehi ilmu

pengetahuan atau kemahiran”. Mengikut Robert M. Gagne (1970) dalam The

Condition of Learning, pembelajaran merupakan “perubahan tingkahlaku atau

kebolehan seseorang yang dapat dikekalkan, tidak termasuk perubahan yang

disebabkan proses pertumbuhan”.

Mengikut Woolfolk (1980) dalam Educational Psychology for Teachers,

pembelajaran dilihat sebagai perubahan dalaman yang berlaku kepada seseorang

dengan membentuk perkaitan yang baru, atau sebagai potensi yang sanggup

menghasilkan tindak balas yang baru.

Page 29: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS€¦ · 2.2 Keberkesanan Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik 14 2.3 Penggunaan Komputer dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik

11

1.7.3 Teknologi Maklumat

Menurut Wikipedia, Teknologi Maklumat (Information Technology) atau

IT dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and Communication

Technology) atau ICT merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan

data. Ruang lingkup tajuknya sangat luas: berkenaan segala aspek dalam

pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara tepat dan mudah: penggunaan

komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses,

memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan

waktu.

1.8 Kesimpulan

Kajian ini dijalankan bagi mengkaji tahap penggunaan ICT oleh guru pelatih

UTM ketika latihan mengajar dan mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi oleh

guru pelatih dalam usaha mengintegrasikan teknologi dalam pengajaran. Kajian yang

dijalankan berusaha mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh guru pelatih agar

langkah mengatasi dapat diambil bagi meningkatkan penggunaan teknologi dalam

pengajaran.

Dalam bab ini, penerangan tentang pendahuluan kajian yang mengandungi

pelbagai aspek termasuk latar belakang masalah, pernyataan masalah, objektif kajian,

persoalan kajian, kepentingan kajian dan definisi istilah. Semua aspek ini menerangkan

dengan jelas tentang kajian yang akan dijalankan bagi memenuhi keperluan kajian.

Berdasarkan kepentingan kajian ini, dapat dilihat bahawa pentingnya kajian ini

dijalankan. Hasil yang diperolehi daripada kajian ini diharap dapat membantu

mengenalpasti keperluan guru dalam mengintegrasikan teknologi dalam pengajaran.

Dengan mengenalpasti masalah yang wujud, pihak yang bertanggungjawab perlulah

mengambil langkah mengatasi untuk meningkatkan lagi tahap penggunaan teknologi

dalam P&P.

Page 30: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS€¦ · 2.2 Keberkesanan Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik 14 2.3 Penggunaan Komputer dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik

12

Dalam bab yang berikutnya, pengkaji akan menjalankan sorotan kajian yang

merupakan sokongan kepada permasalahan kajian yang dijalankan dan tujuan kajian

terdahulu yang berkaitan serta kekangan dan masalah kajian yang berkaitan dengan

kajian ini.