keberkesanan penggunaan kaedah main peranan dalam pengajaran bahasa inggeris dalam kalangan murid...

30
Keberkesanan Penggunaan Kaedah Main Peranan Dalam Pengajaran Bahasa Inggeris Dalam Kalangan Murid Tahun 6 Di SK. Bolong, Tuaran --> BAB PERKARA MUKA SURAT BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan 4 1.2 Latar Belakang Kajian 5 - 6 1.3 Pernyataan Masalah 6 - 7 1.4 Persoalan Kajian 7 1.5 Tujuan Kajian 7 1.6 Objektif Kajian 8 1.7 Hipotesis Kajian 8 1.8 Definisi Operasional 9-10 1.9 Signifikan Kajian 10 1.10 Limitasi Kajian 11 1.11 Rumusan 11

Upload: alynns74

Post on 19-Jan-2016

153 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

main peranan

TRANSCRIPT

Page 1: Keberkesanan Penggunaan Kaedah Main Peranan Dalam Pengajaran Bahasa Inggeris Dalam Kalangan Murid Tahun 6 Di SK

Keberkesanan Penggunaan Kaedah Main Peranan Dalam Pengajaran Bahasa Inggeris Dalam Kalangan Murid Tahun 6 Di SK. Bolong, Tuaran--> 

BAB                                PERKARA                                     MUKA SURAT

BAB 1                        PENGENALAN                                                      

                            1.1     Pendahuluan                                     4

                            1.2     Latar Belakang Kajian                         5 - 6

                            1.3     Pernyataan Masalah                            6 - 7

                            1.4     Persoalan Kajian                                7            

                            1.5     Tujuan Kajian                                    7

                            1.6     Objektif Kajian                                   8

                            1.7     Hipotesis Kajian                                  8

                            1.8     Definisi Operasional                            9-10

                            1.9     Signifikan Kajian                                 10     

                           1.10    Limitasi Kajian                                    11

                            1.11    Rumusan                                          11

BAB 2             SOROTAN KAJIAN

                            2.1     Pengenalan                                        12

                            2.2     Konsep Pembelajaran Main Peranan      12

                            2.3     Teori                                                 13 - 14

                            2.4     Model                                                15-17

                            2.5     Kajian Lepas

                                      2.5.1   Kajian Dalam Negara                18-19

                                      2.5.2   Kajian Luar Negara                   19

                            2.6     Kerangka Konseptual                            20

                            2.7     Penutup                                              20

BAB 3                        METODOLOGI KAJIAN

Page 2: Keberkesanan Penggunaan Kaedah Main Peranan Dalam Pengajaran Bahasa Inggeris Dalam Kalangan Murid Tahun 6 Di SK

                                   3.1     Pengenalan                                  21

                            3.2     Pendekatan Kajian                               21 - 22

                            3.3     Populasi dan Sampel Kajian                  22-23

                            3.4     Instrumen Kajian                                          23

                                      3.4.1   Set Borang I Soal Selidik Peribadi        24-25

                                               Responden

                                      3.4.2   Set Borang II Soal Selidik Responden   25-26

                                      3.4.3   Set Ujian Pra                                     26

                                      3.4.4   Set Ujian Pos                                    26-27

                            3.5     Prosedur Kajian                                           28

                            3.6     Prosedur Penganalisisan Data                        28

                            3.7     Penutup                                                     28                                                        

                            BIBLIOGRAFI                                                    29-30

                                        

                                              

Bab 1 : Pengenalan

1.1  Pendahuluan

Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) mempunyai matlamat

memperkembangkan fungsi murid secara menyeluruh dan bersepadu

bagi mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,

rohani, emosi dan jasmani supaya mereka dapat menjalani kehidupan

seharian mereka dengan berkesan dan penuh tanggungjawab. Untuk

mencapai matlamat ini, di antara lain, guru perlu mempunyai kemahiran

memilih kaedah pengajaran dan pembelajaran dengan bijaksana supaya

kaedah yang dipilih itu sesuai dengan murid-murid yang pelbagai

kebolehan dan minat.

Page 3: Keberkesanan Penggunaan Kaedah Main Peranan Dalam Pengajaran Bahasa Inggeris Dalam Kalangan Murid Tahun 6 Di SK

Kepentingan melahirkan individu yang cemerlang jasmani, rohani

dan intelek adalah matlamat utama Falsafah Pendidikan Negara dan ia

seharusnya menjadi misi utama setiap entiti yang terlibat dalam

pendidikan. Oleh yang demikian, segala perancangan pendidikan

semestinya perlu bertunjangkan kepada misi yang penting ini. Kaedah

pengajaran dan pembelajaran yang benar-benar berkesan perlu diberi

perhatian untuk dilaksanakan kerana kaedah yang berkesan akan mempu

membantu pelajar, guru, sekolah dan seterusnya kementerian untuk

mencapai matlamat yang telah pun digariskan suatu masa dahulu.

Arus pembangunan globalisasi menuntut sistem pendidikan agar

lebih dinamik dan sentiasa peka pada keperluan murid. Proses globalisasi

telah menjadikan dunia kita semakin kecil dan mencabar. Sekiranya kita

tidak melipatgandakan usaha dan mempertingkatkan daya saing, sudah

pasti kita akan jauh ketinggalan di belakang. Maka pemantapan harus

dibuat dalam sistem pendidikan sehingga ke akar umbi iaitu diperingkat

proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) di dalam kelas agar sistem

pendidikan yang dinamik yang mampu melahirkan individu yang

seimbang jasmani, emosi, rohani dan intelek dapat diwujudkan.

1.2      Latar Belakang Kajian

Walau sebaik mana pun seseorang pelajar dapat mendengar dan

memahami sesuatu bahasa baru, namun ia belum menentukan pelajar

tersebut boleh bertutur dalam bahasa baru tersebut. Fakta menyatakan

bahasa seseorang pendengar boleh membezakan bunyi tidak selalunya

diikuti dengan pertuturan yang lancar.

Pengkaji juga mendapati seseorang yang bukan penutur asal

bahasa inggeris akan memerlukan masa yang lama untuk belajar bahasa

inggeris ini. McDonough dan Show (1993)  dalam kajian mereka

mendapati seseorang penutur yang bukan asal enggan menggunakan

strategi bahasa mereka apabila bertutur bahasa asing. Tambahan pula,

Page 4: Keberkesanan Penggunaan Kaedah Main Peranan Dalam Pengajaran Bahasa Inggeris Dalam Kalangan Murid Tahun 6 Di SK

sesetengah pelajar mungkin mampu bertutur bahasa inggeris dengan

sempurna sekiranya diberi stimulus di dalam kelas , tetapi dalam konteks

kehidupan yang sebenar, mereka tidak dapat berhadapan dengan situasi

sebenar di mana mereka perlu bertutur dalam bahasa inggeris. Masalah

ini bertambah parah apabila kaedah mengajar yang digunakan dalam

bahasa inggeris juga tdak tepat kerana guru lebih mendedahkan pelajar

kepada ‘listening’ dan ‘speaking’ pula kurang diberi penekanan.

Kesannya, pelajar kurang beri perhatian pada kemampuan bertutur dalam

Bahasa Inggeris.

Curran (1972), dalam kajiannya mendapati sesetengah pelajar yang

mempelajari bahasa asing selalunya takut dan bimbang seterusnya

menyukarkan pembelajaran bahasa asing tersebut. Hal ini menunjukkan

adalah perlu untuk mengambil kira faktor-faktor psikologi sebelum

memulakan kelas ‘speaking’. Ia menjadi tanggungjawab guru untuk

mencipta fasilitatif, kelas yang selesa untuk pembelajaran Bahasa

Inggeris. Ramai pengkaji yang percaya bahawa aktiviti main peranan

(Role Play) mampu memperbaiki kebolehan pelajar berkomunikasi dalam

bahasa inggeris. Stern (1980) menyatakan bahawa kaedah main peranan

adalah kaedah yang penting dalam pengajaran bahasa asing. Maka kajian

ini bertujuan untuk memperkenalkan kaedah baru dalam pengajaran dan

pembelajaran bahasa inggeris seterusnya menjelaskan keberkesanan

kaedah ini dalam proses P&P.

1.3      Pernyataan Masalah

Berdasarkan pengalaman pengkaji, ramai pelajar dalam kelas pada masa

kini teragak-agak untuk bertutur dalam bahasa inggeris walaupun mereka

sebenarnya cekap dalam bahasa itu.

Apabila pelajar-pelajar diarah untuk bertutur dalam bahasa inggeris,

mereka kurang yakin untuk bercakap kerana beberapa masalah.

Berdasarkan pemerhatian pengkaji, punca utama kepada masalh ini

Page 5: Keberkesanan Penggunaan Kaedah Main Peranan Dalam Pengajaran Bahasa Inggeris Dalam Kalangan Murid Tahun 6 Di SK

adalah persekitaran yang tidak menggalakkan di luar kelas untuk mereka

bertutur dalam bahasa inggeris. Pengkaji juga mendapati bahawa

penekanan yang diberi kepada kaedah mendengar dalam bahasa inggeris

juga sebelum ini juga menyumbang kepada ketidakyakinan pelajar untuk

bercakap dalam bahasa inggeris. Selain itu juga, pengkaji mendapati

bahawa guru tidak menyediakan aktiviti yang tertumpu pada oral turut

menyumbang pada masalah ini.seterusnya, pengkaji juga mendapati

bahawa pengajaran ‘speaking’ di dalam kelas juga kurang menarik.

McDonough and Show (1993) dalam kajian mereka mendapati

dalam banyak konteks, kemampuan seseorang bertutur seringkali dinilai

sebagai ‘face value’. Dalam perkataan lain, seseorang itu itu lebih dinilai

kebolehannya dalam kemahiran bertutur daripada kemahiran-kemahiran

lain seperti mendengar dan menulis. Tambahan pula, strategi pengajaran

pada masa kini seharusnya menumpukan perhatian pada pembentukan

aktiviti pembelajaran yang fokus pada aktiviti yang melibatkan pelajar

saling berbincang dan berkongsi tentang situasi kehidupan sebenar.

Namun, kelas ‘speaking’ dalam Bahasa Inggeris tidak menekankan aktiviti

seperti ini. Maka, kaedah main peranan mampu meletakkan pelajar dalam

satu persekitaran yang akan menggalakkan mereka untuk mengenepikan

rasa malu, membina keyakinan diri mereka, dan menjadikan pelajar-

pelajar saling berbincang dan berkongsi pelbagai perkara dalam konteks

kehidupan sebenar.

1.4 Persoalan Kajian.

Persoalan dalam kajian ini adalah seperti berikut;

1.    Adakah penggunaan kaedah Main Peranan berbanding kaedah tradisional

berkesan dalam meningkatkan minat dan pemikiran kritis pelajar dalam

mata pelajaran Bahasa Inggeris?

Page 6: Keberkesanan Penggunaan Kaedah Main Peranan Dalam Pengajaran Bahasa Inggeris Dalam Kalangan Murid Tahun 6 Di SK

2.    Apakah perbezaan kesan kumpulan dengan kaedah Main Peranan dan

kesan kumpulan dengan kaedah tradisional dalam pembelajaran Bahasa

Inggeris?

3.    Apakah gaya pembelajaran yang digunakan pelajar sebelum dan selepas

pelaksanaan kajian?

1.5 Tujuan kajian

Tujuan utama kajian ini adalah untuk melihat kesan kaedah pengajaran

secara main Peranan dan pengajaran dengan menggunakan kaedah

tradisional terhadap murid-murid tahun empat dalam meningkatkan

pencapaian dan minat mereka dalam proses P&P. Kesan kedua-dua

kaedah pengajaran ke atas minat dan pencapaian murid dalam proses

P&P diuji.

1.6 Objektif kajian

Objektif khusus kajian ini adalah untuk ;

1.    Mengenal pasti keberkesanan penggunaan kaedah main peranan

berbanding kaedah tradisional terhadap minat dan pencapaian murid

dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris.

2.    Menentukan perbezaan kesan kumpulan dengan kaedah pembelajaran

kaedah Main Peranan dan kaedah tradisional  dalam mata pelajaran

Bahasa Inggeris dalam kalangan murid tahun enam.

3.    Mengenal pasti gaya pembelajaran yang digunakan oleh murid sebelum

dan selepas pelaksanaan.

1.7  Hipotesis Kajian

Page 7: Keberkesanan Penggunaan Kaedah Main Peranan Dalam Pengajaran Bahasa Inggeris Dalam Kalangan Murid Tahun 6 Di SK

Sebanyak 2 hipotesis telah dikemukakan berdasarkan tujuan pengkaji

menjalankan kajian ini. Hipotesis null yang dikaji adalah seperti berikut;

    I.        Hipotesis 1 (HO1)

Tidak terdapat perbezaan antara minat pelajar yang menggunakan

kaedah Main Pernan dalam pembelajaran mereka berbanding minat murid

yang menggunakan kaedah tradisional dalam mata pelajaran Bahasa

Inggeris.

    II.        Hipotesis 2 (HO2)

Tidak terdapat perbezaan antara pencapaian murid yang menggunakan

kaedah Main Peranan dalam pembelajaran mereka berbanding

pencapaian murid yang menggunakan kaedah tradisional dalam mata

pelajaran Bahasa Inggeris.

1.8 Definisi Operasional

   1.8.1  Keberkesanan

Keberkesanan merujuk kepada perihal berkesan atau berkesannya

sesuatu tindakan atau perbuatan (Kamus Dewan, 2005 : 772).

Keberkesanan dalam konteks kajian ini  merujuk kepada kejayaan

penggunaan kaedah Main Peranan dalam meningkatkan pencapaian serta

minat murid dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris.

   1.8.2  Kaedah Pembelajaran Main Peranan.

Kaedah Main Peranan atau ‘Role Play’ adalah satu bentuk pendekatan

pendidikan, lazimnya dirujuk sebagai konteks yang sama dengan

permainan dan simulasi. Menurut Marlyna Maros (2007), kaedah main

peranan lebih mirip kepada data interaksi semulajadi kerana adanya

perbualan atau sekurang-kurangnya ujaran lisan daripada subjek.

Terdapat sekurang-kurangnya empat cara pengumpulan data dalam

kaedah ini iaitu (a) lakonan semula, (b) temu ramah lakonan , (c) lakonan

Page 8: Keberkesanan Penggunaan Kaedah Main Peranan Dalam Pengajaran Bahasa Inggeris Dalam Kalangan Murid Tahun 6 Di SK

benar, dan (d) olahan skrip bertulis. Menggunakan kaedah Role

Play dalam latihan melibatkan 5 langkah iaitu (1) memilih isu; (2)

menghidupkan dan memilih karakter; (3) membina forum; (4) membuat

keputusan – atau tidak; dan (5) menyimpulkan latihan.

   1.8.3           Minat

Menurut Kamus Dewan (2002), minat merujuk kepada keinginan

(kesukaan, kecenderungan) kepada sesuatu. Minat adalah kata sifat yang

menjelaskan kecenderungan seseorang menyatakan keinginan hatinya

kepada sesuatu perkara melalui perubahan emosi dalamannnya setelai

merasai melalui pancaindera (melihat, rasa, bau). Apabila ada minat

terhadap sesuatu seseorang itu akan cuba memilikinya.

   1.8.4          Pencapaian

Pencapaian bermaksud keputusan ujian mata pelajaran Bahasa Inggeris

yang diperolehi oleh pelajar setelah selesai menjalani ujian yang

dikendalikan oleh pengkaji. Pengkaji menggunakan topik merangkumi

sukatan pelajaran Bahasa Inggeris Tahun Enam.

   1.8.5           Murid

Murid ialah orang yang belajar seperti murid sekolah rendah, sekolah

menengah dan sebagainya (orang yang menyelidik ilmu) (Kamus Dewan:

2002). Murid dalam konteks kajian ini merujuk kepada murid tahun enam

dalam mata pelajaran bahasa inggeris yang mnuntut di SK. Bolong

Tuaran.

1.9  Signifikan Kajian

Kajian ini penting kepada para guru Bahasa Inggeris sebagai asas kepada

pemilihan aktiviti P&P yang berkesan dalam bilik darjah. Selain itu, kajian

ini juga penting kepada kementerian pelajaran sebagai penentu dasar

pendidikan dan juga kepada para penyelidik di luar sana. Dapatan kajian

ini juga penting dalam meningkatkan mutu dan keberkesanan sistem

Page 9: Keberkesanan Penggunaan Kaedah Main Peranan Dalam Pengajaran Bahasa Inggeris Dalam Kalangan Murid Tahun 6 Di SK

pendidikan agar mampu melahirkan individu-individu yang mempunyai

kemahiran secara holistik. Kajian ini juga dapat membantu murid dalam

mengenal pasti corak pembelajaran sebenar yang mampu meningkatkan

minat dan prestasi serta kemampuan  mereka bertutur dalam mata

pelajaran Bahasa Inggeris.

1.10  Limitasi Kajian

Kajian ini hanya melibatkan murid-murid tahun Enam di Sekolah

Kebangsaan Bolong, Tuaran sahaja dan laporan kajian hanya sahih dalam

konteks sekolah ini sahaja. Selain itu, kajian ini juga hanya tertumpu pada

kaedah Main Peranan dalam proses P&P. Kajian ini juga hanya melihat

kesan kaedah Main Peranan dari sudut minat dan pencapaian murid dari

aspek kebolehan bertutur Bahasa Inggeris dalam proses P&P.

1.11   Rumusan

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan kaedah Main Peranan

terhadap minat dan pencapaian pelajar dalam komunikasi bagi mata

pelajaran Bahasa Inggeris. Semoga dengan pembaharuan dan

pengubahsuaian yang sesuai, diharapkan kaedah ini akan dapat

meringankan tekanan kepada guru dan hasilnya kelak dapat melahirkan

generasi yang cemerlang dalam bidang bahasa dan komunikasi.

Page 10: Keberkesanan Penggunaan Kaedah Main Peranan Dalam Pengajaran Bahasa Inggeris Dalam Kalangan Murid Tahun 6 Di SK

Bab 2 : Sorotan Kajian

2.1      Pengenalan

Bab ini akan membincangkan teori, konsep serta kajian-kajian yang

berkaitan dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran main

Peranan. Tinjauan kajian tertumpu kepada aspek yang menjadi fokus

kepada pengkaji, iaitu aspek pembelajaran Main Peranan dan kesannya

terhadap minat dan pencapaian murid bagi matapelajaran Bahasa

Inggeris.

2.2  Konsep pembelajaran Main Peranan

Kaedah Main Peranan adalah satu metode yang berasal dari sosio drama

yang boleh digunakan juga untuk membantu pelajar memahami aspek

yang lebih halus tentang sastera, kajian sosial, dan juga beberapa aspek

dalam sains dan matematik. Kaedah ini juga boleh membantu dalam

meningkatkan minat pelajar dan meningkatkan penglibatan murid, bukan

sahaja dalam pembelajaran tentang sesuatu perkara, malah pembelajaran

untuk mengintegrasikan pengetahuan ke dalam tindakan dengan

menyelesaikan masalah, mengeksplorasikan alternative, dan melakukan

penyelesaian yang kreatif ( Blatner, 2002). Menurut Brierly, Devonshire

dan Hillman (2002) dalam Pollock (2006), teknik Main Peranan juga akan

meningkatkan fungsi pengetahuan; kombinasi pengetahuan asas,

pengetahuan tentang prosedur ( mengetahui bagaimana – memiliki

kemahiran ) dan pengetahuan kondisi ( mengetahui tentang persekitaran

untuk menggunakan kemahiran tersebut). Kaedah Main Peranan

mencipta satu persekitaran yang menggambarkan realiti sebenar dan ia

Page 11: Keberkesanan Penggunaan Kaedah Main Peranan Dalam Pengajaran Bahasa Inggeris Dalam Kalangan Murid Tahun 6 Di SK

memudahkan pelajar untuk menggunakan pemahaman mereka tentang

sesuatu situasi. Murid-murid mendapat gambaran sebenar dalam isu-isu

yang dibincangkan dalam kelas seterusnya memperkembangkan

kemahiran praktikal profesional.

2.3      Teori

Teori-teori pembelajaran merujuk kepada prinsip-prinsip dan hukum-

hukum pembelajaran yang dihasilkan daripada ahli-ahli psikologi

pendidikan. Melalui teori-teori pembelajaran ini, guru akan memahami

pelbagai cara pelajar-pelajar belajar dan seterusnya menghubungkaitkan

prinsip dan hukumnya dengan kaedah dan teknik mengajar untuk

mencapai objektif pengajaran.

2.3.1 Teori Pembelajaran Main Peranan

Teori utama yang digunakan dalam kajian ini adalah teori konstuktivisme.

Konstruktivisime merupakan proses pembelajaran yang menerangkan

bagaimana pengetahuan disusun dalam minda manusia. Unsur-unsur

konstruktivisme telah lama dipraktikkan dalam kaedah pengajaran dan

pembelajaran di peringkat sekolah, maktab dan universiti tetapi tidak

begitu ketara dan tidak ditekankan.

Mengikut kefahaman konstruktivisme, ilmu pengetahuan sekolah

tidak boeh dipindahkan daripada guru kepada guru dalam bentuk yang

serba sempurna. Murid perlu bina sesuatu pengetahuan iut mengikut

pengalaman masing-masing. Pembelajaran adalah hasil daripada usaha

murid itu sendiri dan guru tidak boleh belajar untuk murid. Blok binaan

asas bagi ilmu pengetahuan sekolah ialah satu skema iaiatu aktiviti

mental yang digunakan oleh murid sebagai bahan mentah bagi proses

renungan dan pengabstrakan. Fikiran murid tidak akan menghadapi realiti

yang wujud secara terasing dalam persekitaran. Realiti yang diketahui

Page 12: Keberkesanan Penggunaan Kaedah Main Peranan Dalam Pengajaran Bahasa Inggeris Dalam Kalangan Murid Tahun 6 Di SK

murid adalah realiti yang dia bina sendiri. Murid sebenarnya telah

mempunyai satu set idea dan pengalaman yang membentuk struktur

kognitif terhadap persekitaran mereka.

Untuk membantu murid membina konsep atau pengetahuan baru,

guru harus mengambil kira struktur kognitif yang sedia ada pada mereka.

Apabila maklumat baru telah disesuaikan dan diserap untik dijadikan

sebahagian daripada pegangan kuat mereka, barulah kerangka baru

tentang sesuatu bentuk ilmu pengetahuan dapat dibina. Proses ini

dinamakan konstruktivisme. Beberapa ahli konstruktivisme yang

terkemuka berpendapat bahawa pembelajaran yang bermakna itu

bermula dengan pengetahuan atau pengalaman sedia ada murid.

Rutherford dan Ahlgren berpendapat bahawa murid mempunyai idea

mereka sendiri tentang hampir semua perkara, di mana ada yang betul

dan ada yang salah. Jika kefahaman dan miskonsepsi ini diabaikan atau

tidak ditangani dengan baik, kefahaman atau kepercayaan asal mereka

itu akan tetap kekal walaupun dalam peperiksaan mereka mungkin

memberi jawapan seperti yang dikehendaki oleh guru.

John Dewey menguatkan lagi teori konstruktivisme ini dengan

mengatakan bahawa pendidik yang cekap harus melaksanakan

pengajaran dan pembelajaran sebagai proses menyusun atau membina

pengalaman secara berterusan. Beliau juga menekankan kepentingan

penyertaan murid di dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Dari persepektif epistemologi yang disarankan dalam konstruktivisme

fungsi guru akan berubah. Perubahan akan berlaku dalam teknik

pengajaran dan pembelajaran, penilaian, penyelidikan dan cara

melaksanakan kurikulum. Sebagai contoh, perspektif ini akan mengubah

kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menumpu kepada kejayaan

murid meniur dengan tepat apa saja yang disampaikan oleh guru kepada

kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menumpu kepada kejayaan

murid membina skema pengkonsepan berdasarkan kepada pengalaman

Page 13: Keberkesanan Penggunaan Kaedah Main Peranan Dalam Pengajaran Bahasa Inggeris Dalam Kalangan Murid Tahun 6 Di SK

yang aktif. Ia juga akan mengubah tumpuan penyelidikan daripada

pembinaan model daripada kaca mata guru kepada pembelajaran sesuatu

konsep daripada kaca mata murid.

2.4  Model

Pelbagai model dibina untuk memberi panduan kepada guru ke arah

mewujudkan proses pengajaran dan pembelajaran yang efektif. Sistem

penyampaian ialah kaedah di mana maklumat dibawa daripada sumber ke

penerima dan sebaliknya untuk tujuan pengajaran. Dalam kajian ini,

penyelidik telah mengambil satu model kajian yang dikemukakan oleh

Heinich dan rakan-rakan (1999).

         Model yang digunakan merupakan model ASSURE. Model ASSURE

ialah akronim bagi menghuraikan prosedur dalam memilih dan mengguna

media pengajaran secara umum. Terdapat 5 komponen yang dapat

dihuraikan daripada model tersebut iaitu A-Analyze Leaners, S-State

Objectives, S-Select Methods, Media and Materials, U-Utilize Media and

Materials, R-Require Leaner Perticipantion, E-Evaluate and Revise.

         Dalam kelas, pelajar perlu dianalisis dari segi ciri-ciri umum seperti

peringkat umur, tahap kemahiran intelektual, stail belajar sebelum

sesuatu kemahiran dipilih dan digunakan. Pendekatan yang dipilih

hendaklah sesuai dan mengambil kira kemampuan pelajar.

         Pernyataan objektif dalam merancang sesuatu pengajaran adalah

amat penting. Objektif ialah suatu pernyataan yang spesifik tentang

kebolehan atau prestasi yang akan dipelajari atau ditunjukkan oleh pelajar

selepas mengikuti pelajaran (Norhashimah, Mazenah & Rose, 1996).

Objektif membantu guru mengenal pasti prestasi yang hendak dibentuk,

Page 14: Keberkesanan Penggunaan Kaedah Main Peranan Dalam Pengajaran Bahasa Inggeris Dalam Kalangan Murid Tahun 6 Di SK

menyusun strategi pengajaran dan membentuk kriteria untuk membuat

penilaian.

         Dalam komponen memilih kaedah, media dan bahan (select

methods, media and materials) untuk pengajaran, guru perlu menimbang

ciri-ciri pelajar, bentuk objektif, pendekatan pengajaran dan kekangan

situasi pengajaran. Guru boleh mengubahsuai ABM yang dipilih atau

mereka membentuk semula supaya menepati dan sesuai dengan tahap

pelajar.

         Model ASSURE mencadangkan agar dalam langkah U (utilize media

and material), guru harus terlebih dahulu mengguna media dan bahan

pengajaran sebelum memulakan pengajaran. Guru perlu mengenal pasti

bentuk persiapan terhadap persekitaran yang perlu disediakan ketika

bahan itu digunakan seperti infrastruktur baik dari segi kedudukan kelas,

perkasasan dan perisisan dan jenis aktiviti yang hendak dijalankan sesuai

dengan objektif pelajaran.

         Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan memerlukan

penyertaan pelajar (require leaner participant). Menurut model ASSURE,

media pengajaran yang baik membolehkan penyertaan dan respons

pelajar berinteraksi serta mendapatkan maklum balas. Aktiviti dan teknik

pengajaran yang sesuai dilaksanakan dalam kelas supaya menggalakkan

penglibatan pelajar. Ia boleh berlaku secara individu atau secara

kumpulan. Minat dan motivasi kendiri pelajar akan meningkatkan

penglibatan mereka dalam proses pembelajaran.

         Komponen terakhir adalah menilai dan mengulang kaji (evaluate

and revise). Penilaian ini dijalankan bukan sahaja di peringkat

penggunaan tetapi di semua peringkat pengajaran. Aspek strategi

penyusunan pengajaran oleh guru seperti penetapan objektif, respon

pelajar, pengamatan serta prestasi pelajar dalam kuiz dan kemahiran.

Page 15: Keberkesanan Penggunaan Kaedah Main Peranan Dalam Pengajaran Bahasa Inggeris Dalam Kalangan Murid Tahun 6 Di SK

Rajah2.3: Model ASSURE (Heinich & rakan-rakan, 1999) dalam

menentukan ketepatan dan langkah persediaan dalam pemilihan alat

bantu mengajar (model)

                  A      Analyze Leaner

                                                                  (Analisis Ciri-ciri Pelajar)

                  S      State Objectives

                                                                  (Menyatakan Objektif)

                  S      Select Methods, Media and Materials

                                                               (Memilih Kaedah, Media, dan

Bahan)

                   U      Utilize Media and Materials

                                                                 (Menggunakan Media dan Bahan)

                  R      Require Leaner Participantion

                                                                 (Memerlukan Penyertaan Pelajar)

                  E       Evaluate and Revise

                                                                 (Menilai dan Mengulang Kaji)

                                                                    

Page 16: Keberkesanan Penggunaan Kaedah Main Peranan Dalam Pengajaran Bahasa Inggeris Dalam Kalangan Murid Tahun 6 Di SK

 (Heinich & rakan-rakan, 1999)      

2.5 Kajian Lepas

   2.5.1 Kajian Dalam Negara

Menurut kajian yang telah dibuat oleh Naginder Kaur dari Universiti

Teknologi Mara (UiTM) cawangan Perlis, beliau mendapati terdapat

hubungan positif antara konsep diri dengan penyertaan pelajar dalam

teknik pembelajaran Main Peranan. Ia boleh dilihat melalui indikator

seperti kegelisahan yang berpanjangan, kemahiran berbahasa, pengaruh

daripada pandangan kendiri, peranan pensyarah, impak dominator,

kesesuaian sama seperti mood pelajar. Kajian juga telah mendapati

bahawa pelajar mengalami perubahan dalam konsep diri, seperti yang

dipamerkan dalam kegelisahan yang semakin berkurangan, kesedaran

tentang kekuatan dan kelemahan diri mereka dan memperoleh keadaan

sebenar sesuatu situasi, perubahan dalam kemahiran berbahasa,

hubungan positif antara pandangan kendiri dengan kesesuaian tugasan

yang telah diberikan.

Pramela Krish (2001) dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),

Bangi telah melakukan kajian yang bertajuk ‘Role Play Activity With

Distance Learners In An English Language Classroom’. Beliau menyatakan

bahawa kaedah Main Peranan dapat membantu meningkatkan tahap

kelancaran komunikasi dengan cara meningkatkan interaksi dalam kelas

dan memotivasikan mereka untuk belajar. Tambahan pula, Kaedah Main

Peranan akan memberi pelajar peluang untuk bercakap dalam pelbagai

konteks sosial. Dalam hal lain, Kaedah Main Peranan juga dapat

membantu pelajar yang malu untuk bercakap dengan lancar dalam

sesuatu situasi. Hal ini kerana mereka perlu mengenepikan rasa malu

Page 17: Keberkesanan Penggunaan Kaedah Main Peranan Dalam Pengajaran Bahasa Inggeris Dalam Kalangan Murid Tahun 6 Di SK

mereka yang hanya menyebabkan kesukaran untuk berkomunikasi.

Mereka akan turut serta secara aktif dalam proses pembelajaran dan

menjadikan mata pelajaran mereka menjadi lebih bermakna dimana

pelajar mungkin terdedah kepada pelbagai kaedah pembelajaran seperti

mendengar, mengingat skrip, berbincang, menulis skrip dialog dan Cue

Card kemudian mempersembahkan peranan-peranan mereka

berdasarkan permainan dan penulisan.

2.5.2 Kajian Luar Negara

Mengikut kajian yang telah dibuat di luar negara, kebanyakan keputusan

menunjukkan kesan yang positif. Mark Sutcliffe (2002) dalam kajiannya

mendapati bahawa kaedah Main Peranan akan memberi pemahaman

kepada pelajar dan juga sebagai penghargaan kepada alternatif -alternatif

lain yang digunakan pelajar. Ia akan menggalakkan pelajar-pelajar untuk

mempamerkan idea mereka sendiri dan seterusnya lebih faham akan

posisi atau kedudukan orang lain. Menurut Wahibee (2004), kaedah Main

Peranan adalah satu kaedah yang efektif yang mana pelajar akan dapat

merasai situasi sebenar yang lebih realistik. Dalam kajian yang dibuat

oleh Maciej Karwowski dan Marcin Soszynski (2008), mereka mendapati

bahawa penggunaan kaedah Main Peranan dalam pengajaran dan

pembelajaran akan meningkatkan kreativiti pelajar, merangsang

imaginasi pelajar dan meningkatkan motivasi belajar.

Page 18: Keberkesanan Penggunaan Kaedah Main Peranan Dalam Pengajaran Bahasa Inggeris Dalam Kalangan Murid Tahun 6 Di SK

2.6 Kerangka Konseptual

Bahasa Inggeris

Ujian Pra dan Pos

Skor Pencapaian

Kaedah pembelajaran Main Peranan

 

I.  Pemboleh ubah bebas  adalah kaedah pembelajaran Main Peranan dan

Kad Peranan yang diberi  kepada setiap pelajar yang terlibat.

II. Pemboleh ubah terikat adalah skor pencapaian; dikaji dengan

menggunakan set ujian pra dan pos.

Page 19: Keberkesanan Penggunaan Kaedah Main Peranan Dalam Pengajaran Bahasa Inggeris Dalam Kalangan Murid Tahun 6 Di SK

2.7 Penutup

Kajian-kajian yang dibuat berkaitan dengan Kaedah Main Peranan

menunjukkan bahawa kaedah ini amat berkesan dalam meningkatkan

motivasi belajar disamping kefahaman serta kemahiran murid bertutur

Bahasa Inggeris.

Bab 3 : Metodologi Kajian

3.1      Pengenalan

Bab ini akan membincangkan metodologi kajian yang merangkumi aspek

reka bentuk kajian yang digunakan, sampel kajian yang terlibat,

instrumen kajian, prosedur pengumpulan data dan prosedur

penganalisisan data. Menurut Mohd Majid Konting (1990), kaedah

penyelidikan merujuk kepada cara mendapatkan maklumat yang boleh

mencapai objektif sesuatu peyelidikan. Kajian ini bertujuan untuk

mengkaji kesan kaedah Main Peranan dalam kalangan murid Tahun Enam

SK. Bolong, Tuaran terhadap minat dan pencapaian mereka dalam mata

pelajaran Bahasa Inggeris. Maklumat yang dikumpul kemudiannya akan

dianalisis bagi menentukan sama ada maklumat tersebut mempunyai

kaitan atau tidak dengan hipotesis yang diutarakan oleh pengkaji dalam

Bab 1.

3.2      Pendekatan / kaedah kajian

Kajian ini adalah berbentuk Quasi-eksperimen  dimana soal selidik akan

dijalankan untuk mengkaji minat dan pencapaian murid dalam mata

pelajaran Bahasa Inggeris. Terdapat dua kumpulan pelajar yang terlibat

iaitu kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan. Pengkaji akan

mengedarkan satu set soal selidik yang bertujuan untuk mengkaji minat

murid terhadap mata pelajaran Bahasa Inggeris. Soal selidik ini

mengandungi soalan umum dan mudah untuk diisi oleh murid. Soal selidik

ini juga dibina sendiri oleh pengkaji dan diberikan kepada murid kumpulan

Page 20: Keberkesanan Penggunaan Kaedah Main Peranan Dalam Pengajaran Bahasa Inggeris Dalam Kalangan Murid Tahun 6 Di SK

rawatan sahaja sebelum dan selepas pembelajaran Kaedah Main Peranan

dijalankan. Soal selidik berbentuk skala likert dimana murid perlu memilih

jawapan mengikut skala yang diberikan iaitu skala 5 sebagai ‘sangat

setuju’, 4 ‘setuju’, 3 ‘kurang setuju’, 2 ‘tidak setuju’ dan skala 1 sebagai

‘sangat tidak setuju’.

         Seterusnya pengkaji akan mengedarkan satu lagi set soalan ujian

pra iaitu ujian peringkat awal terhadap murid kumpulan rawatan dan

kumpulan kawalan untuk mengetahui pencapaian murid dalam mata

pelajaran Bahasa Inggeris.

         Selepas ujian pra dijalankan, kumpulan rawatan akan didedahkan

dengan kaedah pembelajaran Main Peranan manakala kumpulan kawalan

diajar dengan kaedah tradisional. Setelah kedua-dua buah kelas selesai

belajar Bahasa Inggeris berdasarkan sukatan pelajaran dengan

menggunakan kaedah Main Peranan, maka set soalan ujian pasca akan

diedarkan. Kemudian barulah proses penilaian kajian bermula. Reka

bentuk kajian diringkaskan seperti dalam Jadual 1.

Reka bentuk Kajian

    Kumpulan                         Sebelum                                        Selepas

    Rawatan                      Soal selidik minat                           Soal selidik

minat

                                     Ujian pra penilaian                           Ujian pos

penilaian

     Kawalan                     Ujian pra penilaian                               Ujian pos

penilaian

Jadual 1

3.3      Sampel / Populasi Kajian

Page 21: Keberkesanan Penggunaan Kaedah Main Peranan Dalam Pengajaran Bahasa Inggeris Dalam Kalangan Murid Tahun 6 Di SK

Sampel kajian merupakan cerapan ke atas sekumpulan individu atau

objek. Mohd Majid (1990) menyatakan individu atau objek yang dicerap

mestilah mempunyai sekurang-kurangnya satu ciri atau sifat yang sama

antara satu sama lain. Sampel kajian adalah terdiri daripada murid-murid

Tahun Enam SK. Bolong, Tuaran. Kesemua sampel yang dipilih merupakan

murid satu kelas yang akan belajar menggunakan kaedah Main Peranan

dan satu kelas lagi menggunakan kaedah tradisional. Kedua-dua kelas

yang dipilih adalah di tahap pencapaian sederhana, iaitu terdiri daripada

murid pintar dan sederhana lemah. Pemilihan sampel ini berdasarkan

sampel secara rawak.

3.4      Instrumen Kajian

Pengkaji  menggunakan dua instrumen dalam kajian ini iaitu dua set soal

selidik dan dua set ujian pemahaman. Menurut Sidek Mohd Noah (2002),

penggunaan borang soal selidik dapat membantu dari aspek standardisasi

kajian yang akan dijalankan. Empat instrumen yang digunakan dinyatakan

dibawah.

    3.4.1          Set Borang I Soal Selidik Peribadi Responden

Soal selidik yang dijalankan dalam kajian ini memerlukan responden

memilih jawapan yang tepat terhadap soalan yang dikemukakan.

Berdasarkan kepada cadangan-cadangan jawapan yang disediakan, soal

selidik ini adalah bertujuan untuk mendapatkan jawapan yang betul dan

tepat bagi memudahkan teknik analisis yang akan digunakan. Soal selidik

ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B.

Bahagian A terdiri daripada item-item seperti jantina, bangsa, pekerjaan

bapa atau penjaga, pendapatan keluarga, bilangan ahli keluarga dan taraf

pendidikan ibu bapa. Bahagian B pula adalah berkaitan dengan kekerapan

murid membuat latihan dan bertutur Bahasa Inggeris serta minat

responden terhadap mata pelajaran tersebut. Borang ini diedarkan

kepada responden pada hari pertama pengkaji masuk ke kelas.

Page 22: Keberkesanan Penggunaan Kaedah Main Peranan Dalam Pengajaran Bahasa Inggeris Dalam Kalangan Murid Tahun 6 Di SK

Responden diberi masa 10 minit untuk mengisi borang tersebut sebelum

borang tersebut dikutip semula oleh pengkaji.

 

 3.5.2 Borang II Soal Selidik Responden

Borang II Soal Selidik Resonden yang dibuat oleh pengkaji mengandungi

19 item soal selidik. Soal selidik itu adalah berkaitan dengan pendapat

responden mengenai kaedah pembelajaran Main Peranan yang digunakan

oleh pengkaji untuk mengajar mereka di dalam kelas. Di samping itu, soal

selidik tersebut juga adalah bertujuan untuk mengetahui sejauh mana

minat mereka terhadap mata pembelajaran Bahasa Inggeris setelah

pengkaji menggunakan kaedah pembelajaran Main Peranan. Alat ukur

yang dibentuk untuk mengukur minat responden terhadap pembelajaran

Main Peranan terdiri dari item-item berskala likert 5 pilihan dengan skor 1

(Sangat Tidak Setuju), 2 (Tidak Setuju), 3 (Kurang Setuju), 4 (Setuju) dan 5

(Sangat Setuju). Skor skala likert ditunjukkan pada jadual 2 di bawah.

Borang ini diedarkan oleh pengkaji setelah menggunakan kaedah

pembelajaran Main Peranan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

Borang soal selidik ini juga hanya diberikan kepada kumpulan rawatan

sahaja. Hal ini kerana kumpulan kawalan tidak diajar menggunakan

kaedah pembelajaran Main Peranan. Pengkaji meminta responden

menjawab borang ini setelah ujian pos dijalankan. Pengkaji memberikan

masa selama 10 minit kepada responden untuk menjawab sebelum

borang ini dikutip semula pengkaji untuk dianalisis. 

Page 23: Keberkesanan Penggunaan Kaedah Main Peranan Dalam Pengajaran Bahasa Inggeris Dalam Kalangan Murid Tahun 6 Di SK

Jadual 2 : Skor Skala Likert

3.4.3  Set Ujian Pra

Set ujian pra merujuk kepada set ujian yang mengukur kemampuan murid

untuk berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris yang dibentuk oleh pengkaji

berdasarkan sukatan pelajaran Bahasa Inggeris. Set ujian ini adalah

berbentuk subjektif dimana responden diminta memberi pendapat mereka

berdasarkan situasi yang diberi dalam kertas ujian mereka. Set ujian ini

mengandungi 2 soalan dimana murid dikehendaki memilih satu soalan

sahaja dan soalan ini diperuntukkan dengan 40 markah yang meliputi

tahap kelancaran berbahasa, kefahaman pada soalan, ketepatan jawapan

yang diberi dan keyakinan diri murid. Maka, markah minima untuk ujian

ini ialah sifar dan markah maksima ialah 40. Tahap kemahiran yang diuji

adalah sama dengan ujian pos kecuali angka-angka yang diubah bagi

melihat perubahan keputusan yang berlaku. Set ujian ini diedarkan

kepada responden di dalam kumpulan kawalan dan juga kumpulan

rawatan dan responden diminta menjawab dalam masa 10 minit sahaja.

Guru-guru Bahasa Inggeris dan pengkaji akan menilai murid satu persatu

berdasarkan urutan abjad nama dan markah akan diberi. Set ujian pra

digunakan pada sesi pertama pengajaran pengkaji di dalam kelas.

Page 24: Keberkesanan Penggunaan Kaedah Main Peranan Dalam Pengajaran Bahasa Inggeris Dalam Kalangan Murid Tahun 6 Di SK

Pencapaian murid daripada ujian ini akan digunakan untuk mengkaji

sejauh mana tahap pembelajaran murid tanpa penggunaan kaedah Main

Peranan.  

   3.4.4   Set Ujian Pos

Set ujian ini adalah soalan yang mengkehendaki murid untuk menjawab

dengan bertutur dalam Bahasa Inggeris di hadapan guru. Set ujian ini

mengandungi 1 soalan yang setiap satunya  berbentuk subjektif di mana

responden diminta memberi pendapat berdasarkan soalan yang

diberikan. Markah maksima adalah 40 markah yang meliputi kelancaran

berbahasa Inggeris, kefahaman pada soalan, ketepatan jawapan dan

keyakinan diri bertutur dalam Bahasa Inggeris. Set ujian ini diedarkan

kepada responden di dalam kumpulan kawalan dan juga kumpulan

rawatan dan guru-guru akan menilai murid satu persatu berdasarkan

urutan abjad nama. Responden diminta menjawab dalam masa 10 minit

sahaja. Pencapaian murid daripada ujian ini akan digunakan untuk

mengkaji sejauh mana keberkesanan sesi pengajaran dan pembelajaran

secara Main Peranan.

3.5      Prosedur kajian

Kajian ini menggunakan dua jenis data iaitu data primer dan data

sekunder. Data primer diperoleh daripada responden iaitu merujuk

kepada borang soal selidik yang diedarkan manakala data sekunder

diperoleh daripada perpustakaan dan internet. Pengkaji menentukan

bidang yang hendak dikaji melalui pembacaan kajian-kajian lepas serta

rujukan daripada perpustakaan dan internet.

         Kajian ini menggunakan reka bentuk Quasi eksperimen. Ujian pra

telah diberikan kepada kedua-dua kumpulan iaitu kumpulan rawatan dan

kumpulan kawalan pada awal kajian. Selepas tempoh tertentu, pelajar

dari kedua-dua kumpulan diberikan ujian pos.

Page 25: Keberkesanan Penggunaan Kaedah Main Peranan Dalam Pengajaran Bahasa Inggeris Dalam Kalangan Murid Tahun 6 Di SK

         Pengumpulan data akan dijalankan oleh pengkaji di dalam kelas

Tahun Enam yang terlibat. Semua murid dari kedua-dua buah kelas akan

menjawab soal selidik yang pertama yang akan digunakan untuk

mengkaji latar belakang sampel. Pengkaji akan membuat penilaian

terhadap faktor-faktor latar belakang sampel yang mungkin

mempengaruhi keputusan kajian berdasarkan borang soal selidik yang

diedarkan.

         Set soalan atau ujian pra akan dijalankan di kedua-dua buah kelas

dan keputusannya akan digunakan untuk memperolehi data tentang

pengetahuan sedia ada, tahap pencapaian sampel, kebolehan

berkomunikasi, dan minat.

         Ujian kedua atau ujian pos pula bertujuan untuk mengkaji sejauh

mana keberkesanan sesi pembelajaran secara Main Peranan mahupun

secara tradisional. Ujian ini mengandungi 2 soalan pilih satu yang

meminta murid untuk memberi pendapat terhadap soalan subjektif yang

diberikan dari pelbagai aras. Masa yang diberikan adalah 10 minit sahaja.

         Murid diminta memberi jawapan secara jujur dan mengikut

kesesuaian diri mereka sendiri dan bukannnya mengikut tanggapan orang

lain atau mana-mana pihak. Segala maklumat yang diberi dirahsiakan dan

ia hanyalah digunakan untuk tujuan kajian semata-mata. Jawapan yang

diberikan seharusnya bersifat terbuka, jujur dan ikhlas. Borang soal selidik

dan markah penilaian akan dikumpul semula untuk dianalisis.

3.7      Prosedur Penganalisisan Data

Menurut Mohd Majid (2000), pemprosesan data merupakan teknik

pengumpulan, pengolahan, penganalisaan, penyimpanan dan

pengeluaran data. Data yang dipungut melalui soal selidik dianalisis

menggunakan perisian komputer iaitu Pakej Statistik untuk Sains Sosial

(SPSS) Version 15.0. Analisis deskriptif digunakan untuk memerihalkan

maklumat tentang profil responden. Perisian SPSS merupakan perisian

Page 26: Keberkesanan Penggunaan Kaedah Main Peranan Dalam Pengajaran Bahasa Inggeris Dalam Kalangan Murid Tahun 6 Di SK

yang digunakan untuk mendapat keputusan dalam bentuk frekuensi,

peratusan dan min. Kekerapan min dan peratusan merupakan parameter-

parameter yang akan digunakan dalam menilai setiap item yang terdapat

di dalam borang soal selidik (Mohd. Salleh Abu, 2001).

         Data yang dikumpul dari instrumen kajian ini akan dianalisis

mengikut tiga jenis data atau maklumat. Maklumat berkaitan minat

pelajar yang diperolehi daripada borang soal selidik dianalisis

menggunakan statistik deskriptif iaitu kekerapan, peratusan dan skor min.

Maklumat kedua yang berkaitan dengan pengetahuan sedia ada murid

dan tahap pencapaian murid dalam Bahasa Inggeris dianalisis

menggunakan min dan sisihan piawai. Keputusan pencapaian murid

dengan pembelajaran secara kaedah Main Peranan dan murid dengan

kaedah tradisional dibandingkan. Maklumat ini diperolehi daripada ujian

pasca dan data yang diperolehi dianalisis menggunakan min dan sisihan

piawai.

3.8      Penutup

Keseluruhannya apa yang terkandung dalam bab ini adalah penerangan

mengenai tatacara yang dilalui oleh penyelidik dalam proses sebelum,

semasa dan selepas kajian dilakukan. Prosedur yang dirancang di dalam

bab ini bertujuan untuk memudahkan proses penyelidikan dilakukan.

Bibliografi

McDonough, J. and Show, (1993). C Materials and Methods in ELT. Cambridge, MA: Blackwell

Curran, C. A. (1972). Counseling-Learning. New York: Rune and Stratton, Inc.

Stern, S.L. (1980). Drama in Second Language Learning from a Psychological Perspective. Language learning 30 77-97.

Dewan Bahasa dan Pustaka. (2002). Kamus Dewan; Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Page 27: Keberkesanan Penggunaan Kaedah Main Peranan Dalam Pengajaran Bahasa Inggeris Dalam Kalangan Murid Tahun 6 Di SK

Maros, M. (2007). Penyelidikan Lakuan Bahasa:Pemilihan kaedah dan Pola Penemuan.Akademika , 91-115.

Adam Blatner (2002, August 2). Role Playing In Education. Retrieved October 2009, from www.blatner.com: http://www. blatner.com/adam/pdntbk/rlplayedu.htm

Pollock, D. K. (2006). Role Play as a Teaching Method:A Practical Guide. Mekong: Ubon Ratchathani University.

Sutcliffe, M. (2002, October). The Press Briefing Role Play. Retrieved October, 2009, from Economics Network Web Site: http://www.economicsnetwork.ac.uk/showcase/sutcliffe_press

A-Wahibee, K. M. (2004). Revival of Role-play: The Effectiveness of Role-play Activities In Learning English As A Foreign Language By Saudi College Students.Language And Translation , 25-48.

Maciej Karwowski, M. S. (2008). How to develop creative imagination? Assumption, Aims, And Effectiveness Of Role Playing Training In Creativity (RPTC). Thinking Skill And Creativity , 163-171.

Konting, M. M. (1990). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Noah, S. M. (2002). Reka Bentuk Penyelidikan: Falsafah, Teori dan Praktis. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Konting, M. M. (2000). Kaedah Penyelidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd. Salleh Abu, Z. T. (2001). Pengenalan Kepada Analisis Data Berkomputer SPSS 10.0 For Windows. Kuala Lumpur: Venton Publishing.

Pramela Krish. (2001, July). A Role Play Activity with Distance Learners in an English Language Classroom. Retrieved October from The Internet TESL Journal, Vol. VII, No. 7, website : http://iteslj.org/:http://iteslj.org/Article/Krish-RolePlay.htm