penggunaan teknologi dalam pelaksanaan p&p

3
Tajuk : Penggunaan Teknologi dalam Pelaksanaan P&P Penggunaan ICT amat pentingpada masa kini.Persoalannya, mengapa penggunaan ICT diperlukan?Antaranya adalah untuk meningkatkan kefahaman sesuatu konsep, memberi gambaran isual dan memudahkan pengiraan kompleks.!elain itu, ia dapat meransang murid untuk belajar se"ara be dengan bimbingan yang minimum serta membantu murid dalam proses penyelesaian masalah dan komunikasi dengan lebih "epat dan tepat. Penggunaan ICT dapat me#ujudkan peluang pembelajaran yang sama kepada murid yang mempunyai pelbagaikebolehan dan ke"erdasan.Ia juga membantu murid untuk mendapat dan mengumpul maklumat yang mungkin sukar diperolehi dalam keadaan biasa seperti dalam buku teks atau buku rujukan.Penggunaan ICT dapat me#ujudkan suasana pembelajaran yang seronok, men"abar dan berbentuk penerokaan supaya dapat menarik perhatian murid untuk belajar.$al ini supaya dapat memupuk sifat ingin tahu dan ingin men" kalangan murid dan meningkatkan daya kreatiiti, inoasi dan imaginasi murid.%usteru, guru guru di sekolah haruslah menggunakan ICT semasa P&P supaya dapat menggalakkan murid merealisasikan pembelajaran terarah kendiri, pembelajaran akses kendiri dan pembelajaran kadar kendiri. Persoalannya, bagaimana ICT digunakan dalam P&P?'ari aspek pengajaran, guru boleh menggunakan ICT sebagai alat persembahan dan alat demonstrasi.Alat alat ini dapat menarik perhatian murid untuk belajar tajuk tajuk yang ingin disampaikan oleh guru.(anakalabagi aspek pembelajaran pula, murid boleh menggunakan ICT sebagai tutorial, penerokaan, aplikasi dan komunikasi.$ supaya murid dapat memahami tajuk dengan mudah dan "epat. Antara kelebihannya iaah dapat mempengaruhi pengajaran matematik meningkatkan kebolehan pelajar dalam pembelajaran, guru dapat mengaitkan teknologi dalam pengajaran serta memupuk pelajar berfikir se"ara kritis dan kr dengan bantuan teknologi.Peranan ICT dalam proses P&P ialah yang pert mengorganisasi dan mengukuhkan pemikiran matematik.(elalui penggunaan IC data mentah atau maklumat yang dikutip dapat disusun dan dipersembaha dalam pelbagai bentuk seperti jadual, "arta atau graf.ICT juga membenarkan mur manipulasikandata data dan melaksanakan aktiiti aktiiti penerokaan dan

Upload: randyliang

Post on 03-Nov-2015

220 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

read

TRANSCRIPT

Tajuk : Penggunaan Teknologi dalam Pelaksanaan P&PPenggunaan ICT amat penting pada masa kini.Persoalannya, mengapa penggunaan ICT diperlukan?Antaranya adalah untuk meningkatkan kefahaman sesuatu konsep, memberi gambaran visual dan memudahkan pengiraan kompleks.Selain itu, ia dapat meransang murid untuk belajar secara berkesan dengan bimbingan yang minimum serta membantu murid dalam proses penyelesaian masalah dan komunikasi dengan lebih cepat dan tepat.Penggunaan ICT dapat mewujudkan peluang pembelajaran yang sama kepada murid yang mempunyai pelbagai kebolehan dan kecerdasan.Ia juga membantu murid untuk mendapat dan mengumpul maklumat yang mungkin sukar diperolehi dalam keadaan biasa seperti dalam buku teks atau buku rujukan.Penggunaan ICT dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang seronok, mencabar dan berbentuk penerokaan supaya dapat menarik perhatian murid untuk belajar.Hal ini supaya dapat memupuk sifat ingin tahu dan ingin mencuba di kalangan murid dan meningkatkan daya kreativiti, inovasi dan imaginasi murid.Justeru, guru-guru di sekolah haruslah menggunakan ICT semasa P&P supaya dapat menggalakkan murid merealisasikan pembelajaran terarah kendiri, pembelajaran akses kendiri dan pembelajaran kadar kendiri.Persoalannya, bagaimana ICT digunakan dalam P&P?Dari aspek pengajaran, guru boleh menggunakan ICT sebagai alat persembahan dan alat demonstrasi.Alat-alat ini dapat menarik perhatian murid untuk belajar tajuk-tajuk yang ingin disampaikan oleh guru.Manakala bagi aspek pembelajaran pula, murid boleh menggunakan ICT sebagai tutorial, penerokaan, aplikasi dan komunikasi.Hal ini supaya murid dapat memahami tajuk dengan mudah dan cepat.Antara kelebihannya iaah dapat mempengaruhi pengajaran matematik dan meningkatkan kebolehan pelajar dalam pembelajaran, guru dapat mengaitkan teknologi dalam pengajaran serta memupuk pelajar berfikir secara kritis dan kritikal dengan bantuan teknologi.Peranan ICT dalam proses P&P ialah yang pertama, mengorganisasi dan mengukuhkan pemikiran matematik.Melalui penggunaan ICT, data mentah atau maklumat yang dikutip dapat disusun dan dipersembahakan dalam pelbagai bentuk seperti jadual, carta atau graf.ICT juga membenarkan murid manipulasikan data-data dan melaksanakan aktiviti-aktiviti penerokaan dan penyiasatan yang dapat mengukuhkan kefahaman konsep-konsep matematik.Yang kedua ialah menyampaikan pemikiran matematik secara tepat dan jelas.Melalui penggunaan ICT, murid dapat menyampaikan rakan sebaya.Contohnya, dengan menggunakan perisian geometri murid boleh menyampaikan hasil penemuan mereka dengan tepat dan jelas.Yang ketiga ialah membantu murid melahirkan sesuatu idea matematik secara mudah, cepat dan jelas.Aktiviti meganalisis, menyiasat dan menilai seperti ini dapat meneguhkan dan memantapkan pemahaman murid tentang sesuatu konsep matematik.Yang keempat ialah mendapatkan maklumat dan idea matematik dengan cepat.Melalui ICT, murid dapat meneroka dan melayari laman web untuk mendapat maklumat terkini berkaitan dengan sesuatu onsep atau kemahiran dengan cepat.Seterusnya maklumat yang diperoleh dapat disimpan secara kekal dalam komputer untuk tujuan rujukan atau refleksi.Yang kelima ialah membantu murid membuat visualisasi.Media interaktif bergambar pada perisian pendidikan atau cakera video (VCD) boleh menunjukkan kemampuan yang unik untuk pengajaran topik-topik yang melibatkan situasi yang tertentu, pemainan atau penyelesaian masalah.Kandungan pembelajaran matematik lebih menarik dan berkesan.Yang keenam ialah meningkatkan motivasi dalam dalam pembelajaran matematik.Melalui sumber-sumber ICT yang mempunyai unsul visual dan inreaktif seperti perisian, kalkulator grafik, cakera video dan lain-lain serta dapat memfokus minat murid terhadap matematik.Dengan bantuan ICT seperti ini, motivasi murid dalam pembelajaran matematik dapat dipertingkatan.Yang terakhir ialah mempercepatkan proses penyelesaian masalah dan meningkatkan daya kreativiti.Dengan penggunaan ICT, murid dapat menyelesaikan masalah dengan cepat dan berkemampuan mengubahsuaikan masalah tersebut kepada masalah baru yang berkaitan.Kreativiti begini dapat meningkatkan kefahaman konsep dan penguasaan kemahiran matematik.Tambahan pula, terdapat beberapa cabaran dalam penggunaan ICT.Antaranya ialah pembentukkaan semula cara mengajar atematik dengan pengunaan teknologi, menyediakan guru yang berkebolehan dalam penggunaan teknologi yang berfokus kepada konsep dan isu pedagogi serta mengambil masa selama 3 hingga 5 tahun bagi membolehkan guru mengajar menggunakan teknologi dengan cekap dan yakin.Dalam penggunaan teknologi dalam bidang matematik, terdapat 5 langkah; iaitu menggunakan kelebihan teknologi, menggunakan pedagogi yang sesuai untuk pengajaran matematik, menghubungkaitan topik dalam matematik, menggabungkan dalam pelbagai bentuk gambaran dan perkenalkan teknologi dalam bentuk konteks.Perkenalkan teknologi dalam bentuk konteks konteks ialah guru harus mencari topik yang bersesuaian dengan konteks teknologi untuk para pelajar.Guru juga haruslah fokus mengajar dalam menggunakan teknologi dan bukan belajar megenai teknologi.Misalnya kalkulator Casio 9850, membentuk persamaan dan menghasilkan graf.Dalam menggunakan pedagogi yang sesuai dalam pengajaran matematik ialah penggunaan teknologi dalam pembelajaran harus mendedahkan konsep matematik, strategi, refleksi serta minat kepada matematik serta penggunaan teknologi ini akan tidak bermakna tanpa penggunaan dan pemahaman matematik yang betul.Misalnya, meletakkan gambar yang banyak ke dalam powerpoint akan menjejaskan konsep matematik dan pedagogi tidak boleh bersatu.Bagi meggunakan kelebihan teknologi, teknologi membolehkan penggunaan mengeksploitasi sesuatu dengan lebih mendalam.Misalnya, menghubungkaitkan topik dalam matematik.Penggunaan teknologi mebolehkan ahli matematik menggunakannya untuk topik matematik yang tidak pratikal seperti garisan regresi (terlalu banyak nyata).Bagi langkah menghubungkaitkan topik dalam matematik ialah aktiviti yang dilakukan dengan menggunakan teknologi harus mempunyai dua cara iaitu kaitkan topik dalam matematik dan kaitkan dengan masalah atau fenomena yang sebenar di luar.Misalnya, laporan statistik kemalangan di dalam surat khabar dapat dikenalpasti kejituannya dengan mengapliksikan penggunaan matematik statistik (graf kalkulator).Dalam langkah menggabungkan dalam pelbagai bentuk gambaran ialah bentuk gambaran ketika pembelajaran menyakinkan bahawa pentingnya penggunaan teknologi dalam bidang matematik.Hal ini supaya pelajar lebih memahami dan menguasai pembelajaran.Misalnya, animasi, pergerakan dalam sketchpad, gambaran garisan regresi.