penggunaan teknologi mekanikal (jentera) .atau laporan projek sarjana muda (psm). ... 2.2 penggunaan...
Post on 31-Jan-2018
230 views
Embed Size (px)
TRANSCRIPT
PENGGUNAAN TEKNOLOGI MEKANIKAL (JENTERA) OLEH PETANI-
PETANI KAUM ETNIK DI KAWASAN SIBURAN, SARAWAK
MOHD SYAFIQ SALMAN BIN OTHMAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan , atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL: TAHAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI MEKANIKAL (JENTERA) OLEH PETANI-PETANI KAUM ETNIK DI KAWASAN SIBURAN, SARAWAK
SESI PENGAJIAN: 2008/2009
Saya: MOHD SYAFIQ SALMAN BIN OTHMAN
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian
sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai pertukaran antara institusi pengajian
tinggi. 4. ** Sila tandakan ()
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh
organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD
Disahkan oleh, ___________________________ __________________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat tetap: Nama Penyelia: 80, TAMAN HAMIMAS JAYA, PROF. DR. MUHD RASHID RAJUDDIN LORONG SIMPOR 2A. 93050 KUCHING, SARAWAK Tarikh :______________________ Tarikh:_________________________
Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Mekanikal)
Tandatangan : ................................................................
Nama Penyelia : PROF. DR. MUHD RASHID RAJUDDIN
Tarikh : .
i
TAHAP PENGGUNAAN TEKNOLOGI MEKANIKAL (JENTERA) OLEH
PETANI-PETANI KAUM ETNIK DI KAWASAN SIBURAN, SARAWAK
MOHD SYAFIQ SALMAN BIN OTHMAN
Laporan Projek Ini Dikemukakan
Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kejuruteraan Mekanikal)
JABATAN PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN KEJURUTERAAN
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
2009
ii
Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.
Tandatangan : .
Nama Penulis : MOHD SYAFIQ SALMAN BIN OTHMAN
Tarikh : .
iii
DEDIKASI
Warkah ini ku tujukan khas istimewa buat
Ayahanda dan Bonda..
Abu Bakar Bin Mohd Suhai
Saloma Binti Salleh
Tiada apa yang dapatku bicarakan hanya doamu mengiringi setiap detik langkah
hidup anakandamu ini.
Segala dorongan, pengorbanan serta keikhlasan dalam membesarkanku tidak
mampuku ungkapkan dengan kata-kata.
Walau ku berikan harta seluas tujuh lautan masih masih tidak terbalas jasa-jasamu
itu.
Hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.
Buat kakak dan adik-adik tersayang..
Nasihat, sokongan dan dorongan daripada kalian adalah merupakan suatu suntikan
semangat buatku untuk meneruskan perjuanganku hingga ku terus berjaya sampai ke
peringkat ini.
Terima kasih ku ucapkan
Guru-guru dan pensyarah-pensyarah..
Segala jasa baktimu akan tetapku kenang.
Segala ilmu yang telah kau curahkan akan ku manfaatkan.
Buatmu teman seperjuangan..
Sepanjang tempoh perkenalan ini banyak suka duka pahit manis telah kita harungi
bersama.
Segalanya akan tersemat didalam ingatanku selamanya
Setiap pertolongan dan bantuan yang kalian hulurkan.
Jutaan terima kasihku ucapkan
iv
PENGHARGAAN
``Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Segala puji bagi Allah SWT, Tuhan Pemberi Rahmat sekelian alam,
selawat serta salam ke atas junjungan mulia, Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga
baginda, para sahabat juga sesiapa yang mengikuti ajaran mereka dengan ikhlas
sehingga ke akhirnya.
Sekalung budi saya ucapkan kepada pensyarah iaitu Profesor Dr. Muhd
Rashid Rajuddin. Beliau telah banyak mencurahkan ilmu, nasihat, dorongan dan
bantuan. Tanpa bantuan beliau, Projek Sarjana Muda ini mungkin mempunyai
banyak masalah dan tidak berjalan dengan lancar. Beliau juga turut sama membantu
saya tentang cara untuk mendapatkan maklumat, membuat dan menyusun tajuk di
setiap bab sepanjang pertemuan saya bersama dengan beliau.
Di samping itu, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih ibu saya
iaitu Saloma Binti Salleh dan bapa saya Abu Bakar Bin Mohd Suhai kerana telah
banyak memberikan sokongan dan bantuan terutamanya sekali bantuan dari segi
kewangan serta buah fikiran. Tanpa bantuan dan sokongan mereka, projek ini akan
menjadi sesuatu yang sukar bagi diri saya. Terima kasih juga diucapkan kepada
kakak serta adik-adik saya. Kerana memberikan teguran serta memotivasikan saya
disaat saya untuk meneruskan perjuangan ini. Tidak lupa kepada rakan-rakan lama di
Kuching, Sarawak kerana sanggup meluangkan masa serta buah fikiran didalam misi
untuk mencari responden dan berjumpa responden. Tidak lupa juga kepada Jabatan
Pertanian Cawangan Siburan, Sarawak. Tanpa bantuan daripada mereka, usaha untuk
mencari petani-petani di kawasan tersebut akan menjadi lebih sukar daripada
sekarang.
Akhir kata, saya berharap agar kajian ini akan dapat menjadi panduan kepada
saya dan sesiapa sahaja yang membacanya untuk kegunaan pada masa hadapan.
Segala yang baik itu daripada Allah dan segala yang buruk itu datangnya dari saya
sendiri.
v
ABSTRAK
Kajian ini adalah berkenaan tahap penggunaan teknologi mekanikal atau
jentera yang di gunakan oleh petani-petani kaum etnik di kawasan Siburan, Sarawak.
Beberapa perkara yang difokuskan di dalam kajian ini adalah jenis jentera pertanian
yang digunakan, kemahiran dalam mengendalikan jentera pertanian, kesan
penggunaan jentera pertanian dan masalah-masalah yang dihadapi berkaitan dengan
jentera pertanian. Kajian yang dilakukan ini adalah berbentuk diskriptif dimana data
yang diperolehi dikumpul melalui proses menemubual subjek untuk mendapatkan
maklumat yang diperlukan. Oleh itu, di dalam kajian ini instrumen yang digunakan
adalah temubual berstruktur. Pemilihan penggunaan instrumen jenis ini adalah untuk
memudahkan responden memahami soalan serta istilah yang digunakan. Data-data
yang diperolehi hasil daripada temubual akan dianalisis dengan menggunakan
perisian SPSS versi 12.0 (Statistical Package for Science Social version 12.0). Hasil
daripada dapatan kajian, di dapati bahawa tahap penggunaan teknologi mekanikal
(jentera) oleh petani-petani kaum etnik di kawasan Siburan, Sarawak berada pada
tahap yang rendah. Akan tetapi mereka tahu bahawa kesan penggunaan teknologi ini
dapat memberikan kebaikan kepada mereka. Beberapa cadangan untuk
meningkatkan tahap penggunaan teknologi mekanikal oleh petani-petani di kawasan
ini turut diberikan untuk menggalakkan penggunaannya di kawasan ini. Model kajian
turut disertakan untuk memudahkan usahawan tani serta mereka yang baru hendak
menceburkan diri didalam sektor ini. Penyelidik berharap, hasil dapatan kajian serta
model kajian ini akan dapat membantu kajian-kajian lanjutan dan dapat memberi
manfaat kepada pembaca atau usahawan tani negara.
vi
ABSTRACT
This research is to identify the level of machinery technology usage among
the ethnic farmers in Siburan, Sarawak. Several things that were focused on this
research were the types of farming machinery that they used, the skills in handling
the machinery, the effects of using the machinery and the problems faced regarding
the farming machinery. The research done was descriptive in nature, which the data
were collected via interviews in order to obtain the needed information. The research
instrument used was structured interview. This instrument was chosen because it
could facilitate the comprehension among the respondents on the items posed and
terminology used. The data gathered was analyzed using SPSS (Statistical Package
for Science Social) version 12.0 software. From this research, it is found that the
level of machinery technology usage among the ethnic farmers in Siburan, Sarawak
is low. However, they know that the effects of using the machinery which is
beneficial to them. Some suggestions to improve the level of the machinery
technology usage among those farmers are given to encourage its usage in this
particular area. The research model is also provided to facilitate the farming
entrepreneurs as well as those who