penggunaan media dalam p dan p

32
BIDANG PENGAJIAN PENDIDIKAN KOLEJ SASTERA DAN SAINS SGDT20863 - TEKNOLOGI PENDIDIKAN SGDT20863 - TEKNOLOGI PENDIDIKAN TAJUK: PENGGUNAAN MEDIA DALAM P DAN P Disediakan Oleh : NAMA NAMA : : Nazzir Hussain Bin Haji Mydeen Nazzir Hussain Bin Haji Mydeen NO.MATRIK NO.MATRIK : : 201400 201400 PENSYARAH PENSYARAH PM Dr. Ahmad Jelani PM Dr. Ahmad Jelani 3

Upload: nazzir-hussain-hj-mydeen

Post on 03-Jul-2015

972 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Penggunaan Media Dalam p Dan p

BIDANG PENGAJIAN PENDIDIKANKOLEJ SASTERA DAN SAINS

SGDT20863 - TEKNOLOGI PENDIDIKANSGDT20863 - TEKNOLOGI PENDIDIKAN

TAJUK:

PENGGUNAAN MEDIA DALAM P DAN P

Disediakan Oleh :

NAMANAMA : : Nazzir Hussain Bin Haji MydeenNazzir Hussain Bin Haji MydeenNO.MATRIKNO.MATRIK : : 201400201400

PENSYARAHPENSYARAH

PM Dr. Ahmad Jelani PM Dr. Ahmad Jelani

3

Page 2: Penggunaan Media Dalam p Dan p

Kandungan :Bil Perkara Halaman1. Pendahuluan 32. Apa itu Media 6

3. Mengapa Media 7

4. Jenis-jenis Media 8

5. Peranan BTPN dan PKG 10

6. Kekangan 14

7. Keberkesanan Penggunaan Tv Pendidikan 16

8. Kajian-Kajian Berkaitan Penggunaan Media 18

7. Kesimpulan 21

8. Senarai Rujukan 22

4

Page 3: Penggunaan Media Dalam p Dan p

PENDAHULUAN

Dalam era perkembangan teknologi yang semakin pesat dan ledakan maklumat

terkini, proses pengajaran dan pembelajaran semakin mencabar dan penting. Kaedah

pengajaran dan pembelajaran juga perlu turut berubah. Teknologi yang dipergunakan dalam

dunia pendidikan juga harus berubah seiring dengan peredaran zaman.

Suatu ketika dulu, guru-guru selesa mengajar dengan menggunakan kaedah ‘chalk

dan talk’, kemudian berubah ke arah penggunakan media yang lebih mudah, iaitu media

cetak. Di sinilah mulanya keperluan, kepentingan dan penggunaan media bertapak di dalam

proses pengajaran dan pembelajaran.

Senario ini terus berkembang. Warga pendidik mula menerima pakai bahawa

penggunaan media yang bertindak sebagai penyampai mesej di dalam proses pengajaran dan

pembelajaran memberikan impak pembelajaran yang amat berkesan di kalangan pelajar.

Kewujudan media elektronik telah merancakkan lagi perubahan teknologi pendidikan dan

‘mood’ pembelajaran. Ini perlu dilihat sebagai satu rahmat kerana media elektronik yang

dilengkapi dengan audio visual berupaya menghasilkan satu suasana pengajaran dan

pembelajaran yang lebih menarik dan menguja para murid. Peningkatan penglibatan murid

dapat dilihat dengan jelas melalui aktiviti-aktiviti susulan yang dirancang dan dijalankan oleh

para guru. Tumpuan murid juga dapat difokuskan melalui audio dan visual yang ditayangkan.

Keadaan ini perlu dianggap sebagai satu peluang untuk mempelbagaikan proses pengajaran

dan pembelajaran di dalam kelas oleh para guru.

5

Page 4: Penggunaan Media Dalam p Dan p

6

Page 5: Penggunaan Media Dalam p Dan p

Sehubungan itu, usaha sama secara bijak perlu dilakukan oleh warga pendidik

untuk menangani senario ini, agar kesan yang lebih baik dapat dikecapi oleh para pelajar dan

murid sekolah. Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri ( JPN ), Pejabat

Pelajaran Daerah ( PPD ) dan sekolah perlu bekerjasama untuk kepentingan pendidikan

negara. Ini dapat dilihat melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/2003 – Dasar Penggunaan

Media dan Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran bertarikh 28 Julai 2003 yang

ditandatangani oleh bekas Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Datuk Abdul Rafie bin

Mahat. Pekeliling ini menekankan penggunaan media di sekolah-sekolah. Guru Besar dan

Pengetua diarahkan untuk mengambil langkah-langkah bagi mempertingkatkan lagi

penggunaan media.

Terdapat 3 perkara utama yang perlu diambil berat oleh Guru Besar dan Pengetua

di dalam pekeliling ini, iaitu :

a. Penggunaan Rancangan TV Pendidikan Melalui Saluran ASTRO

b. Penggunaan Perisian Kursus ( Courseware ) Untuk Pelajar

c. Penggunaan Makmal Komputer

Ketiga-tiga ini mempunyai pertalian langsung dengan media.

7

Page 6: Penggunaan Media Dalam p Dan p

Sementara itu, BTP, BTPN dan PKG perlu menerajui perkembangan ini kerana

bidang penggunaan media dalam Pengajaran dan pembelajaran ini menjadi salah satu asas

kewujudan mereka. BTPN berupaya memainkan peranan masing-masing di peringkat negeri.

PKG pula memainkan peranannya yang lebih penting di peringkat `grass-root’, iaitu sekolah

dalam kelompok masing-masing. Gandingan mantap ini mampu menarik minat para guru

untuk menggunakan media di dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Di

samping itu PKG juga berperanan untuk melatih para guru agar tahap kemahiran dalam

penggunaan media berada di tahap yang memuaskan.

8

Page 7: Penggunaan Media Dalam p Dan p

APA ITU MEDIA ?

Terdapat berbagai-bagai definisi mengenai media. Namun, semuanya

mempunyai tujuan dan pendekatan yang sama. Menurut Heinich ( 1985 ) :

Media ….. diertikan sebagai apa sahaja alat yang digunakan untuk

menyalurkan sesuatu ilmu pengetahuan atau kemahiran dari

sumber maklumat kepada penerima.

Menurut Reiser ( 1983) pula, media ditakrifkan seperti berikut :

“ the physical means by which an instructional message is

communicated ………. an instructor, a printed text, a slide/tape

presentation, and the many other physical means by which an

instructional message is communicated, are all considered media”

Melalui definisi di atas, kesimpulannya media membawa pengertian apa jua

bahan atau alat yang boleh digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi

menyampaikan mesej daripada guru kepada pelajar. Selaras dengan media elektronik, media

juga bermaksud audio visual atau penggunaan elektronik dalam penghantaran dan

penerimaan mesej. Dengan berkembangnya penggunaan komputer, media telah melangkah

setapak lagi. Pelanggan berupaya berinteraksi dengan audio visual melalui komputer.

Komputer juga membolehkan para guru meneroka penggunaan audio, grafik dan video yang

canggih dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pendedahan yang diterima oleh para

murid telah digandakan beberapa kali tanpa terbatas pada zon geografi.

9

Page 8: Penggunaan Media Dalam p Dan p

MENGAPA MEDIA ?

Kita mungkin tertanya-tanya kenapa penggunaan media begitu dititik-beratkan

dalam proses pengajaran dan pembelajaran masa kini. Sedangkan kaedah ‘talk dan chalk’

yang pernah digunakan suatu ketika dulu mampu menghasilkan insan yang berpendidikan.

Sebelum persoalan ini dijawab, satu perkara perlu ditekankan, iaitu, media bukan sebagai

pengganti guru. Media cuma bertindak sebagai penyampai mesej dan menyokong proses

pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Dengan menggunakan media kita berupaya

menghidupkan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Penglibatan yang

menyeluruh di kalangan semua murid dapat dijelmakan di dalam proses pengajaran dan

pembelajaran. Komunikasi dua hala juga dapat wujudkan di dalam kelas, di mana kelas akan

menjadi lebih aktif dan berupaya menarik minat para pelajar.

Terdapat beberapa kelebihan penggunaan media di dalam proses pengajaran dan

pembelajaran, antaranya :

a. meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran.

b. meningkatkan proses komunikasi.

c. menyediakan pelbagai kaedah dan teknik.

d. meningkatkan motivasi pelajar dan mengelakkan kebosanan.

e. melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran.

f. memberikan kesan pembelajaran yang maksimum – pengajaran

bersistematik dan terancang.

g. menggalakkan penglibatan murid secara aktif.

h. melahirkan masyarakat yang bermaklumat serta berfikiran kritis

dan tajam.

10

Page 9: Penggunaan Media Dalam p Dan p

JENIS-JENIS MEDIA

Terdapat pelbagai jenis media yang boleh digunakan di dalam proses pengajaran

dan pembelajarandi dalam kelas. Media-media ini dapat diklasifikasi lagi mengikut jenis-

jenisnya yang tersendiri. Antara jenis-jenis media yang dimaksudkan adalah seperti berikut :

a. Media Cetak

Media cetak yang biasa kita gunakan adalah seperti buku, majalah, gambar

dan gambar foto, risalah, suratkhabar, carta dan graf, peta, buku-buku

rujukan dan banyak lagi.

b. Media Bukan Cetak

Media bukan cetak pula boleh dikelaskan lagi kepada

Bahan Bukan Tayang

Bahan Tayangan

Bahan Audio

Bahan Video

Bahan Pengajaran Individu

Bahan Aneka Media

Permainan dan Bahan Pengajaran Lain.

Contoh media Bahan Bukan Tayang ialah model, diorama, papan

pengajaran dan lain-lain lagi.

11

Page 10: Penggunaan Media Dalam p Dan p

Contoh media Bahan Tayang ialah filem 16 mm, filem jalur, slaid dan

lutsinar.

Contoh media Bahan Audio ialah piring hitam, kaset audio, cakera padat

dan sistem pembesar suara.

Contoh media Bahan Video ialah pita atau kaset video dan VCD.

Namun 3 asas utama dalam penjenisan media ialah media yang menghasilkan

visual, audio dan audio visual. Kekuatan 3 jenis inilah yang perlu dieksploitasikan

oleh para guru sebagai penyampai mesej di dalam proses Pengajaran dan

pembelajaran yang mereka laksanakan.

12

Page 11: Penggunaan Media Dalam p Dan p

PERANAN BTPN DAN PKG.

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri ( BTPN ) dan Pusat Kegiatan Guru

(PKG ) perlu memainkan peranan yang penting agar penggunaan media dapat

dipertingkatkan di sekolah-sekolah. PKG khususnya mempunyai hubungan secara langsung

dengan Pusat Sumber Sekolah (PSS) dan ini membolehkan sebaran maklumat dan kemahiran

dapat dilakukan kepada para guru dengan lebih cepat dan tepat.

Terdapat 3 peranan asas yang boleh dimainkan oleh pihak BTPN dan PKG untuk

mempertingkatkan penggunaan media di sekolah-sekolah, iaitu :

1. Pengurusan Maklumat

2. Latihan

3. Pemantauan

1. Pengurusan

BTPN dan PKG perlu mempunyai data dan maklumat yang lengkap

mengenai status perkakasan media yang terdapat di sekolah-sekolah. Maklumat

ini penting kerana tanpa peralatan media masalah penggunaan media akan timbul

secara berterusan. TV Pendidikan dan Tayangan VCD tidak dapat dilakukan

sekiranya sekolah tiada mempunyai TV atau TV rosak. Lutsinar tidak dapat

ditayangkan sekiranya ‘Over Head Projector’

13

Page 12: Penggunaan Media Dalam p Dan p

(OHP) rosak, dan begitulah keadaannya bagi peralatan yang lain. Jelasnya,

peralatan/perkakasan dan perisian saling perlu memerlukan antara satu sama lain.

Antara data-data yang perlu ada ialah :

a. Data dan Maklumat Peralatan/Perkakasan Media

Maklumat data ini berfungsi untuk merekodkan peralatan/perkakasan

media yang terdapat di sekolah.

b. Data dan Maklumat TV Pendidikan

Maklumat data ini berfungsi untuk merekodkan maklumat mengenai

butiran-butiran yang terdapat pada pembekalan peralatan TV Pendidikan

( ASTRO ).

c. Data dan Maklumat Kakitangan Sumber Media

Maklumat data ini berfungsi untuk merekodkan maklumat mengenai guru-

guru yang telah diberi latihan dan yang akan diberi latihan mengenai

kaedah dan kemahiran penggunaan media.

d. Data dan Maklumat Aduan Permasalahan TV Pendidikan dan Media

Maklumat data ini berfungsi untuk merekodkan maklumat mengenai

aduan-aduan yang diterima oleh pihak BTPN dan PKG mengenai masalah

yang dihadapi oleh pihak sekolah mengenai peralatan media, khususnya

dari aspek teknikal. Melalui data dan maklumat ini khidmat bantu dan

nasihat boleh diberikan secara sistematik agar proses Pengajaran dan

pembelajaranmenggunakan media dapat dijalankan dengan berkesan.

14

Page 13: Penggunaan Media Dalam p Dan p

e. Data dan Maklumat Pemantauan Penggunaan Media

Maklumat data ini berfungsi untuk merekodkan maklumat mengenai proses

pemantauan yang akan dilakukan oleh pihak BTPN dan PKG dari masa ke

semasa. Ini membolehkan pihak BTPN dan PKG membuat rumusan

mengenai keberkesanan penggunaan bahan media khususnya TV

Pendidikan. Tindakan susulan boleh dilakukan dengan merujuk kepada

data-data dan maklmat yang direkodkan.

Adalah digalakkan agar pengkalan data diwujudkan di BTPN dan

PKG supaya pengumpulan data dan maklumat dapat diuruskan

secara sistematik. Ini akan membolehkan pihak BTPN dan PKG

berupaya menguruskan penggunaan media dengan lebih

berkesan lagi.

2. Latihan

Aspek ini amat penting dalam mempertingkatkan penggunaan media. Untuk

mendapatkan hasil yang maksimum, guru perlu dibekalkan dengan kemahiran dan

pengetahuan bagaimana nak menggunakan peralatan media dan perisian media.

Kedua aspek ini amat berbeza namun saling kait mengait antara satu sama lain.

Seseorang guru yang mahir dalam pengendalian peralatan media tetapi tidak

mahir mengekploitasikan bahan media, tidak mungkin dapat menghasilkan proses

pengajaran dan pembelajaran yang berkesan di dalam kelas. Dalam satu situasi

15

Page 14: Penggunaan Media Dalam p Dan p

yang lain, seseorang guru yang tidak mahir mengendalikan peralatan media, tetapi

mahir mengeksploitasikan bahan media, tidak mungkin dapat menghasilkan

proses Pengajaran dan pembelajaranyang berkesan di dalam kelas. Jelas sekali,

kedua-dua aspek ini amat perlu dalam memastikan penggunaan media berkesan di

dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Dari sudut inilah BTPN dan PKG perlu menyebarkan maklumat, pengetahuan dan

kemahiran mengenai kaedah penggunaan media kepada guru-guru. Lebih menarik

lagi, sekiranya pihak BTPN dan PKG dapat bekerja sama dengan PPD dan JPN,

khususnya Unit Kurikulum, proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan

media dapat dilaksanakan dengan lebih mudah lagi.

Terdapat banyak jenis kursus, bengkel dan latihan media yang boleh dianjurkan

oleh pihak BTPN dan PKG kepada guru-guru di sekolah-sekolah.

3. Pemantauan

Komponen ini adalah pelengkap di dalam proses pengurusan penggunaan

media di dalam pengajaran dan pembelajaran. Pemantauan penggunaan media

perlu dilakukan dari masa ke semasa agar proses ini akan berjalan secara

berterusan dan tidak bermusim. Sewaktu proses pemantauan berlaku, aktiviti

khidmat bantu boleh diberikan secara terus kepada guru-guru. Ini adalah

salah satu jalan penyelesaian masalah yang baik di mana pihak BTPN dan PKG

mengetahui keadaan sebenar penggunaan media di sekolah-sekolah. Hasil

pemantauan dapat dirumus dan diambil tindakan susulan atau asas

perancangan khidmat bantu PKG dan BTPN kepada sekolah pada masa

akan datang.

16

Page 15: Penggunaan Media Dalam p Dan p

KEKANGAN

Kekangan di dalam penggunaan media tidak dapat dielakkan di dalam melaksanakan

proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan media. Namun, kekangan janganlah

dilihat dari aspek kekurangan dan kelebihan jenis-jenis media. Akan tetapi hendaklah

dilihat dari aspek kekangan prasarana yang memungkinkan pelaksanaan penggunaan media

itu sendiri terbantut.

Terdapat banyak kekangan yang dihadapi oleh pihak sekolah dalam melaksanakan

penggunaan media di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Namun demikian,

kekangan dan masalah ini dapat dirumuskan kepada kelompok-kelompok kecil. Antara

kekangan dan masalah yang dihadapi oleh pihak sekolah dalam mempertingkatkan

penggunaan media adalah seperti berikut :

1. Sekolah-sekolah dibekalkan dengan peralatan media seperti TV, VCR, VCD

dan lain-lain lagi. Namun bilangan yang dibekalkan sedikit, iaitu sebuah atau

2 buah TV bagi setiap sekolah ( bagi kebanyakan sekolah ). Sebaik mungkin

pembekalan jumlah peralatan media perlu ditambah agar penggunaannya

dapat diperluaskan, dan terhad kepada sebilangan kelas atau pelajar sahaja.

Cadangan : Penggunaan peruntukan PCG boleh digunakan untuk

menyelesaikan masalah ini. Selain daripada itu agensi

luar atau PIBG boleh memainkan peranan untuk

menambahkan koleksi peralatan media di sekolah-

sekolah.

17

Page 16: Penggunaan Media Dalam p Dan p

2. Kerosakan yang berlaku pada peralatan media juga boleh membantutkan

usaha pihak sekolah untuk mempertingkatkan penggunaan media. Ini sering

berlaku dan usaha untuk memperbaiki peralatan media ini memerlukan kos

yang agak tinggi sedangkan peruntukan yang sekolah perolehi agak terhad.

Cadangan : Penggunaan peruntukan PCG juga boleh digunakan

untuk menyelesaikan masalah ini. PIBG perlu

memainkan peranan mereka sebagai badan yang boleh

membantu pihak sekolah

3. Kekurangan pengetahuan dari aspek teknikal terhadap peralatan media

mewujudkan perasaan fobia guru-guru terhadap peralatan media.

Cadangan : Pihak BTPN dan PKG telah, sedang dan akan terus

melatih guru-guru menyelesaikan masalah ini. Cuma

pihak pengurusan sekolah perlu memastikan Kursus

Dalaman ‘ In-house Training ‘ perlu dilakukan di

peringkat sekolah masing-masing.

18

Page 17: Penggunaan Media Dalam p Dan p

KEBERKESANAN PENGGUNAAN TV PENDIDIKAN

Pada 19hb Jun 1972, perkhidmatan TV Pendidikan ke sekolah-sekolah di Semenanjung

Malaysia telah dilancarkan oleh Y.A.B. Tun Haji Abdul Razak bin Dato’ Hussein Perdana

Menteri pada ketika itu. TV Pendidikan adalah salah satu projek perkembangan pendidikan

bagi sekolah rendah dan menengah terutama sekali dalam tata rakyat, bahasa, sains dan ilmu

hisab pada waktu itu .

            Perkhidmatan TV Pendidikan telah dapat menyampaikan rancangannya kepada 215

buah sekolah rendah dan 265 buah sekolah menengah. Pada peringakat awal, Sabah dan

Sarawak tidak termasuk dan projek perkhidmatan TV Pendidikan kerana pada ketika itu

sistem penyiaran kebangsaan masih belum diperluaskan ke kedua-dua negeri ini. TV

Pendidikan di Sabah khasnya hanya bermula pada Tahun 1980 yang dilancarkan bersama

dengan Radio Pendidikan On Air melalui RTM Sabah.

Pada Tahun 1999, TV pendidikan melalui ASTRO telah diperkenalkan oleh Kerajaan

Malaysia melalui Kementerian Pelajaran Malaysia yang pada masa itu diterajui oleh YB Tan

Sri Musa Mohamad, Menteri Pendidikan Malaysia. Keputusan Kerajaan memancarkan TV

Pendidikan ke udara melalui ASTRO telah mengurangkan kos tahunan yang sebelum ini

mencecah RM5juta kepada RM400 ribu sahaja. Pemasangan ini telah dapat mengatasi

masalah penerimaan siaran yang agak terhad terutamanya di kawasan pedalaman Sabah dan

Sarawak. Ini terbukti apabila selepas pemasangan set ASTRO, kualiti siaran sangat

memuaskan terutamanya kepada 12 siaran yang termasuk di dalam pakej pendidikan.

19

Page 18: Penggunaan Media Dalam p Dan p

Kesemua saluran yang dimasukkan ke dalam pakej TV Pendidikan mempunyai unsur-

unsur pelajaran dan pengetahuan yang memberi manafaat kepada para pelajar. TV merupakan

salah satu daripada media (Heinich, Molenda dan Rusell, 1993)  atau alat bantu mengajar

yang melibatkan dua pancaindera manusia iaitu pendengaran dan penglihatan. Sebagai satu

media yang melibatkan lebih daripada satu deria,  TV sememangnya akan menambahkan

keberkesanan dalam menyampaikan isi-isi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas1

           

Media dalam pengajaran dan pembelajaran sebagai alat, bahan atau sumber   (konkrit

atau abstrak) juga dapat digunakan dan dieksploitasi oleh seseorang pelajar secara sistematik

untuk tujuan-tujuan mendapatkan maklumat atau mesej-mesej untuk pembelajaran.

20

Page 19: Penggunaan Media Dalam p Dan p

KAJIAN-KAJIAN BERKAITAN PENGGUNAAN MEDIA

Kebanyakkan penyelidikan yang telah dilaksanakan untuk mengkaji penggunaan media

mendapati teknologi yang digunakan (papan tulis elektronik) telah berjaya mengatasi masalah

yang berkait dengan pemisahan di antara pensyarah dengan pelajar (Idrus, 1993; Brande,

1993).  Beberapa kajian juga telah melaporkan paras dan jenis interaksi yang berlaku di

antara pensyarah dan sistem media elektronik yang digunakan (Oliver & McLouglin, 1997)

Kajian awal yang telah dijalankan oleh Nordin (1991) melaporkan bahawa sistem

media elektronik dengan komponen grafiknya mampu memandu pelajar kepada bahan

pembelajaran di samping mempertingkatkan penglibatan pelajar dan tahap kefahaman

mereka.  Juga terdapat kajian yang lain menunjukkan penilaian yang positif terhadap sistem

media sebagai satu proses penyampaian bahan pembelajaran (Atan dan Idrus, 1999).

Selain dari itu kajian juga telah dijalankan terhadap kelebihan penggunaan  TV atau

video, sumber web secara sistematik seperti oleh Maizurah Omar, Fattawi Mokhtar

Selain dari itu kajian juga telah dijalankan terhadap kelebihan penggunaan  TV atau video,

sumber web secara sistematik seperti oleh Maizurah Omar, Fattawi Mokhtar (2000),

Jamaludin Mohaidin (2000), Heinich et al (1996

Mereka berpendapat penggunaan media yang berulang dan dilihat berkali-kali dapat

mempertingkatkan daya ingatan dan kemahiran pelajar.  TV/Video dikatakan dapat

digunakan untuk tujuan pengayaan dan pemulihan.  Malah TV/Video yang direkabentuk

secara khusus dan sistematik boleh menyatukan semua peringkat perkembangan pengajaran

dan pembelajaran ke dalam persembahannya.

Penggunaan unsur gerak bunyi, warna dan cahaya pada video secara langsung dapat menarik

minat perhatian pelajar.  Unsur ini penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana

ia dapat mempertingkatkan kefahaman dan menghindar salah anggapan dan pentafsiran. 

Menurut Fontana(1988) televisyen dan video perlu dilihat sebagai media yang dinamik yang

21

Page 20: Penggunaan Media Dalam p Dan p

dapat meransang tindakbalas luaran atau dalaman yang kadang-kadang mempengaruhi

psikologi seseorang.  Sebagai media pengajaran yang menghampiri konkrit (Dale, 1985)

video yang digunakan secara sistematik dapat merangsang daya imaginasi dan perbincangan. 

Ia dapat menjamin proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar di samping

meningkatkan kefahaman dan menghindar salah tanggapan dan pentafsiran

Manusia dikatakan makhluk yang ‘visually oriented’ dan mereka banyak belajar melalui

penglihatan (Pulley).  Walaupun mereka mendengar dan membaca, apa yang didengar dan

dibaca biasanya akan divisualkan dalam pemikiran mereka untuk mendapatkan konsep atau

makna yang lebih jelas.  Ini selaras dengan kata-kata yang pernah dimadahkan oleh Kung Fu

Tze, seorang pujangga dan ahli falsafah cina;

‘…kalau saya dengar, saya lupa; kalau saya lihat saya ingat; dan kalau saya buat saya tahu…’

Kajian ini juga telah menunjukkan betapa pentingnya peranan guru dalam memastikan

keberkesanan media dalam pengajaran.  Misalnya jika guru menayangkan filem serta

mengaitkan dengan objektif-objektif pembelajaran, maka maklumat yang terima oleh pelajar

akan bertambah.  Misalnya, Ausuble (1968) mengemukakan konsep maklumat awal sebagai

bantuan untuk menghasilkan pengajaran yang berkesan. Contoh maklumat awal ini ialah satu

tinjauan, pengenalan kepada ringkasan penting kepada isi pelajaran, satu pernyataan tentang

prinsip-prinsip yang terkandung dalam maklumat yang akan disampaikannya.  Molstad

(1974) berpendapat media jika digunakan bersama pengajaran ala tradisional akan

meningkatkan proses pengajaran.  Menurut Heinich (1981) pengajaran akan menjadi lebih

berkesan jika penggunaan media dirancang secara sistematik.”

22

Page 21: Penggunaan Media Dalam p Dan p

Kejayaan memancarkan TV Pendidikan melalui ASTRO telah menambahkan jumlah

siaran daripada satu siaran di TV2 sebelum Tahun 2000 kepada 12 siaran pakej pendidikan

termasuk Saluran Khas TV Pendidikan  di Channel 12. Selain penjimatan kos daripada 5 juta

ringgit ke 400 ribu ringgit setahun, guru-guru juga mempunyai lebih banyak pilihan saluran

TV yang sesuai dengan isi kandungan dan objektif pelajaran yang mereka ingin sampaikan.

Walaupun begitu, kekangan demi kekangan yang hadapi untuk memanafaatkan kemudahan

ini kerana masih terdapat banyak sekolah yang tidak mempunyai kemudahan TV, TV rosak

dan tidak dapat dibaiki lagi, tiada sumber tenaga elektrik, tiada minyak diesel dan sebagainya.

23

Page 22: Penggunaan Media Dalam p Dan p

KESIMPULAN

Kesimpulannya, kita sebagai warga pendidik tidak dapat lari dari menggunakan media

sebagai penyampai mesej yang berkesan khususnya kepada guru atau pelajar di sekolah-

sekolah. Hakikat ini perlu diterima. Kita perlu membuka paradigma kita bahawa media

mampu menjadi pemangkin di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sehubungan

dengan itu KPM, JPN, PPD dan sekolah perlu mengikut perkembangan sihat ini dan

menggunakan seberapa banyak peluang yang boleh dalam mengeksploitasikan penggunaan

media di kalangan warga pendidik.

Sementara BTP, PSPN dan PKG, harus menerima hakikat bahawa mereka adalah

peneraju utama dalam memastikan penggunaan media di sekolah-sekolah. Perancangan,

pelaksanaan, pemantauan dan khidmat bantu perlu dilakukan dengan teliti agar guru berasa

selesa menggunakan media dan pelajar akan mendapat manfaat yang sepenuhnya di atas

perkembangan ini.

24

Page 23: Penggunaan Media Dalam p Dan p

Rujukan :

Fred Percival, 1984. Buku Panduan Teknologi Pendidikan ‘, A Hand Book of Educational

Technology, United Kingdom.

Ab. Rahim Selamat, 1989. ‘ Teknologi Sistem Pengajaran ‘, Penerbit Fajar Bakti.

Moldstat, J. 1975, ‘ The Role Of Technology In The Improvement Of Instruction. Penerbit

Fajar Bakti Sdn. Bhd. Shah Alam. Selangor.

Nota Kursus Penggunaan Kreatif Bahan Sumber edaran BTPN Kedah.

Nota Kursus Penggunaan Media Pendidikan edaran BTPN Perak

Kajian Tindakan Keberkesanan Penggunaan TV Pendidikan Dalam P&P BTPN Sabah

25