pendidikan asas vokasional5. pelaksanaan 5.1 waktu pengajaran dan pembelajaran (p&p) 5.2...

30
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 2 2014

Upload: others

Post on 29-Nov-2020

12 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL5. PELAKSANAAN 5.1 Waktu Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) 5.2 Penggunaan Teknologi Dalam P&P 2 2 6. DOKUMEN STANDARD KURIKULUM (DSK) 6.1 Matlamat Modul 6.2

i

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH

PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL

PENDIDIKAN MORAL

TINGKATAN 2

2014

Page 2: PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL5. PELAKSANAAN 5.1 Waktu Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) 5.2 Penggunaan Teknologi Dalam P&P 2 2 6. DOKUMEN STANDARD KURIKULUM (DSK) 6.1 Matlamat Modul 6.2

ii

Page 3: PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL5. PELAKSANAAN 5.1 Waktu Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) 5.2 Penggunaan Teknologi Dalam P&P 2 2 6. DOKUMEN STANDARD KURIKULUM (DSK) 6.1 Matlamat Modul 6.2

DOKUMEN STANDARD

PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL (PAV)

MODUL JATI DIRI

PENDIDIKAN MORAL

TINGKATAN 2

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

iii

Page 4: PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL5. PELAKSANAAN 5.1 Waktu Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) 5.2 Penggunaan Teknologi Dalam P&P 2 2 6. DOKUMEN STANDARD KURIKULUM (DSK) 6.1 Matlamat Modul 6.2

iv

Copyright © 2013 Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia Aras 4-8, Blok E9, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62600 Putrajaya Cetakan Pertama 2013 Tidak dibenarkan mengeluarkan ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa cara pun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau lain-lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 WP Putrajaya

Page 5: PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL5. PELAKSANAAN 5.1 Waktu Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) 5.2 Penggunaan Teknologi Dalam P&P 2 2 6. DOKUMEN STANDARD KURIKULUM (DSK) 6.1 Matlamat Modul 6.2

v

KANDUNGAN

1. RUKUN NEGARA

vi

2. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

vii

3. KATA PENGANTAR

viii

4. PENGENALAN 4.1 Matlamat Pendidikan Asas Vokasional 4.2 Objektif Pendidikan Asas Vokasional 4.3 Kurikulum Berasaskan Kompetensi 4.4 Kurikulum Modular Berasaskan Standard

1 1 2 2

5. PELAKSANAAN 5.1 Waktu Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) 5.2 Penggunaan Teknologi Dalam P&P

2 2

6. DOKUMEN STANDARD KURIKULUM (DSK) 6.1 Matlamat Modul 6.2 Objektif Modul 6.3 Fokus Modul 6.4 Organisasi Standard Kurikulum 6.5 Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Kriteria Pencapaian

4 4 4 6 11-29

Page 6: PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL5. PELAKSANAAN 5.1 Waktu Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) 5.2 Penggunaan Teknologi Dalam P&P 2 2 6. DOKUMEN STANDARD KURIKULUM (DSK) 6.1 Matlamat Modul 6.2

vi

RUKUN NEGARA BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh

masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat

dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaan yang kaya dan

berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut

berdasarkan prinsip-prinsip berikut :

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN

Page 7: PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL5. PELAKSANAAN 5.1 Waktu Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) 5.2 Penggunaan Teknologi Dalam P&P 2 2 6. DOKUMEN STANDARD KURIKULUM (DSK) 6.1 Matlamat Modul 6.2

vii

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan

bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan

kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan,

berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap

keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Page 8: PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL5. PELAKSANAAN 5.1 Waktu Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) 5.2 Penggunaan Teknologi Dalam P&P 2 2 6. DOKUMEN STANDARD KURIKULUM (DSK) 6.1 Matlamat Modul 6.2

viii

Kata Pengantar Dokumen Standard Kurikulum (DSK) ialah dokumen yang bertujuan untuk memenuhi cita-cita murni dan semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, dan menyediakan murid menghadapi arus globalisasi serta ekonomi berasaskan pengetahuan pada abad ke-21. Dokumen ini menyarankan strategi pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi pelbagai aktiviti dan penggunaan sumber. Guru digalakkan menggunakan kreativiti untuk memilih, menyusun dan mengolah aktiviti mengikut kesesuaian murid. DSK ini diharapkan dapat membantu guru merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara berkesan. Dalam melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, guru diharapkan dapat memberikan penekanan pada unsur bernilai tambah, iaitu kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai, pembelajaran kontekstual, dan pembelajaran konstruktivisme. Di samping itu, nilai murni dan semangat patriotik dan kewarganegaraan tetap diutamakan. Semua elemen ini diharapkan dapat memberikan keyakinan kepada murid dan boleh diaplikasikan dalam kehidupan harian dan dunia pekerjaan. DSK ini menjelaskan standard pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid berasaskan pendekatan masteri. Hasil pembelajaran tersebut dinyatakan secara eksplisit mengikut tahap kesukaran isi kandungan dan tahap keupayaan murid. Kandungan DSK ini menggariskan standard pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Pernyataan dalam Standard Pembelajaran memberikan cabaran yang sesuai dengan murid pada tahap tertinggi dalam pendidikan sekolah menengah. DSK ini seharusnya dapat membantu guru merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Dalam menyediakan DSK yang dibangunkan ini banyak pihak yang terlibat terutama guru, pensyarah, penyelidik, eksekutif industri, pegawai Kementerian Pendidikan Malaysia dan individu yang mewakili badan-badan tertentu. Kepada semua pihak yang telah memberikan sumbangan kepakaran, masa, dan tenaga sehingga terhasilnya DSK ini, Bahagian Pembangunan Kurikulum merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih.

(Dr. MASNAH BINTI ALI MUDA) Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Page 9: PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL5. PELAKSANAAN 5.1 Waktu Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) 5.2 Penggunaan Teknologi Dalam P&P 2 2 6. DOKUMEN STANDARD KURIKULUM (DSK) 6.1 Matlamat Modul 6.2

1

PENGENALAN

Struktur Kurikulum Standard Pendidikan Asas Vokasional (PAV) digubal berlandaskan prinsip-prinsip Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kurikulum Standard Pendidikan Moral bagi Pendidikan Asas Vokasional ialah satu mata pelajaran yang mendidik murid supaya menjadi insan yang bermoral dan berakhlak mulia dengan menekankan aspek perkembangan penaakulan moral, perasaan moral dan perlakuan moral. Kurikulum Standard Pendidikan Moral bagi Pendidikan Asas Vokasional memberi tumpuan kepada usaha memupuk kekuatan kerohanian dan moraliti murid melalui penghayatan dan amalan nilai-nilai universal yang terdapat dalam agama, tradisi dan adat resam pelbagai kaum di negara ini. Dengan itu murid dapat menjadikan nilai-nilai universal sebagai panduan hidup yang membolehkan mereka menjadi insan yang bermoral. Ini membolehkan mereka menjadi individu yang berintegriti dan bermoral terhadap setiap keputusan serta tindakan yang dilakukan. Mata pelajaran ini juga memberi peluang kepada murid menguasai kemahiran-kemahiran tertentu seperti kemahiran generik, kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran menyelesaikan konflik dan kemahiran sosial. Penguasaan kemahiran-kemahiran ini juga akan menyediakan murid menghadapi dunia teknologi maklumat dan komunikasi dengan pengetahuan dan kemahiran kebolehkerjaan. Penguasaan kemahiran ini juga akan membantu melahirkan modal insan yang berkemahiran. Murid juga digalakkan mencari dan memperoleh sumber-sumber maklumat melalui teknologi maklumat dan komunikasi seperti Internet, CD-ROM, e-mail dan sidang telekomunikasi. Aktiviti seperti ini dapat berfungsi sebagai perangsang dan pemangkin kepada kewujudan masyarakat Malaysia yang celik teknologi.

Matlamat Pendidikan Asas Vokasional Matlamat PAV adalah untuk menyediakan peluang kepada murid lepasan UPSR menjadi modal insan berkemahiran bekerja dan bersedia melanjutkan pembelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Objektif Pendidikan Asas Vokasional Objektif PAV adalah untuk menjadikan aliran pendidikan vokasional sebagai pilihan selain daripada aliran perdana yang sedia ada. Ini bersesesuaian dengan murid berisiko untuk tercicir, agar dapat menimbulkan minat belajar yang berterusan terutama dalam bidang kerja tangan. PAV dilihat mampu menggilap potensi belajar murid melalui kurikulum yang dapat memberikan kemahiran generik asas dan kemahiran spesifik pekerjaan. Kemahiran ini, yang memang dituntut oleh majikan dan industri, akan menanam kemahiran yang menjadi asas kepada pembentukan sahsiah dan pembangunan karakter yang mantap. PAV turut menyediakan murid dengan pengetahuan dan kemahiran pekerjaan serta memberikan pendedahan dan bimbingan agar mereka kritis, kreatif

Page 10: PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL5. PELAKSANAAN 5.1 Waktu Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) 5.2 Penggunaan Teknologi Dalam P&P 2 2 6. DOKUMEN STANDARD KURIKULUM (DSK) 6.1 Matlamat Modul 6.2

2

dan inovatif. Melalui aktiviti yang menarik dan berkesan, murid dapat membuat keputusan dalam mencorakkan masa depan serta menerap dan mengembangkan kompetensi keusahawanan serta menjana budaya niaga.

Kurikulum Berasaskan Kompetensi Kurikulum PAV adalah menggunakan konsep Kurikulum Berasaskan Kompetensi yang membenarkan murid mengulang semula kompetensi yang belum dicapai sehingga murid PAV kompeten sesuatu kemahiran yang di perlukan oleh Kriteria Pencapaian. Kurikulum Modular Berasaskan Standard Kurikulum Pendidikan Asas Vokasional digubal dalam bentuk pernyataan Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Kriteria Pencapaian yang mengandungi elemen pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dikenal pasti perlu dikuasai oleh murid.

Standard Kandungan Pernyataan spesifik tentang disiplin ilmu yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Standard Pembelajaran Satu penetapan kriteria untuk memastikan kualiti pembelajaran dan pencapaian bagi setiap Standard Kandungan Kriteria Pencapaian Kriteria pencapaian adalah kenyataan yang mengkhususkan apa yang perlu ditaksir dan tahap pencapaian yang diperlukan bagi setiap Standard Pembelajaran.

PELAKSANAAN

Waktu Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Waktu P&P modul ini diperuntukkan sebanyak 3 waktu seminggu selama 35 minggu menjadikan keseluruhan 105 waktu setahun. Guru berlatarbelakang opsyen Pendidikan Moral paling sesuai mengajar modul ini. Pelaksanaan modul ini hendaklah menggunakan prasarana yang sedia ada. Jika sekolah mempunyai kekurangan prasarana, guru haruslah membuat perancangan supaya pengajaran ini dapat dilaksanakan sebaik mungkin.

Page 11: PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL5. PELAKSANAAN 5.1 Waktu Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) 5.2 Penggunaan Teknologi Dalam P&P 2 2 6. DOKUMEN STANDARD KURIKULUM (DSK) 6.1 Matlamat Modul 6.2

3

Penggunaan Teknologi Dalam P&P Dicadangkan, guru boleh menggunakan bahan/peralatan sebenar yang sedia ada untuk mengajar modul ini. Sekiranya kemahiran masih belum dapat dikuasai sepenuhnya maka ia boleh diperkukuhkan secara merentas kurikulum dalam disiplin ilmu lain. Guru perlulah kreatif dalam P&P yang melibatkan penggunaan bahan/peralatan di bilik darjah/bengkel/makmal/ladang/lapangan. Guru perlu mengolah P&P supaya mengintegrasikan TMK serta keusahawanan dapat diaplikasikan.

Page 12: PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL5. PELAKSANAAN 5.1 Waktu Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) 5.2 Penggunaan Teknologi Dalam P&P 2 2 6. DOKUMEN STANDARD KURIKULUM (DSK) 6.1 Matlamat Modul 6.2

4

DOKUMEN STANDARD KURIKULUM

PENDIDIKAN MORAL

Page 13: PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL5. PELAKSANAAN 5.1 Waktu Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) 5.2 Penggunaan Teknologi Dalam P&P 2 2 6. DOKUMEN STANDARD KURIKULUM (DSK) 6.1 Matlamat Modul 6.2

5

DOKUMEN STANDARD KURIKULUM (DSK) Matlamat Modul Kurikulum Standard Pendidikan Moral bagi Pendidikan Asas Vokasional bermatlamat membentuk insan berakhlak mulia dan

berintegriti yang berpegang teguh kepada nilai universal berasaskan prinsip moral untuk melahirkan modal insan yang berkemahiran

dan boleh menyumbang ke arah kesejahteraaan negara serta masyarakat global. Objektif Modul

Di akhir modul ini, murid akan dapat; .

1. Mengenal pasti nilai-nilai universal berasaskan prinsip moral 2. Mengamalkan budi pekerti mulia berasaskan prinsip moral 3. Mengamalkan perlakuan bermoral secara bertanggungjawab dan akauntabiliti 4. Melaksanakan tanggungjawab moral dan sosial untuk kesejahteraan diri dengan keluarga,jiran,sekolah,masyarakat dan negara 5. Menghayati dan mengamalkan nilai-nilai universal dalam kehidupan seharian bagi melengkapkan diri dengan pengetahuan dan

kemahiran kebolehkerjaan

Fokus Modul Kurikulum Standard Pendidikan Asas Vokasional dalam bidang Pendidikan Moral memberi penekanan kepada asas pengetahuan berteraskan kepada perkembangan dan penggabungan domain pengetahuan kerjaya, kompetensi kemahiran teknikal dengan menerapkan aspek keselamatan, teknologi hijau dan keusahawanan. Asas Kemahiran Pemikiran Sejarah dan nilai (kewarganegaraan dan sivik) yang boleh membina jati diri dalam kalangan murid. Kesepaduan ini berjalan serentak dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Kurikulum ini memberikan tumpuan kepada latar belakang sejarah tanah air, demografi dan warisan sosiobudaya untuk memberi pengetahuan yang lebih jelas kepada murid. Justeru, kurikulum ini juga memberi tumpuan kepada penghayatan dan pemupukan nilai kewarganegaraan serta jati diri murid dalam mewujudkan semangat daya saing. Selain itu, menekankan Asas Kemahiran Pemikiran Sejarah bagi membolehkan murid kreatif dan berkeyakinan dalam berkomunikasi untuk menghadapi abad ke-21.

Page 14: PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL5. PELAKSANAAN 5.1 Waktu Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) 5.2 Penggunaan Teknologi Dalam P&P 2 2 6. DOKUMEN STANDARD KURIKULUM (DSK) 6.1 Matlamat Modul 6.2

F O K U S M A T A P E L A J A R A N

INS A N

BERA KHLA K M ULIA

PE NAAKULANMORAL

PERASAAN MO RAL

PE RLAKUAN MO RAL

i. Penaakulan Moral Keupayaan mental untuk menaakul dalam situasi yang kabur demi mengenal pasti perlakuan baik dan jahat, salah dan benar.

Keupayaan mental dapat merungkai dan menyelesaikan dilema moral sebaik mungkin secara autonomi, rasional dan objektif. ii. Perasaan Moral Kesedaran hati nurani yang menyebabkan insan berasa gembira apabila membuat sesuatu yang betul dan rasa bersalah jika

melakukan sesuatu yang tidak betul. iii. Perlakuan Moral Tindakan berdasarkan penaakulan moral dan perasaan moral yang dilakukan secara rela hati dengan rasa tanggungjawab

dan akauntabiliti.

Page 15: PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL5. PELAKSANAAN 5.1 Waktu Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) 5.2 Penggunaan Teknologi Dalam P&P 2 2 6. DOKUMEN STANDARD KURIKULUM (DSK) 6.1 Matlamat Modul 6.2

O R G A N I S A S I K A N D U N G A N Kurikulum Standard Pendidikan Moral Sekolah Menengah bagi Pendidikan Asas Vokasional digubal mengikut tema dan mengandungi tiga (3) tema yang menjadi wahana untuk menyampaikan nilai-nilai universal. Penggubalan tema ini mengambil kira struktur hubungan murid dengan persekitarannya. Tema-tema tersebut adalah seperti berikut :

TINGKATAN

TEMA

1 hingga 3

Diri, Keluarga dan Persahabatan Diri, Komuniti dan Masyarakat

Moraliti, Peraturan dan Undang-Undang

Bagi membolehkan nilai-nilai universal dipupuk secara berterusan dalam diri murid, nilai yang sama diajar setiap tahun iaitu dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3. Walaupun nilai itu diulang, tema dan standard kandungan adalah berbeza selaras dengan tahap perkembangan dan kematangan murid. Nilai-nilai universal Kurikulum Standard Pendidikan Moral Sekolah Menengah bagi Pendidikan Asas Vokasional adalah seperti berikut :

Page 16: PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL5. PELAKSANAAN 5.1 Waktu Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) 5.2 Penggunaan Teknologi Dalam P&P 2 2 6. DOKUMEN STANDARD KURIKULUM (DSK) 6.1 Matlamat Modul 6.2

1. Kepercayaan Kepada Tuhan Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala suruhanNya berlandaskan pegangan agama masing-masing selaras dengan prinsip Rukun Negara. 2. Baik Hati

Kepekaan terhadap perasaan dan kebajikan orang lain dengan memberi bantuan dan sokongan secara tulus ikhlas. 3. Bertanggungjawab Kesanggupan untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna. 4. Berdikari Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain. 5. Harga Diri

Memulia dan menjaga maruah diri dalam kehidupan. 6. Hemah Tinggi Beradab dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan sesama manusia. 7. Hormat Menghargai seseorang dan peraturan institusi sosial. 8. Kasih Sayang Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlas.

Page 17: PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL5. PELAKSANAAN 5.1 Waktu Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) 5.2 Penggunaan Teknologi Dalam P&P 2 2 6. DOKUMEN STANDARD KURIKULUM (DSK) 6.1 Matlamat Modul 6.2

9. Kebebasan Boleh melakukan sesuatu tanpa batasan asalkan kebebasan itu tertakluk kepada peraturan dan undang-undang yang ditentukan oleh agama, masyarakat dan negara. 10. Keberanian

Kesanggupan untuk menghadapi cabaran dengan yakin dan tabah hati. 11. Kejujuran

Kewajipan bercakap benar bersikap amanah dan ikhlas dalam setiap perlakuan. 12. Kerajinan

Usaha yang berterusan penuh dengan semangat ketekunan, kecekalan, kegigihan,dedikasi dan berdaya maju dalam melakukan sesuatu perkara. 13. Kerjasama

Usaha yang baik dan membina yang dilakukan secara bersama pada peringkat individu, komuniti, masyarakat atau negara untuk mencapai sesuatu matlamat. 14. Kesederhanaan Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sama ada dalam pemikiran, pertuturan atau perlakuan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain. 15. Kesyukuran Perasaan dan perlakuan yang dilahirkan secara ikhlas di atas nikmat dan kesenangan yang diperolehi.

Page 18: PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL5. PELAKSANAAN 5.1 Waktu Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) 5.2 Penggunaan Teknologi Dalam P&P 2 2 6. DOKUMEN STANDARD KURIKULUM (DSK) 6.1 Matlamat Modul 6.2

16. Rasional Boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata dan dapat mengambil tindakan berasaskan pertimbangan yang wajar. 17. Patriotisme Bangga dan taat setia kepada negara. 18. Toleransi Kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri bagi mengelakkan berlaku pertelingkahan dan perselisihan faham.

Page 19: PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL5. PELAKSANAAN 5.1 Waktu Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) 5.2 Penggunaan Teknologi Dalam P&P 2 2 6. DOKUMEN STANDARD KURIKULUM (DSK) 6.1 Matlamat Modul 6.2

PEMUPUKAN KEMAHIRAN MENERUSI PENDIDIKAN MORAL Kemahiran Utama Pendidikan Moral memberi peluang kepada murid menguasai kemahiran-kemahiran tertentu seperti kemahiran generik, kemahiran

berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran menyelesaikan konflik dan kemahiran sosial. Penguasaan kemahiran-kemahiran ini

akan membolehkan murid menghadapi dunia ledakan maklumat dan alaf baru dengan penuh keyakinan dan sikap

bertanggungjawab sosial dan moral. Penguasaan kemahiran ini juga akan membantu pembinaan daya tahan dan kebolehan

menghadapi segala tekanan dan cabaran hidup dalam kalangan murid. Mengajar murid kemahiran-kemahiran ini boleh dianggap

sebagai satu cara memupuk dan merangsang perkembangan moral mereka.

Kemahiran Penyelesaian Konflik

Guru boleh mengajar kemahiran penyelesaian konflik yang akan membantu murid membuat keputusan berasaskan nilai dengan

mengambil kira perbezaan nilai yang ada pada diri sendiri dan orang lain. Penguasaan kemahiran penyelesaian konflik melalui

Pendidikan Moral boleh membantu murid berhubung atau berkomunikasi dengan orang lain secara lebih berkesan dan

mengelakkan sebarang konflik.

Kemahiran Pemikiran Kritikal

Guru juga perlu mengajar murid cara menggunakan kemahiran pemikiran kritikal berpandukan pengetahuan moral supaya murid

dapat menilai sama ada sesuatu tindakan atau perkara itu bermoral atau tidak. Dalam konteks ini, pengajaran kemahiran ini akan

membantu menyemai nilai moral dalam jiwa murid. Kemahiran pemikiran kritikal ini juga membantu murid menyelesaikan masalah

dan membuat keputusan yang lebih baik dan seterusnya berjaya dalam kerjaya mereka.

Page 20: PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL5. PELAKSANAAN 5.1 Waktu Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) 5.2 Penggunaan Teknologi Dalam P&P 2 2 6. DOKUMEN STANDARD KURIKULUM (DSK) 6.1 Matlamat Modul 6.2

Kemahiran Pemikiran Kreatif Kebolehan berfikir secara kreatif membantu murid mencari cara penyelesaian dan alternatif yang lebih baik ketika menghadapi

masalah dan konflik dalam kehidupan. Pendidikan Moral memberi peluang kepada murid untuk berfikir secara kreatif dalam

menjalankan aktiviti yang bermanfaat untuk diri sendiri dan orang lain.

Kemahiran Menentang Tekanan Rakan Sebaya

Penguasaan kemahiran menentang tekanan rakan sebaya sangat penting dalam pendidikan nilai atau moral, khususnya apabila

kemahiran ini digunakan dalam usaha pencegahan salah guna dadah atau sebarang bentuk salah laku yang lain. Mengajar murid

menentang tekanan rakan sebaya tidak bermakna mengajar mereka tidak mempedulikan nasihat yang baik daripada rakan sebaya

tetapi mengajar murid supaya berfikir, berbincang dengan sumber lain dan mempertahankan nilai moral diri.

Kemahiran Mengkaji Masa Depan

Pendidikan Moral memupuk kemahiran mengkaji masa depan dalam kalangan murid iaitu pendekatan pembelajaran yang

membolehkan murid menyedari tentang isu atau permasalahan yang berlaku pada masa lampau, masa kini dan masa depan. Ini

membantu murid membuat ramalan, menjangka akibat serta bersedia menyesuaikan diri terhadap perubahan yang mungkin

berlaku.

Page 21: PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL5. PELAKSANAAN 5.1 Waktu Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) 5.2 Penggunaan Teknologi Dalam P&P 2 2 6. DOKUMEN STANDARD KURIKULUM (DSK) 6.1 Matlamat Modul 6.2

Kemahiran Teknologi Maklumat Dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral, murid diberi kesempatan mencari dan memperoleh sumber-sumber

maklumat yang tepat melalui Teknologi Maklumat dan Komunikasi seperti Internet, laman web, e-mail, CD-Rom dan sidang

telekomunikasi. Aktiviti seperti ini dapat berfungsi sebagai perangsang dan pemangkin kepada perkembangan minda murid. Selain

itu melalui Pendidikan Moral, murid dapat membuat pertimbangan dengan mencari maklumat yang positif dan mengelakkan

mereka daripada melayari laman-laman web yang berunsur negatif.

Kemahiran Sosial

Kemahiran sosial memberi penekanan kepada kebolehan murid untuk berkomunikasi dengan orang lain dalam sesuatu situasi

yang boleh diterima oleh masyarakat dan pada masa yang sama bermanfaat kepada diri dan orang lain. Kemahiran sosial ini boleh

diajar dengan menggunakan pelbagai kaedah pengajaran.

Page 22: PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL5. PELAKSANAAN 5.1 Waktu Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) 5.2 Penggunaan Teknologi Dalam P&P 2 2 6. DOKUMEN STANDARD KURIKULUM (DSK) 6.1 Matlamat Modul 6.2

PENILAIAN Bagi mengukur pembelajaran murid dalam Kurikulum Standard Pendidikan Moral Sekolah Menengah bagi Pendidikan Asas

Vokasional dari segi penaakulan moral, perasaan moral dan perlakuan moral, pelbagai kaedah penilaian digunakan. Beberapa

bentuk penilaian yang boleh dijalankan ialah ujian, tugasan individu dan berkumpulan, pemerhatian, senarai semak dan kerja amal.

Dalam merancang dan melaksanakan kurikulum ini, tumpuan diberikan kepada perkembangan dan penguasaan kemahiran berfikir

serta kemahiran belajar. Ini membolehkan murid membuat keputusan secara bijak dan rasional dalam menghadapi cabaran hidup.

Kepelbagaian kecerdasan dan latar belakang murid perlu diambil kira bagi memupuk, mengukuh dan memperkayakan

pengalaman pembelajaran mereka. Usaha ini diharap membentuk insan yang peka kepada isu atau konflik yang berlaku dan

mampu membuat ramalan, menjangka akibat serta mengendalikan perubahan yang berlaku ke arah keharmonian dan

kecemerlangan hidup.

Page 23: PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL5. PELAKSANAAN 5.1 Waktu Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) 5.2 Penggunaan Teknologi Dalam P&P 2 2 6. DOKUMEN STANDARD KURIKULUM (DSK) 6.1 Matlamat Modul 6.2

PEMETAAN STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN PROGRAM ASAS VOKASIONAL (PAV) TINGKATAN 1-3

BAGI MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN

1. Membentuk kecemerlangan diri, keluarga dan persahabatan Di akhir Tingkatan 3, murid akan dapat : Menyatakan, menceritakan, menyenaraikan, menyedari dan mengamalkan ajaran agama dalam kehidupan seharian. Cadangan Nilai: Nilai kepercayaan kepada Tuhan Nilai baik hati Nilai hemah tinggi Nilai hormat Nilai harga diri Nilai kasih sayang Nilai kesyukuran Nilai bertanggungjawab

TINGKATAN 1

TINGKATAN 2

TINGKATAN 3

1.1 Mengenal pasti kepelbagaian agama dan kepercayaan masyarakat Malaysia

1.1 Menghargai anugerah Tuhan

1.1 Melaksanakan ajaran agama atau kepercayaan masing- masing

1.2 Melaksanakan tanggungjawab untuk mencapai kecemerlangan diri

1.2 Membentuk perwatakan diri yang cemerlang

1.2 Membina kecemerlangan diri

1.3 Melaksanakan tanggungjawab dalam keluarga

1.3 Melaksanakan cara hidup keluarga bahagia

1.3 Mengekalkan tradisi kekeluargaan.

1.4 Menjalin persahabatan dengan rakan sebaya

1.4 Menjalin persahabatan yang baik

1.4 Memuliakan persahabatan

Page 24: PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL5. PELAKSANAAN 5.1 Waktu Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) 5.2 Penggunaan Teknologi Dalam P&P 2 2 6. DOKUMEN STANDARD KURIKULUM (DSK) 6.1 Matlamat Modul 6.2

2. Melaksanakan kecemerlangan diri dalam komuniti dan masyarakat Di akhir Tingkatan 3, murid akan dapat : Menyatakan, menyenaraikan, menyedari, menunjukkan dan mengamalkan tanggungjawab diri. Cadangan Nilai: Nilai berdikari Nilai bertanggungjawab Nilai kerjasama Nilai patriotisme Nilai toleransi Nilai rasional Nilai kerajinan

TINGKATAN 1

TINGKATAN 2

TINGKATAN 3

2.1 Mengamalkan gaya hidup sihat

2.1 Membentuk diri menjadi remaja berhemah

2.1 Melibatkan diri dalam kegiatan sosial masyarakat

2.2 Mengekalkan kesejahteraan hidup berjiran

2.2 Menghargai kepelbagaian perayaan di Malaysia

2.2 Membina semangat kekitaan

2.3 Menjaga keselamatan kawasan kediaman

2.3 Menyumbang ke arah

pembentukan masyarakat penyayang

2.3 Menyumbang ke arah

melahirkan masyarakat cemerlang

2.3 Mengekalkan keindahan alam sekitar di tempat awam

2.4 Melaksanakan aktiviti kitar semula

2.4 Mengamalkan 5R (Reduce, Reuse, Recycle, Repair, Rethink)

Page 25: PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL5. PELAKSANAAN 5.1 Waktu Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) 5.2 Penggunaan Teknologi Dalam P&P 2 2 6. DOKUMEN STANDARD KURIKULUM (DSK) 6.1 Matlamat Modul 6.2

3. Mematuhi moraliti, peraturan dan undang-undang Di akhir Tingkatan 3, murid akan dapat : Menyatakan, menyenaraikan, menyedari, menceritakan, melaksanakan dan menunjukkan penghargaan kepada masyarakat sejagat. Cadangan Nilai: Nilai kasih sayang Nilai kerjasama Nilai kejujuran Nilai kesederhanaan Nilai keberanian Nilai bertanggungjawab Nilai kebebasan

TINGKATAN 1

TINGKATAN 2

TINGKATAN 3

3.1 Mengamalkan adab di rumah

3.1 Mengamalkan adab di tempat awam

3.1 Mengamalkan adab dalam majlis rasmi

3.2 Mengelakkan ketagihan yang membawa mudarat

3.2 Mengamalkan Etika Alam Siber

3.2 Menghindarkan diri daripada terlibat dalam jenayah juvenil

3.3 Mematuhi peraturan di sekolah

3.3 Mematuhi Peraturan dan Undang-Undang Jalan Raya

3.3 Mematuhi hak kebebasan bersuara

3.4 Mengamalkan peraturan keluarga

3.4 Menghormati norma kejiranan

3.4 Memelihara norma dalam komuniti

3.5 Mematuhi Hak Kanak- Kanak

3.5 Menjauhi perlakuan rasuah

3.5 Mematuhi undang- undang untuk kedamaian sejagat

Page 26: PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL5. PELAKSANAAN 5.1 Waktu Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) 5.2 Penggunaan Teknologi Dalam P&P 2 2 6. DOKUMEN STANDARD KURIKULUM (DSK) 6.1 Matlamat Modul 6.2

TINGKATAN 2 : TEMA 1 DIRI, KELUARGA DAN PERSAHABATAN

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN KRITERIA PENCAPAIAN

1.0 Membentuk kecemerlangan diri, keluarga dan persahabatan

1.1 Menghargai anugerah Tuhan

1.1.1 Menyatakan ciptaan Tuhan. 1.1.2 Menyatakan kepentingan ciptaan Tuhan. 1.1.3 Menyatakan kesedaran kesan pengabaian anugerah Tuhan. 1.1.4 Mengamalkan cara menghargai ciptaan Tuhan.

1.2 Membentuk perwatakan diri yang cemerlang

1.2.1 Menyatakan kelebihan dan kelemahan diri. 1.2.2 Menyatakan kesedaran menggunakan kelebihan diri untuk mencapai kecemerlangan. 1.2.3 Menyatakan kesedaran memperbaiki kelemahan diri untuk mencapai kecemerlangan. 1.2.4 Mengamalkan kelebihan diri untuk kebaikan semua.

1.3 Melaksanakan cara hidup keluarga bahagia

1.3.1 Menyenaraikan ciri-ciri keluarga bahagia. 1.3.2 Menyatakan kesedaran mempunyai keluarga bahagia. 1.3.3 Mengamalkan cara hidup keluarga bahagia.

1.4 Menjalin persahabatan yang baik

1.4.1 Menyenaraikan ciri-ciri sahabat yang baik. 1.4.2 Menyatakan perasaan mempunyai sahabat yang baik. 1.4.3 Membina persahabatan yang baik dalam kehidupan seharian.

Page 27: PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL5. PELAKSANAAN 5.1 Waktu Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) 5.2 Penggunaan Teknologi Dalam P&P 2 2 6. DOKUMEN STANDARD KURIKULUM (DSK) 6.1 Matlamat Modul 6.2

TINGKATAN 2 : TEMA 2 DIRI, KOMUNITI DAN MASYARAKAT

STANDARD KANDUNGAN STANDARD

PEMBELAJARAN KRITERIA PENCAPAIAN 2.0 Melaksanakan kecemerlangan diri dalam komuniti dan masyarakat

2.1 Membentuk diri menjadi remaja berhemah

2.1.1 Menyenaraikan ciri-ciri remaja yang berhemah. 2.1.2 Menyatakan kesedaran pentingnya menjadi remaja berhemah. 2.1.3 Mengamalkan ciri-ciri remaja berhemah dalam kehidupan seharian.

2.2 Menghargai kepelbagaian sambutan perayaan di Malaysia

2.2.1 Menyenaraikan perayaan pelbagai kaum di Malaysia. 2.2.2 Menyatakan kesedaran kebaikan sambutan perayaan pelbagai kaum di Malaysia. 2.2.3 Mengamalkan cara menghormati perayaan pelbagai kaum di Malaysia.

2.3 Menyumbang ke arah

pembentukan masyarakat penyayang

2.3.1 Menyenaraikan golongan masyarakat yang perlu diberi perhatian. 2.3.2 Menyatakan bentuk bantuan yang perlu diberikan kepada golongan yang memerlukan perhati 2.3.3 Menyatakan kesedaran pentingnya memberi bantuan kepada golongan yang memerlukan perhatian. 2.3.4 Mengamalkan ciri-ciri masyarakat penyayang dalam kehidupan seharian.

Page 28: PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL5. PELAKSANAAN 5.1 Waktu Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) 5.2 Penggunaan Teknologi Dalam P&P 2 2 6. DOKUMEN STANDARD KURIKULUM (DSK) 6.1 Matlamat Modul 6.2

2.4 Melaksanakan aktiviti kitar semula

2.4.1 Menyenaraikan bahan-bahan yang boleh dikitar semula. 2.4.2 Menyatakan kesedaran pentingnya aktiviti kitar semula. 2.4.3 Mengamalkan aktiviti kitar semula untuk menjana pendapatan.

Page 29: PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL5. PELAKSANAAN 5.1 Waktu Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) 5.2 Penggunaan Teknologi Dalam P&P 2 2 6. DOKUMEN STANDARD KURIKULUM (DSK) 6.1 Matlamat Modul 6.2

TINGKATAN 2 : TEMA 3 MORALITI, PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG

STANDARD KANDUNGAN STANDARD

PEMBELAJARAN KRITERIA PENCAPAIAN

3.0 Mematuhi moraliti, peraturan dan undang-undang

3.1 Mengamalkan adab di tempat awam

3.1.1 Menyenaraikan adab di tempat awam. 3.1.2 Menyatakan kesedaran pentingnya tingkah laku beradab di tempat awam. 3.1.3 Mengamalkan tingkah laku beradab ketika berada di tempat awam.

3.2 Mengamalkan Etika Alam Siber

3.2.1 Menyatakan etika penggunaan internet. 3.2.2 Menyatakan kesedaran kesan penggunaan internet. 3.2.3 Mematuhi etika penggunaan internet dalam kehidupan seharian.

3.3 Mematuhi Peraturan dan Undang-Undang Jalan Raya

3.3.1 Menyenaraikan peraturan dan undang-undang ketika berada di jalan raya. 3.3.2 Menyatakan kesedaran pentingnya mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya. 3.3.3 Mengamalkan peraturan dan undang-undang jalan raya dalam kehidupan seharian.

3.4 Menghormati norma kejiranan

3.4.1 Menyenaraikan norma kejiranan. 3.4.2 Menyatakan kesedaran pentingnya amalan norma kejiranan dalam kehidupan 3.4.3 Mengamalkan norma kejiranan dalam kehidupan.

3.5 Menjauhi perlakuan rasuah

3.5.1 Menyenaraikan kesan perlakuan rasuah. 3.5.2 Menyatakan kesedaran pentingnya menjauhi rasuah. 3.5.3 Mengamalkan hidup sihat tanpa rasuah.

Page 30: PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL5. PELAKSANAAN 5.1 Waktu Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) 5.2 Penggunaan Teknologi Dalam P&P 2 2 6. DOKUMEN STANDARD KURIKULUM (DSK) 6.1 Matlamat Modul 6.2

20

Terbitan: