penggunaan internet dlm p&p

25
EDU 3053 teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran Penggunaan Internet Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Nama : Lim Soo Wen (2013272340030) Tee Pei See (2013272340041) Nama Pensyarah : En. Adnan Bin Omar

Upload: jiapin-chong-jiabin

Post on 13-Dec-2015

247 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

DSKP bahasa cina kssr matematik tahun 2Standard kandungan Standard Pembelajaran kurikulum standard sekolah rendah bahasa cina tahun 2 sjk sekolah jenis kebangasaan

TRANSCRIPT

EDU 3053 teknologi dalam pengajaran dan

pembelajaran

Penggunaan Internet Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

Nama : Lim Soo Wen (2013272340030)

Tee Pei See (2013272340041)

Nama Pensyarah : En. Adnan Bin Omar

PENGENALAN

Sistem pendidikan berubah kerana perubahan taraf social masyarakat: Era Agrarian Era Industri Era

Teknologi Maklumat.

Anjakan sistem daripada Teori Behaviorisme Cognitivisme

Construktivisme Connectivisme.

TEORI CONNECTIVISME

Menurut George Siemens (2004) connectivisme merupakan teori pembelajaran yang digunakan untuk era digital.

Merupakan alternatif bagi teori pembelajaran pada abad digital.

Menjelaskan pembelajaran ialah proses yang berlaku berdasarkan kepelbagaian pemindahan unsur-unsur secara berterusan.

TEORI CONNECTIVISME

Titik permulaan pembelajaran bermula apabila individu menyalurkan maklumat ke dalam rangkaian, kemudiannya diterima oleh individu lain dan seterusnya menyalurkan semula ke dalam rangkaian. Ia akan menjadi satu kitaran dalam rangkaian.

Penting bagi individu untuk menentukan sama ada maklumat yang banyak dalam rangkaian itu sesuai dan bernilai untuk pengguna atau sebaliknya.

Pengguna perlu percaya bahawa maklumat baru boleh berubah dengan pantas serta boleh mengubah pemikiran dan boleh juga menjadi satu keputusan pada masa hadapan.

MENGAPA PERLU TEORI PEMBELAJARAN BARU

George Siemens telah membangunkan teori pembelajaran Connectivisme kerana percaya bahawa teori-teori pembelajaran sebelumnya seperti Behaviourisme, Cognitivisme dan Constructivisme tidak memenuhi sifat pengajian dalam zaman digital masa kini.

Teori pembelajaran dahulu dibangunkan semasa “ pekembangan maklumat secara perlahan” ia amat berbeza era digital kini dimana maklumat perkembang dengan pantas seperti bendalir.

Connectivisme telah timbul sebagai satu teori pembelajaran baru bertujuan mensasarkan bagaimana pembelajaran berlaku dalam era digital kini.

Teknologi telah merubah kehidupan komunikasi dan pembelajaran. Jadi dengan perubahan ini pembelajaran secara tradisional juga perlu berubah mengikut format digital seiring dengan perubahan teknologi.

WEB 2.0

Web 2.0 adalah website yang memungkinkan adanya interaksi antara pemilik danpengguna dengan konsep yang lebih mudah danfleksible, selain itu ciri dari web 2.0 adalah website yang dibuat dengan lebih mudah dan ringan diakses, tidak memakan resources banyak.

Aplikasi dalam Web 2.0

Contoh yang berkait dengan bidang pendidikan:

M-LearningPodcasting dan VodcastingBlogVlogFrog-VLEWikisSistem Pengurusan Pembelajaran (LMS-

Learning Management System)

M-Learning (Mobile-Learning)

M-Learning atau pembelajaran mudah alih ditakrifkan sebagai:

pembelajaran merentasi pelbagai konteks, melalui interaksi sosial dan kandungan, dengan menggunakan peranti elektronik peribadi.

satu bentuk e-pembelajaran pendidikan jarak jauh, dimana pelajar boleh

menggunakan peranti mudah alih di pelbagai lokasi pada bila-bila masa.

M-Learning memberi tumpuan kepada mobility pelajar, berinteraksi dengan menggunakan alat-alat mudah alih untuk mewujudkan bahan sokongan pembelajaran sebagai satu elemen penting dalam pembelajaran tidak formal.

Podcasting dan Vodcasting Podcast adalah siri fail audio digital yang diedarkan di Internet secara muat turun dari laman Web kepada pemain media mudah alih dan komputer peribadi.

Perbezaan antara muat turun atau streaming langsung berbanding podcast ialah:

diuruskan oleh syarikat secara profesional dan biasanya pengguna perlu mendaftar untuk melanggan. boleh dimuat turun secara automatik apabila kandungan baru ditambah.

Vodcasting hampir sama, kecuali bahan digital yang diedit dan dimuat naik adalah video.

Contoh bahan Podcasts/Vodcasts

Blog

• Blog adalah salah satu bentuk website yang tersusun dengan kronologi terbalik, iaitu susunan dari tulisan terkini ke tulisan yang terdahulu.

• Blog adalah bentuk aplikasi web yang menyerupai jurnal (tulisan-tulisan yang dimuat naik sebagai posting) pada sebuah laman web umum.

• Blog adalah media ekspresi diri untuk berkongsi bahan dalam bentuk web dan boleh diakses oleh pengguna internet.

Vlog

• Blog video yang juga dikenali sebagai vlog adalah satu bentuk blog yang menggunakan bahan video sebagai medium asas.

• Satu bentuk televisyen web. Entri vlog sering menggabungkan embeded video atau pautan video, teks, imej dan meta data lain.

• Video yang hendak dimuat naik boleh direkod secara sekali gus, atau dipotong menjadi beberapa bahagian kecil.

• Populariti vlog diukur melalui jumlah pengunjung yang menonton vlog tersebut. Vlog popular di YouTube.

• Contoh vlog : video dicipta tentang cara menunggang motosikal dikenali sebagai motovlog (singkatan motosikal log video).

Frog Virtual Learning Environment (VLE)

Frog adalah Virtual Learning Environment (VLE) yang dipilih bagi projek 1BestariNet.

Frog mempunyai fungsi sebagai komuniti atau kumpulan besar.

Persekitaran pembelajaran maya Frog, atau Frog VLE ialah satu sistem pembelajaran berdasarkan jaringan yang menyerupai pembelajaran dunia sebenar dengan mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya.

Di bawah 1BestariNet, sekolah-sekolah akan dilengkapi dengan penyelesaian bersepadu yang membolehkan pengajaran, pembelajaran, kolaborasi dan pengurusan pentadbiran dijalankan di internet menerusi Virtual Learning Environment (Frog VLE), yang boleh diakses di sekolah atau di mana-mana sahaja yang mempunyai capaian internet.

Akses dan Keselamatan

Sekolah-sekolah akan dilengkapi capaian Internet, membolehkan akses ke VLE yang bertaraf dunia.

Ke arah pendidikan berteras teknologi Internet untuk pengajaran dan pembelajaran berkesan serta memudahkan pengurusan pentadbiran sekolah.

Kandungan Internet juga ditapis secara terus di sekolah bagi menggalakkan persekitaran pembelajaran selamat, di mana akses murid ke laman web berunsur negatif akan disekat. Hanya laman web ilmiah yang disahkan oleh KPM akan disenarai putih dan dibenarkan melepasi tapisan kandungan.

Wikis (Wikispaces)

Wikis adalah sejenis laman web yang membolehkan pengguna untuk menambah, membuang, atau mengedit dan menukar kandungan yang ada dengan mudah.

Wikis biasanya direka dengan falsafah menjadikannya mudah bagi pengguna untuk membetulkan kesilapan.

Pembangun laman web wiki boleh menerima notis bagi semua perubahan dan boleh mengesan serta memantau pembangunan laman tersebut.

Wiki boleh digunakan:

sebagai panduan pembelajaran

untuk meminta pelajar dan guru untuk menganotasi bahan di wiki

sebagai medium perbincangan untuk masyarakat luar sekolah

sebagai pautan pustakawan dan guru-guru di sekolah bagi satu-satu projek usaha sama

Sistem Pengurusan Pembelajaran(Learning Management System - LMS)

• Learning management systems (LMS) juga dikenali sebagai Course management systems (CMS)

• LMS digunakan untuk menggambarkan perisian yang direka bagi menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan pembelajaran dan menyediakan akses kepada perkhidmatan pembelajaran atas talian untukpelajar, guru, dan pentadbir.

• Sistem ini juga membolehkan pembangunan dan penyampaian kursus pendidikan dilakukan dengan menggunakan Internet sebagai medium penyampaian.

PENUTUP

Penggunaan internet dalam pengajaran dan pembelajaran adalah suatu yang perlu bagi menarik minat kanak-kanak untuk terus menuntut ilmu tanpa mengira sempadan dan segala halangan yang boleh menghalang mereka dariapda menuntut ilmu.

Sekian Terima Kasih~