penggunaan bahan 2d dan 3d

20
Penggunaan Bahan-bahan 2D dan 3D Pelbagai jenis bahan 2 dan 3 dimensi (2D dan 3D) yang dapat membantu pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Bahan-bahan ini adalah bahan yang biasa digunakan sehingga kita tidak member perhatian kepada nilai kepentingan bahan ini kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Bahan-bahan ini akan merangsang pelajar untuk menggunakan pelbagai deria pelajar dalam pembelajaran mereka. Antara bahan tersebut termasuklah bahan bercetak, graf, carta selain realia, model dan objek sebenar. Bahan realia dan model-model merupakan bahan sebenar yang dibawa ke dalam bilik darjah. Proses pengajaran dan pembelajaran dengan bantuan bahan 2D dan 3D melibatkan penggunaan pelbagai deria pelajar. Pengertian Bahan 2 Dimensi (2D) Bahan-bahan 2D merujuk kepada bahan yang mempunyai 2D seperti lebar dan panjang. Bahan ini adalah leper dan tidak direka bentuk untuk memberikan kedalaman. Antara contoh bahan 2D termasuk gambar, bahan becetak dan poster yang hanya mempunyai dua cirri, iaitu lebar dan panjang. Jenis Bahan 2 Dimensi (2D) 1. Bahan bercetak 2. Carta 3. Graf 4. Poster 5. Gambar dan Peta

Upload: skyiron

Post on 20-Feb-2016

13 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

sfsrhd

TRANSCRIPT

Page 1: Penggunaan Bahan 2D Dan 3D

Penggunaan Bahan-bahan 2D dan 3D

Pelbagai jenis bahan 2 dan 3 dimensi (2D dan 3D) yang dapat membantu pelajar

dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Bahan-bahan ini adalah bahan yang biasa

digunakan sehingga kita tidak member perhatian kepada nilai kepentingan bahan ini kepada

proses pengajaran dan pembelajaran. Bahan-bahan ini akan merangsang pelajar untuk

menggunakan pelbagai deria pelajar dalam pembelajaran mereka. Antara bahan tersebut

termasuklah bahan bercetak, graf, carta selain realia, model dan objek sebenar. Bahan

realia dan model-model merupakan bahan sebenar yang dibawa ke dalam bilik darjah.

Proses pengajaran dan pembelajaran dengan bantuan bahan 2D dan 3D melibatkan

penggunaan pelbagai deria pelajar.

Pengertian Bahan 2 Dimensi (2D)

Bahan-bahan 2D merujuk kepada bahan yang mempunyai 2D seperti lebar dan

panjang. Bahan ini adalah leper dan tidak direka bentuk untuk memberikan kedalaman.

Antara contoh bahan 2D termasuk gambar, bahan becetak dan poster yang hanya

mempunyai dua cirri, iaitu lebar dan panjang.

Jenis Bahan 2 Dimensi (2D)

1. Bahan bercetak

2. Carta

3. Graf

4. Poster

5. Gambar dan Peta

Page 2: Penggunaan Bahan 2D Dan 3D

Bahan Bercetak

Pembelajaran dalam bilik darjah sememangnya bermula dengan penggunaan bahan

bercetak sebagai bahan pengajaran guru. Sejak dahulu buku teks merupakan asas dalam

pengajaran bilik darjah yang merangkumi buku teks, buku rujukan, panduan guru dan

pelajar, lembaran kerja serta bahan-bahan bercetak yang disediakan oleh guru. Apabila

penggunaan surat khabar dalam pendidikan dilaksanakan, surat khabar dan majalah kini

digunakan sebagai bahan sokongan kepada guru dalam bilik darjah.

Buku Teks

Buku teks merupakan asas pengajaran dalam bilik darjah dari dahulu lagi. Walaupun

perkembangan elektronik telah menghasilkan pelbagai sumber media dan bahan bercetak

untuk manusia, buku teks masih tidak dapat digantikan dalam bidang pendidikan. Buku teks

memainkan peranan yang penting dala mengekalkan kualiti dan keberkesanannya. Buku

teks merupakan komponen bahan bacaan dan amat penting dalam membekalkan

kandungan. Buku teks ditulis berdasarkan kandungan subjek dan hasil pembelajaran

kurikulum kebangsaan.

Buku teks ditulis berdasarkan kebolehan dan pengalaman pelajar yang merupakan

sokongan kepada guru dan bukan mengongkong mereka. Buku teks membekalkan satu

asas yang kukuh untuk pembelajaran pelajar dan satu cara untuk menambah maklumat dan

pengetahuan. Di tempat yang kekurangan guru yang pakar dan berpengalaman, buku teks

menyediakan panduan berguna kepada guru untuk mengikutinya. Setiap guru harus

menentukan bagaimana dan setakat mana satu teks akan digunakan.

Buku teks yang digunakan seharusnya dapat menggalakkan pelajar menggunakan

maklumat untuk kegunaan masing-masing, memperoleh penyelesaian, menguji kaji, dan

menyediakan peuang untuk pelajar menilai prestasi mereka. Latihan sampingan harus

menyokong proses pendidikan danmenggalakkan pelajar melibatkan diri dalam

pembelajaran kendiri.

Page 3: Penggunaan Bahan 2D Dan 3D

Bahan Bacaan Percuma

Bahan-bahan yang boleh diperoleh secara percuma dan murah amat berguna untuk

menokok tambah maklumat dalam kebanyakan subjek. Antara bahan ini termasuk poster,

brosur, risalah laporan, carta dan sebagainya. Kebaikannya ialah bahan bercetak percuma

dan murah ini membekalkan maklumat yang terkini dan tidak dapat diperoleh daripada buku

teks. Bahan-bahan sedemikian mempunyai kepelbagaian dalam penggunaan. Pelajar boleh

meneroka perkara-perkara yang menarik minat mereka atau menggunakannya untuk

pembelajaran kendiri.

Poster

Poster adalah satu lukisan atau cetakan yang menggabungkan penggunaan garisan-

garisan, hurufan-hurufan dan warna-wama di dalam satu persembahan visual yang

memaparkan satu atau lebih mesej-mesej tertentu. Kerap kali poster digunakan sebagai

satu daya penarik kepada satu peristiwa atau acara yang bakal diadakan.

Poster boleh digunakan dengan berkesan dalam bilik darjah kerana poster mempunyai

bentuk yang dinamik dan berwarna-warna dapat menarik perhatian serta boleh

menyampaikan mesejnya dengan spotan. Walaupun demikian, guru haruslah berwaspada

kerana sesuatu poster itu boleh lapuk dek masa -- mesejnya akan hilang sedikit demi sedikit

kerana poster itu sudah menjadi satu bahan 'kebiasaan'! Oleh yang demikian, agar

sebarang poster itu betul-betul berkesan, guru mesti sentiasa menukarnya apabila peristiwa

atau acara tersebut telah lama berlalu. Begitu juga dengan carta atau grafik-grafik yang

lainnya- usahlah jadikan bahan-bahan tersebut sebagai perhiasan dinding semata-mata!

Selepas bahan-bahan im selesai dipergunakan, tanggalkan dan disimpan untuk kegunaan

pada masa lain pula.

Page 4: Penggunaan Bahan 2D Dan 3D

Kelebihan Poster

1. Sebagai perangsang untuk menarik minat murid kepada satu topik baru atau satu

kelas baru atau peristiwa sekolah tertentu.

2. Sebagai motivasi menggalakkan murid menghadiri aktiviti-aktiviti sekolah

perjumpaan GERKO, aktiviti Pusat Sumber Sekolah,Kempen Gerakan Membaca,

dan lain-lain.

3. Sebagai peringatan keselamatan di dalam makmal atau bengkel atau situasi-situasi

tertentu.

4. Sebagai promosi untuk memberi latihan atau membentuk amalan kesihatan yang

baik atau sikap yang murni.

Kartun

Kartun adalah format grafik yang amat terkenal yang boleh terdapat dalam pelbagai

bentuk bahan tercetak seperti akhbar, majalah dan buku. Kartun adalah lakaran humor

berbentuk universal, mempunyai kebolehan istimewa untuk menarik perhatian orang ramai,

dan kadang-kala boleh mempengaruhi tingkah laku dan pandangan individu terhadap

sesuatu perkara atau isu. Mesej yang hendak disampaikan oleh kartun selalunya jelas dan

tepat.

Memang tidak dapat dinafikan keajaiban watak-watak kartun seperti Mickey Mouse,

Garfield, Popeye atau Din Teksi dalam komunikasi kanak-kanak. Guru sepatutnya

menggunakan ‘ keajaiban’ tersebut sebagai salah satu pendekatan dalam menyampaikan

bahan pengajarannya. Kartun boleh digunakan sebagai satu sumber penggerak di dalam

situasi-situasi tertentu. Sebagai contoh, kartun Din Teksi atau Keluarga Si Mamat boleh

digunakan sebagai sumber perbincangan dalam mata pelajaran Alam dan Manusia ataupun

Bahasa.Kartun mudah diperolehi-dari akhbar atau majalah ataupun boleh dilukis sendiri oleh

guru. Sebelum kartun dapat digunakan dengan sempurna, pemilihan kartun dari segi

penggunaan bahasa, sikap yang dipaparkan perlu diambil kira terlebih dahulu.

Kebanyakan kartun memang melucukan tetapi di sebalik kelucuan tersebut tersirat

berbagai-bagai mesej yang kurang sihat. Murid akan menjadi lebih seronok kalau mereka

digalakkan oleh guru untuk mencapai kartun-kartun mereka sendiri untuk dimuatkan dalam

bulletin kelas, poster, carta dan lain-lain. Kanak-kanak memang meminati kartun dan

mereka akan menjadi bangga dan seronok sekiranya mereka senilri digunakan oleh guru

sebagai salah satu bahan pengajaran dalam kelas.

Page 5: Penggunaan Bahan 2D Dan 3D

Kelebihan Bahan Bercetak

1. Bahan cetak amat mudah diperoleh dalam pelbagai topic dan bentuk.

2. Kebanyakan bahan boleh digunakan dengan mudah dan tidak perlu banyak

penerangan.

3. Bahan ini boleh dialih dari satu tempat ke tempat yang lain.

4. Secara bandingan, bahan bercetak lebih murah dari segi penghasilan atau

pembelian. Ada yang boleh diperoleh dengan percuma.

Kelemahan Bahan Bercetak

1. Bahan bercetak ditulis dengan sasaran pembaca tertentu. Maka ada kalanya pelajar tidak

dapat memahami kandungan kerana terlalu sukar untuk mereka.

2. Ada guru yang menyuruh pelajar manghafal bahan, terutamanya fakta dan definisi. Maka,

amalan penggunaan bahan bercetak telah dianggap sebagai bahan hafalan.

3. Ada kalanya terlalu banyak perbendaharaan kata dalam satu petikan. Ini akan

menyebabkan beban kognitif terhadap pelajar.

4. Bahan bercetak tidak bersifat interaktif dan merupakan persembahan maklumat secara

satu hala.

Page 6: Penggunaan Bahan 2D Dan 3D

2-Carta

Carta pada amnya merupakan kumpulan gambarajah yang menunjukkan sesuatu

konsep atau idea yang kompleks secara lisan dan bertulis. Carta selalunya mempunyai satu

sifat utama, iaitu melibatkan gambaran satu proses ataupun aliran perubahan sesuatu.

Menurut Smaldino et al. (2005), carta sentiasa dipamerkan dalam buku teks dalam bentuk

carta aliran dan jadual. Ia juga dicetak sebagai carta dinding dalam bentuk carta organisasi,

carta kasifikasi, dan garisan masa digunakan untuk tontonan semua daam kelas atau secara

berkumpulan.

Sebelum carta dapat digunakan dengan sempurna di dalam bilik darjah, guru haruslah

pastikan bahawa carta tersebut ada tujuan pengajaran yang jelas. Maklumat yang ingin

disampaikan harus minimum dan bermakna serta tidak terlalu padat sehingga mengelirukan

pemahaman pelajar. Secara amnya, carta patut memberi satu konsep utama sahaja. Carta

yang baik mesti dapat menyampaikan mesejnya melalui visualnya.

Jenis-Jenis Carta

- organisasi

- carta klasifikasi

- carta garisan masa

- jadual-jadual

-carta aliran.

-Carta Organlsasi yang menunjukkan hubungan atau rantaian pentadbiran ataupun

pemerintahan di dalam suatu organisasi, kumpulan dan sebagainya.

-Carta klasifikasi menyerupai carta organisasi dan lebih kerap digunakan untuk

mengkelaskan atau menunjukkan kategori bahan-bahan tertentu, peristiwa, sepsis dan

taksonomi haiwan atau tumbuhan mengikut sifat, kumpulan dan sebagainya. Pelajar boleh

melihat dengan jelas jika guru menunjukkan carta klasifikasi. Kaedah pengajaran

berpusatkan guru dan berpusatkan pelajar boleh digunakan.

Page 7: Penggunaan Bahan 2D Dan 3D

- Garisan masa (timelines) menggambarkan perhubungan secara kronologi antara

peristiwa. Ia boleh menunjukkan peristiwa bersejarah seperti dalam contoh penaklukan

Melaka mengikut kronologi masa reka cipta jeni pengangkutan dan sebagainya. Garisan

masa ini amat berguna utuk merumuskan satu siri peristiwa dalam bentuk yang mudah.

- Carta jadual/ tabular biasanya mengandungi data dalam bentuk nombor, peratus

ataupun masa. Carta ini memberikan maklumat ringkas mengenai jadual seperti pelepasan

dan ketibaan penerbangan, kereta api ataupun import/ export barangan. Jenis jadual ini

memberikan maklumat yang lengkap adan mudah tentang masa/ peratus yang

dipersembahkan dalam kolum.

- Carta aliran merupakan carta proses yang menggambarkan satu sekuen, prosedur atau

aliran sesuatu proses (Smaldino, 2005). Carta ini menunjukkan bagaimana sesuatu saktiviti

atau prosedur berhubung kait antara satu sama lain.

Graf

Graf adalah gambaran visual mengenai satu set nilai data yang dapat memberi

penerangan boleh-tampak mengenai hubungan dan perubahan-perubahan yang berlaku

pada set data itu. Graf adalah satu persembahan visual yang menarik dan berguna dalam

pengajaran-pembelajaran. Terdapat empat jenis graf yang biasa digunakan. Pemilihan jenis

graf untuk dipergunakan di dalam bilik darjah bergantung kepada 2 faktor penting:

i. kadar kesukaran fakta atau data yang hendak disampaikan,

ii. tahap fahaman atau penerimaan anak murid.

Jenis-Jenis Graf

i. Graf Bar atau Batang,

ii. Graf Gambar atau Pictograf,

iii. Graf Bulat atau Pie,

iv. Graf Garisan.

Page 8: Penggunaan Bahan 2D Dan 3D

- Graf Bar atau Batang

Data-data ditukar menjadi blok atau batang atau bar yang mempunyai nilai-nilai tertentu.

Selalunya graf ini dilukis menegak, dimana skala memenunjukkan perubahan kuantiti.Untuk

pastikan tidak ada kekeliruan mesej berlaku, adalah baik jika ketebalan atau lebar blok yang

dibuat itu dilukis dengan menggunakan sukatan unit yang serupa. Graf bar adalah mudah

untuk dibaca dan amat sesuai untuk murid tahap rendah.

- Graf Gambar atau Pictograf

Untuk graf ini pula, data-data ditukarkan menjadi gambar atau symbol ringkas yang

membawa nilai-nilai tertentu. Graf jenis ini kelihatan menarik walaupun nilai-nilai yang

dipaparkan tidak begitu tepat. Untuk pastikan tidak berlaku sebarang kekeliruan, adalah baik

kalau guru dapat menulis unit nilai setiap gambar atau simbol yang digunakan itu dengan

jelas dan nyata.

- Graf Bulat atau Pie

Satu bulatan dilukis dan bulatan itu dibahagikan kepada beberapa segmen. Setiap

segmen merupakan sebahagian ataupun peratus daripada nilai utama satu set data. Graf

ienis ini adalah mudah untuk diterjemahkan jika data atau nilai utamanya boleh difaham oleh

anak murid.

- Graf garisan

Ini ialah bentuk graf yang paling tepat dan paling kompleks. Graf garisan ditulis

berpandukan kepada dua paksi bersudut tepat. Setiap paksi membawa skala-skala masing-

masing. Titik-titik ditandakan mengikut kordinat pada satu set nilai data-data. Kemudian titik-

titik tadi disambungkan dengan garis lurus ataupun garis lengkung.Graf garisan dapat

menunjukkan perubahan atau perkembangan unit-unit data dalam 2 dimensi - bagaimana 2

atau lebih unit data berubah atau berkembang mengikut jangka masa tertentu.

Page 9: Penggunaan Bahan 2D Dan 3D

Gambar dan Peta

- Gambar

Gambar merupakan bahan visual 2D yang paling kerap digunakan selain bahan

bercetak. Gambar merupakan perwakilan visual manusia, tempat-tempat atau benda-benda.

Gambar boleh diperoleh daripada majalah, surat khabar, poster, poskad dan kalender.

Gambar membantu guru menerangkan sesuatu yang mungkin sukar untuk dihuraikan

dengan perkataan, seperti pepatah Inggeris yang berbunyi a picture is worth a thousand

words. Mamandangkan gambar merupakan suatu universal language which is self

explanatory, ia dapat menyampaikan maklumat tanpa bantuan perkataan. Gambar dapat

membantu pelajar yang lemah utuk memahami sesuatu walaupun manghadapi masalah

perbendaharaan kata semasa membaca.

Gambar yang diperoleh daripada pebagai sumber adalah murah dan mudah

diperoleh. Gambar harus digunakan dengan baik untuk membawa pembelajaran yang

bermakna kepada pelajar. Guru harus memilih, mengkatalog dan memfailkan gambar

secara teratur sebelum ia mempunyai niai dalam pengajaran.

Guru boleh menggunakan gambar utuk memulakan sesuatu topic atau unit; semasa

penerangan dalam peringkat perkembangan atau pada penutup pelajaran. Semasa

menggunakan gambar, pastikan gambar adalah besar dan boleh dilihat oleh semua pelajar

dalam bilik darjah. Guru perlu menarik perhatian pelajar kepada gambar supaya pelajar

dapat mentafsir dan memahami mesej yang terdapat dalam gambar.

Guru juga perlu memberikan peluang pelajar membincang serta mengesan perkara-

perkara penting dalam gambar. Dalam hal ini, guru bertindak sebagai pemudah cara dala

perbincangan untuk menarik minat pelajar kepada perkembangan idea baharu serta cirri

ingin tahu pelajar terhadap perbincangan.

Beberapa soalan perlu dikemukakan semasa memilih gambar sebagai bahan pengajaran.

1. Adakah gambar autentik?

2. Adakah gambar menunjukkan situasi sebenar?

3. Adakah gambar itu mudah untuk difahami?

Page 10: Penggunaan Bahan 2D Dan 3D

4. Adakah gambar ingin menunjukkan terlalu banyak aspek?

5. Adakah gambar baik secara teknikal- fokus betul dan jelas?

6. Adakah gambar itu dapat menarik minat dan perhatian pelajar?

7. Adakah gambar besar dan jelas?

8. Adakah gambar relevan untuk topik yang diajar?

Kelebihan Menggunakan Gambar dalam Pengajaran dan Pembelajaran

1. Gambar adalah murah dan mudah diperoleh.

2. Perincian visual gambar memudahkan permahaman topik-topik dalam mata

pelajaran yang mungkin sukar difahami.

3. Gambar dapat membantu dalam mengelakkan salah tanggapan serta berupaya

untuk membetulkannya.

4. Gambar memberikan rangsangan kepada sesiapa untuk melanjutkan kajian, bacaan

tambahan, dan penyelidikan. Gambar sebagai visual merupakan alat yang

amat berkesan dalam hal ini.

5. Gambar dapat memfokuskan tumpuan pelajar dan memperkembang penghakiman

kritis.

Limitasi Penggunaan Gambar dalam Pengajaran dan Pembelajaran

1. Saiz dan jarak dalam gambar mungkin mengubah rupa bentuknya.

2. Kurangnya warna dalam sesetengah gambar boleh mengehadkan ketepatan

tafsiran.

3. Ada kala pelajar menghadapi masalah mentafsir dan memahami gambar.

4. Kurang berkesan jika gambar tidak diberikan kepada setiap pelajar atau tidak

diprojeksikan dengan baik untuk seluruh kelas.

Page 11: Penggunaan Bahan 2D Dan 3D

Panduan Penggunaan Gambar

1. Untuk alat Bantu mengajar , gunakan gambar yang besar agar dapat dilihat dengan

jelas oleh semua murid dalam kelas.

2. Semasa digunakan, letak gambar di atas alas atau pemegang atau kaki atau

diletakkan diatas papan kapur, supaya gambar berkedudukan tegap

3. Hadkan jumlah gambar yang bakal digunakan pada satu-satu masa.

4. Gunakan satu gambar pada satu-satu ketika agar perhatian murid tidak terganggu

kerana terlalu banyak visual.

5. Cuba tarik perhatian murid dengan memberi soalan-soalan yang bersangkutan

dengan gambar yang dipamerkan.

Peta

Peta merujuk kepada perwakilan abstrak tempat sebenar di mana manusia tinggal. Peta

terdiri daripada simbol visual, garisan, dan warna yang mungkin tidak ada kaitan atau

persamaan dengan bahan-bahan sebenar yang diwakili.Membaca dan mentafsir peta perlu

diajar kerana simbol-simbol tidak bermakna kepada pelajar sehingga mereka diajar tentang

simbol-simbol peta yang mewakili benda-benda sebenar. Setelah memahami konsep ini,

barulah pelajar dapat mentafsir simbol-simbol untuk menjadi sesuatu yang bermakna.

Penggunaan warna dalam peta juga menunjukkan dengan jelas pelbagai perbandingan

dan klasifikasi. Sebagai contoh, warna yang berbeza untuk tanah tinggi dengan tanah

pamah, pelbagai jenis tumbuhan, dan tanah dengan laut.Peta dinding mempunyai beberapa

kelebihan walaupun agar sukar untuk memprojeksikan ke atas satu peta dinding. Dengan

beberapa projeksi peta, banyak kesukaran dapat diatasi dengan setiap peta menunjukkan

pelbagai ciri bentuk, arah, jarak, dan kawasan daripada bahagian bumi.Peta dinding yang

mempunyai nilai yang tinggi harus tidak padat dengan maklumat dan hanya menekankan

beberapa maklumat serta memfokus kepada ciri/ aspek-aspek penting sahaja.

Page 12: Penggunaan Bahan 2D Dan 3D

Bahan Tiga Dimensi (3D)

Bahan 3D merujuk kepada bahan yang mempunyai panjang, lebar dan ketinggian. Bahan

3D mendeskripsi sesuatu imej sebagai mempunyai persepsi kedalaman. Objek 3D terdiri

daripada pelbagai bentuk seperti kuboid, kon, kiub, sfera , model-model, diorama, dan

realia.Bahan 3D dibina dan digunakan untuk membantu pelajar memahami dunia kini dan

dahulu. Bahan ini memberikan pelbagai jenis pengetahuan berbanding dengan bahan-

bahan bertulis atau lisan. Objek 3D boleh menyokong bahan lain seperti buku teks dan

menyumbang kepada pengalaman konkrit selain memberikan rangsangan untuk kreativiti

dan ekspresi.

Bahan 3D digunakan untuk mengajar pelbagai kurikulum dalam bilik darjah selain di

tempat bersejarah, di mana koleksi artifak dan objek 3D member pelajar peluang untuk

meneliti, membaca serta belajar daripada bahan yang direka cipta oleh manusia. Antara 3D

yang akan dibncangkan termasuk reali, model, diorama, dan ciptaan tiruan yang dapat

membantu pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.

- Realia

Bahan realia ialah bahan-bahan yang sebenar. Contoh bahan realia adalah seperti daun

dan haiwan kecil yang berada di persekitaran.Reali digunakan secara meluas dalam bilik

darjah dan amat bernilai dalam merangsangkan persekitaran pengajaran dan pembelajaran

aktif. Dengan mempersembahkan maklumat melalui pelbagai media, realia membantu

pembelajaran sesuatu mata pelajaran dengan lebih mudah dan untuk membina an

associative bridge between the classroom and the world.

Realia adalah bahan-bahan yang sebenarnya dan ia boleh dibahagikan kepada beberapa

jenis seperti berikut:

(a) Realia Asli

Ini merupakan bahan hidup yang sebenarnya, dan masih hidup seperti cacing tanah,

belalang dan sebagainya, ataupun bahan sebenarnya yang kaku (bukan hidup) seperti

mesin, jentera dan lain-lain.

Page 13: Penggunaan Bahan 2D Dan 3D

(b) Realia Awet

Bahan-bahan hidup yang telah diawet dan disimpan didalam bendalir kimia.

Contoh, ikan dan serangga.

(c) Spesimen

Ini merupakan sample atau contoh hidupan yang dapat mewakili kumpulan hidup-hidupan

tertentu yang mempunyai sifat-sifat atau cirri-ciri yang lazimnya terdapat pada kumpulan

hidup tersebut. Biasanya specimen didapati sebagai bentuk bahan awetan. Contohnya Kutu

Daun dan udang. Selain itu, bahan-bahan hidup seperti daun bolh digunakan sebagai

spesimen untuk menunjukan sifat-sifat am suatu kumpulan tumbuhan.

Model

Model adalah binaan rupa bentuk bahan atau benda asal yang mungkin diperbuat

daripada bahan keras seperti tanah liat, plastisin dan getah.Beberapa pecahan jenis model:

(a) Model Berskala

Model berskala ialah model bahan yang diperbuat dalam saiz yang sama besar dengan

benda asal ataupun dalam saiz yang lebih kecil denganberpandukan kepada skala

pembesaran atau pengecilan tertentu. Setiap bahagian yang dibuat menyerupai benda yang

asal.Contohnya keretapi dan kapal terbang.

(b) Model Olok-olok

Model olok-olok merupakan model yang diubahsuai daripada rupa bentuk benda yang

sebenarnya, untuk menunjukan pergerakan atau perjalanan kerja pada benda asal itu.

Biasanya model olok-olok ini dibuat lebih besar daripada keadaan asal tanpa menghiraukan

skala pembesaran tertentu tetapi masih dapat menunjukkan keadaan asal yang sebenarnya.

Contoh: model enjin keretapi dan neraca.

(c) Model Keratan Rentas

Model besar yang menunjukkan keratan rentas pada satu bahagian tertentu pada satu

benda, untuk memperlihatkan rupa bentuk bahagian dalam benda tersebut. Keratan

selalunya digunakan dengan lebih meluas dalam matapelajaran Sains, Contoh keratan

rentas daun atau kulit manusia.

Page 14: Penggunaan Bahan 2D Dan 3D

- Diorama

Diorama bermaksud paparan tiga dimensi yang menunjukkan pemandangan tempat asal

kejadian.Diorama adalah satu persembahan pameran model-model yang disusun rapi

supaya dapat menggambarkan keadaan atau rupa bentuk satu situasi pemandangan asal.

Kebanyakan diorama dapat dilihat di dalam muzium yang mempamerkan pemandangan-

pemandangan atau keadaan semasa zaman silam.Guru boleh menggunakan diorama untuk

pengajaran tertentu di dalam bilik darjah seperti matapelajaran Kajian Tempatan, Sains dan

sebagainya.Diorama boleh dihasilkan dengan mudah, Murid boleh digalakkan membuat

projek dengan menggunakan bahan-bahan seperti tanah liat, plastisin, kepingan polisterin

dan bahan-bahan buangan lain.

Boneka atau Patung

Boneka boleh digunakan sebagai alat Bantu mengajar yang berkesan terutama untuk

pelajaran Bahasa atau Pendidikan Moral. Beberapa jenis boneka boleh dihasikan untuk

kegunaan guru termasuklah

(a) Boneka sarung Tangan

(b) Boneka Lidi

(c) Wayang Kulit

(d) Boneka Bertali

(e) Topeng

Boneka sarung tangan

Sarung tangan boleh digubah menjadi badan dan anggota boneka. Semasa

menggunakan boneka jenis ini jari dimasukkan ke dalam sarung tangan itu dan gerakkan

untuk menghidupkan anggota boneka.

Page 15: Penggunaan Bahan 2D Dan 3D

Boneka Lidi

Boneka ini diperbuat daripada bahan yang keras atau tebal. Kemudian lidi panjang

diletakkan pada badan boneka termasuk pada anggota-anggota tertentu yang bakal

digerakkan semasa menggunakannya, boneka di julang pada lidi utama dan lidi-lidi yang

lainnya digoyangkan untuk menggerakkan anggota bandan boneka tersebut.

Wayang Kulit

Rupa bentuk Boneka dilukis di atas kertas tebal, diwarnakan dan bentuknya di potong

keluar.Lidi-lidi halus diletakkan pada tempat-tempat tertentu pada badan boneka itu.

Semasa memainkan boneka ini, ia ditempatkan di bahagian belakang satu skrin putih.

Lampu dinyalakan dan baying-bayang boneka tersebut akan kelihatan di atas skrin. Lidi

digoyang-goyangkan untuk menggerakkan anggota boneka. Satu lagi cara persembahan

wayang kulit ialah dengan menggunakan OHP sebagai sumber cahaya dan imej boneka

akan terpapar di atas skrin.

Boneka Bertali

Boneka Bertali atau ‘marionette’ diperbuat daripada bahan-bahan keras seperti papier

mache, plaster-of-Paris atau kayu. Tali-tali halus disambungkan kepada bahagian-bahagian

boneka yang boleh bergerak. Semasa digunakan, tali-tali itu ditarik-tarik untuk membuat

anggota-anggota boneka tersebut bergerak.

Topeng

Topeng boleh diperbuat daripada kertas atau dengan menggunakan papier mach.

Topeng amat sesuai untuk situasi main peranan atau lakonan dalam mata pelajaran Bahasa

atau Pendidikan Moral.