apresiasi seni 2d

21
APRESIASI SENI

Upload: muhammad-idriez-abdul-hamid

Post on 20-Oct-2015

317 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

2D

TRANSCRIPT

Page 1: Apresiasi Seni 2D

APRESIASI SENI

Page 2: Apresiasi Seni 2D

PENGENALAN

Apresiasi seni ini adalah proses penghayatan seni yang merangkumi aspek-aspek pengetahuan, membuat pertimbangan, penyataan diskriminasi dan penghargaan terhadap karya seni.

Apresiasi seni juga menitikberatkan aspek kritikal serta aspek emosional terhadap karya seni.

Menjalankan proses apresiasi seni sebenar tidak sukar kerana proses ini boleh diumpamakan sebagai memberi penghargaan terhadap karya seni.

Page 3: Apresiasi Seni 2D

Menurut Ecker (1966), pendekatan apresiasi seni dapat memberikan penghargaan yang menyeronokkan terhadap karya seni, dilakukan dengan cara naratif dan tersusun untuk memahami sesuatu karya seni.

Ia mencakupi aspek pengetahuan, penilaian, diskriminasi, dan juga kesedaran emosi terhadap karya seni. Pendekatan ini juga diperlukan untuk memberikan penilaian estetika dan artistik untuk setiap karya seni yang dihasilkan.

Page 4: Apresiasi Seni 2D

DEFINISI DAN KONSEP

Bagi Hurwitz dan Day (2001), apresiasi bermaksud ‘menghargai’ dan pemahaman mengenai konsep apresiasi seni adalah melalui pencarian dan penyaluran maklumat yang terdapat pada karya seperti maklumat mengenai artis atau pengkarya, maklumat mengenai bahan yang digunakan untuk menghasilkan karya, gaya dan aliran seni karya serta aspek sejarah karya tersebut.

Page 5: Apresiasi Seni 2D

Konsep apresiasi seni sebenarnya antara lain bertujuan untuk membina keyakinan seseorang untuk berbincang dan menghurai serta membuat diskriminasi terhadap karya seni.

Apabila seseorang itu menjalankan proses apresiasi seni, proses ini tidak akan menyentuh soal-soal berkaitan betul atau salah interpretasi individu tersebut mengenai karya, kerana tujuan apresiasi seni adalah untuk memahami karya melalui apa yang dilihat secara langsung.

Page 6: Apresiasi Seni 2D

Seabolt (2001) menjelaskan bahawa aktiviti kritikan seni melibatkan perbincangan dan diskusi mengenai sesuatu karya seni manakala apresiasi seni pula merujuk kepada aktiviti menghayati seni dengan melibatkan pengetahuan berkaitan dengan sejarah seni dan perbincangan serta diskusi mengenai seni.

Page 7: Apresiasi Seni 2D

Objektif Apresiasi

Memahami dan bertindak terhadap aspek seni.

Mengetahui pentingnya aspek seni dalam kehidupan

Menghasilkan karya

Memahami seni dan hubungannya

Membuat dan menggunakan pertimbangan estetik dan kualiti karya seni.

Page 8: Apresiasi Seni 2D

Tujuan

Membolehkan kita mehami aspek-aspek nilai estetika, pengertian unsur-unsur seni dan nilai sosio-budaya yang terkandung dalam hasil seni.

Page 9: Apresiasi Seni 2D

APRESIASI 2 DIMENSI

( LUKISAN )

Page 10: Apresiasi Seni 2D

 Claude Monet.

The Walk. Lady with a Parasol. 1875Claudy Monet

Page 11: Apresiasi Seni 2D

Claude Monet dikenal juga dengan nama Oscar-Claude Monet atau Claude Oscar Monet (lahir di Paris, 14 November 1840 – meninggal di Giverny, 5 Disember 1926 pada umur 86 tahun) beliau adalah pelukis Perancis dengan aliran impresionisme.

Page 12: Apresiasi Seni 2D

Original Medium : Pensil on paper

Original Year : 1875 Original Size : 39.37 x

31.89 inches (100 x 81 cm)

Museum: National Gallery of Art.

Museum Location: Washington D.C. USA

The Walk. Lady with a Parasol.

Page 13: Apresiasi Seni 2D

Lukisan yang terkenal ini juga dikenali sebagai “Madame Monet and her Son’’ Atau "La Promenade, la femme à l'ombrelle" dalam bahasa Perancis.

Wanita yang membelakangi pancaran cahaya sambil memegang payung itu sebenarnya ialah isteri Monet bernama Camille, dan gambar seorang budak lelaki di sebelah kiri lukisan ialah anak lelaki mereka, Jean.

CERITA DI SEBALIK LUKISAN INI

Page 14: Apresiasi Seni 2D

Karya ini merupakan salah satu karya teragung ketika perkembangan awal aliran impresionisme si pelukis.

Ianya dilukis pada waktu pagi yang cerah, ketika isteri dan anaknya sedang berjalan-jalan.

Page 15: Apresiasi Seni 2D

Menurut The National Gallery of Art, lukisan ini ialah suatu khazanah dan hasil seni yang sangat bernilai dan mempunyai kisah yang tersendiri.

Monet dan Camille, iaitu watak wanita di yang dalam lukisan ini adalah pasangan kekasih yang saling mencintai antara satu sama lain. Ketika keluarga Monet mengetahui mengenai hubungan mereka, keluarganya berkeras supaya Monet meniggalkan Camille atau sumber kewangannya akan dipotong. Dengan hati yang berat, Monet meniggalkan Camille mengandung tanpa sebarang wang di Paris.

Page 16: Apresiasi Seni 2D

Dua tahun kemudian, Monet diletakkan untuk memasuki askar Perancis. Tetapi, oleh kerana hanya orang yang berkahwin sahaja boleh dikecualikan daripada memasuki askar, Monet bertemu Camille dan mengahwininya.

Page 17: Apresiasi Seni 2D

Setelah berkahwin, Monet mula melukis catan Camille hari demi hari, seperti salah satunya iaitu catan ini yang dilukis sewaktu Camille bersama anak mereka.

Teknik dapat menghidupkan suasana yang ada pada lukisan tersebut. Kebebasan subjek, persekitarannya, dan teknik yang digunakan oleh pelukis merupakan salah satu gaya tersendiri Monet.

Page 18: Apresiasi Seni 2D

Apresiasi

Karya ini adalah salah sebuah karya kebangaan Monet. Dari aliran Imresionalisme itu sendiri, karya ini menghidupkan suatu suasana dan situasi yang cukup mendalam seperti kasih sayang, kagum, bahagia dan kenangan.

Page 19: Apresiasi Seni 2D

Menggunakan elemen warna pada potret ini menampakkan kesederhanaaan namun, cukup tinggi nilainya.

Idea monet sengaja tidak memfokuskan pada bahagian muka malah lebih memperlihatkan keadaan ini seperti menyampaikan suatu mesej kepada kita iaitu “isteri dan anakku”

Page 20: Apresiasi Seni 2D

SAAT KESEDIHAN

Kematian isterinya adalah insiden terburuk dalam hidupnya.

Isterinya menderita penyakit TBC (bakteria Mikobakterium tuberkulosa) pada tahun 1876 selama tempoh kehamilan dan penyakit ini telah meragutnya pada 5 September 1879.

Setelah kejadian ini, menciptakan lukisan Monet memaparkan tekanan.

Page 21: Apresiasi Seni 2D

Penghargaan untuk karya seni yang besar hanya datang setelah istri pertamanya, Camille meninggal.

Isterinya tidak mampu melihat apresiasi karya seni suaminya.

Tidak banyak lukisan Claude Monet menjadi terkenal di saat isterinya masih hidup.

"The Woman in Dress Hijau" adalah karya seni terbesar Monet yang meraih namanya sebelum isterinya meninggal.