04 unit 3 - sajadstudio.infosajadstudio.info/jtp/kpli/unit3_tek_maklumat.pdf · menghasilkan carta...

32
1 3- UNIT 3 TEKNOLOGI MAKLUMAT Sinopsis Pemprosesan perkataan, hamparan ,sistem pengurusan pangkalan data dan persembahan grafik ialah aplikasi tujuan am, iaitu ia direka bentuk untuk orang ramai supaya dapat melakukan pelbagai tugas lazim. Oleh kerana ini ia juga dikenali sebagai aplikasi asas. Aplikasi ini juga banyak jenis aplikasi yang lain serta sistem pengendalian mempunyai ciri-ciri sepunya. Hamparan elektronik ialah helaian kerja elektronik yang digunakan untuk menyusun, manipulasi dan menggraf data. Sementara persembahan grafik elektronik PowerPoint aplikasi yang dapat membantu anda membina persembahan yang profesional dan menarik. Hasil Pembelajaran Di akhir bab ini anda seharusnya dapat 1. memerihalkan hamparan elektronik; 2. membina lembaran kerja dan menggunakan fungsi asas dan formula ; 3. menghasilkan pelbagai bentuk carta; 4. memerihalkan persembahan elektronik; 5. menghasilkan persembahan elektronik yang menarik dan 6. mengaplikasikan hamparan elektronik dan persembahan elektronik dalam pengajaran dan pembelajaran.

Upload: doanhanh

Post on 14-Feb-2018

249 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: 04 Unit 3 - sajadstudio.infosajadstudio.info/jtp/kpli/unit3_tek_maklumat.pdf · menghasilkan carta 2D dan 3D seperti ... dengan arahan =max( Klik pada sel B9 ... Wizard atas standard

13-

UNIT 3 TEKNOLOGI MAKLUMAT

Sinopsis Pemprosesan perkataan, hamparan ,sistem pengurusan pangkalan data dan persembahan grafik ialah aplikasi tujuan am, iaitu ia direka bentuk untuk orang ramai supaya dapat melakukan pelbagai tugas lazim. Oleh kerana ini ia juga dikenali sebagai aplikasi asas. Aplikasi ini juga banyak jenis aplikasi yang lain serta sistem pengendalian mempunyai ciri-ciri sepunya. Hamparan elektronik ialah helaian kerja elektronik yang digunakan untuk menyusun, manipulasi dan menggraf data. Sementara persembahan grafik elektronik PowerPoint aplikasi yang dapat membantu anda membina persembahan yang profesional dan menarik. Hasil Pembelajaran Di akhir bab ini anda seharusnya dapat

1. memerihalkan hamparan elektronik; 2. membina lembaran kerja dan menggunakan fungsi asas dan formula ;

3. menghasilkan pelbagai bentuk carta;

4. memerihalkan persembahan elektronik;

5. menghasilkan persembahan elektronik yang menarik dan

6. mengaplikasikan hamparan elektronik dan persembahan elektronik

dalam pengajaran dan pembelajaran.

Page 2: 04 Unit 3 - sajadstudio.infosajadstudio.info/jtp/kpli/unit3_tek_maklumat.pdf · menghasilkan carta 2D dan 3D seperti ... dengan arahan =max( Klik pada sel B9 ... Wizard atas standard

23-

TAJUK 1 HAMPARAN ELETRONIK

1.1 PENGERTIAN HAMPARAN ELEKTRONIK Aturcara hamparan elektronik menyusun, manipulasi dan menggraf maklumat numerik. Suatu ketika dahulu, hamparan digunakan secara eksklusif oleh akauntan, tetapi sekarang digunakan secara meluas oleh orang ramai dalam setiap bidang. Guru merekodkan gred pelajar. Pelajar merekodkan gred mereka dan mengira purata gred. Juruanalisis kewangan menilai trend pasaran saham. Pelatih peribadi merekodkan kemajuan pelanggan mereka. Profesional pemasaran menilai trend jualan. Tiga aturcara hamparan yang meluas digunakan ialah Microsoft Excel, Corel Quattro dan Lotus 1-2-3. Modul ini akan memberi tumpuan kepada penggunaan hamparan elektronik Microsoft Excel EXCEL ialah program hamparan yang membolehkan anda menguruskan data, menyelesaikan pengiraan, membuat keputusan, menyediakan graf dan menyediakan laporan profesional. Program EXCEL terdapat TIGA bahagian utama.

• Lembaran kerja - Lambaran kerja membolehkan anda memasukkan, mengira, manipulasi dan analisis data seperti nombor dan teks.

• Graf – Grafik carta yang mempersembahkan data. Excel boleh

menghasilkan carta 2D dan 3D seperti graf kolum, carta pie dan lain-lain format graf.

Rajah 1.1 : Contoh graf

• Pangkalan Data – Excel dapat menguruskan data contoh jika anda

memasukkan data baru dalam lembaran kerja, excel akan sisih, mencari

Page 3: 04 Unit 3 - sajadstudio.infosajadstudio.info/jtp/kpli/unit3_tek_maklumat.pdf · menghasilkan carta 2D dan 3D seperti ... dengan arahan =max( Klik pada sel B9 ... Wizard atas standard

33-

data dengan tepat dan memilih data mengikut kriteria. 1.2 Kemahiran Asas Di antara contoh-contoh hamparan elektronik seperti;

• Microsoft Excel • Corel Quattro dan • Lotus 1-2-3

Dengan menggunakan satu set komputer yang mempunyai perisian Microsoft Office 2000, anda diminta membuka aplikasi Excel. Sila ikuti langkah seperti di bawah :

1. Klik Start pada Taskbar 2. Klik program 3. Klik Microsoft Excel

Microsoft Excel memaparkan workbook yang kosong seperti rajah di bawah:

Gambar 1.2 : Workbook Tetingkap Excel mengandungi pelbagai fitur yang dapat membantu anda melakukan kerja dengan lebih cekap. Ia mengandungi Bar Tajuk(title bar), bar menu, toolbar, bar formula, tetingkap lembaran kerja, tab lembaran dan status bar. Apabila Excel dimulakan ia akan membina buku kerja baru yang kosong – dipanggil Book 1. Di dalam buku kerja mengandungi helaian dipanggil worksheet . Dalam

Bar Menu Ikon Menu

Nombor Baris

Huruf Kolum

Tab Helaian

Page 4: 04 Unit 3 - sajadstudio.infosajadstudio.info/jtp/kpli/unit3_tek_maklumat.pdf · menghasilkan carta 2D dan 3D seperti ... dengan arahan =max( Klik pada sel B9 ... Wizard atas standard

43-

setiap helai kerja, anda boleh memasukkan sebarang nombor dan carta sebagai data. Setiap helaian kerja wujud di atas tab helaian (sheet tab) di bawah buku kerja. Menu Bar dan Penggunanya

Gambar 1.3 : Menu Bar

1. Dengan menggunakan tetikus klik File pada bar menu, menu tarik bawah

File akan dipaparkan. Anda diminta membuat rujukan atau melayari internet untuk mengkaji fungsi setiap item dalam menu tersebut.

2. Anda juga diminta mengaktifkan menu yang lain dan lakukan seperti aktiviti 1

di atas. 3. Anda juga boleh mengaktifkan menu-menu pada bar menu dengan

menggunakan kekunci papan kekunci Contoh : ALT + F - File ALT + E - Edit ALT + V - View ALT + I - Insert ALT + O - Format ALT + T - Tools ALT + D - Data ALT + W - Window ALT + H - Help 4. Jika anda telah mengaktifkan salah satu menu anda boleh bergerak antara

menu-menu dengan menekan kekunci anak panah sama ada ke kiri atau ke kanan dan atas atau ke bawah pada menu tarik bawah.

5. Anda juga boleh menggunakan menu ikon bagi melaksanakan operasi.

Menu ikon seperti di bawah:

Gambar 1.4 : Menu ikon

Bagi mengenal pasti fungsi ikon menu anda diminta membawa petunjuk tetikus kepada ikon berkenaan.

1.3 MEMBINA LEMBARAN KERJA

Page 5: 04 Unit 3 - sajadstudio.infosajadstudio.info/jtp/kpli/unit3_tek_maklumat.pdf · menghasilkan carta 2D dan 3D seperti ... dengan arahan =max( Klik pada sel B9 ... Wizard atas standard

53-

Langkah 1 Memasukkan tajuk helaian kerja Pilih sel A1. Sel A1 akan menjadi sel yang aktif dan dikelilingi bingkai hitam tebal.

Rajah 1.5 : Sel Langkah 2 Taipkan Tajuk berikut [ Sun-N-Surt 1st Qtr Transmittal Costs.] Apabila anda menaip karekter yang pertama mod indikator excel memaparkan dua kotak

iaitu cancel box ( )dan Enter box ( )dalam bar formula Lengkapkan kemasukkan data

dengan klik Rajah 1.6 : Sun-N-Surt 1st Qtr Transmittal Costs. Langkah 3 Memasukkan Tajuk kolum Pilih sel B2 dengan klik tetikus Sel B2 diaktifkan dan kotak nama berubah dari A1 kepada B2. Taipkan tajuk kolum Bayview

Rajah 1.7 : Bayview Langkah 4

Page 6: 04 Unit 3 - sajadstudio.infosajadstudio.info/jtp/kpli/unit3_tek_maklumat.pdf · menghasilkan carta 2D dan 3D seperti ... dengan arahan =max( Klik pada sel B9 ... Wizard atas standard

63-

Menekan kekunci Arah kanan Apabila kekunci arah kanan ditekan sel B2 dipindahkan ke sel C2. Kotak nama dilabelkan dengan C2.

Rajah 1.8 : Kekunci Arah Kanan

Langkah 5 Ulang langkah 3 dan langkah 4 dan masuk tajuk kolum seperti berikut: Eureka dalam sel C2, Malibu Dalam sel D2, Miami dalam sel E2 dan Total dalam sel F2. Selesaikan tugas anda dengan menekan kekunci Enter. Tajuk kolum memaparkan penjajaran kanan.

Rajah 1.9 Langkah 6 Memasukkan tajuk baris Pilih sel A3 dan klik tetikus di atasnya. Sel A3 akan menjadi aktif dan kotak nama berlabel A3. Dalam sel tersebut taipkan tajuk baris Fax dan tekan kekunci arah ke bawah

Rajah 1.10

Page 7: 04 Unit 3 - sajadstudio.infosajadstudio.info/jtp/kpli/unit3_tek_maklumat.pdf · menghasilkan carta 2D dan 3D seperti ... dengan arahan =max( Klik pada sel B9 ... Wizard atas standard

73-

Langkah 7 Ulangi langkah 6 di atas dan masukkan Mail dalam sel A4, Phone dalam sel A5, Total dalam sel A6

Rajah : 1.11

Langkah 8 Memasukkan data numerik Dengan Excel anda boleh memasukkan data nombor yang dapat menyatakan jumlah. Nombor boleh termasuk nombor digit 0 – 9 dan sebarang simbol seperti di bawah : + - ( ) , / $ % E e Jika sel mengandungi entri sebarang karekter dan mempunyai jarak (space) daripada kemasukan papan kekunci, entri tersebut adalah sebagai teks. Pilih sel B3, Taipkan 1135.23 dan tekan kekunci arah kanan. Nombor tersebut dijajarkan sebelah kanan

Rajah 1.12

Page 8: 04 Unit 3 - sajadstudio.infosajadstudio.info/jtp/kpli/unit3_tek_maklumat.pdf · menghasilkan carta 2D dan 3D seperti ... dengan arahan =max( Klik pada sel B9 ... Wizard atas standard

83-

Langkah 9 Masukan 1001.32 dalam sel C3, 1345.55 dalam sel D3 dan 1284.32 dalam sel E3. Lengkapkan kemasukan data berdasarkan rajah di sebelah

Rajah 1.13

1.4 FUNGSI ASAS DAN PENGGUNAAN FORMULA Langkah 10

a. Penggunaan Formula SUM Menggunakan fungsi sum, pertama anda mesti mengenal pasti sel yang mana sum di simpan selepas pengiraan dilakukan. Anda boleh menggunakan butang

AUTOSUM ( ) yang terletak di bar menu ikon. Klik tetikus di sel B6. Klil butang

autosum Excel bertindak balas dengan memaparkan =SUM(B3:B5) di atas formula bar. Klik butang AutoSum sekali lagi, jumlah dipaparkan

Rajah 1.14

Page 9: 04 Unit 3 - sajadstudio.infosajadstudio.info/jtp/kpli/unit3_tek_maklumat.pdf · menghasilkan carta 2D dan 3D seperti ... dengan arahan =max( Klik pada sel B9 ... Wizard atas standard

93-

Langkah 11 Menyalin formula dari sel B6 Pilih kawasan salin sel B6 dan klik butang kiri tetikus pada fill handle. Penunjuk tetikus akan bertukar kepada simbol + . Seret tetikus sehingga memilih kawasan C6:E6. Lepaskan butang kiri tetikus. Excel akan menyalin Fungsi SUM dalam sel B6 kepada julat (range) C6:E6. Excel akan mengira jumlah bagi sel C6, D6, dan E6

Rajah 1.15

Langkah 12 Mengira jumlah Baris Klik sel F3 untuk memilihnya. Sel tersebut akan diaktifkan. Dengan penunjuk tetikus bersimbol seperti seret tetikus sehingga sel F6. Julat pemilihan berada antara F3:F6. Klik butang AutoSum. Jumlah akan dihasilkan.

Rajah 1.15

Page 10: 04 Unit 3 - sajadstudio.infosajadstudio.info/jtp/kpli/unit3_tek_maklumat.pdf · menghasilkan carta 2D dan 3D seperti ... dengan arahan =max( Klik pada sel B9 ... Wizard atas standard

103-

b. Penggunaan Formula Average, Max, Min

Rajah 1.16

Langkah 13 Mengira purata dengan menggunakan arahan =average(_ : _ ) Pilih sel B7 dan taipkan =average( excel akan memaparkan permulaan fungsi average pada formula bar dalam sel B7 Pilih sel B3 dan seretkan tetikus sehingga julat B3:B5 dan taipkan simbol ) dan enter. Kirakan nilai purata bagi sel C7, D7 dan E7 dengan mengheretkan fill handle sehingga dalam julat C7:E7 dan lepaskan butang kiri tetikus.

Rajah 1.17

Page 11: 04 Unit 3 - sajadstudio.infosajadstudio.info/jtp/kpli/unit3_tek_maklumat.pdf · menghasilkan carta 2D dan 3D seperti ... dengan arahan =max( Klik pada sel B9 ... Wizard atas standard

113-

Langkah 14 Mencari nilai tertinggi dengan arahan =max( Klik pada sel B9 taipkan arahan =max(Pilih julat) dan tekan kekunci enter. Kirakan nilai tertinggi bagi sel C8, D8 dan E8 dengan mengheretkan fill handle sehingga dalam julat C8:E8 dan lepaskan butang kiri tetikus, Nilai tertinggi dipaparkan.

Rajah 1.18

Langkah 15. Mengira nilai terendah dengan Fungsi min dengan menggunakan Butang Wizard Klik pada sel B9 diikuti klik butang fungsi wizard . Pilih MIN dalam senarai nama fungsi dan klik butang ok terpapar dialog Function Argument. Klik ok untuk menamatkan operasi. Untuk mengira nilai terendah bagi sel C9, D9 dan E9 anda diminta menyalin formula dari sel B9 dengan mengheret fill handle ( + ) dalam julat C9:E9.

Rajah 1.19

Page 12: 04 Unit 3 - sajadstudio.infosajadstudio.info/jtp/kpli/unit3_tek_maklumat.pdf · menghasilkan carta 2D dan 3D seperti ... dengan arahan =max( Klik pada sel B9 ... Wizard atas standard

123-

1.5 CARTA Langkah 16 Melukis carta seperti rajah Klik tetikus pada sel A2 dan seretkan tetikus tersebut sehingga E5 untuk memilih kawasan.

Klik ikon menu chart wizard .

Rajah 1.20

Langkah 17 Pilih carta column dari kotak dialog Chart Wizard. Klik butang next chart wizard step 2 of 4 dipaparkan. Klik next chart wizard step 3 of 4 . Anda diminta mengisikan semua option yang disediakan. Setelah selesai klik next dan Finish.

Rajah 1.21

Page 13: 04 Unit 3 - sajadstudio.infosajadstudio.info/jtp/kpli/unit3_tek_maklumat.pdf · menghasilkan carta 2D dan 3D seperti ... dengan arahan =max( Klik pada sel B9 ... Wizard atas standard

133-

Langkah 18 Menyimpan Buku kerja Sementara anda membangunkan helaian kerja, komputer stor data anda di dalam memori utama. Apabila komputer di tutup kuasanya atau elektrik terputus, buku kerja anda akan hilang. Anda digalakkan menyimpan hasil kerja anda di dalam disket atau dalam cakera keras supaya anda dapat menggunakanya pada masa akan datang. Langkah-langkah di bawah dapat membantu anda menyimpan data tersebut; Langkah 18

Klik butang SAVE ( ) yang kelihatan di atas menu bar. Kotak dialog save dipaparkan seperti di sebelah. Klik kotak save in dan pilih di pemacu mana anda ingin simpan. Umpamanya pemacu A. Masukkan disket dalam pemacu A. Taipkan nama fail dalam kotak File name Klik butang SAVE.

Rajah 1.22

Page 14: 04 Unit 3 - sajadstudio.infosajadstudio.info/jtp/kpli/unit3_tek_maklumat.pdf · menghasilkan carta 2D dan 3D seperti ... dengan arahan =max( Klik pada sel B9 ... Wizard atas standard

143-

1.7 Latihan /refleksi

Refleksi

Page 15: 04 Unit 3 - sajadstudio.infosajadstudio.info/jtp/kpli/unit3_tek_maklumat.pdf · menghasilkan carta 2D dan 3D seperti ... dengan arahan =max( Klik pada sel B9 ... Wizard atas standard

153-

Latihan 1.1

1. Arahan : Jawab semua soalan selepas menyemak semua entri di dalam helaian

kerja dalam rajah 4.5

Rajah 1.23

1. Senaraikan langkah-langkah menggunakan butang Autosum bagi

menjumlahkan entri dari julat B3:B5 dan letakkan ia pada sel B6. Kemudian salin fungsi SUM ke sel C6 dan D6

2. Senaraikan langkah-langkah menggunakan butang AutoSum di atas

standard Toolbar bagi menjumlahkan entri julat B3:D5 dan hasil dari kedua jumlah baris dan jumlah kolum (E6 ).

3. Huraikan langkah demi langkah menyediakan graf kolum.

Page 16: 04 Unit 3 - sajadstudio.infosajadstudio.info/jtp/kpli/unit3_tek_maklumat.pdf · menghasilkan carta 2D dan 3D seperti ... dengan arahan =max( Klik pada sel B9 ... Wizard atas standard

163-

2. Arahan: Dengan menggunakan nilai dalam helaian kerja rajah 2 . Tuliskan formula bagi menyelesiakan masalah di bawah:

Rajah 1.24

1. Nilai sel A7 hasil dari sel A2 dan D2 Formula :__________________________ Keputusan:________________ _ 2. Nilai sel A4 hasil dari B1, C1 dan D5 Formula: _________________________ Keputusan: _________________

4. Nilai sel A6 dari penyataan (X^2-4*Y*Z)/(2*Y) di mana nilai X ialah dalam sel C2, nilai Y ialah sel D2 dan nilai Z ialah sel D4

Formula : ________________________ Keputusan :__________________

5. Arahan: Bulatkan B jika kenyataan benar dan bulatkan S bagi kenyataan salah.

B S 1. Helaian kerja Excel boleh mengandungi lebih 256 kolum dan

16, 384 baris. B S 2. Satu atau lebih huruf dikenali oleh kolum helaian kerja B S 3. Apabila Excel dimulakan,ia memaparkan buku kerja kosong

dengan tajuk Sheet 1 B S 4. Menghilangkan entri dalam aktif sel tekan kekunci DELETE B S 5. Jika anda melakukan kesilapan ketika menaip nombor di dalam

bar formula, anda boleh menggunakan kekunci Backspace untuk memadam karekter yang tidak dikehendaki

B S 6 Klik butang kanan tetikus memaparkan shortcut menu B S 7 Butang Function Wizard atas standard Toolbar digunakan untuk

memasukkan Fungsi B S 8 Minimum kolum saiz ialah 0 B S 9 Bila anda menyimpan fail kali kedua butang save digunakan,

Excel akan menyimpan dengan nama fail yang sama. B S 10 Guna fungsi Average untuk mencari nilai purata bagi entri yang

dipilih

Page 17: 04 Unit 3 - sajadstudio.infosajadstudio.info/jtp/kpli/unit3_tek_maklumat.pdf · menghasilkan carta 2D dan 3D seperti ... dengan arahan =max( Klik pada sel B9 ... Wizard atas standard

173-

5.. Berikut yang manakah nombor yang boleh dimasukkan atas helaian kerja

(a) 3.25 (b) 3.25 % (c) $3.25 (d) Semua di atas

6. Apabila anda memasukkan teks ke dalam aktif sel, teks tersebut ________

dalam sel.

(a) dijajarkan ke kanan (b) dijajarkan ke kiri (c) tengah (d) penjajaran perpuluhan

7. Indikator papan kekunci dipaparkan dalam _________ bar

(a) status (b) menu (c) title (d) butang

8. Excel menggunakan ________ antara rujukan sel untuk menunjukkan julat

(a) (.) (b) ( ☺ (c) ( ; ) (d) ( ~)

9. Untuk memaparkan menu pantas

(a) klik butang kanan tetikus (b) Klik butang kiri tetikus (c) Pilih arahan shortcut daripada menu File (d) Klik semua butang pilihan

1.8 Rumusan Modul disampaikan pada tahap pengenalan. Isi kandungan hanya menyentuh bagaimana menyediakan satu jadual ringkas dan menggunakan beberapa fungsi seperti SUM, Average, Max dan MIN.

Rehat

Syabas! Anda telah menjawab soalan yang telah diberi. Bincang jawapan anda dalam sesi tutorial dengan pensyarah anda.

Page 18: 04 Unit 3 - sajadstudio.infosajadstudio.info/jtp/kpli/unit3_tek_maklumat.pdf · menghasilkan carta 2D dan 3D seperti ... dengan arahan =max( Klik pada sel B9 ... Wizard atas standard

183-

TAJUK

2 PERSEMBAHAN ELEKTRONIK

Cuba anda fikirkan

Sejauh manakah persembahan elektronik membantu anda dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

10. Pengertian Persembahan Elektronik PowerPoint ialah program Persembahan grafik yang lengkap yang dapat membantu anda menghasilkan persembahan yang kelihatan profesional. PowerPoint memberi kebebasan kepada anda menyediakan informal persembahan dalam bilik konferan. o Pemprosesan perkataan – membolehkan anda menyediakan bullet list, Check

speling, find dan replace dan menggunakan multi-teks. o Outlining-Membolehkan anda membina persembahan dengan cepat dengan

menggunakan format outline. Anda boleh impot outline daripada Word atau mana-mana pemprosesan perkataan.

o Grafik – Membolehkan anda mencipta dan menyisip grafik. Format grafik

terdapat dalam bentuk 2D dan 3D, o Drawing/Melukis – Membolehkan anda melukis rajah seperti bulatan, segiempat

dan lain-lain. o Clip-Art – membolehkan anda menyisip artwork atau bahan grafik o Pengurusan persembahan – Dapat mengawal persembahan o Wizard – Wizard ialah ttutorial yang membantu anda mereka bentuk

persembahan. 2.2 Ciri-ciri Persembahan Yang baik Persembahan yang baik dapat dihasilkan apabila kita menimbangkan TIGA perkara berikut: 1. Pengetahuan grafik 2. Penyediaan papan cerita

Page 19: 04 Unit 3 - sajadstudio.infosajadstudio.info/jtp/kpli/unit3_tek_maklumat.pdf · menghasilkan carta 2D dan 3D seperti ... dengan arahan =max( Klik pada sel B9 ... Wizard atas standard

193-

3. Pembentang Susunan dan jarak antara Font – Sesuaikan dengan jarak bacaan dan penglihatan

Susunan dan jarak antara grafik - Sesuaikan dengan teks dan dalam satu paparan hadkan bilangan grafik yang dipaparkan. Saiz grafik sesuai dengan jarak penglihatan Jarak antara baris perkataan -Sesuaikan dengan jarak bacaan dan penglihatan.

Fokus Fokus pada isi persembahan . Dalam contoh emphasis tertumpu kepada CASPER

Font Mukataip –pilih mukataip font yang mudah dibaca contoh ARIAL Size - Saiz yang sesuai berdasarkan kepada jarak penglihatan. Tinggi huruf 1in untuk jarak 50m Bilangan - Bilangan teks bagi satu

l id t 15 24 t h

Page 20: 04 Unit 3 - sajadstudio.infosajadstudio.info/jtp/kpli/unit3_tek_maklumat.pdf · menghasilkan carta 2D dan 3D seperti ... dengan arahan =max( Klik pada sel B9 ... Wizard atas standard

203-

Latarbelakang Warna - Pilih satu warna sahaja Penggunaan- Gunakan latar yang sama bagi satu sesi persembahan

Warna Warna Objek/teks- Contra dengan latar belakang. Sifat warna- Menjiwai warna: Panas, sejuk, normal dan sebagainya

Rajah 2.1

Page 21: 04 Unit 3 - sajadstudio.infosajadstudio.info/jtp/kpli/unit3_tek_maklumat.pdf · menghasilkan carta 2D dan 3D seperti ... dengan arahan =max( Klik pada sel B9 ... Wizard atas standard

213-

Penyediaan Papan Cerita (StoryBoard) Papan cerita adalah lakaran awal reka letak grafik satu penerbitan persembahan. Ia dapat membantu anda menentukan elemen-elemen yang diperlukan dalam persembahan yang akan dihasilkan. Anda diminta melakarkan satu persembahan pilihan sendiri dan lakaran ini digunakan pada masa kelas tutorial nanti.

Slaid 1 Slaid 2 Slaid 3

Slaid 4 Slaid 5 Slaid 6

Slaid 7 Slaid 8 Slaid 9

Slaid 10 Slaid 11 Slaid 12

Rajah 2.2

Page 22: 04 Unit 3 - sajadstudio.infosajadstudio.info/jtp/kpli/unit3_tek_maklumat.pdf · menghasilkan carta 2D dan 3D seperti ... dengan arahan =max( Klik pada sel B9 ... Wizard atas standard

223-

Microsoft Office shortcut Toolbar

3..�.�.�.�.�.�.�� Memula dan mencipta persembahan yang baru

berpandukan kepada papan cerita Langkah 1 Memulakan PowerPoint 1. PowerPoint boleh

dimulakan dengan dua cara iaitu klik ikon shortcut di pepenjuru atas kanan

2. Atau PowerPoint boleh

dimulakan dengan klik Start atas taskbar. Klik Program dan klik PowerPoint.

Page 23: 04 Unit 3 - sajadstudio.infosajadstudio.info/jtp/kpli/unit3_tek_maklumat.pdf · menghasilkan carta 2D dan 3D seperti ... dengan arahan =max( Klik pada sel B9 ... Wizard atas standard

233-

3. Dalam Kotak dialog New Presentation klik Blank Presentation dan pilih layout dari kotak dialog slide layout

Rajah 2.3 Langkah 2 Memilih Layout/rekaletak Pilih layout dari slide layout list. Anda boleh memilih pelbagai layout mengikut kesesuaian persembahan anda

Rajah 2.4

Pelbagai layout yang sesuai dan menarik

Page 24: 04 Unit 3 - sajadstudio.infosajadstudio.info/jtp/kpli/unit3_tek_maklumat.pdf · menghasilkan carta 2D dan 3D seperti ... dengan arahan =max( Klik pada sel B9 ... Wizard atas standard

243-

Langkah 3 Tetingkap PowerPoint

Tetingkat

PowerPoint memaparkan beberapa item membantu anda melakukan tugas dengan mudah dan baik. Antaranya seperti huraian di bawah . (Sila rujuk rajah di atas) Bar Tajuk/Title Bar Memaparkan nama

persembahan yang sedang anda bangunkan. Nama asalnya “Presentation” bertukar setelah anda menyimpan projek tersebut.

Alatan Biasa/Standard Toolbar

Mengandungi butang-butang yang boleh anda gunakan arahan-arahan/perintah umpamanya Save atau open.

Alatan Manipulasi /Formatting Tools

Mengandungi butang-butang arahan/perintah yang anda boleh gunakan seperti Bold, Underline dan lain-lain.

Outline dan Slide Tabs

Menyediakan anda DUA cara menayangkan slaid .

Tetingkap Slaid/ Slide Pane

Memaparkan slaid semasa

Bar Tajuk

Bar Menu

Standard Toolbar

Outline and slide tab

Tetingkap Slaid

Tetingkap Nota

Tetingkap Tugas/ Task Pane

View Button

Alatan Melukis

Page 25: 04 Unit 3 - sajadstudio.infosajadstudio.info/jtp/kpli/unit3_tek_maklumat.pdf · menghasilkan carta 2D dan 3D seperti ... dengan arahan =max( Klik pada sel B9 ... Wizard atas standard

253-

Tetingkap Tugas/Task Pane

Mengandungi pautan yang membolehkan anda memilih tugas biasa seperti membuka fail persembahan atau membina persembahan baru. Tetingkap ini anda boleh memilih rekaletak slaid

Tetingkat Nota/Notes Pane

Memaparkan nota untuk slaid semasa

View Button

Membolehkan anda menayangkan persembahan di atas layar.

Alatan Melukis/ Drawing Tools

Mengandungi butang-butang membantu anda menyediakan objek untuk persembahan anda

Rajah 2.5 Langkah 4 Membina Persembahan Menggunakan Auto Wizard 1. Klik File 2. Klik New 3. Klik From AutoContent

Wizard

Page 26: 04 Unit 3 - sajadstudio.infosajadstudio.info/jtp/kpli/unit3_tek_maklumat.pdf · menghasilkan carta 2D dan 3D seperti ... dengan arahan =max( Klik pada sel B9 ... Wizard atas standard

263-

4. AutoContent Wizard di

paparkan. 5. Klik Next memulakan

pembangunan persembahan baru

6. Klik kategori anda diberi

huraian tentang jenis persembahan yang ingin di bangunkan. Jika anda tidak pasti akan rekabentuk slaid yang ingin disediakan dinasihatkan anda memilih butang All

7. Klik Next

7. Klik butang radio untuk

memilih jenis output yang anda kehendaki bagi persembahan. (On-Screen Presentation)

8. Klik Next

Page 27: 04 Unit 3 - sajadstudio.infosajadstudio.info/jtp/kpli/unit3_tek_maklumat.pdf · menghasilkan carta 2D dan 3D seperti ... dengan arahan =max( Klik pada sel B9 ... Wizard atas standard

273-

9. Klik kotak presentation title

dan taipkan tajuk yang anda ingin wujud di atas slaid pertama persembahan anda.

10. Menambahkan teks footer

dalam setiap slaid klik kotak Footer dan taipkan teks.

11. Untuk tidak menambahkan

tarikh dan nombor slaid klik Date last updated dan Slide Number untuk nyahaktif butang tersebut.

15.

lik Next 13. Wizard menunjukkan anda

telah menerima semua jawapan yang anda perlukan untuk membangunkan persembahan.

14. Klik Finish untuk memulakan

pembangunan persembahan anda.

15. Anda boleh memulakan

pembangunan berdasarkan rekabentuk yang disediakan. Anda masih boleh mengubah rekabentuk yang tersedia.

Rajah 2.6

Page 28: 04 Unit 3 - sajadstudio.infosajadstudio.info/jtp/kpli/unit3_tek_maklumat.pdf · menghasilkan carta 2D dan 3D seperti ... dengan arahan =max( Klik pada sel B9 ... Wizard atas standard

283-

Langkah 5 Membina Persembahan Kosong/ Blank Presentation 1. Klik File 2. Klik New

3. Anda dipaparkan tetingkap

New Presentation 4. Klik Blank Presentattion 5. Bagaimana anda dapat

memulakan blank presentation dengan cepat

Page 29: 04 Unit 3 - sajadstudio.infosajadstudio.info/jtp/kpli/unit3_tek_maklumat.pdf · menghasilkan carta 2D dan 3D seperti ... dengan arahan =max( Klik pada sel B9 ... Wizard atas standard

293-

6. Anda

dipaparkan dengan tetingkap tugas. Pilih layout yang sesuai dari kotak slide layout. Gunakan skrol untuk melihat pelbagai layout.

6. Anda dipaparkan dengan 1

slaid sahaja. Anda boleh tambah bilangan slaid. Klik butang New Slide atau Klik Insert pada Menu Bar, klik New Slide atau tekan kekunci CTRL+M

Rajah 2.7 MEMILIH REKABENTUK SLAID 7. Dari slide layout anda pilih

Blank

Page 30: 04 Unit 3 - sajadstudio.infosajadstudio.info/jtp/kpli/unit3_tek_maklumat.pdf · menghasilkan carta 2D dan 3D seperti ... dengan arahan =max( Klik pada sel B9 ... Wizard atas standard

303-

MEMILIH LATAR BELAKANG 8. Latar belakang asal putih

anda boleh menukarkan latar belakang

7. Klik Format

Slide Design kotak

slide design dipaparkan

8. Dari Slide

Design menu anda boleh memilih latar belakang dari TIGA kategori iaitu:

o Design Template o Color schemes o Animation schemes

Klik Design Templates dan

anda pilih mana-mana latar yang sesuai dengan persembahan anda

MEMASUKKAN TEKS Teks boleh dimasukkan dengan

menggunakan Text Box ( ) 1. Klik

2. Heretkan di atas tetingkap slaid ikut pilihan anda.

9. Taipkan Teks

anda

Page 31: 04 Unit 3 - sajadstudio.infosajadstudio.info/jtp/kpli/unit3_tek_maklumat.pdf · menghasilkan carta 2D dan 3D seperti ... dengan arahan =max( Klik pada sel B9 ... Wizard atas standard

313-

MEMBESARKAN TEKS

4. Letakkan di hadapan huruf M dan klik butang kiri dan heret memenuhi perkataan “MAMALIA”

5. Klik ikon Increase Font Size

( )anda akan dapati perkataan MAMALIA di besarkan.

6. Anda juga boleh mengecilkan

saiz teks dengan klik ikon

Decrease Font Size ( )

10. Klik ikon Font

Color ( ) bagi mengubah warna font

Klik simbol

Rajah 2.8 2.4 Rumusan Modul ini dapat membantu anda dalam menyediakan proses persembahan dalam pengajaran dan pembelajaran dan juga memberi dorongan kepada anda untuk menyediakan diri dalam menyampaikan maklumat dengan teratur dan kemas. Dengan latihan yang diberikan, diharapkan anda dapat memperolehi ilmu yang sangat berguna demi kecemerlangan pendidikan.

Page 32: 04 Unit 3 - sajadstudio.infosajadstudio.info/jtp/kpli/unit3_tek_maklumat.pdf · menghasilkan carta 2D dan 3D seperti ... dengan arahan =max( Klik pada sel B9 ... Wizard atas standard

323-

2.5 UNIT 3 : Soalan Tutorial

1. Menggunakan menu bar dan ikon-ikon dalam hamparan elektronik untuk membuka dan menyimpan fail dalam direktori yang betul.

2. Menggunakan fitur-fitur tertentu yang dapat menyokong pengubahsuaian

hamparan (potongan, salin, tampal dan selitan baris dan lajur. 3. Menggunakan menu function dan formula dalam melaksanakan pengiraan.

4. Menghasilkan laporan dalam pelbagai bentuk carta dan graf.

5. Menyenaraikan faktor-faktor yang mempengaruhi satu persembahan yang

baik dan berkesan.

6. Menggunakan pelbagai cara untuk menghasilkan persembahan elektronik seperti menggunakan Auto Content Wizard dan mereka cipta template.

7. Menggunakan ciri-ciri persembahan yang baik untuk meningkatkan kualiti

persembahan seperti mengintegrasikan grafik ke dalam rekabentuk halaman.

Rehat

Syabas! Anda telah melaksanakan aktiviti yang diberi. Bincanglah dengan rakan anda dan pensyarah anda dalam sesi tutorial untuk mendapat penjelasan yang lebih mendalam.