pengetahuan asas dalam seni visual.docx

10
Pengetahuan Asas Dalam Seni Visual Pada masa ini Pendidikan Seni Visual telah dimartabatkan sepenuhnya sebagai subjek yang berperanan besar dalam pengajaran dan pembelajaran kerana subjek ini merentasi kurikulum dalam subjek-subjek lain. Dalam pengajaran guru, Pendidikan Seni Visual menjadi asas alat bantu mengajar yang baik melalui penampilan grafik yang efisyen, pemilihan warna harmoni,dan reka bentuk maujud yang cantik. Di kalangan pelajar, Pendidikan Seni Visual menjadi subjek penting untuk berkreativiti bagi melahirkan insan yang celik seni dan berbudaya. Pendidikan Seni Visual terdiri daripada empat bidang iaitu melukis dan membuat gambar, membuat rekaan corak, membentuk dan membuat binaan serta kraf tradisional. Bidang melukis dan membuat gambar menegaskan perkembangan persepsi terhadap aspek melukis serta kegiatan menggunakan pelbagai media dan teknik dengan menekankan aspek ruang struktur, imbangan dan komposisi. terdapat pelbagai teknik gambar yang dapat dilaksanakan dalam sekolah seperti lukisan, catan, kolaj, montaj, cetakan, resis, gosokan, stensilan, percikan, gurisan, capan dan mozek. Bidang membuat rekaan dan corak memberi peluang kepada murid memahami pelbagai cara untuk menghasilkan corak dan mengaplikasikannya menjadi suatu rekaan lain. Corak dan rekaan tersebut boleh juga dipadankan kepada mana-mana hasil daripada kegiatan lain seperti binaan, kraf dan sebagainya. Corak terjadi daripada pelbagai teknik dan cara. Corak ialah struktur susunan ulangan berdasarkan motif dibuat secara terkawal atau bebas. Seringkali corak boleh didapati daripada alam semulajadi, bahan buatan manusia, geometri dan rupa barangan kraf tradisional.

Upload: allison93

Post on 02-Oct-2015

61 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

pengetahuan asas dalam seni visual.docx

TRANSCRIPT

Pengetahuan Asas Dalam Seni Visual

Pada masa ini Pendidikan Seni Visual telah dimartabatkan sepenuhnya sebagai subjek yang berperanan besar dalam pengajaran dan pembelajaran kerana subjek ini merentasi kurikulum dalam subjek-subjek lain. Dalam pengajaran guru, Pendidikan Seni Visual menjadi asas alat bantu mengajar yang baik melalui penampilan grafik yang efisyen, pemilihan warna harmoni,dan reka bentuk maujud yang cantik. Di kalangan pelajar, Pendidikan Seni Visual menjadi subjek penting untuk berkreativiti bagi melahirkan insan yang celik seni dan berbudaya.Pendidikan Seni Visual terdiri daripada empat bidang iaitu melukis dan membuat gambar, membuat rekaan corak, membentuk dan membuat binaan serta kraf tradisional. Bidang melukis dan membuat gambar menegaskan perkembangan persepsi terhadap aspek melukis serta kegiatan menggunakan pelbagai media dan teknik dengan menekankan aspek ruang struktur, imbangan dan komposisi. terdapat pelbagai teknik gambar yang dapat dilaksanakan dalam sekolah seperti lukisan, catan, kolaj, montaj, cetakan, resis, gosokan, stensilan, percikan, gurisan, capan dan mozek.Bidang membuat rekaan dan corak memberi peluang kepada murid memahami pelbagai cara untuk menghasilkan corak dan mengaplikasikannya menjadi suatu rekaan lain. Corak dan rekaan tersebut boleh juga dipadankan kepada mana-mana hasil daripada kegiatan lain seperti binaan, kraf dan sebagainya. Corak terjadi daripada pelbagai teknik dan cara. Corak ialah struktur susunan ulangan berdasarkan motif dibuat secara terkawal atau bebas. Seringkali corak boleh didapati daripada alam semulajadi, bahan buatan manusia, geometri dan rupa barangan kraf tradisional.Bidang membentuk dan membuat binaan pula menegaskan perkembangan persepsi pelajar terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan. Berpandukan aspek tersebut pelajar dapat memahami dengan lebih jelas bila mereka membentuk dan membuat binaan sesuatu model. Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan juga mendedahkan pelajar dengan penggunaan pelbagai bahan, alat dan teknik penghasilan. Ini memberi peluang kepada pelajar berinteraksi secara kreatif dengan alat dan bahan semasa menjalankan proses penghasilan seni. Bidang kraf tradisional pula terdiri didefinisikan seagai perusahaan atau kerja-kerja berunsurkan seni yang melibatkan kemahiran kerja tangan serta memerlukan daya cipta dan kreatif masyarakat yang diwarisi turun temurun mengikut kaum masing-masing. Jenis-jenis kraf pula mempunyai alat domestik, alat permainan, alat mempertahankan diri, batik, seni tekat, tembikar, anyaman, kelarai dan ukiran.Hasilan karya dapat menampilkan watak, identiti dan keunikan pelukis yang dicernakan melalui mesej dan falsafahnya. Sehubungan itu reka cipta dan kreativiti pelukis akan menjangkau kepada bidang-bidang dan simbol-simbol yang telah dibuat oleh pengkarya yang terdahulu dengannya. Mereka akan membuat kembara seni melalui pelbagai ujikaji dan penemuan: bentuk, rupa, warna, persepsi dan perasaan yang akhirnya menyelesaikan suatu permasalahan. Justeru setiap hasilan pastinya ada cetusan idea dalam ruang lingkup yang ingin dinukilkan. Burgurt (1961) berpendapat semua orang yang terlibat dengan pembuatan karya seni semestinya membuahkan suatu keunikan secara personal untuk disampaikan dalam karyanya. Apabila pelukis memikirkan kreativiti dalam berkarya, sekaligus sebenarnya pelukis juga memikirkan nilai estetika yang inginkan ditampilkan.Salah satu estetika dalam pendidikan seni visual adalah peniruan sebagai representasi gambar dan imej. Di dalam berkarya, peniruan menjadi satu cara dan gayaan untuk mewujudkan nilai estetika. Peniruan bermakna menterjemah secara langsung objek atau imej . Estetika yang ditampilkan dari gayaan ini mengikut sejauh mana pelukis dapat menterjemah semula estetika semulajadi tiruannya. Walaupun Plato menyangkal keras kegiatan peniruan ini, namun untuk tujuan pembelajaran dibolehkan. Pelukis-pelukis agong seperti Pablo Picasso, Monet, Degas, Van Gough dan Goya sering mengekspresikan lukisannya mengikut perasaan dan emosi sebagai estetika. Tema-tema yang berkaitan dengan kesedihan, kegembiraan, keporak perandaan dan kecelakaan yang melanda seseorang, tempat, kerajaan dan negara ditampilkan di kanvas dan arca- arca mereka. Kebolehan mengekspresikan perasaan dan emosi ini dapat menimbulkan nilai estetika kerana keselarasan mesej yang ingin disampaikan. Estetika menggunakan kaedah formalistik menggunakan hukum dalam prinsip-prinsip rekaan dan unsur-unsur seni. Ia menunjukkan penguasaan unsur-unsur seni seperti garisan, warna, ruang, jalinan, bentuk, dan rupa. Dari kefahaman ini, karya digubah dan diolah melalui prinsip-prinsip rekaan seperti harmoni, pergerakan, kontra, kepelbagaian, pengasan, imbangan dan kesatuan. Setelah memahami pengetahuan mengenai prinsip di atas, menstrukturkan rekaan menjadi satu aspek yang penting. Olahan ruang, pilihan warna harmoni, malah hal subjek diambil kira untuk menstrukurkan imej gambar sehingga tertampil sebuah karya yang kelihatan gah, berprestij dan agong. Dalam estetika keaslian menjadi ciri yang penting dan perlu difahami oleh pelukis. dalam berkarya, menciplak atau menjadi plagiat adalah suatu yang ditegah dan dituduh sebagai pelukis murahan. Justeru dengan pendirian sedemikian, nilai estetikanya terserlah dari keunggulan idea atau gagasan.Unsur seni terdiri daripada garisan, warna, jalinan, rupa, bentuk dan ruang. garisan merupakan cantuman satu siri titik dan boleh jadi dalam bentuk tebal, tipis, berbulu, putus-putus, bergerigi, beralun, zig-zag dan lain-lain lagi. Garisan merupakan unsur yang terpenting dalam kerja melukis dan menggambar. Garisan boleh dihasilkan melalui pelbagai teknik seperti teknik koyakan, teknik tampalan, teknik kolaj, teknik gosokan, teknik cetakan dan teknik capan.Warna pula terdiri daripada warna asas, warna sekunder dan warna tertier. Warna asas terdiri daripada biru, merah dan kuning. Warna ini tidak boleh dihasilkan melalui campuran warna lain tetapi boleh menghasilkan warna sekunder apabila ia dicampurkan antara satu sama lain. Apabila warna kuning dicampur biru, ia membentuk warna sekunder hijau. Merah dicampur dengan biru membentuk warna sekunder ungu dan apabila kuning dicampur dengan warna merah ia membentuk sekunder oren atau jingga. Warna asas dan warna sekunder apabila dicampurkan akan membentuk warna tertier. Secara mudahnya warna asas adalah ibu segala warna. Kefahaman mengenai warna ini memudahkan pelajar untuk kerja-kerja mewarna kepada subjek yang dihasilkan. Jalinan ialah kesan yang terdapat pada sesuatu permukaan objek sama ada kasar, halus, kesat dan sebagainya. Jalinan wujud secara semulajadi atau dari buatan manusia. Jalinan yang wujud secara semulajadi mempunyai fungsi yang tersendiri dari ciptaan Yang Maha Kuasa. Ia terbahagi kepada dua jenis iaitu jalinan tampak dan jalinan sentuh.Jalinan tampak hanya dapat dilihat pada satah gambar yang bersifat dua dimensi. Ia terdiri daripada gambar, slaid, billboard, paparan jalan, simbol dan logo. Oleh sebab ia wujud dalam bentuk gambar, kita tidak dapat merasa jalianan secara sentuhan. Manakala jalinan sentuh dapat dirasa kerana ia bersifat maujud. Sifatnya tiga dimensi. Ia terdiri daripada kulit kayu, cermin, kulit kerang, simen, buah durian dan lain-lain lagi.Rupa adalah cantuman antara dua hujung garisan iaitu permulaan garisan dan penghujung garisan. Ia hanya sekadar garis luar sesuatu objek dan sifat leper atau mendatar. Rupa terbahagi dua: rupa organik dan rupa geometri. Rupa organik mempunyai garisan luaran yang berbagai, tidak menentu dan bersifat dominan. Sebahagian besar objek di dunia ini mempunyai rupa jenis ini. Berbeza dengan rupa geometri yang terikat dengan bentuk yang khusus sepeti bulat, empat segi, kun, kubus, selinder, empat segi bujur, piramid dan beberapa contoh yang lain.Secara lumrahnya, rupa geometri dihasilkan berbantukan alat geometri. Ia mempunyai pelbagai jenis sebagai contohnya rupa positif dan negatif, rupa dan corak, rupa dan lambang serta rupa dan muka taip.Bentuk secara mudahnya mempunyai isipadu. Ia lebih lengkap jika dibandingkan dengan rupa. Rupa lebih terperinci sifatnya jika dilukis atau digambarkan kerana ton, jalinan ruang diaplikasi sekaligus. Bentuk terdiri daripada dua jenis iaitu bentuk ilusi dan bentuk konkrit.Bentuk ilusi wujud dalam bentuk gambar, catan, cetakan, foto, illustrasi, lukisan dan gurisan. Bentuk ilusi hanya dapat dilihat di satah gambar dan apabila disentuh ia hanya permukaan datar kerana dalam bentuk dua dimensi. Bentuk konkrit bersifat tiga dimensi, maujud, berisipadu atau berjisim dan mempunyai ton, warna, jalinan dan ruang. Contoh: Bakul, bola, durian, bangunan, manusia dan lain-lain lagi.Ruang merupakan kawasan di antara atau kawasan di sekeliling objek. Ia menggambarkan aspek kekosongan antara objek atau garisan. Ruang berada di luar, di tepi di atas atau sebagainya. Dalam kerja menggambar, ruang boleh dihasilkan dengan menggunakan garisan, jalinan dan warna. Pada kebiasaanya, ruang dikaitkan kepada garisan, perspektif, warna dan bentuk.Prinsip rekaan terdiri daripada harmoni, penegasan, imbangan, kontra, pergerakan, kesatuan dan kepelbagaian. Harmoni menggambarkan situasi yang selesa, teraputik, nyaman, aman dan tenang. Situasi ini berkaitan dengan konsep keseragaman, kesamaan, imbangan dan penyerapan. Konsep ini menimbal balas kepada garisan,bentuk, rupa, jalinan, ruang dan warna yang saling lengkap melengkapi dan tiada unsur percanggahan di dalamnya.Penegasan dalam konteks Pendidikan Seni Visual bermaksud kemampuan sesuatu unsur untuk menarik perhatian si pemerhati. Cara ini boleh dilakukan dengan mewujudkan kelainan atau keganjilan dalam hal subjek yang diutarakan. Unsur-unsur seni seperti garisan, ruang, bentuk, jalinan, rupa dan warna merupakan unsur biasa yang boleh dikaitkan dengan penegasan. Imbangan menunjukkan agihan ruang dari segi kedudukannya. Jika ruangan kiri dan kanannya seimbang, ia bermaksud kedudukan objek berada keadaan yang stabil, sama berat dan sifatnya harmoni. Imbangan seringkali dikaitkan dengan saiz, jarak, bentuk, jalinan, rupa dan warna. Imbangan boleh jadi dalam bentuk simetri atau bukan simetri. Imbangan simetri bermaksud pembahagian ruang yang seimbang kiri dan atau atas bawah. Jika sebaliknya, ia membentuk imbangan tidak simetri. Kontra menunjukkan percanggahan atau perlawanan dengan ciri-ciri yang ingin diutarakan dalam hal subjek karya. Ciri-ciri yang berlawanan ini disengajakan untuk mendapatkan reaksi sipermerhati. Kontra boleh berlaku pada rupa, bentuk, garisan, warna dan corak. Selain perhatian yang dikontrakan, pergerakan sesuatu objek dalam gambar juga boleh menjadikan sebagai kekuatan imej gambar itu. Pergerakan sesuatu kenderaan bermotor misalnya, nampak lebih hebat dan menarik apabila ada unsur pergerakan tambahan yang menjadikan ia kelihatan seperti bergerak. Pergerakan boleh dihasilkan melalui rupa, jalinan, ruang dan warna. Kesatuan dalam Pendidikan Seni Visual bermaksud gabungan rupa, corak, bentuk, warna dan jalinan yang boleh menimbulkan suatu tema atau keseragaman pendapat. Kesatuan boleh dihasilkan melalui kesatuan bentuk, rupa, corak dan warna. Apabila penyerapan unsur-unsur seni ini berlaku dengan seimbang, harmoni dan saksama ia akan menwujudkan kesatuan. Kepelbagaian bererti kombinasi dari pelbagai gagasan, nilai dan pesembahan yang membentuk satu gubahan. Kombinasai unsur-unsur seperti jalinan, rupa, bentuk, warna, ruang dan sebagainya akan membentuk kesatuan dalam kepelbagaian. Perkara penting yang perlu diambil kira untuk mewujudkan kepelbagaian yang harmoni ialah dengan menyusun atur secara seimbang dan bersesuaian. Sebelum berkarya, pertimbangan awal yang menjadi perhatian ialah bagaimana penstrukturan hal benda dilakukan. Ia dilakukan untuk mendapatkan suatu hasilan yang baik dan memenuhi spesifikasi karya yang terancang. Untuk mendapatkan struktur yang baik, lakaran asas yang mungkin rupa geometri atau rupa organik di gunakan. Struktur asas yang digunakan boleh dibahagikan kepada dua iaitu garisan grid dan garisan struktur.Garisan grid adalah garisan-garisan silang di atas kertas dimana petak-petak terbentuk dan motif corak dilukis pada setiap petak tadi. Garisan struktur pula ialah garisan yang terbentuk mengikur sifat objek yang dilukis. Contohnya, bagi sebuah payung, garisan strukturnya terbentuk sebagai garisan berpancar daripada tengah payung itu. Bagi ubat nyamuk pula, garisan berpusar menjadi struktur garisannya dan berpandukan garisan- garisan struktur inilah kerja-kerja menggambar diteruskan.Peter Mortimore (1995) mengatakan bahawa sekolah merupakan pendorong utama pembelajaran di kalangan pelajar. Drs. Abd. Rahman Saleh (1976) menyarankan agar sebuah sekolah yang berkesan dapat dicapai dengan menggunakan asas-asas dikdaktik dalam usaha membangkit minat, memperagakan mata pelajaran, pelajar aktif, penyajian ilmu secara sisetematis dan pemilihan bahan yang tidak pasif. Soalnya bagaimanakah Seni visual ini dapat mencapai sasarannya? Menurut Drs. Abd. Rahman Saleh ia boleh dilaksanakan dengan beberapa cara.Tujuan pengajaran Seni Visual dijalankan dengan operational yang khusus. Maknanya, setiap warga sekolah meletakkan tanggungjawab menyerap unsur seni secara menyeluruh. Ia boleh dilakukan di setiap penjuru kawasan sekolah yang mungkin berupa lanskap, mural, arca , taman permainan, simbol-simbol dan grafik yang menarik. Warga sekolah seharusnya merasa sayang dan cintakan seni tersebut. Memilih method atau kaedah yang tepat. Ini berkaitan dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran. Guru Besar sekolah seharusnya mendokong watak hero untuk memperkasakan peranan Seni Visual yang dapat menceriakan sekolahnya. Guru- guru yang layak dan relevan sahaja yang dibenar untuk mengajar Seni Visual. Peralatan seni dan kemudahan belajar dalam konteks mentarbiyah pelajar dengan seni lengkap, canggih dan sentiasa mendapat perhatian pihak sekolah. Menggunakan peralatan dan bahan Seni Visual dengan sebaik-baiknya. Guru seni yang ingin melihat kewujudan keceriaan sekolahnya akan mengawal, mengawas dan menyelia peralatan seninya dengan baik dan sistematik. Adakan evaluasi atau penilaian mengenai agenda memartabatkan seni di sekolah. Maksudnya, adalah hadiah atau ganjaran kepada orang atau kelas yang dapat membuat penampilan seni yang baik dan cemerlang. Ini boleh dilakukan secara pertandingan, sport check , kempen atau agenda tahunan sekolah. Pendidikan Seni Visual merupakan satu subjek yang penting dipelajari oleh pelajar semasa berada di alam persekolahan. Ia merupakan satu mata pelajaran yang dapat memberi peluang kepada murid untuk mengembangkan bakat dan minat dan seterusnya mendalami Seni Visual secara betul dan bersistem. Pelajar yang sedemikian pada jangka panjangnya akan memiliki ciri insan yang berbudaya, mempunyai citarasa seni yang tinggi dan kreatif. Dalam topik ini pengetahuan asas Seni Visual menjadi bahan penting dan perlaksanaannya bukan terhad pada waktu yang ditetapkan tetapi boleh diserap dan diterap dalam mata pelajaran lain pada bila-bila masa sahaja.