asas seni visual

47

Click here to load reader

Upload: erymuse

Post on 17-Jan-2016

312 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Seni Visual Tahun 2

TRANSCRIPT

Page 1: Asas Seni Visual

BAHASA SENI VISUAL

NextPrev

Unsur Seni Visual• Garisan•Warna•Jalinan•Rupa•Bentuk•Ruang

Prinsip Rekaan•Harmoni•Kontra•Penegasan•Kepelbagaian•Kesatuan•Imbangan•Ritma dan Pergerakan

Page 2: Asas Seni Visual

UNSUR SENI

Page 3: Asas Seni Visual

Unsur seniTerdapat enam unsur seni dalam pendidikan seni visual. Antaranya ialah garisan, rupa, bentuk, jalinan, ruang dan warna. Tidak dinafikan keenam-enam unsur ini amat penting dalam penghasilan karya sesebuah seni mahupun dari segi seni sentuhan ataupun seni tampak. Dalam sesebuah karya seni sekurang-kurangnya terdapat satu unsur seni.

Unsur-unsur seni.1. Garisan2. Rupa3. Bentuk4. Jalinan5. Ruang6. Warna

Page 4: Asas Seni Visual

1) GarisanGarisan merupakan cantuman titik-titik yang bersambungan atau yang mempunyai jarak tertentu.Garisan memainkan peranan yang amat penting dalam mewujudkan rupa, bentuk, jalinan, pergerakan, ton dan corak.Garisan juga memainkan peranan yang penting dalam menunjukkan seseorang perasaan dalam sesebuah karya.1. Garisan merupakan cantuman beberapa siri titik.2. Garisan wujud pada alam sekeliling, baik pada alam semulajadi, alam benda, flora mahu pun fauna.3. Terdapat pelbagai jenis garisan seperti garisan putus- putus, garisan tebal, garisan nipis, garisan berduri, garisan beralun dan pelbagai lagi.4. Garisan boleh diolah dengan pelbagai cara atau teknik dengan menggunakan pelbagai jenis media.

Contoh menggunakan teknik gosokan, capan, pualaman atau catan.

Page 5: Asas Seni Visual

Garisan Garisan pada objek buatan manusiaGarisan pada objek alam semula jadi

Page 6: Asas Seni Visual

Fungsi Garisan

1. Garisan menghasilkan rupa

2. Garisan menghasilkan bentuk

3. Garisan mewujudkan ruang

4. Garisan membentuk struktur dan bentuk

5. Garisan menghasilkan jalinan

6. Garisan menghasilkan motif

7. Garisan menimbulkan kesan ton

8. Garisan menunjukkan pergerakan

Page 7: Asas Seni Visual

Jenis – Jenis Garisan

Garisan berbulu Garisan tebal Garisan nipis

Garisan bertitik Garisan bergetar Garisan bergerigi Garisan beralun

Garisan berlingkar Garisan putus-putus Garisan beranyam Garisan berduri

Garisan serabut

Page 8: Asas Seni Visual

Rajah : Olahan garisan dengan pelbagai jenis media dan

teknik

Garisan

Page 9: Asas Seni Visual

Garisan

Page 10: Asas Seni Visual

2) Warna

Warna memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan suasana yang tidak bosan.Warna dapat menunjukan perasaan seseorang pelukis semasa menggunakan jenis-jenis warna dalam penghasilan lukisan.Warna merupakan elemen yang amat penting dalam bidang seni visual.Warna terbahagi kepada :

1. Warna asas - merah, biru dan kuning2. Warna sekunder - campuran dua warna sahaja daripada warna-warna asas3. Warna tertiar - Warna Asas + Warna Sekunder = Warna Tertier4. Warna harmoni - sekumpulan warna yang

terletak sebelah- menyebelah dalam roda warna.

5. Dll.

Page 11: Asas Seni Visual

Warna Primer (asas) terdiri daripada warna biru, merah dan kuning.Warna asas ialah warna utama yang tidak boleh dihasilkan melalui campuran warna lain, tetapi boleh menghasilkan warna sekunder dan warna tertier.

biru, merah dan kuning

Warna SekunderWarna sekunder terdiri daripada warna hijau, jingga dan ungu.Warna sekunder terhasil daripada campuran 2 warna asas.Warna Asas Warna Sekunder

Kuning + Biru = HijauBiru + Merah = UnguMerah + Kuning = Jingga

Warna

Page 12: Asas Seni Visual

Warna tertier terhasil daripada campuran 1 warna asas dengan 1 warna sekunder.Warna Asas + Warna Sekunder = Warna Tertier

Biru + Ungu Merah + Ungu Merah + Jingga Kuning + Jingga Kuning + Hijau Biru + Hijau

Warna HarmoniWarna harmoni ialah sekumpulan warna yang terletak sebelah-menyebelah dalam roda warna.Ia mempunyai hubungan warna, ton dan suhu warna yang sama. Warna harmoni dapat menimbulkan kesan perasaan selesa dan tenang. Ia sesuai digunakan untuk menghasilkan corak tekstil, hiasan dalaman, perabot, seni taman dan seni halus.Berikut ialah contoh warna yang berharmoni:

*merah jingga, jingga, jingga kuning*hijau kuning, hijau, hijau biru

Warna

Page 13: Asas Seni Visual
Page 14: Asas Seni Visual
Page 15: Asas Seni Visual

Warna Pengenap

Warna yang bertentangan

Page 16: Asas Seni Visual

Penggunaan warna harmoni dalam karya teknik resis

Page 17: Asas Seni Visual

3) Jalinan

Nilai permukaan pada objek boleh dialami dengan cara melihat dan menyentuh.

Jalinan bermaksud kesan yang terdapat dalam sesuatu permukaan objek.

Jalinan terbahagi kepada dua iaitu :

1. Jalinan sentuh2. Jalinan tampak

Page 18: Asas Seni Visual

1. Jalinan sentuh - dapat dilihat dan disentuh dengan deria

2. Jalinan tampak - Hanya dapat dilihat dengan deria

Jalinan pada hasil anyaman Jalinan pada hasil kolaj

Kesan jalinan yang dihasilkan oleh lukisan pensel

Kesan jalinan yang dihasilkan oleh warna

Jalinan

Page 19: Asas Seni Visual

4) Rupa

Rupa ialah imej yang bersifat rata. Permukaan rupa adalah kosong dan ini menjadikan rupa bersifat duadimensi.

Rupa merupakan sambungan penghujung garisan ke titik permulaannya.

Rupa tiada jisim dan hanya mempunyai satu permukaan sahaja.

Rupa terbahagi kepada empat iaitu :

1. Rupa geometri2. Rupa organik3. Rupa Positif4. Rupa Negatif

Page 20: Asas Seni Visual

Rupa positif Rupa negatif

Rupa

Page 21: Asas Seni Visual

Rupa muka taip

a b c dA B C

D

Page 22: Asas Seni Visual

5) Bentuk Imej atau objek yang bersifat tiga dimensi.

Bentuk ialah merupakan objek yang mempunyai keluasan, ketinggian, jisim dan mempunyai permukaan yang lebih daripada satu.

Bentuk terbahagi kepada dua iaitu :

1. Bentuk konkrit 2. Bentuk ilusi

Page 23: Asas Seni Visual

1. Bentuk konkrit Objek maujud dapat dilihat dan disentuh(arca,tembikar)

2. Bentuk ilusiObjek yang boleh dilihat sahaja dan tidak dapat dirasaoleh deria sentuh.(gambar, lukisan, dan catan)

Bentuk

Page 24: Asas Seni Visual

6) Ruang

Ruang ialah kawasan kosong yang terdapat dalam sesuatu objek ataupun jarak yang ada pada di antara kedua-dua objek dalam sesebuah karya seni.

Ruang mudah diwujudkan dalam menggunakan garisan grid perspektif.

Ruang terbahagi kepada dua iaitu :

1. Ruang nyata2. Ruang ilusi

Page 25: Asas Seni Visual

1 . Ruang Nyata Karya berbentuk 3D – arca, tembikar, ukiran kayu Ruang fizikal merupakan ruang yang terdapat di persekitaran.Ruang fizikal boleh

dibahagikan kepada 2 iaitua. Ruang terbuka – suatu kawasan lapang dan luas.b. Ruang tertutup – suatu kawasan yang sempit dan terhad.

2. Ruang Ilusi - lukisan, cetakan, catan Dalam konteks ini, ruang dapat diterjemahkan mengikut 3 peringkat

berdasarkanpenggunaannya dalam karya seni visual seperti lukisan, catan dan rekaan grafik.· 3 peringkat ruang tersebut ialah ruang dalam, ruang cetek dan ruang rata.

a. Ruang DalamRuang dalam ialah perhubungan kesan penggunaan perspektif warna, perubahan saiz dan bentuk dalam hasil karya seni seperti lukisan dan catan. Kajian nilai ton warna dan perubahan saiz berikut memperlihatkan kesan ilusi ruang bergerak sama ada ke luar atau ke dalam mengikut arah cahaya yang diwujudkan melalui nilai ton warna.

b. Ruang CetekRuang cetek merupakan ruang yang wujud dalam lingkungan yang terbatas sama ada dari dinding ke dinding atau ruang kedalamannya yang terhad.

c. Ruang RataRuang rata terhasil dalam karya, terutama catan apabila dilukis atau diolah elemen-elemen gambaran pada satah yang sama. Ia memperlihatkan suasana rata dan sama pada suatu garisan ufuk.

Page 26: Asas Seni Visual

Ruang

Ruang Ilusi- Dikenali juga sebgai ruang tampak.

Ruang Nyata-Dikenali juga sebagai ruang konkrit.-Ruang konkrit wujud pada segala bentuk 3 dimensi.

Page 27: Asas Seni Visual

PRINSIP REKAAN

Page 28: Asas Seni Visual

Prinsip rekaan

Prinsip rekaan amat penting dalam penghasilan sesebuah karya seni. Dengan adanya, prinsip-prinsip ini kita dapat memberikan kritikan dan pandangan atau huraian terhadap sesebuah karya seni dalam bidang seni visual.Antara prinsip yang terdapat dalam prinsip rekaan dalam bidang seni visual ialah seperti berikut :

3K 2I PH ( singkatan nota untuk mudah diingati )3K - " Kontra, Kepelbagaian, Kesatuan "2I - " Imbangan , ritma & pergerakan "P - PenegasanH – Harmoni

Prinsip rekaan adalah kaedah atau pengolahan unsur seni untuk menimbulkan gambaran tertentu dalam gubahan seni visual

Page 29: Asas Seni Visual

1)Harmoni- Dalam istilah bahasa harmoni membawa maksud aman dan damai

- Dalam istilah seni harmoni merupakan hasil ulangan dan rentak unsur seni yang sesuai dan seimbang

- Harmoni wujud dalam penggunaan garisan dan warna

- Harmoni tidak akan wujud jika ada unsur-unsur yang bercanggah

Page 30: Asas Seni Visual

Harmoni – perulangan motif dan warna

Page 31: Asas Seni Visual

2) Kontra- Kontra wujud jika ada unsur-unsur seni yang bertentangan atau bercanggah dalam sesuatu gubahan

- Fungsi kontra ialah untuk menarik perhatian, memberi fokus, mengelakkan kebosanan dan kesan pergerakan

- Kontra dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni, teknik dan bahan yang berlainan

Page 32: Asas Seni Visual

Kontra

Kesan Kontra dalam gubahan diatas ditimbulkan oleh warna yang berlainan.

Kesan Kontra dalam gubahan diatas Ditimbulkan oleh satu saiz yang berlainan

Page 33: Asas Seni Visual

Hasil karya mempunyai kontra dari segi warna

Kontra

Page 34: Asas Seni Visual

3) Penegasan

- Penegasan wujud apabila terdapat sesuatu unsur yang menonjol, kontra atau ganjil dalam sesuatu gubahan

- Fungsi penegasan ialah untuk menarik perhatian, memberi fokus, dan mengelakkan kebosanan

- Penegasan dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni yang kontra atau asingkan objek yang hendak ditegaskan

Fungsi Penegasan1. Penegasan yang digunakan dalam hasil seni bertujuan untuk memberi tumpuan dan menarik perhatian.

2. Contoh, hiasan pada kulit buku, pintu gerbang, poster dan sebagainya.

Page 35: Asas Seni Visual

Penegasan menggunakan kontra warna, bunga berwarna kuning lebih menonjol.

Penegasan

Page 36: Asas Seni Visual

Contoh bagaimana hendak menegaskan salah satu bahagian daripada cogan kata. Kaedah kontra digunakan untuk tujuan ini. JIWA itu lebih menonjol dan menjadi unsur tumpuan. Penegasan dari segi warna.

BAHASA JIWA BANGSA

Penegasan

Page 37: Asas Seni Visual

4) Imbangan

- Imbangan bermaksud kesamaan dan kesepadanan dari segi berat, tarikan dan tumpuan

- Terdapat 2 jenis imbangan iaitu:

1- Imbangan simetri – unsur seni yang sama antara kiri dan kanan atau atas dan bawah (garisan ‘axis’ dilukis di tengah-tengah pembahagian tersebut)

2- Imbangan tidak simetri – unsur seni tidak sama di kedua-dua bahagian tetapi mempunyai cirri- ciri yang menimbulkan kesan keseimbangan

Page 38: Asas Seni Visual

Imbangan

Corak yang mempunyai imbangan tidak simetriCorak yang mempunyai imbangan simetri

Labu sayong yang mempunyai imbangan simetri

Page 39: Asas Seni Visual

5) Ritma dan Pergerakan- Pergerakan ialah keadaan yang bergetar, bergoyang, berayun, berpancar, bersinar-sinar dsb

- Fungsi ritma dan pergerakan ialah untuk memberi kesan lebih hidup dan realistic terhadap sesuatu gubahan

- Pergerakan dapat dilihat melalui kesan angin, air, ombak, taufan dsb

Page 40: Asas Seni Visual

Kapal terbang ini kelihatan terbang dengan laju menunjukkan pergerakan kerana penggunaan garisan-garisan serong

Corak pualaman yang mempunyai pergerakan hasil dari teknik penghasilannya.

Ritma dan Pergerakan

Page 41: Asas Seni Visual

6) Kepelbagaian- Kepelbagaian wujud hasil penggunaan pelbagai gaya, nilai, dan idea yang berbeza dalam sesuatu gubahan

- Kepelbagaian dapat memberi gaya, variasi, tenaga, dan daya tarikan dalam sesuatu gubahan

- Kepelbagaian dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni seperti garisan, rupa dan warna yang pelbagai dalam sesuatu gubahan

Page 42: Asas Seni Visual

Kepelbagaian – warna, garisan, jalinan

Kepelbagaian

Page 43: Asas Seni Visual

7)Kesatuan- Kesatuan bermaksud satu tema atau satu idea bagi semua unsur dalam sesuatu gubahan

- Kesatuan dapat menimbulkan suasana yang tenteram, teratur dan selesa

- Memperlihatkan keberkesanan penggunaan unsur seni dan prinsip rekaan media dan teknik digabungkan untuk menjadikan gubahan yang sempurna

Page 44: Asas Seni Visual

Susun atur yang kemas, teratur, lengkap dan sempurna dapat mewujudkan

kesatuan.

Page 45: Asas Seni Visual

Carta yang menunjukkan bagaimana kesatuan dicapai dalam gubahan topeng muka

GarisanWarnaRuparuang

ImbanganKontraPenegasanHarmoni

Kesatuan

Unsur Seni + Prinsip Rekaan

Page 46: Asas Seni Visual

Soalan dan

Pertanyaan?

Page 47: Asas Seni Visual

Sekian

Selamat Maju Jaya